Harian Metro: Rap |
Posted: 03 Nov 2010 06:57 AM PDT MESKIPUN industri hiburan tanah air belum sehebat Hollywood, masih ramai anak muda Malaysia mengharap peluang bergelar artis. Namun, tidak semua mereka bertuah menjadi insan seni jika tidak berbekalkan bakat dan aura hebat. Menyentuh soal ini, ternyata nasib menyebelahi bekas ratu cantik, Tryambikay Vendages atau mesra dengan panggilan Bkay Nair yang sangat meminati seni lakon. Pengorbanannya meninggalkan kerjaya peguam langkah berani yang diambilnya.
Bkay yang melakonkan watak Shereen berkata, dia tidak menduga akan memperoleh peluang keemasan itu. Ujarnya, selepas terbabit dalam penggambaran filem Ratu, baru dia sedar bukan mudah bergelar pelakon. "Apapun, saya tidak gentar berdepan cabaran kerana minat yang mendalam. Sejak kecil, saya sudah didedahkan dengan seni apabila memasuki kelas tarian klasikal India ketika usia lima tahun. Pada zaman persekolahan pula, saya juga belajar menari zapin.
"Tambahan pula apabila ayah tahu saya turut bekerja sebagai pengurus koordinasi di Wayang Studios International Sdn Bhd, dia lega. "Jadi mulai sekarang saya mahu menjadi pelakon yang bagus," katanya.
Katanya, dia sudah berusaha sebaik mungkin berlakon dalam filem Ratu. Sekalipun, dia berhadapan cabaran besar seperti memanjat bukit dan masuk ke dalam gua, Bkay tidak pernah berputus asa. Katanya, dia perlu cuba sedaya-upaya.
"Seisi keluarga berkumpul memasak juadah enak bersama dan ia mengeratkan hubungan kasih sayang. Kami bersembahyang dan makan bersama. Manakala, Deepavali pula kami meraikannya secara sederhana," katanya yang sangat fasih berbahasa Melayu.
>PROFIL: |
Posted: 03 Nov 2010 06:52 AM PDT USAHA Astro Citra menghasilkan drama khas Natrah menerusi slot Suatu Ketika, dilihat bukan satu persaingan kepada teater muzikal Natrah yang akan dipentaskan buat kali kedua pada 25 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Pengarah teater Natrah, Erma Fatima, dia langsung tidak menganggap drama itu bakal memberi saingan atau 'membuat kacau' kepada pementasan teaternya itu kerana khalayak yang menonton teater tidak semestinya akan menonton drama dan begitulah sebaliknya.
"Lalu hasrat yang membara itu saya beritahu kepada RTM (Radio Televisyen Malaysia) tapi mereka tidak menunjukkan minat dan memberi alasan tiada bajet. Selepas itu saya tidak lagi pergi ke mana-mana stesen TV kerana bukan semua berminat dengan cerita sejarah seperti Natrah.
Kata Erma, ramai orang tahu mengenai Natrah dan mesejnya sangat kuat. Cerita Natrah penuh dramatik baik daripada permulaan dijaga ibu angkatnya, Che Aminah, sehinggalah Natrah dibawa ke Belanda. "Apa yang Astro buat itu sangat bagus. Saya sudah berangan-angan kalau dapat buat drama Natrah, saya ingin melakukan penggambaran di Kuala Lumpur, Bandung, Singapura dan Belanda untuk menunjukkan situasi sebenar perjalanan hidup Natrah ini. "Kalau Natrah dapat dijadikan drama, ia pasti meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada penonton. Saya kecewa impian saya untuk membuat drama tidak kesampaian. Selepas ini, kalau ada rezeki, adalah," katanya. Semalam teater Natrah memulakan kembali sesi latihan dengan beberapa penambahan terbaru. "Latihan akan diadakan selama tiga minggu kerana walaupun watak utama masih dipegang pelakon asal, pasti ada pelakon yang terlupa dengan dialog dan gerak lakonan sebelum ini," katanya. Sebagai kelainan, wajah baru yang akan mewarnai Natrah termasuk Aaron Aziz, Nabila Huda dan Liyana Jasmay. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |