Nuffnang

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog

sumber :-

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog


Buang Bayi: Dorong Mila Buat Kerja Amal

Posted: 12 Jun 2010 08:54 PM PDT

KES pembuangan bayi yang semakin berleluasa mendorong Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila melibatkan diri dalam kerja-kerja amal bagi memastikan gejala itu tidak berterusan.

Untuk itu, dia memberitahu terlibat secara sukarela sebagai hos untuk satu episod daripada 12 episod program Zuriat Kita yang akan disiarkan di Saluran 106 Astro.

Katanya, program tersebut menyentuh tentang kes-kes remaja yang membuang bayi.

"Kita buat perbincangan untuk menasihatkan para remaja supaya jangan membuang bayi.

"Kalau remaja-remaja kat luar boleh dengar apa yang diperkatakan, pasti Mila gembira," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada Bola Fever Bersama Media 2010 anjuran stesen radio, SuriaFM dan RedFM.

Selain program Zuriat Kita, pemilik nama sebenar Norsyamilla Jirin ini turut menyertai kempen I Know anjuran Cortex Malaysia yang bertujuan membendung kes pembuangan bayi.

Bagi remaja yang sudah terlanjur sehingga mengandung atau melahirkan anak luar nikah, dia menasihatkan mereka supaya jangan mengambil keputusan drastik.

"Cuba cari jalan penyelesaian. Sekarang kerajaan pun ada buat Talian Nur, di mana mereka boleh telefon untuk meminta bantuan.

"Jangan sesekali bertindak melulu dengan membuang atau membunuh bayi yang tidak berdosa itu," katanya yang baru dilantik sebagai Duta Mummy Sllrrp dan Duta Clenx Tea.

Mengenai perkembangan terkininya, single terbaru Mila berjudul Kata Hati Mila (komposer Ajai/penulis lirik Sheikh Kalam) akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Katanya, ia belum dilancarkan kerana masih menantikan pembikinan muat turun nada dering berwarna.

Sementara itu, dia kini sedang menghasilkan album kedua di bawah syarikat sendiri iaitu MJ Panacea Records.

"Baru 20 peratus siap. Bahan dah ada. Sudahpun rekod dua buah lagu. Yang lain masih dalam proses," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem untuk hari raya ini.

Jika tiada aral melintang, telefilem Abang Kassim Pon Pon bakal ditayangkan pada hari raya pertama di Saluran 105 AstroPrima sementara telefilem Cinta Lemang dan Raya di saluaran RTM1.

Iwan AF8 Timba Ilmu Dengan Anita Sarawak

Posted: 12 Jun 2010 08:53 PM PDT

Iwan bersyukur dapat berguru dengan diva tersohor, Anita Sarawak.

DEMI menjadi penyanyi hebat, finalis Akademi Fantasia (AF) 8, Iwan atau nama sebenarnya, Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20 kini berguru dengan diva tersohor, Anita Sarawak.

Iwan berkata, dia dan rakan-rakan seperjuangannya di akademi seperti Maulana, Anum, Shahir, Ema, Ain dan Adira mengikuti kelas Anita sebanyak dua kali seminggu.

"KaK Anita mengajar kami bagaimana untuk menjadi performer dan berkomunikasi dengan penonton semasa berada di atas pentas.

"Macam mana kita nak kekalkan momentum sebagai artis dalam jangka masa yang panjang.... Sebenarnya, banyak lagi seperti berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Bola Fever Bersama Media 2010 anjuran SuriaFM dan RedFM baru-baru ini.

Iwan menyifatkan tawaran belajar dengan Anita bagaikan pucuk dicita ulam mendatang dan mereka dipilih oleh Astro serta tawaran Anita sendiri.

"Kak Nita sebulat hati nak curahkan ilmu kepada kami.. saya banyak-banyak berterima kasih kepada Kak Nita," ujarnya.

Sambil melahirkan kesyukuran yang teramat sangat, Iwan memberitahu, seseorang itu perlu membuat bayaran tinggi sekiranya ingin belajar dengan artis terkemuka itu.

Anita Sarawak menunjukkan album terbarunya kepada warga media, baru-baru ini.

"Saya berasa sangat bertuah. Kalau nak belajar sendiri dengan Kak Nita, bayarannya sangat mahal. Ini adalah satu peluang yang sangat lucky kepada saya. Kak Nita pun jemput kami belajar dengannya tanpa apa-apa bayaran," jelasnya.

Setakat ini, Iwan telah mengikuti dua kelas bersama Anita dan mendambakan kelas-kelas berikutnya.

Ini kerana dia sedar bahawa gurunya bukan calang-calang tetapi seorang yang telah bergelumang dalam industri hiburan selama berdekad-dekad.

Iwan berjanji memanfaatkan peluang tersebut untuk mengikut jejak langkah Anita menjadi penyanyi tersohor.

Benarkah Iwan Cium Nad?

Posted: 12 Jun 2010 08:52 PM PDT

Iwan mengakui dia selesa berkawan dengan Nad.

SEJAK terbabit dalam Akademi Fantasia 8, Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan mengakui dia selesa berkawan dengan rakan seperjuangannya Nadia Emilia Roselan atau Nad sehingga hari ini.

Entah kenapa, dia dapat merasakan keserasian itu wujud antara mereka berdua.

"Pada pandangan saya, Nad ialah seorang yang sangat berfikiran terbuka. Saya suka orang yang berfikiran terbuka dan senang diajak berbual. Dia pun faham kalau saya masalah, saya cerita dengannya... dia faham.

"Saya sangat senang berkawan dengannya... Kalau saya ada masalah, saya akan cerita kepada Nad... 'Nad, saya ada masalah ini. Dia akan kata cool down, rileks... dia akan menyebabkan saya cool down," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Ekoran hubungan rapat itu, timbul desas-desus mengaitkan mereka berdua sedang dilamun cinta.

Malah Iwan pernah digembar-gemburkan mencium tangan Nad.

"Eh bila tu? Biasalah, orang boleh cakap apa-apa. Kita itu, kita ini tapi kalau kita cakap tanpa bukti, tak guna sebenarnya.

"Orang kata saya bercinta dengan Nad mungkin sebab saya terlalu rapat berbanding perempuan yang lain. Saya pun tak tengok lagi benda-benda macam itu... Saya nak bagi komen pun saya tak boleh.. saya rasa tak ada.. Saya rasa kalau saya cium pun, itu secara kebetulan," jelasnya.

Iwan mengakui, bukan niatnya untuk mencium Nad. Katanya, itu mungkin sekadar satu lakonan.

"Mungkin masa itu ada orang yang sengaja ambil gambar kita. Saya bukan Angel, tapi saya kata itu secara kebetulan," katanya.

Lagipun finalis AF8 yang baru berusia 20 tahun itu berpendapat, dia masih terlalu muda untuk memahami apa ertinya percintaan.

Sehubungan itu, Iwan ingin memfokus kepada kerjaya nyanyian yang baru berkembang.

"Ada orang kata, kalau bercinta itu, populariti seseorang itu akan merudum. Oleh itu, saya kena berhati-hati dalam soal ini," katanya.

Bagaimanapun akui Iwan, sekiranya dia mempunyai jodoh dengan Nad, dia akan menerimanya seadanya.

Teater Muzikal 'Selendang Jiwa', 18-20 Jun

Posted: 12 Jun 2010 08:52 PM PDT

AKADEMI Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bakal menganjurkan teater muzikal bertajuk Selendang Jiwa di Panggung Eksperimen, Aswara pada 18-20 Jun ini, 8.30 malam.

Teater muzikal arahan Mazlan Tahir ini membariskan pelakon yang terdiri daripada pelajar-pelajar peringkat ijazah Aswara sendiri.

Selendang Jiwa menceritakan tentang sikap serta keperibadian manusia dan nilai-nilai keindahan kehidupan yang kini sudah tidak wujud lagi dalam kehidupan sebenar.

Kecantikan dan keindahan digambarkan hanya wujud pada luaran tetapi jiwa berada dalam kegundahan dan ketakutan.

Ini adalah akibat kekosongan jiwa yang tidak berilmu dalam mengharungi realiti kehidupan.

Sesiapa yang tidak berilmu akan sentiasa berada dalam ketakutan dan mendapat penindasan dari orang yang lebih besar kuasanya.

Selendang Jiwa adalah perlambangan kepada simbol ilmu dalam jiwa manusia itu sendiri.

Maka carilah ilmu untuk menjadi manusia yang maju, cemerlang dan terbilang.

Jalan cerita teater muzikal ini juga memuatkan bibit-bibit cinta, kasih sayang malah konflik seperti perasaan marah, dengki dan dendam yang akhirnya membawa kepada kemusnahan diri sendiri.

Megan Fox Kesal Berbohong Kepada Media

Posted: 12 Jun 2010 08:51 PM PDT

MEGAN FOX

AKTRES jelita, Megan Fox mendedahkan dia kerap berbohong kepada media bagi memastikan kisah percintaannya tidka diketahui umum.

Bagaimanapun, dia berasa kesal kerana memberikan persepsi yang salah tentang hubungan percintaannya kepada wartawan.

Fox menjalin perhubungan cinta dengan aktor Brian Austin Green sejak 2004.

Pasangan itu bertemu di lokasi penggambaran sitkom, Hope and Faith.

Khabar angin bertiup kencang bahawa mereka berpisah pada 2008.

Bagaimanapun, Fox dan Green memberitahu pada Februari lalu, mereka masih merupakan pasangan bercinta .

Amanda Peet Idam Anak Ketiga Sebelum Terlambat

Posted: 12 Jun 2010 08:50 PM PDT

Amanda Peet menghadiri tayangan perdana filem Sex And The City 2 di Radio City Music Hall, New York pada 24 Mei 2010.

AKTRES Amanda Peet dan suaminya, David Benioff seakan-akan terdesak mahu menimang seorang lagi cahaya mata sebelum terlambat.

Peet, 38, yang baru melahirkan anak kedua kira-kira dua bulan lalu menyedari usia sememangnya tidak memihak kepadanya.

Sehubungan itu, dia bersedia untuk hamil anak ketiga.

"Saya sudah tua. Dia (Benioff) kata kami perlu tunggu tiga tahun lagi. Dan saya memberitahunya, kita tidak mempunyai tiga tahun lagi. Kita akan menjadi terlalu tua pada masa itu." katanya.

Anak sulung pasangan itu, Frances, dilahirkan pada 2007.

Pembantu Peribadi Lindsay Lohan Letak Jawatan

Posted: 12 Jun 2010 08:49 PM PDT

AKHIRNYA pembantu peribadi artis kontroversi Lindsay Lohan (gambar) letak jawatan selepas baru berkhidmat beberapa bulan dengannya.

Menurut laporan media, Elinore berkata dia sudah letih dan tidak tahan dengan tuntutan Lindsay.

Elinore mendakwa dia tidak diberi cuti dan selalu dipaksa tinggal bersama dengan Lindsay selama beberapa hari.

Selain itu, dakwanya, dia akan dipersalahkan sekiranya melakukan apa-apa kesilapan.

Terbaru, bintang The Mean Girls itu diarahkan memakai rantai tangan pemantau tahap alkohol sebagai hukuman kerana memandu di bawah pengaruh alkohol walaupun masih berada dalam pemantauan pihak berkuasa.

Cheryl Cole Tandatangan Kontrak Dengan Syarikat Rakaman Will.i.am

Posted: 12 Jun 2010 08:48 PM PDT

Cheryl Cole hadir ke tayangan perdana filem Hors La Loi (Outside the Law) pada Festival Filem Cannes ke-63 pada 31 Mei, 2010.

PENYANYI Cheryl Cole telah menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman anggota Black Eyed Peas, Will.i.am.

Mereka akan bekerjasama menghasilkan album Cole yang berikutnya.

"Saya suka bekerjasama dengannya. Kita telah berbincang tentang usahasama menjayakan album Cole yang berikutnya.

"Kami sedang memikirkan bagaimana untuk menghasilkan album di Amerika Syarikat. Hasilnya perlulah menakjubkan," kata Will.i.am kepada media.

Album tersebut adalah percubaan pertama Cole untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Sebelum ini, penyanyi The Girls Aloud ini bekerjasama dengan Will.i.am dalam versi Heartbreakter yang dipinda.

Duet itu diteruskan dengan kerjasama Cole dalam album solo pertama Cole, 3 Words.

Perkenalan Pasangan Kerdil Gelanggang Boling Berakhir Di Gerbang Perkahwinan

Posted: 12 Jun 2010 08:47 PM PDT

RAJA SEHARI... Pasangan pengantin kerdil Zamri Ismail, 35, dari Terengganu bersama pasangannya Shazila Che Shafie, 25, berjalan beriringan di perkarangan rumah pengantin perempuan di Kampung Bawah Bukit, Chuping, Kangar semalam. Pasangan ini bertunang pada 3 Oktober tahun lalu.

KANGAR: Perkenalan di sebuah pusat boling di Bukit Jalil dua tahun lepas berakhir dengan saat manis bagi pasangan kerdil, Zamri Ismail, 35 dan Shazila Che Shafie, 25, apabila mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Majlis akad nikah pasangan istimewa itu berlangsung di Masjid Kampung Bawah Bukit, Chuping malam semalam dan hari ini pasangan raja sehari itu meraikan tetamu yang menghadiri majlis kenduri perkahwinan mereka di kampung itu.

Zamri yang berasal dari Kampung Tembakang, Kuala Terengganu adalah seorang mekanik motosikal manakala Shazila dari Kampung Bawah Bukit adalah graduan kursus penyediaan makanan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Zamri yang mempunyai ketinggian 135 sentimeter, berkata beliau tertarik dengan Shazila yang tiga sentimeter lebih rendah daripadanya semasa mereka sama-sama menyertai pertandingan boling anjuran Pertubuhan Antarabangsa Orang Kerdil Malaysia di Bukit Jalil pada 2008.

"Selepas dua bulan bertemu, saya berjaya dapatkan nombor telefonnya daripada seorang rakan Shazila," katanya Zamri yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik.

Sementara itu, Shazila berkata selepas empat bulan berkenalan dengan lebih rapat, Zamri menyatakan hasrat untuk melamar dan mereka mengikat tali pertunangan pada 3 Oktober 2009.

Beliau tidak menyangka masih ada individu yang mahu melamarnya sebagai isteri walaupun saiz fizikalnya kecil.

Shazila merupakan anak tunggal dalam keluarganya menerima hantaran sebanyak RM4,000 dan mas kahwin RM2,085 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Mengenai destinasi bermulan madu, beliau berkata mereka memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi bulan madu mereka.

"Selepas ini, saya mungkin menetap di Perlis berikutan ibu saya tinggal berseorangan manakala suami saya mungkin juga akan berpindah ke sini," katanya ketika ditemui pemberita di majlis perkahwinannya hari ini.

Sementara itu, majlis perkahwinan di pihak pengantin lelaki akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 19 Jun ini.

Najib, Rosmah Serikan Majlis Perkahwinan Anak MB Negeri Sembilan

Posted: 12 Jun 2010 08:45 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan anak Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan iaitu Amri dan pasangannya Norlita Ayu Adam selepas merenjis air mawar sempena majlis persandingan mereka yang diadakan di Seremban, semalam. Turut hadir ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini hadir meraikan majlis perkahwinan anak lelaki Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan di sebuah hotel terkemuka di sini.

Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir sebagai tetamu khas meraikan perkahwinan Amri Mohamad, 27, dengan pasangannya Nurlita Ayu Adam, 25.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut oleh Mohamad dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin sebelum menyempurnakan acara menepung tawar serta makan beradab.

Majlis yang disertai oleh kira-kira 800 tetamu jemputan itu turut dihadiri Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Perlis Datuk Md Isa Sabu dan beberapa menteri Kabinet serta wakil rakyat.

-

Turut hadir ialah ibu bapa pengantin perempuan Tan Sri Adam Kadir bersama isteri Puan Sri Maniseh Adam.

Jemputan dihiburkan dengan persembahan penyanyi Dayang Nur Faezah.

Sebelum majlis berakhir, pasangan pengantin menyempurnakan acara memotong kek.

Ahad lepas, majlis persandingan pasangan pengantin diadakan di kampung asal Mohamad di Kampung Tanjung, Rantau dekat sini.

Pasangan pengantin selamat diijabkabul pada 28 Mei lepas di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Minute Maid® Pulpy™ - Minuman Baru Yang Lazat

Posted: 12 Jun 2010 08:44 PM PDT

Vamsi Mohan (tengah) bersama model-model menunjukkan jus buah-buahan yang baru diperkenalkan.

RAKYAT Malaysia memang gemarkan minuman buah-buahan tetapi perkara yang benar-benar membuatkan mereka teruja mengenainya adalah keseronokan mengunyah perahan isi buah-buahan yang dikecap oleh lidah mereka – suatu pengalaman yang bakal dinaikkan ke satu peringkat yang baru oleh Minute Maid® Pulpy™.

Minute Maid® Pulpy™ adalah minuman baru yang lazat dan menyeronokkan di Malaysia keluaran The Coca-Cola Company yang mempunyai perahan isi oren sebenar di dalamnya bagi melengkapi rasa minuman buah-buahan segar, semula jadi dan unik ini. Bagi mengecap rasa hebat dan pengalaman menakjubkan ketika menikmati Minute Maid® Pulpy™ pada bila-bila masa setiap hari, pengguna hanya perlu menggoncang botolnya sebelum meminumnya dan membiarkan perahan isi buah dinikmati oleh deria rasa mereka.

Minute Maid® yang dimiliki oleh The Coca-Cola Company dan dijual di lebih 100 buah negara adalah jenama jus buah-buahan dan sayur-sayuran 1 di dunia dan membuat penampilan rasminya di Malaysia dengan rangkaian minuman buah-buahan Minute Maid® Pulpy™ berperisa Oren dan Buah-buahan Campuran Tropika dalam botol 350 ml dan 1 liter.

Dihasilkan tanpa sebarang pewarna buatan atau pengawet tambahan, Minute Maid® Pulpy™ Oren diperbuat dari pati jus dan perahan isi oren dari dua rantau penanaman oren utama di dunia – USA dan Brazil – dengan tambahan Vitamin C. Sementara itu, minuman buah-buahan campuran Minute Maid® Pulpy™ Tropika mengandungi beberapa jenis buah-buahan – epal, oren, nanas, mangga, jambu batu dan buah markisah. Ia turut mengandungi perahan isi oren sebenar.

Bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai Minute Maid® Pulpy™ – yang kini nombor satu di China, Hong Kong dan Taiwan – sampel minuman buah-buahan ini akan diedarkan secara percuma sepanjang 12 bulan yang akan datang ini bagi menyegarkan deria rasa mereka.

"Pengenalan Minute Maid® Pulpy™ di Malaysia adalah permulaan bagi minuman baru yang menarik di bawah portfolio global kukuh The Coca-Cola Company yang kami bawakan bagi menyegarkan para pengguna di Malaysia," kata Pengurus Besar Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd, Vamsi Mohan.

"Sebelum pelancaran ini, kajian kami menunjukkan bahawa pengguna memilih Minute Maid® Pulpy™ berbanding jenama jus terkemuka lain di Malaysia disebabkan oleh rasa segar, semula jadi dan uniknya. Pengguna gemarkan keseimbangan rasa manis-masam dan perahan isi yang ada di dalamnya. Kami yakin bahawa ia akan diterima dengan baik sama seperti di negara-negara lain di mana ia boleh didapati," jelas Vamsi.

Sukma Ke-13 Melaka Dibuka Penuh Gilang Gemilang

Posted: 12 Jun 2010 08:41 PM PDT

Persembahan kebudayaan semasa upacara pembukaan Sukma di Stadium Hang Jebat, Melaka, semalam.

MELAKA: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 dibuka dengan rasminya dalam satu majlis penuh gilang gemilang dengan pertunjukan bunga api dan persembahan padang yang menarik di Stadium Hang Jebat di sini, malam semalam.

Acara perasmian itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dengan disaksikan kira-kira 40,000 penonton yang mula memenuhi stadium sejak pukul 6 petang.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek menyampaikan ucapan masing-masing pada majlis yang bermula pukul 8 malam.

Sukma ke-13 yang berlangsung dari 10 hingga 19 Jun ini menawarkan 434 pingat emas, disertai 6,500 atlet daripada 15 kontinjen termasuk dari Brunei yang mengambil bahagian sebagai kontinjen jemputan sejak Sukma kelima pada 1996.

Terdahulu, ketibaan Mohd Khalil disambut dengan persembahan selamat datang oleh 400 peserta yang mewakili masyarakat berbilang kaum termasuk Baba Nyonya, Portugis dan Chetti dan diiringi paluan rebana ubi, gendang Cina, kompang dan muzik asli.

Pantun dan lagu dondang sayang warisan popular Melaka menjadi pembuka tirai persembahan selamat datang yang kemudiannya diikuti dengan perarakan masuk kontinjen Sukma.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob (dua, kiri) kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek (kiri) dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua, kanan) melambaikan tangan kepada penonton.

Mencuri tumpuan ramai apabila buat pertama kalinya 120 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tampil membawa bendera Jalur Gemilang, bendera Melaka dan bendera negeri-negeri.

Kemunculan 10 pelari berpasangan, terdiri daripada jaguh sukan negara, membawa baton Sukma yang menjelajah di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka sejak 14 Februari lepas, mendapat tepukan gemuruh.

Pelari terakhir, jaguh bina badan negara Datuk Wira Gan Boon Leong menyerahkan baton kepada Mohd Ali yang kemudiannya menyerahkan baton itu kepada Mohd Khalil lalu mengisytiharkan pembukaan Sukma ke-13.

Majlis pembukaan Sukma kali ini mencipta sejarah tersendiri dengan melibatkan 8,000 peserta persembahan iaitu teramai sejak sukan dwitahunan itu bermula pada 1986 di Kuala Lumpur.

Majoriti mereka adalah pelajar sekolah sekitar negeri ini yang lincah menggayakan persembahan bertenaga.

Perasmian Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, 2010 diraikan dalam acara penuh gilang gemilang di Stadium Hang Jebat. Majlis disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Sebanyak 33 acara dipertandingkan pada temasya tersebut.

Daripada jumlah itu, seramai 5,000 orang adalah peserta paluan kompang yang turut mencipta sejarah tersendiri apabila dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai pemalu kompang teramai setakat ini.

Sebanyak 3,000 lagi merupakan peserta yang memeriahkan acara padang seperti persembahan khas yang melibatkan beberapa segmen iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka, kedatangan Arab dan perkembangan Islam, kedatangan pedagang China, kedatangan pedagang India, kedatangan Portugis dan Melaka Maju 2010.

Sukma Ke-13 Melaka Dibuka Penuh Gilang Gemilang

Posted: 12 Jun 2010 08:41 PM PDT

Persembahan kebudayaan semasa upacara pembukaan Sukma di Stadium Hang Jebat, Melaka, semalam.

MELAKA: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 dibuka dengan rasminya dalam satu majlis penuh gilang gemilang dengan pertunjukan bunga api dan persembahan padang yang menarik di Stadium Hang Jebat di sini, malam semalam.

Acara perasmian itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dengan disaksikan kira-kira 40,000 penonton yang mula memenuhi stadium sejak pukul 6 petang.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek menyampaikan ucapan masing-masing pada majlis yang bermula pukul 8 malam.

Sukma ke-13 yang berlangsung dari 10 hingga 19 Jun ini menawarkan 434 pingat emas, disertai 6,500 atlet daripada 15 kontinjen termasuk dari Brunei yang mengambil bahagian sebagai kontinjen jemputan sejak Sukma kelima pada 1996.

Terdahulu, ketibaan Mohd Khalil disambut dengan persembahan selamat datang oleh 400 peserta yang mewakili masyarakat berbilang kaum termasuk Baba Nyonya, Portugis dan Chetti dan diiringi paluan rebana ubi, gendang Cina, kompang dan muzik asli.

Pantun dan lagu dondang sayang warisan popular Melaka menjadi pembuka tirai persembahan selamat datang yang kemudiannya diikuti dengan perarakan masuk kontinjen Sukma.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob (dua, kiri) kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek (kiri) dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua, kanan) melambaikan tangan kepada penonton.

Mencuri tumpuan ramai apabila buat pertama kalinya 120 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tampil membawa bendera Jalur Gemilang, bendera Melaka dan bendera negeri-negeri.

Kemunculan 10 pelari berpasangan, terdiri daripada jaguh sukan negara, membawa baton Sukma yang menjelajah di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka sejak 14 Februari lepas, mendapat tepukan gemuruh.

Pelari terakhir, jaguh bina badan negara Datuk Wira Gan Boon Leong menyerahkan baton kepada Mohd Ali yang kemudiannya menyerahkan baton itu kepada Mohd Khalil lalu mengisytiharkan pembukaan Sukma ke-13.

Majlis pembukaan Sukma kali ini mencipta sejarah tersendiri dengan melibatkan 8,000 peserta persembahan iaitu teramai sejak sukan dwitahunan itu bermula pada 1986 di Kuala Lumpur.

Majoriti mereka adalah pelajar sekolah sekitar negeri ini yang lincah menggayakan persembahan bertenaga.

Perasmian Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, 2010 diraikan dalam acara penuh gilang gemilang di Stadium Hang Jebat. Majlis disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Sebanyak 33 acara dipertandingkan pada temasya tersebut.

Daripada jumlah itu, seramai 5,000 orang adalah peserta paluan kompang yang turut mencipta sejarah tersendiri apabila dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai pemalu kompang teramai setakat ini.

Sebanyak 3,000 lagi merupakan peserta yang memeriahkan acara padang seperti persembahan khas yang melibatkan beberapa segmen iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka, kedatangan Arab dan perkembangan Islam, kedatangan pedagang China, kedatangan pedagang India, kedatangan Portugis dan Melaka Maju 2010.

Shahir AF8 terharu terima sambutan luar biasa

Posted: 12 Jun 2010 08:40 PM PDT

Bukan tidak pernah pulang ke kampung halaman, tiada yang istimewa selain ingin melepas rindu bertemu keluarga setelah tiga bulan bertapa di dalam akademi. Namun, kali ini berbeza apatah lagi dengan gelaran juara AF Shahir.

Tidak hanya keluarga dan sanak saudara, malah hampir 1,000 peminat Shahir sanggup menunggu ketibaan juara baru itu hanya ingin menatap wajahnya dari dekat.

Meskipun hanya berkesempatan bertemu ikon baru itu hanya tiga jam, tetapi terpancar rasa puas hati apabila Ikon Belia Perak itu tidak putus dengan senyuman sejak mula tiba hingga tamat sesi bertemu peminat.

Kenduri kesyukuran yang di adakan di kampungnya seperti menyambut pengantin. Semua serba biru, warna tema daripada kelab Peminat Shahir. Tidak hanya peminat dari dekat malah hari itu merupakan pertemuan ahli kelab itu dari seluruh negeri.

"Saya terharu dengan sambutan yang diberikan. Saya tidak menyangka kenduri kesyukuran sebegini meriah. Saya amat berterima kasih kepada keluarga dan peminat yang sudi hadir. Walaupun hanya tiga jam masa yang ada untuk saya bermesra bersama mereka tetapi saya puas hati.

"Kami semua 'enjoy'. Inilah masa untuk saya lebih dekat dengan peminat saya. Saya gembira apabila tengok mereka semua gembira. Lagi pula, kemenangan saya di AF adalah sokongan mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

"Memang pada mulanya saya rasa biasa sahaja. Perasaan teruja nak balik kampung tu menebal di dada saya ni. Sudah tiga bulan tak bertemu keluarga. Tetapi sebaik menghampiri kawasan rumah, saya terkedu melihat ramai orang.

"Rasa macam majlis sambut menantu pula, walaupun tiada calon yang di bawa bersama ketika itu," seloroh Shahir.

Walaupun tiba agak lewat kerana sibuk menjalani penggambaran Diariku�Shahir, dia berasa terharu dengan sambutan terhadap dirinya.

"Keluarga saya jarang buat kenduri besar macam ni. Rasanya kali terakhir adalah ketika majlis khatan saya dulu (sambil ketawa). Saya seronok sangat apabila kenduri sebegini kerana dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di samping memanjangkan silaturahim dengan peminat yang hadir," katanya.



Cerita tempat tidur, tandas



Menurutnya lagi, ketika peminat menunggu kehadirannya, ada antara peminat yang bertanya kepada ibunya di mana tempat tidurnya serta tandas yang biasa digunakan.

"Waktu itu emak saya agak terkejut. Mana tidaknya, mereka kata nak ambil aura saya. Saya hanya tergelak sahaja. Saya rasa bertuah kerana dikelilingi peminat yang memberi sokongan padu kepada saya dan mereka sangat menghiburkan," cerita Shahir tentang karenah peminat-peminatnya sejak keluar daripada Akademi.



Tunggu album baru



Sejak bergelar juara, jadual kerjanya amat padat hingga tiada masa untuk sendiri. Sedar sekarang adalah mas untuk bekerja setelah tiga bulan menimba ilmu, pelatun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini merasa gembira walaupun terpaksa menolak ke tepi masa bersama keluarga.

"Masa mula-mula tu saya agak kekok untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru, tetapi setelah mendapat nasihat dari senior-senior seperti abang Mawi dan beberapa lagi, saya rasa lebih bersemangat.

"Saya akan cuba memberikan yang terbaik terhadap kerjaya seni saya ini terutama kepada peminat saya yang tidak putus-putus memberi sokongan terhadap saya. Buat masa ini, saya sedang sibuk mengumpul material untuk album pertama dan berharap ia akan mendapat sambutan.

"Banyak maklum balas yang diterima mereka suka dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Jadi, untuk album pertama nanti, kemungkinan kebanyakan lagu-lagu saya lebih kurang begitu," katanya yang sudah menerima tawaran berlakon dan berharap dapat mengembangkan lagi karier seninya.



Pesan ibu bapa jadi azimat



Sebagai pendatang baru, pastinya banyak liku ranjau yang terpaksa ditempuhi untuk mengukuhkan lagi kerjaya seninya. Namun, bagi anak sulung daripada lima beradik ini memegang pesanan ibu bapanya sebagai azimat dan doa untuk berjaya.

"Ayah dan emak selalu berpesan agar sentiasa apa jua yang saya lakukan biarlah ikhlas dan buat bersungguh-sungguh. Perlu sentiasa jujur dengan diri sendiri, berbaik-baik dengan semua orang serta sentiasa berprasangka baik. Saya akan ingat pesanan itu dan jadikan azimat buat diri saya," katanya.

Siapa hendak gadai Kampung Baru

Posted: 12 Jun 2010 08:38 PM PDT



Satu keistimewaan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik (Nong Chik) Raja Zainal Abidin ialah beliau sentiasa tersenyum. Semua mengakui bahawa ketika dalam serius pun Menteri Pembangunan Wilayah itu kelihatan tersenyum.

Wawancara di pejabat Khidmat Rakyat UMNO Lembah Pantai di Bangsar tiga hari lalu dibuat ketika orang ramai berasak dan berbaris untuk menemui beliau. Setiap kali beliau berada di pejabat itu, masanya banyak dihabiskan bersama rakyat. Macam-macam aduan dan masalah dikemukakan, dan YB itu menyambutnya dengan senyuman.

Dalam kesibukan beliau sempat meluangkan masa untuk ditemu ramah oleh ABD JALIL ALI dan juru foto ROSLI TALIB mengenai isu yang hangat ketika ini, iaitu cadangan memberi kuota 40 peratus untuk penyertaan bukan Melayu dalam memajukan Kampung Baru di pusat bandar Kuala Lumpur.

Walaupun ditanya perkara-perkara yang agak sensitif dan kontroversi beliau menjawabnya dengan senyum. Berikut adalah antara isi perbualan tersebut yang sering terganggu oleh panggilan telefon, dan ketukan pintu daripada orang ramai yang menunggu di luar:



Ramai yang tidak setuju dengan ura-ura kerajaan hendak membangunkan semula kawasan penempatan orang Melayu Kampung Baru di tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Apa sebenarnya agenda di sebalik isu ini?

NONG CHIK: Agenda? Kita tidak ada apa-apa agenda. Hasrat kita ialah untuk menjadikan kawasan itu setaraf dari segi ekonomi dengan kawasan-kawasan lain di dalam segi tiga emas di Kuala Lumpur. Itu sahaja matlamat kita.

Sebenarnya apa yang kita hebohkan sekarang baru satu cadangan. Kita tidak akan terburu-buru, perlu dirancang dengan teliti. Kita mengambil kira dari segala aspek. Tidak ada apa pun yang patut dibimbangkan.

Lagi pun kalau kita lihat, sejak sekian lama tanah di Kampung Baru masih dalam keadaan dan kedudukan asal yang tidak ekonomik. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berlarutan. Kerajaan berpendapat sudah tiba masa untuk memikirkan pembangunan Kampung Baru secara serius.



Datuk ada menyebut kawasan itu hendak ditingkatkan dari segi ekonomi. Mengapa keadaan sekarang dianggap tidak ekonomik, boleh jelaskan secara terperinci?

NONG CHIK: Macam yang kita tahu, kawasan seluas kira-kira 300 ekar itu lokasinya amat strategik dari segenap aspek, iaitu dalam lingkungan segi tiga emas. Inilah satu-satunya kawasan milik Melayu yang agak luas di pusat bandar.

Cuba kita perhatikan kawasan di sekelilingnya semua telah membangun dengan pesat. Semua sudah bertukar menjadi pusat komersial, dengan nilai yang amat tinggi. Kita ambil contoh KLCC berapa nilainya, beribu-ribu ringgit sekaki persegi.

Tetapi, tanah di Kampung Baru yang dimiliki seratus peratus Melayu masih pada status lama. Nilainya amat rendah. Sebab itu kita merancang untuk meningkatkan nilai ekonomi kawasan ini supaya setaraf dengan kawasan sekitarnya. Ini untuk kepentingan pemilik, kepentingan Melayu.



Berapa nilai tanah di Kampung Baru sekarang?

NONG CHIK: Saya tidak pasti berapa nilai sekarang, mungkin agak meningkat sedikit. Tetapi kalau ikut anggaran tahun 2007 nilai tanah kawasan ini terlalu rendah, tidak padan dengan kedudukannya yang eksklusif di tengah bandar.

Mengikut anggaran 2007, nilai tanah di sini bergantung kepada status, iaitu yang masih dalam status pertanian hanya RM300 sekaki persegi, murah sangat. Tanah yang telah tukar status komersial nilainya antara RM500 hingga RM600. Ini pun masih terlalu rendah sekiranya dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain. Makin lama kita biarkan keadaan ini, makin rugi pemiliknya.

Kalau tanah bukan Melayu di kawasan segi tiga emas – KLCC, Bukit Bintang, Pudu, Jalan Petaling, Brickfields dan sebagainya – boleh mencapai harga ribu-ribu ringgit sekaki persegi, mengapa tanah Melayu di Kampung Baru nilainya begitu rendah? Ini yang hendak kita betulkan.



Bagaimana persepsi kerajaan terhadap Kampung Baru sebagai hak milik Melayu dengan kawasan lain milik bukan Melayu di Kuala Lumpur?

NONG CHIK: Kita tidak melihat sesuatu kawasan itu berdasarkan pemiliknya, dan tidak sahaja di Kuala Lumpur malah di tempat lain juga. Bagi kita kawasan Melayu atau kawasan bukan Melayu sama sahaja, kita bantu berdasarkan kepentingan dan keperluan kawasan itu.

Selama ini pun kerajaan telah melakukan apa yang sepatutnya untuk Kampung Baru. Kita nilai kampung itu sama dengan tempat-tempat lain dalam bandar. Kita menyediakan prasarana seperti kawasan-kawasan lain.

Tetapi, menyediakan prasarana seperti jalan raya, elektrik, dan kemudahan-kemudahan lain sahaja tidak cukup kalau nilai tanah masih macam dulu. Prasarana yang baik tidak akan menjamin nilai ekonomi kawasan itu. Kita kena bantu lebih dari sekadar prasarana.

Cadangan pembangunan semula Kampung Baru ialah untuk meningkatkan nilai tanah kawasan ini. Rancangan ini sekiranya dilaksanakan sepenuhnya akan menjadi penjana ekonomi bukan sahaja kepada pemilik tetapi kepada orang Melayu secara amnya.



Sebelum ini sudah banyak cadangan dibuat untuk memajukan Kampung Baru, tetapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Orang menganggap cakap-cakap mengenai pembangunan kawasan ini lebih berbau politik, acah-acah orang politik untuk meraih pengaruh. Apa pandangan Datuk?

NONG CHIK: Ini kawasan Melayu, apa pun kita hendak buat orang akan kaitkan dengan politik. Isu yang terbaru ini menjadi hangat kerana telah diputar belit oleh sesetengah parti politik. Ada sesetengah orang politik sengaja hendak menjadikan ini satu yang kontroversi. Mereka inilah yang hendak mencari pengaruh, kita tidak.

Politik atau tidak bagi kita penempatan Melayu di tengah kota ini perlu dimajukan. Sebelum ini tidak ada satu rancangan bersepadu untuk memajukan kawasan berharga ini. Semua nampak samar-samar. Kali ini kita cadangkan sesuatu yang lebih konkrit. Percayalah, ini bukan cakap politik.



Salah satu yang menjadi isu dan ditentang keras ialah cadangan memberi 40 peratus dari kawasan yang dibangunkan itu kepada bukan Melayu. Apakah rasional di sebalik pemberian 40 peratus ini?

NONG CHIK: Kita melihat ini salah satu cara untuk membangun kawasan tersebut. Kita perlukan modal berbilion-bilion ringgit untuk membangunkan kawasan tersebut. Kita rasa kalau buka kepada orang bukan Melayu sebahagian dari kos akan dibayar oleh pelabur bukan Melayu itu. Itu tujuan kita beri kuota 40:60. Itu pula yang sekarang dikontroversikan.



Tetapi, seperti yang dihujahkan golongan penentang itu, dengan membuka penyertaan kepada bukan Melayu tidakkah itu seperti menggadai tanah kepunyaan Melayu itu kepada bukan Melayu? Ini yang ditentang habis-habisan. Apa komen Datuk?

NONG CHIK: Saya ingin tegaskan bahawa dalam pelan yang kita cadangkan, kita tidak mengetepikan perasaan dan sentimental pemilik atau pewaris. Macam saya kata awal tadi kita telah kaji dari setiap aspek. Kita kena jaga kepentingan Melayu.

Sebenarnya tidak timbul langsung soal hendak gadai tanah orang Melayu. Tidak ada keperluan untuk itu. Daripada gadaikan tanah di situ lebih baik tempat itu dikekalkan pada tahap sekarang.

Pada saya apa yang terjadi sekarang semuanya adalah salah faham. Ada beberapa perkara saya hendak jelaskan, supaya tidak lagi timbul sebarang kekeliruan. Saya harap jangan ada mana-mana pihak yang sengaja hendak memanaskan keadaan.

Harga ayam naik mendadak

Posted: 12 Jun 2010 08:37 PM PDT


HARGA ayam di pasaran kini naik sehingga RM1.50 sekilogram di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu.


KUALA LUMPUR - Bagai sudah menjadi lumrah apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan, harga runcit ayam di seluruh negara akan naik dengan mendadak.

Kenaikan harga itu sekali gus menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai terutamanya mereka yang mahu mengadakan kenduri perkahwinan serta pengusaha kedai makan kerana menambah kos untuk tujuan itu.

Peliknya, pihak-pihak di sebalik industri ayam masing-masing memberikan alasan klise apabila ditanya punca masalah kenaikan harga tersebut

Para pemborong mendakwa, harga ayam telah dinaikkan di peringkat ladang atas alasan kenaikan kos makanan menternak ayam manakala penternak pula memberikan alasan lain termasuk kos pengangkutan yang meningkat.

Persoalannya, mengapa harga ayam tiba-tiba pada musim cuti persekolahan sedangkan kos penternakan ayam pada waktu lain tidak banyak bezanya.

Tinjauan Kosmo! Ahad di ibu negara dan beberapa bandar utama di seluruh negara mendapati harga ayam naik di antara 30 sen hingga RM1.50 sekilogram sejak sekolah mula bercuti pada 5 Jun lalu.

Harga ayam di Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu, Kuala Lumpur didapati naik sebanyak 30 sen daripada RM6.70 menjadi RM7 sekilogram ekoran tindakan pembekal menaikkan harga borong sehingga RM6.20 sekilogram.

Seorang peniaga, Anwar Manik, 37, memberitahu, pembekal telah menaikkan harga ayam beberapa sen sejak dua minggu lalu dan 30 sen lagi sejak seminggu lalu menyebabkan dia terpaksa menaikkan harga jualan bagi mengelak kerugian.

Dia difahamkan kenaikan harga ayam berpunca daripada permintaan tinggi sejak musim cuti sekolah bermula ekoran majlis-majlis kenduri perkahwinan.

Seorang lagi peniaga, Karyadi Kadok, 39, pula berkata, jualan ayam di kedainya kini terjejas ekoran kenaikan harga tersebut selain tidak menerima banyak bekalan seperti sebelum musim cuti persekolahan bermula.

"Sejak beberapa minggu lalu harga ayam naik sebanyak dua kali dan apabila pembekal naikkan harga, peniaga pun terpaksa naikkan harga jualan untuk tampung kos," jelasnya.



Pengakuan Putri Anis sedia dikaji

Posted: 12 Jun 2010 08:35 PM PDT


RAJA TENGKU PUTRI ANIS ketika dimasyhurkan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong di Kota Bharu Selasa lalu.


PASIR MAS - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersedia untuk mengkaji kebenaran pengakuan Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali bahawa beliau adalah pewaris keturunan Puteri Saadong dengan syarat wanita itu perlu mengemukakan bukti-bukti berkaitan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, syarat lain ialah melibatkan aspek penerimaan masyarakat kerana jika masyarakat tidak dapat menerima pengakuan wanita itu, pengiktirafan tidak boleh diberikan.

"Kalau masyarakat telah menerima perkara ini, kita bersedia untuk membuat kajian kebenarannya dan perlulah mengemukakan bukti-bukti berkaitan," katanya selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Pesta Dikir Barat di sini malam semalam.

Baru-baru ini, Raja Tengku Putri Anis, 24, muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong yang terkenal dalam mitos sejarah Kesultanan Kelantan dan Selasa lalu beliau telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong ketujuh.

Pemasyhuran Raja Tengku Putri Anis dilakukan oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia.

Akur titah Sultan walau terkilan

Posted: 12 Jun 2010 08:35 PM PDT


Sharifah Mazlina (gambar kecil) ketika ekspedisi di Kutub Utara beberapa tahun lalu.


KUALA LUMPUR - "Sedikit terkilan tapi saya akur titah Sultan".

Demikian kata wanita Asia pertama menakluki Kutub Utara dan Kutub Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (gambar) berikutan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Johor.

Pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara itu berkata, dia berhak untuk berasa sedih berhubung penarikan itu dan menyifatkannya sebagai takdir.

"Mungkin itu sudah ketentuan Allah yang telah menetapkan rezeki saya hanya sampai di sini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tanpa mahu mengulas panjang, Sharifah Mazlina berkata, penarikan balik anugerah itu tidak diketahui sebabnya dan hanya diberitahu agar memulangkan semula anugerah itu melalui surat yang dikeluarkan Jumaah Majlis Diraja Johor.

Semalam Kosmo! melaporkan Sharifah Mazlina merupakan antara tiga lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Dua orang yang turut dikenakan tindakan sama ialah Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.

Hidup sengsara 15 tahun

Posted: 12 Jun 2010 08:34 PM PDT


KADIR menunjukkan jeriji besi yang telah patah dan diletakkan sekeping papan di Flat Taman Teluk Kumbar, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Lima flat kos rendah di Sungai Batu di sini sudah berusia 15 tahun dan kini didiami dua generasi penduduk melibatkan kira-kira 4,000 orang.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu, penduduk sering ditimpa masalah ekoran bangunan itu tidak diselenggara dengan baik seperti tiada tong sampah yang sempurna, jeriji penghadang patah, litar elektrik rosak dan alat pemadam api yang tidak berfungsi.

Penduduk menyalahkan pemaju dan mendakwa masalah mereka tidak dipedulikan sehingga mereka pernah mengadakan bantahan aman bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

Pengerusi persatuan penduduk Taman Teluk Kumbar, Kadir Mohd. Pitchay, 61, berkata, masalah paling besar dihadapi penduduk ialah hak milik strata yang masih belum diserah kepada mereka sejak lebih satu dekad.

"Sudah berkali-kali kami menuntutnya tetapi pihak pemaju hanya mendiamkan diri. Lebih teruk lagi, mereka mengunci bekalan air jika penduduk tidak bayar yuran penyelenggaraan," katanya ketika ditemui semalam.

Jirannya, Kamal Basha Ismail, 50, berkata, kawasan perumahan tersebut langsung tidak dijaga sedangkan penduduk membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan.

Ditakluk Cinta Z

Posted: 12 Jun 2010 08:33 PM PDT




"TIDAK-TIDAK, tidak boleh cerita lebih-lebih, nanti itu yang menjadi isu utama," pintas si jelitawan Sabah itu penuh canda kala perkhabaran bahagianya mahu dirisik.

Dia sudah arif. Selain sisi profesion seninya yang mahu dibingkiskan, ada sesuatu yang peribadi boleh diintai dari dalam hatinya.

Kami saling berpandangan. Kulit pipinya sudah kemerah-merahan menahan rasa. Itulah Marsha Milan Londoh, 25. Dia mengetap manja bibir mongelnya sebelum lidah menggulungkan patah bicara.

Dalam tawa ceria, mekar yang menguntum di jiwanya sudah pun menerbitkan haruman kasturi. Molek benar, jika momen manis yang sudah berlabuh di pangkalan jiwa itu dikongsi bersama. Sekadar secubit rasa dari segunung cerita, Marsha pun mula berkata-kata. Kisah putus kasih bersama Kefli, bintang AF3 terus lenyap. Kini ruang hati yang setahun lebih tidak berpenghuni sudah bertuankan sebuah nama.

Jauh sekali daripada menafikan cerita, desis Marsha, dia enggan menjadi hipokrit atau mengelak pertanyaan dengan jawapan sekadar, no comment!

"Biar saya jelaskan, cukuplah dia hanya digelar dengan panggilan Mr. Z, seorang jejaka Melayu yang berasal dari Klang, Selangor dan memiliki sebuah perniagaan sendiri," katanya sambil ralit memetik Blackberry.

"Paling penting, dia lelaki muda, berusia 27 tahun dan bukannya orang kenamaan atau 'datuk'. Saya tidak minat lelaki tua," galak tuntasnya melengkapkan informasi.

Nah, semua sudah terjawab, tinggal lagi gerangan wajah sang kekasihnya sahaja yang belum ditayangkan. Untuk bab itu, Marsha menyerahkan kepada yang jauhari untuk mengenali pemilik nama.

Benar bagai dijangka, si lincah yang kini hadir dengan single terbaru, Ruang Kedua itu sedang diiring bahagia. Sebelum arus deras mengalirkan banyak cerita tidak manis, dia mengakui penuh santai mulai terjebak dalam sebuah hubungan serius. Namun, ada ketegasan yang mahu diumumkan, ikatan yang baru melepasi tempoh singkat itu belum tiba ke rancangan hari depan.

"Saya selesa dengan hubungan kali ini tapi belum terfikir soal jodoh. Cukuplah saya sudah ada seseorang istimewa di sisi yang sangat menyokong kerja seni saya," tuturnya.

Tunggu impak Ruang Kedua

Dia menutup kisah manis itu kerana besar hajat, perkembangan karier yang mahu dititipkan. Lima tahun berjudi bakat di persada muzik, jujurnya bidikan Marsha sedikit tersasar daripada impian. Kelibatnya disedari, namun mendepani karier sebagai penyanyi, dia kelihatan belum cukup untuk memutikkan sebuah nama, masih terolang-aling mencari haluan.


CERIA, lincah dan berkeyakinan, itu antara faktor yang menambahkan pesona Marsha.


Belum masa mengakui tewas, Marsha terus mahu berdendang seolah-olah tiada halangan menepis dirinya jauh dari kecintaan sejak kecil itu. Lapang sasar terbarunya, Ruang Kedua diharapkan impak yang lebih besar.

"Ya, sudah lama dan sudah banyak percubaan yang saya lakukan. Tapi semuanya seperti tidak kesampaian, saya tidak tahu apa puncanya. Masih tidak ada satu karya solo yang boleh mengangkat nama saya," getusnya sedikit tersedar tentang hakikat.

Menamakan Alibi Music yang disertai sejak Disember 2009 sebagai pasak meneguhkan harapan, Marsha yakin, usahanya sedang menampakkan hasil. Biarpun sebelum ini ada artis lain mengadu berdepan masalah dengan pengurusan Alibi, Marsha masih bebas daripada sebarang onar.

"Saya akui, semasa mula menyertai Alibi, ada sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keluarga baru. Syukurlah, sampai ke hari ini, tidak timbul sebarang masalah.

"Single terbaru sudahpun diedarkan dan saya sangat teruja dapat berkongsi suara dengan Julian Cely, penyanyi popular dari Perancis sebagai buah tangan terbaru untuk penyokong saya," katanya yang baru sahaja selesai merakam single keduanya, Tak Perlu Selamanya.

Begitupun, tidak semudah itu Marsha berada di zon selesa. Akuinya, walaupun peluang besar sedia menanti sesekali ada kerisauan mencelah ke minda.

"Saya risau, adakah impian saya akan tercapai kali ini? Memang kalau boleh saya mahu menerbitkan album penuh tapi saya tahu itu bukan satu perkara yang mudah. Saya barus berdepan dengan kualiti," katanya optimis.

Kembang sayap lakon




Pernah membintangi beberapa drama termasuklah Begitulah Raya, Kerana Karina 1 dan 2, 5 Saat, Korban 44, filem Saus Kacang dan Senario The Beach Boy serta terbaru drama Dottie yang sedang berada di lokasi. Penglibatan dalam bisnes lakonan ternyata mencuri banyak waktu. Itu perhitungan yang harus diambil kira oleh Marsha. Dia bimbang, kalau-kalau lakonan mengikis aura nyanyiannya.

Dalam akur, wanita kelahiran Tamparuli, Sabah ini sedikit bersetuju. Hujahnya, lewat kebelakangan ini, kerap benar wajahnya beraksi di kaca televisyen. Dari situ judul-judul seperti Hotel Mania dan K.I.T.A. yang rancak ditayangkan tidak mustahil dia diandaikan beralih kecenderungan.

"Nyanyian akan selalu menjadi darah daging saya tetapi lakonan pula dunia baru yang sedang saya dalami. Berlakon memberikan kepuasan baru buat saya dan terlalu banyak ilmu lakonan yang mahu saya terokai.

"Setakat ini, saya tidak nampak sebarang risiko. Selagi saya masih menjadikan nyanyian sebagai sebahagian daripada profesion saya, rasanya saya boleh atasi situasi itu," ungkapnya.

Seperti membelah diri terbahagi dua, satu terhadap nyanyian dan sebahagian lagi untuk lakonan, Marsha menguntai jurai angan mahu memetik pencapaian primadona Erra Fazira dan Ogy Ahmad Daud sebagai hambatan. Dia mahu dilihat serius sebagai pelakon seperti mana dia serius berdikari berdiri sebagai penyanyi.

Radhi mahu jaga anak!

Posted: 12 Jun 2010 08:32 PM PDT


RADHI dan Shazlin saling berpelukan sebaik sahaja keluar ke perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya selepas mereka disahkan bercerai talak satu Khamis lalu.


PENGISYTIHARAN perang mahkamah yang tercetus antara Radhi OAG, 33, dengan bekas isterinya, Shazlin Sharif, 32, bermula sejak 25 November 2008, berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan oleh Shazlin.

Sejak hujung tahun 2008 dan berlanjutan ke sepanjang tahun 2009 hanya sebaik melepasi pertengahan tahun 2010 sahaja, Radhi akhirnya dibenarkan melafazkan talak seperti yang dituntut oleh bekas isterinya. Pasangan yang bernikah pada 1 Januari 2005 itu sah bercerai talak satu berkuat kuasa, 8 Jun 2010.

Banyak kali naik turun mahkamah namun drama sebabak yang berlaku antara Radhi dan Shazlin selepas keluar dari kamar mahkamah pada 28 Julai 2009 mungkin antara kes perkelahian selebriti yang paling diingati dalam kalendar hiburan tanah air. Radhi diselar Shalin kerana enggan membebaskan dirinya manakala Radhi menuduh Shalin sebagai penipu dan mempermainkan nama Allah semata-mata mahu diceraikan.

Kini, putus sudah kasih sayang. Dokumen penceraian pun sudah ditandatangani. Radhi dan Shazlin pula bebas membawa jalan kehidupan masing-masing. Tinggal lagi, satu-satunya anak mereka, Muhammad Rifdhi Muslim,5, masih mengharapkan kasih dan pembelaan daripada Radhi dan Shazlin sebagai bapa dan ibu kandungnya.

Sensasi Bintang: Kenapa ambil masa yang lama sehingga dua tahun baru kes cerai kalian bertemu titik penyelesaian?

RADHI: Sebab itu datang daripada saya, sebab saya masih sayangkan perkahwinan saya. Saya juga tak boleh terima hakikat isteri saya yang beria-ria sangat minta diceraikan padahal saya sedang cuba untuk memperbetulkan keadaan, tapi mungkin cara saya itu tidak kena.

Rasanya apa kesalahan paling besar Radhi yang tidak boleh dimaafkan oleh Shazlin dan menjadi masalah dalam hubungan kalian?

Saya terlibat dengan dadah. Agaknya itu sahaja punca yang paling tidak boleh diterima Shazlin, yang lain saya kurang pasti sebab Shazlin tak pernah beritahu saya.

Jadi sekarang adakah Radhi sudah benar-benar bebas daripada dadah?

Sumpah. Masuk hari ini sudah empat bulan 13 hari saya betul-betul bebas dadah.

Bagaimana dengan anak?

Memang ikut terma yang ditetapkan di mahkamah baru-baru ini, anak di bawah jagaan Shazlin dan saya harus memberi nafkah yang sepatutnya. Ikutkan, saya dan Shazlin sudah setuju untuk saya yang menjaga Rifdhi tahun ini, tapi dia masih bawah jagaan ibunya. Saya harapkan tahun depan, Rifdhi boleh tinggal bersama saya. Sudah lima tahun dia dijaga oleh bekas isteri saya, berilah peluang untuk saya menjaga Rifdhi sebelum dia bersekolah. Bagi saya anak adalah motivasi untuk saya terus bekerja kuat, berkarya dan mengelak daripada melakukan perkara tidak betul.




Apa janji Radhi untuk anak?

Kalau boleh saya nak dia membesar depan mata saya. Memandangkan sekarang saya mula berjinak-jinak untuk belajar agama, saya mahu bawa Rifdhi belajar bersama-sama dengan saya. Ibu saya juga sudah pindah tinggal di Kuala Lumpur, jadi dia boleh tolong tengok-tengokkan Rifdhi sebab untuk saya berkahwin dalam masa terdekat sangat mustahil.

Selama proses perceraian berjalan, hubungan Radhi dengan Shazlin kelihatan tegang, bagaimana pula selepas sah bercerai, masih seperti dulu atau sudah berbaik-baik?

Saya pun sudah tunaikan apa kehendak dia, jadi saya harap sangat kami boleh berkawan selepas ini. Walau apa pun terjadi saya dan Shazlin ada anak yang perlukan perhatian. Sejak 8 Jun sehingga hari ini, dia (Shazlin) belum menjawab panggilan telefon atau SMS daripada saya, dia masih tegang agaknya.

Sekarang anda bertukar status baru sebagai duda, bagaimana rasanya?

Sebenarnya saya masih bingung, bangun pagi dan rasa sedih bila memikirkan soal anak. Itulah yang sangat menyedihkan. Tapi saya reda sudah melepaskan apa yang dimahukan oleh Shazlin dan saya harap dia gembira. Semua ini berlaku disebabkan salah saya sendiri dan saya juga sudah ampunkan segala dosa Shazlin. Tak guna berdendam sebab boleh buat kita rasa sakit. Saya harapkan dia juga boleh maafkan segala kesalahan saya.

Apa yang menguatkan semangat Radhi?

Syukurlah, Allah SWT pinjamkan bakat kepada saya, jadi saya meluahkan segala perasaan, sedih dan kecewa menerusi lagu-lagu untuk album terbaru saya. Single terbaru berjudul Limbo juga dalam proses terakhir dan akan diluncurkan tidak lama lagi. Itulah luahan perasaan saya.

Mimie jelajah pasar raya

Posted: 12 Jun 2010 08:30 PM PDT




PERJALANAN awal gadis manis dengan nama Norsyamimi Ahmad Haris ini hampir serupa dengan langkah penyanyi lain. Mula memutikkan bakat sejak umur lima tahun, pendedahan terhadap koir sekolah dan pengalaman menyanyi pada Hari Keputeraan Sultan Kedah kira-kira 15 tahun lalu menjadi permulaan yang baik baginya. Menjadi penyanyi cilik, setiap pengalaman kecil-kecil disatukan untuk dibawa sebagai bekalan menghadap dunia realiti hiburan kelak.

Seiring masa, dia kini sudah mula merasakan sedikit asam garam kehidupan bergelar penyanyi. Pernah menjadi peserta MY Star LG musim kedua, bukan sedikit pengalaman yang dikendong melalui program realiti televisyen tersebut.

Isnin lalu, dia hadir ke Studio Utusan. Membawa nafas segar perjalanan seninya yang baru berwarna hijau. Namun gadis manis berusia 20 tahun ini sudah mula mahu mewarnakan kehidupannya di atas kanvas nyanyian. Mimie, orangnya manis, selalu tersenyum dan senang berinteraksi dengan kamera. Hasil latihan di depan cermin yang sering dilakukannya.

"Saya mahu mempromosikan single terbaru saya, Jatuh Cinta Lagi yang ditulis oleh Adi, vokalis 6ixth Sense. Saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada Adi dan dia memberikan kelainan dalam nyanyian dan lagu saya. Ini adalah bukti permulaan yang saya fokus dalam serius dalam kerjaya ini," ujarnya yang turut membahagikan masa menjadi seni muzik di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Anak kelahiran Alor Setar Kedah ini jujur dan masih naif. Setiap tutur yang dilontarkan masih berbaur keanak-anakan seiring wajahnya yang comel. Menurut Mimie, dia sudah mula melihat warna hitam dan sukar walaupun diawal jejaknya menjadi artis. "Susah mahu buat semua orang puas hati," ujarnya ringkas namun bukan satu keluhan untuk dijadikan alasan.


MIMIE Harris berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 12 kilogram untuk stamina sebagai penyanyi.


Berbekalkan single debut dibawah NAR Records Sdn. Bhd. ini, Mimie lantas memulakan promosi diri dan produknya untuk dikenali ramai. Lagu azimatnya ini sudah mula kedengaran di radio dan dia juga sudah mula menjengah setiap pasar raya untuk tujuan promosi. "Juga sibuk dengan sesi fotografi," ujarnya senyum.

Selain menyanyi, anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini juga bermain golf dan pernah mewakili negeri Kedah dalam sukan tersebut. Namun kini Mimie memberi sepenuh perhatian kepada satu bidang sahaja. Selain menyanyi Mimie mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan dan pengacaraan. Baginya, tidak salah jika ingin mencuba dan bereksplorasi dengan bakat yang mahu dikesan satu persatu dalam dirinya.

"Saya mencuba bakat lakonan dalam siri Hotel Mania musim pertama dengan memegang watak teman wanita kepada Anding. Saya juga terlibat dengan sebuah telemovie bertajuk Datang Bulan yang bakal disiarkan di Astro. Selain itu, saya juga menjadi pengacara bagi program In Trend yang akan ke udara di saluran TV2 pada akhir bulan ini," tuturnya petah dalam senyum membayangkan bahagia dengan rezeki yang datang kepadanya.

Pesona pendakap gigi

Posted: 12 Jun 2010 08:29 PM PDT




SEMPAT bergelar siswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk setahun, namun rezeki Ahmad Shahir Zawani, 21, bukan untuk meneruskan jurusan kejuruteraan sebagai profesion kerjayanya. Berbekalkan suara dan bakat yang mampu digilap, dia melonjak sebagai juara undian SMS dalam tradisi Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) baru-baru ini.

Anak sulung daripada lima beradik itu tega jika AF8 dikatakan pudar populariti namun untuk dirinya, perjuangan sebenar untuk bergelar penyanyi sedang bermula. Single Kebahagiaan Dalam Perpisahan cepat menyerap sebagai halwa telinga peminatnya dan kini jejaka itu dalam proses pembikinan album pertama.

Akur si pemilik suara lunak itu, sedikit sifat malu dan kurang keyakinan diri secara perlahan berjaya dikikis saat melepasi banyak pendedahan sepanjang belajar di akademi. Kini terpulang kepada kekuatan mental dan penerimaan ramai untuk Shahir melebarkan sayap ke ruang yang terbuka terhadap semua perkara. Baik atau buruk, dia sedia mendepaninya.

Demam bola, bola, bola!

Posted: 12 Jun 2010 08:29 PM PDT




TIGA vokalis kumpulan terkenal ini teruja sewaktu dihubungi untuk sesi fotografi. Hadir dengan baju menandakan sokongan terhadap pasukan yang bertanding di Piala Dunia tahun ini, Tam, Andy serta Neves mempunyai pasukan pilihan tersendiri.

Kata Andy, Piala Dunia ibarat hari raya yang disambut semua orang tidak kiralah dari mana mereka berasal. Malah vokalis Flop Poppy ini menyamakan perlawanan bola sepak itu sebagai klimaks semua perlawanan. Neves pula menganggap perlawanan tersebut sebagai kiblat bola sepak di mana semua terarah kepada perkara yang sama manakala Tam melihat acara itu sebagai kemuncak segala bola sepak yang mampu menyatukan satu dunia.

Sekadar informasi, Piala Dunia 2010 adalah Piala Dunia ke-19, kejohanan premier bola sepak antarabangsa. Ia berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan.

Ini merupakan kali pertama kejohanan ini dianjurkan oleh benua Afrika, selepas Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan seluruh Afrika.

Apakah pasukan pilihan anda dan kenapa memilih pasukan tersebut?

NEVES (N): Saya pilih Brazil. Sebab utama adalah Pele yang merupakan pemain legenda pasukan tersebut. Lagi pun saya memang meminati sesuatu yang mempunyai unsur-unsur Latin. Mungkin kerana arwah ayah saya sukakan lagu-lagu Latin dan dibesarkan mendengar lagu-lagu tersebut, maka kecenderungan saya terarah ke sana.

ANDY (A): Saya pilih Argentina kerana memang saya minat pasukan tersebut daripada zaman Mario Kempes bermain. Bagi saya pasukan Argentina memang diminati dan dihormati ramai cuma tidak ramai yang sokong. Pasukan Argentina memang kuat daripada zaman 60-an. Khalayak lebih terarah kepada pasukan Brazil dan bagi saya ini adalah klise.

TAM (T): Saya pula setia dengan England! Sebab sejak kecil didedahkan dengan corak permainan kelab-kelab pasukan bola sepak dari England. Lagipun England hanya pernah menang sekali dalam sejarah Piala Dunia, jadi teruja nak tengok cara pasukan England bertarung, kalau setakat Brazil, pasukan itu sudah banyak kali menang, apa nak hairan.


KETIGA-tiga vokalis ini tidak pernah gagal membeli cenderahati yang dikeluarkan setiap kali Piala Dunia tiba.


Pemain pilihan anda?

N: Saya sukakan Cesc Fàbregas (Sepanyol) dan Lionel Messi (Argentina).

A: Untuk tahun ini saya belum nampak mana-mana pemain pilihan saya. Tapi kalau dulu saya memang sukakan permainan Zinadine Zidane. Piala Dunia tahun ini, bagi saya nama-nama besar tidak terserlah dan akan banyak pemain yang dinamakan 'unsung hero'. Selepas ketiadaan Zidane dalam pasukan Perancis, saya belum ada siapa-siapa untuk dijadikan pilihan.

T: Saya pilih Fernando Torres dari Sepanyol. Bagi saya, dia penyudah yang sempurna dan dia juga boleh bermain dalam berbagai sudut.

Namakan pemain legenda anda?

N: Pemain legenda bagi saya tetaplah Pele dan Zinadine Zidane.

A: Mario Kempes dan Diego Maradona.

T: Arthur pemain lama Brazil.

Piala Dunia yang paling terkesan buat anda?

T: Piala Dunia tahun 1986 yang diadakan di Mexico. Fenomena gelombang Mexico tercetus mulai tahun tersebut.

N: Piala Dunia empat tahun lepas di mana Zinadine Zidane telah menanduk pemain Itali Marco Materazzi, sewaktu perlawanan akhir Perancis bertemu Itali. Lagi pun waktu itu saya tonton di luar Kuala Lumpur iaitu di Johor Bahru dan saya dapat menyaksikan suasana yang berlainan.

A: Saya pilih Piala Dunia 1986 kerana Argentina menjuarai piala tersebut untuk kali kedua dan kalahkan pasukan Jerman dengan gol 3 berbalas dua. Tahun 1986 merupakan pilihan saya juga kerana wujudnya Gelombang Mexico yang dikatakan oleh Tam tadi.

Kebiasaannya, kalau tiba musim Piala Dunia manakah tempat pilihan anda untuk menonton? Lebih seronok ramai-ramai di luar atau menonton di rumah?

N: Saya lebih gemar menonton di di restoran mamak. Siap ada kacang dan minuman gelas besar. Bagi saya, kalau ramai-ramai lagi seronok. Kalau di rumah, kurang 'feel'. Seronok bila dapat jerit 'gol' ramai-ramai dan seakan berada di stadium. Lagi pun saya turut suka melihat karenah penyokong-penyokong setiap pasukan yang berlainan.

A: Saya suka tengok bola di rumah seorang. Isteri saya akan masakkan bihun goreng, cucur dan sediakan air teh 'O' panas buat saya. Ini kerana saya akan beri konsentrasi penuh terhadap perlawanan. Bila tengok di luar, banyak gangguan, nak pula kalau ada orang ajak bersembang sewaktu perlawanan. Tambah-tambah jika ada penonton yang sangat fanatik, ia akan mengganggu fokus menonton.

T: Saya tak memilih sangat, tapi tengok bola dengan kawan-kawan lebih seronok. Lebih ramai lebih kecoh, barulah bahang perlawanan terasa, macam di stadium! Tapi, disebabkan ada perlawanan yang bermula awal pagi, tonton di rumah atau di studio pun okey.

Pandangan kalian apabila kaum wanita turut meminati Piala Dunia ini. Terikut-ikut atau ada sebab tersendiri?

N: Ada yang terikut dan ada pula yang sokong sebab sukakan pemain yang kacak. Perempuan lebih cenderung untuk meminati pemain daripada melihat skil permainan. Lelaki kebanyakannya cenderung melihat skil perlawanan.

A: Ini seakan sudah jadi cara hidup. Seperti kata Neves, tidak ramai perempuan yang cenderung melihat skil pemain. Tetapi ada juga wanita yang tahu bab-bab tersebut.

T: Piala Dunia adalah satu acara besar, jadi ada perempuan yang tiba-tiba masuk dan tidak semena-mena jadi penyokong. Sebahagiannya pula sekadar jadi pemeriah tapi ada yang betul-betul tahu pasal bola.


AKSI semangat kesukanan Neves 'Pele' dan Andy 'Mario Kempes' yang mengharapkan pasukan pujaan mereka dapat mengalahkan pasukan Tam 'Torres'.


Ramalan tahun ini, agak-agaknya siapa juara?

N: Sepanyol! Melihatkan pasukan yang akan berentap dengan Brazil, saya nampak Brazil berada dalam kumpulan maut.

A: Susah nak ramal tetapi mungkin juga Argentina.

T: Alamak, tapi saya harap England menang tahun ini. Sebenarnya susah cakap sebab banyak pasukan yang kurang popular tetapi mempunyai skil permainan yang dahsyat.

Ada buat pertaruhan dengan kawan-kawan?

A: Tak bertaruh, lebih-lebih setakat main-main, pernah.

N: Biasanya bertaruh dengan cara belanja makan.

T: Atau belanja kredit prabayar telefon bimbit atau rokok. Itu sahaja.

Pernah berangan untuk menjadi pemain bola sepak?

A: Saya rasa semua lelaki akan berangan untuk jadi pemain bola sepak, saya juga begitu. Tetapi bila saya dah berkenalan dengan gitar, angan-angan tersebut hilang.

N: Saya berangan jadi pemain tengah dalam pasukan bola sepak.

T: Pernah dan memang asalnya mahu menjadikannya kerjaya saya. Tapi bila dah main muzik lupa semua benda.

Bagaimana kesanggupan kalian yang menunjukkan keterujaan terhadap Piala Dunia?

A: Memang sanggup tidak tidur dan berjaga.

N: Sangguplah tidak tidur semata-mata untuk menonton perlawanan. Walaupun bukan pasukan pilihan saya tetapi saya tonton untuk kumpul informasi perlawanan.

T: Sebenarnya waktu kerja kami memang sudah membiasakan kami tidak tidur pagi. Macam saya, saya akan cepat habiskan kerja dan kemudian terus menonton perlawanan.

Bedah siri intimasi 'Ariel Peterporn'

Posted: 12 Jun 2010 08:28 PM PDT


ARIEL yang diberi jolokan Don Juan Indonesia dan Ariel Peterporn masih berdiam diri dan dikatakan menghilangkan diri daripada negara kelahirannya. Realitinya, Ariel sudah terlalu biasa diterjah kontroversi dalam hidupnya.


SEHINGGA saat ini, Ariel vokalis Peterpan masih bungkam. Tidak menelurkan kata-kata sahih walhal seluruh Indonesia sedang menyebut namanya. Panas tiba-tiba setelah lama suam, terakhir dia dan ahli kumpulannya muncul dengan album Hari Yang Cerah. Judul album yang kini sangat ironi dengan keadaan dirinya masa kini.

Manakan tidak, sejak 4 Jun lalu, Ariel atau nama sebenar Nazril Irham menimbulkan ledakan gunung berapi di seluruh Indonesia dengan video-video seksnya.

Lebih menjadi lahar apabila video itu kononnya mempertontonkan aksi Ariel bersama kekasihnya, pelakon Luna Maya. Kemudian menjangkit pula kepada Cut Tari, hos cantik yang dikatakan mirip si pelakon dalam video porno yang disebarkan tanpa henti kini.

Pihak Bareskrim (Badan Reserse dan Kriminal Umum) Polri dan Polis Indonesia (Polri) sudah mula mengambil tindakan penyebaran klip panas ini. Pihak berkuasa tersebut juga sudah mula memanggil saksi utama iaitu Ariel, Luna dan Cut Tari untuk di soal siasat dan berharap selebriti yang terbabit memberikan kerjasama penuh terhadap kes tersebut. Luna Maya khabarnya masih di Singapura dan bakal berangkat ke Amerika Syarikat.

Ariel mengambil sikap mendiamkan diri manakala Cut Tari hanya membenarkan suaminya bersuara bagi pihak dirinya.

Pihak polis akan melakukan sisatan terhadap penyebar video tersebut dan akan mencari punca sama ada selebriti yang terbabit dalam kes itu mempunyai niat untuk mengedarkan video panas tersebut.

Cakera keras hilang

Kekalutan tersebarnya video-video lucah yang dikatakan mirip Ariel itu kononnya berpunca daripada kehilangan cakera keras komputer riba milik penyanyi tersebut. Khabar angin turut menyatakan vokalis kumpulan yang berasal dari Bandung, Indonesia itu sebelum ini diperas ugut oleh individu yang menemui cakera tersebut. Sebanyak dua video disebarkan manakala 30 video yang dipercayai membabitkan sejumlah selebriti menunggu masa untuk edaran. Ratu Felisha, Aura Kasih, Andhara Early dan vokalis grup SHE, Melly Herlina turut 'muncul' dalam adegan-adegan panas .

"Video porno itu disimpan dalam cakera keras luaran milik Ariel. Tapi sekarang ia sudah hilang," ujar seorang individu yang mendakwa dirinya dekat dengan Luna Maya, lapor sebuah laman web Indonesia baru-baru ini.

Suasana menjadi hangat apabila video porno yang dikatakan mirip Ariel beredar dalam dua versi. Pertama, ia dilakukan 'Ariel' bersama wanita yang mirip dengan Luna Maya. Video itu mula dikesan pada Khamis 4 Jun lalu. Ini diikuti dengan video kedua, lelaki yang sama dengan seorang wanita mirip hos jelita, Cut Tari yang berdurasi 8 minit 45 saat pada Rabu lalu.

Prihatin' masyarakat

Ternyata sejak tersebarnya video porno yang mirip wajah Ariel dan dua selebriti cantik itu, topik berkenaan menjadi bahan perbualan utama masyarakat. "Sudah nonton?" dan "Betulkah?" adalah antara pertanyaan yang wajib ditanya selepas nama Ariel disebut.

Masing-masing berlumba-lumba menonton video itu untuk membuat analisis sendiri. Video porno itu turut dijual di pasaran terbuka dengan harga Rp.10,00 (RM3.56) hingga Rp.80,00 (RM28.49). Malah pemindahan klip video dari telefon bimbit menjadikan cerita itu semakin cepat tersebar.

Sejumlah peminat setia Ariel dan Luna dikenali sebagai Arlunerz berdiri keras di belakang mereka. Menolak khabar hitam mengenai cerita panas kedua artis ini, malah ada yang menangis mengenangkan nasib mereka. Rakan-rakan artis Indonesia turut menyuarakan rasa kesal terhadap penyebaran video porno itu walaupun pelaku sebenar hanya mirip rakan mereka.

Ada yang mula memanggil vokalis yang berusia 29 tahun sebagai Ariel Jon Duan dan Ariel Peterporn. Lebih daripada itu, ada pihak yang rajin mula menganalisis fizikal 'pelakon' yang terbabit dengan mencari persamaan. Kononnya jam yang dipakai di dalam video tersebut sama dengan Ariel. Begitu juga tahi lalat yang ada di lengan Cut Tari dan tatu kupu-kupu yang dinafikan oleh Luna Maya adalah miliknya. Masing-masing cuba mencari kebenaran dalam kesamaran sementara empunya badan masih berdiam tanpa tampil secara umum menjawab semua spekulasi.

Di satu sisi, Ariel sudah disamakan dengan pelakon hebat, Edison Chen. Keduanya dikatakan hebat dikelilingi wanita. Edison sudah pun mengumpulkan kekuatan dan mengakui kekhilafan diri. Kini hanya menunggu hari untuk Ariel berkata 'ya' atau 'tidak' sahaja. Secara umumnya, masyarakat sudah melemparkan segala rasa benci mereka kepada penyanyi kacak ini. Kadangkala kekecohan hari ini boleh menjadi hikmah untuk masa hadapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan