Adsense

Khamis, 1 Disember 2011

Blog Selebriti TV

Blog Selebriti TV


Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

Posted: 24 Jun 2011 10:26 AM PDT

Kumpulan Sepah sah sebagai Juara Maharaja Lawak yang pertama.

sepah juara maharaja lawak

Tahniah kami ucapkan buat Jep, Shuib dan Mamat. Selaku juara mereka mendapat wang tunai RM350,000 beserta piala.

Memang malam gelanggang akhir Maharaja Lawak semalam berpihak kepada sepah. Tema bebas pada persembahan pertama Sepah memang buat kami pecah perut, mengalahkan Jozan dan lain-lain peserta. Begitu juga dengan pusingan ke-2, pengisian lawak yang dibawa oleh sepah sangat konsisten. Walaupun Jambu, Jozan dan Nabil menunjukkan peningkatan pada pusingan ke-2 dengan tema Musikal tetapi ianya sudah agak terlambat sebab pengundi-pengundi sudah dibayangi persembahan pertama Sepah yang dianggap OMG!

sepah juara maharaja lawak

Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Kumpulan Sepah. Kamu sememangnya sudah banyak berubah, daripada lawak double meaning masa raja lawak dulu kepada lawak yang matang dan membawa mesej yang baik.

Jumpa lagi Maharaja Lawak.

Mana yang belum menyaksikan video persembahan mereka boleh tengok dibawah ini :-

















credit video www.GuaTv.com

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :


Full content generated by Get Full RSS.

Video Cinta Melody OST – Aishiteru – Zivilia Band Dengan Lirik (Karaoke)

Posted: 05 Jun 2011 07:22 PM PDT

Siapa yang layan Sinetron Cinta Melody boleh la layan Video OST dengan lirik ni.

Cinta Melody OST Lirik Karaoke

Cinta Melody OST – Aishiteru by Zivilia Band – Karaoke
Sinetron Cinta Melody Randy Pangalila Chelsea Olivia

Lirik Lagu Aishiteru :-
menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat kuharus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus
Menunggu sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a… a… ku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai… ai… Aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus
Bertahan saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Reff:
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a… a… ku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai… ai… Aishiteru
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com

Brige:
Saat kusendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah jalani
Kenyataan hidup ini tanpa ghairah
Ou… o…
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tooku ni itemo
Kino omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo, shinjiteru yo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a… a… ku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai… ai… Aishiteru
ou oo..ai… ai… Aishiteru

Sapa yang terlepas episode atau teringin nak tahu jalan cerita Cinta melody boleh tengok Full Episod Sinetron Cinta Melody di blog ni:-
http://donnyien.com/entertainment-2/video-sinetron-cinta-melody-full-episode/

atau sini :
http://ezany-kun.com/2011/05/01/sinetron-cinta-melody-full-episode-video/

Sinopsis Cinta Melody.

Melody adalah gadis yang cantik dan cergas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan kerana kemalangan. Saat kecelakaan itu, hanya mayat Fajri yang ditemukan sementara mayat Fajar tidak. Hal ini menyebabkan Nissa bersikeras kalau suaminya masih hidup. Nissa selalu marah kalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa marah dengan dalih bahwa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa karena ia merasa bahwa suaminya meninggal karena kelalaian Fajar membawa kereta. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.

Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja menabraknya. Terjadilah pertengkaran diantara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik perusahaan tempat Melody bekerja. Elang dididik orang tuanya (Anggika dan Bharata) untuk bisa mengatur perusahaan mereka, tetapi harus dari level bawah dulu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai asisten Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyadari mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan pun akhirnya selalu mewarnai pekerjaan mereka.

Saat tak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana karena wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar, ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia setelah ditolong Anggika dari kecelakaan bertahun-tahun yang lalu. Rahasia yang disimpan ini terusik saat tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, apalagi saat dia selidiki, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody. Anggika mencari tahu tentang Melody dan keluarganya. Anggika syok karena Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan saat Elang makin dekat dengan Melody, Anggika makin keras dan menjodohkan Elang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak dengan Elang.

Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika agar Elang menjauhi Melody karena kalau tidak, Melody akan sengsara. Elang khawatir sehingga dia pun perlahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri jadi menyukai Elang dan ia sering mencari kesempatan untuk jalan berdua.

Bagaimana kisah selanjutnya? Akankah cinta Melody pada Elang akan berakhir bahagia? Akankah Melody tahu kalau Bharata adalah ayah kandungnya? Saksikan semuanya dalam Cinta Melody di Astro Ria.

Pelakon Cinta Melody
Chelsea Olivia sebagai Melody
Randy Pangalila sebagai Elang
Poppy Bunga sebagai Jelita
Fendy Chow sebagai Raffi
Fanny Ghassani sebagai Sonia
Ryana Dea sebagai Ajeng
Aditya Firmansyah sebagai Delon
Zidni Adam sebagai Agung
Febby Febiola sebagai Hanny
Febby Lawrence sebagai Anggika
Amara sebagai Nisa
Krisna Murti Wibowo sebagai Bharata/Fajar
Ferry Salim sebagai Fajri
Marini sebagai Fatima
Yoppie Beda sebagai Indarto
Afifa Syahira
Derry Drajat

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :


Full content generated by Get Full RSS.

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Johan enggan komen perihal ingin disaman Ogy

Posted: 30 Nov 2011 07:38 PM PST




TIADA angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.
Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.
Walaupun, penonton melihat senario gurauan kedua- dua pengacara serba boleh itu menjadi di atas pentas, namun apabila majlis tersebut tamat ada amarah yang tersimpan di benak Ogy kepada Johan sehingga bekas isteri kepada pelakon Eman Manan itu bertindak untuk menyaman Johan.


Ogy dalam dakwaannya menerusi sebuah akhbar sebelum ini menegaskan Johan sememangnya kurang ajar, bukan setakat bakat dirinya malah arwah ibu bapanya, Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah turut dipersendakan sesuka hati.
Namun kata Ogy, apa yang paling dia terkilan apabila Johan boleh mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad!
Kosmo! berpeluang menghubungi Johan untuk mendapatkan maklum balas pelawak itu mengenai hal saman tersebut.
Johan mengakui terkejut dan hanya mengetahui perkara saman itu melalui sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan tentang perkara itu baru-baru ini.
Malah, dia tidak menyangka tentang isu tersebut kerana dia ada memohon maaf kepada Ogy selepas FFM 24 tamat jika kata-katanya ada mengguris hati Ogy.
Bagaimanapun Johan enggan mengulas lanjut mengenai hal saman itu selagi surat saman tersebut tidak sampai kepadanya.
"Saya terkejut dan hanya mengetahui perkara ini melalui sebuah akhbar yang mengatakan Kak Ogy nak menyaman saya.
"Sewaktu FFM 24 tamat saya ada minta maaf kepadanya jika ada kata-kata yang menyinggung perasaannya. To be fair saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini lebih lanjut selagi surat saman itu tidak sampai kepada saya.
"Tunggulah jika perkara ini masih berlanjutan saya akan bercakap mengenainya kepada semua," tegas Johan.
Dilanda kekecewaan
Di sebalik senyuman dan telatah yang dibinanya di kaca TV sebanarnya terselit kekecewaan besar pada diri Johan apabila menerima dua kali berita isterinya Rozlinawaty Ismail, 30, atau Ozlynn mengalami keguguran.
Lebih kecewa keguguran yang berlaku dikatakan Johan berpunca daripada aktiviti senaman di gimnasium yang sering dilakukan mereka suami isteri.
"Dalam tahun ini sahaja sudah dua kali Ozlynn mengalami keguguran kerana terlalu aktif membuat senaman di gim. Masa pertama kali gugur saya masih boleh terima tetapi bila masuk dua kali gugur saya jadi kecewa dan sedih.

JOHAN memiliki alasan tersendiri kenapa dia enggan bercakap banyak tentang kontroversi yang melanda dirinya dan Ogy.


"Sudah tentu saya sangat sedih sebab memang impian saya ingin memiliki anak yang ramai seperti adik beradik saya," kata Johan yang memiliki 12 orang adik-beradik.
Menurut Johan, selepas pulang daripada melakukan aktiviti di gimnasium, Ozlynn mengalami pendarahan yang banyak dan daripada situ baru dia mendapat tahu isterinya hamil dan mengalami keguguran.
Memang dia dan Ozlynn tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata.
Namun, Johan percaya segala yang berlaku ada hikmat di sebaliknya. Baginya, mungkin belum rezeki dia dan Ozlynn menimang cahaya mata selepas memperoleh anak pertama, Ahmad Sodiq Hainana, 2. Apa yang penting buat masa sekarang kata pemenang tempat kedua Maharaja Lawak itu adalah sabar dan berusaha untuk memperoleh cahaya mata lagi.
"Anak adalah harta yang paling berharga. Namun, saya percaya belum ada rezeki untuk kami tambah cahaya mata," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran drama Astro Ceria saluran 611 terkini, Elly dan Epit.
Di sebalik kekecewaan Johan, tawaran dalam bidang seni datang mencurah bak air di daun keladi.
Terbaharu, pelawak dari Ampang, Selangor itu bakal menyiapkan diri untuk dua filem arahan Mamat Khalid dengan Syamsul Yusof.
Bercerita tentang filem Syamsul Yusof bertajuk KL Tak Gangster itu, ia akan memulakan penggambaran pada bulan Februari tahun depan.
"Dalam cerita ini saya dengan Shaheizy Sam akan berlakon bersama. Cerita dia lebih kepada cerita aksi, komedi manakala untuk filem Mamat Khalid juga akan menjalani penggambaran pada awal tahun depan. Tajuk filem itu belum diberitahu lagi tetapi saya sudah setuju untuk terima tawaran tersebut," kata Johan lagi.
Bukan itu sahaja, Johan juga terlibat sebagai penyampai radio Era untuk segmen hujung minggu Era setiap hari Sabtu dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi. Malah, selepas habis drama Elly dan Epit, Johan juga mempunyai komitmen lain iaitu Edisi Khas musim baharu dan Superlawak.
Tidak tamak
Melihat kepada jadualnya yang padat, timbul pertanyaan adakah dia tamak menerima semua tawaran di depan mata? Bagaimana dia membahagikan masa bersama keluarga?
Bagi Johan, tiada istilah tamak apabila dia menerima tawaran-tawaran tersebut. Masa bersama keluarga tetap ada dan kerja yang diambil bukan datang dalam masa yang sama.
"Bukan saya tamak menerima semua tawaran yang datang. Saya tak ambil job serentak. Saya juga memilih setiap tawaran yang dapat sama ada ia sesuai dengan masa yang saya ada. Jika saya tidak dapat buat saya tidak terima.
"Saya paling suka menghabiskan masa lapang dengan keluarga. Memang masa saya agak terhad. Tidur pukul 10 malam dan bangun pada pukul 4 pagi tapi saya tetap akan luangkan masa bersama keluarga," katanya.
Johan juga tidak memperuntukkan berapa banyak kerja yang perlu dilakukan dalam masa sebulan atau setahun. Paling penting, baginya, adalah kualiti sesuatu kerja yang dilakukannya.
Mengulas mengenai wataknya di dalam drama Elly dan Epit, kata Johan, dia menerima drama itu kerana pihak produksi dapat mengikut jadualnya. Dia juga tidak mahu menghampakan pihak produksi dan juga watak yang diterimanya.
"Saya terima cerita ini sebab masa penggambaran tidak bertindih dengan jadual kerja saya. Lagipun, saya suka berlakon dengan kanak-kanak. Ia mendisiplinkan saya untuk berlakon mengikut skrip.

Celebrity News

Celebrity News


Hattan Tegur Wartawan Zubir Kerana Salah Cerita

Posted: 01 Dec 2011 04:06 PM PST



Acap kali ZoOm terdengar dan terbaca mengenai komen artis atau penulis blog mengenai wartawan bernama Zubir. JIka sebelum ini ada diantara wartawan yang di ugut kerana berita yang mereka sensasikan untuk pengetahuan umum (Masyarakat). 

Kini Zubir sekali lagi dihentam oleh abang Hattan kita dek kerana cerita yang tidak sepatutnya digembar gemburkan serta mengaibkan beliau bersama isteri. Dan untuk pengetahuan anda diluar sana berikut "Statement" yang abang Hattan kita bagi tau dekat wartawan :


"Kau jangan tanya salah soalan, aku sekarang memang tengah panas orang tulis macam macam cerita," ujar Hattan membuka perbualan.
Lantas ligat bagai lipas kudung otak kami mengatur kembali soalan yang ingin kami ajukan berkaitan gossip negatif yang melanda rumahtangga Hattan & isteri, Farah.
Dan, Hattan menjawab penuh tenang, "Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian?"
"Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku," Hattan membuka bicara tentang Zubir.
Hattan juga berkata yang wartawan kontroversi tersebut ada menulis tentang diri'nya yang sekali lagi tidak di'undang ke majlis perkahwinan Hattan & Farah.
"Aku tidak panggil dia seorang sahaja — wartawan lain semua aku beritahu — dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah gemuk pendek ada hati mahu di'sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap," ujar Hattan lagi.
Majlis perkahwinan adalah majlis peribadi pada hemat kami, jika sudah tidak ada yang menjemput, jangan pula tulis di'akhbar berkecil hati. Boleh makan diri.

Info : Forum Cari 


ZoOM : APa Kata Anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! i

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Tidak tumpang populariti Maher Zain

Posted:

Tidak tumpang populariti Maher Zain

Tidak tumpang populariti Maher Zain

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar HAFIZ JOHARI


Irfan Makki pada majlis pelancaran album keduanya, I Believe di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


FENOMENA dan pengaruh lagu-lagu nasyid di Malaysia sudah lama ditelan zaman walaupun sekitar tahun 1997, irama nasyid pernah menguasai industri hiburan tanah air.

Pintu kegemilangan irama nasyid diketuk oleh kumpulan Raihan yang pada ketika itu, pernah mencatat jualan album melebihi 600,000 unit.

Rentetan itu, barulah muncul kumpulan-kumpulan nasyid tanah air yang lain seperti Hijjaz, Rabbani, Brothers dan Inteam.

Ironinya, peredaran masa turut menenggelamkan irama nasyid kontemporari sehinggalah kebelakangan ini, irama itu cuba dibangkitkan semula tetapi bukan oleh penyanyi tempatan.

Sebaliknya anak muda dari Lebanon bernama Maher Zain dilihat menyemarakkan semula lagu-lagu nasyid di kalangan penggemar muzik hari ini.

Selain Maher yang pernah mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Februari lalu, seorang lagi penyanyi nasyid solo yang pernah berkongsi pentas di Stadium Malawati, cuba meneruskan gelombang nasyid di kalangan pendengar muzik tempatan.

Penyanyi yang dimaksudkan itu ialah Irfan Makki yang juga bernaung di bawah label yang sama dengan Maher iaitu Awakening Records.

Irfan kembali mengunjungi Kuala Lumpur untuk mempromosikan album terbarunya berjudul I Believe. Album itu merupakan album keduanya setelah melahirkan Salam pada tahun 2003.

Dilahirkan di Pakistan tetapi kini menetap di Kanada, Irfan berkata, dia memilih untuk bergiat dalam genre nasyid kerana irama itu bukan hanya melodinya indah tetapi lebih daripada itu.

"Nasyid bukan sekadar muzik semata-mata, tetapi ia adalah kata-kata pujian kepada Yang Maha Esa serta Nabi junjungan kita.

"Selain itu, nasyid juga mengandungi kata-kata yang positif, menaikkan semangat serta memberikan pengajaran yang sangat berguna buat kita yang mendengarnya.

"Ringkasnya, nasyid adalah satu muzik yang diselitkan dengan tanggungjawab dan juga tindakan yang mampu mempengaruhi orang ramai untuk berbuat kebaikan," katanya yang ditemui di majlis pelancaran album keduanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Album bertajuk I Believe mengandungi 13 buah lagu dan telah mula dijual di pasaran sejak tiga bulan lalu dan berjaya mencatat jualan melebihi 10,000 unit.

Irfan menjelaskan, keistimewaan album keduanya itu bukan hanya didendangkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Urdu.

Ia juga diselitkan sedikit lirik dalam bahasa Melayu yang menonjolkan kebolehan penyanyi berusia 36 tahun itu untuk bertutur dalam pelbagai bahasa.

"Lagu yang menyelitkan lirik dalam bahasa Melayu ialah lagu yang berjudul Mabrook.

"Mungkin sebutan saya tidak berapa tepat tetapi saya berpuas hati dengan penghasilannya dan berharap peminat di Malaysia dapat menerima seadanya.

"Selain itu, lagu lain yang dapat dinikmati menerusi album kedua saya ialah Waiting For The Call, Mamma, Palestine, You & I dan juga sebuah lagu duet bersama Maher Zain, I Believe," katanya.

Apabila ditanya apakah dia menumpang populariti Maher Zain yang telah mencipta peminatnya di negara ini, Irfan berkata: "Saya tidak menumpang populariti sesiapapun termasuk rakan saya, Maher Zain.

"Bagi saya, setiap di antara kita pasti ada kekuatan sendiri. Jadi, kolaborasi berduet dengan Maher saya anggap sebagai satu penghargaan daripada seorang sahabat kepada sahabatnya.

"Tidak perlu untuk saya berdiri di atas bayang-bayang orang lain kerana saya percaya, peminat boleh menilai dan juga menerima saya dengan baik seperti mana mereka menerima kehadiran Maher Zain di sini."

Mesej keamanan dalam lagu

Bercakap tentang konsep dalam menghasilkan albumnya, pemilik nama sebenar, Muhammad Murtaza Makki menjelaskan, kebanyakan lagu-lagunya adalah berkonsepkan ketuhanan dan perjuangan kemanusiaan.

"Persekitaran dunia dan isu-isu semasa mencetuskan inspirasi untuk saya melahirkan lagu-lagu dalam album ini.

"Kita semua dapat lihat, bagaimana di dunia luar sana berlaku peperangan, penindasan dan masalah sosial yang tiada kesudahan.

"Saya suka untuk menegaskan di sini bahawa manusia adalah sama dalam segala segi tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

"Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk hidup dalam kesejahteraan dan keamanan. Itu lebih baik daripada perbalahan," tuturnya lembut.

Biarpun hanya sekadar seorang penyanyi, Irfan merasa dirinya terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab bagi menyampaikan mesej bahawa Islam itu bukanlah satu agama yang berkait rapat dengan keganasan.

"Dengan segala kebencian yang ditunjukkan oleh masyarakat dunia terhadap agama Islam, menjadi tanggungjawab penggiat muzik nasyid untuk menjernihkan semula pemahaman tersebut.

"Melalui muzik seperti ini, dapat kita sampaikan kepada orang ramai bahawa Islam adalah sebuah agama yang mementingkan keamanan, nilai-nilai yang murni serta sikap toleransi.

"Ini adalah kerana muzik nasyid itu sendiri bakal dilihat oleh orang lain sebagai lambang dan imej kepada agama Islam bagi mereka yang tidak mengenali agama ini secara dekat," jelasnya.

Suara mirip MJ

Bukan mahu memulakan langkah sebagai penyanyi dengan dipalit kontroversi namun Irfan pernah mencetuskan kekeliruan apabila lagu nyanyiannya, Waiting For The Call kedengaran hampir sama seperti suara legenda pop, Michael Jackson (MJ).

Kekeliruan yang menguntungkan penyanyi yang telah pun mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lalu ini berkata, dia tidak dapat lari daripada memiliki suara mirip MJ.

"Saya memang meminati lagu-lagu MJ kerana di dalam lagu-lagunya, diselitkan juga unsur-unsur kemanusiaan tetapi bukan niat saya untuk menyerupai dia.

"Suara adalah anugerah Allah ke atas hamba-Nya dan saya bersyukur kerana dikurniakan suara sebegini kerana melalui lagu dan nyanyian, saya berdakwah.

"Seperkara lagi, mungkin kerana saya membesar dengan mendengar lagu-lagu nyanyian MJ maka sedikit sebanyak ia mempengaruhi gaya nyanyian saya," katanya jujur.

Irfan menegaskan, dia tidak berniat untuk meniru sesiapa termasuk MJ dan Maher Zain tetapi hanya berusaha untuk mempersembahkan lagu-lagunya dengan sebaik mungkin.

Full content generated by Get Full RSS.

Asmidar memukau

Posted:

Asmidar memukau

Asmidar memukau

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB


Persembahan Asmidar bersama Hujan mendapat tepukan dan pujian juri Vokal.


RANCANGAN realiti terbitan TV3, Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) sudah menghampiri penghujungnya apabila persaingan hanya berbaki empat minggu sahaja lagi.

Rancangan yang lebih mementingkan kelebihan vokal para peserta berbanding rupa fizikal mereka itu nyata telah menimbulkan suatu kelainan kepada industri hiburan tempatan apabila lebih mengutamakan bakat yang dimiliki berbanding rupa.

Vokal yang kini sudah memasuki minggu ketujuh hanya melibatkan empat peserta iaitu Mafa, Asmidar, Irsa dan Azmarul.

Kelainan yang ditampilkan dalam minggu ini adalah apabila keempat-empat peserta berpeluang beraksi bersama kumpulan muzik terkenal bagi menghidupkan peluang mereka untuk terus memikat hati juri dan juga peminat.

Kumpulan muzik yang diundang untuk membuat persembahan bersama peserta bukan calang-calang apabila membariskan Hujan, Meet Uncle Hussain, Sofarz dan Tilu.

Setiap peserta diberikan peluang menyanyikan dua buah lagu kumpulan yang beraksi bersama mereka di mana sebuah lagu dinyanyikan secara duet manakala sebuah lagi secara solo.

Konsert dimulakan dengan persembahan Mafa berganding dengan Tilu bagi menyanyikan lagu Diam-Diam dan juga Ku Bukan Aku.

Penyanyi kedua yang membuat persembahan, Irsa pula berganding dengan Meet Uncle Hussain untuk menyanyikan lagu Pokok dan Lagu Untukmu.

Persembahan bertenaga pada malam tersebut diteruskan dengan penampilan Azmarul bersama Sofarz menerusi lagu Terasa Di Syurga dan Maaf Dari Hati.

Mengakhiri senarai empat peserta yang tinggal, Asmidar digandingkan dengan Hujan untuk menyampaikan lagu Mencari Konklusi dan Aku Scandal.

Nyata persembahan para peserta pada malam itu mampu meraih komen positif daripada Azmeer dan Erra Fazira selaku juri tetap Vokal.

Secara keseluruhan, antara empat peserta yang membuat persembahan, persembahan Asmidar bersama Hujan mendapat standing ovation daripada kedua-dua juri.

Azmeer memuji persembahan Asmidar kerana itulah yang dinanti-nantikan oleh pihak juri sejak minggu pertama, Vokal dimulakan.

"Ini yang saya mahu dengar dalam pertandingan selepas beberapa minggu, kawalan suara yang cukup baik dan ternyata, gandingan Asmidar bersama Hujan menjadi," jelasnya.

Erra yang juga sependapat dengan Azmeer berkata, walaupun berganding dengan kumpulan yang hebat, namun persembahan Asminda tidak tenggelam.

Erra juga berkata, walaupun berganding dengan kumpulan yang hebat, namun persembahan Asmidar tidak tenggelam dan menonjol.

Dengan komen dua juri tersebut, ia memberi gambaran bahawa persembahan anak jati Kuala Lumpur itu merupakan persembahan terbaik untuk konsert Vokal minggu ketujuh.

Format pemarkahan rancangan itu dibahagikan kepada dua bahagian dimana juri mewakili 50 peratus manakala selebihnya melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Juara Vokal akan memenangi RM50,000 dan naib juara akan memenangi RM30,000.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Oh! Tidak...

Posted: 30 Nov 2011 03:35 PM PST

Hip

Nafi minta bayaran melampau

KEHADIRAN Nur Fathia Abd Latiff di dalam arena lakonan, lebih banyak dilingkari cerita busuk daripada kisah kejayaan kerjaya seninya yang baru hendak berkembang mekar.

Dari kisah membaling telefon bimbit ke arah pengarah drama bersiri Stanza Cinta, diikuti kisah tidak memulangkan baju tajaan sehinggalah cerita dia menegur seorang pelakon lebih senior supaya tidak mengganggu seorang jejaka.

Saya sedar kehadiran ke dalam industri ini masih baru dan banyak yang perlu saya pelajari. Saya juga sedar di mana tahap saya, takkan saya mahu meminta bayaran yang melampau. - Nur Fathia

Semua itu sudah cukup untuk mencalarkan kredibiliti dan namanya dalam dunia yang baru diceburi iaitu sebagai pelakon.

Baru-baru ini, nama gadis berusia 24 tahun itu sekali lagi dipalit kontroversi apabila dia dikatakan sudah mula meletak harga yang tidak selari dengan usia bakatnya yang baru setahun jagung.

Menerusi ruangan Normah Becok dalam HIP pada Isnin lalu, gara-gara sikap Fathia yang sudah pandai meminta-minta, ada pengarah dan produser pening kerana tidak mampu membayar jumlah dipinta.

Kononnya, sebaik mengetahui dirinya menjadi pilihan stesen TV, Fathia menaikkan bayaran lakonannya sekali ganda.
Terkejut bukan kepalang gadis ini apabila diberitahu kisah itu sudah terpampang di akhbar.

Katanya, dia tidak sempat membaca surat khabar kerana terlalu sibuk di lokasi. Nafasnya ditarik panjang, malah nada kecewa jelas kedengaran di hujung talian.
Walau sedang sibuk di set penggambaran telefilem Bertaut Kasih, penuntut Ijazah Sarjana Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam ini, tetapi masih sempat meluangkan sedikit masa untuk menjawab panggilan HIP.

"Saya sedar kehadiran ke dalam industri ini masih baru dan banyak yang perlu saya pelajari. Saya juga sedar di maha tahap saya, takkan saya mahu meminta bayaran yang melampau.

"Sejujurnya saya tidak masuk campur soal bayaran, urusan meletak harga ditentukan pengurus saya, Hisham. Saya terima tawaran daripada produksi itu kerana memikirkan watak ditawarkan berbeza daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini. Tempoh penggambaran pun tak lama cuma empat hari. Jadi saya rasa tidak salah untuk mencuba," kata Fathia.

Bagaimanapun jelas pelakon ini, dimaklumkan syarikat produksi berkenaan tidak mampu membayar harga yang diminta, dia menyangka pengurusnya sudah menolak tawaran berkenaan.

Sebaliknya dia masih bertolak ansur dengan mengurangkan sedikit harga, tetapi mereka merayu dikurangkan lagi sehinggalah berpuas hati.

"Mungkin tidak puas hati berurusan dengan pengurus, mereka menghubungi saya sendiri untuk berbincang mengenai harga. Tetapi saya tidak boleh buat keputusan sendiri, apa-apa keputusan harus melalui pengurus.

"Kalau saya buat keputusan sendiri bermakna tidak menghormati kerjanya, sedangkan dia diupah untuk lakukan kerja ini," katanya.

Ujar Fathia lagi, harga diletakkan pengurusnya bukanlah terlalu tinggi. Bagi produksi yang sudah biasa bekerja dengannya, memang itulah harga yang biasa diminta. Lagipun katanya, dia perlu membayar khidmat pengurusnya. Sekiranya meletakkan harga terlalu rendah, tentulah tidak berbaloi untuk periuk nasinya.

Berbesar hati dalam senarai ABPBH2011

Sebagai orang baru, ujar gadis kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini, dia memang memerlukan pengurus yang berpengalaman bagi mengelakkan dirinya dari ditipu.

Bagi mengelakkan salah faham juga, Fathia awal-awal lagi sudah memaklumkan perkara itu kepada stesen berkenaan kerana tidak mahu namanya tercemar.
"Saya harap orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita itu dapat membetulkan kenyataannya. Saya ada bukti khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pengurus saya mengenai soal bayaran.

"Saya memang tertekan kerana tak sudah-sudah diburukkan. Jika saya ada buat silap, tanya saya sendiri betul atau tidak perkara itu. Janganlah asyik hendak mengaibkan saya. Saya berusaha untuk memperbaiki diri tetapi seolah-olah ada pihak yang tidak senang dengan diri saya. Tapi saya percaya, peminat tahu menilai kebenaran," katanya.

Nurfathia ketika ini adalah antara nama yang tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011). Pencapaian seperti itu sudah cukup membuatkan gadis manis ini berasa amat besar hati.
Dia yang mula menempa nama menerusi drama bersiri Hani, tidak meletakkan harapan yang tinggi.

Katanya, usia pembabitannya masih setahun jagung, justeru dia tidak menjangka dirinya layak.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan pencalonan ini tetapi saya tidak meletakkan sebarang harapan kerana diri saya masih baru. Namun saya tetap menganggap diri saya bertuah kerana sudah ada yang mula menyedari kehadiran saya dalam bidang lakonan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Vanessa Mae pencetus semangat

Posted: 30 Nov 2011 02:42 PM PST

Hip

Nik Shareena (kiri) dan Mardhiah Syahida di La Vida Lounge Holiday Villa Subang.

Nik Shareena (kiri) dan Mardhiah Syahida di La Vida Lounge Holiday Villa Subang.

Shareena, Syahida yakin kerjaya muzik ada masa depan

SEGALA-GALANYA bermula dengan Vanessa Mae, si pemain biola wanita yang terkenal di serata dunia. Ketika itu dia berusia 10 tahun namun gemersik gesekan melodi yang menusuk ke telinganya seakan membuai rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Jauh di sudut hati, dia memasang niat mendalami peralatan muzik yang dirasakan terlalu istimewa namun menyedari keluarganya kurang berkemampuan, hajat itu hanya dipendamkan. Sembilan tahun berlalu, anak kedua dari lima bersaudara itu akhirnya berpeluang menggapai impian lalu apabila berjaya memasuki kelas muzik menggunakan wang simpanan yang sememangnya disimpan berdikit-dikit.

Kini Nik Shareena Rosly, 28, wajar berbangga dengan diri sendiri kerana bukan saja diundang mempersembahkan gesekan biolanya di majlis gah malah bergelar guru muzik, sesuatu yang tidak pernah diimpikan sebelum ini.

"Saya anggap semua ini ujian. Kesabaran serta semangat membolehkan saya gigih mempelajari biola dan membaca nota muzik. Barangkali ada yang sinis apabila hanya pada usia 19 tahun baru memasuki kelas muzik tetapi bagi saya tiada istilah terlambat asalkan kita bertekad.

"Sambil bekerja, saya mencuri masa ke kelas malam hingga memperoleh sijil. Sokongan keluarga juga antara pendorong yang membulatkan hasrat menyambung pengajian selain mula berani bergerak mengadakan persembahan," kata penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Selepas menamatkan pengajian di peringkat Diploma dengan mengambil piano moden sebagai subjek teras kedua, anak jati Kuala Lumpur itu kini hanya perlu menghabiskan beberapa semester lagi sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda Muzik.

Nik Shareena atau mesra disapa Sheena antara pemain biola wanita yang rancak meraih undangan pihak korporat, tidak terkecuali mengadakan persembahan di hotel serta pusat hiburan.

Melihat aksinya bersama teman gandingan, Mardihiah Syahida Ahmad Nasarudin, 22, ketika beraksi di La Vida Lounge Holiday Villa Hotel & Suites Subang, jelas terserlah keasyikan menggesek biola yang dianggap sebagai teman karib.

Mengakui suka duka dilalui sebelum menguasai peralatan muzik yang menjadi dambaannya selama ini membuatkan bekas pelajar Sekolah Muzik Yamaha itu menghargai setiap detik terutama ketika menguasai pentas.

Baginya saat berada di hadapan penonton dan berkongsi melodi yang membuai perasaan adalah momen terindah yang sentiasa dibayangkan tatkala zaman kanak-kanak sekali gus apabila hajat itu direalisasikan, Sheena enggan berpaling lagi.

Tegasnya, apabila diberi peluang memegang amanah memberi bimbingan kepada individu yang baru berjinak-jinak dengan biola terutama golongan berusia, dia mencurahkan ilmu sepenuh hati kerana merasakan suatu ketika dulu pernah berada di tempat mereka.

"Bagi ibu bapa berkemampuan, tiada masalah menghantar anak sekecil lima tahun ke kelas muzik, tetapi saya yakin di luar sana ramai orang dewasa yang teringin belajar. Sebenarnya tiada masalah, selagi punya minat dan kesungguhan ia tidak sesukar mana.

"Saya sendiri membimbing pelajar dari semua peringkat usia malah paling senior sudah melebihi 50-an," tambahnya lagi yang sudah lebih lima tahun menjadi guru muzik.

Sementara itu, Mardihiah Syahida menganggap peluang mengadakan persembahan di sebuah hotel terkemuka seperti itu bersama rakan karibnya sebagai pengalaman mengujakan.

Jika selama ini sebagai penuntut ASWARA, dia sekadar beraksi untuk persembahan di kolej bersama khalayak di dalam lingkungan pelajar mahu pun teman seangkatan lain, kesempatan yang julung kali terbentang di depan mata tidak dilepaskan.

Mengakui sedikit gementar apatah lagi berpadu tenaga dengan Sheena yang berpengalaman luas mengadakan persembahan di ruang ekslusif, gadis kecil molek itu cuba memberikan persembahan terbaik.

"Ini pengalaman pertama mengadakan persembahan di tempat seperti ini. Kalau di ASWARA memang kami kerap beraksi untuk tugasan pengajian atau majlis khas namun dalam lingkungan kelompok penonton sama, cuma apabila tempat seperti ini, auranya nyata berbeza.

"Berbanding Sheen, saya dihantar ke kelas muzik ketika di bangku sekolah. Selepas tamat peringkat menengah, saya mengambil jurusan muzik di akademi ini. Sama ada cepat atau lewat mempelajari muzik, paling penting adalah rasa cinta," katanya anak bongsu yang bakal menggenggam Ijazah Sarjana Muda tidak lama lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Hukum Beronani Dengan Tangan Isteri

Posted: 30 Nov 2011 04:20 PM PST


Pertanyaan:

Ada orang mengatakan, boleh mengeluarkan air mani secara paksa (onani), dengan menggunakan tangan istri. Benarkah perkataan ini?



Jawapan:

Ya, ini pendapat yang benar. Berdasarkan firman Allah (menceritakan sifat orang mukmin) yang ertinya,

"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (*) kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa." (QS. Al-Mukminun: 5 – 7).

Sumber: Liqa'at Bab Al Maftuh, volume: 192, no. 14.
Artikel www.KonsultasiSyariah.com

Isteri kamu bagaikan kebun dan ladang milikmu yang boleh digunakan menurut kehendakmu sendiri asalkan tidak menyalahi hukum syarak seperti mengadakan hubungan melalui dubur (liwat)

Jika isteri dalam keadaan tidak boleh dijimak seperti dalam keadaan haid atau nifas maka suami bolehlah melepaskan berahi seks dengan memohon bantuan isteri seperti menggunakan tangan dan sebagainya demi terhindarnya fitnah dan perkara yang lebih buruk seperti berbuat zina dan sebagainya.

Namun hindarkan onani yang kerap hingga ketagih dan hilang nikmat persetubuhan bersama isteri!

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Teguran pedas Chef Wan

Posted: 30 Nov 2011 11:27 AM PST

BAHANA cuba berjenaka tanpa mengambil kira faktor peribadi menyebabkan Sobri daripada kumpulan Bawal Power (BP) ditegur oleh pengkritik tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) pada minggu kelima, Jumaat lepas.

Teguran Chef Wan terhadap Sobri ekoran peserta itu memberikan serangan berbaur peribadi terhadap penulis kolum hiburan akhbar mingguan arus perdana, baru-baru ini.

Kolumnis hiburan berkenaan, menegur Sobri yang mempersendakan penyanyi yang pernah popular sekitar tahun 1980-an, Zaiton Sameon.

hi 02.1 Teguran pedas Chef Wan

BP dinasihatkan agar lebih tumpu kepada bahan lawak, bukan masalah peribadi.

Justeru, Sobri yang ternyata tidak berpuas hati terhadap penulisan tersebut, dilihat seolah-olah menjadikan persembahan BP minggu lepas di pentas MLM sebagai platform untuk mencabar dan mengutuk kolumnis berkenaan.

Selepas BP mengadakan persembahan, Chef Wan dalam komennya menasihati Sobri agar tidak mengulangi tindakannya yang bukan sahaja tidak profesional tetapi juga lebih cenderung ke arah serangan peribadi.

"Sepatutnya perkara sebegini tidak harus berlaku. Apa yang awak lakukan dengan mempersendakan kembali kolumnis tersebut merupakan satu langkah yang tidak bijak.

/// petikan utusan ///

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Jadi isteri derhaka

Posted: 30 Nov 2011 04:19 AM PST

BARU dua tahun menceburi bidang lakonan, nama Nur Fathia Abd Latiff atau Fathia sudah mula menjadi sebutan ramai. Drama Stanza Cinta meletakkan namanya sebaris pelakon popular sedia ada dan mula menjadi perhatian penerbit drama mahupun filem.

Walaupun sudah boleh menarik nafas lega kerana kerjaya lakonan mula menunjukkan perkembangan positif, gadis berusia 24 tahun ini tidak mahu berasa selesa dan mahu terus memperbaiki kelemahan diri.

Ditemui sewaktu sesi fotografi khas bersama Rap, baru-baru ini, Fathia menjelaskan ada perkara yang mahu dilakukan dan ia dilihat mampu mempertajamkan bakat dimiliki iaitu bekerja dengan mereka yang dianggap bagus dan menerima tawaran melakonkan pelbagai watak.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pelakon dianggap bagus menjadi idamannya untuk bekerjasama, Fathia dengan pantas menjawab Shaheizy Sam.


"Jangan ada pula pihak membuat andaian yang bukan-bukan. Saya ikhlas mahu bekerja dengan Sam kerana saya lihat dia antara pelakon muda berbakat besar dan kaya pengalaman. Saya kagum dengan kemampuannya melakonkan pelbagai watak sama ada romantis, komedi mahupun antagonis.


"Saya menjadikan dia sebagai idola. Saya rasa peminat filem tempatan sendiri setuju dengan kenyataan saya ini bahawa Sam seorang pelakon yang bagus. Berikanlah kepadanya apa saja watak pasti dia akan membawanya dengan baik. Kalau boleh saya juga mahu menjadi sepertinya, mampu melakonkan pelbagai watak dengan bagus," katanya.

Dalam diam, rupa-rupanya Fathia menjadi pemerhati setia Sam sama ada dalam bidang lakonan mahupun secara peribadi.

Katanya, melihat usaha gigih Sam sewaktu bekerja dan cara dia melayani peminat setia, tidak mustahil pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu diangkat sebagai Artis Paling Popular di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu.

"Saya tidak pernah bekerja dengan Sam sebelum ini cuma sesekali bertemu di majlis anugerah yang kami hadiri. Di kesempatan itu, saya sempat menegurnya. Walaupun saya baru dan kurang dikenali, Sam tetap meluangkan masa bercakap dengan saya.

"Bukan itu saja, saya nampak dia sering dahulukan peminatnya yang mahu bergambar bersama atau sekadar bertegur sapa. Kerana itu dia disayangi ramai," katanya.

Melihat daripada sudut itu, jelas Fathia, dia tidak mempunyai masalah untuk mencari keserasian sekiranya ada penerbit atau pengarah yang mahu menggandingkan mereka berdua di filem mahupun drama. Lebih daripada itu, apa yang lebih penting dia mahu menimba ilmu daripada pelakon berbakat seperti Sam.
Kata Fathia, dia kini sibuk di lokasi telefilem terbaru. Memastikan penampilannya kali ini berbeza dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini, pelakon filem Al-Hijab itu buat pertama kali memegang peranan antagonis.

"Drama ini mengisahkan kehidupan lelaki yang berkahwin lebih daripada satu. Watak suami saya dilakonkan Rizal sementara isteri kedua adalah Fyda. Saya memegang watak seorang isteri yang bongkak dan kurang ajar kepada suami. Bayangkan jahatnya saya terhadap suami sampai kaki naik ke badannya.

"Saya pasti ramai akan terkejut dengan penampilan saya dalam drama itu. Maklumlah, ramai mengenali saya menerusi drama Stanza Cinta, seorang gadis bertudung sering dirundung malang. Watak Amni Sorfina juga mengangkat nama saya sehingga dikenali.

"Bagaimanapun untuk memperbaiki bakat lakonan, saya tidak boleh berlakon watak yang sama walaupun ramai yang menggemarinya. Kalau saya masih terus melakonkan watak sedemikian rupa, takut nanti lama-kelamaan orang akan bosan," katanya.

Diaju dengan pertanyaan, tidak bimbang kelak orang akan membencinya gara-gara watak yang dilakonkan, kata Fathia, untuk memastikan kerjaya seninya terus menunjukkan perubahan dia harus melakukannya.

"Memang perasaan takut orang membenci saya itu ada apabila melakonkan watak antagonis, tetapi saya tidak boleh berasa selesa dengan apa yang sudah saya lakukan sebelum ini. Setiap orang mahukan perubahan dalam hidup dan kerjaya. Begitu juga saya.

"Saya mahu orang lihat apa yang mampu saya lakukan sebagai pelakon. Andai orang membenci saya kerana watak jahat yang saya lakonkan itu, saya bersyukur kerana ia berjaya mempengaruhi orang ramai sehingga mereka percaya dengan watak yang saya mainkan," katanya.

Waktu sama jelas Fathia, dia yakin peminat sekarang sudah boleh membezakan antara lakonan dan juga peribadi seseorang pelakon. Mengambil contoh aktor idolanya Sam. Dia bukan saja tampil dalam watak hero dan romantis, tetapi juga watak jahat. Sehinggakan ramai yang geram melihatkan aksi jahatnya itu, tetapi ia hanya dalam filem. Di luar peminat masih menyayanginya.

Jelas Fathia lagi, walaupun dia kini sedang mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam tahun akhir, tetapi dia tidak bercadang mahu meneruskan kerjaya sebagai peguam. Sebaliknya dunia lakonan sudah meresapi dan sebati dalam jiwanya.

"Saya terpaksa membahagikan masa antara kuliah dan dunia lakonan. Bagaimanapun sekarang ini apa yang menjadi keutamaan saya adalah menghabiskan dulu pengajian. Tapi bila sudah lama tidak ke lokasi, membuatkan hati saya rasa rindu untuk berlakon.

"Daripada situ saya sudah tahu apa yang saya mahukan dalam hidup. Saya mahu menjadi anak seni dan kalau boleh mahu menjadi yang terbaik. Saya sanggup lakukan apa saja bagi memastikan kecintaan saya dalam bidang lakonan dapat diteruskan sampai bila-bila," katanya yang bakal membintangi filem Pak Pong bersama Fauzi Nawawi.

PROFIL

Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Panggilan: Fathia
Tarikh lahir: 1 September 1987
Umur: 24 Tahun
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon dan Model
Pendidikan: Sedang Mengikuti Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Drama dan telefilem: Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut.
Filem: Al-Hijab
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic.

Full content generated by Get Full RSS.

Iktiraf sumbangan

Posted: 30 Nov 2011 04:11 AM PST

LAGU Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi yang dipopularkan Alleycats sekitar 1980-an melonjakkan nama penulis lirik, Syed Mohd Amin Syed Hashim Al-Shahab, 57, atau lebih dikenali S Amin Shahab.

Sebagai penulis lirik terkenal, dia sudah menghasilkan lebih 500 lirik yang pernah dinyanyikan hampir 30 penyanyi sejak awal 1980-an lagi. Malah mencatat rekod antara penulis lirik yang menghasilkan lirik terbanyak. Di kalangan penggiat seni S Amin dikenali dengan penghasilan lirik yang puitis, berunsur nasihat dan penuh makna.

Lirik lagu yang dihasilkan antaranya 10 lagu dalam album Judul Cinta dan Hidup nyanyian Datuk Shake, 10 lagu ciptaannya menerusi album Drama Kehidupan (Alleycats) pada 1984, serta beberapa lagu yang dipopularkan kumpulan FRU.

Tidak ketinggalan beberapa lagu popular seperti Keroncong Untuk Ana 1 dan Keroncong Untuk Ana 2 (M Nasir), Suci Dalam Debu (Iklim) dan Teratai Layu Di Tasik Madu (Fauziah Latiff).


Atas sumbangan besarnya dalam penulisan lirik lagu, S Amin dipilih untuk menerima pengiktirafan khas, Anugerah Nadi Cipta pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) Berhad, kelmarin.


Tidak dinafikan kemampuan dan bakat semula jadi S Amin selain sumbangan dan kegigihan yang ditunjukkan tanpa kenal erti putus asa berbakti menerusi karyanya, wajar dicontohi.

Katanya, Anugerah Nadi Cipta adalah anugerah pertama yang diterimanya daripada MACP sepanjang lebih tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni dan ia disifatkan cukup bermakna. Secara tidak langsung sebagai ahli MACP sememangnya mengambil berat kebajikan ahlinya.

"Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada MACP dan sangat menghargai pengiktirafan ini. Sememangnya MACP antara pertubuhan yang menjaga keahliannya selain membantu karyawan seni menjana pendapatan menerusi karya yang dihasilkan.

"Malah ketika zaman kegawatan ekonomi suatu masa dulu MACP tetap membantu ahlinya dengan mengutip royalti," kata S Amin yang bertindak sebagai penulis lirik eksklusif syarikat rakaman Luncai Emas.

Bapa kepada lima anak ini memaklumkan, lirik yang dihasilkan berdasarkan pengalaman sendiri. Padanya tidak sukar untuk seseorang itu menghasilkan lirik jika mempunyai minat yang tinggi.

"Kebanyakan lirik yang saya hasilkan berkonsep penceritaan. Kadang kala lirik yang dihasilkan disesuaikan dengan penyanyi itu sendiri. Menerusi lirik pelbagai subjek atau topik yang sudah saya sentuh daripada cerita membabitkan peperangan, kisah individu selain kebanyakan lagu berkisar kepada percintaan.

"Sejak serius dalam penghasilan lirik lagi saya sudah menghasilkan lagu-lagu rakyat, kritik sosial dan berunsur nasihat. Sehingga ada juga beberapa permintaan daripada artis yang mengaitkan jalan cerita sehingga terhasilnya 10 lagu dalam sebuah album karya saya sendiri.

"Situasi dunia seni sekarang jauh berbeza daripada dulu. Kebanyakan penyanyi boleh menghasilkan lirik sendiri terutama dengan kemunculan aliran indie. Pada saya ini satu perkembangan positif. Walaupun ada yang berpendapat senario ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya namun masing-masing tetap diberi peluang dan ruang untuk berkarya," katanya.

S Amin yang kini berjinak dengan hobi mengumpul keris masih aktif menghasilkan lirik berdasarkan permintaan. Tidak hanya dalam penulis lirik, S Amin turut diiktiraf sebagai pelukis sejak 2004.

Penyertaan secara seriusnya membuahkan kejayaan dan mencatat sejarah apabila berjaya menyiapkan lukisan terpanjang iaitu 800 meter dua tahun lalu. Menerusi lukisan yang ditaja Balai Seni Lukis Negara, S Amin menjelajah ke Eropah, Asia Timur, Pakistan dan Makassar.

Full content generated by Get Full RSS.