Adsense

Selasa, 4 Januari 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Damping Malam

Posted: 04 Jan 2011 01:47 AM PST

Artis Malaysia filem  | 4 January, 2011

poster filem damping malamSinopsis Damping Malam:- Mengisahkan Wadi dan isterinya Ku Khalira yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama Nuraiza. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. Nuraiza pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. Nuraiza diasuh oleh ibu saudara Ku Khalira yang tinggal bersama mereka yang dipanggil Umi Siah oleh Nuraiza. Umi Siah seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. Umi Siah sangat menjaga Nuraiza kerana dia tahu keistimewaan yang Nuraiza ada. Ku Khalira sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. Ku Khalira dan Wadi selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi Nuraiza yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat Wadi tetapi ada sedikit kebimbangan buat Ku Khalira yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah Nuraiza. Selama ini Nuraiza tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka Nuraiza jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, Hasni dan Syarifah. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu Erna dan Nadia yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. Nuraiza belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama Hasni dan Syarifah. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan Erna dan Nadia yang mahu mengenakan Nuraiza, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka Nuraiza mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. Nuraiza saja yang nampak dan ia semakin menakutkan Nuraiza sehingga membuatkan Nuraiza histeria. Bagi Erna pula itu semua lakonan dan tipu helah Nuraiza untuk tarik perhatian. Sehinggalah Erna dan Nadia sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. Wadi dan Ku Khalira dimaklumkan, mereka datang dan bawa Nuraiza pulang untuk merawatnya. Umi Siah terlalu menjaga keselamatan Nuraiza maka tegas tidak benarkan Nuraiza ke asrama semula tetapi Wadi tidak setuju. Ku Khalira sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. Nuraiza beritahu apa yang dia nampak tetapi Wadi tidak percaya. Apabila Nuraiza sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak Nuraiza ada di sana.

Apabila Nuraiza tidak ada semula di rumah, rumah Wadi tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang Nuraiza lalu, juga menganggu penghuni rumah Wadi. Ku Khalira mengesyaki Umi Siah ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat Umi Siah, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu Raja Sarah pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. Wadi mula mengesyaki juga Umi Siah sehingga ada insiden yang berlaku buatkan Wadi percaya Umi Siah mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau Umi Siah dari rumah. Umi Siah cuba terangkan keadaan sebenar tetapi Wadi tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. Uutaz Bakri ialah sahabat lama Wadi sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. Ustaz Bakri terasa unsur negatif itu di rumah Wadi dan meminta Wadi banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila Wadi yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…

Tajuk Filem:
Damping Malam

Pengarah:
Ahmad Idham

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn Bhd

Dipawagam:
30 Disember 2010

Pelakon Damping Malam:
Amy Mastura
Ahmad Idham
Erynne Erynna
Azizah Mahzan
Eizlan Yusof
Putri Mardiana
Normah Damanhuri
Datin Nina Juren

Trailer Damping Malam:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Filem Janin

Posted: 04 Jan 2011 01:19 AM PST

Artis Malaysia filem  | 4 January, 2011

poster filem janinSinopsis Janin:- Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayang telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang – orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera…

Tajuk Filem:
Janin

Pengarah:
Yeop Hitler

Penerbit:
Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam:
23 Disember 2010

Pelakon Janin:
Eja
Hairie Othman
Sherie Merlis
Zami Ismail
Kismah Johar
Zulkifli Zain
Kak Gee
Ghazali Abu Noh
Kuswadinata
Dato' Haji Rahim Razali

Trailer Janin:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.