Adsense

Rabu, 12 Januari 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Sekitar majlis harijadi Dato' Siti Nurhaliza

Posted: 11 Jan 2011 11:25 PM PST



Bersempena meraikan ulangtahun pertama SimplySiti, Siti selaku Presiden SimplySiti Sdn Bhd telah melancarkan kempen 'Wajah-wajah SimplySiti' sebagai tanda penghargaan kepada pengguna-penggunanya di Hotel JW Marriot baru-baru ini. Selain melancarkan kempen berkenaan, majlis yang dihoskan oleh Zizan Raja Lawak dan Fara Fauzana ini turut diadakan bagi menyambut ulangtahun kelahiran Siti ke-32 yang jatuh pada 11 Januari 2011.


Apa yang istimewanya, Siti turut menyanyikan lagu Mencintaimu nyanyian Kris Dayanti kepada suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada majlis tersebut. -Gua | -Joe Lee

dRBook mengantikan Facebook!

Posted: 11 Jan 2011 11:48 AM PST



dRBook? dRBook ni adalah sebuah impian Dr Rozmey untuk mengantikan Facebook yang digembar gemburkan akan ditutup 15 Mac ini. DRBook ini juga seakan-akan Facebook dan yang pertama dimiliki oleh orang Malaysia. Memang Dr Romzey mahu menceburi usahawan website sosial ni, mungkin dia lihat pengasas Facebook yang kini bergelar bilionaire dengan harta berjumlah USD 5bilion. Hai Dr, kali ini agaknya tercapai lagi ke tidak, yer ler, manakan tidak, berita penutupan 15 Mac tue dikatakan dusta/tidak benar oleh sumber yang tepat. Zzz.