- Blog Hanz - |
- Azwan Ali bidas Ummi Hafilda dalam Twitter!
- Karpal nasihat peguam Ummi Hafilda teliti undang-undang
- Radhi OAG insaf daripada najis dadah!
- CyberSecurity : Hanya Tambah Rakan Yang Anda Kenal Di Facebook
Azwan Ali bidas Ummi Hafilda dalam Twitter! Posted: 17 Jan 2011 07:48 PM PST Kes Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS selepas 13 tahun (artikel), memang mendapat liputan meluas media. Sehinggakan artis kontroversi, Azwan Ali pun tampil dalam kenyataan pribadinya di Twitter mengenai Ummi. Pedas bukan main lagi lor kenyataan Azwan ni. Last-last nanti, Azwan pula kena saman berjuta-juta. hikhik. Propa la. |
Karpal nasihat peguam Ummi Hafilda teliti undang-undang Posted: 17 Jan 2011 07:46 PM PST Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun. "Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun...hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya...dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lalu dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik," kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS. Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu. Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar. Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta. Karpal berkata, pada 1997 memang beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan kononnya terbabit dengan kegiatan salahlaku seks terhadap Azizan. "Ketika itu, Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Mohktar Abdullah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor kesemuanya menolak desakan saya malahan menyatakan bahawa ia adalah tidak benar dan bermotif politik," katanya. Beliau berkata hanya selepas dipecat pada 1998, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat melibatkan Azizan dan beliau kemudiannya membantu Anwar setelah diminta oleh bekas timbalan perdana menteri itu. Katanya, pada 2004 Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan kes liwat itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan Azizan tidak boleh diterima. "Jadi tiada sebarang asas dakwaan kononnya saya telah melanggar kepercayaan Ummi Hafilda mahupun melanggar sebarang etika seorang peguam," katanya. Karpal juga menyelar desakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahukan Peguam Negara mengeluarkan sapina terhadap beliau sebagai saksi kes liwat kedua Anwar yang melibatkan pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan. Katanya, kes kedua Anwar yang melibatkan Saiful Bukhari pada 2008 itu tidak berkaitan langsung dengan kenyataannya pada 1997 kerana kes melibatkan Azizan itu telah selesai. Beliau menyifatkan pihak yang membuat desakan itu sebagai tidak mempunyai asas dan tidak faham undang-undang. - BERNAMA |
Radhi OAG insaf daripada najis dadah! Posted: 17 Jan 2011 07:34 PM PST Berkat dorongan ramai dan atas rasa suka rela, Isnin lalu dia secara rasmi menjadi ahli keluarga baru Pengasih. Menjadikan penyanyi tersohor, Jamal Abdillah sebagai mentor, dia yakin usaha disusuli doa pasti membuahkan hasil positif. Sikap terbuka Jamal sedikit sebanyak menyuntik keberanian dalam hatinya untuk berterus-terang dan telus dengan masyarakat. -hMetro |
CyberSecurity : Hanya Tambah Rakan Yang Anda Kenal Di Facebook Posted: 17 Jan 2011 10:44 AM PST CyberSecurity Malaysia, kini telah meminta agar para pengguna laman sosial terkemuka, Facebook hanya menambah rakan-rakan yang mereka kenali sahaja, selain menerima permintaan rakan-rakan yang diketahui mereka sahaja dan bukan sebaliknya, memandangkan pada tahun lepas sahaja, lebih 401 kes yang dikaitkan dengan Facebook telah dilaporkan. Daripada 401 kes yang dilaporkan kepada Cyber999 sepanjang tahun lepas itu, lebih 62% adalah berbentuk gangguan, 22% untuk akaun yang diceroboh, selain 5% lagi untuk penipuan identiti. Selain daripada itu, CyberSecurity juga turut meminta agar para pengguna hanya berkongsikan gambar, video dan informasi yang hanya ingin diketahui awam sahaja, memandangkan ianya mungkin tersebar lebih luas tanpa pengetahuan pengguna. Pada masa yang sama, ibu bapa juga diminta untuk mengawal dan memerhatikan aktiviti anak-anak mereka, dan ketahui apa yang dikongsikan mereka secara dalam talian. CyberSecurity juga meminta para pengguna yang menghadapi masalah gangguan, penipuan identiti dan seumpamanya, boleh menghubungi Cyber999 melalui emel di cyber999@cybersecurity.my sumber:amanz |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |