Celebrity News |
- Tips ZoOm : Tips Kuruskan Badan Secara Sihat
- Tips ZoOM : Tips Mengatasi Perasaan Marah
- Senarai Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 - 2011
- Pilihan Raya Sarawak : Senarai 71 Calon Barisan Nasional di Sarawak
Tips ZoOm : Tips Kuruskan Badan Secara Sihat Posted: 03 Apr 2011 06:58 AM PDT Salah satu TIPS yang ZOOM jumpa dan rasa-rasa boleh dikongsi bersama pembaca di ZoOMartis. Bagi ZOOm nak kuruskan badan secara berlapar tidak sesuai kerana seluruh badan akan kekurangan tenaga. JIka sebelum ini anda yang membaca artikel ini sering berlapar kerana berdiet bacalah 23 petua ini. 1. JANGAN BERLAPAR Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. 5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 6. AMBIL SARAPAN PAGI Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. 8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 9. MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 10. KUNYAH CHEWING GUM Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. 11. KURANGKAN PENGAMBILAN MARJERIN/BUTTER Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. 12. AMALKAN AIR LIMAU NIPIS/JUS OREN Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. 13. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. 14. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN ANDA SETIAP HARI kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet 15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 17. SIMPAN SATU DIARI Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan. 18. MASAKAN KUKUS/PANGGANG Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 19. GUNAKAN PINGGAN YANG KECIL Ketika memilih piring makanan , ambilah pinggan yang rata dan bukan pinggan cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan. 20. AMALKAN BERJALAN SELEPAS MAKAN Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. 21. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 22. AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANGSING i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. 23. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. p/s: Selamat mencuba tips kuruskan badan cara yang sihat ni ye... Good Luck!! Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Tips ZoOM : Tips Mengatasi Perasaan Marah Posted: 03 Apr 2011 06:56 AM PDT Assalamualaikum Dan Salam Satu Malaysia, Kali ini ZoOm ingin berkongsi dengan anda beberapa Tips yang perlu kita praktikkan dalam kehidupan seharian. Dan kali ini ZOoM ingin berkongsi beberapa tips bagi mengatasai perasaan marah anda. Perasaan amarah ini bak seumpama bukit yang tinggi. Jika kita tak dapat mengawal perasaan ni mungkin boleh menjadi gunung tetapi andai kita bijak mengawalnye insyaAllah ia akan menjadi semanis madu. Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Senarai Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 - 2011 Posted: 03 Apr 2011 05:31 AM PDT Debaran malam ini (3 April 2011). Berikut adalah senarai penuh finalis calon (top 5) bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular 2010. PENYANYI LELAKI POPULAR. 1. Aizat 2. Anuar Zain 3. Black 4. Faizal Tahir 5. Shahir PENYANYI WANITA POPULAR 1. Adira 2. Ana Raffali 3. Alyah 4. Stacy 5. Yuna ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR 1. Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet 2. Azlan & Typewriter 3. Bunkface 4. Meet Uncle Hussain 5. 6ixth Sense PENYANYI NASYID POPULAR 1. Hijjaz 2. Inteam 3. Mirwana 4. Rabbani 5. Raihan PELAKON TV LELAKI POPULAR 1. Aaron Aziz 2. Ady Putra 3. Fizz Fairuz 4. Remy Ishak 5. Shaheizy Sam PELAKON TV WANITA POPULAR 1. Fasha Sandha 2. Lisa Surihani 3. Noorkhiriah 4. Scha Alyahya 5. Tiz Zaqyah ARTIS BARU LELAKI POPULAR 1. Daus 2. Maulana 3. Shahir 4. Sharnaaz Ahmad 5. Shahz Jaszle ARTIS BARU WANITA POPULAR 1. Adira 2. Ana Raffali 3. Mizz Nina 4. Murul Elfira Roy 5. Nur Syuhaida @ Dottie ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR 1. Along 2. Angah 3. Johan 4. Nabil 5. Zizan ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR 1. Didie Alias 2. Kenchana Dewi 3. Noorkhiriah 4. Raja Azura 5. Sharifah Shahirah PELAKON FILEM LELAKI POPULAR 1. Aaron Aziz 2. Bront Palarae 3. Remy Ishak 4. Shaheizy Sam 5. Syamsul Yusof PELAKON FILEM WANITA POPULAR 1. Diana Danielle 2. Lisa Surihani 3. Liyana Jasmay 4. Maya Karin 5. Scha Alyahya PENGACARA TV LELAKI POPULAR 1. Ally Iskandar 2. Awal Ashaari 3. Aznil Nawawi 4. Jimmy Shanley 5. Zizan PENGACARA TV WANITA POPULAR 1. Cheryl Samad 2. Fara Fauzana 3. Nurul Syuhada 4. Raja Azura 5. Sharifah Shahirah PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR 1. Aznil Nawawi 2. Faizal Ismail 3. Halim Othman 4. Kieran 5. Salih Yaakob PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR 1. Abby Fana 2. Fara Fauzana 3. Linda Onn 4. Raja Azura 5. Sharifah Aleya Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Pilihan Raya Sarawak : Senarai 71 Calon Barisan Nasional di Sarawak Posted: 03 Apr 2011 05:03 AM PDT Untuk dikongsi bersama pembaca yang mengikuti perkembangan pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi di Negeri Sarawak kecuali Kerusi Bakalalan. KUCHING: Berikut adalah senarai 71 calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB N.3 (Tanjung Datu) - Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem N.4 (Pantai Damai) - Dr Abdul Rahman Junaidi N.5 (Demak Laut) - Dr Hazland Abg Hipni (muka baru) N.6 (Tupong) - Datuk Daud Abdul RahmanN.7 ( Samariang) - Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali N.8 (Satok) - Datuk Amar Abg Johari Tun Openg N.14 (Asajaya) - Abd Karim Rahman Hamzah N.15 (Muara Tuang) - Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud N.17 (Tarat) - Roland Sagah Wee InnN.18 (Tebedu) - Datuk Seri Michael Manyin Jawong N.19 (Kedup) - Maclaine Ben @ Martin Ben (muka baru) N.20 (Sadong Jaya) - Aidel Lariwoo (muka baru) N.21 (Simunjan) - Mohd. Naroden Majais N.22 (Sebuyau) - Julaihi Narawi N.23 (Lingga) - Simoi Peri N.24 (Beting Maro) - Razaili Gapor (muka baru) N.30 (Saribas) - Ricky @ Mohd Razi Sitam (muka baru) N.31 (Layar) - Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang N.32 (Bukit Saban) - Robert Lawson Chuat N.33 (Kalaka) - Abdul Wahab Aziz N.35 (Belawai) - Datuk Talif @ Len Salleh (muka baru) N.36 (Semop) - Abdullah Saidol (muka baru) N. 37 (Daro) - Murni Suhaili N.38 (Jemoreng) - Gani @Abu Sema Jahwie N.44 (Machan) - Datuk Gramong Juna N.49 ( Nangka) - Dr Annuar Rafa'ee (muka baru) N. 50 (Dalat) - Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming N.51 (Balingian) - Pehin Sri Abdul Taib Mahmud N.55 (Katibas) - Datuk Ambrose Blikau Enturan N.58 (Jepak) - Datuk Talib Zulpilip N.60 (Kemena) - Dr Stephen Rundi Utom N.62 (Lambir) - Ripin Lamat (muka baru) N.67 (Telang Usan) - Dennis Ngau (muka baru) N.68 (Bukit Kota) - Dr Abdul Rahman Ismail N.71 (Bukit Sari) - Datuk Amar Tengah Ali Hassin @ Tengah Ali Hasan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) N.1 (Opar) - Ranum Mina N.9 (Padungan) - Sim Kiang Chiok (muka baru) N.10 (Pending) - Prof. Dr Sim Kui Hian (muka baru) N.11 (Batu Lintang) - Sih Hua Tong (muka baru) N.12 (Kota Sentosa) - Datuk Yap Chin Loi N.13 (Batu Kawa) - Tan Joo Phoi N. 16 (Bengoh) - Dr Jerip Susil N.27 (Simanggang) - Datuk Francis Harden Hollis N.28 (Engkilili) - Johnical Rayong Ngipa N.39 (Repok) - Datuk David Teng Lung Chi N.40 (Meradong) - Ling Kie King (muka baru) N.45 (Bukit Assek) - Chieng Buong Toon (muka baru) N.46 (Dudong) - Datuk Tiong Thai King (muka baru) N.47 (Bawang Assan) - Datuk Seri Wong Soon Koh N.48 (Pelawan) - Goh Chung Siong N.59 (Kidurong) - Ling Kuong Meng (muka baru) N.63 (Piasau) - Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam N.64 (Pujut) - Chia Chu Fatt N.65 (Senadin) - Datuk Lee Kim Shin Parti Rakyat Sarawak (PRS) N.25 (Balai Ringin) - Snowdan Lawan N.26 (Bukit Begunan) - Mong Dagang N.29 (Batang Ai) - Malcom Mussen Lamoh N.43 (Ngemah) - Alexander Vincent (muka baru) N.52 (Tamin) - Joseph Mauh Ikeh N.53 - (Kakus) - John Sikie Tayai N.54 (Pelagus) - Stanley Nyitar @ Unja Malang (muka baru) N.56 (Baleh) - Datuk Seri James Jemut MasingN. 57 (Belaga) - Liwan Lagang Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) N.2 (Tasik Biru) - Datuk Peter Nansian Ngusie N.34 (Krian) - Datuk Peter Nyarok Entrie N.41 (Pakan) - Datuk Sri William Mawan IkomN.42 (Meluan) - Wong Judat N.61 (Bekenu) - Rosey Yunus N.66 (Marudi) - Sylvester Entri Muran N. 69 (Batu Danau) - Palu @ Paulus Palu Gumbang N.70 (Ba'kelalan) - (misteri) Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |