Adsense

Sabtu, 5 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Enggan bicara soal perkahwinan

Posted:

Enggan bicara soal perkahwinan

Enggan bicara soal perkahwinan



DI SEBALIK bersikap agak 'low profile' tanpa sebarang publisiti sejak kebelakangan ini, masih ada kisah hangat yang melanda penyanyi Noryn Aziz apabila dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang VIP.

Desas-desus mengenai perkara tersebut memang sudah agak lama kedengaran dan menjadi tanda tanya ramai pihak, namun masih belum ada jawapan konkrit yang dinyatakan oleh penyanyi berkenaan.

Berkesempatan untuk bertemu dengannya ketika majlis Prapelancaran Minggu Setiausaha Divas Las Vegas di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) baru-baru ini, dia terus ditanya mengenai status dirinya ketika ini bagi merungkai segala persoalan yang timbul.

Bagaimanapun, agak menghampakan apabila dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan berkaitan peribadi. Apa yang pasti si empunya diri masih tetap berpegang teguh dengan pendiriannya untuk terus menutup mulut.

"Buat masa ini saya masih belum mahu mengulas atau memberikan sebarang jawapan sama ada saya sudah berkahwin atau tidak. Pada saya, perkara sebegitu adalah terlalu peribadi untuk diceritakan terutamanya kepada pihak media dan menjadi tatapan umum.

"Kalau ada sesiapa yang betul-betul mahu tahu tentang status sebenar saya sekarang ini, saya akan beritahu dengan jujur dan ikhlas kalau mereka sendiri datang berjumpa dengan saya," tegasnya.

Meskipun dilihat cukup tenang dan sentiasa melemparkan senyuman ketika menjawab segala pertanyaan yang diajukan, namun Noryn sebenarnya agak kurang selesa apabila kisah peribadinya kerap disentuh.

Bukan niat untuk berahsia dan tidak mahu berterus-terang dengan menceritakan perkara sebenar, tetapi jelasnya buat masa ini dia perlu menjaga hati dan perasaan ramai pihak sebelum membuat sebarang kenyataan.

Ujarnya lagi, disebabkan itu dia lebih selesa untuk berdiam diri dan enggan mengulas mengenai kisah perkahwinannya yang hangat diperkatakan itu. Cuma apa yang boleh dikatakannya, kini dia bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya.

"Pada saya kalau ada yang sudah tahu itu terpulang. Tetapi saya masih tetap dengan pendirian saya untuk tidak berkata apa-apa. Mungkin saya hanya akan berterus-terang sekiranya sudah tiba masa yang sesuai nanti," ujarnya.


NORYN mahu dirinya dikenali kerana bakat nyanyiannya, bukan disebabkan kisah peribadi.



Ketika ditanya mengapa dia berpendirian untuk berahsia mengenai kisah peribadinya, secara jujurnya Noryn menjelaskan dia mahu para peminat lebih memberi fokus kepada perjalanan kariernya sahaja.

"Boleh dikatakan sudah agak lama saya berkecimpung dalam dunia nyanyian dan bukan mudah untuk mencipta nama seperti sekarang. Jadi, saya hanya ingin dikenali sebagai seorang penyanyi dan bukannya popular kerana kisah peribadi," ujarnya.

Jaja spekulasi

Selain kisah hangat mengenai status dirinya yang masih menjadi pertanyaan ramai pihak, timbul pula cerita kurang enak yang menerjah pemilik nama sebenar Norazmahwati Abd. Aziz itu.

Ketika menceritakan mengenai perjalanan karier seninya ketika ini, Noryn sempat meluahkan rasa kecewanya setelah ada individu tidak bertanggungjawab yang telah menjaja spekulasi mengenai dirinya.

"Saya dikatakan telah bersara dari dunia nyanyian sedangkan cerita itu memang tidak benar sama sekali. Memang saya sendiri terkejut dan hairan bagaimana cerita itu boleh timbul.

"Malah, ada klien yang sering memberi tawaran membuat persembahan selama ini turut percaya dengan cerita berkenaan. Sehingga saya terpaksa menjelaskan kepada mereka perkara sebenar," luahnya.

Tambah Noryn, memandangkan punca rezekinya kini banyak bergantung kepada membuat persembahan di majlis korporat, dia akui spekulasi tersebut turut menjejaskan periuk nasinya.

Menurutnya, meskipun dia masih tidak tahu individu yang bertanggungjawab mereka-reka dan menyebarkan cerita palsu itu, dia amat berharap dengan kenyataannya ini akan menjawab segala persoalan yang timbul.

"Biarpun sudah sudah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian, tetapi buat masa ini saya belum berhasrat dan tidak pernah terfikir lagi untuk bersara," ujarnya.

Ubah penampilan


DUA nama hebat di bidang seni suara ini bakal bergabung buat pertama kali untuk berkongsi pentas yang sama bagi menghiburkan peminat.


Masih kekal anggun dan cantik pada usia menjangkau 35 tahun, kini para peminatnya tidak akan lagi menyaksikan penampilan Noryn Aziz yang terkenal dengan imej seksi sebelum ini.

Selepas menunaikan fardu haji bersama kedua orang tuanya tahun lalu, dia mula nekad untuk melakukan transformasi terhadap penampilan dirinya yang mahu kelihatan lebih sopan.

"Alhamdulillah, selepas pulang dari Mekah, saya ambil keputusan nekad untuk ubah sedikit demi sedikit cara berpakaian. Saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya buang terus imej seksi.

"Cuma buat masa ini saya tidaklah bertudung sepenuhnya, tetapi dengan memakai turban untuk menutup kepala. Apa yang boleh saya katakan, kini saya dalam proses untuk tampil ke arah imej yang lebih Islamik," ujarnya.

Lumrah kepada individu yang sedang berusaha untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif, Noryn turut mengakui berdepan beberapa cabaran yang cukup hebat.

Antaranya, terdapat beberapa tawaran persembahan yang terpaksa ditolak apabila pihak penganjur mengenakan syarat kepadanya supaya tampil dengan imej yang lebih mendedahkan.

"Jika ada yang meminta saya berbuat demikian, saya akan menerangkan kepada mereka bahawa inilah imej saya sekarang. Tentunya saya tidak akan gadaikan prinsip hidup semata-mata hendak mengikut kehendak mereka.

"Biarpun dengan imej baru ini akan menyebabkan saya semakin kurang mendapat tawaran, tetapi saya percaya segala rezeki yang dikurniakan semuanya adalah ketentuan daripada Allah," luahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ning tolak Dreamgirls

Posted:

Ning tolak Dreamgirls

Ning tolak Dreamgirls

Oleh SHANIKA ABDULLATIB


3 SUARA yang terdiri daripada Jacyln Victor (kiri), Shila Amzah dan Ning Baizura bergambar dengan Pengarah Urusan Sony Music Entertaiment Malaysia Sdn. Bhd., Adrian Lim (dua dari kanan) dan Penerbit Eksekutif 3 Suara, Kevin Chin .


"SAYA terpaksa lupakan Dreamgirls. Bukan saja-saja tetapi segalanya demi konsert saya sendiri," kata Ning Baizura tanpa dapat melindungi rasa terkilannya.

Namun ada apa Dreamgirls dengan Ning? Ning sebenarnya telah ditawarkan untuk terlibat dalam pementasan musim kedua yang cukup popular itu. Dia sepatutnya membawa watak Deena Jones.

Namun, kali ini Ning harus memilih hal yang paling atas dalam kerjayanya. Justeru, dia memilih untuk memberi fokus terhadap bidang nyanyian. Sementelah dia telah merancang sebuah konsert untuk peminat setianya.

"Tahun ini jadual kerja saya sudah penuh. Selepas album terbaru saya dilancarkan sekitar bulan ini, saya akan terbabit dengan persembahan di seluruh negara. Jadi, sukar untuk saya mencari masa bagi pementasan itu," ujar Ning yang bakal muncul dengan album berjudul Dewa itu.

Walau bagaimanapun, untuk mengubat hati peminatnya yang hampa, penyanyi bersuara soprano ini akan beraksi di pentas Istana Budaya (IB) kerana terlibat dengan penganjuran Festival Muzik Kuala Lumpur 2011 pada Julai nanti.

Sempena festival itu, Ning akan mengadakan konsert solonya, Ning Live In Concert selama dua malam berturut-turut iaitu pada 1 dan 2 Julai.

"Untuk konsert di IB, saya dan pihak produksi telah mula berbincang tentang konsep yang ingin dipersembahkan. Saya menggambarkan, konsert itu bakal mencerminkan semua genre muzik yang ada dalam diri saya,"katanya yang telah menyenaraikan lebih 30 buah lagu untuk dipersembahkan namun belum muktamad.

Sementara itu mengulas mengenai album 3 Suara yang menggabungkan dirinya dengan Jaclyn Victor dan Shila Amzah, Ning menafikan mereka bertiga bersaing sesama sendiri.

"Kami tidak sesekali bersaing sesama sendiri untuk membuktikan siapa yang lebih baik, sebaliknya kami saling berkerjasama agar keharmonian dan keserasian dalam setiap lagu tercipta," tutur spontan Ning.

Tutur Ning lagi, album istimewa 3 Suara tersebut telah berada di pasaran pada 6 Januari lalu. Antara lagu yang kerap dimainkan di corong radio ialah Di Mana Di Mana dan Beribu Sesalan.

Mengulas tentang penglibatannya dalam projek julung-julung kalinya itu, ketiga-tiga mereka menjelaskan berasa cukup bangga kerana terpilih untuk menjayakan album yang diterbitkan oleh Kelvin Chin dan Aylwin Santiago itu.

"Saya rasa kombinasi tiga suara ini amat menarik kerana masing-masing mempunyai suara yang berbeza. Masing-masing ada kekuatan sendiri.

"Saya punya suara soprano, Shila mempunyai suara yang merdu, manakala Jac punya suara yang lantang. Perbezaan inilah yang menjadikan album ini unik dan lain daripada yang lain," ulas Ning.

Bagi Jac, mereka tidak menghadapi sebarang masalah kerana diberi kebebasan untuk menyanyi mengikut keselesaan sendiri.

Cuma cerita Jac, hanya timbul sedikit masalah ketika merakamkan lagu-lagu tersebut kerana masing-masing mempunyai komitmen lain.

"Walaupun Shila paling junior tapi saya dan Ning tidak pernah memandang rendah terhadap keupayaannya. Apa yang pasti, biarpun usianya muda tapi pengalaman yang dia (Shila) ada, tidak dapat dipertikaikan," ujar Jac.

Shila pula memberitahu, ramai yang 'cemburu' dengannya kerana terpilih sebagai sebahagian daripada album 3 Suara ini.

"Bekerja dengan Ning dan Jac memang sesuatu yang mengagumkan. Saya percaya, album ini akan menarik lebih banyak peminat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak tak nak Inul

Posted:

Anak tak nak Inul

Anak tak nak Inul


INUL DARASTITA tidak cemburu dengan suaminya, Adam, yang banyak menghabiskan masa bersama anaknya, Yusuf.


PENYANYI dangdut yang terkenal dengan goyang gerudi, Inul Daratista mengakui dia berasa begitu jauh dengan anaknya, Yusuf Ivander Damaras. Ini kerana dia selalu sibuk, malah anaknya lebih manja dengan suaminya, Adam.

"Saya selalu membuat persembahan di luar kota. Jadi dia selalu tinggal dengan Adam. Kadang-kadang saya mahu mencium dia pun, dia tidak mahu. Sedih saya," katanya tentang sikap Yusuf yang bakal menginjak usia dua tahun itu.

Saat ditanya adakah Inul sudah bersedia untuk menambah anak, penyanyi itu memberitahu dia memerlukan masa lima tahun untuk hamil lagi. Ini kerana dia terlalu sibuk dengan pelbagai undangan terutama terikat dengan stesen televisyen MNC.

"Lima tahun lagi baru boleh hamil. Sekarang saya mahu bekerja dulu," katanya terus-terang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.