Nuffnang

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

sumber :-

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Kelebihan Dan Kekurangan Kamera Kompak.

Posted: 15 Jun 2010 05:38 AM PDT





Kamera kecil atau kompak mudah dibawa dan ringan jika dibandingkan dengan kamera besar seperti DSLR. Seronok sebenarnya menggunakan kamera kecil ni.
Walaupun saiznya yang kecil, jangan pula kita lupa telah banyak kamera kecil yang berupaya menghasilkan kualiti gambar yang setaraf dengan DSLR. Ini kerana penggunaan 'sensor' yang sama saiz dengan kamera-kamera besar. Itulah teknologi.
Bagi saya, kamera kecil mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti ringan, mudah dibawa, terutamanya kepada yang selalu 'travel', tidak mendapat perhatian umum (orang lebih tertarik dengan kamera bersaiz besar).
Manakala kekurangannya pula seperti bateri yang tidak setahan DSLR, autofokus yang perlahan dan anda dipandang rendah oleh rakan-rakan yang menggunakan kamera besar :) (ini biasa terjadi dan anda tidak perlu risau pun).
Mari kita layan sedikit gambar-gambar biasa yang baru saya rakam mengggunakan kamera digital kecil/kompak. Lokasi di Bandar Baru Bangi.



RM15 Juta : Perang Saman Antara Gulatis & Zahnita

Posted: 15 Jun 2010 05:25 AM PDT







Funny & weird, sebelum ini Zahnita telah failkan saman berjumlah RM2 juta kerana Gulatis telah menggunakan gambar'nya tanpa kebenaran untuk tujuan promosi. Dalam saman itu, Zahnita turut memohon Gulatis menghentikan pengunaan gambar'nya pada mana-mana iklan serta memohon maaf secara terbuka di media massa.
Tetapi, Gulatis membalas tindakan Zahnita dengan menyaman balik beliau dengan jumlah saman yang agak besar, iaitu Rm15 juta. Motif saman masih tidak dapat di'kenalpasti, tetapi kami dapat mengagak tindakan Gulatis seperti membalas dendam.
Ak-kisah'nya, Gulatis sebelum ini pernah meminta kebenaran secara lisan daripada Zahnita untuk menggunakan gambar'nya sebagai promosi, namun di'tolak oleh Zahnita kerana beliau telah bersetuju dengan syarikat tekstil lain, Syarikat Jakel Trading dalam satu usahasama bernilai RM2 juta. Berikutan itu, penggunaan gambar tanpa kebenaran oleh Gulatis telah menyebabkan Syarikat Jakel Trading membatalkan kerjasama tersebut, dan akibat'nya Zahnita mengalami kerugian besar.
Gulatis kalau di'ikutkan sejarah memang banyak songeh'nya, sebelum ini pelakon Eja pernah menyaman syarikat tersebut atas sebab yang sama, dan pihak mahkamah mengarahkan Gulatis membayar RM20,000 kepada Eja. Bukan itu sahaja, Tony Eusoff dan Diana Zainal Abidin juga turut pernah memfailkan saman berjumlah RM500,000 setiap seorang awal tahun ini.

Untuk pencinta durian

Posted: 15 Jun 2010 05:12 AM PDT






Semalam aku ke kenduri kahwin di Pekan Nenas , Pontian Johor. Dalam perjalanan melalui jalan Gunung Pulai terdapat banyak gerai yang menjual raja buah iaitu durian. Apa lagi 3 orang anak aku ni memang pantang jumpa buah durian ni pasti nak beli.
Rupanya musim durian sudah pun tiba walaupun durian kahwin (yang D24 dan sewaktu denganya) yang sentiasa ada tanpa mengira musim.
Buah durian mengandungi 100 g salut biji yang mengandungi 67 g air, 28.3 g karbohidrat, 2.5 g lemak, 2.5 g protein, 1.4 g serat; serta memiliki nilai energi sebesar 520 kJ. Durian juga banyak mengandungi vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium dan fosfor.
Kegunaan lain buah durian:
1. Buah Durian dapat diolah menjadi berbagai jenis makanan seperti ;dodol, bubur kacang, lempuk dll
2. Di samping buahnya, biji durian juga boleh dimakan dengan di bakar atau di rebus, boleh juga dijadikan kerepek.
3. Kulit durian juga boleh digunakan sebagai alat penghalau nyamuk, boleh di letakkan di sudut ruangan
4. masih banyak lagi manfaatnya, sila share di sini.
Tips memilih durian
1. Perhatikan bahagian kulit durian (jangan sampai ada lubang)
2. Durian yang baik biasanya baunya tercium tajam jika kita menciumnya di kulit durian, Namun perlu hati-hati karena ada beberapa penjual durian yang sengaja menyiramkan air bekas durian di permukaan durian.
3. Cuba pukul kulit durian dengan pisau (berbunyi Bluk, Bluk, Bluk)
4. Perhatikan hujung tangkai durian: apabila hujung tangkai terlihat seperti torehan pisau, bererti kemungkinan besar durian dipetik pada sebelum matang. Juga jika tangkainya sudah kecut berkemungkinan durian tersebut sudah lama gugur.
5. Pilihlah durian yang durinya jarang dan agak besar.
Tip mengelakkan badan panas selepas makan durian.
Letak air di bahagian lekukan durian dan minum.
Tips menghilangkan bau durian di tangan setelah memakannya1. ambil kulit durian, isi dengan air di bagian lekukannya
2. cucilah tangan anda di lekukan tersebut

Ular berkepala manusia

Posted: 15 Jun 2010 05:08 AM PDT






Ular dibaratkan orang yang suka ponteng kerja atau istilah lainnya mengular atau di Johor dipanggil mengulor! hehe. Ular juga dikaitkan dengan orang yang suka membelit.
Di Indonesia baru-baru ini selain video skandal sex Airel Peterpan bersama Luna Maya, digemparkan dengan rakaman youtube ular berkepala manusia. Yang satu masa dulu di Malaysia dipanggil jenglot.
ular berkepala manusia @ isuhangat
Video yang sepanjang 1.33 minit ini memperlihatkan ular berkepala manusia namun sudah kering seperti ratusan tahun.
Ular itu diletakan di atas meja dan menjadi tontonan. Ular itu dalam posisi melingkar dan kepalanya mendongak seperti cobra yang dalam keadaan siap mahu menyerang.Keanehan yang lainnya adalah adanya tangan di tubuh sang ular.



kredit isuhangat

Gambar pelakon Linda Hashim

Posted: 15 Jun 2010 05:05 AM PDT





Kenal pelakon muda dan manis, Linda Hashim? sekarang ni dia bakal nak mempopularkan diri dengan menarik ribuan peminat daripada Facebook. Linda Hashim baru sahaja melancarkan fan Facebook miliknya. Memang baru diakui agaknya yang laman web sosial ini mampu mengeratkan diantara peminat dengan artis kesayangan mereka. Tak pun mungkin Linda Hashim dapat jodohnya di sana, seperti Harith Iskander dan isterinya baru-baru ni yang kahwin dan sebelumnya berkenalan melalui Facebook. Gambar di bawah adalah sebilangan kecil dalam Facebook milik Linda Hashim.

Gossip Awal, Ashraf dating bergiliran

Posted: 15 Jun 2010 05:03 AM PDT





Ada seorang mamat ni kebetulan berada di Papa Rich Kopitiam, Damansara. Dalam tidak disangka-sangka mamat ni terserempak dengan dua artis lelaki yang popular pada masa kini, Awal Ashaari dan Ashraf Muslim. Namun tidak dikenali pula siapa wanita yang berada disamping mereka ketika itu yang berada di tempat yang sama. Sepertinya orang lain dan bukan daripada artis sahaja. Kalau dari artis dah sah mamat tue dapat tangkap siapa gerangan wanita berkenaan kan. Di bawah ini ada situasi yang mamat berkenaan nampak..

Artis A : Awal asyari masuk dulu, bawa awek yang agak gempal,nampak lebih berumur dari dia, awek tu kira kaya pakai beg LV, cari port yg tepi dinding, nak cover lah tu, dia bawa BMW 2 pintu, plat no AW41..
Artis B : Ashraf Muslim masuk 20 min kemudian, dia bawa awek yg lebih muda, macam2 budak kolej jer, juga cari port hujung..
Dan yang paling sedih kata mamat tue adalah awek-awek tue tak cun sangat. Adess...

Gambar aksi manja Natasha Hudson

Posted: 15 Jun 2010 05:01 AM PDT





Gambar di bawah tidak lah keterlaluan sangat. Memang aksinya begitu tidak disangka-sangka juga, diambil daripada Utusan edisi kelmarin, akhbar Melayu yang popular. Disana diceritakan mengenai kekasih Natasha Hudson yang berada di Jakarta. Mengikut sumber daripada pihak yang terbabit, Natasha Hudson didakwa berulang alik daripada Kuala Lumpur ke Jakarta banyak kali. Memang tidak dinafikan lagi, sumber berkenaan melihat mereka berdua di sana. Memang kalau dah cinta, sehari tak jumpa memang tak boleh, Natasha Hudson juga yang ulang alik sana mari.

Lagi gambar tanpa tudung Nur Fathia pelakon Nur Kasih

Posted: 15 Jun 2010 05:00 AM PDT





Sebelum ni ada menayangkan gambar yang pertama sekali Nur Fathia tak pakai tudung. Dalam drama/iklan dia pakai tudung tapi diluar set dia tak pakai, dan rambut jelas diwarnakan menjadi keemas-emasan. Tapi jangan kita silap menyangka pula, mungkin memang itu yang diingikan oleh Nur Farthia sebagai trend dan strategi penarik peminatnya, yang terkenal kerana lakonannya dalam Nur Kasih dan juga iklan Sunsilk (futsal). Sapa-sapa pembaca yang 'ustaz' or 'ustazah' boleh lah ceramah cikit. Hehe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan