Adsense

Ahad, 27 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Mengharap sinar tahun baru

Posted:

Mengharap sinar tahun baru

Mengharap sinar tahun baru

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR dan ihsan SIMPLYSITI


SITI Nurhaliza meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk melihat kempen SimplySiti Di Hati berjaya mencapai sasarannya.


APABILA penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengambil inisiatif untuk menerbitkan album Inggeris pertamanya, All Your Love, ada segelintir pihak seolah-olah memperlekeh-lekeh usaha penyanyi itu.

Namun, bagi penyanyi kesayangan ramai itu, dia sedikit pun tidak ambil hati mahupun peduli akan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Apa yang penting bagi Siti Nurhaliza, dia melihat kelahiran All Your Love sebagai satu cabaran selain memperbaiki skil komunikasinya di dalam bahasa Inggeris.

"Segala apa yang diperkatakan tentang usaha itu, saya lebih selesa untuk melihatnya dari sisi positif demi kebaikan diri sendiri.

"Saya sendiri mencabar diri saya untuk ke depan apabila menerima undangan daripada rancangan berbahasa Inggeris seperti Bella dan Hello On Two (HOT) untuk mempromosikan album All Your Love.

"Walaupun ada ketikanya dalam butir bicara saya ketika itu tergagap dan tersangkut, tetapi setidak-tidaknya saya mencuba. Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas yang sangat baik terutama daripada peminat," kata wanita yang mesra disapa Siti ini sambil ketawa kecil sewaktu ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

Menyentuh tentang All Your Love, Siti meningkah dakwaan yang mengatakan All Your Love sudah mencatatkan jualan melebihi 40,000 salinan seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Katanya, jumlah penjualan album yang sebenar hanya akan diketahui selepas enam bulan ia berada di pasaran.

"Disebabkan itu, saya sendiri pelik bagaimana berita tentang All Your Love yang dikatakan terjual melebihi 40,000 salinan itu boleh tersebar.

"Walhal album itu baru berada di pasaran sekitar dua bulan sejak September lalu. Tetapi apa yang saya diberitahu, All Your Love sudah pun terjual melebihi 10,000 unit.

"Syukur Alhamdulillah, dengan jumlah itu, ia membuktikan percubaan pertama saya melahirkan album Inggeris diterima baik oleh peminat dan pencinta muzik secara amnya.

"Sehinggakan ada beberapa buah lagu sudah pun ditukar muziknya kepada lebih rancak (remix) dan dimainkan di kelab-kelab hiburan. Secara tidak langsung, mereka menerima baik lagu-lagu Inggeris saya," jelas penyanyi kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini dalam nada gembira.

Dalam perkembangan lain, Siti juga berkongsi cerita apabila lagu kolaborasinya bersama Sean Kingston, Remember You mendapat tempat di hati pencinta muzik di Indonesia.

Apa yang membanggakan kata Siti, lagu tersebut berjaya menduduki carta lima lagu teratas dalam beberapa buah carta stesen radio di sana.

Ternyata ia berita yang cukup menggembirakan kerana belum pun album itu berada di pasaran republik itu, ia sudah pun mendapat perhatian meluas.

"Insya Allah, jika tiada aral melintang, All Your Love akan berada di pasaran Indonesia dalam waktu terdekat ini. Berkemungkinan besar pada bulan Disember atau awal tahun depan.

"Dalam masa yang sama, pihak What's Up Entertainment juga kini sedang merancang untuk mengadakan siri persembahan istimewa sepanjang tahun depan bagi mempromosikan lagi album ini," ujar Siti tentang perancangan yang telah diatur untuk meluaskan lagi pasaran album yang mendapat edaran Warner Music Malaysia itu.

Melihatkan kepada sambutan hangat yang diberikan kepada album studio ke-15 miliknya, jelas Siti tidak mustahil untuknya menerbitkan album Inggeris keduanya di masa depan dengan sentuhan yang berbeza berbanding album All Your Love.

Konsert tradisional

TAHUN 2011 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan sebagai penyanyi yang tidak betah duduk diam, Siti sudah pun mempunyai agenda tersendiri sepanjang tahun 2012.

Salah satunya adalah untuk mengadakan sebuah konsert tradisional yang sudah lama diimpikannya sejak sekian lama.

Bukan itu sahaja, Siti juga kini sedang menyiapkan dirinya dengan mengumpul material terbaik bagi menerbitkan album Melayunya yang dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun depan.

"Alhamdulillah, rezeki untuk saya membuat persembahan tidak pernah putus dan saya sendiri mendapat jemputan untuk mengadakan konsert di Singapura terutama konsert tradisional untuk tahun 2012.

"Selain itu juga, saya juga merancang untuk menerbitkan buku biografi bergambar sempena ulang tahun ke-17 pembabitan saya dalam bidang seni.

"Saya hanya mampu berdoa agar semuanya dapat disempurnakan dan berjalan lancar seperti mana yang diharapkan," ujar pemilik trofi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali ini penuh mengharap.

Tidak putus berdoa

SEBAGAI penyanyi pujaan ramai, sudah semestinya apa sahaja yang dilakukan oleh Siti akan meraih perhatian meluas dan semuanya mahu diambil tahu oleh peminat serta masyarakat.

Salah satu soalan yang sering dibangkitkan dan diajukan kepada Siti adalah tentang cahaya mata sementelah usia perkahwinannya sudah pun mencecah lima tahun pada 21 Ogos lalu.

Sambil tersenyum dan tidak pernah lelah untuk menjawab soalan berkaitan tentang anak, jelas Siti, sebagai seorang isteri dia sendiri tidak pernah putus berdoa kepada Yang Maha Esa untuk dikurniakan zuriat sendiri.

Meskipun ada yang mengesyorkan kepadanya untuk mengambil anak angkat atau mencuba proses pensenyawaan tabung uji (IVF), namun kata Siti, dia mahu mencuba kaedah normal selagi termampu.

"Bukan tidak pernah terfikir untuk mengambil anak angkat atau mencuba kaedah IVF, tetapi biarlah buat masa ini saya berusaha sendiri dan berdoa kepada Allah.

"IVF misalnya, ia bukanlah proses yang mudah dan tidak semestinya percubaan kali pertama akan membuahkan hasil. Semuanya bergantung juga kepada rezeki," jelas Siti memberikan hujahnya.

Projek amal Siti

BIARPUN sibuk dengan tugas hariannya sebagai seorang penyanyi, Siti tidak melupakan tanggungjawab sosialnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Menerusi produk kecantikannya, SimplySiti, penyanyi yang masyhur dengan lagu Biarlah Rahsia dan Bukan Cinta Biasa itu telah melancarkan kempen SimplySiti Di Hati.

Menerusi kempen yang akan berlangsung selama tujuh minggu bermula 1 Disember hingga 15 Januari 2012 itu, ia bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM70,000 bagi membantu dua kanak-kanak penghidap penyakit jantung.

Dengan bantuan Institut Jantung Negara (IJN) menerusi Yayasan IJN, pihak SimplySiti telah mengenal pasti dua kanak-kanak yang memerlukan pembedahan segera pada bulan Disember ini.

Mereka yang terpilih ialah Siti Nur Syahira dan Tan Jia Yong, masing-masing berusia enam dan tiga tahun yang turut hadir pada majlis pelancaran SimplySiti Di Hati di Hotel Marriott, Putrajaya, baru-baru ini.

"Memang dari awal kempen ini digerakkan, saya mahu membantu golongan kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.

"Alhamdulillah, dengan bantuan Yayasan IJN sebagai rakan projek ini, semuanya berjalan lancar dan jika kempen ini mendapat dana yang lebih banyak lagi, maka, ramai kanak-kanak lain yang dapat dibantu," kata Siti dalam nada penuh optimis mengenai kempen yang turut mendapat kerjasama Watson's itu.

Turun padang

Menyentuh tentang idea tersebut, jelas Siti, selama hampir dua tahun SimplySiti berada di pasaran, pihaknya telah menganjurkan aktiviti berbentuk hiburan seperti sesi bertemu peminat dan konsert.

Apatah lagi, Siti sendiri pernah menjadi duta bagi projek amal untuk sebuah gedung membeli-belah sebelum ini lalu ia mencetuskan idea untuk Siti menerusi SimplySiti bagi kempen SimplySiti Di Hati.

Bagi melancarkan kempen ini, Siti juga akan turun padang dan bertindak sebagai perunding kecantikan SimplySiti di tiga cawangan Watson's terpilih iaitu Kuala Terengganu pada 3 Disember; Kangar, Perlis (10 Disember) dan Semua House, Kuala Lumpur (30 Disember).

Selain Watson's, IJN dan Hotel Marriott, Putrajaya, kempen ini turut mendapat kerjasama daripada syarikat penerbangan Air Asia menerusi Air Asia X.

Full content generated by Get Full RSS.

Misi kerja amal Kak Pah

Posted:

Misi kerja amal Kak Pah

Misi kerja amal Kak Pah

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MOHD. NAIM AZIZ


KAK Pah menerima tiket penerbangan Oman Air daripada wakil syarikat penerbangan itu, Kathleen Leong pada sidang akhbar di kediaman biduanita itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


BIDUANITA Datuk Sharifah Aini antara penyanyi tanah air yang bukan sahaja telah 42 tahun berkecimpung menerusi bidang nyanyian tetapi dia juga masih aktif dalam bidang yang telah sebati dalam dirinya itu sehingga ke hari ini.

Penyanyi yang mesra dengan panggilan Kak Pah ini turut tidak pernah melupakan kerja-kerja amal termasuklah dengan menganjurkan persembahan Majlis Makan Malam Amal Tiga Sahabat yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 17 Disember ini.

Menurut Kak Pah persembahan amal yang akan dijayakannya bersama dua penyanyi Indonesia, Grace Simon dan Dewi Yull itu bertujuan mengisi tabung Madrasah Tahfiz Tahsin al-Quran, Puchong, Selangor dan Baitul Ehsan, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

"Ini bukan kali pertama saya mengadakan persembahan amal tetapi sejak 42 tahun menjadi penyanyi saya telah terbabit dalam hampir 3,000 persembahan dan kerja amal.

"Kali ini ia lebih kepada inisiatif saya dengan kerjasama Seri Dewi Production Sdn. Bhd., Hotel Royale Chulan dan Lime Events Management," katanya kepada Hits.

Pada pertemuan selepas sidang akhbar Makan Malam Amal Tiga Sahabat di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, Kak Pah berkata, dia terpaksa bekerja bagi menjayakan persembahan itu termasuklah mendapatkan pihak-pihak yang sudi tampil sebagai penaja.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Seri Dewi Malam itu, dia antaranya berjaya mendapatkan tajaan daripada syarikat penerbangan Oman Air dan Jamu Mak Dara untuk menaja pelbagai barangan termasuklah hadiah cabutan bertuah pada persembahan itu kelak.

"Bagi menjayakan persembahan itu, saya melakukan sendiri kerja-kerja, daripada menulis surat dan mengetuk pintu pejabat banyak pihak bagi mendapatkan tajaan.

"Saya juga menjemput sendiri Grace dan Dewi bagi menjayakan persembahan ini. Apabila saya terangkan kepada mereka akan hasrat saya itu, mereka bersetuju untuk menjayakan persembahan itu bersama-sama saya.

"Selepas sekian lama menyanyi, sudah sampailah masanya saya lebih menumpukan kepada kerja-kerja amal seperti ini," ujarnya.

Selain membantu sekolah agama dan rumah kebajikan, penyanyi bersuara lemak merdu ini menyatakan impiannya mahu menubuhkan sebuah sekolah agama tahfiz al-Quran pada masa depan.

Jelas Kak Pah, waktunya telah tiba baginya berkecimpung dalam kerja-kerja amal yang boleh membawa bekalan pahala di akhirat dengan menggunakan sepenuhnya bakat serta popularitinya dalam bidang nyanyian.

"Sejak kebelakangan ini kerja-kerja amal saya lebih kepada membantu anak-anak yatim.

"Selain itu, saya juga aktif membantu membiayai perjalanan sekolah-sekolah agama terutamanya sekolah tahfiz al-Quran. Saya juga ada menaja pembiayaan pengajian beberapa pelajar di Afrika Selatan, Yemen dan Jordan," katanya.

Penyanyi berusia 57 tahun ini berkata, majlis makan amal itu nanti mengenakan bayaran daripada jualan meja yang berharga dari RM3,500 hingga RM10,000 untuk sebuah meja dengan 10 orang penonton.

"Selain daripada dua penyanyi terkenal itu, saya juga akan mengadakan persembahan pada malam itu.

"Kami bertiga juga akan berduet dalam sebuah lagu lama bertajuk Sepanjang Jalan Kenangan pada persembahan selama dua jam 45 minit itu nanti.

"Para tetamu yang hadir berpeluang memenangi cabutan bertuah antaranya dua tiket penerbangan ke mana-mana destinasi ke Eropah tajaan Oman Air.

"Sebarang pertanyaan berhubung tempahan meja ke majlis itu sila hubungi talian 019-2495277," ujarnya.

Tambah Kak Pah lagi, dia akan menghulurkan kesemua kutipan daripada jualan meja pada persembahan Makan Malam Amal Tiga Sahabat itu selepas ditolak kos penganjuran dan juga bayaran kepada Grace Simon dan Dewi Yull.

Mujurlah jelasnya lagi, banyak pihak yang sudi menaja persembahan itu terutamanya Oman Air di mana itu adalah kali pertama dia menyediakan hadiah cabutan bertuah dalam persembahan yang dianjurkannya itu.

Full content generated by Get Full RSS.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Kesan Wanita Beronani

Posted: 26 Nov 2011 04:30 PM PST


Golongan wanita juga tidak terkecuali daripada ketagih onani. Apabila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada kelentit serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam ( mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bahagian dalam ) . Menurut kaedah reflexology kedudukan zon faraj dan organ yang berkaitannya adalah dalam keadaan terbalik.



Perhatikan bagaimana zon mulut faraj bersamaan dengan organ buah pinggang, zon liang faraj dengan organ pankreas, hati dan setrusnya zon pangkal faraj dengan organ paru-paru dan jantung. Suatu senggama yang baik, batang zakar harus masuk sampai ke lubuk faraj dan mengurut setiap penjuru atau pelosok ( atau dalam buku Permata Yang Hilang – di sebut makam yang lima itu).

Hakikat dalam persetubuhan ialah menyatukan dua tubuh yang berlainan seks,di mana keseluruhan zakar dan faraj bertemu pada zon reflexology yang sepadan. Kelentit bertemu pangkal zakar : menyatukan fungsi organ buah pinggang. Batang bertemu liang faraj : menyatukan fungsi organ pankreas dan hati. Kepala zakar bertemu pangkal rahim : menyatukan fungsi organ paru-paru dan jantung. Dua insan menjadi satu – per-satu-tubuh !!!

[ Nota: oleh kerana itu, adalah salah untuk meliwat - baik lelaki maupun perempuan, kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia]

Apabila seorang wanita melancap dalam suatu cara yang tidak seimbang,iaitu, secara sama rata merangsang seluruh kawasan vaginal, kelemahan di dalam buah pinggang dan saluran kencing, tekanan darah tinggi, simpanan berlebihan bendalir badan (body fluid retention), haid tidak tetap, dan banyak lagi masalah boleh terjadi.

Malangnya, adalah mustahil bagi wanita untuk melancap dengan seimbang tanpa kehilangan dara. Maka kerana itulah dalam tradisi Islam, melancap adalah haram dilakukan.

Ramai para wanita, ketika mereka melancap dengan merangsang kelentit,mengadu bahawa mereka hendak kencing. Kelentit terletak di pintu masuk kefaraj, di mana beradanya zon reflexology untuk buah pinggang dan pundi.Ketika mereka merangsang kelentit, mereka tidak tahu bahawa mereka merangsang organ buah pinggang dan pundi mereka.

Wanita lesbian atau wanita yang kuat melancap akan lebih banyak menyimpan bendalir badan dan menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana rangsangan seks, yang tertumpu pada kawasan kelentit, melemahkan buah pinggang akibat rangsangan yang berlebihan dan mengurangkan keupayaannya untuk menuras bendalir badan.

Jadi jika pasangan anda berbadan agak gempal, dan mempunyai masalah berat badan (gemuk) dan sering merungut kenapa mereka tidak dapat menurunkannya meskipun kuat diet – barangkali kekerapan merancap adalah masalah yang sebenar. Pandai-pandailah anda "merawat" pasangan anda itu !!!

(Wanita mempunyai kelebihan semasa hubungan seksual. Mereka boleh mencapai orgasama tanpa kehilangan tenaga, nutrien penting. Kerana air mani mereka tidak mempunyai persamaan air mani lelaki dari segi kandungannya. Apa yang merbahaya untuk wanita adalah kehilangan darah melalui haid.

Petua Mengetatkan Faraj

Posted: 26 Nov 2011 02:39 PM PST



Hubungan intim antara suami isteri adalah salah satu kebahagiaan dalam rumahtangga.Keupayaan suami dan isteri untuk memberikan kepuasan seks kepada pasangan masing-masing amat penting. Keupayaan ini berkait rapat dengan kondisi alat kelamin. Vagina yang ketat dapat memberikan lebih kepuasan bukan sahaja kepada suami tetapi isteri itu sendiri. Bagaimana untuk mendapatkan vagina yang ketat, terutamanya untuk wanita yang telah melahirkan anak? Di bawah ada beberapa petua yang boleh anda ikut.



1. Manjakani

Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari.Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih, bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu.Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum.Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.

2. Latihan Kemutan Faraj.

Amalkan membuat latihan kemutan faraj setiap pagi. Caranya dengan kemut faraj anda seolah-olah anda sedang menahan kencing selama 7 saat. Lakukan selama 20 kali setiap hari.

3. Khasiat daun Inai, Pegaga, Daun Limau Purut dan Pinang Muda

Pinang muda ditumbuk untuk mendapatkan airnya yang pekat. Ambil daun inai, pegaga dan daun limau purut secukupnya dan ditumbuk serta diperah untuk dapatkan air yang pekat. Campur kedua-dua jenis air ini. Ambil cotton bud dan celupkan ke dalam air ini. Celupkan cotton bud ini ke dalam faraj. Amalkan setiap hari semasa mandi petang sehingga faraj terasa benar-benar ketat.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Makin banyak akademi tarian tiang (Pole Dance ) di AS

Posted: 26 Nov 2011 03:30 PM PST

du 02.1 Makin banyak akademi tarian tiang (Pole Dance ) di AS

BEBERAPA pelajar belajar tarian tiang di Universiti Penari Bogel Las Vegas di Las Vegas pada 11 November lalu.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) – Akademi tarian tiang tumbuh bagaikan cendawan di sini negeri Nevada sejak beberapa tahun lalu bersesuaian dengan imejnya sebagai pusat hiburan dan perjudian antarabangsa.

Tarian tiang menjadi antara tarikan pelancong yang melawat bandar raya ini.

Malah, negeri Nevada turut memiliki akademi tarian bogel dikenali sebagai Universiti Penari Bogel yang turut mengajar tarian tiang sebagai cabang sukan atau seni tarian.

Di studio Sekolah Tarian Tiang Penari Bogel Las Vegas di sini sekumpulan wanita pelbagai lapisan usia giat menari belajar dengan menggunakan tiang setinggi 4.5 meter.

"Tarian ini menyeronokkan. Saya sedang bercuti tiga hari dan ini ialah aktiviti paling sesuai dilakukan di sini," kata seorang eksekutif sumber manusia berusia 28 tahun dari Kanada yang dikenali sebagai Erin.

"Suami saya tentu seronok dengan apa yang saya pelajari di sekolah ini," tambahnya.

Persatuan Kecergasan Tarian Tiang (PFA) melaporkan terdapat lebih 500 akademi tarian berkenaan yang beroperasi di seluruh AS.

PFA kini dalam proses mengumpul sokongan di Internet dengan mengadakan petisyen atas talian bagi mendesak seni tarian tiang dipertandingkan di temasya Olimpik.

Langkah tersebut dibuat bagi meningkatkan reputasi tarian tiang sebagai aktiviti sihat yang boleh dilakukan oleh wanita dan juga lelaki.- AFP

/// kosmo ///

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Panahan emosi Izara Aishah

Posted:

Panahan emosi Izara Aishah

Panahan emosi Izara Aishah

SEINDAH nama dan semanis orangnya, pesona Izara Aishah, 19, mudah mengingatkan khalayak kepada gadis emosional menerusi drama rantaian Keranamu Laila. Begitu juga dengan drama Soffiya yang menghadirkan Izara dalam watak antagonis sehingga karakter itu berjaya menimbulkan kebencian ramai.

Dua naskhah yang sudah menemui penonton pada waktu perdana itu cukup untuk membuktikan bahawa Izara mampu memburu sasaran yang lebih besar. Kurang setahun dalam dunia lakonan, rezekinya mencurah-curah. Biarpun sedikit terkebelakang dari segi populariti, Izara perlahan-lahan mengumpul pengikut bukan atas dasar sensasi murahan.

"Fokus saya sekarang hanyalah tentang diri saya. Tentang lakonan tapi saya mengakui ada satu kelemahan yang tidak mampu saya tangani seorang diri. Saya tidak pandai memilih atau menolak tawaran yang datang ketika ini. Saya jenis yang tidak sampai hati hendak kata 'tidak'. Sebab itulah, saya masih perlukan tunjuk ajar, saya masuk dalam industri dengan tak tahu apa-apa, syukur pengurus saya banyak membantu," kata pelakon yang lahir menerusi pertandingan Dewi Remaja 2010 itu.

Penampilan serta lontaran karakternya juga mula dikritik tetapi sudah ramai yang memuji-muji impak lakonannya. Watak penuh tipu daya, pemarah serta keras kepala seperti sudah sebati benar dengan renungan tajam pelakon berdarah kacukan Melayu-Pakistan itu. Dia kelihatan selesa dalam zon antagonis, satu sisi karakter yang sebenarnya banyak membuka ruang kepada mana-mana pemeran untuk bermain panah emosi.

"Sebelum ini saya banyak berlakon karakter lain, watak komedi dalam Jejaka J, watak baik dalam Kasih Najihah, serta Selumbar Kasih tapi orang kurang perasan.

"Bila buat watak jahat sahaja, baru orang nampak. Jujurnya, saya tidaklah begitu selesa dilabelkan pelakon antagonis. Tapi bila bermain watak antagonis, saya kena banyak bermain dengan ekspresi muka, macam-macam mimik muka, dari situ saya banyak belajar," ujarnya mengaku banyak menerima kritikan saat ditebak tentang intonasi suaranya yang kurang disenangi segelintir penonton.

Rendah diri dan menyifatkan itu antara kelemahan yang sememangnya dirasai, Izara bersifat terbuka mengambil kritikan sebagai asam garam dalam kehidupan seseorang pelakon.


IZARA AISHAH sedar dirinya sedang diperhatikan. Dia juga sedar kelemahannya dalam aspek sebutan dan nada suara kurang jelas sehingga ada yang menyifatkannya pelakon yang gemar 'menelan' perkataan.


"Saya tahu ada orang kurang puas hati dengan intonasi percakapan saya. Saya sedar semua ini, lagipun saya jenis yang bercakap dengan suara yang perlahan, kalau dalam perbualan seharian, ramai yang kata, sebutan saya kurang jelas dan tidak dapat didengari. Bila masuk set, selalu kena ingatkan diri supaya kena lontarkan suara.

"Lepas tu, ada pula yang kata saya 'telan' perkataan. Sebenarnya, saya tak sedar pun bagaimana ia berlaku tapi dalam situasi tertentu, seseorang pelakon itu kena 'telan' perkataan yang diucapkan atas tuntutan emosi. Mungkin sebab saya bawa watak jahat, orang benci, jadi ada sahaja komen buruk tentang saya," getus sedikit merajuk.

Kelihatan naif dalam setiap bicara namun ada ketegasan yang cuba ditekankan. Ternyata Izara mencari ruang terbaik untuk mengelak disalah erti, sedang belajar meletakkan diri dalam trek populariti yang ada kalanya boleh memakan diri.

"Kalaulah ada kontroversi atau cerita sensasi tentang saya nanti, saya sedang persiapkan diri untuk menerima semua itu dengan bijak. Lagipun, saja bukan jenis orang yang pendiam, kalau marah saya lebih suka berdiam dan pendam dalam hati," ujarnya selamba.

Hati sudah dimiliki

Tidak banyak berselindung atau bermain ayat untuk memaniskan mulut, soal hati peminat lagu Bollywood ini juga bukan lagi satu rahsia. Cuma pintanya, biarlah identiti jejaka yang bukan dari kalangan orang seni itu tidak menjadi bahan tatapan umum.

"Cukuplah dengan pengakuan bahawa saya sudah ada kekasih. Siapa, tak perlulah identitinya didedahkan, lagipun dia bukan artis," ujarnya mengambil jalan selamat.

Cinta sang jejaka sudah kemas bertakhta di hati, jadi apa lagi yang dimahukan pucuk muda yang lengkap pakej jelita dan berbakat itu selain menjejak cita-cita bergelar primadona.

"Memang cita-cita mahu jadi pelakon, saya masuk Dewi Remaja sebab mahu cari ruang untuk masuk ke dunia seni. Saya pilih untuk belajar dalam bidang seni walaupun awalnya ada mendapat tentang daripada keluarga, jadi saya kena buktikan kepada keluarga bahawa saya memang benar-benar serius mahu menjadi pelakon," kata Izara.

Bukan sekadar memasang angan-angan, barangkali atas kerja ikhlas serta komitmen yang ditumpah, namanya semakin menjadi sebutan. Sebuah blog juga pantas melabelkan Izara di kedudukan lima teratas dalam senarai bintang hangat yang sedang menjadi buruan rumah produksi ketika ini.

"Itu pandangan penulis berkenaan dan ia menjadi penghargaan kepada saya. Saya masih terlalu baru dan terlalu panjang perjalanan yang harus ditempuh untuk berdiri sebaris dalam kelompok popular," terima kasih, bisiknya perlahan sebelum beralih ke topik lain.

Bukan pelarian daripada karakter antagonis, si bintang Libra itu bakal memunculkan kelainan yang mungkin sesuatu yang ditunggu-tunggu kepada peminatnya.

Selepas Soffiya mencuri tumpuan, kelibatnya kembali ke lokasi Vanila Coklat, sebuah drama bersiri yang lebih santai berkisarkan percintaan dalam kampus yang penuh warna.

"Kali ini saya bawa watak baik, seorang pelajar cemerlang di sebuah kolej. Karakternya menarik dan saya dipaksa berkahwin dengan pemuda di kolej yang sama sedangkan kami membenci antara satu sama lain.


SEDANG sibuk di lokasi Vanila Coklat, impian Izara untuk tidak statik dengan watak antagonis bakal disaksikan tidak lama lagi.


Dedah keburukan

"Jadi macam-macam helah dilakukan supaya keluarga tahu keburukan masing-masing, malangnya tidak berjaya menghalang perancangan perkahwinan. Kami berpakat untuk berkahwin dan berpura-pura bahagia demi keluarga dan merancang untuk bercerai selepas enam bulan. Dalam tempoh berkenaan kami mula kenal erti kasih dan sayang," cerita Izara tentang drama terbaharu yang memulakan penggambaran sehari lalu.

Bercakap lagi tentang sasaran, nama besar Datuk Siti Nurhaliza dipetik sebagai teladan.

"Saya sangat kagum dengan Siti Nurhaliza, dia fokus dengan satu bidang yang dia cintai iaitu menyanyi dan menyanyi sehingga mendapat gelaran 'Datuk.' Dia masih lagi menyanyi walaupun sudah masuk ke dunia bisnes.

"Bagi saya, fokus itu penting dan saya takkan buat benda lain, menyanyi atau mengacara sebab cinta saya hanya kepada lakonan. Saya suka filem, saya suka perhatikan dan fikir apa ada di sekeliling saya, sampai ada orang kata saya gila. Bagi saya itu salah satu cara untuk dapatkan ilmu lakonan," katanya yang turut memenuhkan dada dengan jurusan persembahan di sebuah kolej swasta di Subang Jaya.

Turut mendefinisikan pelajaran sebenar ialah pengalaman dan ilmu yang ditimba dari lokasi, apa pun itu bukan sebab untuknya mengabaikan pengajian. Anak pertama daripada tiga beradik ini memaklumkan, buat sementara waktu dia terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana mahu memberi laluan kepada rezeki lakonan yang sedang bersinar.

Full content generated by Get Full RSS.

AIM18 bunuh kepercayaan

Posted:

AIM18 bunuh kepercayaan

AIM18 bunuh kepercayaan


SUASANA sidang media khas penyerahan semula trofi Lagu Terbaik AIM18 sedikit tegang apabila Rosmin (dua dari kiri) dihujani perbagai persoalan.


POLEMIK penjurian dalam penganjuran AIM oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang sepatutnya ditutup dengan penuh gilang-gemilang pada 12 November lalu berakhir dengan tragedi yang menghancurkan prestij acara itu. Ia disifatkan sebagai detik paling memalukan dalam sejarah hampir dua dekad AIM dianjurkan.

Sudah 18 kali dianjurkan, insiden salah faham tentang kriteria utama dalam pemilihan sesebuah Lagu Terbaik AIM sepatutnya tidak harus berlaku. Sudah sah tertulis dalam 'piagam' AIM sendiri bahawa lagu terbaik haruslah dipilih daripada salah satu pemenang lagu terbaik daripada setiap genre muzik. Jadi kenapa harus lagu yang tidak memenangi mana-mana subkategori diumumkan sebagai Lagu Terbaik AIM 18?

Mulanya lagu Penakut karya dan nyanyian Yuna diangkat sebagai Lagu Terbaik, selang dua minggu kemudian, ralat AIM diperbetulkan apabila lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dan karya Edry Abd. Halim pula diumumkan sebagai pemenang sebenar.

Sebagai penganjur yang mengambil alih kuasa AIM daripada Persatuan Akademi Industri Muzik (Akademi), RIM ternyata mempamerkan pekung di dada. Meletakkan kesalahan itu atas bahu firma juruaudit Ernst & Young dalam mentafsirkan pemenang dan hasil penjurian dianggap alasan paling pincang yang diberikan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18, Rosmin Hashim.

"Penjurian untuk lagu terbaik bagi empat kategori muzik, pop, rock, etnik kreatif dan nasyid dinilai oleh 23 orang panel juri, manakala untuk lagu terbaik pula, dinilai oleh 10 juri lain. Juri untuk lagu terbaik tidak mengetahui lagu mana yang dipilih sebagai pemenang setiap kategori.

"Itu adalah teknik penjurian yang diguna pakai sejak beberapa AIM terdahulu, cuma tahun ini sahaja, keputusan lagu terbaik tidak selari dengan apa yang diputuskan dalam penjurian lagu terbaik di peringkat kategori muzik," tegas Rosmin tentang penarikan semula trofi lagu terbaik daripada Penakut kepada Sedetik Lebih.

Ernst & Young meletakkan lagu Penakut sebagai Lagu Terbaik AIM berdasarkan markah tertinggi daripada 20 lagu yang dinilai oleh 10 orang juri dalam pemilihan lagu terbaik.

Tersiratnya, lagu karya Yuna itu sudah menang sebagai lagu terbaik di mata 10 juri malangnya ia tidak menang sebagai Lagu Pop Terbaik AIM dalam penjurian di peringkat subkategori yang dinilai 23 juri. Jadi secara rasminya, Penakut tidak boleh menyandang trofi Lagu Terbaik AIM 18.

Dari satu sudut yang lain pula, kenapa harus ada dua penjurian berasingan, kenapa tidak salah satu lagu terbaik dari peringkat subkategori sahaja yang dinilai untuk diangkat sebagai lagu terbaik keseluruhan. Persoalan-persoalan sebegitu sedikit sebanyak menyumbang kepada kepincangan strategi RIM sendiri yang sengaja menimbulkan punca konflik.

Tindakan RIM yang sengaja mahu bermain teka-teki itu akhirnya merosakkan kepercayaan umum bahawa aspek penjurian dalam mana-mana anugerah sebenarnya bukan satu keputusan mutlak, tidak muktamad dan boleh dipertikaikan kredibilitinya.

Episod penyerahan semula trofi daripada tangan Yuna kepada Anuar Zain dan Edry berlangsung dalam suasana tenang dan terbuka di ibu negara, Khamis lalu. Sedikit mencemar maruah tetapi masih boleh disifatkan sebagai jalan penyelesaian terbaik, sama ada Yuna, Anuar Zain atau Edry, keputusan terbaharu AIM itu harus diterima walaupun kelatnya menjerat kerongkong masing-masing.

"Saya sudah rasa pelik bila diumumkan penerima lagu terbaik pada malam AIM baru-baru ini. Bila diminta menyerahkan semula trofi itu kepada Edry dan Anuar, saya harus akur walaupun rasa janggal dan terkilan.

"Orang akan kata, kasihannya Yuna, malunya Yuna, tapi bagi saya apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Perkara ini juga sedikitpun tidak menjejaskan saya tetapi lebih teruk ia memberi impak terhadap kredibiliti semua orang industri muzik sendiri," ujar Yuna yang menyifatkan setiap pihak melakukan kesilapan.

Ditanya adakah dia masih mahu bertanding lagi dalam AIM, sebagai orang baharu Yuna optimis terhadap perjuangan kariernya yang baru mencecah usia dua tahun.

"Saya takkan serik untuk bertanding lagi kerana saya seorang pemuzik Malaysia, ini periuk nasi saya. Saya tidak perlu rasa kecewa, saya perlu sokong industri," ujarnya berhemah yang memenuhi permintaan penganjur.

Rasional yang ditunjukkan Yuna menyebabkan Anuar dan Edry seperti malu alah untuk menerima trofi Lagu Terbaik AIM 18.

"Kami semua (Anuar, Edry dan Yuna) adalah mangsa dalam soal ini. Perkara ini tidak patut berlaku dan tidak harus berulang pada masa akan datang. Ia soal maruah dan saya sebenarnya malu untuk mengambil anugerah ini daripada tangan Yuna," ujar Anuar Zain secara terbuka.

Tambahnya sedikit beremosi: "Ini kesilapan paling besar dalam sejarah industri hiburan tanah air dan malangnya saya terpalit dalam sejarah ini. Tapi saya menerima penghargaan ini dengan fikiran positif agar industri seni dapat berkembang baik pada masa hadapan. Bagusnya, penganjur berani untuk mengakui dan memperbetulkan kesilapan itu secara terbuka, ini juga satu tindakan yang tidak mudah."

Menyentuh soal pembabitan KRU iaitu Norman Abd. Halim sebagai tunjang RIM, sebagai adik, Edry menafikan wujudnya campur tangan Norman dalam hal itu.

"Memang orang mudah mengaitkan Norman, dalam FFM (Festival Filem Malaysia) juga begitu, tapi dengan rendah serendah hatinya, saya boleh kata yang Norman tiada kaitan dalam soal ini," ungkap Edry berdiplomasi secukupnya tidak mahu mencalar perasaan sesiapa.

Full content generated by Get Full RSS.

Awanband berarak laju

Posted:

Awanband berarak laju

Awanband berarak laju


GRUP Awanband mempertaruhkan album berkonsep pop alternatif rock.


KELIMA-LIMA anak muda ini mempunyai misi yang sama. Mereka mahu melihat nama Awanband pantas berdiri di arena hiburan arus perdana.

Ully selaku gitaris utama, Boboi (gitaris kedua), Ijan (drum), Hassan (bass) dan Faris (vokalis) sebelum ini sama-sama meniup angin Awanband di arena indie.

Diberi peluang untuk menjengah ke dunia hiburan dengan menghasilkan sebuah album komersial merupakan sesuatu yang mereka idamkan.

Maka tanggal penghujung September lalu lengkaplah permulaan kitaran penjenamaan Awanband di dunia muzik komersial. Itu juga sebagai tangga mula buat Awanband untuk mendaki ke peringkat global.

Mereka tampil dengan sebuah album berjudul Awanband. Album tersebut menampilkan enam buah lagu termasuklah yang berjudul Lintasan Bintang, Tunggu, Oh My Love, Kartita, Dramatik dan Roda Khayalan.

"Syukur kerana kami diberi peluang untuk sama-sama memeriahkan dunia hiburan mainstream. Target Awanband adalah untuk ke luar negara. Justeru kami perlu meletakkan kekuatan di arena mainstream dahulu.

"Namun begitu, tidak kiralah sama ada di dunia mainstream atau indie kita semua sebenarnya sama. Masing-masing memperjuangkan muzik kerana muzik adalah universal," kata Faris kepada Sensasi Bintang.

Dengan mempertaruhkan album bergenre pop alternatif rock, Awanband tidak mahu sekadar menghasilkan lagu sebagai penyedap telinga tetapi ingin menyampaikan mesej.

Awanband komited untuk terus memperjuangkan lagu-lagu mereka demi menggembirakan orang ramai.

"Kami mahukan orang yang mendengar lagu-lagu Awanband memperoleh jalan penyelesaian tidak kira dalam apa-apa jua perkara yang mereka dihadapi kerana muzik adalah satu cabang kehidupan.

"Muzik dengan impak yang positif buat pendengar dan peminat adalah apa yang ingin Awanband sampaikan," kata Ully.

Tidak mahu terpesong daripada matlamat asal band yang ditubuhkan sejak tahun 2007 itu, Awanband tidak pernah memikirkan soal perpecahan grup.

Biarpun dimomokkan dengan kisah-kisah band lain yang pernah terkubur, kelima-lima mereka nekad untuk terus bersama-sama sampai bila-bila.

"Kami tidak pernah fikir soal untuk berpecah. Lagipun kami masih di peringkat permulaan dalam perjuangan yang sama-sama kami cari.

"Sebagai langkah untuk tidak mengecilkan hati sesiapa, kami sentiasa menjadikan komunikasi yang baik sebagai asas kepada penyelesaian masalah.

"Nama Awanband lebih penting. Jadi, kami tidak akan berkecil hati jika tidak semua daripada kami popular di mata peminat," kata Faris lagi.

Biarpun belum sampai dua bulan album tersebut dikeluarkan, lagu Lintasan Bintang dan Kartita kini mula mendaki carta di stesen radio tempatan.

"Sebagai permulaan, album ini seperti sebuah eksperimen kami terhadap penerimaan peminat.

"Jika peminat menyukainya, kami akan meneruskan cara ini," kata mereka yang mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Warner Music.

Bukan sahaja menampilkan lagu-lagu berentak segar, Awanband kini pantas mencipta nama kerena telah mempunyai hampir 10,000 pengikut di laman sosial Facebook.

Full content generated by Get Full RSS.

Sabtu, 26 November 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Nabila Huda ‘Meroyan’, Marah Bekas Suami Di Twitter!

Posted: 26 Nov 2011 09:53 PM PST

Terlalu banyak kontroversi, tapi masih tetap berdiam diri. Itulah yang berlaku pada Nabila Huda juga anak kepada lagenda rock tanahair, Amy Search.

Masih lagi belum sejuk dari kontroversi yang menimpa dirinya sekitar sambutan Halloween lepas, kini dia membuka mulut mengenai bekas suaminya yang dikatakan selalu memburukkan dirinya kepada keluarganya termasuk ibu Nabila sendiri.

Menurut akaun Twitter Nabila, dia meluahkan perasaannya yang sudah tidak terpendam lagi apabila dia menulis,

Difahamkan juga, hak penjagaan anak tidak diletakkan pada siapa-siapa dan masing-masing bergilir menjaga anak perempuan mereka, Keisha Laila yang dilahirkan pada 11 Mei 2010.

Nabila yang benar-benar sudah tidak tahan dengan tindakan bekas suaminya telah meluahkan juga beberapa perkara yang tidak diketahui umum kerana terlalu marah dengan bekas suaminya itu.

Bukan mudah untuk lihat Nabila Huda meroyan sebegini rupa, OHBULAN! percaya anda pun tahu yang selebriti wanita ini seorang yang pendiam walaupun penuh kontroversi. Kan?

Full content generated by Get Full RSS.

“Tunjuklah Kalau Betul Ada Bukti” – Khairul Fahmi Respon Isu Skandal Shida Harmi.

Posted: 26 Nov 2011 09:40 PM PST

Selepas nama Dahlia Teck menjadi sebutan ramai, hari ini, peminat bola tempatan sekali lagi digegarkan dengan cerita panas mengenai penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat berkenaan skandal seorang wanita yang dikenali sebagai Shida Harmi. Identiti wanita ini yang merupakan watak baru dalam kehidupan peribadi Khairul Fahmi atau nama samaran Apek ini diertikan sebagai salah satu cubaan pihak di luar sana yang ingin menjatuhkan reputasi serta fokusnya di atas padang kelak. Ini turut diperakui oleh Khairul Fahmi ketika ditemubual oleh OHBULAN!, lewat tengah hari tadi.

"Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa. Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke," jelas Khairul Fahmi memulakan wawancara.

"Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas. Berkenaan nama-nama yang disebut dalam Blackberry Messenger (BBM), jujurnya saya tak kenal akan nama Nadzim. Bagaimanapun, Erin adalah nama kakak kepada Elia, bekas tunang saya dulu," ujar pemain pasukan Harimau Muda ini yang berjaya mengalahkan Indonesia di Sukan Sea, Isnin lepas.

Khairul Fahmi juga mencabar pihak yang menyebarkan kandungan mesej berbaur ugutan (screenshot di atas) ini agar tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh.

"Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh," tegas Khairul Fahmi.

Pemain muda ini turut kesal dengan sikap sesetengah orang yang cuba menjatuhkan nama serta reputasinya yang kini sedang memuncak. Bagaimanapun, dia menjanjikan persembahan yang terbaik agar semangat Harimau Muda sentiasa tersemat di kalangan peminat bola sepak tanah air.

"Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya. Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!" kata Khairul Fahmi yang ingin menumpukan perhatian di atas padang demi maruah negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Zon Artis

Zon Artis


Surat Penjelasan Daripada Ernst & Young Berhubung Kesilapan Pemenang Lagu Terbaik AIM18

Posted: 26 Nov 2011 04:56 AM PST


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D

Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Review Bali Niksoma Boutique Beach Resort

Posted: 26 Nov 2011 05:01 PM PST

Kelibat Ketenangan di Bali Niksoma
oleh Shah Shamshiri

Dengan seribu satu tarikan di sekitarnya, tidak hairanlah sekiranya Pulau Bali di Indonesia digelar sebagai salah satu destinasi percutian pantai paling popular di dunia. Dan atas dasar itu jugalah, terdapat ribuan tempat penginapan bagi pilihan para pengunjung. Namun ada beberapa tempat penginapan yang lebih menarik daripada biasa dan di antaranya adalah Bali Niksoma Boutique Beach Resort.

niksoma 2

Tersergam indah di tepian pantai peribadi di kawasan Legian, resort yang penuh gaya dan berkonsep butik ini menampilkan 57 buah bilik yang sangat cantik. Ini terdiri daripada 10 bilik Superior, 34 bilik deluxe, 8 Junior Suite, 4 suite dan juga sebuah villa khas yang mempunyai 2 bilik serta sebuah kolam mandi peribadi. Setiap bilik menghidupkan suasana tenang buat para tamu dengan sentuhan hiasan yang sangat menepati persekitarannya.

Ini diindahkan lagi dengan kewujudan sebuah spa dan juga kolam mandi bertingkat yang menawarkan pemandangan mengagumkan di tepi pantai. Sambil menikmati hidangan lazat di Restoran Hitana di tepi kolam renang resort ini, para tamu dapat juga menghayati pemandangan alam sekeliling yang dibina di sebuah kawasan taman tropika.

Direka secara unik oleh jurubina tersohor Indonesia, Hadiprana, Bali Niksoma menggabungkan senibina hebat Bali serta senibina moden masa kini. Di samping senibina serta senireka dalaman dan luaran yang menarik, para pekerja di sini juga menawarkan kualiti perkhidmatan yang sangat baik setaraf hotel-hotel lima bintang di dunia. Setiap tamu dilayan mesra dan tidak pernah diabaikan sekiranya memerlukan bantuan.

Jadi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila resort ini dinobatkan anugerah "The Indonesia Leading Boutique Hotel 2010″ oleh pihak Indonesia Travel & Tourism Awards yang sama-sama diberikan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia. Proses pemilihan pemenang anugerah diterajui oleh juri-juri profesional yang terdiri daripada pakar dunia perhotelan dan pelancongan serta undian secara on-line.

Untuk itu, jikalau anda berwisata ke Bali, pastikan Bali Niksoma Boutique Beach Resort menjadi pilihan penginapan anda kerana perkhidmatan dan kemudahannya memang luar biasa. Setelah bermalam di sini, sudah tentu anda mahu berkunjung lagi!

niksoma 3

niksoma 1

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Tycoons of Asia Ho Kwon Ping
  • Contest Win a Date with Asian Tycoon
  • Band Pesawat Bawa Peminat Bercuti Dalam Xpresi Kembara
  • HOTLINK Sponsor Budiey Melancong Ke Bali Bersama One Nation Emcee
  • Keputusan Pemenang Hot FM Makan Angin
  • Belum Rainforest Resort
  • Gambar Pameran Pengantin Malaysia 2008
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • Gambar Pemenang Percutian SPA & Isitirehat BALI Tajaan Hotlink
  • Photo Jennifer Lopez & Marc Anthony Kick Off Tour In Atlantic City
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Adibah Nor dalam Skuad FAB TV3

    Posted: 26 Nov 2011 03:11 PM PST

    "CERITAKAN KEPADA KAMI…"
    Pasukan Pembersih Istimewa "Skuad FAB" Tampil Menambah Seri & Keceriaan Kediaman Anda

    Dewasa ini, masyarakat Malaysia ternyata sinonim dengan gaya hidup yang aktif dan begitu sibuk dalam menyelesaikan pelbagai komitmen dan tugasan pada setiap hari. Tidak dinafikan, lelaki ataupun perempuan yang mempunyai karier professional mempunyai kesukaran apabila soal kebersihan dan pengurusan kediaman dan keluarga berbangkit.

    Tenaga Produksi FAB SKUAD, Yvonne Tham (Pengurus Media, P&G) & Shereen Ooi (Chief Marketing Officer, Client Servicing Group, MPB)

    Sebagai satu inisiatif untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia dalam menjalankan kerja di rumah, kini TV3 mempersembahkan SKUAD FAB, sebuah program terbaru hasil arahan Shahrul Nizan@Pak Abu serta Ahmad Annuar dan Azam selaku penerbit yang memaparkan aksi hebat sebuah pasukan bergelar Skuad FAB dalam membantu para surirumah dan isteri berkerjaya membersih dan mengurus kediaman mereka. Bakal menemui penonton bermula 26 November 2011 pada setiap Sabtu jam 7.30 malam, mari berhibur dan bergelak tawa menerusi telatah mencuit hati ahli pasukan, selebriti jemputan dan keluarga yang terlibat.

    Dibawakan khas oleh Procter & Gamble Malaysia, SKUAD FAB menampilkan kaedah khas untuk membersih, mengurus dan memelihara persekitaran dalam rumah. Program ini memaparkan situasi-situasi sukar yang sering dihadapi oleh para pemilik rumah masa kini dan Skuad FAB bakal mempamerkan kaedah-kaedah yang pantas dan menjimatkan kos. Hasilnya, penonton akan dikejutkan dengan hasil pembersihan yang memberangsangkan, di samping meningkatkan tahap mutu persekitaran serta menjadikan ruang kediaman menjadi lebih selesa dan harmoni.

    Di dalam setiap episod, Skuad FAB akan menerima sebuah misi daripada permintaan yang diterima oleh mereka melalui sumber-sumber tertentu. Setelah misi dipertimbangkan dan dipersetujui, Skuad FAB akan bergegas ke lokasi misi, iaitu kediaman yang ingin dibersihkan. Sebaik sahaja tiba, ketua pasukan akan membuat penilaian kebersihan dan menyusun strategi membersih yang efektif dari segi kos, masa, jumlah tugasan dan kreativiti.

    Ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan, Skuad FAB akan memastikan bahawa pemilik rumah memahami segala prosedur proses pembersihan supaya pemilik rumah boleh melakukannya sendiri pada masa akan datang secara konsisten. Di penghujung episod, pemilik rumah bakal menikmati keadaan rumah yang bersih, teratur dan kemas. Skuad FAB turut akan memastikan segalanya berjalan lancar.

    Tidak ketinggalan, gelagat dan aksi mencuit hati Skuad FAB yang diterajui oleh penyanyi, pelakon dan hos terkenal tanah air, Adibah Noor selaku ketua pasukan pastinya menceriakan lagi suasana bekerja dan menjadi tarikan utama di kalangan penonton. Penonton juga akan dihiburkan dengan nyanyian istimewa beliau di setiap episod samada secara terancang mahupun spontan. Nama-nama seperti Edrie Hashim dan Rusdi Ramli merupakan antara barisan selebriti yang akan muncul di dalam program ini sebagai tetamu istimewa.

    Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar menerangkan bahawa faktor kesibukan kerja dan komitmen terhadap pelbagai tanggungjawab menyebabkan ramai wanita berkerjaya pada masa kini sukar untuk memberi fokus, masa dan tenaga terhadap hal ehwal pengurusan kediaman rumah dan keluarga. Program SKUAD FAB dijangka mampu berfungsi sebagai panduan menarik bagi mereka yang ingin mempelajari pelbagai tip dan teknik mengurus dan membersih kediaman dengan lebih mudah, pantas dan efisyen.

    "SKUAD FAB akan memaparkan pelbagai konsep pembersihan dan pengurusan kediaman untuk mengatasi berbagai jenis situasi yang dihadapi oleh ramai wanita berkeluarga di dalam kehidupan seharian. Berdasarkan konsep "meringankan beban" yang ingin diketengahkan, program ini mampu merangsang daya minat para penonton untuk menjadikan kediaman mereka sebuah rumah yang bersih, teratur, selesa dan tampak lebih berseri," tambah beliau.

    "Bermula sekarang sehinggalah 15 Februari 2012, peraduan FAB Skuad akan dijalankan di seluruh negara. Untuk menyertainya, pengguna Fab hanya perlu mengisi borang besertakan resit pembelian Fab, tuliskan sebab mengapa mereka perlukan pertolongan FAB Skuad dan hantarkan kepada alamat yang tertera. Jangan lepaskan peluang keemasan ini," kata Pengurus Media, Procter & Gamble (Malaysia) Sdn. Bhd., Yvonne Tham.

    Diterbitkan oleh Paint In Motion, episod pertama SKUAD FAB menyaksikan pasukan Skuad FAB tampil untuk membantu seorang pengurus kewangan, Puan Mariam yang tidak mempunyai masa untuk menguruskan rumahtangganya yang terdiri daripada dua orang anaknya dan juga suami tersayang. Tanggungjawab Skuad FAB tidak mengira masa; Adibah Noor, walaupun penat selepas menghiburkan ribuan penonton, terpaksa mempertimbangkan permintaan tersebut. Episod ini juga akan memperkenalkan ejen-ejen Skuad FAB, dimana setiap seorang daripada mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran mendalam di dalam bidang masing-masing.

    Pelajari bagaimana Adibah Noor dan Skuad FAB menangani masalah keluarga, di samping bergelak tawa ketika menjalankan tugas dan diserikan dengan kehadiran seorang selebriti tanah air sebagai tetamu istimewa. Bersiaran pada setiap Sabtu pada jam 7.30 malam, saksikan SKUAD FAB bermula 26 November 2011, hanya di TV3!

    SKUAD FAB - Poster

    Skuad FAB (Full)

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fab Skuad TV3
  • Gambar Adibah Nor Jadi Orang Gaji Dalam Phua Chu Kang
  • Ujibakat Mentor Lah Ahmad dan Adibah Nor
  • Skuad D6 Putrajaya Cecah Kutipan Hampir Sejuta Penonton
  • Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011
  • Gambar Sekitar Ujibakat Mentor Lah Ahmad dan Adibah Nor
  • Adibah Nor & Afdlin Shauki Pengacara AIM 17
  • ADIBAH NOOR, OGY, ZUL HUZAIMY DI SESI RAKAMAN "KECOH PETANG RAYA"
  • Majlis Penyerahan Perodua Alza Kepada Skuad ERA & My FM
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Full content generated by Get Full RSS.

    borak kosong

    borak kosong


    Pelincir dan minyak urut beraroma daging babi

    Posted: 26 Nov 2011 09:00 PM PST


    Sebuah perusahaan di Amerika Serikat membuat produk yang awalnya hanya berupa lawak.Perusahaan J&D di Seattle, AS, membuat "pelincir dan minyak urut" beraroma bacon atau daging babi.

    "Pelincir yang dapat membantu kegiatan hubungan seks anda dan pasangan menjadi berbeza," ungkap juru bicara perusahaan itu. Pelincir bernama Baconlube itu akan memberikan aroma seperti sarapan di tempat tidur anda.

    Pelincir beraroma bacon itu adalah peluincir pertama yang memiliki wangi seperti itu. Pelincir unik itu dibuat terhad, hanya tiga ribu botol. Ternyata selain pelincir bacon, J&D juga menyediakan minyak urut dengan aroma serupa.

    Lady GaGa Telanjang, Untuk Dilukis

    Posted: 26 Nov 2011 08:00 PM PST

    Lady GaGa merayakan acara Thanksgiving tahun ini dengan cara yang sangat unik. Jika lazimnya orang mengisi perayaan ini dengan saling mengucapkan terima kasih, maka penyanyi Bad Romance ini merayakannya dengan menjadi model lukisan secara telanjang.

    Dalam keadaan bogel Lady GaGa dilukis oleh Tony Bennett saat pagelaran THANKSGIVING SPECIAL, A VERY GAGA THANKSGIVING yang diadakan pada Khamis (24/11) lalu.

    GaGa pun menjelaskan bahawa dengan keadaan telanjang dirinya cuba mengambil posisi yang tepat agar Tony Bennett lelaki yang kini berusia 85 tahun tersebut mulai melukis dirinya. Lady GaGa pun mengungkapkan jika sebenarnya dia merasa malu saat menjadi model bogel di depan Tony.


    "Aku melangkah masuk dan berkata 'Well Tony here we are,' kemudian aku melepas pakaianku dan mengambil posisi. Aku merasa malu dan bertanya dalam hati 'Di depanku adalah Tony Bennett, kenapa aku telanjang begini?'" Ungkap Lady GaGa.

    Rencananya lukisan telanjang Lady GaGa tersebut akan disiar di majalah Vanity Fair yang akan terbit tahun depan. Sebelumnya, kedua bintang tersebut juga sempat berduet dalam The Lady is a Tramp, yang merupakan sebahagian dari proyek album baru baru Tony yang berjudul DUETS II. (Dailymail)

    Tasko, Singa Laut yang Hobi Menelan Wang Syiling

    Posted: 26 Nov 2011 07:00 PM PST

    Selain ikan segar, Tasko, seekor singa laut berusia lapan tahun ini ternyata mempunyai makanan kegemaran lain, iaitu wang syiling.

    Sayangnya, akibat keserakahan Tasko memakan duit syiling yang dilemparkan ke dalam kolam di zoo Adelaide di Australia, menyebabkan ia menjadi lesu dan kurus.

    Awalnya petugas zoo Adelaide tidak mengetahui apa yang menyebabkan Tasko menjadi lesu dan kehilangan berat badannya. Namun setelah dilakukan endoskopi pada bulan Jun lalu, terungkap bahawa dalam perut singa laut itu ada tujuh buah duit syiling bernilai 1.10 dolar Australia.

    Diduga, Tasko menelan duit-duit tersebut di dasar kolam, kerana pengunjung zoo rupanya melemparkan duit syiling ke kolam untuk keberuntungan.

    Ian Smith, seorang doktor haiwan senior mengatakan bahawa ke tujuh duit syiling itu tersembunyi di balik benda lainnya didalam perut Tasko, termasuk beberapa batu. Namun adalah sesuatu yang normal bagi haiwan seperti singa laut untuk menelan batu kecil guna membantu pencernaan mereka.

    Tasko kini telah menjalani operasi, dan pasukan dokter berhasil mengeluarkan duit syiling itu dari perutnya.
    "Koin Australia mungkin salah satu dari wang logam yang aman untuk ditelan kerana tidak memiliki kandungan seng," tutur Dr Smith yang dikutip mail online.

    Saat ini, pihak kebun binatang telah membuat tanda peringatan di sekitar kandang, untuk memperingatan para pengunjung untuk tidak membuang benda apapun kedalam kolam.


    Geram..wanita masak kurma guna daging suami yang dibunuh untuk hentikan perbuatan suami yang cuba perkosa anaknya

    Posted: 26 Nov 2011 06:00 PM PST


    ISLAMABAD: Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.

    Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.


    Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.


    Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.


    Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: "Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya." Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.

    Dia naik untuk menegur wanita itu.



    Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya.


    Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.


    Zainab dipetik sebagai berkata: "Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. "Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk." Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. "Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap," katanya. - Agensi



    sumber : myMetro
    gambar dan video : dailymail

    Datuk 76 tahun yang cukup 'Power'

    Posted: 26 Nov 2011 05:00 PM PST

    HULU LANGAT: Kehangatan berpacaran dengan lelaki bergelar warga emas tidak pernah pudar di hati Noraida Abdul Saman, 36, walaupun perkenalannya dengan suami, Abdul Aziz Uteh, 76, hanya dua minggu ketika mereka bertemu di Kampung Ketumbar, Ampalas, Medan, Indonesia.

    Ketika berjumpa dalam pertemuan diuruskan keluarga, Noraida terpaksa membuat keputusan sama ada menerima atau tidak lamaran lelaki itu yang pada mulanya dianggap main-main kerana menyangka dia sudah berumah tangga.


    "Bagaimanapun, selepas dia membawa dua daripada lima anaknya ketika itu, baru saya menyedari dia bersungguh-sungguh, malah lebih mengharukan apabila kedua-dua anaknya sibuk menguruskan perkahwinan kami di kampung saya dan menerima saya seadanya.


    "Saya berkahwin ketika berusia 27 tahun manakala abang (suami) pula 67, sebenarnya saya tidak mempunyai ibu bapa dan bapa saudara saya memberitahu ini mungkin jodoh saya, manakala adik beradik lain pada mulanya risaukan keselamatan saya jika pulang ke Malaysia.


    "Saya pada mulanya risau, mana tahu saya dijual atau tidak dilayan sebagai isteri, namun selama setahun kami hidup bersama saya akhirnya berasa selesa, malah hingga kini sering berulang-alik ke Medan, menyebabkan kebimbangan adik-beradik hilang," katanya.


    Kini, selepas sembilan tahun berkongsi hidup dengan Abdul Aziz, Noraida yang bunting pelamin ketika perkahwinannya mempunyai dua cahaya mata yang menyerikan hidup mereka iaitu Mohd Ashraf, 9, dan Siti Nurasnida, 5.



    Ditanya apa yang membuatkannya tertarik kepada Abdul Aziz, Noraida berkata, ketika awal pertemuan mereka, dia dapat merasakan suaminya penyabar tetapi menyangka ia mungkin sekadar untuk mengambil hatinya, namun selepas hampir 10 tahun hidup bersama, telahan itu terbukti tepat.


    Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya sama ada dia mengamalkan pemakanan atau senaman tertentu memberitahu, tiada amalan atau rahsia yang diamalkannya kecuali melakukan senaman ringan pada awal pagi dan mengelak minuman sejuk, selain sentiasa tenang dalam menghadapi sebarang keadaan.


    "Tiada apa petua atau amalan, cuma kita kena jaga kesihatan sendiri, malah saya juga mempunyai penyakit, iaitu darah tinggi dan sakit lutut, jadi saya ikut arahan doktor dan melakukan senaman setiap pagi," katanya yang masih berniaga sekitar daerah ini sambil dibantu isteri.


    Menurutnya, perkahwinan terbarunya adalah yang ketiga. Perkahwinan pertama pada 1960 dan dikurniakan lima anak kini berusia 49, 48, 46 dan 44 tahun (anak bongsu meninggal dunia pada usia 17 tahun dalam nahas jalan raya).


    "Isteri saya meninggal dunia sebelum saya mendapat pengganti, tetapi perkahwinan kedua tidak bertahan lama dan akhirnya kami berpisah. Kami juga tidak ada zuriat sebelum saya berasa kesunyian lalu bertemu jodoh dengan wanita dari seberang ini.


    "Sebenarnya jodoh kami adalah hasil usaha keluarga saya yang masih ada di sana kerana saya berketurunan Mendeling dan merekalah yang menemukan kami berdua.


    "Alhamdulillah sehingga hari ini saya sentiasa bahagia dengannya, malah anak saya juga menerima perkahwinan ini," katanya.


    Menceritakan mengenai sambutan Aidilfitri atau Aidiladha, beliau berkata, anaknya pulang menyambut lebaran di rumahnya dan ada kalanya ke Medan menyambut hari raya di sana.


    "Kalau ada rezeki lebih, kami akan beraya di sana, malah Aidiladha lalu, anak saya turut mengadakan korban di kampung ibu tiri mereka dan ia sangat mengharukan saya," katanya.


    Abdul Aziz yang masih boleh membaca tanpa memakai kanta mata berkata, dia mempunyai 19 cucu dan dua daripadanya bakal berkahwin tahun depan.


    Ditanya sama ada dia bercadang menambah zuriatnya dalam masa terdekat, katanya, tiada cadangan ke arah itu setakat ini dan kehadiran sepasang cahaya mata sebagai pengikat kasih dalam rumah tangga mereka sudah memadai kerana mempunyai tujuh anak sebelum ini.


    "Kami kini lebih menumpukan pada persekolahan anak dan perniagaan, namun kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan," katanya.

    sumber : myMetro

    Pencuri Mengatakan Mangsa "Bodoh" Dalam Surat Permintaan Maafnya

    Posted: 26 Nov 2011 04:00 PM PST


    Surat "permintaan maaf" yang ditulis oleh seorang pencuri berusia 16 tahun dari Leeds, Inggris ini memang kemungkinan besar akan membuat korbannya mengamuk, tapi setidaknya surat ini memiliki sedikit pesan berharga didalamnya bagi kebaikan masyarakat.

    Korbannya sendiri tidak pernah menerima surat tersebut. Hal ini dikarenakan polisi menilai isi surat itu terlalu pedas. Baru belum lama ini mereka akhirnya setuju untuk mengumumkan isi surat tersebut ke masyarakat luas.

    Dalam isi surat tersebut tertulis bahwa si pencuri tak ingin meminta maaf atas kejahatan yang telah ia lakukan, dengan alasan pemilik rumah yang ia curi terlalu "bodoh" dalah hal pengamanan properti

    Reaksi bayi yang terlampau

    Posted: 26 Nov 2011 10:01 AM PST


    Cuba lihat eskpresi bayi ini boleh jadi antara kelaparan, ketakutan, terlalu semangat, kecanduan atau entahlah. Yang pasti bayi ini punya bakat alami untuk menjadi peranan pembantu dalam acara The Walking Dead.

    Wanita 30 Tahun Dari Brazil Masih Memiliki Penampilan Seperti Bayi Usia 9 Bulan (pic+video)

    Posted: 26 Nov 2011 09:45 AM PST

    Ramai orang ingin awet muda. Namun, bagaimana jika awet muda yang dimaksud adalah ketika berumur 30 tahun, kamu tetap memiliki penampilan seperti bayi 9 bulan?

    Maria Audete do Nascimento, perempuan Brazil yang lahir pada 7 Mei 1981, saat ini berusia 30 tahun, tetapi tubuh dan mentalnya masih seperti bayi. Dia tidak mampu memenuhi keperluannya sendiri, bahkan masih belum boleh bercakap.

    Maria berasal dari keluarga miskin yang tinggal di rumah dari lumpur di Ceara, Brazil. Ibu kandungnya sudah meninggal 13 tahun yang lalu dan saat ini ia tinggal bersama ayah dan istri keduanya. Ibu tirinya, Dora, telah merawatnya sejak dulu. Dora percaya bahawa Maria adalah hadiah dari Tuhan untuk dirinya sehingga dia merawatnya dengan sepenuh hati.

    Para ahli di Fakulti Kedoktoran Universiti Ceara percaya penyakit Maria disebabkan oleh kurangnya hormon tiroid. Akibat dari hipotiroidisme, tubuhnya tidak boleh berkembang secara fizik dan mental.

    Sebenarnya, jika ditangani sejak awal, Maria mungkin akan tumbuh seperti anak normal lainnya, tetapi kemiskinan yang dialami Maria membuatnya tidak boleh berbuat banyak.

    Saat ini, pihak universiti setuju untuk memberikan pengobatan percuma kepada Maria.

    Inilah Dia Payudara yang Dijual Bebas

    Posted: 26 Nov 2011 08:45 AM PST

    Bukan wanita ni punya tetapi....

    v
    v

    v


    v



    v



    v





    v


    Kreatif tapi aneh,unik dan antik tapi sedikit terlihat jijik.Inilah "gadget Payudara yang Dijual Bebas"..

    Hebat..Gadis Remaja Berikan Hadiah Ginjal Untuk Ibunya

    Posted: 26 Nov 2011 07:00 AM PST

    Ibu mana yang tidak gembira saat menerima hadiah dari puteri-nya, apalagi hadiah tersebut merupakan sesuatu yang sangat istimewa.

    Inilah yang dialami Sarah Nesbit dari Fort Mill, Carolina Selatan, AS, yang menerima hadiah yang tak ternilai harganya dari sang putri Melody (18), iaitu sebuah ginjalnya untuknya.

    Sontak saja ini membuat emosi Sarah campur aduk, begitu mengetahui puteri tercintanya itu rela memberikan ginjalnya, agar dirinya ia dapat sihat seperti sedia kala.

    "Saya marah. Itu anak perempuan saya dan tak ada seorang pun yang ingin dioperasi ketika mereka merasa itu tidak perlu." tutur Sarah.

    Diketahui, Sarah telah menunggu bertahun-tahun untuk transplantasi ginjal, namun ia tidak menyangka yang menjadi donor adalah darah dagingnya sendiri.

    Namun untuk Melody, tidak mempunyai pilihan lain. Dia teringat kala Sarah membuat pilihan sulit saat mengandung adiknya, Ernie. Dimana kerana komplikasi, doktor memperingatkan Sarah bahawa jika meneruskan kehamilan, dia terpaksa harus menjalani dialisis sampai ia mendapat transplantasi ginjal baru. Tapi ia tidak ragu-ragu dengan pilihannya untuk melahirkan Ernie dan segera setelah itu ia mulai mengalami masalah dengan ginjalnya.

    "Saya fikir dia layak mendapat kesempatan kedua dalam hidup," tutur Melody yang dikutip orange.

    Jadi, tanpa memberitahu ibunya, Melody melakukan ujian saat ia genap berusia 18 tahun untuk mengetahui apakah dia merupakan penderma yang tepat.

    "Aku tidak percaya. Belum pernah aku merasakan cinta tanpa syarat seperti itu." tutur Sarah dengan terharu.

    Transplantasi ginjal antara ibu dan anak ini akan berlangsung minggu depan, dan memerlukan waktu minggu pemulihan bagi keduanya.

    Terinspirasi daripada pelacur, Lady Gaga Buat Parfum Beraroma 'penjaja seks'

    Posted: 26 Nov 2011 06:00 AM PST

    Setelah melancarkan parfume beraroma sperma dan darah, kini Lady Gaga akan 'mengeluarkan' sebuah parfume baru beraroma seperti 'penjaja seks'.

    Seperti dikutip dari Dailymail, penyanyi lagu 'Born This Wayini sebetulnya ingin parfumenya nanti beraroma seperti 'penjaja seks'.
    Parfume yang rencananya akan lancar tahun depan itu bukan terbuat dari sperma dan darah namun aromanya menyerupai kedua cairan itu. "Anda mendapatkan perasaan setelah seks dari aroma sperma dan darah," jelas sang mother moster itu.

    Aroma darah diambil dari unsur molekul tata rias yang diekstraksi dari darah Gaga. "Aromanya diambil dari contoh darah saya sendiri sehingga Anda merasa memiliki diriku di kulit Anda," ungkapnya.

    "Saya ingin mengekstrak darah dan sperma dari struktur molekul, sehingga rumor itu datang. Sebenarnya parfum ini tidak berbau seperti darah dan sperma, tapi beraroma seperti pelacur mahal," tegas Lady Gaga.

    Payudara Courtney Love Tersembul lagi

    Posted: 26 Nov 2011 12:00 AM PST


    LOS ANGELES - Isteri mendiang Kurt Cobain, Courtney Love mengalami insiden payudaranya menyembul saat menghadiri pesta perayaan filem Hugo, di kelab Metropolitan Manhattan, Rabu (23/11) malam.
    Courtney yang keluar dari pesta tersebut berjalan penuh percaya diri saat berpose di depan paparazi. Entah disadari atau tidak, payudaranya menyembul dari balik gaun satin merah yang dikenakannya.
    Keadaan itu langsung dimanfaatkan dengan baik oleh para paparazi yang sedang mengabadikan gambarnya. Demikian seperti dilansir Dailymail, Khamis (24/11/2011).
    Kejadian ini bukan kali pertama menimpa Courtney. Sebelumnya, Courtney juga dengan santai mempamerkan payudaranya di depan ratusan penggemar, saat berkonsert di Brasil.
    Sementara pada 2010 lalu, dia diduga dengan sengaja 'bugil' di depan wartawan New York Times. Namun, setelah aksinya itu dia meminta maaf.
    (efi)

    Bekas kekasih kata Mr P Brad Pitt Besar

    Posted: 25 Nov 2011 11:00 PM PST

    LOS ANGELES - Bekas kekasih Brad Pitt, Sinitta membuat pernyataan yang menghebohkan. Dia mengungkapkan, bahawa organ intim bekas suami Jennifer Aniston itu besar.

    Meski begitu, Sinitta enggan mendeskripsikan ukuran Mr P teman hidup Angelina Jolie itu. Dia hanya memastikan lebih besar daripada milik pemuzik Inggris Dougie Poynter

    "Yang pasti kemaluannya lebih besar dari punya Dougie," kata Sinita seperti dilansir Dailymail, Khamis (24/11/2011).

    Sinitta juga memuji tubuh Brad Pitt saat berada dalam keadaan bogel. "Selama dua tahun bersamanya, aku paling senang melihatnya telanjang, dia begitu hebat. Dia juga sangat menyenangkan, muda, dan sangat manis," ungkapnya.

    Bahkan, Sinitta mengaku gara-gara kisah cintanya dengan Pitt, dia mendapat tamparan dari penggemar setianya. "Saat aku sedar dengan hubungan itu, aku sampai berpikir 'Oh Tuhan, apa yang sudah kulakukan'," tegasnya.
    (efi)

    Jururawat ‘Sakit’ Kirim Pesakitnya Foto Porno

    Posted: 25 Nov 2011 10:00 PM PST

    London, PelitaOnline – Jururawat rumah sakit jiwa ini sungguh menggelikan. Dia mengirim foto-foto porno kepada pesakit lelaki.

    Gemma Tomlinson (28), jururawat di Rumah Sakit Jiwa Guild Lodge, Preston, Inggris, dituduh telah sengaja mengirimkan foto-foto peribadinya hanya berseluar dalam kepada seorang pesakit lelaki penderita schizophrenic.

    Dalam sidang yang digelar di Dewan Etik Perawat dan Kebidanan (Nursing and Midwifery Council/NMC ) di London, Gemma mengaku memiliki hubungan gelap dengan pesakit tersebut saat merawatnya antara 2008-2009. Tidak disebutkan nama pesakit itu.

    Kerana dekatnya hubungan mereka, Gemma bermaksud mengambil langkah lanjutan, yakni mengirimkan foto-foto panasnya kepada pesakit itu. Akibatnya, Gemma dipecat dari RSJ Guild Lodge.

    NMC masih mempertimbangkan apakah Gemma bersalah dengan melanggar kode etik. Gemma membantah tudingan NMC bahwa dia melanggar kode etik.

    "Foto-foto itu mengarah pada seksualiti," jelas Tom Hoskins dari NMC.

    Jika terbukti melanggar kod etika, Gemma akan dilucut dari daftar perawat. Sidang masih akan dilanjutkan untuk memutus perkara itu.