Nuffnang

Jawatan Kosong Terkini di Malaysia

sumber :-

Jawatan Kosong Terkini di Malaysia


Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sarawak [Expired: 25 & 30 Jun 2010]

Posted: 20 Jun 2010 09:39 PM PDT

No. Nombor Iklan Jawatan Tarikh Tutup
1. J01B2010 PENOLONG PEGAWAI TADBIR 30-06-2010
2. J03A2010 PEMBANTU AM RENDAH 25-06-2010
3. J02A2010 PEKERJA AWAM 25-06-2010
4. J01A2010 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) 25-06-2010
5. J00B2010 PENGAWAL KESELAMATAN 25-06-2010
6. J00A2010 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun [Expired: 11 Julai 2010]

Posted: 20 Jun 2010 09:21 AM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JURUTERA GRED J44 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan tidak kurang 5 tahun (Keutamaan kepada calon Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) 2.

2.JURUTERA GRED J41 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (ii) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Keutamaan kepada calon Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)]


3. ARKITEK GRED J41 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : P1T3 ) dan (ii) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


4. ARKITEK LANDSKAP GRED J41 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :-
(i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan
(ii) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan dipertimbangkan kepada calon yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang lanskap)


5. PEGAWAI UNDANG – UNDANG GRED L41 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan (iii) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Undang – Undang adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Undang – Undang Gred
L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas ;dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


6. JURUAUDIT GRED W41 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan
a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 :P1T3 ); atau (ii) Ijazah Sarjana Muda perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 :P1T8 ); atau (iii) Ahli Penuh Badan – Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 :P1T8 ); atau (iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan – Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 :P1T9 ); atau (v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 :P1T10 ); atau [ Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di perenggan a(iii) dan (iv) di atas adalah seperti di Rujukan W] dan (vi) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan kepada calon yang memiliki pengalaman)


7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (3 Kekosongan)
Syarat Lantikan a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 :P1T1 ); atau (ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 :P1T5 ); atau (iii) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 :P1T6 ); dan (b) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


8. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N27 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau (ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 :P1T5 ); atau (iii) bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf denganya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menatik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan.
dan c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan. (Keutamaan kepada calon-calon yang berpengalaman dalam bidang Penguatkuasaan)


9. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED J29 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2); (ii) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (iii) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Landskap adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Arkitek Landskap Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (i) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan (b) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan


10. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED J29 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan Gred J29: P1T2) dan (ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


11. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Inspektor Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan Gred U29: P1T6) dan (ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


12. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED J29 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan Gred J29: P1T2) atau dan (ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ( termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan kepada calon yang berpengalaman)


13. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :-
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5) dan (iii) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berpengalaman)


14. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan Gred W27: P1T5) atau (ii) Licentiate Of The Chartered Institute Of Secretaries And Administrators Of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan Gred W27: P1T8) dan (iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berpengalaman)


15. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau (ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan Gred S27: P1T5) dan (iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ( Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan).


16. JURUTEKNIK UKUR BAHAN GRED J17 (1 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :-
(i) Sijil dalam bidang Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9) : dan (ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


17. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR & DESA GRED J17 (2 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :-
(i) Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9) : dan (ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

18. JURUTEKNIK GRED J17 (4 Kekosongan)
Syarat Lantikan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9) : dan (ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan kepada calon lulusan Kejuruteraan Awam)


19. TUKANG K1 GRED R17 (2 Kekosongan)
Syarat Lantikan 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :-
(a) (i) tamat tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau (ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu / Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan; (b) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau (ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh Ketua Perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan / Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. dan (c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. 2. Pegawai sedang berkhidmat dalam pekhidmatan Tukang K2 dan K3 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Tukang K1 Gred R17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan ;- (a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(b) di atas ; dan (b) berumur tidak kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan. (Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki Sijil Automotif atau mahir dalam ketukangan)


20. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 (4 Kekosongan)
Syarat Lantikan 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :- (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU (ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan: (Gaji permulaan ialah Gred W17: P1T2) ATAU (iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan: (Gaji permulaan ialah Gred W17: P1T5) (iv) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah Gred W17: P1T9) dan (v) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan kepada calon-calon yang mahir mengendalikan komputer)


CARA MEMOHON
i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MPD. TR. 1 dengan harga RM1.00 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun ATAU dengan menghantar sampul surat berukuran 22cm x 35cm yang bersetem dan beralamat sendiri ATAU dengan memuat turun daripada laman web http://mpd.terengganu.gov.my

ii) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang disahkan hendaklah disertakan.
iii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :
a) Gambar berukuran 'passport' (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;
b) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
c) Salinan Kad Pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
d) Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan; dan
e) Salinan dokumen berkaitan yang disahkan
iv) Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU.

v) Tarikh Tutup Permohonan : 11 Julai, 2010

PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
i) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut
melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskinikan dan Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun berturut-turut disertakan.
ii) Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruang alamat.

CATATAN:
(i) Permohonan daripada kerakyatan Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan adalah diberi keutamaan.
(ii) Permohonan yang tidak lengkap, tidak terang, tidak ditandatangani atau tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan akan ditolak;
(iii) Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
(iv) Salinan sijil yang tiada pengesahan akan ditolak.
(v) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) tahun dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. (vi) Taraf Jawatan : Tetap/Sementara/Kontrak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan