Adsense

Selasa, 4 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Fasha Sandha dan Bakal Anak Angkatnya Khairunisa

Posted: 04 Jan 2011 07:37 AM PST

Inilah Gambar Si Comel bernama Khairunisa yang kini berusia Sebulan


Khairunisa tengah minum susu :)


COmelnya...

Apa kata anda !!?

Abby Dan Memey Bergaduh Lagi !!!

Posted: 04 Jan 2011 07:14 AM PST

Dengan kemudahan yang ada sekarang ini satu Malaysia dapat mengetahui sepantas kilat gossip yang berlaku mengenai artis di Malaysia. Diantara pergaduhan yang terbaru melibatkan Abby dan tunang bekas suaminya yakni Memey. Nak tahu baca je Post Abby dekat Facebook di atas.



Abby Dan Zul

VS
Norman Dan Memey

Dan dibawah ini "Statement" Memey kepada wartawan Mstar berkenaan gossip panas Abby di Facebook

"Salahkah saya jawab panggilan telefon bagi pihak tunang saya? Saya bukan buat salah besar sehingga dia hendak marahkan saya sampai macam tu sekali? Saya terkejut dengan tindakan Abby selepas dimaklumkan oleh seseorang ketika tiba di lokasi penggambaran.
"Nak ikutkan secara logik, ia bukan isu besar dan Abby tergamak menulis sebegitu rupa dalam Facebook sehingga ia boleh ditatap oleh ramai orang," katanya kepada mStar Online, Isnin.
Menurut Memey, ketika telefon tersebut berbunyi dia tidak menyedari ia panggilan daripada Abby kerana tidak tertera nama pemangil. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.
"Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.
"Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional," katanya.Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru 2011 ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.
"Saya tahu dia tidak suka saya, diantara kami memang tidak boleh berbaik tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa," katanya.

Gambar Anak Diddy AF Nadra Aryssa Jauza.

Posted: 04 Jan 2011 06:59 AM PST

Inilah gambar anak Diddy dan isteri Allen Nor Azah yang anda tunggu-tunggu, comel tak macam ayah atau ibu dia :). Alhamdulilah semoga dimurahkan rezeki, Nadra Aryssa Jauza. dilahirkan pada pukul 9.30 pagi melalui pembedahan kerana berada dalam keadaan songsang.


Semoga menjadi anak yang taat kepada ayah dan ibu ...

Duit Peserta Akademi Fantasia Nadiawati Ainul Basir Di Curi !!

Posted: 03 Jan 2011 11:57 PM PST

Inilah kisahnya jika hendak buat sesuatu tetapi meninggalkan benda berharga tanpa disedari. Nadiawati Ainul Basir atau Ain berasal daripada Sabah kehilangan duit RM3000 semasa pertandingan boling dianjurkan pusat beli-belah di Wangsa Maju, di sini kelmarin.

Dah buat laporan polis tetapi si tangan panjang masih belum diketahui.