Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Betul ke Rita Rudaini dan Aidil Zafuan dah bercerai?

Posted: 23 Jun 2010 01:00 PM PDT






Sensasi: what???Betul ke Pasangan sama Cantik dan handsome nie mengalami masalah pergolakan rumah tangga?dan lebih menyedihkan lagi mereka dikatakan telah pun berpisah?menurut sumber begitulah cerita nya...tapi sensasi harap bukan pasangan nie la...

Rita kini sibuk dengan penggambaran drama.Hubungan antara Rita dan aidil sejak awal2 lagi mendapat tentangan dari org tua Adili kerana perbezaan umur ...tak silap sensasi beza umur Rita dengan Aidil 11 tahun..dimana Rita berkahwin dgn Aidil masa umur dia 31 dan Aidil 20 tahun....Rita dan aidil ada sorang baby comel yang dinamakan Rayyan..Tengok je wajah Rayyan tue seiras bapa dia kans....

Susah jadi artis....rumahtangga susah nak kekal lama...tp apa apa pun,doakan semoga gossip nie hanya gossip semata2 dan hubungan Aidil dan Rita masih Romentik mcm dulu2...


Gosip dari ruangan soseh-soseh antaranya,merupakan clue kepada perpisahan pasangan ini

KISAH cinta mereka dulu memang hangat satu Malaya. Apa saja halangan sanggup dihadapi ibaratnya rela meredah lautan api dan tanah berduri.
Dengan kata lain, demi cinta, mereka sanggup pejam mata dan buat apa saja termasuk menghiris hati keluarga sendiri. Itulah namanya cinta itu buta dan mampu buat orang kelabu mata.
SS sebenarnya tumpang gembira sebab atas nama cinta juga, mereka nampak bahagia sehinggalah dikurniakan anak yang sangat comel. Mungkin juga ia berkat ramai orang mendoakan kebahagiaan mereka sebab nampak macam bersungguh-sungguh sangat hendak berkahwin. SS tak dengar pula dalam hubungan mereka, wujud cerita rampas-merampas kekasih. Maksudnya tidak ada orang ketiga.
Namun semalam, macam nak gugur jantung SS apabila dengar cerita yang disampaikan satu sumber mengenai kekeruhan rumah tangga pasangan ini sekarang. Malah, paling mengejutkan SS, pasangan yang nampak bahagia itu dikatakan sudah berpisah. Adoi, sampai begitu sekali haru-biru yang melanda? Bagaimanapun, SS masih enggan percaya bulat-bulat berita yang disampaikan kerana mungkin pihak yang menyampaikannya berniat mahu memecah-belahkan kebahagiaan rumah tangga pasangan sejoli itu.

SS masih cuba merisik lagi tapi jawapan yang sama juga diperoleh - mereka memang tengah bergolak. Khabarnya si suami artis itu boleh tahan juga miangnya(mcm tak perccaya jer), maklumlah sajalah wajah pun kacak, jadi dia ada ramai 'secret admirer'. Begitu juga dengan isterinya yang juga seorang yang cantik. Jadi tentu banyak godaan menunggu di sekeliling mereka.

Kes Perceraian Anne dengan Wafi bakal dijalankan secara tertutup kerana terlalu peribadi?

Posted: 23 Jun 2010 12:56 PM PDT


permohonan Anne untuk mengesahkan lafaz cerai oleh Wafi terhadapnya akan diputuskan Mahkamah Rendah Syariah pada Jumaat ini (25 Jun 2010).

Walaubagaimanapun untuk sebutan pada Jumaat itu, Wafi telah memohon supaya prosiding itu dijalankan secara tertutup. Murai Batu diberitahu sebab-sebab Wafi mahu ia dilakukan secara tertutup kerana kes itu membabitkan beberapa isu peribadi.

Apapun, Anne sebelum ini pernah mendakwa dirinya telah diceraikan oleh suaminya sebanyak tiga kali itu dan mahkamah telah memutuskan bahawa h bahawa lafaz kali kedua dan ketiga oleh Wafi adalah lafaz yang jelas. Bagaimanapun, Murai Batu dapat tahu lafaz pertama Wafi masih perlu diteliti terlebih dahulu oleh mahkamah kerana ia membabitkan isu taklik.
Sensasi: dengar kata perkahwinan mereka nie sejak mula lagi byk pergolakan...antara cerita-cerita yang kurang menyenangkan kedengaran ialah seperti Wafi dikatan telah barkahwin lain,,,huhu...boleh pulak mcm tue??tp tue sume khabar angin sahaja..belum tau lagi kesahihannya....Anne kini hamil 4 bulan bagaimanapun kelihatan hepi dan Redha dengan perpisahan ini...Kalau ini adalah perceraian kali ke-tiga maknanya tiada lagi peluang untuk mereka kembali bersama...kesian anak2 mereka yang masih kecil kan...Apa apa pun cerita hangatnya kene tunggu sampai 25 June nie..jumaat la

Dato K berjaya dapatkan plat kereta KCT 1 dengan harga RM66,550

Posted: 23 Jun 2010 11:05 AM PDT



Datuk K akhirnya berjaya menjadi pembida tertinggi dengan bayaran RM66,550...Plate kereta KCT1 berjaya menjadi milik mereka berdua...

Dalam proses pembidaan itu, JPJ telah menetapkan harga minimum atau harga pembukaan tempahan nombor itu adalah sebanyak RM10,000. Tetapi setelah proses bida-membida dilakukan, akhirnya Datuk K juga yang berjaya memilikinya.

Bagi Datuk K, nombor plat kenderaan itu lebih bernilai daripada jumlah angka wang RM66,550.

Lebih-lebih lagi bila ia merupakan cantuman namanya dengan nama isteri yang tercinta, Siti. Romantis sungguh... Bertuah Siti sebab dapat memiliki seorang suami yang penyanyang seperti Datuk K.

Sebelum itu, ramai yang ingat Dato Siti yang telah membida nombor plat kenderaan berkenaan. Tapi, rupa-rupanya tidak. Sebaliknya, Siti mengatakan sumainya adalah pembida yang sebenar.

Siti juga beritahu dia tidak akan membazirkan wang yang banyak hanya semata-mata untuk memiliki nombor kenderaan.

Duwet banyak,nak beli plat keta saja pun boleh habiskan RM66,550....memang kaya~

P/S: rambut Dato siti dah makin berkarat dah skrg..hehe

Ifa Radziah ditangkap Khalwat ...Bengang kerana Penguatkuasa berlaku kurang sopan

Posted: 23 Jun 2010 02:13 AM PDT


Sensasi:Isk isk..haru jadinya bila pasangan suami isteri pulak yang diserbu penguatkuasa Agama Islam kerana disyaki Berkhalwat...huhuuh..tp memang tak patutlah kalau penguatkuasa tue berlaku kurang sopan dan melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati..apa kes?mana perginya sikap sopan sebagai contoh seorang penguatkuasa agama...huhuhu...Tp pihak JAIK seolah2 menafikan yang org yg menyerbu bilik Ifa dan suaminya adalah penguatkuasa mereka kerana tiada laporan dibuat...entahla labu~

SELAIN insiden dipukul adik kandung sendiri, penyanyi dan pelakon Ifa Raziah turut mengalami satu kejadian lain apabila dia diserbu penguat kuasa agama ketikamenginap di sebuah hotel di Changlun,Kedah bersama suaminya Mohd YaniAbdul Rahman.

Peristiwa itu berlaku ketika dia menjalanipenggambaran drama berjudul Dari Kodiang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ifa, dia agak sedih dan kecewa pihak terlibat menyerbu biliknya dengan cara yang kurang sopan sedangkan dia tidak berkhalwat.

Menceritakan pengalaman tersebut, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, bilik Ifa tiba-tiba diketuk dengan kuat seperti hendak pecah.

Terkejut dengan ketukan itu, suami Ifa telah membuka pintu bilik kerana menyangkaada perkara lain yang berlakutanpa mengesyaki mereka sebenarnya telah diserbu kerana disyaki melakukanmaksiat.

Katanya, sewaktu pintu dibuka pihak berkenaan telah menolak suaminya dengan kasar tanpa memberi salam.

"Untuk mengesahkan kami sudah berkahwin, suami saya menunjukkan kad perakuan nikah sebagai bukti kami tidak berkhalwat. "Malangnya pihak terbabit bertindakkasar sehinggalah berlaku pertelagahandengan suami saya," kata Ifa seperti yang dilaporkan.

Lebih daripada itu, menurut Ifa, ada diantara pegawai terbabit mengeluarkankata-kata kesat yang sepatutnya tidakberlaku apatah lagi peristiwa itu terjadikepada individu yang tidak bersalah.

Antara ayat yang menyakitkan hatidia disindir dengan kata-kata 'kau ingatkau artis besar sangat?'

"Saya tak marah jika mereka melakukanserbuan dengan menggunakan prosedur yang betul tetapi janganlah menyerbu sesuka hati serta bercakap dengan kata-kata yang kurang sopan. "Dia orang seperti pandang rendah kepada saya dan lebih menyakitkan hati mereka langsung tidak menunjukkan rasa bersalah dan minta maaf pun kepada kami," ujarnya kesal.

Ifa yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Yani mempunyai dua cahaya mata turut memberitahu pengalaman tersebut memberi imej buruk kepadanya.

Bagaimanapun dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara remeh itu terus berpanjangan.

Cuma ujar Ifa, pihak berkenaan sepatutnyamenyiasat terlebih dahulu dan janganlah mudah melabelkan seseorang artis itu sebagai jahat.

Lebih memalukan kejadian pada malam itu menyebabkan berlakunya kekecohan sehinggamenyebabkan penghuni hotel lain turut terganggu.

"Bukan bilik saya sahaja malah dua bilik artis lain yang disewa atas nama suami saya turut diserbu. Tapi yang hairannya jika serbuan untuk mencegah maksiat, kenapa bilik kami sahajayang diperiksa?" katanya kesal.
Ifa bagaimanapun berharap pihak berkenaan harus berfikir panjang sebelum membuatsesuatu tindakan. Ini kerana perbuatanitu menyebabkan masyarakat akan hilanghormat apatah lagi kepada agensi yang diberiperanan menjalankan tanggungjawab denganberhemah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan