Adsense

Sabtu, 5 Mac 2011

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


‘Maaf, saya tak mahu cerita panjang’

Posted: 04 Mar 2011 06:53 AM PST

SAAT ini biarpun penyanyi Noorulhuda Ab Wahab atau Nurul, 33, cuba menjauhi segala cerita peribadi, penampilannya dengan seorang jejaka Inggeris yang dikatakan teman lelaki barunya, tetap menjadi perhatian.

Ia bukan lagi rahsia, memandangkan ada peminat mahupun wakil media sendiri pernah terserempak dengan mereka berdua di majlis tertentu sekitar ibu negara akhir-akhir ini.

Terbaru penyanyi yang kini tampil dengan album mini menggunakan namanya sendiri sebagai judul, dilihat hadir menyaksikan pementasan muzikal Terima Kasih Cinta (TKC) di Istana Budaya (IB), ditemani bukan saja lelaki Inggeris terbabit malah juga ahli keluarganya.

Ditemui Rap, Nurul bagaimanapun mengambil tindakan 'kunci mulut' daripada bercerita mengenainya dan penyanyi berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu menegaskan, dia tidak lagi mahu menjaja kisah peribadi.


"Cukuplah selepas 16 tahun terbabit dalam bidang seni, pelbagai cerita peribadi sudah saya kongsi dengan rakan media dan peminat. Sebagai artis, saya tak nafikan ia sebahagian daripada tanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar agar tidak timbul salah faham kemudian hari.


"Bagaimanapun, apabila niat ikhlas saya yang tak mahu bersikap hipokrit selalu disalahertikan, menyebabkan saya mengambil keputusan bersikap kunci mulut dulu dan bercakap sekadar apa yang perlu," jelasnya.

Kata Nurul lagi, niat baiknya itu juga akhirnya makan diri apabila pelbagai cerita kurang menyenangkan timbul. Pelbagai fitnah juga dikaitkan dengan dirinya termasuk ada membuat dakwaan dia mudah menukar teman lelaki laksana menukar baju.

Apa yang membuatkan penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Kerana Terluka itu lebih terluka ialah apabila yang membuat dakwaan seperti itu adalah rakan baiknya sendiri.

"Rasanya, cukuplah setakat ini. Saya tak mahu lagi bercerita apa-apa selain berkaitan kerjaya. Maaf, saya tak mahu cerita panjang mengenai siapakah lelaki Inggeris yang selalu dilihat bersama saya itu.

"Saya bukan berniat hendak berahsia dengan rakan media mengenainya. Tak perlulah ia ditulis atau digembar-gemburkan sehingga kerjaya saya dalam bidang seni tidak mendapat perhatian.

"Kalau diberikan perhatian pun, hanyalah perkara yang tidak membina kerjaya. Saya tidak mahu lagi perkara seperti itu dikaitkan dengan diri saya. Cukup-cukuplah," katanya.

Kerjaya nyanyian Nurul kembali menampakkan sinarnya apabila single terbaru dalam album mini dihasilkan, Andai Ku Kenali Ku mula berkumandang di radio dan sedang mendaki carta lagu popular.

"Hampir empat tahun saya tunggu saat ini. Selepas muncul solo pelbagai perkara berlaku termasuk isu yang timbul antara saya dan syarikat rakaman Metadome sewaktu menghasilkan album Bisikan Cinta.

"Bagaimanapun, saya menganggap ia sebagai satu pengalaman yang mematangkan saya.

"Walaupun sudah 16 tahun dalam bidang nyanyian, apabila muncul solo saya meletakkan diri seperti penyanyi baru. Tambahan pula penerbitan album ini saya lakukan sendiri, jadi banyak perkara yang perlu dihalusi bagi memastikan ia bukan satu pelaburan sia-sia," katanya.

Bercerita lanjut mengenai lagu Andai Ku Kenali Ku yang menjadi perhatian peminat, jelas Nurul sebenarnya ia sudah dirakamkan lebih dua tahun lalu.

Bagaimanapun, kerana mahukan kesempurnaan dia mahupun pencipta lagu itu, Eena Houzyama yang juga bekas wartawan hiburan akhbar New Straits Times (NST), banyak melakukan perubahan sehingga kedua-duanya berpuas hati.

"Pada mulanya muzik ditampilkan agak berat kerana mahu menunjukkan kekuatan daripada sudut melodi, apatah lagi lirik dihasilkan juga sangat menyentuh perasaan.

"Bagaimanapun, selepas melakukan beberapa susunan kami berpendapat baik jika kami hanya menggunakan gitar dan piano sebagai latar muziknya. Ternyata ia serasi dengan lirik didendangkan sekali gus mampu menyentuh hati mereka yang mendengarnya," kata Nurul.

Mendengarkan bait lirik Andai Ku Kenali Ku, ada yang membuat andaian ia sebenarnya menggambarkan diri Nurul yang sebenar dan perkara pernah dialami terutama membabitkan perceraiannya serta hubungannya dengan beberapa bekas kekasih sebelum ini.

"Sebenarnya ia menggambarkan kekuatan seorang wanita. Saya tak nafikan sebagai komposer dan penulis lirik, Eena sangat pandai membaca apa yang tersirat di dalam hati saya. Sehinggakan apabila menyanyikannya, saya rasakan lagu itu menceritakan mengenai diri saya.

"Pada saya secara peribadi, lagu ditulis Eena itu karya cukup indah dan kerana itu juga, ia dapat menambat hati peminat muzik tempatan," katanya.

Selain lagu Andai Ku Kenali Ku, Nurul turut memuatkan lagu yang mengangkat namanya dalam industri muzik tempatan, Kerana Terluka dan diberikan susunan muzik baru. Untuk versi album mini ini, muziknya lebih panjang tujuh minit berbanding sebelum ini lima minit saja.

Jelas Nurul, ia dilakukan bagi memberi kepuasan kepada peminat setianya yang turut meminta ia ditampilkan dalam album mini dihasilkan.

Kata Nurul, bagi memudahkan peminat, jualan album mininya ini turut dibuat menerusi laman sesawang dan sosial. Mereka boleh membuat tempahan dan pembayaran dan album terbabit akan dipos kepada mereka.

Selain menumpukan perhatian kepada kerja mempromosikan album mini, Nurul juga tidak sabar menantikan filem terbarunya, Tolong Awek Aku Pontianak ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Lirik Andai Ku Kenali Ku

Andai ku rela kau pergi jua
Andai ku berdiri tanpa kata
Bila kan ku rasa cinta
Bila kan ku rasa bahagia
Andai ku kenali ku

Kini ku kan berdiri
Tanpa ragu tanpa sangsi
Diri ku, ku temui

Ku tahu ku mungkin
kan terluka
Ku tahu tak akan ada
yang sama
Kini aku mula kenali ....
Diri ku sendiri

Lagu/lirik : Eena
HUSH Entertainment

PROFIL

NAMA SEBENAR: Noorulhuda Ab Wahab
TARIKH LAHIR: 27 Julai 1977
USIA: 33 tahun
ASAL: Kampung Selamat, Tasik Gelugor, Pulau Pinang
KERJAYA: Penyanyi, pelakon, penulis lirik
ALBUM: Nurul (1995), Ikhlasnya Cintaku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita dan Cinta (2000), Sehati Sejiwa (2001), Ajai Dan Nurul (2002), Seiring Sejalan (2004), Serasi Bersama (2006), Bisikan Cinta dan Nurul
FILEM: Satay, Tolong Awek Aku Pontianak
DRAMA: Rahsia Hati, E-Toyol. Com, Kapoww dan Cinta Seorang Seniman
PENCAPAIAN: Anugerah Cakera Emas Album Nurul (jualan melebihi 30,000 unit), Cakera Emas Album Sehati Sejiwa (jualan melebihi 25,000 unit), Cakera Emas Album Seiring Sejalan (jualan melebihi 30,000 unit), Artis Baru Wanita Terbaik AIM (1996), Pemenang Lagu Terbaik AIM 1999 (lagu Aku Cinta Aku Rindu), Juara Lagu Kategori Pop Rock, Juara Lagu 2003 (Lagu Keliru) dan Lagu Terbaik AIM 2004 (Selagi Ada Cinta - Ning Baizura).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert lagu berunsur Islam

Posted: 04 Mar 2011 06:33 AM PST

PENDAPAT mengatakan irama nasyid kini terpinggir adalah tidak benar. Buktinya, sambutan baik terhadap konsert Maher Zain selama dua hari berturut-turut sekali gusnya membuktikan ia masih berpengaruh dan ada ramai pengikut.

Penerimaan baik peminat nasyid tempatan terhadap penyanyi berasal dari Lubnan itu bagaimanapun bertitik- tolak daripada konsep diketengahkan yang dianggap lebih segar dan tidak terhad kepada irama nasyid tradisional.

Perubahan dilakukan kepada muzik nasyid kepada genre lebih terkini seperti pop berjaya menarik lebih ramai anak muda untuk sama-sama menghayati muzik ini.

Justeru, atas dasar yakin dan percaya irama keislaman masih mendapat tempat di hati peminat tanpa mengira batas umur dan lapisan masyarakat, Out of This World Sdn Bhd (O2TW) meneruskan usaha menganjurkan Islamic Song Festival edisi kedua yang akan bakal berlangsung pada 30 April dan 1 Mei 2011 di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre.


Pengarah Operasi Out of This World Sdn. Bhd, Afizah Ismail, pihaknya meneruskan usaha menganjurkan Islamic Song Festival kerana berasakan muzik berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan semakin diminati remaja, bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.


"Jika diperhatikan kebanyakan remaja masa kini lebih terdedah dengan muzik yang lebih moden seperti R&B, rap, world music, kontemporari dan hip hop yang sedikit sebanyak turut menyumbang kepada kurangnya minat remaja menyaksikan persembahan nasyid tradisional," katanya.

Kata Afizah, genre nasyid moden yang kini mengambil alih tempat dan semakin popular di kalangan remaja dari negara Islam lain turut menjadi faktor utama mengapa mereka begitu berminat menganjurkan Islamic Song Festival Edisi ke 2. Selain itu, penganjuran konsert dirancang ada kaitan dengan imej negara yang cukup dihormati negara Islam lain.

"Contohnya, Malaysia di mata dunia dianggap sebuah model negara Islam yang menuju ke arah status negara maju, namun pada masa sama masih diimbangi elemen keislaman. Justeru dengan adanya acara seperti Islamic Song Festival, sedikit sebanyak mampu meletakkan Malaysia sebagai negara yang berusaha untuk menerapkan nilai keislaman terhadap gaya hidup termasuklah seni dan budaya," katanya lagi.

Konsert dirancang dijangka mengambil masa empat jam setiap malam dan menampilkan artis solo atau kumpulan antarabangsa dan satu artis solo atau kumpulan tempatan. Setiap dari mereka diberikan masa 30 minit untuk menghiburkan pengunjung.

'Kami berasa cukup bangga apabila undangan kami mendapat maklum balas daripada 40 artis solo/berkumpulan yang menunjukkan minat untuk menyertai acara ini.

"Selepas di teliti dari segi genre muzik dan jadual acara, kami menetapkan 12 artis solo atau berkumpulan antarabangsa, seorang artis solo dan satu kumpulan nasyid dari Malaysia akan diketengahkan dalam Islamic Song Festival ini.

"Setiap mereka juga mewakili genre muzik masing-masing seperti folk, acapella, hip hop, kontemporari, tradisional, progresif, pop, R&B dan world music. Konsert ini juga memberi peluang kepada artis nasyid untuk kembali mendapat tempat di hati peminat lagu nasyid di sini," katanya.

Malam pertama festival itu menampilkan penyanyi popular dari Indonesia, Opick bersama Brothers (Malaysia), Kumpulan Nasyid Hip Hop/Rap The Brotherhood dari Australia, Khaleel Mohamad (United Kingdom), Khalid Belrhouzi (Perancis) menampilkan Ziryab (Arab Saudi) dan Bennami (Brazil), Fez Meghani & Aftab Ali (Amerika Syarikat) dan La Rappel (Perancis).

Tarikan utama pada malam kedua ialah Zain Bhikha dari Afrika Selatan. Bakatnya diasuh legenda penyanyi lagu ketuhanan terkenal, Yusof Islam, kini artis nasyid yang diminati di seluruh dunia. Beliau akan diiringi dua pemain perkusi dari Amerika Syarikat dan tiga vokalis pengiring. lagu bakal dipersembahkan dipetik dari albumnya seperti 1415 The Beginning, Allah Knows, Mountains of Makkah, Faith, A Way of Life dan Our World.

Turut disenaraikan pada malam kedua ialah kumpulan Debu. Persembahan nasyid mereka berirama 'world muzik' dan liriknya dalam bahasa Indonesia, Inggeris dan Arab.

Penyanyi Yasin, kumpulan Aashiq al-Rasul (UK), kumpulan Hip Hop dari Amerika Syarikat Native Deen dan kumpulan Noor (AS) melengkapi barisan artis pada malam itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.