Utusan Online - Hiburan |
Setiausaha, tolong kawal diri! Posted: Setiausaha, tolong kawal diri!
Masuk bulan Mac ni, memang penuh jemputan Joyah ke majlis sidang akhbar Minggu Setiusaha yang bakal berlangsung sepanjang April nanti. Paling ditunggu-tunggu siapa lagi kalau bukan penyanyi kacak idaman Malaya, Anuar Zain. Rasanya tak ada wanita yang tak tergila-gilakan abang Anuar kita ni. Tambah pula lagu dia Sedetik Lebih tengah popular sekarang. Mesti ramai yang akan serbu persembahan Amazingly Anuar Zain April's Affair sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 6 April depan. Tapi yang buat Joyah tak berapa berkenan bila bab Anuar jawab sama ada adegan memeluk dan mencium dirinya pada acara yang sama tahun lalu akan berlaku lagi tahun ni. Kata dia, semuanya berlaku secara spontan dan tidak boleh dielakkan. Lagi pun, acara begitu hanya berlangsung setahun sekali dan sememangnya untuk meraikan para peminat daripada golongan setiausaha. Biarkanlah, jawab Anuar lagi. Jadi, nasihat Joyah pada semua setiausaha terutama wanita yang nak hadir tengok persembahan Anuar nanti, tolong kawal diri anda. Jaga maruah diri dan tak perlulah nak peluk cium Anuar bila dia turun ke bawah pentas. Tolong ya, cukup-cukuplah sekadar menghayati vokal jantan Anuar tu. Kalau rasa tak boleh tahan sangat perasaan seronok dapat jumpa Anuar tu, ambil gambar sebagai kenangan pun dah memadai. Joyah bukan apa, malu bila orang lelaki macam Anuar cakap kaum wanita yang terhegeh-hegeh nak peluk dan cium dia. | ||
Posted: Jangan fitnah FazuraKADANG kala dunia seni ni memang penuh dengan pelbagai kejutan. Kalau perkara baik tu biasanya orang buat tak dengar saja, tapi kalau melibatkan soal hal dalam kain, bukan main laju lagi orang bercerita nak tahu apa yang panas. Macam cerita jelitawan Lux terbaru ni, bertebaran cerita kononnya dia dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor kerana silikonnya pecah. Silikon yang duduk di mana Joyah tak pasti sebab Joyah malas nak ambil tahu. Bila ramai sangat yang bertanyakan hal yang sama pada Fazura, sudah tentu dia terkejut. Malah dalam facebook milik pelakon cantik itu juga ada menafikan perkara tersebut. Tulis Fazura, "Ya, Faz bukan di Hospital Serdang kerana kononnya silikon pecah. Muahahaha. Kelakar tak terhingga! Jahat betul orang tu.. Masih bersemangat nak fitnah. Tapi Faz maafkan mereka dan doa semoga mereka akan bertaubat serta mula bersyukur pada Allah. Have a happy day all. Love Love Love." Jadi Joyah nasihatkan pada semua, jangan sesekali percaya pada cerita yang tak betul ni. Mungkin pelanduk dua serupa kot. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |