Adsense

Selasa, 29 Jun 2010

jom lepak dulu

jom lepak dulu


Slot Samarinda Laila Asyikin di TV3

Posted: 29 Jun 2010 06:01 AM PDT

Mulai 1hb Julai ni ada satu lagi Slot Samarinda menanti penonton setia tv3 iaitu
Laila Asyikin. Peneraju utama drama Laila Asyikin ni ialah Fathia Abdul Latif, kalau tak kenal, cuba ingat watak kawan baik Nur Amina dalam Nur Kasih. Watak ayu bertudung tu le Fathia. Beliau ni orang Pulau Pinang.
Fathia akan membawa watak utama, kabarnya sebagai Laila Asyikin, bersama Fahrin Ahmad. Dalam wawancara dengan myMetro, Fathia bagitahu dia pegang watak remaja, kemudian kahwin muda, watak dia agak berat kerana bermain dengan emosi dalaman, kena menangis dan sedih. Mungkin penonton akan terbiasa dengan watak bertudung Fathia , ala ala Tiz Zakiyah pulak. Apa apa pun, nantikan le drama ni di Tv.

Jom tengok biografi dan gambar Fathia Abd Latif ni..


Nama sebenar: Nur Fathia Abdul Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
Drama dan telefilem: Nur Kasih, Dea Sofea, Bila Musang Berjanggut dan Laila Asyikin
Filem: Hijab
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic

Sumber myMetro.


Gambar Fathia Abd Latif