Nuffnang

zoomartis

sumber :-

zoomartis


Gambar Perkahwinan Harith Iskander Dan Jezamine Lim

Posted: 13 Jun 2010 09:29 AM PDT

Dalam majlis serba ringkas itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin Carat Club serta wang hantaran sebanyak RM50,000.


Harith Iskander Musa sah bergelar suami kepada doktor dan model sambilan, Jezamine Lim selesai majlis pernikahan kedua mempelai di Kota Damansara, Kuala Lumpur kelmarin. Hanya dengan sekali lafaz, Harith Iskander, 44, dan gadis berdarah kacukan Cina dan India, Jezamine, 27, yang baru memeluk Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Shah Alam, Selangor, 12 Mei lalu berjaya disatukan walaupun tanpa kehadiran ramai ahli keluarga masing-masing.

Facebook Nurul Jadi Single Semula !!!?

Posted: 13 Jun 2010 09:21 AM PDT

Baca je la luahan wartawan mengenai Nurul kita ni, kesian kat dia kenapalah si dia tinggalakn Nurul yang baik hati ni.Semoga anda dipertemukan jodoh yang memahami anda ....!!


Info:

TENGAH seronok-seronok bersembang angan-angan cinta, maklumlah seorang teman baik Diva sedang asyik mengelamun melayan warkah cinta sang jejaka bertaraf CEO. Emosi Diva terganggu apabila disapa angin tentang tragedi lara penyanyi popular, Nurul Wahab.
Diva dengar sepintas lalu, itupun bukan daripada sumber yang rapat dengan Nurul sendiri, kira kawan kepada kawan. Jadi ambil masa sikit masuk ke gegendang telinga Diva.
Terasa macam baru sahaja Diva tengok kebahagiaan yang terpancar daripada raut wajah ala-ala Latin si Nurul itu.
Tiba-tiba dah keluar macam-macam cerita tentang hubungan cinta Nurul yang kononnya sudah berkerat rotan. Apa yang tinggal hanyalah secangkir memori bahagia termasuk kesan lebam di sana-sini. Itu sahaja yang Diva dengar. Selebihnya tidak dapatlah hendak dipastikan. Nurul sendiri sudah mengisytiharkan statusnya sebagai 'single' bermaksud solo di laman sosial Facebook miliknya.
Hai, Diva fikir ni dah kes berat. Tak mengapalah, kumbang bukan seekor bunga bukan sekuntum. Lagipun jika tidak serasi dari mula lebih baik kita bawa haluan sendiri daripada nanti memakan hati.
Nasihat Diva untuk semua wanita, jagalah diri kita dahulu dan kasihanilah diri kita sebelum kita menyayangi diri orang lain.

Lady Gaga Pakai Coli Dan Bra Tonton Besbol !!!

Posted: 13 Jun 2010 09:15 AM PDT

Makin teruk si Lady Gaga ni, dah kemaruk ke apa sampai pergi tempat public pun pakai macam tue, menurut info beliau membuatkan jantan-jantan tak keruan.



Lady Gaga yang tiba di Stadium Citi Field tempat perlawanan itu tidak terus mengambil tempat duduk kerana ia berdekatan dengan kumpulan jurugambar yang bertugas.
Namun, apabila jurugambar mengetahui kelibat penyanyi lagu Poker Face itu, Lady Gaga menanggalkan jaket kulit yang dipakainya bagi menunjukkan coli dan seluar dalamnya sebelum menari serta memberikan isyarat lucah.

"Dia menganggap tidak adil apabila jurugambar sibuk mengambil gambarnya sepanjang perlawanan berlangsung.
"Kehadiran jurugambar itu akan membuatkan semua peminat yang hadir berasa kurang selesa," kata sumber yang dekat dengan Lady Gaga.

Gossip Iwan AF8 Cium Tangan Nad !!

Posted: 13 Jun 2010 09:09 AM PDT

Apa-apalah dik, kalau betul pun apa salahnya setakat cium tangan mungkin boleh diterima tetapi jika dah cium lain baik kahwin je.Tetapi sebelum kahwin kumpul duit banyak-banyak dulu, lagipun kahwin paling sikit nak pakai dalam RM30k sebab anda artis sudah tentu ramai jemputan dan barang hantaran sudah tentu berjenama.


Namun ini jawapan anak muda ini apabila diajukan soalan mengenai gossip dia dan Nad,


"Eh bila tu? Biasalah, orang boleh cakap apa-apa. Kita itu, kita ini tapi kalau kita cakap tanpa bukti, tak guna sebenarnya.
"Orang kata saya bercinta dengan Nad mungkin sebab saya terlalu rapat berbanding perempuan yang lain. Saya pun tak tengok lagi benda-benda macam itu... Saya nak bagi komen pun saya tak boleh.. saya rasa tak ada.. Saya rasa kalau saya cium pun, itu secara kebetulan," jelasnya.
Iwan mengakui, bukan niatnya untuk mencium Nad. Katanya, itu mungkin sekadar satu lakonan.
"Mungkin masa itu ada orang yang sengaja ambil gambar kita. Saya bukan Angel, tapi saya kata itu secara kebetulan," katanya.
Lagipun finalis AF8 yang baru berusia 20 tahun itu berpendapat, dia masih terlalu muda untuk memahami apa ertinya percintaan.
Sehubungan itu, Iwan ingin memfokus kepada kerjaya nyanyian yang baru berkembang.
"Ada orang kata, kalau bercinta itu, populariti seseorang itu akan merudum. Oleh itu, saya kena berhati-hati dalam soal ini," katanya.
Bagaimanapun akui Iwan, sekiranya dia mempunyai jodoh dengan Nad, dia akan menerimanya seadanya.

Saiful Apek Di Tahan kes Dadah !!!?

Posted: 13 Jun 2010 08:54 AM PDT

Alahai sedihnya Zoom bila dapat tahu Saiful Apek yang di tahan bersama rakan-rakan di Subang Jaya Semalam, memang dah agak dah sebab dalam sensorttt tueee ada sorang rambut panjang, tetapi kesahihan belum dapat diketahui lagi.


Apa-apa pun sumber ini dari Mstar,


PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.


Zoom:Apa kata anda ?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan