Nuffnang

Penerbit Ibnu Al-Manhar

sumber :-

Penerbit Ibnu Al-Manhar


Saya Bunuh Altantuya, Pengakuan Sirul, VIP Terlibat (Part iv)

Posted: 28 Jun 2010 07:29 PM PDT



Pendedahan ini dibuat oleh Sirul di hadapan Insp Nom Phot a/l Prack Dit

BAHAGIAN IV

"Apabila selesai memasukkan semua pakaian perempuan tersebut ke dalam beg plastik hitam, Tuan Azilah nampak lengan perempuan Cina (Altantuya) tersebut seolah bergerak lalu dia mengarahkan saya menembak sekali lagi, lalu saya terus melepaskan satu das tembakan lagi tetapi tidak meletup.

Saya kemudian kosongkan senjata dan memasukkan semula peluru ke dalam senjata dan melepaskan tembakan di tempat yang sama iaitu bahagian kiri kepala mangsa, dan saya kemudian ambil beg plastik hitam dengan dibantu oleh Tuan Azilah memasukkan kepala perempuan Cina ke dalam beg plastik untuk mengelakkan daripada tumpahan darah."

". . .Selepas itu, Tuan Azilah mengambil beg yang mengandungi bahan letupan dan menyerahkan kepada saya, dan saya mengambil bahan letupan dan memasang pada bahagian kepala sementara itu Tuan Azilah memasang bahan letupan di bahagian kaki hingga ke paras pinggang mangsa."

"Tuan Azilah menarik wayar panjang menghala ke jip dan saya mengubah kedudukan jip menghala keluar dari kawasan belukar lalu membawa jip keluar jarak lebih kurang 15 meter dari mangsa."

"Apabila letupan berlaku, saya menarik wayar masuk ke dalam jip dan memandu jip meninggalkan tempat kejadian menuju Bukit Aman."

" . . . .dalam perjalanan ke rumah saya, saya membuang pakaian mangsa dan pakaian saya sendiri di sepanjang perjalanan balik ke rumah."

SOALAN: Senjata MP5 dan silencer kepunyaan siapa?

JAWAPAN: Kepunyaan UTK Bukit Aman.

SOALAN: Apakah perkataan jimat yang kamu maksudkan?

JAWAPAN: Jimat bermaksud tembak mati.

SOALAN: Adakah kamu bercakap benar?

JAWAPAN: Ya, benar.

Percakapan dibacakan balik kepada Sirul Azhar

SOALAN: Adakah kamu memberi percakapan ini secara sukarela?

JAWAPAN: Ya.

Rakaman percakapan tamat pada tarikh 9/11/2006 jam 1635

Sumber: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

UMNO-BN Buktikan Pakatan Rakyat Tidak Bantu Rakyat

Posted: 28 Jun 2010 07:56 AM PDT


Oleh: Pustaka Al Manhar


Saya serik menyokong Pakatan Rakyat. Kenapa? Baca ini,

UMNO-BN melihat Pakatan Rakyat semakin tidak relevan untuk rakyat. Pakatan Rakyat bukannya membantu rakyat, sebaliknya menyusahkan rakyat. Di sebuah kampung di Selangor, seorang Pakcik amat kecewa apabila Menteri Besar, Khalid Ibrahim gagal membantunya menggaru belakang badannya yang gatal. Tindakan MB Selangor itu telah mengundang bantahan ahli-ahli UMNO-BN. Sebagai tindakan susulan, ahli UMNO-BN yang terlibat telah mendesak MB tersebut memberi tunjuk sebab dan memberi tempoh 48 jam kepada MB itu untuk berbuat demikian.

Di Kedah Pula, kerajaan Pakatan gagal menyelesaikan masalah dihadapi seorang Makcik yang gagal memasak kek cawan kegemarannya. Menurut jiran Makcik itu yang juga seorang janda, Makcik itu telah beberapa kali menghantar SMS kepada MB Kedah untuk membantunya membuat kek cawan. Namun, sehingga kini MB gagal datang ke rumahnya untuk membuat kek cawan. Penduduk kampung yang marah dengan tindakan MB Pakatan itu telah bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap UMNO-BN yang lebih berjiwa rakyat. Dalam satu sidang media yang dijalankan, salah seorang wakil yang keluar parti melahirkan rasa menyesalnya kerana tidak menyertai UMNO-BN sebelum ini.

"Cek menyesai la tak sokong depa (UMNO) sejak dulu. Masa dulu, dekat nak PRU dulu depa ada mai sini. Mai datang dari rumah ke rumah ajar buat kek cawan. Depa ada ambik gambaq sekali. Masuk TV. Masa ambik gambaq tu depa ada la huloq beras, gula. Cek masa tu tak layan la sangat beras gula ni. Lo ni barang semua naik harga…kena la layan. Kena la sokong UMNO-BN nih", dakwa wakil tersebut.

Dua contoh di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak relevan lagi di Malaysia. Rakyat Malaysia belum bersedia untuk menerima parti politik seperti Pakatan Rakyat kerana Kerajaan Pakatan suka berpolitk. Tidak seperti UMNO-BN. Mereka tidak berpolitik. Sebab itulah UMNO-BN merupakan parti politik.

NOTA: Anggap saja ia sebuah cerpen yang memang pen (pendek).



Saya Bunuh Altantuya, Pengakuan Sirul, VIP Terlibat (Part iii)

Posted: 28 Jun 2010 12:48 AM PDT



Pendedahan ini dibuat oleh Sirul di hadapan Insp Nom Phot a/l Prack Dit


Sambungan . . .

Bahagian Tiga


"Setelah selesai menukar tayar, saya terus memandu jip ke Kota Damansara menuju ke rumah saya untuk mengambil bahan letupan yang saya simpan di rumah. . . ."

"Pada masa yang sama saya lihat Tuan Azilah berada di luar jip mengambil beg berisi MP5 (sejenis SMG) dan silencer di dalam jip yang terletak di bawah tempat pemijak kaki Tuan Azilah, lalu menyerahkan beg tersebut kepada saya dan mengarahkan saya untuk 'menjimatkan' (bunuh) perempuan Cina (Altantuya) yang berada dalam jip."

". . . . .Setelah selesai kencing, dan beliau terlihat senjata yang saya pegang dan saya nampak beliau dalam ketakutan, dan merayu agar jangan bunuh dan cakap dia ada anak."

"Dalam masa yang sama, Tuan Azilah memeluk perempuan Cina tersebut untuk menjatuhkan beliau dan saya lihat perempuan Cina terus jatuh dalam keadaan terlentang, dan saya terus melepaskan satu das tembakan ke bahagian kiri kepala perempuan tersebut."

"Selepas perempuan Cina (Altantuya) ditembak, Tuan Azilah menanggalkan semua pakaiannya dan saya mengambil beg plastik sampah hitan dan Tuan Azilah memasukkan semua pakaian perempuan Cina tersebut ke dalam beg yang saya pegang."

Akan bersambung, Insya Allah . . .


Sumber: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan