Adsense

Ahad, 3 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Seni M. Nasir bukan angkuh

Posted:

Seni M. Nasir bukan angkuh

Seni M. Nasir bukan angkuh



MOOD M. Nasir hari ini bertanda ceria, dia menyapa dengan baris-baris skrip filem Mamat Khalid yang meledak, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Satu baris ke satu baris dia lontarkan dan kerap dia berkata, "Cer cerita, cer cerita."

Pantas sebelum empunya diri ditanya pelbagai soalan perihal dirinya yang terbaru, yang peminat terus ingin tahu.

Apatah lagi diregukan dengan sahabat sealiran, Ramli Sarip. Sesi fotografi jadi meriah dengan jenaka dewasa dan usik mengusik antara mereka.

"Lelaki anggun tahun 2011," usik Ramli terhadap teman yang disapa dengan nama Nasir.

"Tahun 2012 sudah tidak anggunlah," jawab Nasir pantas. Mereka ketawa bersahaja.

Bakal bersatu dalam satu pentas untuk konsert Untukmu Loloq, dua insan seni ini antara yang akrab dengan arwah. Kalau bukan dalam jurnal harian, mereka bersahabat dalam karya yang kemudiannya menjadi 'naskhah terbaik.'

Tarikh 22 hingga 24 April bakal membuka lembaran baru berikutan sebuah konsert tribut buat penulis lirik genius yang pergi pada 31 Januari 2008. Jasadnya pergi, tetapi umum masih bersatu dengan lirik peninggalannya yang tidak pernah jemu menjadi siulan.

"Ini bagus, persembahan jujur yang disusun untuk menghargai seniman yang telah pergi," ulas Nasir perihal konsert yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) serta Kementerian Pertahanan (Mindef).

Bersama Spider, Ella dan Ramli Sarip, mereka bakal menyalur rindu dan bayangan Loloq.

Mahu disapa Datuk

Tatkala berita seniman Nasir dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, ramai mula mengutus ucap tahniah di laman-laman sosial. Begitu cara khalayak berkongsi gembira atas penganugerahan itu, tepat pada orang dan ketikanya.

Ada yang mula mengusik, selepas ini bagaimana mahu menggelar insan seni ini. Datuk M. Nasir ketawa apabila diaju soalan itu.


BAKAL bersatu dengan Spider, Ella dan Ramli Sarip, sebuah konsert tribut Untukmu Loloq bakal dipersembahkan 22 hingga 24 April ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


"Terpulang kepada suasana, di mana rasa yang perlu. Ini sebuah penghargaan. Dalam dunia seni, saya ada nama pentas. Selesa untuk saya gunakan nama pentas itu," pintanya tersirat namun difahami.

"Saya ini orang yang sukakan sejarah. Kalau kita lihat zaman dahulu, (gelaran) Datuk ini persis kesatria. Zaman sekarang, Datuk itu mungkin boleh dikatakan perwira dalam dunia atau arena masing-masing," kata kesatria dunia seni ini.

"Tanggungjawab kesatria dahulu tinggi. Kini boleh dilihat gelaran Datuk ini adalah pengiktirafan terhadap apa yang telah individu itu lakukan. Ya, gelaran Datuk datang dengan tanggungjawab. Jadi perlu terus memberi untuk khalayak, tanggungjawab itu berterusan," katanya dalam senyuman.

Eksplorasi tekno

Mengalir masuk ke subjek yang senang dibicarakannya, Nasir ditanya tentang hajatnya pada masa hadapan. Sesuatu yang mungkin belum dicuba dan akan diterokai mengikut dedaun masa kini.

"Orang kita takut bila sebut muzik elektro dan tekno. Saya mahu bereksplorasi dengan muzik ini. Bunyi Melayu (tetapi) disesuaikan dengan elemen muzik tersebut. Masih ada ciri ketulenan, asli tetapi bermain-main dengan bunyi mesin. Saya masih seorang yang sentiasa bereksplorasi dengan muzik,"jelasnya tentang keinginan baru terhadap muzik yang pernah naik arus perdana pada awal tahun 1990-an. Mungkin mahu bermain dengan bunyi sampling dan peranti synthesizer.


SANG papa rock, Ramli Sarip banyak mengusik M.Nasir. Katanya Nasir adalah lelaki anggun 2011.


Dalam rangka yang sama, penghulu enam anak ini juga sedang merencana sebuah konsert untuk tahun ini. Rindu peminat muzik Nasir semakin melonjak apatah lagi kali terakhir dia beraksi di Istana Budaya adalah pada Mac 2009 lalu.

Peminat muzik tempatan dahagakan sebuah konsert berskala besar, lebih molek jika di sebuah tanah lapang beratapkan langit. Biar puas menari dan menyanyi.

"Adalah tu. Sedang merancang. Apa yang penting adalah semua penonton seronok," jawabnya dengan ayat mudah, umpama sebuah janji secangkir kopi semanis puan.

Lafaznya kemudian, dia juga teringin menngadakan persembahan jelajah buat peminat. Ini sebuah keinginan yang masih tertahan.

Imej angkuh

Di hujung telinga, ada bunyi-bunyi skeptikal yang terkeluar. Mungkin kerana belum kenal mendalam atau mengenali wajah ke wajah dan bersulam bicara, ada anak muda generasi baru yang meletakkan signal.

Penulis bertanya situasi ini kepada empunya diri. Dia termenung bertanya semula:

"Muka saya nampak sombong? Berlagak? "Mungkin sebab wajah ini maka persepsi itu timbul."

Jujurnya dia melempar respons terhadap hasil karya anak muda. Seorang yang tepat duduknya untuk memberi pandangan itu, Nasir bukan sekadar gelaran. Dia adalah individu yang penuh pengamatan tajam pada kelebihannya.

"Karya generasi baru ada yang okey, ada yang bagus. Cuma kurang pada lirik, agak teruk. Mereka tiada benda nak cerita untuk zaman sekarang. Komposisi muzik ada benda baru yang mahu diberikan. Semangat mereka juga bagus," jujur seorang penulis yang sering menyapa khalayak dengan situasi rakyat.


RASA ada tanggungjawab dalam gelaran Datuk yang diberikan namun M. Nasir yang satu ini selesa disapa dengan nama pentasnya.


Bersama kumpulan Kembara dahulu, dia pernah bersahabat melalui lirik dengan adanya lagu-lagu seperti Ekspres Rakyat, Impian Seorang Nelayan, Kami Orang Melayu, Penjual Surat Khabar dan Sesat Di Kuala Lumpur.

"Tetapi ada yang buat sahaja lagu (semberono), banyak buat kerana terpengaruh dengan grup yang mereka idolakan. Jadi muziknya jadi seperti yang mereka puja. Itu susah mahu elak," luah Nasir bagai seorang abang.

"Mungkin setelah dua atau tiga album, mereka ini akan dapat bunyi sendiri dan itu adalah kejayaan. Tapi untuk zaman sekarang, banyak perkara tidak tahan lama termasuk ketahanan sesebuah lagu. Zaman ini perlu cari sesuatu produk yang cepat meletup. Kena cepat buat impak. Kalau tidak akan kendur dan hilang," katanya.

Penerangannya berlanjutan, bak memasang mata helang meninjau dari langit akan dunia seni tempatan sekarang.

"Zaman ini ada dua situasi. Sama ada kena buat impak besar dan kemudian diberi peluang. Atau ada sesuatu 'barang', kerja kuat dan kemudian dilihat ada potensi besar dan kemudian diberi peluang. Sukar untuk mengagak. Tapi itulah dia," tambahnya.

Siapa kata dia bermusuhan, cuma mungkin dia hanya bersahabat dari kejauhan, melihat peredaran yang terjadi. Mendalami dan menebak cuaca industri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zul malu cerita dalam kain

Posted:

Zul malu cerita dalam kain

Zul malu cerita dalam kain



DIA cuma tersenyum dan anak matanya bersinar-sinar tatkala memberikan jawapan berbasa-basi. Begitulah respons spontan yang selalu diberikan aktor berkarakter, Zul Huzaimy Marzuki, 33, setiap kali diterjah soalan status rumah tangganya dengan Nor Dalilah Muhammad, 29.

Paling tidak, dia akan berpeluk tubuh, tersenyum kemudian merayu, usahlah diungkitkan cerita 'dalam kain.' Sebagai lelaki, Zul yang bergelar Pengetua Rumah Aktor Seniman itu bijak untuk menutup pekung di dada.

Ternyata, senyum dan keramahannya itu perisai gudang rahsianya, namun, kenyataan Dalilah kepada sebuah portal hiburan akhirnya mengesahkan segala-galanya.

Zul dan Dalilah sah bercerai talak dua pada 1 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor. Mereka pernah bercerai sekitar 2008 tetapi rujuk tidak lama kemudian.

Masih mahu membenamkan kisah kegagalan itu daripada bacaan umum, lelaki yang sudah lapan bulan menduda itu akhirnya sudi berkongsi sedikit rasa. Dia bercakap tentang sikapnya yang banyak mengunci mulut, kenakalan sendiri yang dikatakan menjadi punca berputus ikatan dan kebebasan kembali bergelar orang bujang.

SENSASI BINTANG: Sudah hampir lapan bulan bercerai, dan perkara itu didedahkan bekas isteri, mengapa Zul memilih untuk berdiam diri?


ZUL HUZAIMY bersama anaknya, Awal Haziq dan bekas isteri Nor Dalilah ketika merakamkan fotografi hari raya untuk Kosmo! tahun lepas. Ketika itu mereka sudah sah bercerai.


ZUL HUZAIMY: Bila sudah bercerai untuk apa perlu kecoh-kecoh. Benda sudah jadi.

Masih ada peluang untuk berbaik-baik?

Hubungan kami masih baik dan peluang (untuk rujuk semula) itu masih ada cuma, saya dan Dalilah sudah sepakat mahu membawa haluan masing-masing. Dalam hidup, kita dituntut mencari kehidupan lebih baik, kalau berbaik itu lebih baik, kami pilih untuk berbaik-baik tapi kalau bercerai itu juga untuk kebaikan bersama, kami kena teruskan. Soal anak juga tidak menjadi masalah, sekarang dia bawah jagaan bekas isteri dan tiada halangan kepada saya untuk menemuinya bila-bila masa.

Kata bidalan, sudah terhantuk baru tengadah, Zul sendiri bagaimana?

Perceraian boleh membuatkan saya menjadi lebih matang, sedar bahawa hidup bukannya mudah, susah sebenarnya. Bila sudah terjadi perkara sebegini, masing-masing kena fikir apa hikmah disebalik kejadian.

Pernah timbul rasa bersalah atas perceraian yang berlaku?

Biarlah jawapan itu saya simpan dalam hati sahaja. Mungkin kami sudah ditakdirkan begini, sudah tersurat jodoh kami setakat itu, jadi saya reda.

Keluar dari dunia lakonan yang nakal dan banyak sisi hitam, ramai mendakwa Zul sebenarnya nakal?

Saya biasa sahaja (sebagai lelaki itu normal).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fathia takut kucing

Posted:

Fathia takut kucing

Fathia takut kucing


FATHIA berhasrat meneruskan karjaya seni walaupun setelah bergelar peguam.


TINGGALKAN DUNIA LAKONAN
Apabila saya sudah memiliki firma guaman sendiri, mungkin saya akan meninggalkan dunia lakonan tetapi itu masih jauh memandangkan sekarang baru di tahun dua pengajian.

Buat masa ini, saya meminati kedua-dua bidang, undang-undang dan seni, selagi ada tawaran lakonan dan peminat masih mahu melihat saya, bidang lakonan akan diteruskan.

IPAD 2 DAN GALAXY TAB

Saya tidak meminati gajet-gajet terutama gajet yang menggunakan teknologi skrin sentuh. Lebih puas rasanya menggunakan komputer riba dan saya hanya menggunakan telefon bimbit jenama BlackBerry.

TEMPAT MELUAH PERASAAN

Ibu dan adik perempuan ialah insan yang menjadi pilihan untuk saya meluahkan segala-galanya. Merekalah orang yang paling rapat dengan saya malah setiap rahsia saya adalah rahsia mereka.

KONFLIK DI LIBYA DAN BENCANA DI JEPUN

Sudah tentu bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun kerana ia melibatkan jumlah kematian yang ramai sehingga mencecah puluhan ribu orang malah memberi kesan kepada ekonomi. Konflik di Libya juga melibatkan kematian tetapi ia merupakan konflik dalaman sesebuah negara.

HAIWAN PELIHARAAN

Sejak kecil lagi ibu dan bapa tidak membenarkan kami adik-beradik memelihara kucing kerana ada antara kami yang menghidap lelah. Kini saya jadi takut dengan haiwan walaupun ada kucing yang comel dan terasa mahu menyentuhnya.

CUN! DAN DALAM BOTOL

Saya akan menonton kedua-dua filem tersebut sebagai sokongan kepada filem Melayu tetapi kerana sekarang waktu amat genting, sibuk dengan belajar jadi susah sikit untuk pergi menonton.


IBU dan adik perempuan sering menjadi pendengar setiap keluh-kesah Fathia.


NAMANYA kini sedang mendaki puncak namun, Nur Fathia Abd. Latiff, 24, rela menolak banyak tawaran demi segulung ijazah.

Pelakon yang pernah muncul ayu bertudung itu sedang berada dalam saat-saat terakhir bagi menghadapi peperiksaan akhir semester dalam jurusan undang-undang.

"Saya terpaksa tolak tawaran kecuali sebuah drama yang akan memulakan penggambaran dua hari selepas peperiksaan tamat," kata Fathia yang akan menghadapi peperiksaan selama empat hari bermula 20 April nanti.

Kali ini, dia bakal berganding dengan aktor yang sudah dikenali ramai, Fizz Fairuz, dalam sebuah drama bersiri berunsur Islamik yang akan ditayangkan di saluran Al-Hijrah.

Mengisahkan pasangan yang mendapat pelbagai tentangan kerana membuka sebuah hotel di kawasan pelacuran, penonton sekali lagi bakal melihat Fathia dengan imej bertudung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.