Utusan Online - Hiburan |
Posted: Naomi ganti Charlize
NAMPAKNYA tuah berpihak kepada aktres jelita, Naomi Watts apabila dia terpilih menggantikan Charlize Theron dalam filem biografi, J Edgar.Theron terpaksa melepaskan tawaran itu kerana dikatakan lebih berminat untuk membawakan watak Evil Queen dalam filem Snow White versi baru yang berjudul Snow White and the Huntsman. Selaku pengarah, Clint Eastwood nampaknya tidak menunggu masa yang lama untuk menawarkan watak Theron itu kepada Watts.Malah, Watts juga tidak kisah menjadi pilihan kedua kerana dia sememangnya cukup tertarik dengan watak Helen Gandy itu. J Edgar mengambil kisah kehidupan pengarah FBI, J Edgar Hoover yang akan dibawakan oleh aktor popular, Leonardo DiCaprio. Watts pula membawakan watak setiausaha yang telah berkhidmat dengan J Edgar selama 54 tahun dan menyimpan segala rahsia majikannya itu sehingga ke akhir hayatnya. Apabila J Edgar meninggal dunia, Gandy menghabiskan masa berminggu-minggu untuk menghapuskan segala rahsia dan fail sulit yang disimpannya selama berkhidmat dengan J Edgar.Ia termasuklah kisah peribadi J Edgar yang dikatakan mengamalkan gaya hidup sebagai seorang homoseksual dan gemar memakai pakaian wanita. Selain DiCaprio dan Watts, J Edgar turut dibintangi Josh Lucas, Damon Herriman, Ken Howard, Armie Hammer dan Ed Westwick. | ||
Posted: Scha tidak mahu bertunangOleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ADAT orang Melayu, sesebuah gerbang perkahwinan itu akan ditempuh secara berperingkat-peringkat melalui beberapa upacara sampingan. Bermula dengan majlis merisik, pertunangan dan diakhiri dengan akad nikah, barulah ikatan sah itu dilihat lengkap untuk melayari bahtera perkahwinan yang diharap berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun bagi aktres yang mencipta populariti menerusi drama rantaian Awan Dania, Scha Alyahya, 28, dia lebih suka jika tidak melalui semua peringkat tersebut kerana ia meremehkan. Tuturnya, kalau mengikut kehendaknya dan keluarga, memadailah sekiranya masjid yang hendak dibina itu 'melompat' terus ke upacara akad nikah. "Jika diberi pilihan, itulah jalan yang saya ambil. Namun untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, keputusan yang dicapai mestilah sepakat. "Jadi, saya akur dengan kehendak keluarga pasangan saya yang menginginkan hubungan cinta kami diikat mengikut adat dan tradisi," cerita Scha mengenai hubungannya bersama pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari, 30. Tatkala ditebak pertanyaan bilakah tanggal keramat untuk kedua-dua selebriti itu bergelar raja sehari, Scha menjawab, ketentuan jodoh ditentukan Yang Maha Esa. Tambahnya, jika Allah SWT mengizinkan mereka menjadi pasangan suami isteri, jodoh itu tidak akan ke mana. "Hubungan kami memang serius, malah kami juga pernah berborak tentang perkahwinan termasuklah perbincangan bersama keluarga. "Nampak gayanya, belum lagi ada kata putus memandangkan kami berdua terlalu sibuk dengan kerja masing-masing. "Kalau boleh, saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Carefree Girl Bebaskan Bakatmu di Sunway Giza, Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |