Adsense

Selasa, 15 Jun 2010

zoomartis

zoomartis


Gambar Terbaru Anak Dynaz di Twitter

Posted: 15 Jun 2010 07:46 PM PDT


Inilah gambar Terbaru Dynaz yang Zoom dapat dari laman forum popular di Malaysia, gambar ini diambil dari Twitter Dynaz.


Comel tak ?

Skandal seks Ariel,Luna kian panas

Posted: 15 Jun 2010 06:31 PM PDT

Dah makin kronik kisah Ariel Peterpan ni, ada ura-ura mengatakan ada ramai lagi selebriti yang beliau tiduri ( Kalau betul)..Apa nak jadi dengan dunia ini ??


Rakyat Indonesia kini berdepan dengan skandal pita rakaman seks pertama selebritinya, membabitkan penyanyi pop, Ariel dengan model terkenal, Luna Maya.

Polis melayari komputer pejabat dan telefon bimbit untuk menonton klip video yang didakwa menonjolkan bintang pop kesayangan bersama dua kekasihnya. Berita berkenaan mengungguli tajuk berita selama seminggu dan mendominasi perbualan dalam rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Beberapa sekolah tinggi di Jakarta turut diserbu polis untuk merampas telefon bimbit supaya klip video yang memalukan itu dapat dikeluarkan dari institusi pendidikan Indonesia. Sesetengah menteri berkata insiden terbabit jelas menunjukkan kemerosotan moral rakyat Indonesia dan keperluan kawalan dan pemantauan ketat terhadap internet.

Apabila skandal itu mencetuskan perdebatan sama ada pendidikan seks, topik yang masih menjadi pantang larang di rumah dan bilik darjah, perlu ditambahkan kepada kurikulum sekolah, dengan tegasnya Menteri Pendidikan, Muhammad Nuh menjawab, "tidak."

"Saya mungkin ketinggalan zaman, namun saya tidak melihat perlunya pendidikan seks di sekolah. Saya percaya orang ramai akan belajar mengenai seks secara semula jadi," katanya kepada media.

Sebaliknya, beliau mencadangkan pihak berkuasa menggeledah telefon bimbit pelajar untuk salinan pita terbabit, yang penyebaran pantasnya "melanggar peraturan dan norma biasa dalam masyarakat beragama."
"Siapa yang bertanggungjawab perlu dihukum," kata Nuh.

Klip video enam minit pertama menunjukkan penyanyi pop Nazril Irham atau dikenali Ariel, berada di atas katil bersama teman wanitanya Luna Maya, model terkenal, aktres model iklan sabun kecantikan Lux.

Kedua-duanya menafikan mereka berada dalam rakaman itu, sebaliknya menyatakan rakaman itu dipalsukan, namun dipanggil untuk disoal polis.

Pada mulanya, pegawai mengugut untuk mendakwa mereka mengikut undang-undang tegas antipornografi walaupun tiada petunjuk adegan seks intim itu bertujuan untuk ditayangkan kepada umum.

"Jika seseorang dibuktikan sengaja mengedarkan video itu, individu terbabit akan didakwa," kata Brig Jeneral Zainuri Lubis, jurucakap polis nasional, dan menambah mereka yang ditahan memuat turun klip dan menirunya untuk orang lain mungkin berdepan hukuman penjara.

Media tempatan berkata video itu mula muncul awal bulan ini selepas komputer riba Ariel dicuri dan banyak pita sama dengan selebriti lain, masih berleluasa.

Gossip Jimmy Pilih Anak Jutawan Bukan Kerana Harta !!

Posted: 15 Jun 2010 06:26 PM PDT

Alahai kesian kat Jimmy dan Nursuhaila ni, baru je melangsungkan pertunangan sudah 1001 suara yang keluar dari mata pena dan keyboard penulis.


Semoga mereka tabah menghadapi dugaan darinya, apakata mereka mengenai gossip ini ?



Saya tidak pernah memilih untuk berkawan dengan perempuan yang berlatarbelakang daripada keluarga yang mewah.
"Pertemuan kami tidak dirancang sama sekali dan soal status kehidupan keluarganya itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Tuduhan kononnya pertunangan itu disebbakan faktor lain adalah satu tuduhan mereka yang tidak mengelai saya," katanya yang telah melangsungkan pertunangan dengan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya.
"Nursuhaila merupakan peminat saya dan mahu mengambil gambar dengan saya ketika kami bertemu waktu itu.
"Selepas empat tahun, saya diundang menghadiri majlis hari jadinya pada 31 Januari lalu.
"Sejak itu kami menjadi rapat dan akhirnya saya melamarnya pada bulan lalu ketika AF8 hampir melabuhkan tirainya," kata Jimmy
Khabarnya, Nursuhaila telah lama menyimpan perasaan kepada Jimmy sejak lima tahun lalu. Sebelum ini dia hanya melihat Jimmy menerusi televisyen, akhbar dan majalah.
Anak kedua daripada tiga beradik itu juga tidak pernah bercinta dan pernah menyimpan impian untuk mempunyai teman lelaki seperti Jimmy.

Tempoh Tahanan Reman Saiful Apek Tamat Esok

Posted: 15 Jun 2010 06:21 PM PDT


PETALING JAYA: Tempoh reman pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek (gambar) bersama lima rakannya yang kini masih dalam tahanan polis kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan tamat esok.


Zoom: Sedihnya, betulkah Saiful Apek ni terlibat dalah gejala NAJIS DADAH..Kenapalah boleh sampai jadi macam ni ?? Apa kata anda di Zoomartis?

Ramlah Ram Nak Bercerai !!!?

Posted: 15 Jun 2010 06:11 PM PDT

Satu lagi artis yang ingin mengisi senarai pasangan yang akan bercerai di alaf 2010, sebelum ini gossip panas yang tersebar luas mengenai pergolakan rumah tangga beliau akhirnya diakui sendiri oleh beliau dengan membuat  pengakuan kepada wartawan.Ikuti luahan seorang isteri yang akan melalui pengalaman pahit bersama suami yang sebelum ini diulam mimpi-mimpi indah bersama;



"Kami sudah tiada persefahaman dan jalan terbaik ialah berpisah," katanya.
Tanpa mahu menyalahkan sesiapa terhadap apa yang berlaku, keputusan berkenaan telah dipersetujui oleh kedua belah pihak serta mendapat restu keluarga masing-masing.
Menurut Ramlah, selama ini dia telah mendapatkan khidmat kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangganya itu tetapi sayang sekali hasrat berkenaan tidak menjadi kenyataan.
"Saya sayangkan rumah tangga saya dan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkannya tetapi tidak berdaya. Pada saya, soal jodoh, ajal dan maut itu adalah ketentuan Tuhan," katanya.
Ujar Ramlah lagi, walaupun telah berusaha sebanyak mungkin tetapi jika telah ditakdirkan sudah tiada jodoh, mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

Zed Zaidi Tukar Nama Demi Bergelar Pelakon

Posted: 14 Jun 2010 11:15 PM PDT

1001 cerita mengenai kisah artis kita sebelum menjadi artis, salah seorang artis yang bercerita mengenai kisah hidupnya ialah Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil.Menjadi lumrah seseorang artis mempunyai nama "Glamer" jika ingin berkecimpung menjadi artis.


Beliau sebelum menjadi artis bertugas sebagai pegawai bank, dan pada mulanya dijemput oleh Abang Aznil kita sebagai pelakon tambahan dalam rancangan "Pop Tv" bersama Aznil.


Seterusnya beliau berjumpa dengan Nisdawati atau nama "glemer"nya Lisdawati di KLCC, beliau bertukar-tukar no telefon ( Urusan kerja) dan akhirnya beliau ditawarkan menjadi pelakon utama dalam Filem "Bisikan Remaja" setelah berjaya dalam proses ujibakat yang dihadirinya.


Namun sebelum itu Zed Zaidi terpaksa memilih kerjaya sebagai pegawai BANK ataupun Artis !!, dengan dorongan dan galakan keluarga terutamanya Ayah beliau, akhirnya sehingga kini Zed Zaidi menjadi artis terkenal di Malaysia.

Shahrir Elak Aksi Mesra Di Depan Kamera !!!

Posted: 14 Jun 2010 10:11 PM PDT

Juara Akademi Fantasia musim ke-8 ini menetapkan syarat tidak akan merakamkan aksi mesra apabila berada di depan kamera.Beliau masih menerapkan prinsip beliau yang ingin mengelakan sebarang konterversi dan mengikut landasan yang betul sebagai umat islam.

Malahan Shahrir juga telah menerima tawaran berlakon dalam Filem dan drama, tetapi semua itu masih dalam perbincangan, semoga murah rezeki anak muda ini.

Apa kata anda mengenai Shahrir ni?

Konsert Hujan VS Bunkface Di KL Live Hall

Posted: 14 Jun 2010 10:00 PM PDT


Saksikan konsert Hujan VS Bunkface di KL Live Hall pada 11 Julai 2010, harga tiket hanya RM70.00 untuk seorang.Atau layari klfestival.org.my untuk menempah.Jika anda peminat Hujan dan Bunkface apa tunggu lagi belilah tiket sebelum habis.

Konsert Ella Di Istana Budaya 1 & 2 Julai

Posted: 14 Jun 2010 09:51 PM PDT

Kalau anda adalah peminat Ella, beliau akan mengadakan konsert di Istana Budaya pada 1 dan 2 Julai ini.Tiket boleh didapati seperti gambar tertera di atas.