Adsense

Selasa, 29 Jun 2010

zoomartis

zoomartis


Vanessa nafi bercinta dengan Ariel Peterpan

Posted: 29 Jun 2010 04:29 PM PDT

Zoom tak tahulah berapa ramai artis yang bercinta dan digossipkan dengan beliau, terutamanya selepas video tersebut tersebar.baca je la gossip terbaru mengenai si artis wanita ini..


"Gosip ini sangat melucukan." Demikian luah pengacara dan pelakon jelita, Vanessa Chong, 31, berhubung khabar angin bahawa beliau pernah menjalin hubungan cinta dengan vokalis Peterpan, Ariel yang kini dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia ekoran skandal video seks melibatkan dirinya dengan dua wanita mirip dua bintang jelita Indonesia, Cut Tari dan Luna Maya.


"Saya akui mengenali Ariel sewaktu adik saya (Vince Chong, juara Akademi Fantasia musim pertama) terlibat dalam Anugerah Planet Muzik 2005 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa dan Dewan Pameran Suntec City, Singapura kira-kira lima tahun lalu.


"Waktu itu, hubungan kami tidak lebih seperti kawan biasa. Justeru, apabila nama saya dikaitkan sebagai bekas teman wanita Ariel, saya terkejut dan ketawa terbahak-bahak," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pada waktu sama, Vanessa yang pernah menyertai program realiti Amazing Race Asia musim kedua bersama adiknya, Pamela, 26, mengakui pernah memiliki nombor telefon bimbit dan keluar bersama artis lelaki penuh kontroversi itu.


"Sebelum ini kami ada berhubung menerusi telefon bimbit masing-masing tetapi saya sudah lama tidak menelefon dia bertanya khabar tambahan pula Ariel sering menukar nombor telefon mudah alihnya.


"Kami juga pernah keluar beberapa kali dalam sebuah kumpulan besar termasuk ditemani keluarga saya. Kalau tidak silap, kali terakhir kami berjumpa sekitar tahun 2007 selepas tidak lagi menguruskan Vince dan menyertai Amazing Race.


"Disebabkan terlalu sibuk dengan bidang pengacaraan dan lakonan, saya sendiri baru tahu tentang kes penyebaran klip video Ariel beberapa hari lalu," ujar Vanessa yang muncul dengan filem Kecoh Betul arahan Ikhzal Ideris dan S. Baldev Singh di pawagam sejak 3 Jun lalu.

Sandra Bullock Dan Suami Bercerai

Posted: 29 Jun 2010 08:51 AM PDT

Sandra Bullock Dan Suami

Media melaporkan seorang wakil aktres itu mengesahkan pasangan tersebut bercerai kerana wujudnya konflik personaliti dan perbalahan.
Bullock, 45, dan James, 41, yang merupakan personaliti televisyen serta mekanik motosikal telah berkahwin untuk tempoh lima tahun.
Rumah tangga mereka bagaimanapun retak ekoran laporan media bahawa James berlaku curang terhadap isterinya.

Ariel Peterpan Nak Bunuh Diri !!?

Posted: 29 Jun 2010 06:38 AM PDT

Sampai macam itu sekali tekanan yang beliau hadapi, mana taknya satu dunia manatap dan membicarakan kisah ranjang beliau.


Malah kisah video mereka menjadi perbualan hangat di Indonesia sehinggakan beliau dikecam hebat oleh ahli alim ulama di sana.


Media Indonesia mengatakan beliau menelan pil yang berlebihan akibat tekanan yang terpaksa beliau hadapi.Entahlah apa nak jadi dengan dunia sekarang


Apa kata anda ?