Adsense

Ahad, 13 Jun 2010

Sensasi

Sensasi


Gambar Kesan Luka diwajah Johan Raja Lawak .. Javed mengamuk sebab Johan Lambat ke kedai mamak 30 minit?

Posted: 13 Jun 2010 09:57 AM PDT

Sensasi: Yaa Ampunnn...seram tengok luka besar kat dahi Johan ....Lepas nie habis berparutlah wajah pelawak dlm rancangan Jozan yang juga merupakan pengacara Rancangan Raja Lawak..

Tak patut la si pengarah Javed tue buat mcm tue....

Sebab mengapa Javed berang sgt2 tue masih menjadi misteri dan Johan sendiri tak tahu katanya sebab isu disiplin tue pada pendapat Johan adalah tak betul dan baru je hari kedua penggambaran,,

adakah sebab Johan lambat 30 minit ke kedai mamak tmpt Javed tunggu yg menyebabkan si Javed tue mengamuk sakan?huhu..baran betul la..tak patut nak mencederakan org mcm tue..apatah lagi menyepak si Ozlyn yang baru lepas beranak 4 bulan...

sungguh D@#%S...

cerita Johan:
"Sehari sebelum kejadian, ibu saya, Salwa Md Dani meninggal dunia kerana sakit tua. Kami berdua telah pulang ke Lembah Permai, Ampang untuk melihat buat kali terakhir arwah mak serta menguruskan jenazah arwah.

"Saya tak cukup tidur menguruskan jenazah mak saya namun Tuhan bagi saya semangat untuk sambung kerja. Kalau diikutkan saya boleh cuti, tapi kerana memikirkan kos yang akan ditanggung oleh pihak produksi nanti, saya gagahkan juga untuk pergi ke lokasi.

"Esok tu saya datang ke lokasi penggambaran dengan penat dan tak tidur semalaman. Pada hari kejadian, saya dan isteri telah diminta oleh penolong pengarah untuk pergi berjumpa dengan Javed di sebuah restoran mamak yang terletak di belakang lokasi penggambaran kami.

"Penolong pengarah cakap nak jumpa bincang pasal pindaan skrip. Saya was-was sebab kenapa nak kena buat kat kedai mamak. Masa tu lebih kurang jam 5.30 petang. Lepas tu, kami tertidur balik, jaga-jaga dah jam 6.05 petang bila penolong pengarah tu kejut sekali lagi.

"Dalam keadaan mamai kami berdua pun jalan lah pergi ke restoran tu. Dah nak sampai restoran tu, kami nampak Javed bagi 'signal' kat isteri dia yang juga merupakan jurusolek produksi untuk pergi.

"Dari situ kami dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Masa sampai kat meja, ada Javed dan seorang lelaki bernama Halim yang diberitahu kepada kami adalah 'production manager' drama tersebut.

Ozlyn pun disepak terajang
"Kemudian kami duduk dan baru saja buat pesanan, Javed dah maki hamun kami dengan mengeluarkan perkataan-perkataan kesat. Lepas tu dia baling gelas kaca ke arah saya sampai gelas kaca tu pecah berderai.

"Darah di dahi saya memancut-mancut keluar sampai saya tak nampak apa-apa. Saya tergamam. Masa tu isteri saya tanya apa hal ni, kemudian Javed menolak meja dan begitu juga dengan Halim. Kemudian bila saya tanya pula apa sebab mereka buat macam ni, Halim tumbuk muka saya di sebelah kanan.

"Isteri saya cuba menghalang tapi telah ditendang sekali oleh Javed dan dua kali oleh Halim. Paling hiba sebab isteri saya pun kena sepak terajang. Tak sepatutnya dia buat begitu kerana dia baru saja empat bulan melahirkan anak.

"Akibat insiden itu, Ozlyn telah cedera di bahagian belakang dan mengalami bengkak di kaki. Saya pun kena baling kerusi dengan Halim. Saya tak tahu kenapa mereka secara tiba-tiba naik angin."

Mengikut emel yang telah dihantar oleh Javed, dia menyatakan Johan tiada komitmen dalam lakonan, tak baca skrip, tak memahami karakter, tak bekerjasama dengan pengarah, tak berdisiplin dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon.

"Dia 'claim' saya datang lambat walhal saya baru 'shooting' dua hari. Saya tak faham mana yang saya datang lambat. Dari segi komitmen, saya buat apa yang dia suruh, tak pernah membantah. Lagipun baru je berapa babak dengan dia.

"Sebagai seorang Islam, saya dah memaafkan dia, tapi apa tindakan yang saya ambil hari ini adalah atas tindakan dia sendiri. Saya ingin pembelaan atas apa yang terjadi. Saya ingin bagi peringatan untuk dia dan juga pengarah-pengarah lain supaya jadikan ini sebagai tauladan agar perkara sebegini tak akan berulang lagi."

Saiful Apek ditahan bersama 5 rakan kerana memiliki 40gram ganja ... lihat gambar Apek yang dikatakan "lalok" semasa hisap dadah

Posted: 13 Jun 2010 09:01 AM PDT



Sensasi: aduh..nampaknya pelawak nombor satu negara tewas ditangan polis akibat memiliki 40gram ganja,..Apek merupakan artis yang dihormati kerana lawak yang bersahaja,mnerendah diri dan sering membantu sesama rakan artis..tp apa sudah jadi,kerana najis dadah apek tewas....Dulu yassin(senario) masuk ke "dalam" ekoran dadah..skrg apek pula...

Tak lama dahulu pernah kecoh jugak apabila tersiarnya Video yang menunjukkan Saiful Apek sedang "high" atau lalok menghisap dadah..tp tiada tindakan diambil kerqana tak cukup bukti...tp skrg,dah kene tangkap polis...harap2 Apek insaf la lepas nie ye...mcm2 cerita buruk pelawak2 negara kebelakangan nie..huhu



PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).


Iwan Af8 tidak mengaku "Cium" Nad...mari lihat bukti~

Posted: 12 Jun 2010 11:08 AM PDT




SEJAK terbabit dalam Akademi Fantasia 8, Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan mengakui dia selesa berkawan dengan rakan seperjuangannya Nadia Emilia Roselan atau Nad sehingga hari ini.

Entah kenapa, dia dapat merasakan keserasian itu wujud antara mereka berdua.

"Pada pandangan saya, Nad ialah seorang yang sangat berfikiran terbuka. Saya suka orang yang berfikiran terbuka dan senang diajak berbual. Dia pun faham kalau saya masalah, saya cerita dengannya... dia faham.

"Saya sangat senang berkawan dengannya... Kalau saya ada masalah, saya akan cerita kepada Nad... 'Nad, saya ada masalah ini. Dia akan kata cool down, rileks... dia akan menyebabkan saya cool down," katanya .

Ekoran hubungan rapat itu, timbul desas-desus mengaitkan mereka berdua sedang dilamun cinta.

Malah Iwan pernah digembar-gemburkan mencium tangan Nad.

"Eh bila tu? Biasalah, orang boleh cakap apa-apa. Kita itu, kita ini tapi kalau kita cakap tanpa bukti, tak guna sebenarnya.

"Orang kata saya bercinta dengan Nad mungkin sebab saya terlalu rapat berbanding perempuan yang lain. Saya pun tak tengok lagi benda-benda macam itu... Saya nak bagi komen pun saya tak boleh.. saya rasa tak ada.. Saya rasa kalau saya cium pun, itu secara kebetulan," jelasnya.

Iwan mengakui, bukan niatnya untuk mencium Nad. Katanya, itu mungkin sekadar satu lakonan.

"Mungkin masa itu ada orang yang sengaja ambil gambar kita. Saya bukan Angel, tapi saya kata itu secara kebetulan," katanya.

Lagipun finalis AF8 yang baru berusia 20 tahun itu berpendapat, dia masih terlalu muda untuk memahami apa ertinya percintaan.

Sehubungan itu, Iwan ingin memfokus kepada kerjaya nyanyian yang baru berkembang.

"Ada orang kata, kalau bercinta itu, populariti seseorang itu akan merudum. Oleh itu, saya kena berhati-hati dalam soal ini," katanya.

Bagaimanapun akui Iwan, sekiranya dia mempunyai jodoh dengan Nad, dia akan menerimanya seadanya.


Sensasi:Mereka nie dikatakan becinta tapi tanak mengaku..tp hakikatnya aksi mesra mereka dirakam byk kali dah..antaranya aksi cium tangan dlm video ini menyebabkan ramai rakan wartawan rasa mereka nie hado..patutnya jaga la kelakuan maklumlah baru nak naik...nway,..tengok video ini di minit ke 2.48 untuk melihat aksi manja Iwan dan Nad,.... Nad yg kelihatan mcm tomboy berbaju biru,sepanjang penggamnbaran menyandarkan tangannya ke bahu Iwan..dan Iwan pula main2 cium tangan si Nad..