Himpunan Kisah Sensasi |
Iklan Pamela Anderson Dilarang Di Montreal Posted: 04 Nov 2010 01:00 PM PDT PELAKON seksi Pamela Anderson merupakan aktivis PETA iaitu sebuah organisasi perlindungan haiwan. Dia yang aktif dalam organisasi tersebut turut membintangi sebuah iklan terbaru PETA. Bagaimanapun, iklan tersebut telah dilarang penyiarannya di Montreal, Kanada kerana dianggap terlalu seksi dan tidak sesuai ditayangkan kepada umum. Pemerintah bandar Montreal tidak mengizinkan iklan tersebut dipasang di papan-papan iklan bandar tersebut biarpun mesej utama adalah bagi perlindungan terhadap haiwan. Pemerintah tersebut menganggap ia melanggar prinsip bandar Montreal yang memperjuangkan hak persamaan lelaki dan wanita, seperti dipetik dari The Celebritycafe. Dalam iklan tersebut, terpapar gambar Pamela sedang duduk mengayakan baju mandi berwarna biru dengan pelbagai tulisan. Pamela dikatakan begitu kecewa dengan larangan itu. /// mstaronline /// November 5th, 2010 in Gelagat Manusia |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |