Nuffnang

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog

sumber :-

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog


Ilham dekor marin

Posted: 28 Jun 2010 12:28 AM PDT

Ilham pantai dan laut menjadikan ruang tamu unik, damai dan  misteri.
Ilham pantai dan laut menjadikan ruang tamu unik, damai dan misteri.
Mohd Nirul dapat ilham gambar pusat peranginan ubah kediaman jadi santuari ala-Carribean

DUA tahun lalu, kediaman Mohd Nirul Nizam ekslusif dengan gaya moden kontemporari yang diterjemahkan menerusi gabungan perabot cita rasa moden, retro dan klasik serta paduan warna dramatik hitam dan merah.

Ketika itu, eksekutif muda ini mengaku begitu teruja dengan impak merah-hitam yang disifatkannya bukan saja mengungkap gaya maskulin tetapi kunci kepada hiasan dalaman unik, tersendiri selain sarat semangat. Namun, sekian lama ditemani warna yang sama, Nirul mengaku jelak sekali gus menjadi penyebab kepada pembentukan ilham penataan baru bertemakan suasana pantai dan laut Carribean. "Ilham dan konsep penataan laut ini muncul ketika mata tidak mahu lelap sekitar jam dua pagi. Disebabkan belum mahu tidur, saya mengisi masa dengan membelek majalah hiasan dalaman dan koleksi gambar pusat peranginan yang ada dalam simpanan. Keasyikan menghayati keindahan pasir pantai dan biru laut membuatkan saya terfikir, alangkah seronoknya jika dapat menikmati pemandangan ini selalu.

"Lalu saya ambil keputusan mencuba biru marin dan disesuaikan perhiasan bertepatan tema," katanya yang turut melakukan kerja sampingan sebagai pereka dalaman.

Setiap kali mendapat ilham hias baru, Nirul tidak gemar bertangguh sebaliknya berusaha melaksanakan perancangannya ketika itu juga. Maka, bermula dinihari sehingga menjelang subuh, kata Nirul, dia sibuk mengalih kedudukan perabot, mengasingkan perhiasan difikirkan tidak relevan tema serta kegunaan di samping mencari elemen hiasan baru supaya lebih menepati konsep ingin ditonjolkan.

"Saya sanggup mengorbankan masa tidur demi memastikan kelancaran tata hias baru. Lagipun, saya bimbang lupa bayangan penataan dirangka jika terus lena," katanya yang memulakan proses mengecat dinding ruang tamu dan bilik tidur dengan warna biru diselangi hitam serta memasang kertas dinding rumpai laut di ruang istirahat.
Penggunaan warna biru secara tidak langsung mengehadkan dominasi merah yang sebelumnya menjadi warna nadi kediaman. Percaturan Nirul tidak sia-sia kerana biru berupaya membuatkan ruang nampak lebih lapang, sejuk dipandang selain menyelitkan elemen misteri. Sementara, pilihan kertas dinding mengambil inspirasi dasar laut menunjukkan wujud kesinambungan gaya antara ruang.

Bagi mendapatkan suasana lapang serta terbuka, Nirul terpaksa mengerah tenaga mengubah kedudukan cermin gergasi di ruang istirahat ke tempat baru di ruang tamu.

Meskipun cermin kayu padu itu berat manakala ukurannya mencecah siling, dia berpendapat ia perlu diubah kerana menyajikan pemandangan kurang menarik ruang dapur.

"Sebelum ini, saya bertekad mengekalkan cermin itu di situ kerana berat dan sukar dialihkan. Dulu pun, ia dibawa masuk melalui balkoni kerana ukurannya tidak melepasi pintu. Lama-kelamaan, saya dapati lokasinya yang bertentangan dapur itu tidak kena kerana memantulkan suasana berkecah ruang dapur. Sebab itu, berat dan berisiko macam mana pun, saya tetap dengan keputusan memindahkannya ke ruang tamu," katanya.

Jika cermin berfungsi memperluas ruang, akuarium siap dipasang dibina di tengah ruang membabitkan pintu masuk, ruang dapur dan ruang bertindak sebagai sempadan yang membahagikan tiga ruang berkenaan. Meskipun tidak sebesar mana, ketinggiannya yang menjangkau siling itu berupaya meminjamkan privacy selain mengasingkan kedudukan ruang terbabit.

"Akuarium itu pernah ditempatkan di penjuru balkoni namun setelah berfikir semasak-masaknya, saya dapati kedudukan sekarang lebih baik kerana selain membahagikan ruang, tetamu memperoleh terapi mata memandang gerak-geri ikan yang berenang bebas dalam kotak kaca itu,"katanya yang menempatkan spesis ikan flowerhorn di akuarium berkenaan.

Seperkara menarik mengenai prinsip menghias Nirul ialah dia tidak pernah melabelkan mana-mana ruang sebagai tidak penting. Jika kebanyakan orang menganggap balkoni sebagai status kelas kedua, bagi Nirul ruang berkenaan sama penting dengan ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

Justeru, tidak hairan, balkoni miliknya itu dihias sempurna setanding ruang tamu menerusi bangku kayu, meja kopi bulat, bidai rotan, hamparan permaidani seolah rumput hidup, hiasan batu sungai, lampu gantung ala gaya Morroco, lampu terendak Inggeris selain kiri-kanan tempat itu diletak tumbuhan hidup dalam pasu.

Menariknya, pokok hidup berusia matang dan setinggi siling bertindak sebagai pelindung cahaya matahari sekali gus menerbitkan suasana nyaman dan damai di situ. Kata Nirul, selain dijadikan tempat minum petang dan bersantai, dia cukup gemar membaca di sini.

"Memandangkan pelan lantai rumah tidak berapa luas, saya perlu memanfaatkan segenap ruang sebaik mungkin. Jadi, daripada dibiarkan kosong dan menjadi tempat meletak pokok serta ampaian kain, lebih baik balkoni dihias sebagaimana saya mengadun ruang tamu dan bilik tidur. Untuk keselesaan, saya pernah meletak sofa fabrik di situ, malangnya tidak praktikal kerana sofa kuyup ditimpa hujan. Sudahnya, saya tempatkan bangku panjang daripada kayu belian menggantikan balkoni. Saya kemudiannya memasang bidai bagi melindungi ruang daripada tempias hujan dan terik matahari,"ujarnya.

Sungguhpun, gaya penataan dilihat cukup sempurna dan lain dari yang lain, Nirul tidak menjamin hiasan dalaman ini akan berkekalan. Sebaliknya, ia mungkin diubah lagi sekiranya dia dikurniakan ilham baru. Nirul mempunyai pegangan dan prinsip menghias tersendiri iaitu menyokong perubahan gaya mengikut keperluan dan kehendak semasa.

"Demi mewujudkan suasana kediaman mengikut cita rasa semasa, saya tidak keberatan melabur duit dan keringat. Yang penting, selain keselesaan, segenap inci ruang perlu mencerminkan perwatakan peribadi, praktikal dan dekat dengan jiwa,"akhirinya dalam pertemuan petang itu di kondominium ekslusif di Bangsar Selatan.

Ana Raffali tiada niat saingi Yuna

Posted: 28 Jun 2010 12:26 AM PDT

pix_gal0
JIKA Yuna tampil bertudung menyanyikan lagu berkonsepkan indie sehingga terbukti percubaan itu membuahkan hasil apabila berjaya 'menawan' pendengar menerusi Dan Sebenarnya, kini dia mempunyai pesaing terdekat, apabila seorang gadis comel yang sering tampil bersama gitar sambil mengenakan baju kurung atau kebaya, Ana Raffali

Nama Ana mula mencuri tumpuan peminat menerusi genre yang sama sehingga single pertamanya, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur menjadi siulan, sekali gus melonjakkan namanya di persada seni. Sekalipun mempunyai banyak persamaan antara Yuna dan Ana termasuk memperjuangkan genre muzik yang sama, tampil bersama gitar ketika membuat persembahan, selain graduan lulusan UiTM iaitu undang-undang dan pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL), namun personaliti antara kedua-duanya jauh berbeza. Pertama kali bertemu Yuna, ternyata dia seorang yang amat pendiam, tanya sepatah jawab sepatah sehingga pernah dilabel sombong atau bersikap diva oleh segelintir rakan wartawan, namun tidak bagi Ana. Apabila terpandang wajah comelnya yang sedang beraksi di depan kamera di dalam studio, terus dia melemparkan senyuman dan menyapa setiap orang yang berada berhampirannya.

Melihat penulis yang duduk seorang diri di satu sudut menunggu dia selesai fotografi, Ana terus merapatkan kerusinya lalu duduk bersebelahan menandakan dirinya sedia untuk ditemubual.

Apa yang pasti, Ana mampu melemparkan perasaan malunya jauh-jauh apabila bertemu media massa sekalipun baru kali pertama bertentang mata dengannya.
Memulakan bicara, Ana mengakui dia tidak pernah belajar muzik secara profesional sekalipun semua enam lagu yang terdapat di dalam album sulung beliau adalah ciptaan dan lirik tulisan sendiri.
"Saya sebenarnya meminati bidang seni, lebih-lebih lagi muzik. Justeru, apabila masuk UiTM kecenderungan saya ke arah muzik dan penciptaan lagu terus memuncak. Saya suka bermain gitar sambil menyanyi. Saya belajar main muzik sendiri, tak pernah ada pendidikan formal. Saya beli buku muzik dan belajar daripada situ. Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan.

"Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya sering tampil membuat persembahan sambil mengenakan baju kurung atau kebaya. Ia bukan gimik, sebaliknya bermula sejak saya bermain muzik di UiTM lagi, saya memilih penampilan begitu.

"Apabila saya memuat naik lagu saya di laman sesawang YouTube, tak sangka ia berjaya menarik minat komposer terkenal, Aidit Alfian untuk bekerjasama dengan saya.

"Malah, persembahan saya turut disertai sekumpulan pemuzik, The Marhaens yang dianggotai Aidit sendiri. Saya berasa bertuah kerana mampu meraih kepercayaan daripada seorang pemuzik hebat seperti dirinya," kata Ana yang kini bernaung di bawah pengurusan AA Records milik komposer berkenaan, selain isterinya, Azura Haniza Abdul Aziz bertindak sebagai pengurus.

Album sulung Ana, Ketika Aku Kecil adalah edaran Universal Music Malaysia sudah pun menjengah pasaran tempatan mulai akhir April lalu.

Ditebak pertanyaan sejauh mana persamaan muzik yang diperjuangkan Ana bersama Yuna, dia terus menyatakan, sekalipun genre yang sama, namun jiwa muzik mereka berdua jauh berbeza.

"Muzik saya terarah kepada semangat patriotisme dan sayang kepada negara sendiri. Muzik kita sendiri mampu pergi jauh, tak perlu berbangga dengan muzik negara luar. Itu sebenarnya objektif kita. Selain itu, saya tak pernah terfikir untuk membawa muzik kita ke negara luar. Bagi saya, buktikan kepada orang-orang kita dulu bahawa anak tempatan juga boleh berjaya bermain muzik ciptaan mereka di tempat sendiri.

"Saya tak mahu industri muzik kita ke laut! Seboleh-bolehnya biarlah orang kita sendiri menghargai lagu ciptaan anak tempatan. Justeru, faktor inilah yang membezakan saya bersama Yuna. Yuna ada misinya sendiri, kami tidak sama walaupun setiap kali muncul di pentas membuat persembahan, kami bermain gitar. Perjuangan saya dan Yuna sebenarnya berbeza.

"Tolong jangan samakan kami! Yuna adalah Yuna. Apabila orang mendengar lagu Yuna, kemudian mendengar lagu saya, peminat pasti dapat membezakan muzik kami berdua," katanya yang menyifatkan persaingan yang sihat wujud menerusi lagu Yuna dan dirinya, sekali gus memberi lebih pilihan kepada pendengar menentukan cita rasa muzik masing-masing.

Belum sedia kongsi cerita teman istimewa

SUDAH tentu gadis cantik seperti Ana ini, ramai peminat ingin mengetahui kisah peribadinya terumata mengenai percintaan atau siapa gerangan lelaki yang kini bertakhta di dalam hatinya.

Lebih menarik, Ana juga tidak keberatan berkongsi cerita peribadi, lebih-lebih lagi yang membabitkan soal hati dan perasaan. Tentunya ramai yang ingin tahu, dalam usia yang meniti 25 tahun, sudahkah dirinya mempunyai teman lelaki istimewa?

"Kalau orang tanya, adakah saya sudah berpunya, saya mengaku ya! Tapi, untuk bercerita panjang lebar siapakah lelaki berkenaan, rasanya ia tidak perlu dikongsi secara terbuka. Saya sedar, sebagai artis saya hak peminat dan masyarakat, tapi tidak semua cerita peribadi boleh dikongsi bersama.

"Saya juga seperti gadis remaja lain, ada ruang peribadi untuk diri sendiri.
"Dalam keghairahan memantapkan kerjaya sebagai penyanyi, saya tidak akan sesekali menjadikan hidup sebagai satu pekerjaan, sehingga tidak ada masa untuk bersama rakan sebaya.

Bagi saya, muzik hanya sebahagian daripada hidup. Disayangi dan menyayangi adalah fitrah kehidupan manusia, cuma saya tidak mahu kisah peribadi mengatasi kerjaya, jika berlebihan, ia boleh menjadi racun," kata Ana yang petah berkata-kata dan bersikap terbuka.

Lubuk lumba-lumba

Posted: 28 Jun 2010 12:24 AM PDT

pix_gal0
Perairan Teluk Cowie, Sabah, tempat bermain spesies Irrawaddy, Humpback

PADA pandangan mata kasar, perairan Teluk Cowie yang memisahkan tanah besar Tawau dan Pulau Sebatik di Sabah tiada bezanya dengan kawasan perairan lain - lautan sama membiru dan panorama alamnya sama indah.

Namun, Teluk Cowie ada keistimewaan tersendiri kerana ia dikenal pasti habitat pelbagai khazanah marin yang perlu dilindungi, termasuk ikan lumba-lumba. Lebih istimewa, ikan lumba-lumba di perairannya didapati agak unik selepas kajian pakar marin mendapati dua spesies berbeza dari keluarga mamalia berwajah comel itu boleh bersosial dalam satu kumpulan - sesuatu yang tidak pernah dilihat di tempat lain di dunia. Dua spesies ikan lumba-lumba di kawasan itu adalah Irrawaddy atau nama saintifiknya, Orcaella Brevirostris dan Indo-Pacific Humpback atau Sousa Chinensis.

Mengambil inisiatif untuk mengetahui lebih lanjut kehadiran ikan lumba-lumba di situ, kajian ekologi dan pemuliharaan mamalia berkenaan dijalankan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), diterajui Ketua Unit Kajian Mamalia Marin (UKMM), Dr Saifullah A Jaaman.

"Penyelidikan kami bertumpu di Teluk Cowie berikutan keunikan spesies ikan lumba-lumba yang menjadikan perairan berkenaan habitatnya," kata Saifullah sambil menambah ikan lumba-lumba di perairan Sabah juga dikesan menjadikan Teluk Sandakan, Teluk Labuk dan Teluk Beluran sebagai habitatnya.

Beliau yang melakukan penyelidikan ikan lumba-lumba sejak 1996, berkata apa yang menarik mengenai ikan lumba-lumba di Teluk Cowie ialah kerana spesies Irrawaddy dan Humpback didapati boleh bersosial dalam satu kumpulan.
"Kadang-kadang kita melihat Irrawaddy dan Humpback mencari makanan bersama. Keadaan unik ini mungkin disebabkan populasi ikan lumba-lumba di kawasan perairan Teluk Cowie agak kecil," katanya.

Menurutnya, kajian awal kumpulannya juga mendapati ada Humpback menjadi ibu angkat kepada anak lumba-lumba Irrawaddy dan menyifatkan penemuan sedemikian sebagai amat unik kerana tidak pernah direkodkan di kawasan perairan lain.

"Berdasarkan kajian tingkah laku mamalia berkenaan sebelum ini, kedua-dua spesies terbabit didapati tidak pernah saling berinteraksi walaupun berada di perairan sama. Keadaan itu berbeza dengan apa yang kita temui di Teluk Cowie," katanya.

Spesies Irrawaddy terbahagi kepada dua kumpulan - yang hidup di pesisiran pantai dan muara sungai, manakala kumpulan kedua hidup di air tawar, terutama beberapa kawasan hulu sungai sekitar Asia Tenggara iaitu di Sungai Mekong (Kemboja dan Laos), Sungai Irrawaddy (Myanmar) dan Sungai Mahakam di Kalimantan, Indonesia.

"Di Teluk Cowie, kita menganggarkan ada antara 20 hingga 30 ikan lumba-lumba Irrawaddy dan lima hingga 10 ekor Humpback," katanya.
Saifullah berkata, antara rumusan yang diperoleh hasil kajian berkenaan ialah berlaku interaksi antara nelayan dengan ikan lumba-lumba di perairan Teluk Cowie.

Katanya, nelayan menyifatkan mamalia berkenaan tidak mengganggu mereka, malah dianggap sebagai rakan hingga ada yang memberi makan kepada lumba-lumba yang menghampiri bot mereka.

Mengenai ancaman terhadap hidupan laut itu yang boleh membawa kepada kepupusan, beliau berkata, ikan lumba-lumba tidak seperti spesies ikan atau haiwan lain.

"Kita dapati jika habitat tidak sesuai kerana pencemaran, populasi ikan lumba-lumba akan terjejas dan kumpulan itu akan berhijrah ke kawasan lain yang lebih selamat. Oleh itu, lumba-lumba boleh dijadikan petunjuk persekitaran marin di kawasan habitatnya.

"Jika populasi tidak terancam, persekitaran marin dan kawasan habitat itu adalah baik dan begitulah sebaliknya. Malah, ikan lumba-lumba boleh menghampiri bot yang lalu di kawasan habitat mereka jika berasa tidak terancam," katanya.

Saifullah berkata, ancaman terbesar habitat lumba-lumba adalah impak aktiviti pembalakan dan pembangunan ladang termasuk penanaman kelapa sawit yang turut berlaku di kawasan daratan berhampiran teluk berkenaan.

Namun, kewujudan Stesen Penyelidikan Pulau Sebatik (SPPS) pada 2008 banyak membantu meningkatkan kesedaran penduduk setempat mengenai kepentingan memulihara marin serta ekologi perairan, malah penduduk juga tidak lagi menggunakan pukat tunda untuk menangkap hasil laut kerana menyedari kesannya.

"Bagi jangka panjang, kita mahu pelan pengurusan diwujudkan kerana walaupun hutan bakau di perairan ini dikelaskan Hutan Simpan Kekal, ia tidak merangkumi Teluk Cowie yang kaya sumber marinnya termasuk ikan lumba-lumba.

"Kalau boleh, kita mahu Teluk Cowie turut diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi berikutan terlalu banyak pembangunan di hulu yang dikhuatiri menjejaskan ekologi persekitarannya," katanya.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof Rosnah Ismail, berkata Teluk Cowie mempunyai hidupan marin dan sumber perikanan yang besar.
Justeru, katanya, UMS akan terus memastikan penyelidikan lengkap berhubung hidupan marin di Teluk Cowie khususnya berkaitan ikan lumba-lumba dapat dilakukan dengan lebih baik.

"Ia juga bagi memastikan pelajar dan penyelidik mampu menjalankan kajian dengan lebih selesa, sekali gus menghasilkan penyelidikan berkualiti. Paling penting, hasil kajian bukan hanya untuk digunakan di Sabah tetapi di peringkat nasional," katanya.

Misteri: Diganggu makhluk halus

Posted: 28 Jun 2010 12:13 AM PDT

Gua di ladang keluarga Bell yang turut menjadi lokasi kejadian  seram.
Gua di ladang keluarga Bell yang turut menjadi lokasi kejadian seram.
Punca keluarga John Bell kena tampar, dicederakan sampai mati tak diketahui

ANTARA kisah seram paling popular dalam sejarah Amerika Syarikat adalah peristiwa 'Bell Witch' atau 'Sihir Bell'yang menimpa keluarga John Bell di Tennesee pada awal 1800-an. Biarpun kejadian seram gangguan makhluk halus itu terus meniti di bibir ramai peminat kisah seram dan penyelidik yang belum dapat merungkai misteri yang berusia 200 tahun itu.

Malah, lokasi kejadian yang terletak di ladang milik keluarga itu, masih tersergam dan terus dilawati ramai sehingga ke hari ini berikutan populariti kisah misteri berkenaan. Kisah ini bermula apabila John membawa keluarganya berpindah dari Carolina Utara ke Red River di Tennessee pada 1817. Bell membeli sebidang tanah dan sebuah rumah besar untuk keluarganya. Beberapa tahun kemudian, beliau membeli beberapa bidang tanah lagi syang menjadikannya keluasan ladangnya mencecah 132 hektar. Di Tennessee, Bell memperoleh tiga lagi anak iaitu Elizabeth (Betsy), Richard dan Joel. Pada satu hari, John dikejutkan dengan kehadiran seekor haiwan pelik iaitu berbadan anjing dan berkepala arnab yang muncul di ladangnya. John menembaknya beberapa kali tetapi anehnya, dalam sekelip mata, ia ghaib. Beliau tidak lagi memikirkan kejadian itu, sehinggalah keluarganya diganggu bunyi 'pelik' di luar rumah mereka.

Bunyi misteri termasuk suara mengilai diselangi nada yang kian bingit setiap malam dan cuba menjejaki sumber bunyi itu tetapi gagal. Beberapa minggu berikutnya, anak-anaknya mulai hidup dalam ketakutan apabila diganggu bunyi seperti tikus berkeliaran di katil mereka, cadar ditarik dan bantal dilempar ke lantai oleh makhluk ghaib.

Seiring masa berlalu, keluarga Bell mula mendengar suara yang sayup, berbisik, yang terlalu lemah untuk difahami tetapi kedengaran seperti wanita tua sedang menyanyi kecil. Gangguan berterusan dan anak bongsu Bell, Betsy, mula mengalami gangguan lebih menakutkan apabila rambutnya ditarik. Tidak cukup dengan itu, gadis itu turut ditampar dengan kesan tapak tangan tertera pada wajah dan badannya.

Kejadian itu segera tersebar ke luar daerah malah ke Nashville, sehingga menarik minat Mejar Jeneral Andrew Jackson, yang memutuskan untuk melawat ladang keluarga itu dan melihat apa sebenarnya berlaku. Rombongan Jackson disertai beberapa lelaki, kuda dan sebuah gerabak kuda. Ketika mendekati kediaman Bell, gerabak berkenaan berhenti secara mengejut dan kuda tidak dapat menariknya.
Selepas beberapa minit cuba membuatkan kuda menarikan gerabak itu, Jackson akhirnya berkata: "Ini pasti Sihir Bell," katanya.

"Dalam sekelip mata, kedengaran suara wanita membenarkan kami pergi. Setibanya di rumah, seorang lelaki yang mendakwa dapat mengusir gangguan sihir mengeluarkan sepucuk pistol dan sebutir peluru perak.

"Namun secara tiba-tiba, lelaki itu menjerit dan mengadu dicucuk dengan pin selain dibelasah bertubi-tubi. Namun kami tidak dapat melihat siapa penyerangnya," kata Jackson dalam catatannya yang turut menjadi rujukan ramai penyelidik fenomena aneh itu.

Akibat ketakutan, rombongan Jackson merayu untuk meninggalkan ladang itu. Gangguan itu terus menghantui keluarga berkenaan yang menyaksikan kehidupan mereka menjadi tidak keruan, termasuk anak perempuan John putus tunang. Lebih malang lagi, John turut 'didera' makhluk halus itu sehingga membawa kematiannya.

Punca kesengsaraan yang dialami keluarga Bell hampir 200 tahun lalu, masih kekal menjadi misteri. Pelbagai teori dikemukakan, termasuk mereka menjadi mangsa gangguan perbuatan sihir manakala yang lain mengatakan mereka mangsa roh seorang wanita yang juga jiran mereka, Kate Batts. Wanita itu dikatakan mendakwa dirinya ditipu John dalam satu urusan jualan tanah dan di saat-saat akhir kematiannya, bersumpah untuk membalas dendam terhadap John dan keturunannya.

Tidak kurang yang mengaitkan kejadian itu dengan lokasi ladang yang terletak di tapak perkuburan Red Indian dan kewujudan sebuah gua berhampiran ibarat pintu masuk 'dunia' lain. Bagaimanapun, teori ini disanggah penyelidik dan kebanyakannya sekadar bersetuju ada makhluk halus di kawasan itu.

35,000 penumpang guna perkhidmatan koc wanita setiap hari

Posted: 28 Jun 2010 12:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,000 penumpang menggunakan koc komuter untuk wanita setiap hari sejak perkhidmatan itu diperkenalkan April lalu, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, berdasarkan sambutan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memanjangkan perkhidmatan koc itu ke laluan Sentul-Batu Caves mulai pertengahan bulan depan.


KTMB bagaimanapun belum bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan gerabak wanita ke sektor lain, katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Abdul Rahim berkata, demikian bagi menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaafar (PAS-Tumpat) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang memperkenalkan gerabak wanita bagi seluruh perkhidmatan keretapi.


Beliau berkata kementerian mempertimbangkan penggunaan koc itu atas dasar ingin mengurangkan risiko menjadi mangsa gangguan seksual dan penyeluk saku khususnya terhadap golongan wanita.


Ia juga dibuat bagi menjamim keselamatan wanita sepanjang perjalanan," katanya.


Abdul Rahim berkata, kajian yang dibuat KTM Komuter mendapati hampir keseluruhan wanita memahami tujuan dan menyokong pelaksanaan koc itu.


Menjawab soalan Kamarudin mengenai kedudukan terkini tender pembelian Tren Elektrik Pelbagai Guna (EMU), Abdul Rahim berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM1.9 bilion bagi membeli 38 set unit EMU enam gerabak daripada sebuah konsortium dari negara China dan ia dijangka diterima September tahun hadapan.


Beliau berkata, spesifikasi untuk pembelian itu memenuhi standard antarabangsa dengan konsortium pengeluar yang dipilih juga mempunyai reputasi baik dan harga yang ditawar berpatutan.


"Bagi memenuhi segera keperluan tren, kementerian juga menggunakan kaedah pembekalan yang dibuat secara ''fast delivery'' yang hanya akan mengambil masa 24 bulan berbanding bekalan biasa yang memerlukan antara 24 hingga 36 bulan yang diamalkan sebelum ini," katanya.


KTMB kini mempunyai 58 unit EMU dengan antara 22 hingga 26 unit beroperasi manakala selebihnya sedang diselenggara.

Tetap ligat dalam bidang seni

Posted: 28 Jun 2010 12:08 AM PDT

DIA kembali menyinar selepas mengharumkan nama negara menerusi World Championships of Performing Arts Ke-13, (WCOPA 13) di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai tahun lalu.

pix_middle



Pada pertandingan itu, Siti Sarah Raisuddin, 26, memenangi dua Anugerah Emas dalam kategori vokal terbuka dengan menyampaikan lagu Respect dan kategori duet dengan Bob AF2, mereka menyampaikan lagu Un-break My Heart.

Penyanyi genit yang dicungkil bakatnya pada peringkat akhir Bintang RTM 2001 ini berjaya membuktikan kehebatan vokal dan kemampuannya beraksi di pentas apabila turut memenangi dua pingat emas bagi kategori 'World Music' dengan menyampaikan lagu Ghazal Untuk Rabiah dan kategori R&B/Jazz dengan lagu Dream.

Namun, selepas melakar sejarah dalam karier seninya, penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan itu seolah-olah menyepikan diri di persada hiburan.

Hakikatnya, anak bekas penyanyi, pengarah dan pelakon Raisuddin Hamzah ini masih sibuk memenuhi undangan persembahan pentas daripada syarikat korporat mahupun individu perseorangan.

"Secara peribadi, kalau tak ada produk baru, saya tak akan muncul dalam akhbar mahupun majalah. Mungkin saya tidak banyak publisiti tapi agenda seni saya selalu padat dengan undangan persembahan daripada pelbagai pihak. Cuma ia tidak mendapat liputan media."Saya gembira selepas WCOPA dan One In A Milion (OIAM), peminat mula memberikan sokongan semula kepada karier seni dan ia menaikkan semangat saya untuk terus menyanyi dan merakamkan lagu.


"Terbaru, saya akan menjayakan persembahan Malam Seri Busana Ratu Sehari bersama Wan Azlan & Zainurin Couture di Grand Ballroom, Hotel Summit, Subang Jaya pada 11 Julai nanti. Artis lain yang terbabit ialah Ziana Zain dan Azmir Arif. Majlis yang bertema Glamorous ini ialah pertandingan tatarias ratu sehari dan busana pengantin," katanya kepada Rap.Sarah yang kini bergerak sendiri menerusi syarikatnya, Siti Sarah Productions juga rasa lebih selesa bernaung di bawah syarikat sendiri.

"Saya juga bebas untuk terbitkan lagu sendiri dan tahu apa yang saya mahu. Buat masa ini, saya masih dalam proses pembikinan single terbaru yang juga ciptaan komposer Aidit Alfian dan liriknya oleh Ad Samad.

"Sebenarnya, lagu ini sudah lama disimpan ketika saya masih bersama syarikat rakaman NAR Records lagi iaitu empat tahun lalu. Lagu dan melodi sudah ada dan Aidit akan menggubahnya untuk dijadikan single terbaru saya.

"Kekuatan lagu ini pada melodinya. Saya dan Aidit juga belum pasti judul lagu ini. Maklumlah, buat lagu ini bukannya senang kerana gubahannya kena kuat. Aidit juga ingin hasilkan lagu terbaik kerana memikirkan saya sudah lama tidak ada lagu baru.

"Saya belum masuk studio lagi untuk rakaman lagu Aidit kerana dia sibuk. Selain itu, saya juga terbabit dalam program baru, Keynote bersama komposer Ajai dan saya menjadi artis pilihan salah seorang komposer baru berkenaan. Jika lagu ciptaan komposer baru itu menang, ia akan dijadikan single saya seterusnya," katanya.

"Pada bulan lalu, saya memang sibuk dengan undangan persembahan dan insya-Allah, kalau ada rezeki, single terbaru saya diharap akan mengembalikan kegemilangan saya di persada seni.

"Buat masa ini, saya akan muncul single demi single terlebih dulu mengikut cara pasaran album semasa. Maklumlah, sekarang musim 'download' (muat turun) lagu dan single ini juga boleh dimuat turun peminat," katanya.

Mengenai konsert pula, kata Sarah yang sudah lapan tahun berkecimpung dalam bidang seni, dia merancang untuk buat showcase terlebih dulu.

"Kalau nak buat konsert, kita memerlukan penaja yang besar. Justeru, biarlah saya buat showcase untuk sampaikan beberapa lagu popular saya terlebih dulu. Misha juga ada beritahu cadangannya untuk buat showcase dan saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengannya. Saya juga minat untuk bekerjasama dengan artis lain seperti Amy Search dan Ramli Sarip," katanya.

Mengembangkan lagi karier seninya, Sarah juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan yang juga salah satu cabang seni diminatinya.

Antara lakonannya dalam Senario untuk TV3 dan drama untuk TV1.

"Sampai masanya untuk saya mencuba watak berat pula dan kalau boleh bukan watak komedi lagi kerana saya banyak terima tawaran membawa watak komedi.

"Saya juga tidak melihat penyanyi yang turut berlakon menjadi satu kesalahan. Contohnya, penyanyi Hollywood seperti Beyonce Knowles dan Jennifer Lopez pun berlakon juga," katanya.

Menyentuh soal pengganti pula, Sarah yang pernah putus tunang dengan jejaka dari New Zealand, Mohd Harith Fuad Robbinson, mengakui belum bertemu calon sesuai lagi. Sebelum ini, Sarah juga hangat digosipkan dengan Shuib Sepah atau nama sebenarnya Shamira Muhammad walaupun mereka hanya berkawan.

"Ciri-ciri lelaki idaman saya, lelaki itu tidak terlalu serius, garang dan boleh buat kelakar. Selain itu, dia juga menghormati keluarga saya dan pandai memasak. Terus terang, saya juga tidak pernah terfikir sama ada calon suami saya itu bangsa Melayu ataupun Mat Salleh nanti," katanya.

Sebagai insan biasa, Sarah juga percaya soal jodoh itu ketentuan Tuhan.
"Sebelum ini, saya pernah merancang hendak berkahwin pada usia 24 tahun tapi ia tidak menjadi kenyataan pula. Saya juga tidak serik untuk bercinta lagi kerana bagi saya, bercinta dan putus cinta itu perkara yang bagus.

Memang putus cinta menyakitkan tapi bukan setiap hari kita lalui pengalaman itu. Keluarga juga tidak kisah dengan siapa saya nak kahwin kerana yang penting, saya bahagia dengan pilihan hati," katanya.


Profil

NAMA: Siti Sarah Raisuddin
NAMA KOMERSIAL: Sarah Raisuddin
TARIKH LAHIR: 15 September 1984
UMUR: 26 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
STATUS: Bujang
ALBUM/SINGLE: Sarah, Mimpi Pun Sama, Bersamamu, Suatu Masa (Album kompilasi) dan Pasti Berbeza (Single) dan Tiada Dikau Tiada Makna
LAGU POPULAR: Kesetiaan, Jangan Kau Mimpi
PENCAPAIAN: Peringkat akhir Bintang RTM 2001, peserta One In A Million 2, Juara Bintang URTV (2001), Anugerah Album Terbaik, Album Pop Terbaik dan Artis Baru Terbaik, Industri Muzik Malaysia 2003 (AIM2003)

Peserta tak perlu hafal rentak

Posted: 28 Jun 2010 12:06 AM PDT

AKTIVITI bersenam sering dilabel membosankan berikutan melakukan rutin yang sama. Pasti ramai antara kita hanya teruja bersenam di peringkat awal sebelum mengalah selepas beberapa sesi.

pix_middle
pix_topright
Justeru, faktor bosan itulah yang cuba dielakkan dalam program senaman jazzercise dan mahu lari daripada rutin senaman biasa menerusi gabungan aerobik, tarian, yoga, kickboxing dan pilates.


Menurut jurulatih jazzercise, Sharina Sultan, senaman ini secara luarannya seperti aerobik tapi ia lebih kepada beberapa gerakan tarian di samping latihan tentangan mudah.


"Jazzercise menggabungkan tarian jaz, hip hop, country dan pop serta diselangselikan dengan gerakan kickboxing, yoga dan pilates bagi menjadikannya senaman menyeluruh selama 60 minit.


"Kira-kira 30 ke 40 minit pertama diadakan aerobik tarian, 15 ke 20 minit seterusnya untuk latihan kekuatan tubuh bagi membentuk otot tangan, mengempiskan perut serta memejalkan punggung, kaki dan paha.


"Beberapa minit terakhir pula berunsurkan senaman yoga dan pilates yang lebih kepada regangan dan menyejukkan badan," katanya.


Katanya, jazzercise mudah diikuti wanita pelbagai peringkat usia terutama antara 15 hingga 65 tahun kerana rentak tarian yang mudah untuk diikut dan tidak perlu menghafal rentaknya.


"Bagi saya, ia menyeronokkan dan tak perlu menghafal rentak. Jika mendaftar lewat, misalnya di pertengahan kelas, peserta masih boleh mengikut pergerakan yang sudah berjalan di dalam kelas. "Lebih menarik apabila kami menukar himpunan lagu terkini setiap bulan supaya peserta tidak bosan dengan lagu dan rutin yang sama serta mengelak tubuh imun dengan rentak latihan sedia ada," katanya.


Sharina berkata, ramai yang menyertai kelas itu menyasarkan menurun berat badan malah ada yang ingin mengurangkan komplikasi masalah kesihatan selepas disarankan doktor.


"Mengikut kajian Universiti Kansas, Amerika Syarikat, senaman ini berupaya membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan beberapa penyakit lain serta berkesan mengurangkan sel barah.


"Tapi majoriti yang menyertainya lebih memberi tumpuan untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya di samping meningkatkan kecergasan."Wanita mengandung juga boleh menyertainya. Saya sendiri mengamalkan jazzercise ketika hamil anak ketiga sejak minggu pertama hingga seminggu terakhir sebelum bersalin.


"Tapi saya sarankan wanita mengandung minta dulu nasihat doktor sebelum melakukan senaman ini," katanya.


Sharina, pemegang Ijazah Undang-Undang, mula menggerakkan jazzercise di Stomp Fitness Studio sejak lapan tahun lalu apabila suaminya, Armand Mikhayl Abdullah membuka pusat futsal popular, Sports Barn di Petaling Jaya. Mengetengahkan konsep khusus untuk wanita, Stomp Fitness Studio tidak membenarkan lelaki menyertainya. Peserta wanita pula diberikan kata kunci khas untuk masuk ke dalam bangunan itu serta petak parkir berasingan daripada pengunjung Sports Barn.


"Langkah ini dibuat demi keselesaan peserta wanita. Kami mempunyai ramai peserta bertudung, jadi pengkhususan ini memberi peluang untuk mereka lebih bebas melakukan aktiviti senaman di kawasan studio," katanya. Dengan yuran hanya RM100 sebulan, peserta boleh menyertai kelas latihan tanpa had yang diadakan setiap Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat mempunyai dua sesi latihan iaitu pada jam 6 petang dan 7.30 malam.Sabtu pula hanya jam 9 pagi, manakala Khamis diperuntukkan untuk kelas Body Scultp, di mana ia membantu peserta membentukkan otot tubuh.


Bagi yang berminat, boleh hubungi pengurusan Stomp Fitness Studio di 03-79566869, e-mel ke sharinasultan@gmail.com atau ke Sports Ban, Lot 5, Lorong 19/1/a, Seksyen 9, Petaling Jaya, Selangor.



>Info

> Program latihan jazzercie mula diperkenalkan pada 1969 oleh Judi Sheppard Missett di Evanston, Illinois, Amerika Syarikat. Judi gemarkan tarian jaz lalu mengubahnya menjadi senaman mudah untuk pelajarnya di Universiti Northwestern, Chicago.

> Jazzercise kini menjadi fenomena senaman dunia dan francais antarabangsa yang kini berpangkalan di Carlsbad, California itu menyenaraikan lebih 7,500 jurulatih dan lebih 32,000 kelas latihan di 32 negara.

Tubuh akademi latih francaisi

Posted: 28 Jun 2010 12:04 AM PDT

KERAJAAN bercadang mewujudkan akademi francais dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hub francais di rantau ini.

KENANGAN...Ismail (tengah) bergambar bersama kanak-kanak dari  Smart Reader yang turut menyertai ekspo berkenaan.
KENANGAN...Ismail (tengah) bergambar bersama kanak-kanak dari Smart Reader yang turut menyertai ekspo berkenaan.
Untuk tujuan itu, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) kini sedang mengadakan perbincangan dengan universiti francais terkenal di Korea bagi berkongsi kepakaran dan modul latihan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara sememangnya memerlukan sebuah agensi atau institusi untuk melatih individu berminat menceburi bidang francais.


Katanya, kebanyakan individu yang baru menjadi francaisi lazimnya mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada francaisor mereka dan tiada modul yang teratur.


"Melalui akademi francais itu, francaisi akan mendapat latihan yang lebih menyeluruh dan seragam dan secara tidak langsung dapat melahirkan francaisi berkualiti.


"Malah, kita juga boleh menawarkan tempat bagi francaisi dan francaisor dari luar negara untuk mendapatkan latihan di akademi berkenaan," katanya di Ekspo Francais 2010 di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, semalam.


Bagaimanapun, katanya, perancangan itu masih di peringkat awal dan kerajaan melalui PNS belum menentukan peruntukan bagi melaksanakannya.


Menurutnya, jika usaha itu menjadi kenyataan, negara mungkin menjadi antara negara terawal menubuhkan akademi francais.


"Untuk menjadikan Malaysia sebagai hub francais, negara perlu mempunyai kelebihan dan kepakaran sendiri dan penubuhannya (akademi francais) tepat pada masanya.


"Kita mempunyai Akta Francais 1998 yang berfungsi melindungi francaisor dan diharap akademi francais ini dapat menarik lebih banyak syarikat francais antarabangsa melabur di negara ini," katanya. Sehingga Jun tahun ini, 447 perniagaan francais sudah didaftarkan dengan 68 peratus daripadanya syarikat francais tempatan manakala selebihnya dari luar negara.

Gerai haram punca denggi

Posted: 28 Jun 2010 12:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Kewujudan gerai beroperasi secara haram dan pengusaha yang tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan meningkatkan lagi kes denggi di sekitar Lembah Pantai," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, semalam.

SERAH...Raja Nong Chik (tengah) menyerahkan cat kepada Yahya  (kiri) sambil diperhatikan Pengarah Eksekutif Kumpulan UOA, Kong Pak  Lin, semalam.
SERAH...Raja Nong Chik (tengah) menyerahkan cat kepada Yahya (kiri) sambil diperhatikan Pengarah Eksekutif Kumpulan UOA, Kong Pak Lin, semalam.
Katanya, sikap tidak bertanggungjawab peniaga dengan membiarkan sampah seperti bekas makanan bersepah di sekitar laluan utama menjadi salah satu tempat pembiakan nyamuk aedes.


"Kes denggi di Lembah Pantai meningkat sebanyak empat peratus iaitu 273 kes sejak Januari sehingga pertengahan Jun tahun ini berbanding 267 bagi tempoh sama sebelum ini.


"Antara lokasi yang dikategorikan kawasan panas kes denggi ialah Vista Angkasa dan Desa Aman namun Taman Bukit Angkasa pula menunjukkan penurunan iaitu lima kes sejak Januari lalu berbanding 30 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya," katanya ketika merasmikan Program Gotong Royong Perdana Kempen Pencegahan Denggi, di sini, semalam.


Beliau berkata, penduduk perlu mengambil inisiatif sendiri bagi mengurangkan jumlah kes denggi dan tidak hanya bergantung kepada pihak berkuasa.


Dalam masa sama, beliau turut berkata, pihak kementerian akan mengumumkan tapak gerai sementara bagi peniaga di sekitar jalan Pantai Dalam selewat-lewatnya Julai nanti.


Katanya, terdapat sebuah syarikat yang bersetuju untuk membina lebih kurang 100 buah gerai di tapak pasar tani berdekatan malah dijangka siap penghujung tahun ini.


Program gotong-royong berkenaan anjuran Madrasah An Nur, Taman Bukit Angkasa dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Sementara itu, Pengerusi Pengelola program, Mohd Yahya Yusop berkata, hampir 500 penduduk membabitkan lapan blok menyertai gotong-royong itu.


Katanya, program diadakan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes di kejiranan terbabit, di samping mewujudkan sikap bekerjasama antara penduduk.


Sementara itu, penduduk, Norshalizah Ahmad, 37, berkata, program terbabit perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.Norshalizah menetap di taman itu sejak 1996 mengakui program berkenaan akan menjadikan orang ramai lebih prihatin untuk menjaga kebersihan.

Pukul Isteri: Kes Badrul Muhayat Disebut Semula12 Julai

Posted: 28 Jun 2010 12:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kes pelakon dan bekas model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, yang menghadapi pertuduhan mencederakan isterinya, akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang di sini, pada 12 Julai depan.

Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani menetapkan tarikh itu selepas peguam Abdul Rashid Tasin, yang mewakili Badrul Muhayat (gambar) memohon tarikh baru untuk anak guamnya berbincang dengan pengadu yang juga isterinya, Julia Daud untuk mencari penyelesaian berhubung kes berkenaan.

Sebelum itu, Badrul Muhayat, 42, yang berkemeja biru mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isterinya selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan pindaan terhadapnya.

Pengakuan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Husnita Mohd Radzi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima arahan dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang diwakili Ketua Unit Jenayah Am dan Seksual Bahagian Pendakwaan, Shahidani Abd Aziz untuk mengemukakan pertuduhan pindaan itu.

"Pindaan pertuduhan itu telah dibuat pada 14 Jun lepas dan mengikut pindaan tersebut, pertuduhan kedua yang dihadapi oleh tertuduh ditarik balik berikutan terdapat transaksi ataupun perlakuan yang sama dengan pertuduhan pertama dan masa, tempat dan pengadu juga adalah sama," katanya.

Nor Husnita berkata, oleh kerana kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut seksyen yang sama iaitu Seksyen 323 Kanun Keseksaan, pihaknya telah meminda pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, Badrul Muhayat didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julia, 29, dengan menumbuknya di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, Hulu Langat, pada 7 pagi, 24 Mac lepas.

Pelakon tersebut didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pada 6 April lalu, Badrul Muhayat dihadapkan ke Mahkamah Mahkamah Majistret Ampang di sini atas dua pertuduhan mencederakan isterinya. Pelakon itu yang mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut dan diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

S. Shamsudin Kritikal Selepas Jatuh Bilik Air

Posted: 27 Jun 2010 09:28 PM PDT

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bergambar kenangan bersama keluarga pelakon komedi terkenal filem Melayu S. Shamsudin (duduk, dua kiri) ketika berkunjung ke rumah pelakon komedi itu di sini Sabtu lalu. Turut hadir rakan seniman pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Datuk Aziz Satar (berdiri, dua kiri).

SINGAPURA: Pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, dilaporkan sedang kritikal di Hospital Alexandra di sini hari ini selepas terjatuh di bilik air pada malam Sabtu lalu.

Ketika mStar Online menghubungi rakan baiknya, pelawak veteran tersohor Datuk Aziz Sattar, dia berkata Shamsudin terjatuh daripada bilik air sehingga menyebabkan tulangnya retak.

"Waktu dia (Shamsudin) jatuh di bilik air, tulang dia dah retak. Lagipun, faktor usianya juga menyebabkan dia kritikal.

"Beberapa jam lagi, anaknya kata dia akan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya hari ini.

Menurut Aziz, dia baru sahaja menziarahi sahabatnya itu bersama-sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok di sini pada Sabtu lalu.

Rais menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shamsudin daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas.

"Saya baru sahaja melawat dia pada Sabtu lalu. Tetapi dia jatuh pada malam selepas kami datang ke rumahnya.

"Doktor ada maklumkan kepada anaknya, kalau dia tak stabil dalam satu hingga dua jam ini, pihak hospital akan minta isteri dan anak-anaknya datang ke hospital," ujarnya lagi.

Tambahnya, dia akan memaklumkan perkembangan lanjut tentang Shamsudin selepas ini.

Shamsudin adalah seniman komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham A. R Tompel dan Datuk Aziz Satar, dan telah berlakon dalam lebih 30 filem.

Anak kelahiran Singapura ini mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas di sini dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama Ramlee dan Aziz dalam filem-filem siri Bujang Lapok.

Aqasha utamakan buah hati

Posted: 27 Jun 2010 06:45 PM PDT



Tahun 2010 ini menjadi satu anjakan paradigma dalam hidup Aqasha kerana bakal melangkah ke satu fasa penting di dalam hidupnya. Namun dalam kesibukan membuat persiapan menjelang majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung Oktober ini, Aqasha sempat mencuri masa mengumumkan buah hatinya yang sudah lama disimpan.

Penyanyi dan juga pelakon berusia 28 tahun ini mengambil keputusan untuk memperkenalkan, Qasha-Nova pada Julai ini setelah dua tahun dirahsiakan sebelum bergelar suami orang.

Qasha-Nova yang dimaksudkan adalah album ketiga Aqasha selepas membuai perasaan peminatnya dengan album Cahaya Hati pada tahun 2001 dan album Impian menyusul setahun kemudian.

Tujuh tahun meninggalkan pentas nyanyian pemilik nama sebenar Firdee Akasha Rosli yang menyertai gelanggang hiburan sejak berusia 19 tahun itu akhirnya kembali kepada para peminat yang rindukan kemantapan suaranya.

"Kebanyakan peminat saya terkejut mendengar keputusan saya mahu muncul dengan album baru setelah penampilan saya lebih banyak di kaca televisyen serta layar perak sebagai pelakon,"

"Ingin saya jelaskan kepada semua bahawa saya bukan tiba-tiba menjadi pelakon tetapi sejak dari awal lagi saya merupakan penyanyi dan kini sudah lama tidak menyanyi dan melahirkan album. Dengan itu ianya bukan sahaja hadiah buat peminat, tetapi pengubat rindu saya untuk kembali menyanyi," kata Aqasha baru-baru ini.

Aqasha berkata perasaan ingin kembali menyanyi timbul ketika sedang menuntut di International College Of Music (ICOM) dalam jurusan Kejuruteraan Audio dan dalam masa yang sama terlibat dengan kerja belakang tabir pembikinan lagu-lagu kumpulan indie.

"Seringkali saya berfikir sampai bila hanya duduk di belakang tabir, kemudian sebaik tamat pengajian pada tahun 2008, keinginan mula timbul untuk menghasilkan lagu sekali gus album saya sendiri," kata Aqasha yang mencipta kesemua lagu di dalam Qasha-Nova.

Qasha-nova mempunyai lima lagu dan diterbitkan Alex Tan di bawah pengurusan Starmont Records Sdn Bhd. Lima lagu yang dihimpunkan dalam Qasha-Nova adalah Obsesiku, Rapsody Kekasih, Cinta Romeo Kota, Cantik dan Infatuasi.

Beckham, Posh nafi berpisah

Posted: 27 Jun 2010 06:42 PM PDT

David Beckham dan isterinya Victoria yang lebih dikenali sebangai Posh Spice, menolak satu dakwaan khabar angin segelintir penghuni tetap laman sosial, Twitter yang menyatakan perkahwinannya yang dibina lebih kurang 11 tahun ini sudah retak.

Desas-desus itu turut menegaskan bahawa mereka kini sudah tinggal berasingan.

Sejurus mengetahuinya, pasangan ini dikatakan agak terkilan dan sedikit hampa dengan cerita ini yang mereka sendiri tidak boleh memastikan apakah punca yang menyebabkan ada segelintir orang yang membuat tuduhan begini kepada mereka.

Sementara itu, bukan sahaja pasangan merpati dua sejoli ini sahaja yang disoal tentang kebenaran cerita ini malah ada juga di antara ahli pasukan Beckham turut disoal berkaitan hal ini.

Malah ada antara mereka yang bertindak sebagai wakil pasangan ini hanya menegaskan bahawa berita ini adalah gossip Internet semata-mata memandangkan Beckham dan Posh kini berada dalam keadaan yang amat bahagia di samping anak-anaknya.

Bukan itu sahaja, di laman sosial itu juga ada menyatakan bahawa Beckam dan Posh akan mengumumkan perpisahan ini dalam waktu terdekat.

Gazebo kayu cengal

Posted: 27 Jun 2010 06:40 PM PDT


Set kerusi kayu daripada kayu rose yang mengisi ruang tamu ini dibeli sendiri dari China.


HAIYOON Abdul Karim sudah lama menyimpan angan-angan untuk mendirikan sebuah gazebo di halaman rumahnya. Namun faktor keluasan laman rumah membuatkan dia terpaksa memendamkan saja keinginan itu.

Baginya jika ada gazebo dapatlah dia berehat-rehat mengambil angin di luar rumah selepas menikmati makan malam.

Kini angan-angan pengurus besar sebuah syarikat swasta di Bukit Jelutong, Shah Alam itu, menjadi kenyataan selepas berpindah mendiami banglo eksklusif berharga RM825,000 di Kemuning Residence.

Kawasan kediaman mewah yang hanya mempunyai sebanyak 120 buah banglo ini dilengkapi pondok pengawal dan kemudahan lain seperti gim dan kolam renang.

Walaupun baru dua bulan menjadi pemilik banglo di Kemuning Residence, gazebo idaman Haiyoon sudah sedia siap didirikan sebelum dia berpindah ke rumah baru itu.

Bertemu Haiyoon dan isterinya, Noraini Abu Hassan di kediaman pasangan itu baru-baru ini, Haiyoon rancak bercerita mengenai gazebo yang terletak di tepi rumahnya.

Menurut Haiyoon, gazebo ini dibuat daripada kayu cengal dengan kos pembinaan mencecah RM48,000.

''Kontraktor yang diupah membuat gazebo ini mencadangkan saya menggunakan kayu cengal yang diambil daripada rumah lama kerana kayu ini lebih tahan, matang, kukuh dan tidak dimakan anai-anai.

"Kayu lama ini dijamin tidak bengkok berbanding kayu baru baru yang mudah bengkok apatah lagi jika terdedah pada panas dan hujan.

''Kontraktor tersebut memperoleh kayu yang hendak digunakan itu dengan membeli sebuah rumah lama yang diruntuhkan. Kayu-kayu ini kemudian dirawat semula,'' kata bapa kepada empat orang anak ini.

Tambahnya, memang tidak dapat dielak kayu daripada rumah lama tersebut mempunyai banyak lubang paku.

Bagaimanapun lubang paku tersebut ditutup menggunakan habuk daripada kayu itu sendiri yang diketam.

Jelasnya, kayu lama itu sebenarnya murah, namun kerja-kerja merawatnya yang rumit dan mengambil masa lama menjadikan harganya mahal daripada kayu baru.

Haiyoon berkata, kebanyakan orang memilih bumbung rekaan pisang sesikat (atap yang berbentuk menurun) namun dia lebih menggemari rekaan berbentuk A yang sama seperti rekaan rumah asal.

''Untuk bumbung, saya memilih menggunakan atap single dan bukan genting yang berat. Walaupun atap single mahal, tetapi ia tahan bocor dan dijamin selama 30 tahun.

''Bahagian bawah lantai gazebo menggunakan konkrit. Tinggi sedikit daripada konkrit itu diletakkan lantai kayu beluti agar terdapat ruang pengudaraan di antara konkrit dan beluti,'' ujar Haiyoon lagi.

Haiyoon menambah, kini gazebo tersebut menjadi tempat kegemarannya untuk berehat pada waktu lapang atau hujung minggu.

Kawan-kawan yang datang ke rumah juga suka duduk di situ kerana nyaman dan berangin.

Untuk keselesaan, dia meletakkan beberapa buah kayu jati dan buaian kayu Pakistan di situ.

Sementara itu, Noraini berkata, untuk hiasan dalaman rumah pula, mereka suami isteri tidak menetapkan konsep hiasan tertentu.

Ruang tamu yang lapang dan selesa diisi dengan set kerusi kayu rose yang dibeli sendiri di China.

Walaupun terpaksa pergi sendiri ke negara tersebut, mereka berpuas hati kerana kemasan perabot ini cukup halus.

Kebanyakan perabot seperti ini yang dijual di Malaysia hanya menjaga kemasan pada bahagian yang boleh dilihat sahaja sementara di bahagian bawah kasar dan tidak kemas.

Setiap kerusi dihiasi dengan lukisan tangan berhias kulit mutiara.

"Tidak terasa rugi membeli set kerusi kayu rose ini. Masa mula-mula beli dulu iaitu kira-kira lapan tahun lalu masa harganya RM16,000 manakala kabinet TV yang juga daripada kayu rose harganya RM6,000, tapi sekarang perabot ini telah meningkat berlipat kali ganda.

''Saya mahu menjadikan set ini sebagai warisan turun temurun kepada anak cucu saya kelak,'' ujar Haiyoon mengakhiri pertemuan.

Bahang SDAR hadapi cabaran F1

Posted: 27 Jun 2010 06:39 PM PDT

SEREMBAN 27 Jun - Setelah muncul di kaca televisyen swasta, beberapa akhbar utama dan naik ke pentas menerima pelbagai anugerah, pasukan F1 Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) Seremban, Negeri Sembilan kini merasa 'bahang' untuk dua sebab - pertama, tanggungjawab yang bakal digalas mewakili negara dalam cabaran dunia F1 di Singapura pada September nanti - kedua, bergelut dengan harapan semua orang untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Empat remaja 'berprestasi tinggi' daripada SDAR - Danial Iman Che Khalib, Haziq Asyraf Marzuki, Wan Faiq Amsyar Wan Ariffin dan Hussein Haron - sedang memerah otak dan tenaga melakukan dua tugasan yang sangat kritikal itu.

''Pelajaran lebih penting, tetapi untuk menang dan menjulang nama negara di Singapura juga perlu kami lakukan," kata Haziq Asyraf kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa Ekspo Pendidikan sempena Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan di Seremban baru-baru ini.

Dengan perwatakan yang cukup menarik, mempunyai ketokohan dan riak air muka yang sematang usia, Haziq dan Danial menceritakan pengalaman mereka membangunkan dan mengangkat Raluca F1 - nama pasukan mereka - dengan cara ''berfikir lebih daripada tahap sebagai pelajar biasa."

Pasukan Raluca F1 SDAR menjuarai F1 In Schools Technoloy Challenge 2009 pada November tahun lepas di ibu negara.

Mereka membolot empat anugerah melalui empat kategori berbeza iaitu Best Engineered Car, Best Team Portfolio, Petronas KnockOut Champion dan First Overall Champion.

Kejayaan itu meneruskan kesinambungan legasi beberapa juara pasukan dan sekolah sebelum ini iaitu AeroBreaker (SMK Taman Melawati Gombak), Mercurial Ace (SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur), Rapid Blaze (Maktab Tentera Diraja Malaysia) dan Ultimate Crussaders, (SM Sutan Alam Shah, Putrajaya).

''Kalau dilihat daripada senarai pemenang sebelum ini, kami berjaya memecah monopoli pasukan Lembah Klang," kata Danial.

Mereka juga boleh berbangga kerana menerima sijil Anugerah Kokurikulum Terbilang peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan baru-baru ini.

Tentang persiapan, dan seterusnya harapan yang disandarkan kepada Raluca F1, Haziq yakin peluang tetap ada untuk menjulang SDAR di podium. Persiapan yang konsisten sedang dilakukan, seperti kerjasama mereka bentuk semula model kereta daripada kayu balsa dengan seorang profesor daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), menambah baik persembahan portfolio, dan yang penting membuat persiapan mental.

Seperti mana ketika pertama kali menyertai pertandingan ini dahulu, yang paling penting ialah memerangi perasaan takut dan bekerja dalam pasukan yang baik dan berfikir secara profesional dalam setiap tugasan.

Mengimbau ketika pertama kali menyertai F1 In Schools Technology Challenge 2009, Haziq memberitahu, perkara pertama yang dibuat ialah membuat kerja rumah, melakukan penyelidikan dan menimba pengalaman daripada pasukan yang telah berjaya, termasuklah pasukan Koni Kats dari Ireland yang memenangi peringkat dunia pertandingan itu semasa diadakan di Ireland.

''Kami saling berutus e-mel dan bertukar fikiran. Kami banyak belajar daripada pasukan antarabangsa itu," katannya.

Kalau dalam F1 In Schools Technology Challenge 2009 pasukan itu hanya memerlukan RM2,400, maka di Singapura mereka memerlukan RM25,00, bagi pelbagai tujuan - reka letak dan reka bentuk peragaan gerai dan panel, menambah baik portfolio, cetak, baju, logisitk dan sebagainya.

Kos itu juga untuk menambah baik teknologi kereta khususnya untuk mengimport ball bearing dan axlen daripada United Kingdom (UK), kata Danial, yang juga ditugaskan sebagai Pengurus Pemasaran dan Sumber bagi projek berkenaan.

Sebagai kemuncak kepuasan, pasukan itu menyasarkan masa terpantas dan menjadi johan dunia bagi F1 In Schools Technology Challenge 2009 ketika di Singapura nanti, kata Haziq dan Danial sepakat.

Rahsia SMK Pasir Panjang menjuarai pertandingan 3K

Posted: 27 Jun 2010 06:37 PM PDT

SEREMBAN 27 Jun - Pelbagai teori pengurusan semasa yang diterapkan sebagai cara kerja seharian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Panjang, Negeri Sembilan, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila muncul johan pertandingan kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K) peringkat kebangsaan kategori sekolah menengah bagi tahun 2009.

Antara teori pengurusan yang diamalkan di sekolah itu ialah Blue Ocean Strategy dan permuafakatan organisasi (CO), yang dipantau sendiri oleh pengetua sekolah.

Kata Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yeow Bee Lin, pelbagai amalan dan pendekatan pengurusan berjaya menyatukan hati seluruh warga guru dan masyarakat setempat untuk bersama-sama memajukan sekolah berkenaan.

Dalam teori pengurusan Blue Ocean Strategy semua guru diberi kebebasan menyuarakan pendapat dan tiada budaya cantas mencantas dalam kalangan warganya, manakala di bawah CO, semua warga SMK Pasir Panjang dan masyarakat setempat bekerjasama menjalankan aktiviti berkaitan program 3K.

SMK Pasir Panjang ialah sekolah berstatus luar bandar dengan jumlah enrolmen pelajar 605 orang dan bilangan guru 50 orang.

Latar belakang ekonomi ibu bapa di situ adalah rendah dan sederhana, dengan 80 peratus bekerja di hotel dan pusat peranginan sebagai pembantu am atau sebagainya.

Yeow menambah, permuafakatan setempat dizahirkan dengan penubuhan jawatankuasa induk 3K, yang keahliannya meliputi warga guru, beberapa agensi luar dan tujuh jawatankuasa kerja kampung (JKK).

Konsep CO berlangsung dalam beberapa bentuk aktiviti seperti gotong- royong, kayuhan merdeka (berbasikal), khatam al-Quran, bergotong-royong membuat kuih tradisional pelbagai kaum dan sebagainya. Konsep itu dizahirkan melalui ungkapan budaya disemai di sekolah, disuburkan di rumah, diperkukuhkan dalam masyarakat.

''Bila setiap kali bermesyuarat, kita sebarkan sebarang maklumat tentang aktiviti 3K," kata Yeow.

Sekolah itu mula dilibatkan dengan aktiviti 3K peringkat daerah pada 2007 dan muncul juara, sebelum ke peringkat negeri, pada tahun berikutnya.

Yeow menambah kata, program 3K ternyata telah meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan di sekolah berkenaan, selain meningkatkan sahsiah pelajarnya.

Bukan setakat itu sahaja, sesuai dengan keperluan pertandingan 3K itu sendiri, pihak sekolah mengadakan program diet khas yang dipanggil fit and trim bagi mendapatkan berat badan unggul (BMI) dalam kalangan pelajarnya.

Robot Mantin ke Korea Selatan

Posted: 27 Jun 2010 06:36 PM PDT


Leong Choon Yipp memegang Robot Mantin semasa ekspo Hari Guru peringkat Negeri Sembilan di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


SEREMBAN 27 Jun - Tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin Negeri Sembilan yang berjaya menyemai, memupuk dan seterusnya membangunkan bidang robotik sehingga ada wakil pelajarnya yang membuat persembahan di Korea Selatan baru-baru ini.

Walau sekolah itu mendapat jolokan 'sekolah kampung', tetapi dengan keunikan itu juga, maka ciptaan teknikal berprofil tinggi mereka yang diberi nama Robot Mantin telah berjaya mencuri tumpuan apabila muncul johan Pertandingan Robotik Kebangsaan bagi kategori Regular Robot Energizing - dan seterusnya menyertai olimpiad robotik (WRO) di Korea Selatan.

Gandingan oleh pelajar SMK Mantin, Leong Choon Yipp, Vimal Dass A/L Solhe Rajan dan Tay Chye Ann telah mengharumkan nama sekolah itu - yang sebelum ini memang telah mencatat beberapa kejayaan dalam bidang sains, teknologi dan matematik.

Leong, pelajar tingkatan lima ketika ditemul wartawan Utusan Malaysia di Seremban baru-baru ini berkata, tugasnya ialah membuat pengaturcaraan terhadap funsgian robotik kepada Robot Mantin seperti kawalan pergerakan, sensitiviti sensor, kepantasan dan sebagainya.

Anak petani itu berkata, dia mula berjinak dengan bidang robotik sejak berada di tingkatan satu. Tambahan pula, bidang berkenaan berkait rapat dengan minatnya dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Penglibatan pelajar yang agak pendiam itu semakin serius apabila berada di tingkatan empat, dan kerap ke pusat robotik di Seremban 2 untuk mendalami bidang berkenaan. Di sana Leong mempelajari tentang perisian Robo-Lab untuk pemprograman, yang kemudiannya dimuat turun kepada kad ingatan Robot Mantin.

Bagi tujuan pertandingan, Leong dan rakannya mengambil masa dua bulan untuk mereka cipta bentuk robot yang sesuai dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Prinsip asas pengawasan dan pengawalan pergerakan kepada Robot Mantin ialah pemprograman serta pengimbas cahaya dan ultrasonik.

Bagi pertandingan itu, robot bergerak bebas di atas sekeping papan dan diberi tugas mengutip satu item khusus daripada tiga item pilihan. Selain kepatuhan kepada arahan, aspek kepantasan juga diambil kira dalam pertandingan itu.

MARDI kaji padi hibrid

Posted: 27 Jun 2010 06:35 PM PDT


PEMBANGUNAN aplikasi i-Qari yang menggunakan aplikasi ReadPen telah diperkenalkan oleh AJV Electronic Devices (M) Sdn. Bhd.


Sebagai makanan ruji penduduk rantau Asia, perkataan padi memang banyak digunakan dalam pantun dan perumpamaan Orang Melayu.

Sejak berzaman, tanaman padi mengalami pelbagai perubahan dari segi kaedah penanaman sehingga kepada kandungan nutrisi.

Jika dulu padi ditanam sekali setahun menggunakan kuku kambing tetapi kini dengan kemajuan mekanisasi, padi ditanam berbaris menggunakan row seeder.

Justeru penyelidikan demi penyelidikan terus dijalankan bagi mendapatkan bukan saja padi dengan tempoh matang yang singkat tetapi mempunyai kandungan nutrisi tinggi.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mula menjalankan penyelidikan padi seawal 1960-an.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Shukor Ab. Rahman berkata, antaranya ialah penyelidikan padi bagi menghasilkan varieti baru yang dapat mengeluarkan hasil melebihi 10 tan sehektar.

"Jika dahulu penyelidikan varieti padi menggunakan kaedah konvensional mengambil masa antara lapan hingga 10 tahun tetapi kini dengan Marker Assisted Selection (MAS), tempohnya dapat dikurangkan sehingga separuh," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

MAS jelas Dr. Abdul Shukor menggunakan kaedah bioteknologi untuk mengenalpasti gen-gen superior atau yang mengeluarkan hasil tinggi dan tahan terhadap penyakit.

Dalam program pembiakbakaan, tanaman padi akan dikenalpasti dengan penilaian di lapangan serta ujian penentusahan setempat.

Selain itu, MARDI juga menjalankan kajian mengenai padi hibrid yang sememangnya berpotensi mengeluarkan hasil tinggi.

"Kami sedang menjalankan penyelidikan dengan saintis dari China bagi padi hibrid untuk mendapatkan hasil tinggi," katanya.

Kaedah konvensional menggunakan inhibrid iaitu kacukan sesama sendiri berbanding hibrid iaitu kacukan silang.

Biasanya padi hibrid berpotensi mengeluarkan hasil 20 peratus lebih tinggi berbanding padi biasa.

Sistem pengeluaran juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan penghasilan padi pada masa hadapan.

Misalnya, sistem pengeluaran beras aerobik yang tidak menggunakan air banyak seperti sawah sekarang.

Dalam keadaan cuaca tidak menentu, MARDI sedang menjalankan kajian tanaman bagi menggunakan teknologi menggunakan air secara efisien.

Dr. Abd Shukor berkata, padi aerobik tidak menggunakan banyak air tetapi masih mengeluarkan hasil tinggi tidak seperti padi bukit.

Kajian MARDI juga menjurus bukan saja menghasilkan kuantiti tinggi tetapi dengan tambahan nutrisi seperti vitamin, fiber dan zat galian.

"MARDI yang telah mempunyai specialty rice atau MRQ akan terus menjalankan kajian bagi menambah bilangannya," kata Dr. Abd Shukor.

Sejajar dengan teknologi hijau, MARDI juga terlibat dalam pertanian tepat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) sebagai pakej teknologi bagi input nutrien yang tepat.

Ini bukan saja dapat mengurangkan kos tetapi juga pencemaran kerana penggunaan baja, racun berlebihan.

"Pertanian tepat akan memberikan masa, amaun, penggunaan baja atau racun kimia yang tepat kepada tanaman padi," katanya.

Pertanian tepat menggunakan pesawat tanpa pemandu dapat merakamkan situasi sawah bagi membolehkan hanya kawasan bermasalah diberikan perhatian.

Untuk itu, MARDI menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat di Australia, MIMOS Berhad dan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

MARDI yang juga mendominasi sistem mekanisasi dalam pertanian termasuk penggunaan jentera seperti transplanter bagi memudahkan kerja-kerja petani.

Kawalan perosak, penyakit dan musuh semulajadi juga menjadi salah satu agenda MARDI dalam meningkatkan industri padi negara.

Rumpai merupakan salah satu sebab faktor hasil padi semakin berkurangan dan bagi menangani masalah berkenaan, MARDI mengadakan pendekatan menyeluruh dengan menghasilkan varieti padi yang tahan perosak dan penyakit.

Bagi menangani masalah perosak, MARDI juga menggunakan pendekatan Pengurusan Serangga Perosak Bersepadu (IPM). Dalam program berkenaan, racun serangga hanya digunakan apabila berlaku serangan atau wabak.

Bagi mengatasi masalah serangga perosak MARDI juga mengadakan sistem amaran awal bagi memantau serangan perosak atau penyakit.

Dengan adanya sistem amaran awal, petani boleh bersedia lebih awal.

Masalah padi angin yang merupakan masalah global di negara pengeluar padi yang menyebabkan kehilangan hasil sehingga 50 peratus.

MARDI sedang menjalankan kajian bagi menyelesaikan masalah padi angin dengan mengeluarkan varieti padi yang rentan terhadap racun rumpai.

Beri amaran banjir secara automatik

Posted: 27 Jun 2010 06:31 PM PDT


Sistem amaran banjir yang direka amat ringkas dan murah.


BANJIR merupakan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia dan di mana-mana sahaja kawasan bandar.

Namun, kekerapan berlakunya banjir bukanlah menjadi persoalan tetapi ia sering berlaku tanpa di sedari oleh manusia dan kita pastinya tidak bersedia ketika ia berlaku.

Banjir bukan sahaja mampu merosakkan harta benda malah ia juga mampu meragut ribuan nyawa manusia.

Menyedari hakikat tersebut, satu projek Sistem Amaran Banjir Mapan (Sustainable Flood Warning System- SFWS1) telah dihasilkan bertujuan memberi amaran awal kepada manusia terhadap situasi yang berpotensi menjadi musibah banjir.

Sekiranya amaran dapat dikeluarkan lebih awal maka manusia akan dapat melakukan persediaan dengan menyelamatkan diri serta harta benda dengan lebih awal.

SFWS1 dibangunkan dengan menggunakan litar sistem amaran aras air yang mudah dan penggera akan berbunyi apabila air meningkat melebihi paras yang ditentukan.

Kuasa litar sistem amaran ini boleh dijana melalui sistem bateri solar dan ia juga mudah untuk diselenggara.

Sistem amaran ini telah diuji dan terbukti efektif untuk mengesan dan mengeluarkan amaran apabila paras air meningkat ke tahap merbahaya.

Kos untuk menghasilkan sistem amaran ini juga agak rendah dan mampu dimiliki oleh orang ramai.

Orang ramai boleh memasang alat tersebut berdekatan dengan kediaman mereka dan ia akan memberikan amaran awal terhadap potensi terjadinya banjir agar dapat menyelamatkan harta benda serta nyawa.

Selebar kad kredit

Posted: 27 Jun 2010 06:30 PM PDT


Produk terbaru Sony Ericsson Vivaz Pro Xperia mini yang baru dilancarkan baru-baru ini.


Tidak seperti Xperia X10 yang baru dilancarkan sebelum ini, Sony Ericsson kini kembali memperkenalkan sebuah lagi siri telefon bimbit yang sama namun ia lebih comel dan menarik.

Jika Xperia X10 selebar tapak tangan, kini Xperia X10 mini dan X10 mini pro hanyalah sebesar kad kredit anda yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Melalui kedua-dua siri X10 tersebut, pengguna pastinya teruja dengan kelebihan skrin sesentuh pada X10 mini manakala papan kekunci gelongsor bagi X10 mini pro.

Memiliki aplikasi yang terbaru iaitu Timescape, yang mana membawa semua jenis komunikasi bersama di dalam satu halaman.

Timescape membenarkan pengguna melihat semua info berkenaan data panggilan, teks pesanan ringkas, Facebook serta Twitter terbaru melaluinya.

Selain itu, pemain muzik interaktif turut menggunakan butang infiniti untuk mengumpulkan semua kandungan muzik dari stor muzik dan YouTube dalam satu-satu aplikasi sahaja.

Manakala satu lagi siri terbaru iaitu Sony Ericsson Vivaz pro yang juga 'adik' kepada Sony Ericsson Vivaz yang dilancarkan sebelum ini.

Papan kekunci QWERTY yang baru diperkenalkan sekali gus memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih mudah dan cepat melalui emel, sistem khidmat pesanan ringkas (sms) dan mengetahui perkembangan terbaru terhadap jaringan sosial mereka.

Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong, X10 mini dan X10 mini pro kini telah menjangkaui sempadan telefon bimbit kompak yang lain.

"Seperti juga telefon bimbit Sony Ericsson Vivaz pro, ia merupakan sambungan daripada kelebihan Sony Ericsson Vivaz yang dikagumi pengguna terhadap kelebihan aplikasinya," ujar beliau ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon tersebut baru-baru ini.

Selain mengumumkan pelancaran siri telefon, Sony Ericsson turut mengumumkan pertandingan kepada peminat Sony Ericsson yang berpeluang menghadiri konsert duta terbaru mereka iaitu kumpulan muzik Wonder Girl.

Konsert Wonder Girl yang dijadualkan akan berlangsung di Singapura itu pasti menarik perhatian sesiapa jua.

Pertandingan tersebut terbuka kepada pengguna setia Sony Ericsson untuk menyertainya, untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman www.facebook.com/sonyericssonmalaysia.

Mesin pengesan logo halal

Posted: 27 Jun 2010 06:06 PM PDT


Dua penyelidik daripada UniMAP menunjukkan cara menggunakan pengimbas mesin pengesan logo halal di pameran ITEX 10 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kesedaran yang tinggi di kalangan pengguna terhadap tahap kebersihan makanan kini semakin meningkat, begitu juga dengan kesahihan produk halal.

Bagi para pengguna yang beragama Islam, status halal bagi setiap produk makanan amat dititik beratkan kerana makanan merupakan sumber utama membentuk sahsiah diri.

Jika makanan tersebut halal dan bersih maka begitu jugalah diri orang yang menjadikan ia sebagai hidangan.

Namun, kini agak sukar bagi para pengguna yang beragama Islam untuk menentukan kesahihan label atau tanda halal yang diletakan pada setiap produk makanan yang di tawarkan di pasaran.

Justeru, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Malaysia Perlis (UnMAP), Shayfull Zamree Abd. Rahim mereka sebuah mesin pengesan logo halal pada setiap produk makanan yang terdapat dipasaran.

Beliau yang juga ketua penyelidik berkata, biarpun produk-produk makanan yang sedia ada memiliki logo halal namun tanpa disedari ada antaranya telah tamat tempoh.

''Pada masa ini, terdapat pelbagai produk makanan di pasaran yang menggunakan logo halal dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapat pengiktirafan sijil halal yang sah dari pihak berkenaan.

''Terdapat juga produk yang telah tamat sijil sah halal dua hingga tiga tahun lepas, tetapi masih menggunakan logo halal tanpa memperbaharuinya," jelasnya ketika di temui di Pameran Kebangsaan Inovasi, Ciptaan dan Teknologi ke 10 (ITEX 10) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Dikenali sebagai Alat Pengesan Logo Halal (Halal Logo Verification Device) beliau mendapat inspirasi mencipta alat tersebut pada pameran ITEX 9 pada tahun sebelumnya.

Jelas beliau, ketika sedang sibuk melihat produk serta ciptaan daripada peserta lain pada waktu itu, beliau tertarik dengan ciptaan salah seorang pensyarah daripada Universiti Malaya (UM) iaitu label halal yang memiliki mikrocip.

''Selepas melihat ciptaan tersebut saya terfikir, tidakkah ada cara lain untuk memastikan sijil halal yang terdapat di pasaran adalah yang sah.

''Jika menggunakan mikrocip pada setiap label,

pastinya ia memakan kos yang agak mahal dan tidak bersesuaian dengan produk makanan yang murah," jelasnya.

Setelah melakukan beberapa kajian, beliau mendapati pengguna boleh mengesan kesahihan logo halal boleh di semak melalui laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengguna hanya perlu mendaftarkan kod bar produk dan nama produk, pengilang dan tarikh sijil sah, sijil tamat tempoh atau tiada dalam rekod akan terpapar.

Produk tersebut yang dihasilkan mempunyai tiga model, pertama adalah jenis kiosk manakala dua lagi model mudah alih namun sedang dibangunkan.

Produk tersebut telah siap dan sedia untuk dikomersialkan dan pengguna boleh menyemak status halal sesuatu produk sebelum membelinya.

Bagi model tersebut, beliau menyarankan agar pihak yang bertanggungjawab dapat mewajibkan kiosk tersebut diletakkan di setiap pasar raya diseluruh negara.

12 peserta Keynote mula beradu

Posted: 27 Jun 2010 06:05 PM PDT


BERENTAP... 12 peserta Keynote akan mula berentap di pentas Konsert Keynote bermula 29 Jun ini.


KEYNOTE, sebuah rancangan yang bertujuan mencungkil bakat baru dalam penciptaan lagu merupakan cetusan idea komposer prolifik, Mohd. Faizal Maas atau Ajai.

Bermula 15 Jun lalu, melalui saluran Ria (saluran 104, Astro) pukul 10 malam, Zon Keynote memulakan siarannya yang menyiarkan suasana ketika uji bakat dan juga aktiviti 12 peserta di rumah studio mereka.

Baru-baru ini, bertempat di rumah studio Keynote, Damansara Heights, Kuala Lumpur buat pertama kalinya kesemua 12 peserta diperkenalkan kepada media.

Antara 12 peserta yang dipilih, tiga wanita merupakan antara komposer muda berbakat yang turut tersenarai.

Mereka ialah Nur Affina Yanti Jamalludin, 28, atau Fynn dari Kota Tinggi, Johor; Rina Salwani Sulong, 27, (Rina - Labuan, Sabah) serta Nur Syazwana Ahmad Razman, 21, (Shana - Labuan, Sabah).

Selain ketiga-tiga wanita itu, sembilan lagi peserta ialah Robson Andreas @ Syahirul Aqasha, 22, atau Aqasen dari Tambunan, Sabah; Mohd. Farhan Izharruddin, 26, (Faan - Kuantan, Pahang); Mohd. Khairul Abd Khalid, 25, (Hairul - Kuala Lumpur) dan Khairul Nizam Nazri, 25 (Keroz - Kuantan, Pahang).

Turut layak, Khoo Wei Yong, 20 (Khoo - Tambunan, Sabah); Raja Nazrin Shah Raja Azaham, 20, (Nazrin - Taiping, Perak); Neroshen A/L Thanaseharan, 20, (Nero - Kuala Lumpur); Nur Mohd. Alief Ayub, 22, (Nomad - Kuala Terengganu, Terengganu) dan Khairul Syukri Mohd. Ridzuan, 22, (Syukri - Kuala Lumpur).

Menurut Ajai yang bertindak selaku Dekan Keynote, kesemua peserta yang dipilih memenuhi kriteria.

"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, saya mahukan seorang komposer yang dalam menulis lagu dan berpengetahuan luas dalam muzik.

"Sepanjang uji bakat dijalankan, ramai anak-anak muda yang menonjolkan keunikan masing-masing. Jadi, Keynote hanya memerlukan 12 orang yang benar-benar layak.

"Inilah individu yang benar-benar layak mengisi kuota 12 orang itu," jelas Ajai yang secara tidak langsung akan bertindak selaku produser terhadap lagu-lagu yang dicipta oleh anak-anak buahnya kelak.

Sementara itu, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen memberitahu, mekanisme yang akan dipraktikkan dalam menentukan juara sulung program ini adalah berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) sepenuhnya.

"Lagu-lagu ciptaan mereka akan disiarkan menerusi radio rasmi Keynote iaitu Sinar FM agar lagu-lagu tersebut akan cepat mesra dengan pendengar.

"Jadi, ia akan memudahkan pengundi untuk memilih komposer kesukaan mereka selain melihat sendiri di kaca televisyen," katanya yang bertindak sebagai salah seorang juri rancangan itu.

Tambah Amin, setiap minggu, dua peserta akan disingkirkan dan hanya enam peserta sahaja yang layak beraksi di pentas final pada 28 Julai nanti.

Dalam pada itu, Ajai menjelaskan, kesemua yang dipilih mempunyai kekuatan yang tersendiri.

"Bukan itu sahaja, semangat kerja berpasukan jelas kelihatan dalam diri setiap peserta yang dipilih.

"Persaingan yang diberikan antara satu sama lain menimbulkan satu situasi yang positif dan sihat," tambah Ajai.

Sesi rakaman konsert Keynote akan berlangsung di Universiti Limkokwing Cyberjaya pada pukul 7.30 malam bermula 29 Jun ini.

Siaran untuk konsert berkenaan boleh ditonton di saluran Ria, setiap Rabu pada pukul 10 malam dan akan menampilkan Farish Aziz serta Yasmin Hani sebagai pengacara.

Minat berkarya

Sementara itu, Fynn yang juga seorang pensyarah di Universiti Limkokwing berkata, walaupun Keynote sebuah pertandingan, namun dia tidak merasakan sedemikian.

"Pada pendapat saya, muzik hanyalah melodi untuk dihayati oleh mendengar. Jadi, setiap individu ada kelebihan masing-masing," jelas Fynn.

Sebelum ini, Fynn cukup dikenali apabila sering menyertai malam puisi selain terkenal menerusi laman blognya yang menggunakan nama Fynn Jamal.

Sementara itu, peserta yang berasal dari Labuan, Rina memberitahu, dia berhasrat untuk mengenengahkan muzik Malaysia ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

"Sebab itu saya berminat menyertai rancangan ini walaupun pada asalnya, saya hanya kebetulan berada di lokasi uji bakat di Wisma Bentley, Mutiara Damansara," jelas animator bebas yang meminati genre muzik blues dan jazz itu.

Tambah Rina, dia cukup mengagumi komposer seperti Aubrey Suwito dan Audi Mok melalui lagu-lagu ciptaan mereka yang disifatkan cukup puitis.

Dalam pada itu, Nazrin pula mula berminat mencipta lagu sejak di bangku sekolah lagi.

Lagu energetik dua versi

Posted: 27 Jun 2010 06:04 PM PDT


Judul Album: Mana Satu
Artis: Rina
Konsep Muzik: Pop
Terbitan: Dream Music Sdn. Bhd.


KOMEN: Ini adalah album single penyanyi baru Rina yang mengandungi sebuah lagu berjudul Mana Satu. Lagu berkonsepkan muzik pop yang agak rancak itu penuh dengan elemen energetik di dalamnya.

Paling ketara petikan atau riff gitarnya yang agak laju dan rancak.

Lagu Mana Satu turut diolah dalam satu lagi versi yang tidak jauh beza kerancakkannya. Cuma ia lebih ke arah versi instrumental dengan tidak menampilkan sepenuh liriknya seperti lagu Mana Satu versi yang pertama.

Lirik lagu Mana Satu sangat ringkas. Perkataan mana satu diulang banyak kali dan menimbulkan banyak persoalan dari soal kepercayaan sehinggalah kepada sikap seseorang.

Gaya vokal Rina yang lantang dan bertenaga cukup sesuai menyanyikan lagu itu biarpun penampilannya agak sopan dengan imej bertudung. Cuma imej bersama gitar akustik seolah-olah tidak kena dengan konsep lagu rancak yang ditampilkan dalam album ini.

Shima bukan pengganti Ella

Posted: 27 Jun 2010 06:02 PM PDT




SHIMA pernah mewarnai bidang seni pada akhir 1980-an sehingga tahun 2007 dengan suara lunaknya.Penyanyi kecil molek yang kekal dengan imej berambut pendek hadir ke dunia seni bukan setakat berbekalkan wajah yang menarik, malah suara lunaknya membuatkan dia mudah diterima peminat ketika itu.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 41, hadir dengan album pertamanya Kelkatu Hilang Sayap pada tahun 1989.

Ketika itu, penyanyi yang berasal dari Klang, Selangor itu membina populariti bersama kumpulan yang cukup popular ketika itu The Boys yang pernah dianggotai oleh Ella.

Biar ada dakwaan kononnya kehadirannya menumpang tuah The Boys, Shima tidak pernah terluka.

"Biar apa saja tanggapan terhadap saya saya tidak pernah kecil hati. Bagi saya, jika kehadiran kita sebagai nasi tambah kita tidak akan kekal lama. Lagipun saya ditawarkan oleh Lord.

"Mulanya memang berat untuk saya menerima tawaran itu tetapi setelah mereka memberi sebab mengapa memilih saya, saya terima.

"Saya ditawarkan menjadi penyanyi mereka bukan sebagai pengganti Ella tetapi sebagai penyanyi baru yang berbakat dan mereka yakin saya boleh mencipta nama bersama mereka," cerita Shima pada satu pertemuan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Bagi Shima apa juga pandangan yang dilemparkan kepadanya tidak pernah menjadi kudis kerana dia datang bukan dengan tangan kosong.

Buktinya setelah setahun mencipta populariti bersama The Boys, Shima mengambil keputusan meninggalkan The Boys untuk bergerak secara solo.

Album solonya Di Sebalik Sejuta Wajah (1990), Setelah Aku Kau Miliki (1992) Teringin (1994) Apa Ku Rasa dan Aku Tetap Aku (1999) membuktikan Shima ketika itu bukan calang-calang penyanyi.

Bagaimanapun, setelah album terakhirnya diedarkan dan kontraknya tamat pada tahun 2000, Shima meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi di beberapa hotel di ibu negara.

"Kepuasan menghiburkan pengunjung di lounge dan kelab tidak sama menghiburkan ribuan peminat ketika mengadakan persembahan.

"Sebab itu setelah sekian lama tidak punya album dan apabila Syncrosound menawarkan saya membuat album penuh pada tahun 2007 saya terima kerana memang itu minat saya.

"Bayangkan setelah tujuh tahun tiada album sayangnya album Ke Pangkuanmu terbitan Johari Teh sepi begitu sahaja. Tanpa majlis pelancaran, sesebuah album itu tidak akan ke mana penyanyinya.

"Sebenarnya saya memang kecewa apabila album tersebut sepi begitu sahaja tetapi nak buat macam mana, saya terpaksa menerima hakikat album itu tidak menjanjikan apa-apa kepada saya," cerita Shima.

Menurut Shima, setelah album itu diedarkan tanpa pelancaran ia bagaikan noktah kariernya sebagai penyanyi rakaman.

Bukan itu sahaja, malah katanya, kecenderungan stesen radio swasta memutarkan lagu-lagu Indonesia juga menjadi punca penyanyi tempatan hilang peluang untuk diminati dan mengukuhkan nama mereka.

Suri rumah sepenuh masa

Setelah album Ke Pangkuanmu tidak dapat membantunya meneruskan kerjaya dalam bidang seni, Shima lebih banyak menumpukan perhatian pada rumah tangga.

Sejak berkahwin dengan jejaka berasal dari Kanada enam tahun lalu, Shima bersyukur kerana perkahwinan ketiga itu kekal sehingga hari ini.

"Saya sangat merindui bidang nyanyian kerana jiwa kita ke situ. Mujur ketika album terakhir gagal saya sudah berkahwin.

"Saya gembira dengan perkahwinan ini kerana ia memberi saya ketenangan. Bukan itu sahaja, malah sikap suami saya yang suka menghabiskan masa di rumah membuatkan saya begitu selesa," kata Shima.

Menurut Shima, walaupun suaminya bukan orang Melayu tetapi seleranya yang lebih Melayu dan suka makan di rumah membuatkan Shima teruja menjadi suri rumah yang memasak pelbagai resepi Melayu dan Barat.

"Suami saya paling suka makan lemak cili padi campur rebung dan ikan. Kalau saya masak lauk kegemarannya hilang penat bila tengok dia makan," cerita Shima mengenai rahsia kebahagiaan rumah tangganya.

Katanya, walaupun kadangkala dia ingin hidup seperti orang biasa tetapi sesekali dia akan memenuhi tawaran menyanyi untuk dinner show dan juga di hotel.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar saya akan menyanyi di sebuah lounge hotel lima bintang selama empat bulan bulan depan.

"Walaupun suami tidak pernah menghalang saya menyanyi tetapi saya akan pastikan kontrak saya hanya hotel di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur (KL). Jika ada kontrak luar KL walaupun bayarannya lumayan saya akan tolak.

"Sebabnya bagi saya, perempuan bila sudah kahwin walau di puncak mana pun dia berada, tempatnya tetap di sisi suami. Saya tidak mahu tinggalkan suami saya sendirian dan saya menyanyi hanya untuk memenuhi minat saya," cerita Shima.

Menurut Shima, menyanyi di lounge bukanlah mudah. Setiap malam dia harus menyanyi selama 180 minit yang dibahagikan kepada empat segmen.

Selain lagu-lagu permintaan pengunjung, antara lagu-lagu yang sering dinyanyikan Shima ialah lagu-lagu popular Frank Sinatra, Nat King Cole di samping lagu-lagu hitsnya.

Terkenang kisah dulu

Mungkin ramai yang tidak tahu Shima & The Boys pada tahun 1989 bukan sahaja telah mencatatkan sejarah dalam diari Shima sebagai anak seni, malah ia juga telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan peminat Ella & The Boys ketika itu.

"Saya tahu apabila saya muncul bersama The Boys ramai yang menganggap saya merampas kumpulan itu daripada Ella. Tetapi sebenarnya, The Boys menawarkan saya yang ketika itu menyanyi di sebuah kelab di Kelang untuk menjadi penyanyi utama.

"Selain saya, Bibiyana Layola Lee juga pernah menjadi penyanyi The Boys ketika itu. Namun sudah menjadi rezeki saya, The Boys menawarkan saya menjadi artis mereka untuk rakaman album seterusnya.

"Saya terima tawaran itu sebab saya tidak pernah kenal Ella dan saya tidak merampas The Boys daripadanya," kata Shima.

Kisah Shima bukan habis setakat itu, malah selepas kemunculan album pertamanya, muncul pula gosip kononnya Shima bergaduh dengan Ella gara-gara The Boys.

"Ada juga pihak wartawan yang bertanya mengenai gosip itu tetapi tiada jawapan daripada saya kerana kami tidak pernah berjumpa apalagi bergaduh.

"Namun selepas gosip itu reda, buat pertama kalinya saya dan Ella ditemukan dalam satu sesi gambar bersama yang diatur oleh sebuah majalah.

"Bukan itu sahaja malah kami pernah kongsi pentas dalam satu persembahan. Saya juga pernah keluar bersama Ella serta Jojie. Sebenarnya tidak ada apa antara kami berdua," cerita Shima.

Kini, kata Shima, walaupun dunia seni bagaikan sudah jauh dari hidupnya namun sebagai orang seni dia tetap merindui kawan-kawan lama.

Sepanjang kerjayanya, Shima juga pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu Kelisa, Red Haired Thumbler dan Sutera Putih.

Walaupun Shima ditawarkan berlakon kerana memiliki kelebihan dalam seni mempertahankan diri tae-kwan-do namun timbul juga cakap-cakap yang tidak senang dengan penglibatannya dalam bidang lakonan.

Semuanya kerana Shima didakwa mahu meniru Ella yang juga menjadi pelakon selepas ditawarkan oleh Datuk Yusof Haslam.

Dividen 13% untuk ahli Koperasi ATM

Posted: 27 Jun 2010 05:59 PM PDT

SUNGAI BULOH 27 Jun - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. (Koperasi Tentera) mengumumkan pembayaran dividen 13 peratus tahun ini kepada lebih 140,000 ahli membabitkan jumlah saham sebanyak RM700 juta.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, jumlah itu membuktikan koperasi tersebut berjaya mengekalkan prestasi pembayaran dividen melebihi paras 12 peratus sejak 1996.

"Koperasi telah berjaya menghasilkan prestasi kewangan yang sangat baik dan konsisten serta mampu memberi pulangan dividen berterusan sebanyak 12 peratus atau lebih sejak 13 tahun lalu," katanya.

Beliau berucap merasmikan mesyuarat agung Koperasi Tentera Ke-45 di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Mangsor Saad.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, pencapaian koperasi itu amat membanggakan walaupun keadaan ekonomi negara tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, bagi mengekalkan keutuhan ekonomi sesebuah koperasi, setiap ahlinya perlu bekerjasama dan membuat keputusan bernas untuk memastikan ia terus maju.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh kepimpinan koperasi itu supaya terus berusaha mengekalkan keupayaan pembayaran dividen kepada ahlinya melebihi 12 peratus.

Beliau percaya sasaran itu dapat dicapai melalui usaha gigih seluruh kepimpinan koperasi itu.

"Penglibatan dan sokongan daripada setiap ahli akan mampu menjamin kejayaan bukan sahaja dalam lingkungan koperasi malah dalam ekonomi global," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan