Adsense

Isnin, 25 Oktober 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Adegan 'panas' Nanu dalam

Posted:

Adegan 'panas' Nanu dalam <i>Haq</i>

Adegan 'panas' Nanu dalam Haq

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AIZZUL A. MAJID dan ihsan KasehDia PICTURES SDN. BHD.

AQ merupakan filem yang mampu meninggalkan suatu penanda penting dalam kerjaya Nanu Baharuddin bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga penerbit dalam bidang perfileman tanah air.

Ini kerana, sepanjang bergelar pelakon selama hampir 20 tahun, filem arahan bersama Jumaatun Azmi dan CL Hor itu menampilkan gaya lakonan Nanu yang paling 'panas' setakat ini.Menurut ibu tunggal kepada seorang anak lelaki ini, selain pertama kali melakonkan adegan 'panas', Haq juga merupakan filem pertama hasil usahasamanya dengan Jumaatun.Nanu mengakui sepanjang bergelar pelakon drama dan filem dia tidak pernah melakonkan adegan 'panas' sehingga filem Haq terbitan KasehDia Pictures Sdn. Bhd. itu diterbitkan."Selama 20 tahun menjadi pelakon, saya tidak pernah melakonkan adegan yang 'sepanas' dalam Haq ini. Kalau hendak tahu betapa 'panasnya' adegan itu jangan lupa menonton Haq nanti."Ini adalah percubaan paling berani saya dalam watak yang saya lakonkan setakat ini," katanya sewaktu ditemui selepas pelancaran Haq di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.Nanu yang melakonkan watak Zahra dalam Haq berkata, dia tidak menduga mendapat peluang melakonkan adegan 'panas' itu selepas hampir dua dekad bergelumang dalam bidang lakonan.Malah, secara berseloroh pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 itu menambah, dia 'menyalahkan' pengarah yang tidak memberinya peluang itu."Saya salahkan pengarah kerana selama ini saya tidak diberi peluang itu (melakonkan adegan 'panas'). Apabila umur sudah meningkat ke penghujung 30-an baru dapat adegan ini."Bagaimanapun saya sanggup melakonkan adegan 'panas' itu kerana bersebab dan bukannya untuk 'menjual' filem ini semata-mata. Saya ada sebab sendiri sebab itu saya terimanya," ujarnya.Namun, sebagai pelakon yang berpijak di bumi nyata terutamanya di Malaysia, Nanu menyedari risiko yang bakal dihadapi ekoran kesanggupannya melakonkan adegan 'panas' tersebut.Katanya, adegan itu cukup penting bukan semata-mata mahu memperlihatkan susuk atau potongan badannya, malah lebih penting dalam mengungkap adegan serta jalan cerita Haq."Selain itu, alasan saya melakonkan adegan 'panas' itu kerana saya mahu memaparkan tentang kelibat watak Zahra iaitu seorang wanita yang hidupnya terumbang-ambing."Zahra juga digambarkan keliru dalam hidupnya di mana semua paparan itu saling membantu dalam menghidupkan watak dan adegan filem itu," ceritanya sedikit sebanyak tentang watak Zahra.Selain Nanu, Haq turut dilakonkan oleh Zul Huzaimy (Haq), Adi Putra (Bad), Raja Farah (Aina), Fatimah Abu Bakar (Mak Lang), Zulkifli Ismail (Haji Ibrahim) dan Ammar Adli (Haq sewaktu kecil).Filem dengan kos produksi dan promosi mencecah RM2.4 juta itu tambahnya cukup penting kerana ia bukan sahaja membabitkan kos yang tinggi tetapi juga untuk dipasarkan di luar negara."Saya tidak nafikan Haq penting kerana ia adalah filem lakonan saya. Saya juga selaku penerbit bersama filem ini. Ramai yang bertanyakan saya tentang filem ini termasuklah di laman Facebook."Saya tidak sabar menanti tayangan filem ini pada 27 Januari tahun depan. Tinggal dua bulan lebih sahaja lagi dari sekarang. Ini adalah 'bayi sulung' saya. Memang berdebar-debar," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Layanan macam di Hollywood

Posted:

Layanan macam di Hollywood

Layanan macam di Hollywood

JIKA Nanu berasa berdebar-debar kerana Haq menampilkan adegan 'panas' yang dilakonkan dalam filem pertama terbitannya bersama Jumaatun, lain pula halnya dengan Zul Huzaimy.

Pelakon serba boleh dan pelakon utama Haq ini melahirkan rasa terharunya apabila dia dan pelakon lain dilayan bagai 'menatang minyak yang penuh' sewaktu berlakon filem itu.

Jelas Zul, dia memuji syarikat produksi KasehDia Sdn. Bhd., yang begitu menjaga keperluan makan, minum dan pakaiannya serta para pelakon lain sepanjang penggambaran Haq dijalankan.

"Saya tidak dapat lupakan pengalaman berlakon dalam Haq kerana layanan baik yang telah mereka berikan kepada saya. Ini pertama kali saya dapat layanan yang bertaraf kelas pertama.

"Sepanjang berlakon dalam filem ini saya rasa seperti seorang pelakon dari Hollywood. Segala keperluan saya dijaga oleh krew produksi dari mula hingga habis penggambaran," dedahnya.

Sementara itu, Jumaatun Azmi selaku penerbit bersama Haq ketika ditanya tentang pelaburan filem tersebut sehingga mencecah RM2.5 juta, dia mempunyai alasan dan keyakinan tersendiri.

Tambah penerbit baru dalam industri perfileman tanah air itu, dia sengaja meletakkan kos yang tinggi supaya Haq dapat dihasilkan dalam kualiti yang setaraf dengan filem antarabangsa lain.

"Selama ini dalam projek-projek yang dijalankan oleh KasehDia Pictures Sdn. Bhd., kami memang menumpukan soal kualiti di mana kami memang berhasrat untuk memasarkannya di luar negara.

"Kalau tiada aral kami merancang untuk memasarkannya di negara seperti Mesir dan negara-negara Timur Tengah lain. Pada 2 hingga 10 November ini kami akan ke Amerika Syarikat.

"Di sana nanti kami akan menyertai American Film Market. Kami harap ini adalah salah satu usaha kami mencapai mutu dan pasaran supaya produk kami diterima di peringkat global," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.