Adsense

Rabu, 15 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Jadi diri sendiri pun susah

Posted:

Jadi diri sendiri pun susah

Jadi diri sendiri pun susah

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ZAKI AMIRUDDIN


JUARA Raja Lawak musim kedua ini lebih selesa untuk menjadi dirinya sendiri daripada dilabelkan sebagai hipokrit.


USIA pembabitan juara Raja Lawak musim kedua (RL2), Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil masih lagi mentah. Tidak sampai tiga tahun pun lagi.

Tetapi, kisah kontroversi yang melanda dirinya mengalahkan artis-artis yang lebih makan garam dulu daripadanya.

Satu per satu cerita panas menghimpit Nabil sehinggakan ia telah mengaburi bakat istimewa yang ada dalam dirinya.

Antara sedar atau tidak, kegemilangan yang pernah dikecapinya kini semakin malis.

Ramai yang mengatakan semuanya berpunca daripada dirinya sendiri yang 'menempah maut' di atas segala kisah kontroversi yang berlaku.

Terbaru, kes gambar ciumnya bersama seorang wanita telah menggemparkan industri hiburan tanah air dan menjadi perdebatan di alam maya.

Namun, Nabil menafikan gambar itu adalah dirinya. Malah, dia sendiri mengangkat bahu dan menggelengkan kepala sebagai isyarat tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengannya dalam foto itu.

Kesan yang terhasil daripada penyebaran foto yang didakwa Nabil sebagai permainan teknologi moden itu telah menyebabkan hubungannya bersama pelakon dan model jelita, Irma Hasmie terlerai selepas hampir dua tahun menyemai cinta bersama.

Bertemu dengan anak jati Negeri Sembilan itu pada rakaman program Anda Ada 60 Saat di KRU Studios, Cyberjaya, baru-baru ini, pemuda berusia 27 tahun itu dengan tenang menjawab segala pertanyaan daripada pihak media.

Jauh sekali hendak melenting dengan soalan-soalan panas yang diajukan kepadanya, Nabil dilihat selesa untuk mengambil pendekatan yang berhemah dalam memberikan justifikasinya.

"Pertama sekali, saya tidak mahu lagi mengulas tentang isu gambar itu kerana ia adalah kisah silam yang tidak perlu diungkit lagi. Apa yang berlaku biarkanlah ia berlalu.

"Susah sebenarnya mahu puaskan hati semua pihak. Kalau kita tidak buat, tetapi dikatakan kita yang melakukannya. Jadi, adalah lebih afdal untuk terus diam dan tidak perlu memanjangkan lagi kisah yang berlaku.

"Apa yang berlaku saya menganggapnya sebagai satu ujian Allah SWT untuk saya muhasabah diri dalam menjadi seorang yang lebih baik. Saya perlu meneruskan hidup dan mencari rezeki untuk disuapkan kepada keluarga saya di kampung.

"Kalau saya asyik duduk termenung dan memikirkan segala perkara yang berlaku kepada saya, memang dapur tak berasaplah jawabnya," demikian kata Nabil sewaktu membuka bicaranya pada tengah hari itu usai rakaman program tersebut.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

1.. 2.. 3.. Tukar! impian jadi kenyataan

Posted:

1.. 2.. 3.. Tukar! impian jadi kenyataan

1.. 2.. 3.. Tukar! impian jadi kenyataan

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH


SARIMAH ibrahim di samping van khas untuk rancangan 1.. 2.. 3.. Tukar!


MAHU lebih yakin untuk ke temuduga kerja, merasai kehidupan sebagai seorang pelakon, ataupun melamar teman wanita dengan penuh romantik, mungkin segala impian ini dianggap kecil.

Namun, walaupun kecil bagi sesetengah orang, impian sebegini agak besar bagi pengimpi tersebut kerana tidak semua orang mampu atau tahu cara untuk merialisasikan impian mereka.

Sebuah program terbaru terbitan Astro yang boleh dikatakan acara menutup tirai 2010 iaitu 1.. 2.. 3.. Tukar! telah menemui penonton mulai 15 Disember yang lalu bagi menunaikan impian mereka yang bertuah.

Disiarkan setiap hari Rabu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria, rancangan baru itu merupakan sebuah program gaya hidup yang mengubah penampilan individu dalam mencapai impian yang diidamkan.

Diacarakan oleh Sarimah Ibrahim, ia akan bersiaran selama 13 episod.

Setiap minggu, seorang peserta yang terpilih akan ditransformasikan secara luaran dan dalamannya lalu menunaikan impian mereka dengan cara yang menarik.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, program itu akan membuka peluang kepada para peserta dalam mencapai impian mereka seperti dalam soal kerjaya, percintaan dan masa depan.

"Bukan sahaja kami mengubah mereka dari segi penampilan, malah kami turut bekerjasama dengan Pakar Motivasi, Dr. Azizan Osman untuk menerapkan keyakinan dalaman mereka.

"Secara tidak langsung, program ini mampu memberi keyakinan para penonton untuk meningkatkan keyakinan diri terutamanya dalam soal penampilan dalam mengejar cita-cita yang diidamkan.

"Kami akan cuba memberi bantuan seboleh yang mungkin dengan bantuan krew transformasi serta para penaja setiap impian.

"Pemilihan Sarimah Ibrahim sebagai pengacara amat bertepatan dengan konsep dan kehendak program ini.

"Gaya penyampaian beliau yang santai serta butir bicara spontannya yang kaya dengan unsur humor mampu menjadikan program ini lebih mesra penonton," ujarnya ketika ditemui di sidang akhbar 1.. 2.. 3.. Tukar! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

1.. 2.. 3.. Tukar! akan menyaksikan Sarimah Ibrahim dan pasukan transformasi imejnya yang turut dianggotai oleh Fitri AF2 berusaha untuk memberi sentuhan magis mereka dalam mengubah penampilan individu yang terpilih.

Pada setiap minggu, Sarimah akan berusaha untuk mengubah gaya dan fesyen individu yang berbeza.

Pertamanya, dia akan menemui para peserta di rumah dan berbual secara empat mata untuk mendengar luahan impian dan berkongsi cerita latar belakang mereka.

Pada masa yang sama, pasukan transformasi imej akan membongkar segala maklumat peserta daripada ahli keluarga mereka.

Proses perubahan gaya dan imej yang dikendalikan oleh Sarimah ini akan dibantu oleh pasukan transformasi imej termasuk dua orang profesional yang mahir tentang gaya dan fesyen.

Mereka akan membantu para peserta yang terpilih untuk tampil dengan gaya yang berbeza untuk menambahkan keyakinan diri mereka mencapai impian.

Setelah berubah gaya dan fesyen, Sarimah dan pasukannya akan membawa para peserta kembali ke rumah dan mempersembahkan penampilan baru mereka kepada ahli keluarga.

Ujar Sarimah, rancangan ini lebih menarik dari rancangan transformasi yang lain kerana ia melibatkan emosi apabila perubahan dalaman turut dilakukan.

"Kami tidak mempertikaikan impian setiap peserta, malah tidak sesekali merendahkan mahupun menjatuhkan maruah mereka seperti yang sering dilakukan dalam rancangan di Barat.

"Matlamat rancangan ini lebih kepada emosi iaitu menunaikan hasrat yang terpendam, bukanlah impian materialistik.

"Penonton dapat merasai sendiri kegembiraan mereka yang dapat mencapai impian. Saya pasti rancangan ini akan memberikan senyuman kepada semua," ujar Sarimah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.