Adsense

Rabu, 10 November 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Syarikat AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung?

Posted: 10 Nov 2010 08:24 PM PST

IMG 0043 Syarikat AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung?

Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh AC Mizal disyaki beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).

Laporan Utusan Malaysia ada menyebutkan bahawa mereka turut membuat semakan di laman web kementerian, namun tidak menjumpai nama syarikat milik AC Mizal dalam senarai "SENARAI SYARIKAT YANG PERNAH MEMOHON LESEN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993" (keyword: AC Konsortium), di mana database kementerian yang paling terkini telah diupdate pada 2 November lalu.

Screen shot 2010 11 11 at 12.12.28 PM Syarikat AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung?

Kementerian juga telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.

Sumber berita : Syarikat jualan langsung selebriti tiada lesen?

pixel Syarikat AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung?
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

AC Mizal Diugut Pesaing, Ambil Tindakan Lapor Polis

Posted: 10 Nov 2010 09:30 AM PST

ac mizal 2 AC Mizal Diugut Pesaing, Ambil Tindakan Lapor Polis
Perhatian : Kes Ac Mizal masih dalam proses siasatan, kami minta kebijaksaan anda untuk menilai daripada pelbagai perspektif sebelum membuat sebarang komen. Kami tidak berpihak dengan mana-mana pihak, dan menjadi tanggungjawab kami untuk melaporkan apa yang sesuai sebagai bahan bacaan.

Dalam artikel Isnin lepas, kami ada mengeluarkan artikel Kontroversi Gelang Magnet AC Mizal : Testimonial Pelanggan Palsu, Hasil Copy-Pasta daripada blog Aidid yang menjadi kontroversi antara AC Mizal dengan pemilik blog tersebut.

Terbaru, AC Mizal telah membuat laporan polis terhadap blog-blog yang dikatakan membuat ugutan serta fitnah terhadapnya berkenaan gelang magnet yang menjadi produk utama syarikatnya.

Dalam laporan polis tersebut, AC Mizal ada mengatakan pihak-pihak yang terlibat menghantar komen berbaur ugutan seperti "elok sembelih je kot" dan "AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk 'jail' ke apa?"

AC Mizal mengatakan tuduhan yang dilakukan oleh blog Aidid menjejas reputasinya, terutamanya berkaitan dengan harga kos gelang serta testimoni palsu.

Siasatan sedang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung kes ini mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

pixel AC Mizal Diugut Pesaing, Ambil Tindakan Lapor Polis
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.