Adsense

Khamis, 23 Ogos 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Semarak api cinta

Posted: 23 Aug 2012 02:00 AM PDT

����JFIFdd���Duckyd�CKUALA LUMPUR, 14 OGOS 2012 - Photoshoot Rozita Che Wan sempena majlis Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bersantai bermian bunga api bersama anak-anak yatim Al-Faez, Jalan Gombak Lama di Gombak di sini hari ini.

Bermain bunga api, agih duit rayah

Posted: 23 Aug 2012 02:00 AM PDT

����JFIFdd���Duckyd8KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2012 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bersantai bermian bunga api bersama anak-anak yatim Al-Faez, Jalan Gombak Lama di Gombak di sini hari ini.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Randy serasi

Posted: 22 Aug 2012 05:24 PM PDT

Tidak kekok tutur dialek Melayu untuk popular di Malaysia, bangga ada program raya sendiri

TIDAK seperti artis senegara yang lain, Randy Pangalila melihat bakatnya diterima di Malaysia dan mula mengatur langkah melebarkan sayap dalam bidang seni di negara ini.

Bermula dengan telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan Michael Ang, pelakon dari Indonesia ini juga akan terbabit dalam drama bersiri 13 episod berjudul Dalam Hati Ada Taman. Sekali lagi, Randy akan berada di bawah pengarahan Michael dan berlakon bersama Elfira Loy.

Tidak hanya tertumpu kepada telefilem dan drama, bakat pelakon yang terkenal dengan sinetron Nada Cinta ini akan ke layar lebar pula berganding dengan Erra Fazira sebagai teraju utama dengan penggambaran bermula bulan depan.
"Saya banyak belajar mengenai selok belok dunia lakonan di Malaysia daripada Michael Ang sejak terbabit dalam telefilem lagi. Dari situ saya belajar bertutur bahasa Melayu kerana nak sesuaikan dengan penonton di negara ini.

"Kedua-dua projek untuk drama dan filem ini akan bermula bulan depan tetapi tajuk filem masih belum dimaklumkan lagi. Manakala drama Dalam Hati Ada Taman akan menjalani penggambaran di Paris selama lima hari," katanya.

Memilih Malaysia sebagai rumah kedua untuk mencari rezeki, Randy berasakan industri lakonan di negara ini lebih ke depan daripada Indonesia dari segi peralatan dan cara pengarahannya.

Malah, jadual penggambarannya juga lebih singkat dengan episod yang tidak terlalu panjang membuatkannya selesa bekerja di negara ini dengan tenaga produksi yang cekap.
"Bekerja dengan Michael sangat berbeza kerana dia seorang yang kreatif selain alatan penggambaran yang lebih moden dan canggih. Di Indonesia masih menggunakan peralatan lama terutama kamera.

"Sekarang saya sedang menjalani penggambaran sinetron Raja Dan Aku. Kalau dengan produksi di negara ini kita sudah tahu jumlah episod bagi sesebuah drama, tetapi di Indonesia bilangan episod bergantung kepada permintaan penonton sebab itu sinetron Nada Cinta ada lebih 200 episod," katanya.

Tak terfikir rakam single

Randy bertuah kerana diberi kesempatan mengendalikan program Raya Bersama Randy Pangalila arahan Amor terbitan Cube Film yang turut menampilkan barisan artis terkenal tempatan.

Meskipun sukar untuk mengendalikan program yang memerlukannya bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi Randy tidak kekok belajar menguasainya supaya perkataan yang dipertuturkan tidak disalah erti penonton.

"Kalau di Jakarta tidak pernah mempunyai program raya ini malah ini kali pertama saya melakukannya.
Berlakon dengan Elfira tidak kekok kerana kami sudah lama kenal dan punya keserasian, malah saya selesa berlakon dengannya," katanya yang akan bercuti selama 10 hari sempena Aidilfitri.

Tidak pernah terfikir akan mempunyai single mahupun album sendiri walaupun memiliki bakat dalam bidang nyanyian, bagi pelakon berusia 22 tahun ini fokusnya bukan pada seni suara.

Single berjudul Everything I Need dan Selalu Milikku hasil ciptaannya sendiri itu akan dimuatkan dalam drama Dalam Hati Ada Taman dan susunan muziknya dihasilkan oleh Tam Spider.

"Saya menyanyi hanya untuk drama ini dan akan mempunyai mini album sendiri. Tetapi masih belum tahu jumlah lagu kerana ia bergantung kepada Michael," katanya.

Info:

Nama: Randy Dionisius Pangalila
Umur: 22 tahun
Asal: Surabaya, Jawa Timur
Kerjaya: Pelakon
Telefilem: Oh Baby (2008), Kutukan Suster Ngesot (2009), Saya Cinta, Bajingan (2009), Pasangan Romantis (2010), Tiga Cinta (2010) dan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang (2011)

Drama: Alisha (2007), Gue Banget, Cinta Fitri 1, 3 dan Ramadan (2007-2009), Cinta Kirana (2008), Chelsea (2008), Karissa (2008), I Love You (2009), Sumpah I Luv U (2009), Hafizah (2009-2010), Putih Merah (2010), Cinta Melody (2010), Cinta Piano, Nada Cinta (2011), Kian 1,2,3, Selaginya Ada Cinta (2011), Aishiteru (2011) dan Si Miskin & Si Kaya

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Ketawa penawar duka Didie, Jihan

Posted: 22 Aug 2012 08:18 AM PDT

TATKALA kebaya rekaan klasik membaluti tubuh mereka, lengkap bersanggul dengan sekuntum bunga, lekas pesona wajah Didie Alias dan Nuur Jihan Musa terus menyerlah.

Mungkin sudah selalu sangat kita melihat Didie muncul dengan fesyen moden yang pelik-pelik persis Lady Gaga manakala Jihan pula suka bergaya kasual, lantaran solekan khas sempena Syawal kali ini menampakkan lagi sudut feminin mereka.

Jihan Musa yang juga naib juara program Raja Lawak 3 kelihatan begitu mesra dengan Didie yang dianggap sebagai kakak dan senior dalam bidang lawak jenaka. Mereka kerap usik-mengusik ketika jurugambar merakamkan aksi mereka kerana ada-ada saja ayat-ayat lucu terbit daripada mulut mereka.

Namun apabila diwawancara, nada suara Didie menjadi semakin serius.


"Dalam hidup ini, saya bukannya ketawa 24 jam. Walaupun orang nampak saya 'happy go lucky' dan selalu ceria di luar set atau di rumah, saya macam wanita lain juga. Malah sebagai wanita dan ibu, hati saya juga mudah tersentuh - sama seperti orang lain juga. Kelakar menjadi sebahagian daripada imej untuk periuk nasi saya membesarkan anak-anak. Ada masa kita kelakar dan ada masa saya juga sangat serius.


"Kadang-kadang orang tengok kita ketawa tapi orang tidak tahu di dalam hati, kita juga ada masalah, menangis dan berendam air mata.

"Alhamdulillah sekarang rezeki saya murah Tuhan beri. Banyak pihak menaruh kepercayaan kepada bakat saya dan sebagai balasan saya kena bagi yang terbaik kepada penonton.

"Mungkin semua itu berkat kerja keras dan kesabaran yang saya lalui selama ini. Tidak ramai yang tahu saya pernah melarat dan merangkak sebelum ini. Untuk sampai ke tahap sekarang memang susah perjalanan kerjaya saya.

"Namun saya sentiasa berusaha dan tidak pernah menyerah kalah. Saya perbaiki mutu persembahan saya terutamanya lakonan dan bidang pengacaraan untuk sampai ke tahap ini. Syukur kepada Tuhan," ujar Didie sambil membetulkan kerongsang di kebaya.

Mula dikenali melalui filem Kanta Serigala, Ghazal Untuk Rabiah dan Boss, Didie pernah tenggelam seketika kerana meletak fokus kepada keluarga dan membesarkan anak-anaknya iaitu Dhaniyah yang sudah berusia 19 tahun, Dhanial, 18, (menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak), Dinie, 16, Danie, 14, serta Diyana 13.

Didie yang kini berkahwin dengan bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail nyata mendapat semangat baru untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

Dia bukan saja semakin hebat menjadi pengacara bagi acara anugerah berprestij, malah pernah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, April lalu.

Akhir-akhir ini Didie banyak berlakon cerita komedi seram seperti Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Pelesit.

Menyentuh cerita rayanya, wanita yang tidak lekang berjenaka sambil mengusik suaminya yang kini bertindak selaku pengurus itu, lebih banyak memberikan tumpuan kepada anak-anak kalau dia tidak berlakon atau terbabit dengan acara pentas.

"Bezanya kali ini, dua anak saya sudah tidak tinggal bersama lagi kerana masing-masing belajar di asrama. Jadi suasana riuh-rendah di rumah kami agak kurang sedikit dan membuatkan saya rasa sayu dan sedih kerana selalu rindukan mereka.

"Namun jujurnya saya bersyukur kerana berjaya membesarkan mereka dengan pendidikan yang secukupnya demi masa depan. Kita belajar tidak pandai, jadi biarlah anak-anak yang lebih berjaya dalam pengajian.

"Untuk raya kali ini, saya tidak membuat persediaan besar, cukuplah baju raya sekadar yang perlu, kuih-muih dan keperluan anak-anak. Kami sekeluarga pulang beraya di Johol, Negeri Sembilan dan kemudiannya di keluarga saya di Melaka," katanya.

Bagi Jihan pula, satu-satunya pelakon komedi wanita angkatan muda paling menyerlah masa kini, cerita karier lakonannya cukup berbeza.

Anak kedua daripada empat beradik yang kini berusia 29 tahun ini akui karektor kelakar dengan personaliti bersahaja sudah sinonim dengannya.

Meskipun awalnya jenaka hanya dijadikan batu loncatan semata-mata, hari ini anak kelahiran Selangor ini terus menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa sehingga dia sudah dilabel pelakon komedi.

"Saya asalnya adalah penggiat teater kecil. Banyak pengalaman yang saya timba dalam pementasan tapi semuanya mula berubah sebaik saya diterima masuk ke dalam Raja Lawak. Sejak itu juga, saya sudah tidak ada masa lagi untuk kembali mengikuti gerakan teater seperti dulu kerana jadual lakonan yang bertambah banyak. Saya amat bersyukur dengan peluang dan ruang yang diberikan oleh produser tempatan.

"Namun tidak dinafikan, ada kalanya rasa rindu sangat berlakon teater itu kembali kerana kepuasannya cukup berbeza. Saya hanya berlawak sekarang kerana itu saja peluang yang diberikan sedangkan saya mampu melakonkan apa saja peranan.

"Bagaimanapun saya yakin dan percaya, satu hari nanti saya akan merealisasikan juga impian untuk menghidupkan pelbagai karektor dan bukan lagi terikat dengan genre komedi semata-mata," katanya yang pernah membintangi drama Pelakon Extra dan Patah Seribu.

Melihat dari sisi berbeza, status pelakon komedi yang ada pada Jihan kadangkala dipermainkan orang.

"Nak menangis pun tak boleh tapi itulah hakikat. Mentang-mentang kita pelakon komedi, ada juga orang yang datang dekat saya dan terus meminta untuk saya buat lawak tanpa sebab. Saya hanya berlawak di pentas lawak dan kalau di luar. Saya juga macam Kak Didie, kami orang biasa. Kalau kita terhegeh-hegeh tidak tentu pasal, orang belum tentu suka atau naik meluat," katanya yang akan pulang beraya bersama ibu dan tiga lagi saudara di Langat, Selangor.

Sepanjang musim raya, wajah kedua bintang ini mewarnai ruang rumah bagi menghiburkan seisi keluarga dengan pelbagai program TV.

Jihan umpamanya muncul drama Order Saja tayangan Astro, Tutty Polkadot dan Konangan di RTM, sitkom Seri Pantun serta menjadi pengacara kepada program Tiada Lama Tiada Baharu juga menerusi RTM.

Didie pula muncul dalam pelbagai program termasuk mengacarakan Sampaikan Aidilfitri dan drama Untung Atas Angin di RTM, Daging Batang Pinang dan Stalista Aidilfitri di Astro dan juga program muzikal Randy Oh Randy.

Bintang komedi dua generasi ini sekali lagi akan dipertemukan dalam sebuah mencuit hati iaitu Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2 Setengah yang akan menemui penonton pada 28 Ogos ini, jam 9 malam di Astro Ria.

Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012


Astro raikan Kempen Negaraku

Posted: 22 Aug 2012 07:56 AM PDT

DALAM kemeriahan umat Islam menyambut 1 Syawal saluran satelit definisi tinggi, Astro tidak lupa meraikan Best of 1Malaysia dengan tayangan lebih 160 program yang akan disiarkan menerusi pelbagai salurannya bagi meraikan Hari Kemerdekaan Ke-55.

Kempen Negaraku yang akan bermula daripada 15 Ogos lalu sehingga 17 September depan akan memperkenalkan satu saluran baru iaitu, My Hometown (Saluran 318) yang meraikan kampung halaman rakyat Malaysia melalui video-video yang dihantar menerusi pertandingan My Hometown.

My Hometown sebelum ini menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan perpaduan dalam kepelbagaian dengan menghantar video masing-masing yang mengetengahkan keunikan kampung halaman mereka menerusi saluran My Hometown (Saluran 318).

Astro juga memperkenalkan My Hometown Short Films iaitu projek yang menawarkan 14 filem pendek meliputi 14 negeri di Malaysia arahan 14 pengarah filem muda.


Naib Presiden Berita bagi Kumpulan Kandungan Astro, Vincent De Paul, berkata pada sambutan kemerdekaan kali ini, Astro membawakan yang terbaik menerusi kepelbagaian kandungan TV dan secara talian untuk menepati selera penontonnya.


"Sama ada tua ataupun muda, di bandar atau di desa, rakyat Malaysia dapat memilih program kegemaran mereka yang ditawarkan menerusi gandingan hebat rangkaian media global bersama saluran tempatan," katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Mulai 15 Ogos lalu sehingga 17 September ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton tayangan perdana program seperti Era Kegemilangan Sukan Negara (Era 50-an hingga 90-an) menerusi Astro Arena (Saluran 801), Agenda Awani - Banyak Etnik, Banyak Budaya & Satu Bangsa di Astro Awani (Saluran 501), Behind the Dialect Groups di Astro AEC (Saluran 301) dan The evolution of Music in Malaysian Tamil Films menerusi Astro Vellithirai (Saluran 211).

Tambah Vincent, kekayaan budaya dan variasi negara ini juga akan ditonjolkan menerusi saluran antarabangsa Astro.

Antara program yang disediakan, Inside: Istana Negara di National Geographic Channel (Saluran 553), Revealed: Malaysia's Majesty - Twice a King dan Eye on Malaysia 2: Royal Carver dalam Discovery Channel (Saluran 551), Passage to Malaysia: Feast in the East dan Art and About di TLC (Saluran 707), Siti Nurhaliza menerusi BIO (Saluran 731), Special Forces: Malaysia GGK dan Last Journey To Sarawak di History (Saluran 555).

Untuk maklumat lanjut mengenai program khas sempena Merdeka nanti, orang ramai boleh layari www.astro.com.my/Negaraku bermula 15 Ogos - 17 September ini. Bagi maklumat lanjut tentang My Hometown, sila layari www.astro.com.my/myhometown.

Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Ziana, Anuar balik Merlimau

Posted:

Ziana, Anuar balik Merlimau

ANUAR dan Ziana mempunyai kelangsungan kerjaya yang sentiasa berjalan lancar.


SUDAH berpuluh-puluh tahun tidak meraikan 1 Syawal di kampung halaman yang terletak di Merlimau, Melaka, itulah pengakuan daripada mulut penyanyi terkenal, Ziana dan adiknya, Anuar Zain.

Mereka berdua yang ditemui pada sesi fotografi khas sempena Aidilfitri di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor, pada pertengahan bulan Ramadan lalu, mengatakan kali terakhir mereka sekeluarga meraikan 1 Syawal di kampung adalah sekitar tahun 1980-an.

"Saya sendiri sudah tidak ingat tahun terakhir kami dapat pulang beraya di kampung. Sebenarnya bukan kami tidak mahu balik kampung, hari-hari biasa kami kerap juga balik, cuma pengalaman beraya di kampung pada 1 Syawal itu sudah lama tertinggal.

"Tradisi balik raya terhenti sejak kami berdua menjadi penyanyi. Jadual kami sentiasa sibuk terutamanya pada bulan Ramadan dan juga bulan Syawal.

"Rumah keluarga kami di Shah Alam, Selangor pula sentiasa penuh dengan tetamu, mahu tidak mahu kami harus melayan tetamu yang hadir. Jadi, saudara-mara tidak ada pilihan yang lain, mereka yang akan turun ke Shah Alam beraya dengan kami," kata Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain panjang lebar.

Celah Anuar, 42, yang segak dalam persalinan busana Salikin Sidek mengakui situasi tersebut. Ujarnya, rumah mereka akan dihadiri tetamu dan juga peminat sehingga larut malam.

"Macam mana nak balik kampung, waktu itu ibu bapa kami masih sihat dan rajin layan tetamu yang hadir tidak kira waktu. Selalunya sampai pukul 1 pagi pun masih ada yang memberi salam untuk beraya di rumah kami.

"Sebagai tuan rumah, kami akan melayan sebaik mungkin. Cuma tahun ini, ibu bapa kami sudah tidak sihat seperti dahulu, kakak saya juga sudah ada anak-anak yang perlu diberi perhatian, oleh itu tahun ini kami semua sepakat untuk raya di kampung selama tiga hari," cerita Anuar penuh semangat.


HANYA kerana mempunyai seorang sahaja anak perempuan iaitu Siti Nour Kaseh, Ziana telah membeli sepuluh pasang baju raya untuk anaknya itu. Ziana turut mempunyai tiga orang anak lelaki.


Walaupun dapat pulang beraya di kampung, kata pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain itu, sudah ramai ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia di kampung, disebabkan itu suasananya tidak sama seperti waktu mereka kecil.

"Ahli keluarga kami terutama pak cik-mak cik ramai yang telah meninggal dunia, hanya beberapa orang sahaja yang tinggal.

"Apa pun, kami tetap melawat semua saudara-mara yang ada dan raya kami pasti disambut semeriah mungkin. Bukan senang untuk kami dapat cuti dan berkumpul ramai-ramai seperti hari raya," tutur Anuar yang cukup popular dengan lagu Suasana Hari Raya nyanyiannya bersama Elina.

Malam raya

Ziana, 44, yang merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik memberitahu setiap kali raya saat paling digemarinya adalah pada malam raya.

"Memang saya paling suka pada malam raya. Kesibukan dan keriuhan pada malam raya membuatkan raya kita lebih meriah.

"Tambahan kalau sambut raya di kampung, memang sangat seronok apabila semua saudara-mara berkumpul dalam sebuah rumah, memang sangat kecoh, tetapi saya suka," kata Ziana.

Jika Ziana sibuk di dapur menyiapkan hidangan untuk pagi raya, Anuar pula kata kakaknya, suka menyibukkan dirinya dalam setiap situasi.

"Anuar, dia akan cuba menyibukkan dirinya di dapur atau di mana-mana sahaja (ketawa). Sungguhpun begitu, dia tolong juga mana yang patut, anak-anak saudara memang suka kalau Pak Ngah (panggilan untuk Anuar) mereka balik kampung sebab dapat banyak duit raya," luah Ziana.

Sambung Anuar, apabila tibanya raya, mereka adik-beradik sudah tahu tugas masing-masing.

Contohnya Anuar bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembelian kuih raya, malah sempat berbincang dengan kakaknya kuih apa yang harus dibeli ketika sesi fotografi ini dijalankan.


BUAT pertama kalinya selepas berpuluh-puluh tahun, adik-beradik Ziana dan Anuar Zain meraikan Syawal di kampung halaman mereka di Merlimau, Melaka.


"Kami sekeluarga memang tidak ada masa buat kuih, semuanya kuih tunjuk sahaja, tetapi sebelum beli, saya akan pastikan kuih itu benar-benar sedap untuk dimakan bukan setakat cantik sahaja.

"Selalunya kuih yang menjadi pilihan adalah kuih tart nenas yang merupakan kuih wajib, selain itu kuih batang buruk, sarang semut, kuih bangkit dan kuih dahlia akan dibeli," ucap Anuar sambil berkira-kira berapa balang kuih yang harus dibeli.

Belanja raya

Penyanyi lagu Madah Berhelah dan ibu kepada Muhammad Aiman, 12, Muhammad Amar, 9, serta pasangan kembar Muhammad Airil dan Siti Nour Kaseh, 3 tahun, berkata perbelanjaan raya tahun ini agak terlebih disebabkan puteri sulungnya.

"Tahun ini kami sekeluarga memakai baju warna biru cair, saya beli kain sepapan dan tempah. Kalau dikira-kira baju yang paling banyak sudah pasti satu-satunya anak perempuan saya.

"Setiap kali saya terlihat baju kanak-kanak perempuan yang comel pasti saya akan beli untuk Kaseh, itu belum dikira hadiah baju daripada rakan-rakan dan juga saudara. Setakat ini, baju Kaseh sudah ada sepuluh pasang.

"Bukan apa, sebab saya sudah lama menunggu untuk dapat anak perempuan, bila lihat baju kanak-kanak perempuan yang saya tidak boleh beli sebelum ini, saya akan beli untuk Kaseh. Anak-anak lelaki ada juga baju baharu, cuma jumlahnya tidak sebanyak anak perempuan," kata Ziana sambil tersenyum.

Pakaian raya Ziana pula sudah ditempah awal-awal lagi, begitu juga dengan Anuar yang menempah baju Melayu. Bagaimanapun, kata Anuar dia tidak berhabis banyak semata-mata untuk meraikan Aidilfitri.

"Mungkin kakak saya akan belanja lebih sebab dia ada anak-anak, kalau saya hanya biasa-biasa sahaja, beli apa yang patut.

"Selebihnya saya akan simpan duit untuk beri duit raya pada anak buah seramai 12 orang. Selepas cuti lebih kurang seminggu, saya akan bekerja seperti biasa," katanya yang akan muncul dengan album duet bersama penyanyi Dayang Nurfaizah.

Mariani, Mat Sentol, Zaiton beri pendapat

Posted:

Mariani, Mat Sentol, Zaiton beri pendapat

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

DARI kiri: Zaiton Sameon, Mat Sentul dan Mariani mempunyai versi cerita raya masing-masing.


MENARIK apabila dapat bertemu dengan tiga artis veteran, Mariani, Mat Sentul dan Zaiton Sameon yang mempunyai personaliti yang berbeza. Mariani yang cukup peramah dan petah berbicara, berbeza sekali dengan Mat Sentol dan Zaiton Sameon yang hanya bercakap apabila ditanya.

Bertemu ketika majlis berbuka puasa seniman dan seniwati di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada Ramadan lalu, mereka berkongsi suka duka dan keseronokan beraya.

Bagi mereka, hari raya zaman sekarang umpama dibuat-buat dan tidak berlaku secara semula jadi seperti ketika mereka muda dahulu.

Mereka juga sepakat berpendapat bahawa cara sambutan hari raya sekarang seperti rekaan dan keadaannya tidak begitu meriah kerana cara orang berbelanja dan berhias setiap hari seperti hari raya.

Menurut seniwati Mariani atau nama sebenarnya, Mariani Ismail, pengalaman beraya ketika tinggal di Jalan Ampas, Singapura adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

"Semua pelakon dan kru tinggal sebumbung dan di satu kawasan yang sama, jadi kemeriahan itu memang dapat dirasai apabila kami bertukar-tukar juadah pada pagi hari raya," ujar kakak kepada biduanita Saloma ini.

Beliau yang terbabit dengan empat drama sempena Aidilfitri ini iaitu Kasih Andak, Anak Hero, Malang Yang Berbau dan Pontianak Kampung Batu Tiga memberitahu, ketika di Jalan Ampas mereka tidak akan ke mana-mana kecuali beraya di kejiranan itu sahaja.

Mariani dan sambal goreng pengantin

Mariani menambah, kemeriahan raya zaman sekarang hanya terasa apabila dapat bersama anak-anak dan cucu sahaja, tetapi ketika di Jalan Ampas erti kemeriahan dan hari kemenangan itu dapat dirasai.

"Memang cukup berbeza kemeriahannya. Setiap hari raya apabila terkenang cerita lama, hati saya akan sayu kerana ramai rakan-rakan seangkatan saya sudah tiada di dunia ini," ujarnya yang juga ibu kepada Melissa Saila.

Mengenai sambutan hari raya pula, Mariani berkata, setiap tahun dia akan pulang ke rumah dua orang anaknya, Normah dan Noraini Darus di Singapura selama tiga hari.

"Mereka ada butik di Singapura, jadi saya tidak perlu membawa baju raya sebab mereka sudah sediakan semua," ujarnya yang menggemari makanan Singapura iaitu juadah sambal goreng pengantin pada setiap pagi raya.

Serik pegang watak hantu

Bercakap tentang dirinya yang masih lagi aktif berlakon pada usia 79 tahun, Mariani bersyukur dengan tawaran yang datang kepadanya.

MAT SENTUL mengakui dia tidak menyenangi lawak jenaka zaman sekarang.


Bagaimanapun, beliau memberitahu telah serik untuk melakonkan watak hantu kerana terpaksa disolek tebal selama empat jam dan untuk menanggalkan solekan itu juga adalah satu perkara yang menyeksakannya.

"Ada dapat tawaran watak hantu juga, tetapi saya terpaksa tolak sebab tak larat sangat ambil masa lama untuk disolek dan menanggalkan solekan. Cukuplah dapat watak nenek atau ibu sahaja," ujarnya yang mesra dengan panggilan mummy.

Beliau turut berikrar akan mengabdikan dirinya selagi hayat dikandung badan dan selagi ada pihak yang sanggup menawarkannya watak bagi kelangsungan beliau sebagai anak seni.

"Saya tidak akan tolak tawaran berlakon, selagi ada orang nak, saya akan terima, tetapi tidak sekali-kali saya akan tawarkan diri sendiri," ujar bekas ratu cantik pada 1951 ini.

Mat Sentol tak rasa raya

Saat soalan raya diajukan kepada pelakon lama yang cukup sinonim dengan filem-filem komedi, Mat Sentol menyifatkan sikap masyarakat masa kini yang gemar berbelanja mewah tidak mengira waktu membuat kemeriahan raya itu tidak dirasai.

Ujarnya, berbeza pada zaman dahulu, umat Islam ramai yang berbelanja besar hanya setahun sekali iaitu menjelang hari raya.

"Keadaan masyarakat sekarang yang setiap hari berbelanja seperti hari raya membuatkan erti hari raya telah hilang dan tiada serinya. Kalau hari-hari sudah belanja besar dan pakai baju cantik-cantik, apabila hari raya perkara sama juga dibuat, erti hari raya sudah hilang," ujarnya ringkas.

Tidak minat berlakon

Berbeza dengan Mariani, pelawak dan pelakon veteran, Mat Sentol atau nama sebenarnya, Mat Raship Yahya memberitahu beliau yang kini tinggal di Larkin, Johor pula sudah tidak berminat untuk berlakon lagi.

Ujarnya yang kini lebih banyak mengarah dan menerbitkan iklan makanan kanak-kanak, beliau sudah selesa dengan kehidupannya kini tanpa terlibat dengan dunia seni.

"Dulu ada sebuah stesen televisyen panggil berlakon, tetapi pengarah yang mengarah cerita itu masih muda dan tidak boleh ditegur, saya tidak bersependapat dengan dia," ujarnya seolah-olah sudah putus asa dengan dunia lakonan.

Beliau juga berpendapat dunia lakonan dan lawak zaman sekarang juga tidak semula jadi seperti yang dilakukan oleh dirinya dan rakan seangkatan lain.

"Kalau saya tonton drama di televisyen, ia agak menyakitkan hati terus saya tutup, tidak tonton pun tidak mengapa kalau buat lakonan dan lawak seumpama itu,," ujarnya yang tidak menyenangi lawak jenaka zaman sekarang.

ZAITON SAMEON yang akan muncul dengan album berjudul Terimalah selepas Aidilfitri ini meraikan hari raya di Kelantan.


Namun, Mat Sentol memberitahu, dia akan menerima tawaran berlakon daripada pengarah yang sanggup menerima teguran daripadanya.

Zaiton teringat anak

Penyanyi 80-an yang cukup terkenal, Zaiton Sameon juga sependapat dengan Mariani dan Mat Sentol, tetapi baginya hari raya lebih bermakna jika bersama arwah anaknya dan keluarga sendiri.

Beliau yang kini tinggal bersama adik angkatnya yang berasal dari Kelantan berkata, hari raya akan lebih bermakna baginya jika arwah anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, masih ada.

"Saya bersyukur kerana adik angkat, Che Sekah Ismail, sanggup jaga saya dan menemani saya ke mana-mana. Dialah keluarga saya dunia akhirat sekarang," ujarnya yang mengikut Che Sekah beraya ke Kelantan tahun ini.

Album selepas Aidilfitri

Beralih topik kepada kisah kariernya, pelantun lagu Menaruh Harapan dan pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 1987 ini memberitahu beliau akan melancarkan album baharunya berjudul Terimalah dalam masa terdekat.

Album berkenaan memuatkan lagu-lagu berentak zapin, pop dan balada yang dicipta khusus untuk peminatnya. Ia diterbitkan oleh Money Entertainment.

"Ramai peminat tanya bila nak terbit album, apabila ada pihak yang sanggup terbitkannya, saya terima, ia untuk mengubati rindu peminat kepada nyanyian saya," ujarnya.

Beliau menjangkakan lagu yang akan mendapat perhatian peminatnya, Insan Kecil yang mengisahkan mengenai penderaan kanak-kanak.

Saya bagi tempoh seminggu cari bukti - Jue Aziz

Posted:

Saya bagi tempoh seminggu cari bukti - Jue Aziz

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

JUE AZIZ begitu terkilan kerana didakwa menjalin hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang merupakan suami kepada pelakon Rita Rudaini.


NAMA pelakon cantik Zuliana Abd. Aziz, 29, atau lebih popular dengan panggilan Jue Aziz hampir tidak pernah dibicarakan lagi sejak kebelakangan ini. Jue seperti sudah terhakis dengan sebarang kontroversi, terutamanya yang berkaitan soal cinta.

Bagaimanapun, nama pelakon berkenaan tiba-tiba kembali hangat diperkatakan ramai apabila sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga suami kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Jue mengakui dirinya terlalu kecewa dengan kontroversi yang melanda dan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak tersebut.

Kosmo!: Apakah reaksi Jue apabila didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil?

JUE: Sudah tentu saya berasa sedih dan kecewa kerana ketika sambutan

1 Syawal umat Islam merayakan Aidilfitri dan dihidangkan dengan pelbagai juadah, saya pula telah dihidangkan dengan sebuah kisah kontroversi yang boleh mengaibkan diri saya.

Apa yang boleh anda katakan apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang?

Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.

AIDIL ZAFUAN


Adakah anda tahu individu atau pihak yang telah mengaitkan nama anda dalam kontroversi ini?

Sebenarnya saya tahu identiti individu yang bertanggungjawab mereka cerita ini memandangkan nama Ayu Raudhah turut dikaitkan sama. Lagipun saya yakin, pembaca yang membaca cerita berkenaan juga sudah dapat agak siapa individu tersebut. Cuma saya agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan pula, sedangkan saya langsung tiada masalah dengan individu itu. Kalau betul dia ada bukti seperti yang diperkatakan, sila bersemuka dengan saya.

Setelah kontroversi berkenaan tersebar, adakah ia memberi impak kepada anda?

Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.

Bagaimana pula dengan tindakan anda selanjutnya untuk berhadapan dengan kontroversi ini?

Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah. Saya ada

hak untuk membersihkan nama kerana kontroversi ini pastinya boleh menjejaskan periuk nasi saya sebagai seorang pelakon.

Rabu, 22 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Rambut Pendek Rita Ora!

Posted: 22 Aug 2012 07:00 PM PDT

Rambut merupakan mahkota yang penting dan sering dititikberatkan si jelita yang ingin tampil menawan. Daripada posisi dan bentuk rambut yang digayakan sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan personaliti seseorang.

Lebih-lebih lagi jika gaya tersebut digayakan oleh selebriti, pasti menjadi ikutan terutama bagi mereka yang obsess dengan  kecantikan. Kerinting ala-ala Hollywood pasti menjadi idaman setiap wanita tetapi tidak pula bagi fashionista Rita Sahatçiu Ora atau dikenali sebagai Rita Ora yang merupakan penyanyi, penulis lagu serta pelakon British.

Rita Ora seorang selebriti yang cantik dan sering tampil memukau kini melakukan perubahan imej yang besar. Penyanyi berusia 22 tahun ini seolah-olah tidak peduli akan rambutnya yang cantik berkerinting 'blonde' itu dipotong menjadi pendek.

Ini kerana, baru-baru ini beliau dilihat telah melakukan perubahan baru dengan menggayakan rambut pendek yang menarik. Perubahan bentuk rambut yang pendek mampu menyerlahkan wajah mudanya disamping kelihatan beliau masih mengekalkan rona warna 'blonde'.

Si glamor fashionista ini dilihat berpakaian 'dress' berkait singkat  berwarna merah jambu dengan kerjasama sepasang 'boot' coklat Timberland di tengah London. Beliau juga memadankan gayanya dengan aksesori menarik seperti gelang dan rantai serta kaca mata hitam bagi menampilkan imej ringkas.

Seiring dengan gelaran fashionista, beliau bijak dalam penggayaan walaupun personalitinya kini berubah berambut pendek.

Guru Bertinju Demi Masa Depan Pelajar

Posted: 22 Aug 2012 06:00 PM PDT

"Here Comes the Boom" merupakan filem arahan Frank Coraci bergenre komedi dan ia banyak menceritakan tentang kehidupan di sebuah sekolah tinggi.

Filem ini mengisahkan tentang Scott Voss, watak yang dilakonkan oleh Kevin James, di mana dia merupakan seorang guru biologi di sebuah sekolah tinggi yang ingin berjuang untuk mendapatkan wang bagi menghalang pembubaran aktiviti kokurikulum di sekolah tempat dia mengajar. Dia terpaksa masuk pertandingan tinju semata-mata untuk mendapatkan wang. Berjayakah guru biologi ini berjuang untuk meneruskan aktiviti kokurikulum di sekolahnya?

Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa menonton filem Here Comes the Boom di pawagam berhampiran pada 20 Disember 2012 yang akan datang. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Kevin James, Salma Hayek, Charice dan Henry Winkler.

Mari layan trailer filem Here Comes the Boom!

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Dreamworks Animation Moves To Twentieth Century Fox

Posted: 22 Aug 2012 03:15 PM PDT

DREAMWORKS ANIMATION ENTERS INTO NEW FIVE-YEAR DISTRIBUTION AGREEMENT WITH TWENTIETH CENTURY FOX

Glendale, California – August 20, 2012 – DreamWorks Animation SKG, Inc. (Nasdaq: DWA) today announced that the Company has entered into a new five-year distribution agreement with Twentieth Century Fox.

Under the terms of the agreement, Fox will assume certain marketing and distribution responsibilities in both domestic and international markets for all animated feature films produced by DreamWorks Animation for release in 2013 through 2017.

"Fox has long been an industry leader in both theatrical and home video thanks in large part to its well-integrated approach to distribution across a wide range of platforms around the globe," said Jeffrey Katzenberg, Chief Executive Officer of DreamWorks Animation. "Jim Gianopulos and Tom Rothman have built a world-class distribution team and we are excited to apply their expertise, robust infrastructure and global resources so that DreamWorks Animation's films can reach their fullest possible potential over the next five years."

"DreamWorks Animation is a great company that makes terrific films and everyone here feels privileged and honored to have been chosen to distribute their marvelous work throughout the world," stated Fox Filmed Entertainment CEOs and Chairmen, Jim Gianopulos and Tom Rothman. "We are particularly excited to add DreamWorks Animation's films to the strong and growing slate of movies from our outstanding Blue Sky Studios division, which is coming off another global blockbuster with Ice Age: Continental Drift, and has EPIC and RIO 2 in advanced production. Together we will be a dominant force in animated entertainment for years to come."

"Starting in 2013, DreamWorks Animation content will be distributed in the more traditional markets under a fee structure that is similar to our existing arrangement with our current distributor," continued Katzenberg. "However, our new agreement with Fox presents more favorable economics overall for DreamWorks Animation because we are taking advantage of lower costs associated with the emerging digital distribution landscape and managing domestic television distribution in-house."

Under the terms of the agreement, Fox will receive a distribution fee on worldwide theatrical and home video gross receipts as well as on international television, and on certain digital businesses, including rentals, SVOD and EST. DreamWorks Animation will retain the rights to distribute its product in the domestic television windows without paying a fee to Fox.

Budiey: Not sure what I think of this, it seems odd for DWA to move from DreamWorks to Fox, it'll just be weird to see those to logos in the same movie. At least it's 5 years

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Driven Communications Nafi Pemilik Blog Oh Bulan!

Posted: 22 Aug 2012 03:08 PM PDT

Syarikat Driven Communications Sdn Bhd menafikan bahawa ia adalah pemilik blog portal berita hiburan 'Oh Bulan!' yang didakwa memfitnah bekas isteri penyanyi Hattan, Noorfarashikin Othman.

Driven Communications selaku defendan berkata, tindakannya memfailkan pernyataan pembelaan itu dibuat tanpa memprejudiskan haknya untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan dikemukakan oleh Noorfarashikin (plaintif).

blog oh bulan disaman

Pada 3 Julai lalu, Noorfarashikin, 32, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh.

Sementara itu ketika ditemui media, peguam, Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu, dia sudah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya dan berkemungkinan akan memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan itu.

Menurutnya, mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes itu pada 10 September ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Noorfarashikin antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif difikirkan wajar oleh mahkamah.

Plaintif mendakwa pada awal Januari lalu, defendan menyiarkan artikel dan imej di laman web mereka iaitu www.ohbulan.com memberi maksud antara lain dia adalah seorang yang curang dan tidak boleh dipercayai.

Noorfarashikin mendakwa, hasil penyiaran artikel itu menyebabkan reputasi peribadi dan profesionalnya tercemar, selain sedih dan malu atas tuduhan itu.

Noorfarashikin adalah bekas isteri Hattan atau Datuk Mohd Shukri Shahabudin dan mereka berkahwin pada 11 November 2011 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan dua bulan apabila Hattan melafazkan cerai talak satu di mahkamah rendah syariah pada 19 Januari lalu. sumber: Harian Metro

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

borak kosong

borak kosong


Lelaki ini gembira apabila Rihanna menonggeng,Kenapa?

Posted: 22 Aug 2012 09:45 PM PDT

Hebat, Pemenang Pertandingan Tulisan Tangan Terbaik Diraih Oleh Peserta yang Tak Memiliki Tangan

Posted: 22 Aug 2012 09:30 PM PDT


Ini adalah sebuah kejadian penuh inspiratif yang melibatkan tekad kuat seorang anak disabel berusia 7 tahun yang rela berjuang, pantang menyerah, untuk dapat berprestasi dan dapat melakukan hal-hal yang mampu dilakukan teman sebayanya yang normal.
Tujuh tahun yang lalu, Annie Clarck dilahirkan dari perut bundanya tanpa memiliki sepasang tangan, tepatnya seluruh bahagian telapak tangan dan jemari. Tapi, meskipun kekurangannya ini menghalangi Annie untuk melakukan banyak hal dengan mudah seperti teman sebayanya yang lain, ia, menurut cerita ibunya, bukan anak kecil yang suka menyerah. Annie memiliki sifat bekerja keras, bertekad kuat, serta selalu belajar dari kesalahan yang pernah ia lakukan, menjadikannya seorang anak perempuan yang tangguh dan tabah.
Tekad kuat Annie dibuktikan dalam pertandingan yang diadakan oleh perusahaan seni bahasa dan bacaan Zaner-Bloser. Dalam pertandingan khusus pelajar disabel tersebut, Annie yang  tak memiliki kedua tangan, berhasil meraih penghargaan dari pertandingan tulisan tangan terindah peringkat kebangsaan.
Video dibawah adalah momen ketika panitia mengumumkan siapa peserta yang berhak menjadi juara. Saat Annie mengetahui namanya disebut, ia berjalan dengan canggung , tak menyangka dirinya berhasil meraih juara nombor satu.
Didampingi ibunya, Annie lalu menunjukan kepada wartawan bagaimana cara ia menulis dengan menggunakan kedua lengannya secara menakjubkan, yang bahkan bagi orang normalpun, menulis menggunakan kedua tangan adalah sesuatu yang amat sulit, apalagi untuk menulis indah.
Saat dirimu suntuk dan ingin menyerah, semoga cerita Annie ini dapat kembali meluapkan semangat untuk terus berjuang.

Siapa lebih sopan adik ke kakak?

Posted: 22 Aug 2012 09:15 PM PDT


Aneh, Wanita Ini Pantang Melihat Cermin Selama Satu Tahun

Posted: 22 Aug 2012 09:00 PM PDT

Biasanya, wanita paling tidak tahan jika melewati cermin, atau apapun yang boleh digunakan bercermin. Saat ada cermin, kita akan berhenti sejenak untuk melihat pantulan diri dan membenahi penampilan.

Kjerstin Gruys nampaknya pengecualian dengan melakukan hal sebaliknya. Selama setahun, mahasiswa PhD psikologi itu menghindari melihat pantulan dirinya sendiri di cermin, bahkan di hari pernikahannya. Semua itu dilakukannya untuk satu tujuan, meningkatkan kepercayaan diri.



Di masa remajanya, Gruys sangat terobsesi dengan berat badan. Dia nekad membatasi makanan yang masuk ke tubuhnya secara ekstrim sehingga terkena anoreksia. Gangguan pola makan yang dialaminya pun sembuh usai menjalani terapi.

Namun, rasa tidak percaya diri rupanya masih menghantui Gruys. Terlebih saat dia dan tunangannya, Michael Ackermann, mulai membicarakan pernikahan mereka. Gruys pun menjalankan mulai menjalankan program anti cermin.

Dia mengaku terinspirasi buku Birth of Venus yang memaparkan kehidupan ordo biarawati Itali pada masa Renaissance. "Mereka tidak diperkenankan bercermin, melihat tubuh wanita lain saat berpakaian. Pada dasarnya, mereka dilarang melihat tubuh mereka sendiri," ujarnya dikutip dari Daily Mail,.

Wanita 29 tahun ini benar-benar menghindari barang apapun yang dapat memantulkan refleksi dirinya. Dia juga ekstra hati-hati saat sedang jalan-jalan, menyetir, atau menggunakan Skype. Bahkan melihat fotonya sendiri pun dia tak mahu.

Di hari pernikahannya, Gruys tetap bersikukuh untuk tidak bercermin. Meski demikian, dia mengaku justru di hari itulah semuanya terasa mudah. 

"Saya berfokus pada makna pernikahan sebenarnya, bukan tentang bagaimana penampilan saya di hari itu," alasan Gruys.

March 2012, ia mengakhiri hari-hari tanpa cerminnya. Lalu, apa yang diperolehnya? Gruys jadi belajar untuk lebih memperhatikan perasaan saya, bukan penampilan. 

"Tidak ada salahnya bercermin, namun saya rasa setiap orang patut berefleksi sejenak untuk melihat adakah yang kurang. Kita punya begitu banyak hal yang boleh ditawarkan pada dunia, bukan hanya penampilan saja," ujarrnya. (adi)

sumber: viva.co.id

Pulau Berwarga Paling Panjang Umur Di dunia

Posted: 22 Aug 2012 08:45 PM PDT

Bukan hanya keunikan budaya atau keindahan alam membuat Sardinia sohor. Pulau kecil di Kepulauan Mediteranian ini menjadi perbincangan dunia kerana memiliki sejumlah penduduk yang masuk kategori tertua di dunia. 

Di salah satu desa, Perdasdefogu, bahkan hidup sembilan bersaudara yang jika usianya disatukan mencapai 818 tahun, seperti dikutip dari laman health.yahoo.net.

Mereka adalah keluarga Melis. Yang tertua, Consolata berusia 104 tahun dengan sembilan anak, 24 cucu, dan 25 cicit. Disusul Claudia (99), Maria (97), Antonio (93), Concetta (91), Adolfo (89), Vitalio (86), Vitalia (81), dan Mafalda (78). 

Dengan usia yang tak lagi muda, semuanya masih cukup segar. Tak haian jika keluarga tersebut mendapat penghargaan dari The Guinness World Record sebagai keluarga paling panjang umur di dunia. 

Luca Deiana, seorang profesor biokimia klinik dari Universiti Sassari, Sardinia, menemukan setidaknya 2.500 penduduk berusia lebih 100 tahun di pulau itu sejak 1996. Ia mempelajari banyak faktor yang membuat penduduk di pulau itu cenderung panjang umur. 



"Di satu sisi adalah faktor genetik, tapi ada juga faktor kuat lainnya iaitu lingkungan bebas polusi yang mempengaruhi pola hidup sihat. Makanan-makanan yang dihasilkan di pulau itu sangat bersih, tertutama buah-buahan seperti pir dan plum," ujarnya kepada surat khabar Itali, Corriere della Sera.

Craig Glenday, pejabat Guinness World Records menambahkan bahawa kebiasaan masyarakat Sardinia menjalani diet Mediterania cukup berperan. "Gaya hidup mediterania menjadi faktor kuat yang membuat seseorang hidup sihat, panjang umur," ujarnya.
Diet mediterania adalah pola makan yang menyertakan asupan tinggi buah-buahan, sayuran, ikan dan gandum. Sejumlah penelitian telah membuktikan bahawa pola makan ini membantu meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

sumber: viva.co.id

Mengerikan, 10 Tahun Garpu Ada di Dalam Perut Lelaki Ini

Posted: 22 Aug 2012 08:30 PM PDT

Garpu jadi salah satu alat makan yang digunakan sehari-hari. Entah kerana alasan iseng atau lainnya, seorang lelaki asal Inggris bernama Lee Gardner ini menelan disposable fork yang sedang digunakannya. Garpu tersebut masuk melewati tenggorokan dan masuk ke dalam perut!

Sepuluh tahun lalu, Gardner  pani kerana ada sebuah garpu masuk ke dalam perutnya. Iapun langsung pergi ke doktor untuk mendapatkan tindakan pertolongan. Namun menurut doktor, keadaannya baik-baik saja dan garpu tersebut akan hancur dan keluar saat buang air besar, dan tidak mempengaruhi kesihatan Gardner.



Gardnerpun akhirnya lupa pada kejadian tersebut. Namun 10 tahun kemudian, ia merasa sakit yang amat sangat pada bahagian perutnya. Setelah sejumlah pemeriksaan, doktor akhirnya memutuskan untuk melakukan tindakan operasi.

Betapa terkejutnya sang doktor ketika ia menemukan garpu di dalam perut Gardner. Gardnerpun baru ingat jika 10 tahun lalu ia memang pernah menelan garpu tersebut.

"Saya tidak percaya ini. Saya tidak pernah mengalami masalah dengan perut saya kecuali 2 tahun lalu saya pernah merasa sakit ketika membungkuk," kata Gardner yang kini berusia 40 tahun. Rupanya, garpu tersebut melukai bahagian dalam perutnya dan mengakibatkan adanya pendarahan.


sumber: detikcom

Keindahan Seni Mengukir Kulit Telur oleh Brian Bate

Posted: 22 Aug 2012 08:15 PM PDT


Dengan menggunakan alat berkecepatan yang disebut dengan paragraver (salah satu alat yang sering digunakan oleh dokter gigi). Seorang lelaki bernama, Brian Bate membuat sebuah karya yang sangat indah dari kulit telur. Untuk mengukir kulit telur ini, memerlukan kesebaran tingkat tingggi. Karya Brian ini, selain ditampilkan di pameran juga turut mengikuti beberapa pertandingan seni di berbagai belahan dunia.
 









 









 









 









 

Wow! Wanita Cina Pecahkan Rekod Parade Bikini Terbanyak Sedunia

Posted: 22 Aug 2012 08:00 PM PDT


Seramai1000 wanita dari berbagai usia hingga usia 70 tahun berhasil memecahkan rekod parade bikini terbanyak sedunia.

Usaha itu berhasil dilakukan di kota Huludao, provinsi Liaoning,  akhir minggu kelmarin.

Parade bikini terbanyak sedunia ini dilakukan selama hampir 2 jam sebelum akhirnya usaha mereka itu dirasmikan oleh pihak Guinness World Records.

Pihak organiser mengadakan parade bikini terbanyak itu sebagai sebahagian dari acara tahunan China International Beach & Bikini Culture Exposition yang diadakan selama 3 hari.

 Adapun rekod parade bikini terbanyak sedunia sebelumnya dipegang oleh para wanita di Panama City, Florida, dengan 450 orang dimana mereka melakukan usaha itu awal tahun 2012.

Penduduk bimbang muzik reggaeton

Posted: 22 Aug 2012 07:45 PM PDT


BANDAR RAYA MEXICO - Penduduk di Mexico kini bimbang dengan perkembangan muzik reggaeton yang merupakan gabungan irama hip hop.
Muzik itu dianggap seksual dan ia dipersalahkan kerana beberapa siri kejadian kecurian dan penyeludupan dadah.
Pada bulan lalu, polis membatalkan konsert muzik tersebut yang diadakan di kawasan perumahan Zona Rosa di sini.
Para peminat muzik itu merosakkan kereta dan menduduki sebuah pasar raya tempatan selepas konsert tersebut dibatalkan.
"Jiran-jiran yang tinggal berdekatan dengan kejadian tersebut takut dengan para peminat muzik itu," menurut tajuk sebuah akhbar Reforma.
Muzik itu berasal dari Puerto Rico pada awal tahun 2000.
Para peminat muzik itu berambut mohawk dan bersumbang.
Bagaimanapun, seorang remaja berusia 16 tahun, Donovan Leal berkata: "Saya pergi menari, tidak mengambil dadah tetapi mereka menyatakan saya budak jahat."
Muzik itu diperdengarkan di kelab malam di bandar raya ini yang dianggap oleh para peminatnya sebagai irama yang hebat. - Agensi
sumber : kosmo online

Haiwan jilat ais untuk sejukkan badan

Posted: 22 Aug 2012 07:30 PM PDT


ROM, Itali - Haiwan-haiwan di Zoo Bioparco di sini diberikan ais pelbagai perisa untuk dijilat bagi menyejukkan badan semasa cuaca terlalu panas.
Beberapa ekor harimau dan singa diberikan ais pelbagai perisa itu manakala monyet mendapat buah-buahan dan tembikai sejuk.
Menurut seorang kakitangan zoo dalam satu kenyataan kelmarin, para pekerja berusaha untuk membantu 1,000 ekor haiwan untuk menghadapi cuaca panas kerana suhu meningkat hampir 40 darjah Celsius.
Harimau dan singa itu diberikan ketulan ais pelbagai perisa yang besar. - AFP
sumber : kosmo online

Penjenayah serah diri untuk tunjuk teladan baik

Posted: 22 Aug 2012 07:15 PM PDT


SINGAPURA: Seorang lelaki buruan polis sejak 20 tahun lalu kerana bersengkongkol dalam satu kes rompakan yang menjadi mbunuhan, menyerah diri, lapor media semalam.
Ong Seng Chen, berusia 25 tahun ketika terbabit dalam satu rompakan yang menyebabkan seorang pemilik kedai kopi, terbunuh. 
Akhbar tempatan melaporkan, dia menyerah diri di Bahagian Jenayah Kompleks Polis Singapura, pada Oktober 2010.

Peguam Ong, Josephus Tan, memberitahu mahkamah, Ong membuat keputusan menyerah diri untuk berkahwin dengan teman wanitanya dan menunjukkan contoh baik kepada anak mereka.



Ong menjalinkan hubungan dengan seorang wanita ketika dalam pelarian. Anak lelakinya kini berusia 12 tahun.


Ong, kini berusia 48 tahun, dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan 12 sebatan kerana kesalahan membunuh dan merompak, semalam. - AsiaOne 


sumber : mymetro

Hajat tercapai akhirnya

Posted: 22 Aug 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seminggu selepas gagal mendapat kebenaran mahkamah untuk menamatkan riwayatnya sendiri, Tony Nicklinson disahkan meninggal dunia di rumahnya, semalam.
Menghidap kelumpuhan menyeluruh - dikenali sebagai sindrom locked-in - Nicklinson mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Januari lalu untuk mendapat pengisytiharan supaya mana-mana doktor yang menamatkan hidupnya tidak didakwa kerana membunuh.
Minggu lalu, mahkamah menolak permohonan itu.

Bagi Nicklinson, 58, keputusan itu menyebabkan dia "terlalu kecewa."



Hanya beberapa jam sebelum kematiannya diumumkan peguam, Nicklinson mengirim pos terakhir di Twitter menggunakan akaunnya, menyatakan: "Selamat tinggal dunia, masanya kini tiba. Saya agak seronok."

Nicklinson bertugas sebagai pengurus korporat dan aktif bermain ragbi sebelum mengalami serangan jantung pada 2005 menyebabkan dia lumpuh dari parah leher ke bawah.

Dia memerlukan penjagaan berterusan, manakala hampir semua komunikasinya hanya berlaku melalui kerdipan mata, tetapi mindanya tidak terjejas ekoran masalah itu.

Nicklinson berpendapat, undang-undang Britain melanggar haknya untuk mendapat "kehidupan sendiri dan keluarga" seperti dijamin Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.

Bagi Nicklinson, hak memilih bagaimana cara untuk mati adalah autonomi peribadi.

Sebelum ini, dia menggambarkan hidupnya selepas lumpuh sebagai "mimpi ngeri yang nyata."

Anak perempuan Nicklinson berkata, dia mati "dengan aman akibat sebab semula jadi."

Sejurus kemudian, keluarganya mengeluarkan kenyataan, Nicklinson meninggal dunia akibat pneumonia.

Polis pula berkata, mereka tidak akan menjalankan siasatan terhadap kematian Nicklinson.

Sebelum ini, Nicklinson berkata, jika diberikan hak untuk mati, dia tidak mahu ditamatkan riwayatnya serta-merta, sebaliknya mahu tahu pilihan yang ada. - AP


sumber : mymetro

Nafi pemilik blog

Posted: 22 Aug 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Syarikat Driven Communications Sdn Bhd menafikan bahawa ia adalah pemilik blog portal berita hiburan 'Oh Bulan!' yang didakwa memfitnah bekas isteri penyanyi Hattan, Noorfarashikin Othman.
Driven Communications selaku defendan berkata, tindakannya memfailkan pernyataan pembelaan itu dibuat tanpa memprejudiskan haknya untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan dikemukakan oleh Noorfarashikin (plaintif).

Pada 3 Julai lalu, Noorfarashikin, 32, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh.


Sementara itu ketika ditemui media, peguam, Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu, dia sudah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya dan berkemungkinan akan memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan itu.

Menurutnya, mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes itu pada 10 September ini.


Dalam pernyataan tuntutannya, Noorfarashikin antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif difikirkan wajar oleh mahkamah.



Plaintif mendakwa pada awal Januari lalu, defendan menyiarkan artikel dan imej di laman web mereka iaitu www.ohbulan.com memberi maksud antara lain dia adalah seorang yang curang dan tidak boleh dipercayai.

Noorfarashikin mendakwa, hasil penyiaran artikel itu menyebabkan reputasi peribadi dan profesionalnya tercemar, selain sedih dan malu atas tuduhan itu.


Noorfarashikin adalah bekas isteri Hattan atau Datuk Mohd Shukri Shahabudin dan mereka berkahwin pada 11 November 2011 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan dua bulan apabila Hattan melafazkan cerai talak satu di mahkamah rendah syariah pada 19 Januari lalu.


sumber : mymetro

Susu Kangkang tumpas

Posted: 22 Aug 2012 06:30 PM PDT


KAJANG: Satu lagi kumpulan penjenayah 'Geng Susu Kangkang' yang mencuri susu bayi serta barangan kegunaan harian dari pasar raya dengan menyorokkannya dalam baju kurung atau jubah dipakai mereka ditumpaskan polis.
Kali ini membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu di sekitar kawasan ini sejak dua tahun lalu, selain sembilan individu, dua daripadanya wanita disyaki menjadi pembeli barangan yang dicuri.

Mereka dicekup polis ketika cuba melarikan diri selepas dua wanita keluar dari sebuah pasar raya dengan baju yang sarat berisi susu tepung bayi sebelum menaiki dua kereta kira-kira jam 4.30 petang di Batu 9 Cheras, 16 Ogos lalu.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, susulan itu polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang cuba melarikan diri menaiki kereta Proton Persona, manakala satu lagi kenderaan dinaiki empat suspek melepaskan diri.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki terbabit berusia antara 24 dan 30 tahun serta positif dadah manakala suspek wanita berusia 28 tahun.


"Semua suspek mempunyai satu hingga lima rekod jenayah lampau kebanyakannya kes mencuri dalam bangunan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.



Ab Rashid berkata, berikutan penahanan empat suspek itu polis merampas 16 tin susu tepung bayi pelbagai jenis, 30 kotak ubat gigi, penyembur lada hitam dan juga cota besi boleh laras yang dipercayai digunakan suspek untuk menyerang sesiapa yang cuba menghalang mereka.

Menurutnya, susulan tangkapan pertama itu, pihaknya menyerbu sebuah kedai ubat di Taman Gembira, Kuala Lumpur kerana pemiliknya dipercayai menjadi pembeli barangan curi daripada sindiket berkenaan sebelum menjualnya.


Katanya, dalam serbuan itu, polis menahan lima lelaki termasuk seorang pemilik kedai dan dua wanita warga Indonesia dipercayai bersubahat dalam kegiatan jenayah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas kedai berkenaan, polis merampas beberapa lagi barangan dipercayai dicuri dari pasar raya yang semuanya bernilai lebih RM10,000.


"Polis turut menahan dua lelaki berusia 20 dan 30 tahun di sebuah rumah di Bukit Tinggi, di Klang, yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau serta merampas beberapa barangan dipercayai dicuri di sembunyikan di rumah berkenaan," katanya lagi.


Menurutnya lagi, suspek mula bergiat dalam kegiatan curi susu sejak 2010 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan terbabit dalam sekurang-kurangnya 17 kes sejak awal 2012 di Kajang saja.


"Kita tidak menolak kemungkinan kumpulan ini saki-baki ahli kumpulan yang melakukan kegiatan serupa di Kangar, Perlis dan sudah ditahan April lalu. Kini mereka mengalih tumpuan untuk menjalankan aktiviti berkenaan di Lembah Klang," kata Ab Rashid.


Beliau berkata, suspek kini direman dan tempoh reman akan dilanjutkan kerana pihaknya masih memburu sekurang-kurangnya lima lagi suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK).


Pada 11 April lalu, Harian Metro melaporkan dua pasangan suami isteri dengan masing-masing mempunyai tiga anak, antara enam suspek yang dicekup polis berkaitan kejadian curi susu tepung berjenama di dua pasar raya, di Kangar, Perlis.


Mereka adalah sebahagian daripada 11 suspek Geng Kangkang yang memasuki premis itu sebelum mencuri puluhan susu tepung berjenama dengan menyembunyikannya di celah kelangkang lima suspek wanita yang berbaju kurung dan bertudung labuh.


sumber : mymetro

Tak berbaloi nak cantik,'buta' sekejap

Posted: 22 Aug 2012 06:15 PM PDT


KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya.
Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk.
Kejadian itu turut menyebabkan penglihatan mata pelajar kolej di Seremban itu menjadi kabur selama dua hari.

Malah, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya ceria bertukar muram berikutan dia tidak boleh berjalan jauh disebabkan mata bengkak dan penglihatan kabur.


sumber : mymetro

Ugutan dari Lombok

Posted: 22 Aug 2012 06:00 PM PDT


KAMUNTING: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS.
Ibu Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan menelefonnya sejak sebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang lagi anak perempuannya, Nur Amalina, 18.
"Dia mengugut saya dengan memberitahu, mahu menghantar empat rakannya bagi melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah. Saya tidak pasti apa motif mereka berbuat demikian.

"Mungkin mereka tidak puas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur Afifah dalam sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anak saya itu meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Panglima, di sini, semalam.


sumber : mymetro

Lelaki sangat dikehendaki

Posted: 22 Aug 2012 05:45 PM PDT


GEORGETOWN: Polis giat mengesan seorang lelaki yang melarikan diri ketika dibawa menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas cuba membunuh kekasihnya dengan menolak wanita itu dari tingkat enam sebuah pangsapuri, di sini, 4 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek dikenali sebagai M Kumarasingam, 27, beralamat di No 73, Jalan Seri Indah 2, Taman Seri Indah, Bagan Serai, Perak, cuba melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan orang ramai.

Menurutnya, suspek yang mengalami kecederaan pada muka dan kaki dibawa ke HPP untuk rawatan, tetapi berjaya meloloskan diri dan tidak dapat dikesan sehingga kini.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh serta Seksyen 224, kanun sama kerana melarikan diri dalam tahanan polis," katanya.

Difahamkan, suspek juga sangat dikehendaki polis kerana terbabit dua kes penipuan di Port Dickson dan dibawa menjalani rawatan dalam keadaan tangan bergari.


Bagaimanapun, ketika doktor meminta membuka gari untuk memudahkan pemeriksaan, suspek mengambil kesempatan melarikan diri.



Difahamkan, suspek sanggup bertindak di luar kawalan dengan menolak kekasihnya itu kerana wanita terbabit meminta hubungan mereka diputuskan.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran.


sumber : myMetro

[Gambar] Kemalangan pemuda yang menaiki motosikal

Posted: 22 Aug 2012 05:30 PM PDT





Beginilah keadaan motosikalnya....penunggang ini memakai helmet..
Cuba kita bayangkan jika penunggang ini tidak memakai helmet...
Jadi jangan kita tidak memakai topi keledar @ helmet apabila
menunggang motosikal...


Gambar budak berpura-pura menyusui adiknya dibuang dari Facebook

Posted: 22 Aug 2012 05:15 PM PDT

Anak kecil mudah sekali meniru kelakuan orangtua termasuk pura-pura menyusui seperti yang dilakukan sang ibu. Celakanya, si ibu dengan polosnya memotret dan mengunggah foto anaknya yang sedang pura-pura menyusui adiknya.

Foto yang menghebohkan yang dianggap penuh unsur seksualiti dan boleh membuat kejahatan pedofil itu terpaksa dihapus oleh Facebook.

Foto yang dimaksud menunjukkan seorang anak perempuan usia 5 tahun bernama Lauren Ferrari yang berpura-pura menyusui adiknya dengan membuka baju dan lalu si adik menyusu di dada kakaknya.

Dalam waktu 24 jam, setelah foto itu diup load ibunya, Facebook dengan cepat menghapus foto-foto tersebut. Sang ibu Ferrari dan puterinya juga dilarang menggunakan jejaring sosial selama 7 hari.

Seperti dilansiir huffingtonpost, Facebook menganggap foto itu memberikan efek negatif dan mengandung unsur seksual.

Keterangan ibunya bahawa, Lauren hanya bermain-main menjadi pengasuh adiknya yang berusia 2 tahun dan berpura-pura seperti sedang menyusui ditolak.

Pakar anak juga menilai foto tersebut tidak pantas disebarkan melalui jejaring sosial kerana berakibat buruk bagi anak-anak yang melihatnya.

Kes foto gadis-gadis kecil yang berpura-pura menyusui bukan pertama kalinya terjadi dan facebook telah melakukan upaya penghapusan yang dinilai tidak pantas tersebut. Pada bulan Januari, beberapa foto gadis kecil yang menyusui bonekanya juga sempat menjadi masalah serupa.

Stefanie Thomas dari Seattle Police Department's Internet Crimes Against Children menyatakan bahwa keputusan Ferrari untuk mengupload foto tersebut merupakan kesalahan dari orangtuanya yang tidak mampu memberikan kawalan terhadap aktiviti anaknya di jejaring sosial.

Namun sekelompok masyarakat memperdebatkan masalah tersebut dan memandang bahwa gadis-gadis muda yang bermain dengan menirukan proses menyusui cenderung mengarah ke perawatan bayi dan bukan mengarah ke seksualitas.

Beberapa orang mengomen bahawa anak-anak hanya menirukan apa yang dilakukan oleh ibunya dan tidak ada yang salah dengan kegiatan menyusui. Anak hanya melakukan permainan keperawatan yang sama sekali tidak mengarah kepada tindak susila kerana dilakukan oleh anak kecil.

Namun para pakar anak menilai, sebaiknya orangtua tidak menyebarkan foto anak terlebih foto yang mengandung unsur negatif. Orangtua juga diharapkan terus memantau kegiatan anak di jejaring sosial kerana banyak penjahat yang mengincar anak-anak melalui jejaring sosial.

Sumber : http://health.detik.com

Abang betul-betul buat lawak gila

Posted: 22 Aug 2012 05:00 PM PDT

Biar benar abang ni..samapi kakak sebelah pun tergelak tengok gelagat dia

Pengantin yang terlampau dimanjakan pakai 9 gaun pengantin USD 32.500

Posted: 22 Aug 2012 04:45 PM PDT

Hari pertama menikah, sudah menghabiskan £ 20.000 (USD 32.500)? Ini keranaPengantin Wanita mengenakan 9 gaun sesuai dengan sesi acara.

Seperti  calon pengantin wanita lainnya, Helena Manca menginginkan gaun pengantin yang sempurna di hari pernikahannya. 9 bulan sebelum hari perkahwinannya, Helena yang seorang model muda ini sudah melakuan pencarian gaun ke boutique-boutique. Dan hasilnya dia sudah memilih 8 gaun pengantin. Boutique-boutique itu membenarkannya membawa pulang untuk mencubanya.

Hari berlalu, tanpa terasa waktunya telah tiba. Tapi Helena masih belum boleh menentukan gaun yang mana yang akan dipakai. "Setiap kali mencuba satu persatu, hatiku mengatakan bahwa aku harus memilikinya." Helena memujuk suami dan calon mertuanya untuk mengerti keinginannya.

Akhirnya calon suaminya, Joe Glass, mengizinkannya untuk membeli ke semua 18 gaun tersebut. Helena yang berpenghasilan £ 60.000 /tahun sebagai model, mengeluarkan duitnya sendiri untuk membayar 8 gaun dengan  jumlah £ 12.370. Calon mertua  membayar sebuah gaun yang paling mahal £ 5.500, selebihnya dibayar oleh calon suami.

'Pada akhirnya saya sedar bahawa 18 gaun terlalu banyak dan tidak ada waktu untuk memakai mereka semua, jadi saya fikir saya akan memilih 9 gaun, dan menggantinya pada setiap sesi acara. Saya yakin, pernikahan ini akan menjadi yang paling sempurna." Helena menjual 6 baki  gaun tersebut di e-bay dan memberikan 3 lainnya untuk amal.

 Jika harga gaunnya saja £ 20.000, kira-kira berapa belanja untuk majlis resepsinya?

Jean Claude dan Fabienne Manca (orang tua Helena) keduanya bekerja sebagai pegawai bank. Keduanya menolak untuk memberitahu puterinya berapa jumlah belanja resepsi. Beberapa rakannya di pejabat melihat, bahawa untuk catering saja, perbelanjaannya £ 10.000. Teka sendiri berapa jumlah perbelanjaannya.

Beberapa hari setelah menikah, Helena bercerita kepada teman-temannya bahawa mereka akan melakukan acara khusus untuk memperbaharui janji pernikahan setiap tahun sekali. "Saya akan mengenakan 10 gaun... kerana saya ketagihan memakainya!"

“Saya Gadis Mexico dan Saya Seorang Muslimah”

Posted: 22 Aug 2012 04:30 PM PDT


Tanggal 15 Disember 2008 menjadi hari yang bersejarah bagi Lucia, gadis Mexico yang lahir dan besar di Mexico City. Pada hari itu, Lucia membuat keputusan besar dalam hidupnya, dia mengucapkan dua kalimah syahadat dan menjadi seorang muslimah.

"Itu adalah hari pertama saya menerima Islam dalam hidup saya," kata Lucia.

Mexico adalah negara yang unik dibandingkan dengan negara-negara lainnya di Amerika Selatan. Negara ini merupakan perpaduan antara budaya pra-Hispanik, tradisi dan keyakinan dengan budaya dan agama orang-orang Sepanyol. Jumlah penduduk Mexico lebih dari 100 juta orang, tapi jumlah Muslim di negara ini relatif sedikit, hanya sekitar 3.000 orang. Katolik menjadi agama majorati di Mexico

"Meski orang-orang Mexico adalah orang-orang yang hangat, terbuka dan boleh menerima siapa saja, tapi kami agak sukar jika sudah membicarakan masalah agama," ujar Lucia.

Lucia mengungkapkan, dia pertama kali mengenal Islam melakui seorang sahabat karibnya ketika menjalani tahun-tahun pertama sebagai mahasiswi di sebuah universiti. Nama sahabatnya itu Navide, asal Afghanistan.

"Dia kata dia datang ke Mexico kerana tertarik dengan budaya kami dan bahasa Sepanyolnya yang 'seksi'. Ketika ia mulai membicarakan tentang Islam, saya harus mengakui, rasanya seperti jatuh cinta pada pandangan pertama. Saya kagum dengan kesederhanaan yang indah, yang diajarkan Islam …"

"Tidak seperti ajaran Katolik, Islam tidak mengajarkan dogma. Islam tidak memaksa orang masuk Islam, tapi Islam memberikan Anda dasar-dasar yang kuat untuk meyakini Islam. Islam tidak memberikan idea-idea yang kadang tanpa makna bagi manusia. Selain itu, Islam mengajarkan toleransi dan kasih sayang pada seluruh umat manusia, tanpa melihat latar belakang kaum, agama dan keyakinannya," tutur Lucia mengungkapkan kekagumannya pada Islam.

Meski demikian, ketika itu masih ada keraguan di dalam hatinya. Lucia pun mulai mencari tahu sendiri dengan membeli buku-buku tentang sejarah Islam, masyarakat Islam, ajaran dan prinsip-prinsip yang diajarkan Islam. Selain dari buku, Lucia juga cuba mengakses internet dan menemukan banyak informasi tentang Islam di dunia maya.

"Saya tidak tahu dari mana harus memulai. Navide menyarankan agar saya cuba bergaul dengan komunitas Muslim. Masalahnya, saya juga tidak tahu dimana bisa bertemu dengan komuniti Muslim di Mexico," Lucia mengungkapkan kesulitannya di awal ia ingin mengenal Islam lebih jauh.

Lucia akhirnya memilih jejaring sosial untuk melakukan kontak dengan komuniti Muslim. Cara ini, menurut Lucia, cukup menarik, tapi ia mengaku agak kecewa karena menemukan beberapa orang yang bersikap tidak ramah begitu tahu Lucia bukan seorang muslim.

Pengalaman itu tidak membuat Lucia mundur, dia terus mencari informasi dimana   boleh menemukan komuniti Muslim tempat dia boleh belajar banyak tentang Islam.

Akhirnya, Lucia menemukan seorang Muslim bernama Sajad yang kemudian menjadi sahabatnya. Dengan Sajad yang sekarang tinggal di England, dia boleh menghabiskan waktu berjam-jam membicarakan banyak hal, termasuk tentang Islam.

Dalam sebuah perbincangan, Sajad membuat Lucia menyedari bahawa hidup ini ibarat melihat refleksi diri kita dalam sebuah kolam. "Pertama, kita hanya melihat pantulan wajah kita, lalu kita menyedari bahwa banyak mahkluk yang ada hidup di dalam dan di luar kolam. Ada angin yang bertiup, ada matahari yang bersinar … Islam, buat saya seperti mendapatkan kesadaran itu," imbuh Lucia.

Semakin banyak membaca tentang Islam, Lucia makin menyukai ajaran Islam. "Saya juga seorang ilmuwan, dengan ilmu pengetahuan saya mendapat kesempatan untuk merenungkan makna kehidupan, dan bagaimana semua yang ada di bumi ini bekerja. Saya mendapat kesempatan untuk berkontemplasi, menganalisa dan bertanya pada diri sendiri tentang detil kehidupan sampai yang sekecil-kecilnya, banyak orang yang tidak menemukan jawabannya. Tapi begitu ada jawabannya, ribuan pertanyaan lain menyerbu," tutur Lucia.

Ia melihat perbezaan antara ajaran Katolik dan ajaran Islam. Di agama Katolik, segala sesuatunya terkesan dirahsiakan. Sedangkan Islam, agama ini mengajarkan manusia untuk mencari ilmu dan kebenaran. "Ajaran ini saya sebut, sangat cocok dengan gaya hidup kemusliman saya," tegas Lucia.

Hidayah itu Akhirnya Datang Juga

Ia mengakui pernah ragu apakah akan masuk Islam atau tidak, kerana khuatir akan pandangan orangtuanya dan orang-orang sekitar yang mengenalnya. Lucia masih belum yakin akan seperti apa reaksi mereka jika tahu dia menjadi seorang muslim.

"Harus saya akui, sulit bagi saya mengesampingkan semua kekhuatiran itu. Fikiran saya jadi kacau. Saya sedih dan bingung," ungkap Lucia.

Di tengah kegundahan dan kerisauan itu, Lucia menyedari bahawa manusia tidak pernah tahu apa yang akan terjadi besok. Manusia kadang memikirkan soal hari esok, padahal belum tentu hari esok itu datang untuknya. Lucia merasa ia harus mengubah hidupnya.

Setelah merenungkan semuanya, malam hari Lucia menghubungi Sajad dan mengatakan keinginannya untuk masuk Islam. Sajad juga yang membimbing Lucia mengucapkan syahadat keesokan harinya.

"Setelah itu, rasa takut dan khuatir dalam diri saya hilang. Dan saya akhirnya tahu bahawa rasa takut itu yang membuat saya ragu untuk meraih apa yang saya inginkan," ujarnya.

Seminggu kemudian, Lucia berusaha sendiri mencari masjid yang ada di Mexico City. Ia ingin mengucapkan syahadat secara rasmi. Keluarga Lucia terkejut mendengar apa yang ingin dilakukan puterinya, mereka memutuskan untuk tidak ikut Lucia ke masjid. Sebuah situasi yang sulit bagi Lucia kerana dituding telah menerima sesuatu yang bukan budaya orang Mexico.

Hari itu, 15 Januari 2008, Lucia berasa di sebuah apartemen kecil yang berfungsi sebagai masjid. Ia mengucapkan syahadat di sana dan diberi nama Islam, Noor Sabiya.

Setelah resmi menjadi seorang muslimah, Lucia belajar solat. Ia merasa kedamaian dalam hatinya setelah masuk Islam. Apalagi ia bertemu dengan teman baru. "Tapi yang paling penting buat saya, akhirnya saya menemukan tempat yang saya inginkan, tempat itu saya temukan dalam Islam," katanya

Awek ni berumur 70 tahun

Posted: 22 Aug 2012 04:15 PM PDT



Raquel Welch is an American actress. And she is 70 years old!
Well she is hotter than many of today's young girls in beauty contests. I guess every man would love his wife to look like this at her 70's.
Big respect to Raquel :)

Jatuh Cinta Saat Kena Saman

Posted: 22 Aug 2012 04:00 PM PDT


Yang namanya jodoh boleh bertemu dimana saja. Seperti pasangan Aaron Oseland dan juga Sally-Ann Spruce.

Gara-gara dapat surat saman dari petugas lalu lintas , Sally Ann pun jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Aaron, sang petugas yang memberinya surat saman tersebut.

Aaron Oseland (22 tahun) terpana ketika Sally-Ann spruce, 24 tahun, keluar dari keretanya saat dirinya datang ke sebuah bank.

"Ketika dia tersenyum padaku aku langsung jatuh cinta padanya. Kami pun berbual dan selanjutnya yang kami ketahui, kami pergi dating," ujar Sally.

Aaron menambah, "Aku memberinya denda 30 Poundsterling dan juga nombor teleponku. Dia menghampirku dan kami mulai berbual. Aku tahu dia adalah satu-satunya dan aku tak boleh membiarkannya pergi.

"Aku tahu petugas polis lalu lintas memiliki reputasi (yang tak terlalu baik ) tapi aku suka pekerjaanku," uajr Aaron lagi seperti dilaporkan Ananova.com.

Pasangan itu pun akhirnya menikah setahun kemudian dan kini tinggal di Wednesbury, West Midlands.

Cute adik ni tidur

Posted: 22 Aug 2012 11:00 AM PDT