Adsense

Rabu, 7 Julai 2010

MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong

MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong


World Cup FIFA 2010 Result (Semi Finals) - 06 July 2010

Posted: 06 Jul 2010 01:30 PM PDT

SEMI FINALS 1
(41' D.Forlan, 90' M.Pereira) Uruguay 2 - 3 Netherlands (18' G.V.Bronckhorst, 70' W.Sneijder, 73' A.Robben)
* Netherlands qualified to the Finals

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) - 06/07/2010

Posted: 06 Jul 2010 08:12 AM PDT

Terengganu 4 - 0 Johor FC

Johor 2 - 0 Pahang

Perlis 0 - 1 KL Plus FC

Kedah 0 - 0 Kuala Lumpur

Kelantan 1 - 0 Negeri Sembilan

Perak 1 - 0 Selangor

Pulau Pinang 1 - 6 T-Team

JPA Tawar 12 Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

Posted: 06 Jul 2010 07:51 AM PDT

Program biasiswa Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini kini dibuka untuk calon akademik dan bukan akademik melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata sebanyak 12 biasiswa akan ditawarkan kepada warganegara Malaysia, enam untuk peringkat Sarjana dan enam lagi untuk PhD bagi calon yang mengikuti pengajian dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi serta undang-undang.

Keutamaan adalah bagi calon yang mempunyai kelebihan seperti penguasaan pelbagai bahasa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kreatif serta berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam dalam negara atau universiti terkemuka dunia.

Syarat lain ialah calon mesti berumur di bawah 30 tahun, memiliki sarjana muda dan sarjana yang diiktiraf kerajaan dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75, serta menguasai lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

Calon yang berjaya disenarai pendek akan melalui proses temuduga, kata kenyataan itu.

Penerima biasiswa juga akan terikat untuk berkhidmat di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan penerima biasiswa yang mengikuti pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan menerusi laman web www.jpa.gov.my atau http://eslla.jpa.gov.my, dan borang harus dikembalikan sebelum 30 Julai ini.

- BERNAMA

Jerman dedah kerapuhan Maradona

Posted: 06 Jul 2010 07:35 AM PDT

CAPE TOWN: Jurulatih Argentina, Diego Maradona, yang membuat pelbagai janji pada Piala Dunia, akhirnya mendapati pasukan itu menghadapi masalah yang sama semasa pusingan kelayakan Amerika Selatan.

Kemenangan Argentina dalam empat perlawanan, membuat jaringan pertama dalam semua pertemuan itu, menyembunyikan kerapuhan yang didedahkan Jerman ketika kekalahan besar 4-0 pada suku akhir, di Stadium, Green Point Sabtu lalu.

Jentera serangan tidak mampu membantu mereka. Kenyataannya, dalam 13 perlawanan kompetitif di bawah bimbingan Maradona, Argentina tidak pernah bangkit semula selepas ketinggalan.

Pemain terbaik FIFA, Lionel Messi, dilihat berpotensi sebagai pemain terkemuka di final, tetapi terus mengecewakan di posisi pemain tengah dalam setiap lima perlawanan Argentina.

Maradona yang sering bermain teka teki, dianggap bermain berseorangan ketika menjulang gelaran dunia yang kedua bagi Argentina di Mexico pada 1986.

"Kini adalah berbeza... saya rasa pemain dulu lebih banyak bermain untuk diri sendiri dan hari ini pemain lebih praktikal, lebih semangat berpasukan... itu ikutan terbaru," kata Maradona. "Kami mempunyai pemain yang mahu menjulang pasukan di bahu mereka."

Namun, Sabtu lalu, jurulatih Jerman, Joachim Loew menjawab taktik Maradona.
"Argentina satu pasukan yang dibahagikan antara pertahanan dan serangan. Itu adalah kunci bagi mengawal pemain tengah dan daripada situ kami mencipta kejayaan," kata Loew, yang sebaya dengan Maradona, tidak sama taraf sebagai pemain tetapi jelas lebih bagus sebagai seorang jurulatih.

- Reuters

IEA iktiraf ijazah kejuruteraan Malaysia

Posted: 06 Jul 2010 07:30 AM PDT

Semua kelayakan ijazah kejuruteraan di negara ini yang diperakui oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) termasuk dikeluarkan institut pengajian tinggi awam, kini mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Mansor yang mengesahkannya berkata, pengiktirafan itu diperoleh menerusi mesyuarat Gabungan Kejuruteraan Antarabangsa (IEA) yang diadakan di Kyoto, Jepun pada tahun lalu.

Katanya, menerusi keputusan itu, graduan program kejuruteraan dari Malaysia yang berjaya memenuhi piawaian akademik boleh menjalankan amalan bidang berkenaan luar negara.

"LJM berjaya mendapat status penanda tangan penuh Washington Accord atau penanda aras antarabangsa sejak tahun lalu, sekali gus membolehkan lepasan ijazah kejuruteraan universiti di negara ini diterima sebagai profesional di negara lain," katanya selepas merasmikan Majlis Minggu Haluan Siswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, dekat sini, semalam.

Washington Accord adalah kumpulan negara terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Hong Kong, China Taipei, Ireland, Korea, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, Jepun dan Kanada.

Ketika ini, badan yang diwakilkan oleh LJM iaitu Dewan Kejuruteraan Akreditasi (EAC) bertanggungjawab terhadap akreditasi program kejuruteraan di Malaysia.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Yaakub Md Amin.

- BERITA HARIAN

Hasad dengki ancam & rosak kesejahteraan ummah

Posted: 06 Jul 2010 07:24 AM PDT

Perasaan hasad dengki boleh menyerang sesiapa saja dan penyakit jiwa itu sangat bahaya kerana bukan saja boleh merosakkan keperibadian diri, menyebabkan permusuhan dan boleh mengancam ketenteraman masyarakat.

Dengki mendorong seseorang melakukan kemaksiatan seperti mengumpat, menghasut, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain. Benarlah ungkapan Imam Ghazali, bahawa hasad dengki akan melahirkan sifat tercela yang lain sehingga sukar diperinci satu persatu.

Apabila perasaan dengki menguasai diri, hati tidak reda menerima qada dan qadar Allah menyebabkan timbul perasaan benci melulu terhadap orang lain. Kesempurnaan iman memerlukan seseorang menyayangi saudaranya

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak beriman salah seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cinta untuk dirinya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Penyakit hasad dengki sukar untuk dijauhi selagi mana ada terdetik perasaan tidak puas hati terhadap orang lain. Penyakit itu sebenarnya memberi kesan besar kepada mereka yang dikuasai perasaan dengki, bukan orang yang menjadi mangsa dengki.

Bahaya jika dijangkiti rasa dengki ialah perasaan hasil hasutan syaitan itu boleh menghancurkan segala kebaikan yang dilakukan selama ini seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hindarilah dengki kerana dengki itu menghancurkan kebaikan seperti mana api memakan kayu bakar." (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebabnya ialah perasaan dengki membawa si pendengki melakukan perkara jahat seperti memfitnah, menghasut dan memutuskan hubungan orang lain dengan pihak yang di dengki itu. Perbuatan itu hakikatnya hanya merugikan si pendengki.
Dengki adalah beban yang berat kerana hati sentiasa dipukul kegelisahan setiap kali melihat orang lain berjaya atau bahagia. Lidah akan menuturkan kata-kata berupa fitnah, cacian dan memperlekeh.

Bukan itu saja, jiwa menyala perasaan marah, benci, curiga, kecewa dan kesal. Jiwa semakin terseksa sepanjang masa dan tidak pernah tenang. Inilah hasil daripada penyakit dengki yang membarah dalam hati.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih." (Surah Al-Baqarah, ayat 10)

Sesungguhnya si pendengki tidak pernah mahu merasai apalagi meraikan kebahagiaan atau kejayaan dikecapi orang lain, tidak ingin memberi senyuman apalagi menghulurkan ucapan tahniah.

Jauh sekali untuk mengeluarkan tenaga membantu atau mendorong saudara lain supaya terus memperoleh kejayaan dalam hidup. Dengan itu, tergambar pada dirinya sedikit demi sedikit menyeleweng daripada watak keislaman seperti melenyapkan nilai agama yang suci pada dirinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Menjalar kepada kalian penyakit umat (terdahulu), kedengkian dan kebencian. Itulah penyakit yang akan mencukur gondol. Aku tidak mengatakan bahawa penyakit itu mencukur rambut melainkan mencukur agama." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dengki adalah ciri orang munafik dan digambarkan mereka ini dalam al-Quran kerana sikap suka memperkecilkan niat pihak yang ingin membuat kebaikan. Ketika umat Islam ingin memberi infak dalam jumlah besar, dikatakan mereka riak dan apabila jumlah infak itu kecil, dikatakan Allah tidak memerlukan sumbangan yang kecil.

Maka, turunlah firman Allah yang bermaksud: "(Orang munafik itu) iaitu orang yang mencela orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekadar kesanggupannya. Maka orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dan untuk mereka azab yang pedih." (Surah At-Taubah, ayat 79)

Oleh itu, umat Islam yang ingin maju dan mendapat keredaan-Nya, haruslah berusaha bersungguh-sungguh menghindari sifat dengki serta menghayati ajaran Islam dengan penuh keimanan.

- BERITA HARIAN

Polis kenal pasti 10 'sekolah panas' di Kuala Lumpur

Posted: 06 Jul 2010 06:59 AM PDT

Sepuluh sekolah menengah di sekitar ibu negara dikenalpasti sebagai sekolah bermasalah atau "sekolah panas" kerana masalah disiplin, jenayah dan sosial di kalangan pelajarnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis telah menyenaraikan sekolah berkenaan supaya usaha dapat digembleng ke arah menangani masalah itu dan memastikan sekolah sifar jenayah.

"Berikutan banyak kes jenayah dan sosial berlaku membabitkan pelajar sekolah, kami bertindak mengenalpasti sekolah panas agar kami dapat memberi fokus dan menjalankan kempen pencegahan jenayah secara kerap di sekolah berkenaan.

"Kami tidak mahu umumkan sekolah mana yang terbabit kerana ia tidak elok untuk imej dan reputasi sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata aktiviti seperti pameran, ceramah, dialog dan edaran risalah pencegahan jenayah akan diadakan dari semasa ke semasa di sekolah panas yang telah dikenalpasti itu bagi mengingatkan pelajar agar menjauhkan diri daripada masalah sosial dan jenayah.

Muhammad Sabtu berkata, seorang pegawai polis berpangkat ASP turut ditugaskan ke sekolah berkenaan sebagai liaison officer untuk memantau serta berbincang bersama pihak sekolah termasuk menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

"Aduan dan masalah yang diutarakan akan dibincang bersama pihak sekolah berkenaan agar ia dapat ditangani dengan kadar segera. Pegawai itu turut ditugas menyerahkan laporan kepada kami setiap bulan.

"Program ini adalah satu usaha untuk mendekatkan pelajar dan polis bagi memudahkan proses penyaluran maklumat, mengesan aktiviti dan permasalahan jenayah yang wujud, sekaligus membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan murid dan pelajar sekolah," katanya.

Muhammad Sabtu berkata, pada tahun lalu seramai 179 tangkapan dicatat membabitkan kanak-kanak berusia seawal tujuh tahun hingga remaja berusia 18 tahun atas pelbagai kesalahan membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda termasuk mencuri, samun dan merusuh.

Beliau berkata, pada 2008, seramai 202 pelajar berusia 11 hingga 18 tahun ditahan, juga atas jenayah kekerasan dan harta benda termasuk rogol, samun dan pemerasan.

Muhammad Sabtu berkata, bagi kes dadah, pada tahun lalu sahaja seramai 67 pelajar, termasuk sembilan pelajar sekolah, ditahan manakala pada 2008 seramai 17 orang pelajar termasuk empat pelajar sekolah ditahan dan seramai 13 orang pelajar termasuk seorang pelajar sekolah ditahan pada 2007.

"Situasi ini sangat membimbangkan apabila menunjukkan kenaikan setiap tahun...harap ini dapat memberi iktibar kepada yang lain terutama pelajar sekolah agar tidak sesekali terjerumus dalam jenayah dan dadah.

"Masalah sosial dan jenayah turut berpunca daripada pelajar yang suka meniru gaya hidup sosial ala barat dan mengikut budaya negatif...jika meniru dari segi pembangunan, kami alukan tetapi dari segi sosial, ia hanya merosakkan diri," katanya.

- Bernama

Banci 2010 - Data bantu kerajaan merancang keperluan rakyat

Posted: 06 Jul 2010 06:54 AM PDT

Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2010 bermula hari ini hingga 22 Ogos depan adalah antara usaha kerajaan untuk mengetahui bilangan penduduk Malaysia ketika ini dan jangkaan akan datang, sekali gus berupaya menyediakan perancangan kemudahan untuk rakyat.

Ketua Perangkawan Malaysia yang juga Pesuruhjaya Banci, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Raof, berkata kerajaan memerlukan maklumat dan data daripada bancian itu untuk menyediakan pelbagai kemudahan masa depan rakyat seperti sekolah, hospital, kediaman dan peluang pekerjaan selaras dengan pertumbuhan penduduk Malaysia pada masa depan.

"Banci dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 3, Akta Banci Penduduk 1960 yang menyatakan bahawa bancian boleh dijalankan di seluruh Malaysia mengenai penduduk dan maklumat difikirkan wajar bagi menentukan keadaan sosial awam atau ekonomi penduduk di negara ini.

"Kita menganggarkan kira-kira 7.4 juta unit kediaman akan dilawati pembanci di seluruh negara. Pembanci juga akan melawat institusi perubatan, asrama institusi pengajian tinggi (IPT), kem tentera, polis, penjara, pusat pemulihan dadah, kawasan penempatan Orang Asli dan penempatan pendatang tanpa izin di Sabah dengan kerjasama agensi terbabit," katanya.

Banci adalah satu proses menghitung semua penduduk Malaysia termasuk warga asing yang tinggal di sini sekurang-kurangnya enam bulan, sama ada mereka yang datang secara sah atau haram.

Proses bancian juga membabitkan bayi yang baru lahir pada atau sebelum hari ini, mereka yang meninggal dunia pada atau selepas hari ini.

Seramai 30,000 pembanci dan penyelia ditugaskan melakukan soal selidik terhadap kira-kira 28 hingga 29 juta penduduk sepanjang tempoh bancian.
Program banci penduduk kali ini menggunakan tiga kaedah iaitu temu ramah secara bersemuka, drop-off and pick-up (DOPU) dan secara dalam talian e-Census di laman web www.statistics.gov.my.

Beliau berkata, kaedah temu ramah secara bersemuka memerlukan pembanci melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemuramah penduduk bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

"Kita menyediakan dua kaedah pengisian sendiri iaitu DOPU dan secara dalam talian e-Census bagi memudahkan orang ramai terutama pasangan suami isteri di bandar dan bandar besar yang sentiasa sibuk dengan kerja masing-masing.

"Apabila pembanci datang ke kediaman dan tidak dapat bertemu dengan ketua isi rumah, mereka akan meninggalkan Kit Banci yang mengandungi soal selidik, arahan pengisian dan pen," katanya.

Beliau berkata, responden berkenaan boleh memilih sama ada mahu mengisi borang soal selidik berkenaan secara manual atau pun online e-Cencus di laman web jabatan terbabit.

Jika mereka memilih untuk mengisi secara manual responden hendaklah menggunakan pen disediakan dalam Kit Banci kerana mesin berkenaan hanya boleh mengimbas borang yang diisi dengan menggunakan pen bermata bulat berdakwat hitam. Ini adalah antara inovasi yang jabatan mahu perkenalkan dan tidak perlu memasukkan data secara manual seperti kebiasaan.

"Kita juga menyediakan kod akses di dalam kit berkenaan bagi membolehkan orang ramai mengisi borang soal selidik (e-Cencus) menerusi laman web. Semua borang soal selidik yang diisi menerusi secara manual perlu dikembalikan kepada pembanci dalam tempoh tiga hari dari tarikh ia diserahkan kerana kita mempunyai masa yang singkat. Jika tidak pembanci akan datang sekali lagi untuk melakukan soal selidik.

"Semua 30,000 pembanci akan diwajibkan memakai kad pengenalan yang berwarna jingga ketika bertugas, manakala penyelia pula berwarna biru. Responden boleh meminta kebenaran untuk melihat kad pengenalan yang mengandungi maklumat peribadi pembanci termasuk gambar, nombor kad pengenalan dan ditandatangani pihak berkuasa daerah masing-masing," katanya.

Jika timbul keraguan orang ramai boleh menelefon 1-8000-88-7828 untuk pengesahan.

Ketika proses bancian, sebanyak 51 soal selidik akan ditanya kepada responden mengenai kediaman, butiran isi rumah, ciri demografi dan sosial (umur, jantina, kumpulan etnik dan agama), migrasi, taraf pendidikan dan ekonomi.

"Dalam banci kali ini, kita turut menyediakan lima soalan baru berbanding pada 2000 iaitu mengenai pendapatan kasar bulanan isi rumah; pembabitan mereka dalam bidang pertanian dan asas tani; tempat tinggal biasa mereka dalam tempoh setahun lalu; jenis pengangkutan ke tempat kerja dan umur pada perkahwinan pertama di Sabah dan Sarawak (bagi mengukur kesuburan dan kematian)," katanya.

Orang ramai yang enggan memberi kerjasama atau memberikan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Banci 1960 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100 atau penjara satu bulan atau kedua-duanya.

Pada masa sama, Wan Ramlah berkata, akta terbabit juga memberi jaminan bahawa semua maklumat dan data yang dikumpulkan pembanci adalah rahsia.

- BERITA HARIAN

Hitam putih nikah di Siam

Posted: 06 Jul 2010 06:53 AM PDT

"Kalau perkahwinan saya itu berlaku sekarang, saya tidak akan pilih untuk berkahwin di Siam. Masa itu saya jahil, tak banyak pengetahuan tentang hukum perkahwinan.

"Kami ambil jalan mudah dengan berkahwin di sana dan ambil ringan soal pengesahan perkahwinan dari sudut undang-undang.

"Kami sendiri yang lewat mendaftar perkahwinan," demikian pengakuan dramatis Aida Khalida, 52, yang pernah berkahwin di Yala, Thailand bersama Joe Radzwill, 39, pada tahun 2002.

Hanya pada tahun lalu, barulah mereka tampil untuk mendaftarkan perkahwinan. Bayangkan, selama tujuh tahun kita semua mengenali mereka sebagai pasangan suami isteri namun ia belum sah di sisi undang-undang.

Kini, rumah tangga mereka bergoyang apabila Aida memohon cerai fasakh pada April lalu. Aida juga sudah bertukar nama daripada Aida Radzwill kepada Aida Khalida sempena nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad. Kes cerai mereka masih belum diputuskan mahkamah.

"Saya mendaftar perkahwinan saya selaras dengan penghijrahan saya yang kini sudah bertudung (sejak pertengahan tahun lalu). Saya mahu memilih jalan yang betul dan perbetulkan segala-galanya," katanya kepada Jurnal, sekali gus menafikan tanggapan dia mendaftarkan perkahwinan kerana ingin bercerai.

Perkahwinan di Selatan Thailand bukan perkara asing. Bahkan, media melaporkan baru-baru ini sepanjang tempoh Januari hingga Mei lalu, terdapat 1,321 permohonan rakyat Malaysia untuk berkahwin di situ.

Menurut Pejabat Konsulat Malaysia di Selatan Thailand, daripada jumlah itu, pasangan Malaysia yang berkahwin sesama negara ialah 999 permohonan, pasangan Malaysia-Thailand (186), Malaysia-Indonesia (19), Malaysia-Pakistan (18), Malaysia-Bangladesh (dua permohonan).

Statistik turut menunjukkan ada trend peningkatan perkahwinan rakyat Malaysia di negara sempadan itu. Bermula dengan 73 permohonan pengesahan pernikahan pada tahun 2001, diikuti 67 (2002), 98 (2003), 55 (2004) dan melonjak dengan lebih tinggi pada 2006 dengan 845, 1,944 (2007), 2,342 (2008) dan 2,172 (2009).

Banyak pasangan termasuk selebriti dan golongan elit Malaysia yang berkahwin di negara itu. Terbaru, akhbar Kosmo! mendedahkan penyanyi Aishah mengaku sudah berkahwin dengan seorang duda anak enam, Faizal Sazali Zulkifli di Narathiwat. Mereka berkahwin di sana kerana suaminya belum mendapat surat cerai daripada perkahwinan terdahulu.

Pernah media melaporkan pada tahun 2005, sekurang-kurangnya 10 orang kenamaan berstatus Tan Sri dan Datuk bernikah di Selatan Thai sejak tahun 2003.

Dianggarkan kira-kira 100 pasangan Malaysia bernikah setiap bulan di Thailand, iaitu paling tinggi berbanding pasangan negara jiran lain.

Antara punca ramai memilih untuk berkahwin di Siam juga kerana pasangan tidak perlu membawa wali, sijil kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam, sijil kursus kahwin, sijil mengenai status kesihatan sama ada bebas HIV atau AIDS dan wang hantaran.

Memandangkan ia dilihat sebagai jalan penyelesaian untuk 'kahwin rahsia', pasangan yang biasanya memilih berkahwin di Selatan Thai ialah lelaki yang ingin berkahwin lain dan pasangan yang hubungan mereka mendapat tentangan keluarga.

Tertanya-tanya juga kita adakah pasangan ini bernikah di Selatan Thai dengan pergi begitu sahaja atau ada orang tengah yang mengaturkannya.

Hasil pemantauan di Internet, Jurnal mendapati terdapat banyak ejen yang menawarkan pakej perkahwinan di wilayah-wilayah Selatan Thai seperti di Songkhla, Narathiwat, Yala dan Pattani.

