Utusan Online - Hiburan |
Posted: Tolonglah ambil tindakan!
TAK ada cerita gempak ke minggu ni, Joyah? Eh, siapa cakap tak ada malah cerita paling panas dan sensasi yang Joyah nak kongsi ni. Kisah seorang pelakon baru yang penuh bangga pakai baju sampai nak terkeluar sebahagian buah dadanya. Joyah sebenarnya tak berminat langsung nak tulis nama dia di kolum Joyah ni pasal Joyah tak kenal pun dia. Entah dari ceruk mana dia datang, alih-alih cari publisiti murah berpakaian seksi. Sebab itu Joyah minta abang grafik Pancaindera yang kacak hanya tunjukkan wajah pelakon itu sahaja dan bukan bahagian "aset" yang tersembul keluar itu agar tidak ditatap oleh pembaca bawah umur atau terlebih umur. Satu hal yang kelakar selepas isu pakaiannya menjadi kontroversi apabila jawapan yang diberikan pelakon ni sangat tak logik. "Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi." Helo cik adik, budak tadika pun tahu membezakan mana satu pakaian terbuka atau sopan walaupun setakat tengok dan belum mencubanya. Bagi Joyah senang saja, kerana ada satu dua pelakon berkelakuan tak senonoh macam nilah yang menyebabkan bidang seni terus dipandang hina dan dipanggil kelas ketiga. Cuma Joyah dok pelik pihak berkuasa tak nak ambil tindakan ke dengan gejala artis wanita yang semakin berani pakai baju yang tersembul sana sini. Kain di bawah pula mesti singkat sampai ke paha. Setakat asyik bagi amaran berbuih-buih, baik tak payahlah. Memang patutlah segelintir artis wanita di negara ni tak takut pun nak seksi tak bertempat. Apa nak takut? Kalau pakai pun bukan mereka kena gam ke atau dipanggil mana-mana pihak berkuasa untuk diberi kaunseling. Setuju tak? | ||
Posted: Bersabarlah ErraJOYAH terasa haru amat sangat apabila timbul lagi gosip mengatakan Erra Fazira sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini hidup bermadu. Kepada manusia yang suka membuat gosip tu, sudah-sudahlah. Jangan kerana cerita cerai-berai artis popular ni orang suka nak baca sangat, kita langsung tak fikir maruah artis tersebut. Joyah sebenarnya pun dah rasa lemas perut dengan kisah yang entah betul entah tidak. Bagi Joyah, betul atau tidak gosip pasal rumah tangga Erra, setidak-tidaknya dia menjadi contoh yang baik. Erra tidak melatah tak tentu pasal malah langsung tidak mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Erra tetap cool malah sempat ketawa manja apabila ditanya berulang kali soalan sama oleh wartawan. Kalau Joyah, mungkin dah panas satu badan dan herdik wartawan dengan soalan," Wartawan ni tak ada soalan lain ke nak tanya?" Tapi Erra ambil pendekatan yang cukup bijak. Kepada Erra, Joyah sebagai kakak cuma boleh nasihat agar bersabarlah banyak-banyak. Biarlah apa orang nak kata tentang rumah tangga kita, yang penting Erra sahaja yang tahu apa terjadi sebenarnya. Joyah pun tak ambil kisah sangat pasal gosip Erra tu. Yang Joyah dok teruja pasal Erra apabila protegenya, Salma cukup meletup dalam Mentor musim 5. Memang sahlah bakal juara nanti. Lagi satu, Joyah juga tak sabar nak tengok Erra dan Aaron Aziz berlakon teater Badai Semalam di Istana Budaya nanti. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |