Adsense

Ahad, 30 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Sidang Media & Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2010

Posted: 30 Jan 2011 10:25 PM PST

Pada jam 10 pagi tadi (31 Januari 2011), Budiey telah hadir di Sidang Media & Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2010 yang diadakan di Courtyard, Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Tetamu kehormat pada acara ini ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Selain daripada beliau, turut akan hadir di sesi soal jawab sidang media ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, Yang Bhg Dato' Sri Kamaruddin Siaraf merangkap Pengerusi, Jawatan Kuasa Induk ASA 2010, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En Izham Omar, wakil Astro dan wakil Rangkaian Radio Media Prima Berhad.

Majlis dibuka dengan nyanyian dari lagu Negaraku dan nyanyian persembahan pembukaan dari Nani Mentor

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Dihoskan oleh AC Mizal dari Astro,

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Untuk info pembaca budiey.com, Anugerah Seri Angkasa 2010 akan diadalan pada 18 Februari 2011 (rakaman) dan 19 Februari 2011 (siaran langsung) bermula jam 8.30 malam dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Membawa tema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA2010 berhasrat untuk mengetengahkan saluran radio dan televisyen sebagai saluran utama dalam menggambarkan perkembangan kemajuan warga Malaysia.

Siaran langsung boleh diikuti serentak menerusi TV1 (RTM), TV9 (Media Prima) dan Astro Prima (ASTRO).

Anugerah Seri Angkasa 2011 melibatkan kerjasama stesen-stesen penyiaran kerajaan dan swasta iaitu RTM, ASTRO, TV3, TV9, ntv7, Hot FM, Suria FM dan Sinar FM.

Budiey rasa, dah lama anugerah ini tak diadakan. Selama 4 tahun Anugerah ASA2011 ini tidak diadakan. Kali terakhir diadakan pada tahun 2006. Dan kali ini dengan inisiatif pihak kerajaan dan semua pihak indusri penyiaran, ASA2011 diadakan untuk mengiktiraf industri penyiaran di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menyuntik semangat para karyawan dan penyiar tempatan supaya terus berjuang di persada industri penyiaran dan seni tanahair menerusi acara gilang gemilang lagi berprestij.

Sebanyak 53 kategori anugerah akan dipertandingkan kali ini iaitu 34 Anugerah TV, 16 Anugerah Radio dan 3 Anugerah Khas merangkumi Anugerah Khas Juri TV, Anugerah Khas Juri Radio dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.

Sebanyak 521 pencalonan telah diterima iaitu 198 bagi kategori radio dan 323 pencalonan bagi kategori TV.

Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2010 terbuka kepada rancangan Radio/TV terbitan RTM, terbitan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, syarikat-syarikat swasta di Malaysia yang telah membekalkan rancangan untuk siaran di RTM dan stesen swasta dalam tempoh 1 Jun 2009 hingga 31 Julai 2010.

Penerima anugerah bakal membawa pulang trofi dan sijil manakala dua penerima anugerah utama bagi kategori Pengarah Terbaik dan Drama Terbaik akan membawa pulang hadiah istimewa berupa lawatan khas ke Los Angeles.

SEJARAH ANUGERAH SERI ANGKASA
Anugerah Seri Angkasa adalah sebuah anugerah berprestij karyawan penyiar yang diperkenalkan pada tahun 1972, iaitu 3 tahun selepas penggabungan Radio Malaysia dan TV Malaysia kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketika itu, daya tarikan utama ialah penerbitan drama dan hiburan dengan memperkenalkan beberapa kategori anugerah termasuk drama terbaik, pelakon drama lelaki dan wanita, penulisan skrip, pengacaraan, juruhebah radio serta penerbitan dokumentari terbaik. Kategori lain yang turut diiktiraf adalah bahagian sokongan seperti audio, jurukamera, penyunting visual serta penataan cahaya walaupun ketika era itu penerbitan dibuat dalam hitam putih.

Anugerah ini diteruskan sehingga era TV warna pada tahun 1878 hingga awal tahun 2000 dan hanya dibuka penyertaannya kepada kakitangan dan penerbitan yang disiarkan menerusi RTM sahaja memandangkan anugerah ini dianjurkan atas inisiatif RTM.

Pada tahun 2004, Anugerah Seri Angkasa buat pertama kalinya membuka penyertaan kepada stesen-stesen swasta dalam usaha mewujudkan persaingan yang lebih sihat di kalangan karyawan industri penyiaran negara. Usaha ini diteruskan lagi pada penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2006.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan yang akrab serta semangat setiakawan di antara tiga penjuru utama stesen-stesen penyiaran negara masa kini, iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku stesen penyiaran kerajaan, Media Prima Berhad (stesen penyiaran swasta) dan Astro (stesen penyiaran berbayar), maka Anugerah Seri Angkasa 2010 dianjurkan buat pertama kalinya oleh ketiga-tiga peneraju utama ini dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan selaku peneraju induk.

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Ketibaan Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

NANI MENTOR

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

LISDAWATI & FAUZI NAWAWI

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

UCAPAN DARI Yang Bhg Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap pengerusi Jawatan Kuasa Induk Anugerah Seri Angkasa 2010.

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sedang bag

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2
  • Sekitar Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2007
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Gambar Sekitar Sidang Media Showcase Anggun di Hotel Istana
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010
  • Video Sekitar Pelancaran Anugerah Skrin 2009
  • Sidang Media Anugerah Skrin 2008 Berkonsepkan DIAMOND
  • Gambar Selebriti di Media Prima Television Networks Screenings 2011
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Winners List Screen Actors Guild SAG Awards 2011

    Posted: 30 Jan 2011 09:48 PM PST

    Here is the 2011 SAG Awards winners list. The 17th annual Screen Actors Guild Awards are broadcast live on Sun. January 30, 2011 on TNT and TBS cable channels from the Los Angeles Shrine Exposition Center.

    MOTION PICTURES

    Ensemble: The King's Speech

    Male Actor, Leading: Colin Firth, The King's Speech

    Female Actor, Leading: Natalie Portman, Black Swan

    Male Actor, Supporting: Christian Bale, The Fighter

    Female Actor, Supporting: Melissa Leo, The Fighter

    Stunt Ensemble, Motion Picture: Inception

    TELEVISION

    Ensemble, Comedy Series: Modern Family

    Ensemble, Drama Series: Boardwalk Empire

    Male Actor, Comedy Series: Alec Baldwin, 30 Rock

    Female Actor, Comedy Series: Betty White, Hot in Cleveland

    Male Actor, Drama Series: Steve Buscemi, Boardwalk Empire

    Female Actor, Drama Series: Julianna Margulies, The Good Wife

    Female Actor, Television Movie or Miniseries: Claire Danes, Temple Grandin

    Male Actor, Television Movie or Miniseries: Al Pacino, You Don't Know Jack

    Stunt Ensemble, Television Series: True Blood

    LIFE ACHIEVEMENT AWARD
    Ernest Borgnine

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Oscar Academy Awards Cancelled?
  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • Winners of the 2008 MTV Asia Awards
  • 8th Annual Boh Cameronian Arts Awards Nominations Announced
  • 80th Annual Academy Awards – Winners
  • 8TV Receives 4 Nominations The Asian Television Awards
  • L'oréal Paris Signs Matthew Fox As The New Spokesperson
  • Twelve Hotlink customers enjoy Star Treatment at the Shout! Awards
  • CHRISTINA AGUILERA AND KANYE WEST TO TAKE THE STAGE MTV VIDEO MUSIC AWARDS
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.