macam macam hiburan terkini |
- Isteri Aziz M.Osman Tidak Professional - Gambit
- Erra Fazira Tegur Artis Suka Berbalah
- Isma Hanum, Anak Orang Bandar Tak Selesa Masuk Hutan
- Anugerah Seri Angkasa 2010 Muncul Semula
- Makan Malam Prihatin 'Jaguar Swiss Made'
- Video Lucah : Ariel Peterpan Terima Hukuman Penjara
- Shahriza Mahmud Kahwin Abang Ana Raffali
- "Bercinta Dengan Orang Utan" - Farid Kamil Kecewa
- Marion Caunter Selepas Jadi Isteri
- Debaran Fran Selepas 33 Tahun
- Pengalaman Jualan Langsung Bawa Untung Pada David Teo
Isteri Aziz M.Osman Tidak Professional - Gambit Posted: 31 Jan 2011 07:05 PM PST Sebaliknya pelakon itu mendakwa isteri pengarah tersebut iaitu Puteri Lily Lokman tidak bersikap profesional kerana gagal memberi sebut harga yang sebenar ketika menawarkan dia watak Zack untuk filem itu. Kata Gambit, dia terkejut apabila perjanjian harga yang sepatutnya dianggap sulit, telah didedahkan kepada heroin filem tersebut iaitu Neelofa dan menganggap cara Lily bekerja adalah tidak matang. "Saya tak mahu panjangkan isu ini dan dengan penjelasan yang diberi, saya harap semua pihak faham dengan kedudukan saya yang sebenar. "Perbincangan dibuat antara Lily dan pengurus saya iaitu Nor pada 16 Januari lalu. Pada mulanya kami telah mencapai persetujuan apabila pihak Lily bersetuju dengan bayaran RM40,000 untuk saya membintangi filem itu. "Kemudian tidak sampai satu jam selepas persetujuan itu, pihak Lily memaklumkan harga diturunkan kepada RM35,000. "Lebih memeranjatkan pada keesokan harinya saya menerima panggilan telefon daripada Neelofa yang memujuk saya agar menerima tawaran RM35,000 itu. Saya tertanya-tanya mengapa Lily boleh mendedahkan bayaran berkenaan kepada pelakon lain?" soalnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Tambah pelakon itu, dia menerima harga tersebut selepas Aziz menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan persetujuan sama ada dia menerima ataupun menolak tawaran berkenaan. Kata Gambit lagi, dia lebih kecewa apabila pengurusnya memberitahu, isteri Aziz sekali lagi bertindak tidak matang apabila terus menurunkan harga sebanyak RM5,000 lagi kepada RM30,000. "Saya rasa diri dipersendakan apabila Lily bermain tarik tali tentang tawaran harga tersebut. Daripada RM40,000 menjadi RM35,000 dan akhirnya dia tawarkan saya RM30,000. Adakan ia satu cara yang profesional? "Bayangkan, saya terpaksa membatalkan tawaran berlakon filem lain kerana filem Azura 2011 ini di mana ia membabitkan penggambaran di Paris dan London selama 10 hari dan beberapa minggu di sekitar Malaysia. "Saya tahu Aziz merupakan seorang pengarah filem yang berpengalaman. Tetapi isterinya mungkin terlalu muda untuk menguruskan mengenai tawaran perjanjian harga," katanya. Dengan penjelasan yang diberikan ini, Gambit berharap tiada lagi kontroversi remeh yang boleh menjejaskan karier lakonannya kerana dia ingin memberi tumpuan dalam kerjaya seninya. Azura 2011 merupakan kesinambungan filem Azura arahan Deddy M. Borhan yang diterbitkan pada tahun 1984 lakonan Jamal Abdillah sebagai Zack sementara Ogy Ahmad Daud sebagai Azura. Akibat masalah yang timbul itu tempat Gambit dikatakan digantikan oleh pelakon baru Shahz Jaszle. google: gambit, gambit facebook, gambit blog, gambit twitter, gambit myspace, terkini terbaru gambit, gambar foto terkini terbaru gambit, gambit profile, gambit wiki, gambit bio, gambit biodata, gambit seksi, gambit hot |
Erra Fazira Tegur Artis Suka Berbalah Posted: 31 Jan 2011 07:04 PM PST Mengulas tentang sikap segelintir artis yang sering mencanangkan isu peribadi dan ketidakpuasan terhadap seseorang secara terbuka itu, Erra berkata, artis berkenaan seharusnya peka dengan status mereka sebagai figura awam yang sentiasa diperhatikan. "Sebagai artis, kita kena sentiasa faham diri kita adalah figura awam yang menjadi perhatian umum. Apa jua kata-kata atau tindak-tanduk kita diperhati dan dinilai oleh masyarakat. "Seharusnya artis perlu tahu menjaga batas mereka apabila hendak menyuarakan ketidakpuasan hati atau keluhan tentang sesuatu perkara secara terbuka. Bukannya bertindak mengikut perasaan semata-mata," katanya. Tambah Erra, ada kalanya memilih untuk berdiam diri adalah lebih bijak daripada mudah melenting tentang sesuatu perkara atau provokasi yang tercetus. "Artis perlu tahu bila waktu yang sesuai untuk bercakap dan bila waktu terbaik untuk berdiam diri. Biar buruk atau pedih mana sekalipun sesuatu cerita atau kenyataan yang timbul tentang diri kita, berdiam diri adalah tindakan yang baik. "Sekalipun kita berasa aib atau disalahtafsirkan oleh orang lain tentang cerita yang timbul itu, Tuhan mengetahui perkara yang sebenarnya," katanya. Bukan menuding jari pada mana-mana artis, namun pelakon filem Anak ini sekadar menegur perkara tersebut demi kebaikan bersama agar imej artis tanah air dihormati oleh masyarakat. "Artis perlu tahu apa yang hendak mereka luahkan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya menerusi media atau laman sosial yang menjadi trend masyarakat hari ini. "Setiap kata-kata atau luahan artis terhadap artis lain berhubung isu tertentu kebanyakannya akan memburukkan lagi keadaan. Sebaiknya, fikirlah dalam-dalam sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata," ujarnya. |
Isma Hanum, Anak Orang Bandar Tak Selesa Masuk Hutan Posted: 31 Jan 2011 07:03 PM PST Isma berkata, dia menjadi kurang selesa apabila terpaksa menginap di dalam banglo di kawasan pedalaman di Bukit Larut, Perak demi komitmen filem Dilarang Masuk. Kata pelakon drama bersiri Butterfly dan Lima Jingga itu, biarpun berasa kekok untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut, Isma menyahut cabaran berkenaan atas dasar kerja. "Saya akui sejak kecil dibesarkan dalam persekitaran bandar. Apabila terpaksa menginap di banglo iaitu lokasi penggambaran filem itu selama 16 hari, memang saya berdepan dilema tentang soal kebersihan dan keselesaan. "Mungkin ada yang anggap saya mengada-ada atau berangan tetapi saya tidak boleh berbohong pada diri sendiri. "Memang saya berasa janggal pada awalnya tetapi lama-kelamaan semakin dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran lokasi penggambaran itu," katanya. Ulasnya lagi, jika bukan kerana urusan kerja dia tidak akan sesekali berkunjung ke kawasan hutan atau pedalaman semata-mata untuk bercuti atau menenangkan fikiran seperti sesetengah individu lain. "Lain orang lain caranya. Mungkin ramai yang memilih untuk masuk ke hutan dan pedalaman yang tenang dan sunyi untuk bercuti tetapi saya memang tidak biasa dengan keadaan itu. "Jika bukan kerana urusan kerja, saya tidak akan masuk ke kawasan hutan atau pedalaman semata-mata untuk menikmati keindahan alam," katanya yang berperanan sebagai salah seorang daripada empat pelakon utama filem seram itu. google: isma hanum, isma hanum facebook, isma hanum blog, isma hanum twitter, isma hanum myspace, isma hanum bio, isma hanum wiki, isma hanum profile, isma hanum bogel, buah dada isma hanum, isma hanum seksi, isma hanum hot, gambar terkini terbaru isma hanum, foto terbaru terkini isma hanum, kontroversi isma hanum, isma hanum pelakon, drama isma hanum |
Anugerah Seri Angkasa 2010 Muncul Semula Posted: 31 Jan 2011 07:02 PM PST Ia akan menemui penonton dalam satu acara kemuncak yang akan diadakan secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Bagaimanapun sehari sebelum itu, pada 18 Februari, beberapa kategori terpilih akan diumumkan. Dengan tema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA2010 kali ini dianjurkan di bawah tiga peneraju utama stesen-stesen penyiaran iaitu Radio televisyen Malaysia (RTM), Media Prima Berhad dan ASTRO. Rancangan berkenaan akan ke udara di tiga saluran televisyen iaitu TV2, TV9 dan Astro Prima serentak. Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, sebanyak 53 anugerah dipertandingkan iaitu 34 Anugerah Televisyen (TV), 16 Anugerah Radio dan tiga Anugerah Khas termasuklah dua penambahan anugerah baru iaitu Anugerah Khas Juri Radio dan Anugerah Khas Juri TV. "Kemunculan semula ASA merupakan satu tanda positif untuk bersaing dalam bidang penerbitan tempatan. "Ia dapat dilihat berdasarkan penyertaan yang telah diterima di mana sebanyak 521 yang menyertai iaitu 198 bagi kategori radio dan 323 bagi kategori TV. "Sebenarnya jika nak diikutkan, lebih daripada 600 penyertaan yang diterima tetapi ia terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan," katanya pada sidang akhbar pelancaran ASA2010 di Hotel Royal Chulan, di sini, Isnin. Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah rancangan-rancangan yang disiarkan pada sesebuah stesen TV perlu berada pada tempoh 1 Jun 2009 hingga 31 Julai 2010 dan ia bukanlah hasil daripada penerbitan daripada luar negara memandangkan anugerah tersebut hanya untuk warga tempatan. Selain itu, tambah Rais, penggunaan bahasa Malaysia yang salah juga diambil kira kerana ia mampu merosakkan bahasa dan mengelirukan masyarakat mengenai penggunaan bahasa yang betul. Berdasarkan statistik, bilangan penyertaan telah meningkat sebanyak 20 peratus berbanding ASA2006. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata, dia percaya gabungan kesemua stesen-stesen televisyen (TV) mampu menguatkan penganjuran ASA2010 dan ia pasti kelihatan lebih gah berbanding penganjuran ASA sebelum ini. "Saya rasa ASA2010 menimbulkan satu kelainan apabila kesemua stesen TV bergabung. ASA2010 juga merupakan satu lagi penambahan majlis anugerah yang pastinya memeriahkan industri hiburan tanah air dan pada masa sama juga membuatkan lebih banyak lagi syarikat penerbitan drama bersaing secara sihat," ujarnya. |
Makan Malam Prihatin 'Jaguar Swiss Made' Posted: 31 Jan 2011 07:01 PM PST Majlis berkenaan telah berlangsung di Tropicana Golf Club, Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain daripada jam tangan , tumpuan juga diberikan kepada dua pelakon seni mempertahankan diri iaitu Dennis To dan Rose Chan yang merupakan jurucakap jenama Jaguar Swiss Made. Pelakon terbabit telah memukau jemputan dengan mempersembahkan beberapa lakonan aksi seni mempertahankan diri seperti Yongchun dan Wingchun. Dengan persembahan yang dilakukan, mereka telah menyampaikan konsep produk jenama itu yang menonjolkan seni dan ketahanan. Jenama jam tangan mewah itu juga telah berkolaborasi dengan pereka batik terkenal tanah air, Von Jolly dengan menampilkan beberapa hasil seni batik yang menarik. Antara jemputan pada acara makan malam amal yang diadakan di Tropicana Golf Club itu adalah William San , Yeo Yann Yann, Athena Beh, Dave , Sabhi Saddi, Marsha Londoh dan Leslie Chai. |
Video Lucah : Ariel Peterpan Terima Hukuman Penjara Posted: 31 Jan 2011 04:56 AM PST Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis. Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu. Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah. Luna Maya setia menemani Ariel ketika mendengar keputusan mahkamah. Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit. Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter. Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu. Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.- BERNAMA |
Shahriza Mahmud Kahwin Abang Ana Raffali Posted: 31 Jan 2011 04:55 AM PST Sementara majlis resepsi akan berlangsung pada hari yang sama bermula pukul 12 tengah hari di rumah pengantin perempuan di Taman Muhibbah, Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar. Pelakon Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu bakal menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang kepada pengantin lelaki termasuk wang hantaran RM1,888.89 dan mas kahwin RM1,111.11. Menyentuh tentang angka wang hantaran dan mas kahwin itu, Shahriza akui kedua-duanya mempunyai makna simbolik untuk mencapai kebahagiaan dan kemakmuran dalam menempuhi alam rumah tangga. "Majlis perkahwinan kami dilakukan secara kecil-kecilan sahaja tetapi sangat bermakna. Sebelum majlis nikah, keluarga saya akan mengadakan majlis Burdah pada pukul 9 pagi di rumah kami. "Kami merancang untuk membuat satu kenduri sahaja untuk kedua-dua belah pihak setelah memikirkan tentang kos. Tetapi jika ada rezeki, kami merancang untuk membuat majlis doa selamat di Kuala Lumpur nanti," ujarnya yang turut bergelar penulis skrip dan pengarah drama. Shahriza juga pernah menjadi penolong pengarah di samping Saddiq untuk klip video lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur nyanyian Ana Raffali. Saddiq terlibat dalam kerja di belakang tabir dan bergelar pelakon. Kedua-duanya akan mengenakan dua persalinan tajaan Zeellion Bridal Gallery & Beauty untuk majlis akad nikah dan persandingan bertemakan warna hijau. Pasangan yang bercinta selama lima tahun ini telah lama merancang untuk berkahwin bagaimanapun mereka mula serius tentang perkahwinan setelah keluarga Saddiq menghantar rombongan merisik ke rumah Shahriza pada Disember lalu. "Ikutkan, sejak tahun pertama kami bercinta lagi Saddiq dah ajak saya berkahwin tetapi waktu itu keadaan tidak mengizinkan tambahan pula sibuk dengan kerja masing-masing. "Setelah lama tertangguh, akhirnya ibu dan bapa saya bersuara dan meminta kami memikirkan tentang perkahwinan sebelum mereka mengerjakan haji di Mekah pada November tahun lalu. "Jadi, sejak dari itu kami mula berbincang dan merasakan sudah tiba masanya untuk berkahwin. Pada mulanya kami memilih bulan Disember lalu tetapi terpaksa tangguh kerana bertembung dengan majlis pertunangan adik saya. Selepas itu kami memilih tarikh 1 Januari lalu tapi tidak menjadi juga kerana persekolahan baru bermula," kata Shahriza kepada mStar Online. Shahriza yang pernah berkahwin sebelum ini akui Saddiq merupakan lelaki yang mudah serasi dan mempunyai banyak persamaan dengannya. "Hubungan kami sangat unik. Mengenali Saddiq, dia merupakan seorang yang ego dan keras kepala seperti saya. Tetapi yang peliknya apabila kami bergaduh, kami cepat berbaik semula dan melupakan pergaduhan itu. "Yang membuatkan saya terharu apabila dia berani melamar saya selepas dua minggu kami berkenalan," ceritanya lagi. Seramai 600 tetamu yang dijangka akan menghadiri majlis perkahwinan Shahriza dan Saddiq termasuk keluarga kedua-dua belah pihak, kawan-kawan dan rakan artis. Bagaimanapun, Shahriza turut memberikan peluang kepada para peminat untuk menghadiri majlis pernikahan mereka itu. Selepas berkahwin, Shahriza masih meneruskan kariernya sebagai pelakon, penulis skrip dan pengarah selain mengusahakan syarikatnya, Master Shot Event yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu. "Saya masih lagi membuat kerja yang sama cuma tidak seaktif dulu kerana banyak menumpukan kepada syarikat saya yang mengendalikan acara seperti bengkel penulisan skrip, motivasi, majlis makan malam, percutian secara kecil-kecilan," katanya. Bercerita tentang bulan madu, pasangan ini dijangka akan ke Cameron Highlands pada dua hari selepas majlis pernikahan dan seterusnya ke Pulau Redang pada waktu yang sesuai. |
"Bercinta Dengan Orang Utan" - Farid Kamil Kecewa Posted: 31 Jan 2011 04:54 AM PST Menurutnya, walaupun ia ditulis ringkas yang berbunyi, Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan, ayat tersebut ternyata memberi impak negatif terhadap diri, keluarga serta peminat-peminatnya. "Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia. "Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis. Tambah pelakon tersebut, dia berharap agar pihak yang mengata buruk tentangnya berfikir sebelum menulis dan tiada lagi kata-kata negatif yang membabitkan haiwan ditujukan kepadanya lagi atau orang lain. Sementara itu, Farid gembira apabila badannya semakin susut dan tidak menggelebeh hasil daripada latihan menunggang kuda sejak beberapa bulan yang lalu. "Setiap kali saya tidak mempunyai apa-apa kerja, saya akan menghabiskan masa menunggang kuda. "Memang sejak kecil lagi saya meminati sukan polo. Dan alhamdulillah, saya baru sahaja melepasi ujian Royal Malaysia Polo Club di mana saya boleh menyertai perlawanan kuda jika mahu. "Justeru itu, saya juga telah membeli seekor kuda untuk memudahkan saya membuat latihan," jelasnya yang sedang sibuk mengarah filem barunya, Petiga. |
Marion Caunter Selepas Jadi Isteri Posted: 31 Jan 2011 04:53 AM PST Mungkin kerana personaliti dan keyakinannya membawa diri di khalayak, pemilik nama Marion Rose Caunter Abdullah seperti memiliki aura hebat sehingga menjadi perhatian. Ternyata kerjayanya sebagai pengacara E! News Asia sejak tahun lalu banyak membantu menampakkan personaliti wanita berusia 30 tahun ini untuk lebih menyerlah. Apatah lagi apabila berpeluang mengendalikan program-program seperti The Biggest Loser Asia serta ESPN MyEG Xtra Time. Rezeki Marion di luar negara semakin terbuka luas selepas mengendalikan program pertandingan realiti One In A Million bersama Awal Ashaari untuk tiga musim berturut-turut tidak lama dulu. Bagaimanapun, wanita ini masih mencari peluang mengacara sehingga mampu mengendalikan sebuah program di Hollywood. Dalam pada itu, Marion turut membantu suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin (Nasa) membina rangkaian label fesyen suaminya sendiri iaitu In Add Minus yang berpusat di Los Angeles, Amerika Syarikat. Menariknya majlis pelancaran jenama fesyen berkenaan telah diadakan pada November lalu dan ia telah dihadiri ramai selebriti popular Hollywood seperti Ann Kendrick, Jessica Szohr dan Matthew Marrison (Glee). Ia juga merupakan satu langkah baru untuk Marion mempelajari selok-belok bidang perniagaan fesyen bersama suaminya itu. "Benar, saya sedang cuba mendapatkan peluang menjadi pengacara ke tahap yang lebih tinggi tetapi semua itu bergantung dengan keputusan suami sama ada dia membenarkannya ataupun tidak. "Tambah pula Nasa baru memulakan perniagaan dalam bidang fesyen, saya perlu membantunya juga. Dalam pada itu saya turut mempromosikan baju tersebut dengan memakai pakaian In Add Minus untuk program-program yang saya acarakan. "Saya rasa perniagaan ini satu perkara yang menyeronokkan. Kebetulan pula Nasa turut menggemari bidang ini. Mungkin jika saya tidak menjadi pengacara, fesyen adalah bidang yang akan saya terokai," katanya. Tambahnya, buat masa ini, dia gembira dengan pencapaian kerjaya yang dimilikinya dan ingin mendapatkan sebuah pencapaian di bidang pengacaraan. Belajar masak untuk suami Baru saja bergelar isteri pada 16 Disember tahun lalu, seri wajah pengantinnya masih lagi bersinar. Namun, kata anak kelahiran Pulau Pinang ini, walaupun masih lagi berada dalam suasana pengantin baru, kesibukannya sebagai pengacara membuatkan dia dan suami jarang-jarang berjumpa berbanding pasangan pengantin baru yang lain. Malah kehidupan sebagai suami isteri belum dirasai sepenuhnya oleh mereka."Selepas berkahwin, tidak banyak perubahan pun berlaku kerana kesibukan kerjaya masing-masing. Ini pun saya baru balik dari Singapura kerana kesibukan rakaman E!News Asia dan suami pula baru pulang dari Paris, Perancis. "Bayangkan kami sudah dua minggu tidak berjumpa. Ia kelihatan seperti kehidupan kami sebelum kahwin. "Apa-apa pun saya sukakan fasa baru hidup berumah tangga kerana yang menariknya, selepas masing-masing sibuk bekerja seharian, bila pulang ke rumah, kita dapat berada di samping orang yang kita cintai. "Memang buat masa ini saya sangat sibuk dan perlu fokus dengan E! News Asia. Saya harap tahun ini kesibukan saya dapat dikurangkan kerana ingin meluangkan sedikit masa di rumah bersama suami," katanya. Tambah Marion, kesibukan dia dan suami tidak menghalang mereka untuk menambahkan bilangan keluarga yang baru dibinanya. "Rasanya kami sudah bersedia untuk menjadi ibu dan ayah. Insya-Allah mungkin dalam masa terdekat ini. Selain itu, saya juga ingin belajar masak untuk suami," selorohnya. Tidak keberatan untuk berkongsi cerita mengenai perubahan dirinya selepas memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu, Marion berkata Nasa banyak mengajarnya mendalami Islam sedikit demi sedikit. Namun, sebagai seorang saudara baru ataupun mualaf , dia gembira kerana dapat merasakan kehidupan yang lebih baik selepas memeluk Islam. "Alhamdulillah, saya sedang mendalami Islam sedikit demi sedikit dan Nasa yang memberi tunjuk ajar kepada saya. "Bagaimanapun, dia tidaklah memaksa saya memakai tudung atau apa-apa pun dan katanya, dia akan mencintai saya walau apa jua keadaan," tuturnya. Berbulan madu pada Tahun Baru Cina Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Marion akan melalui Tahun Baru Cina dengan cara yang berbeza pula kali ini. Pengacara itu mengambil kesempatan cuti Tahun Baru Cina pada 3 Februari depan untuk pergi berbulan madu di beberapa lokasi yang masih lagi belum diketahui. "Mungkin sambutan Tahun Baru Cina saya agak berbeza. Kebetulan pula saya dapat cuti daripada pihak E! News, Nasa dan saya bersepakat untuk berbulan madu sebelum kembali sibuk dengan kerja. "Jadi saya tidak dapat menyertai saudara mara meraikan sambutan itu. Cuma sebelum bergerak ke destinasi percutian kami akan mengadakan makan malam bersama keluarga," ujarnya. Mengimbas kenangan sambutan Tahun Baru Cina pada zaman muda, Marion gembira kerana zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan kegembiraan bersama rakan-rakan seusianya setiap kali sambutan tahun baru itu berlangsung. "Sambutan tahun Baru Cina adalah masanya untuk kami sekeluarga berkumpul bersama saudara mara yang lain di rumah emak, di Sungai Siput, Perak. "Tapi rasanya, tidak kira apa jua perayaan, baik sambutan Krismas, Hari Raya atau sambutan perayaan lain, inilah masanya untuk kami berkumpul seisi keluarga. Saya sangat gembira bila meluangkan masa bersama mereka," katanya. |
Posted: 31 Jan 2011 04:51 AM PST Biarpun tempoh sebulan yang diperuntukkan kepadanya untuk mempersiapkan diri terlalu singkat, Fran berharap ia dapat melakukannya dengan sehabis baik. Jelas Fran, konsert berkenaan adalah penghargaan atau hadiah kepada peminat-peminat yang masih memberi sokongan terhadap kerjayanya sejak berkecimpung dalam industri seni. "Pertama kali diberi kepercayaan membuat persembahan di Istana Budaya sudah tentu perasaan bercampur baur, teruja dan berdebar menantikan tarikh tersebut. "Buat masa sekarang saya sibuk dengan promosi, manakala latihan penuh bersama orkestra akan dilakukan bermula 1 Februari nanti. "Saya percaya Datuk Ramli MS akan membuat yang terbaik untuk konsert itu nanti," katanya yang mendapat khidmat Ramli selaku pengarah muzik. Konsert yang bakal mengimbas nostalgia lama ini akan menampilkan lagu-lagu popular yang menjadi siulan satu masa dahulu seperti Kehebatan Cinta, Oh La La Tropika, Sekadar Di Pinggiran, Kerana Terpaksa dan Aku Hanya Pendatang. Selain itu, Fran yang menyatakan kekecewaannya tidak dapat berduet dengan penyanyi Jamal Abdillah itu juga bakal berduet dengan artis jemputan iaitu Royston Sta Maria (Roy) yang akan diterbangkan khas dari Australia. "Saya sebenarnya berharap agar dapat berduet dengan Jamal sebab lagu Kehebatan Cinta memang peminat inginkan kami menyanyi bersama. "Tapi atas sebab-sebab tertentu dia tidak dapat bersama saya pada malam tersebut. Namun begitu penampilan khas Roy dapat mengubati kerinduan peminat," katanya yang bakal membawakan lagu duet berjudul Siapa Dia Sebelum Daku dan Bersama Pertemuan Ini bersama penyanyi itu. Dalam pada itu, konsert selama dua setengah jam tersebut juga bakal menampilkan lima segmen namun begitu Fran lebih selesa ia menjadi sebuah kejutan buat peminat. "Konsert tersebut juga mempunyai lima segmen. Selain menampilkan lagu-lagu hit saya juga bakal memperdengarkan lagu baru yang belum diperdengarkan di mana-mana radio tempatan. "Satu segmen akan didedikasikan kepada Yayasan Salam dan Organisasi Kebajikan Antarabangsa World Vision Malaysia," katanya. Apa yang penting baginya ialah mengharapkan keadaan berjalan seperti yang dirancang terutamanya dari segi kesihatan. "Saya hanya mengharap tidak jatuh sakit dan diberi kesihatan yang baik sepanjang berlangsungnya konsert tersebut. "Saya tidak mahu peminat yang selama ini menantikan kemunculan saya berasa kecewa. Oleh itu saya sentiasa pastikan mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya pada hari menjelang konsert ini. "Dari segi stamina, saya tidak berapa risau kerana selama ini saya memang selalu buat persembahan di majlis-majlis tertutup," katanya yang mengharap peminat-peminatnya memberi sokongan terhadap konsert sulungnya itu. Tiket menyaksikan konsert berkenaan dijual dengan harga RM99, RM149, RM189, RM239 dan RM299 yang boleh didapati secara dalam talian di www.francisscapeter-consert.com, www.airasiaredtix.com dan www.ticket2u.biz atau telefon 03-41478600. Pada hari tersebut juga, penganjur Eye Design akan turut menjual kompilasi kesemua album Fran dalam bentuk 'box set' pada harga istimewa. |
Pengalaman Jualan Langsung Bawa Untung Pada David Teo Posted: 31 Jan 2011 04:50 AM PST Tahun 2010 sahaja, MIG berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan dan kejayaan itu dikongsi bersama pada majlis malam penghargaan dan penyampaian bonus "1 Dekad 49 Filem" dengan mengeluarkan bajet sebanyak RM4.5 juta untuk berkongsi rezeki dengan orang yang terlibat secara langsung dalam penerbitan filem-filem MIG. Malah, baru-baru ini, filem komedi seram, Ngangkung menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records 2011 sebagai filem yang menerima kutipan boxoffice tertinggi sepanjang tahun itu. Dalam masa sebulan sahaja, Ngangkung berjaya menghasilkan rekod kutipan RM8 juta dan sekali gus mengatasi rekod filem Adnan Sempit yang berjaya memperoleh kutipan RM7.8 juta. Apabila melihat kejayaan MIG yang kerap mendapat kutipan boxoffice, persoalan pasti timbul bagaimana Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo menyusun strategi dalam menarik minat penonton menyaksikan filem-filemnya. Bagi David, apa yang diamalkan pada perniagaan jualan langsung sebelum menyertai industri perfileman diterapkan dalam perniagaannya sekarang. Dan apa yang paling penting, David akan memastikan keuntungan yang diperoleh perlu dikongsi dengan individu yang terlibat dalam perniagaannya itu. "Berkongsi rezeki merupakan sebuah amalan yang dilakukan oleh mana-mana agama dan itu yang sering saya terapkan. Kalau banyak rezeki yang diperoleh, banyaklah yang saya kongsi. Sekali gus saya akan mendapat hadiah doa daripada mereka. David memenangi pelbagai anugerah sejak menerbitkan filem pada tahun 2000. "Selain itu memandangkan saya berpengalaman dalam perniagaan jualan langsung, saya menggunakan kaedah yang dipelajari itu dalam dunia perfileman. "Yang penting, saya akan menghormati kehendak penonton dan pada masa yang sama saya akan menggunakan elemen komersial dan artistik bagi setiap filem," katanya. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah promosi bagi sesebuah produk dan David akan memastikan setiap filemnya diberi promosi sebanyak yang mungkin tidak kira di media cetak atau elektronik. Mahu melihat sendiri respons daripada penonton, David sering kali ke pawagam untuk melihat reaksi penonton tentang filem-filemnya dan jika filem tersebut tidak memuaskan penonton, dia akan menukar strategi konsep penghasilan filem. "Selalunya, bila filem itu dah mula, saya akan senyap-senyap masuk ke panggung dan lihat sendiri reaksi penonton-penonton. Bagi saya penonton merupakan punca kejayaan sesebuah filem saya," tuturnya. Menariknya tentang David, walaupun dia berbangsa Cina serta beragama Buddha, perbezaan kaum dan agama tidak pernah dibandingkan. Malah pekerja-pekerjanya sahaja 95 peratus adalah berbangsa Melayu dan setiap kali pelancaran dan penutup penggambaran filem-filemnya, David akan membuat majlis doa selamat cara orang Islam. "Saya rasa doa adalah perkara yang paling penting sebelum memperoleh kejayaan. Bayangkan, dalam sehari jika ada lima filem yang membuat penggambaran serentak, maka lima kali dalam seharilah saya membuat majlis doa selamat. "Nak ikutkan, majlis doa selamat sering kali saya lakukan sejak di zaman perniagaan jualan langsung di mana ada seorang ustaz yang bernama Ibrahim di stokis mengajar saya banyak perkara tentang Islam. "Dialah yang mengajar saya kenapa kita perlu mengadakan majlis doa kesyukuran apa keuntungannya jika kita berbuat demikian. Justeru itu saya ikut kata-kata ustaz itu sehinggalah hari ini," katanya. Dalam pada itu, walaupun sering mengamalkan cara-cara Islam dalam perniagaannya, David tidak merancang untuk bertukar agama. Baginya, amalan yang perlu dibuat pada sesebuah agama itu lebih penting daripada menukar kepada agama itu. "Saya akui banyak amalan Islam yang saya ikuti dan buat. Tapi bagi saya, mengamalkan lebih penting daripada memasuki sesebuah agama itu. "Tapi manalah tahu, andai kata sudah tiba masanya untuk saya mengubah kepercayaan saya," kata David. Bagaimanapun, tahun 2011, David merancang untuk menerbitkan sebanyak 19 buah judul filem yang antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol! dan Pe3. Sementara itu, Skim sepuluh Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri. Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak. Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang. "Tahun ini merupakan tahun arnab jika mengikut kalendar Cina dan kita perlu berlumba-lumba kerana persaingan semakin hebat dan mencabar. Tambah pula ramai penerbit yang masuk ke gelanggang filem," katanya. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |