Adsense

Rabu, 10 November 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pelayan bar kekasih sulit Usain Bolt

Posted: 09 Nov 2010 12:00 PM PST

LONDON: Seorang pelayan bar di West Norwood, Rebeckah Passley, 23, semalam, mendedahkan bagaimana pelari pecut terpantas dunia, Usain Bolt meninggalkannya, selepas mereka menjalin hubungan sulit selama kira-kira setahun.

"Saya rasa amat kecewa. Dia adalah kekasih terbaik yang pernah saya miliki," kata Rebeckah yang bertemu kali pertama dengan bintang sukan Olimpik dari Jamaica itu di tenggara London

Rebeckah berkata, Usain mungkin lelaki terpantas di dunia, tetapi beliau tenang dan lembut ketika di ranjang

"Dia tahu bagaimana untuk melayan wanita," katanya.

Untuk tempoh kira-kira setahun pelari pecut yang mencatat masa 9.58 saat bagi acara 100 meter itu, benar-benar jatuh hati kepada Rebeckah.

Bagaimanapun, hubungan mereka yang hanya diketahui rakan terdekat, mula retak selepas khabar angin menyatakan Usain menjalin hubungan dengan wanita lain.

"Kisah ramai gadis mendakwa ada hubungan dengan Usain tersiar di pelbagai akhbar, tetapi Usain menafikannya. Tetapi, ia memberi kesan buruk kepada hubungan kami. Sudah sebulan kami tidak berhubung," katanya.
Laporan menyatakan, Usain, 24, membawa Rebeckah ke seluruh dunia selepas mereka mula menjalin hubungan Jun tahun lalu. Mereka juga duduk bersebelahan di tempat duduk belakang kenderaan ke mana saja Usain pergi.

"Pada suatu majlis dia memeluk saya dan berkata 'awak kepunyaan saya'. Dia berkata dalam nada bergurau dan lemah lembut. Kami menari sepanjang malam.

"Keesokannya Usain menyertai satu acara sukan, tetapi kembali semula seminggu kemudian. Kami menghabiskan hujung minggu di Teddington. Dia amat menarik dan tubuhnya sasa. Dia amat seksi," katanya. Mereka menghabiskan masa sebulan di Jamaica Januari lalu.

Bagaimanapun Rebeckah, seorang ahli sukan lompat kijang sebelum kecederaan menamatkan kerjayanya berkata, beliau dilayan seperti orang asing di negara itu. – Agensi

///bharian ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.