Tawaran yang diberikan bermacam-macam. Ada yang menyediakan pengangkutan, menyediakan khidmat membeli-belah selepas bernikah, memastikan mendapatkan surat nikah daripada majlis agama dan Konsulat Malaysia dalam masa sehari dan macam-macam lagi.

Rata-ratanya menawarkan pakej perkahwinan di antara RM1,000 hingga RM3,000.

Seorang ejen yang menawarkan pakej di Yala menerusi Perak mengakui dirinya memang rapat dengan majlis agama Islam di wilayah itu.

Dia memberitahu, kebanyakan pasangan yang menggunakan khidmatnya ialah pelajar dan anak-anak muda yang ingin berkahwin tetapi dihalang keluarga. Hanya 30 peratus yang bertujuan poligami.

"Saya tahu ramai yang memandang serong kerja saya sebagai ejen tetapi saya lakukan kerana saya ingin membantu mereka yang dalam kesusahan, saya mahu maksiat dielakkan.

"Tahu sahajalah sekarang orang muda macam-macam cabarannya dan terdedah kepada pelbagai anasir negatif.

"Saya juga memilih pasangan yang betul-betul mengalami masalah kerana saya sedar apa yang saya lakukan bakal dipertanggungjawabkan di akhirat," ujarnya yang ketika dihubungi berada di Indonesia.

Seorang wanita yang menguruskan perkahwinan di Songkhla pula menjanjikan akad nikah hanya di pejabat agama wilayah itu.

"Untuk memastikan akad nikah yang dilaksanakan itu benar-benar diyakini dan dilakukan oleh jurunikah yang ditauliahkan majlis agama wilayah, saya tawarkan akad nikah di pejabat agama sahaja.

"Kami juga boleh terus membawanya untuk pengesahan Konsulat Malaysia kerana ia terletak di wilayah ini. Lagipun Songkhla lebih aman. Oleh kerana itu, saya fikir, Songkhla ialah tempat terbaik," ujarnya yang menawarkan pakej pada harga RM1,700.

Dia meminta pasangan agar memilih ejen yang betul agar tidak tertipu.

"Memang banyak ejen sindiket. Macam-macam tawaran yang diberikan. Ada yang menawarkan bayaran yang melampau sehingga RM13,000. Ada yang menggunakan jurunikah palsu.

"Saya difahamkan pernah satu kes nikah di sempadan yang menjadi bermasalah apabila hendak didaftarkan di Malaysia kerana pasport mereka tidak dicop pihak imigresen Thailand sedangkan pasport telah diserahkan kepada ejen," katanya.

Seorang lagi ejen yang menawarkan pakej perkahwinan di Songkhla berpusat di Subang Jaya, Selangor memberitahu, terdapat kes mereka yang berkahwin di Thailand kerana ingin bertanggungjawab.

"Seorang lelaki telah mempunyai seorang isteri namun telah terlanjur dengan seorang wanita. Kerana ingin bertanggungjawab atas keterlanjurannya itu, dia telah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi namun dihalang oleh isteri, ibu dan bapanya.

Dia akhirnya terdesak untuk berkahwin dengan wanita itu di Selatan Thai demi untuk bertanggungjawab atas keterlanjurannya," ujarnya sambil memberitahu jurunikah-jurunikah di Thailand boleh mengeluarkan surat nikah, tetapi sijil nikah yang diperlukan untuk pengesahan Konsulat Malaysia ialah daripada majlis agama wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, Jurnal telah menemui satu kes aneh iaitu seorang wanita yang berkahwin di Ampang, Selangor tetapi telah memperoleh sijil nikah dari Thailand.

"Saya dan suami telah bernikah di Ampang, Selangor namun tidak mengetahui yang ia nikah sindiket sehinggalah apabila jurunikah lesap dan surat nikah yang dijanjikan tidak diterima.

"Kami langsung tidak ada surat nikah. Bimbang anak dalam kandungan ini sukar untuk mendapat sijil kelahiran, kami cuba mendapatkan sijil nikah dari Thailand menggunakan seorang ejen perkahwinan di sana dengan bayaran RM1,500," ujar Azrina Abu (bukan nama sebenar) yang merupakan isteri kedua.

Hal ini mencetuskan persoalan adakah sesetengah perkahwinan yang didakwa dilakukan di Selatan Thai walaupun lengkap dengan dokumen nikah dari sana sebenarnya satu penipuan? Hanya mereka yang tahu.

- KOSMO!