Adsense

Selasa, 18 Januari 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


KEKASIH SEJATI HELIZA HELMI??

Posted: 17 Jan 2011 07:43 PM PST

Kira-kira setahun lalu, Penyanyi yang dilahirkan melalui Akedemi Fantasia 5 (AF5) Heliza Helmi pernah digosipkan dengan seseorang bergelar Dato'. Namun tepis Heliza, Dakwaan tersebut amat mengarut. Katanya, dia kenal Dato' Captain Gulzar Mohamad, menerusi isterinya, To' Puan Atiah.

"Kehadiran Dato' Captain Gulzar Mohamad serta isterinya, To' Puan Atiah adalah atas dasar perniagaan saja yang mana mereka merupakan kongsi niaga di dalam syarikat produksi saya," katanya dipetik sebagai berkata.

Kini, satu lagi gosip dihembus oleh seseorang di laman web dan Facebook mendakwa wujud 'Kekasih Hati' sebenar Heliza. Mereka dikatakan pernah belajar matrikulasi bersama. Nama lelaki bertuah tersebut ialah Ahmad Syafiq.

Bagaimanapun, entah betul dakwaan ini sememangnya ia satu misteri yang berpanjangan. Kemungkinan juga ada pihak yang sengaja menjaja nama lelaki tersebut untuk meraih populariti murahan atau sekadar 'mencuba'.

Apa-apapun... kita tunggu sahaja jawapan Heliza. Bak kata pepatah, Bangkai gajah yang disorok bawah karpet pasti akan ketahuan jua!! Tak gitu??


Klik untuk imej besar...


Ahmad Syafiq: Pelajar Matrikulasi



Heliza: Masihkah sendiri?


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011