Adsense

Isnin, 28 Jun 2010

zoomartis

zoomartis


Ila Mentor 4 Tersingkir

Posted: 27 Jun 2010 07:44 PM PDT

SHAH ALAM: Protege Joe Flizzow, Ila Damiaa Johar gagal meneruskan cabaran ke final Mentor 4 pada minggu depan selepas memperoleh markah terendah iaitu 42 markah pada separuh akhir sesi kedua pertandingan tersebut di sini malam tadi.



Adi Hamiz Johar (Adi) yang juga abang kepada Ila pula memperolehi 44 markah; Nurhadzwani Salleh (Nani), 55 markah manakala Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd), 59 markah.


Dengan itu, Adi, Nani dan Mohd berjaya melangkah ke acara final yang akan berlangsung di Auditorium MBSA 4 Julai nanti.

Zoom: Walaupun si adik sudah terkeluar tetapi perjuangan si Abang belum berakhir, inilah lumrah dan adat pertandingan.Walau pun terkeluar beliau merupakan peserta yang mempunyai vokal dan personaliti yang menarik..Apa kata anda ?