Adsense

Jumaat, 18 November 2011

Celebrity News

Celebrity News


Live Streaming Malaysia Vs Myanmar | Siaran Langsung Malaysia Vs Myanmar di Tonton

Posted: 18 Nov 2011 08:02 AM PST

Bagi anda yang berada diluar kawasan dan hanya mempunyai perhubungan internet, esok merupakan hari yang dinanti-nanti oleh peminat bola sepak tempatan. Bagi memastikan anda dapat menonton secara LIVE, ZoOM ingin berkongsi dengan anda Live Streaming di Tonton.com.my.


Dan berikut link yang boleh anda guna untuk menyaksikan perlawanan diantara Malaysia dan Myanmar dalam perlawanan Separuh Akhir esok.

Link : Tonton <--- Click 2x


Apa kata anda mengenai perlawanan esok ( Malaysia Vs Myanmar)

ZoOM : Malaysia 2-Myanmar 0

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Biodata And Pictures Phillipa Clare | Aaliyah Yoong Pictures

Posted: 18 Nov 2011 06:28 AM PST


Sebelum ini ZoOM dan ramai pihak diluar sana tidak mengenali siapakah Phillipa Clare, sehinggalah beliau memenangi kejohanan sukan air(Slalom- Emas) di Indonesia beberapa hari sebelum ini. Nama beliau turut menjadi carian terbanyak dalam Google Search. Blog ZoOm turut menjadi salah satu sumber walaupun tidak memaparkan gambar dan sumber mengenai beliau.

Hari ini ZoOM berkesempatan untuk berkongsi dengan anda sedikit sebanyak maklumat yang ZOoM jumpa untuk anda :

BIODATA :

FULL NAME Phillipa Clare Yoong Li Foong
DOB 12 Nov 78 (Scorpio Horse)
MOBILE/EMAIL #######
ADDRESS 15 Jln #%^^$
PLACE OF BIRTH KL

FAMILY Husband – Andrew Bayly (New Zealand)
Daughters – Tara Joy Bayly (born 2 Dec 06), ChloĆ« Summer Bayly (born 20 Aug 09)
OCCUPATIONS Currently head coach to Malaysian Waterski & Wakeboard Federation trainees (Putrajaya site) www.waterski.com.my
Housewife, mum and partner to husbands business www.emectech.com
RACE/RELIGION Eurasian / agnostic
EDUCATION O'Levels (Garden School), South Australian Matriculation (Taylors College), Dip Business (IACT), B. Advertising (RMIT), Certificate in Autocad

INTERESTS  MOTOR RACING
• Started in 1995
• Dad ran Batu Tiga race track (Shah Alam) from 88-98
• Whole family races/d – Yoong Yin Fah (best in Malaysia?), Joanna Yoong (first female to win in otherwise all male race), Alex
Yoong (former A1 driver, former F1 driver, currently Axle Motorsport principal)
• 1995/6 - Raced superkarts 125cc – best placing 3rd
• 1996 - Raced formula campus series 1400cc – competed in 6 races, best place 6th
• Raced 12-hr Merdeka Millennium endurance race
• 2003 – AMN Motorsports (9th in class and 26th overall. Partners Deanna Yusoff, Masnah Zulkifli, Maya Karin)
• 2004 – AMN Motorsports team DNF (did not finish)
• 2005 - AMN Motorsports 6th in class and 17th overall. Partners Deanna Yusoff, Kazumi Mikami)
• 2006 (pregnant)
• 2007 – AMN Motorsports 7th in class, 19th overall. Partners Deanna Yusoff, Hiroko Nakamura)
• 2008 – Team Redbull (6th in class. Partners Leona Chin, Putri)
• 2009 (pregnant)
• 2010 – S1K race with Axle Racing Team finished top 10
• 2011 – K4GP Race with Hiroko DNF

WATER SKIING
• Started in 1990 at Balakong mining pool (now The Mines)
• Currently hold records for Womens Slalom, trick, Jump, Overall
• Participated in 1991, 1992, 1994, 1995, 1998, 1999, 2008 Asian Championships (even numbered years incorporated Australasian Championships)
• 1993 World Championships – placed 37th overall
• 1994 Asian water Ski C'ships – placed 3rd overall, 3rd in slalom, 2nd jump
• 1997 SEA Games – won 2 bronze and 1 gold medal (jump)
• 1998 Asian Australasian Games – won bronze slalom
• 2008 Asian Australasian Games – placed 4th slalom, 5th wakeboard
• 2008 Waterski World Cup – placed 8th
• (2009 gave birth to daughter #2)
• 2010 –Won 2nd (Overall) and 3rd (Slalom) at Asian Championships, Jakarta. Got 4th placing for tricks, IOC Asian Beach Games, Oman
• 2011 Currently training for July Worlds in Russia, October Asians in KL and SEA Games in November

OTHERS Won bronze and silver for AAAA Advertising Awards (Copywriting - College category). Rock climbing, scuba diving, reading, reading, reading, my family!
MEMBER OF… Malaysian Water Ski Federation (Hon. Secretary)
Ibu Family Resource Group (NGO)  CHARITIES SUPPORTED Chow Kit Kids, SPCA, Malaysian Care

Info : http://www.waterski.com.my/

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Saleha tidak lembik

Posted:

Saleha tidak lembik

Saleha tidak lembik

aida.kamaruddin@utusan.com.my
Gambar Amin Farij Hasan


TENDANGAN yang mantap daripada Saleha.


"Pada mulanya, saya hanya melakukan tugas biasa seorang pelakon iaitu untuk mendalami watak yang akan dibawakan.

"Bagaimanapun selepas mencubanya, saya mula tertarik dengan sukan kickboxing ini," katanya ketika menghadiri sesi fotografi di Xclusive Fitnesz gym di Stadium Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Masih lagi menuntut di sebuah kolej swasta di Subang Jaya, Saleha memberitahu dia memperuntukkan empat jam seminggu untuk aktiviti ini.

"Selalunya saya akan pergi ke pusat sukan yang terletak berdekatan kolej bersama rakan-rakan.

"Walaupun agak sibuk dengan tugasan yang diberikan pensyarah dan jadual penggambaran yang agak ketat, saya tetap akan menjalani latihan ini saban minggu," ujar pelakon drama bersiri Nora Elena ini.

Mengakui dia seorang yang sukar berpeluh, menurut Saleha, dengan sukan ini dia bukan sahaja dapat bersenam tetapi mampu merawat tekanan kerja yang dihadapinya kini.

"Sukan ini mungkin dianggap ganas oleh sesetengah pihak. Bagaimanapun jika kita belajar, ia sangat baik untuk kesihatan," jelasnya

Mengesyorkan agar lebih ramai wanita di luar sana mengambil kelas kickboxing ini sebagai langkah keselamatan, menurut Saleha lagi sukan ini tidak pernah menyebabkan dia bersikap agresif.

"Sukan ini sebenarnya mampu menjaga keselamatan khususnya buat kaum hawa di luar sana.

"Dengan adanya ilmu mempertahankan diri ini, saya lebih yakin dengan diri sendiri," ujarnya yang membintangi telemovie Kekasih Awal dan Akhir arahan Aaron Aziz.

Cinta dan cuti

Bercerita mengenai kehidupan penuh rahsia bagi sesetengah artis, Saleha memberitahu bahawa kisah cintanya bukanlah satu rahsia yang perlu di sorokkan.

"Saya akui saya sedang bercinta dan perhubungan kami sudah lama terjalin.

"Bagi saya tiada sebab untuk saya berbohong dalam hal ini kerana pembohongan hanya akan melukakan hati banyak pihak," katanya jujur.

Bakal menghabiskan masa bersama ibunya di United Kingdom pada bulan hadapan, Saleha memberitahu ini merupakan lawatan mestinya ke negara tersebut.

"Selalunya abang saya, Shamsul (Vokalis Bunkface) akan menyertai saya, namun kali ini dia sibuk dengan kerjanya.

"Saya akan berada di sana selama sebulan dan akan melancong hingga ke Eropah. Bagi saya ini adalah waktu rehat untuk saya setelah sibuk sepanjang tahun ini," katanya ketawa.

Full content generated by Get Full RSS.

Tyzo pilih tenis

Posted:

Tyzo pilih tenis

Tyzo pilih tenis

Gambar MOHD AZIM ABD RAHMAN


Regangan penting bagi memanaskan badan.


Malah bagi pengendali segmen Malam Jumaat di stesen radio Suria FM ini, sukan itu membuatkan tubuhnya lebih segar dan sentiasa cergas.

"Bagi saya, tenis membuatkan badan saya lebih sihat dan berstamina agar saya sentiasa bersedia mengendalikan segmen kendalian saya di Suria FM," katanya memulakan bicara.

Menurut Tyzo, pada kebiasaannya, dia akan bermain tenis pada sebelah petang.

"Memang waktu petang pilihan saya. Lagipun gelanggang tenis dekat dengan rumah.

"Jadi, sempat jugalah untuk saya mengeluarkan peluh sebelum ke udara.

"Bagi saya apabila badan segar, barulah ada momentum untuk melakukan aktiviti lain," katanya sambil bersedia untuk memulakan permainan di gelanggang tenis di Petaling Jaya, Selangor.

Selain itu, bagi pemilik nama Tuah Zoqarnain Idris ini, sukan menjadi kegemarannya sejak di bangku sekolah lagi.

Katanya, selain tenis dia juga akan meluangkan masa di gimnasium.

"Segala aktiviti sukan, memang baik untuk kita kerana ia dapat menghindarkan diri daripada penyakit.

"Kalau boleh, daripada kita duduk diam tanpa buat apa-apa di rumah, luangkanlah sedikit masa untuk beriadah. Tidak perlu terlalu lama, cukuplah 20 minit setiap hari," ujarnya.

Fokus pada kerja

Setelah empat tahun menceburi bidang penyiaran, Tyzo sentiasa memberi tumpuan kepada setiap kerja yang dilakukannya.

Pernah menganggotai kumpulan muzik, Shogunz bersama-sama Que Haidar pada tahun 2003, Tyzo juga sibuk mengacarakan segmen yang dikendalikannya sendiri di Suria FM, bermula pukul 8 hingga 11 malam.

"Selain segmen Malam Jumaat pada hari Khamis, saya juga mengendalikan segmen Ekspresi Mood (Isnin), Cer Cite Cer Cite (Selasa), Idola Bilik Tidur (Rabu) dan juga segmen baru, Check In pada hari Jumaat.

"Manakala pada hari Ahad pula, saya mengendalikan carta Suria Baik Bangat.

"Bagi memastikan semuanya berjalan lancar, sememangnya tubuh badan yang sihat merupakan kuncinya," kata Tyzo yang turut mendukung watak antagonis sebagai Danial dalam filem Alamak Toyol.

Tambah Tyzo, dia berasa sangat bersyukur kerana setakat ini pendengar menerima secara positif setiap segmen kelolaannya.

"Alhamdulillah, sehingga kini semuanya mendapat maklum balas yang sangat baik daripada pendengar setia Suria FM.

"Apa-apa pun saya tetap fokus kepada setiap perkara yang saya lakukan dalam menghasilkan produk yang terbaik," katanya mengakhiri bicara.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


FFM24: Lancar di sebalik kontroversi

Posted: 17 Nov 2011 04:35 PM PST

Hip

Jangan sampai rosak majlis

BELUM pun malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), berlangsung Ahad ini, fasa pertama penyampaian 10 kategori awal serentak perasmian acara tahunan yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, malam kelmarin, sudah membibitkan kontroversi.

Pemilihan Jurey Latiff Rosli yang juga Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) sebagai Pengarah Harapan menerusi filem Libas nyata menimbulkan kurang senang segelintir individu, hingga ada yang terang-terangan meninggalkan majlis yang sedang rancak berlangsung. Biar apa pun tanggapan, saringan pencalonan 32 kategori dipertandingkan dengan penyertaan 41 filem yang dianggap terbesar sepanjang penganjuran sedari awal dilaksanakan barisan juri daripada pelbagai latar belakang.

Adat bertanding, pasti ada kalah dan menang. Justeru, sebarang kemusykilan mahu pun rasa tidak senang seharusnya jangan sampai merosakkan majlis apatah lagi di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang hadir merasmikan acara.

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri ini juga menandakan sokongan padu kerajaan terhadap industri perfileman.

Namun ternyata apa yang ditunjukkan oleh segelintir karyawan filem yang seperti kebudak-budakan apabila meninggalkan acara ini yang sedang berlangsung, bukan sahaja penghinaan kepada mereka yang sudah bersusah payah menganjurkannya, tetapi juga terhadap tetamu kenamaan iaitu pemimpin nombor dua negara. Sungguhpun tidak puas hati, usahlah sampai memalukan tetamu kenamaan, terutama pemimpin negara kita.
Bagaimanapun, FFM24 bertemakan Gemilang Filem Malaysia yang julung kali di tangan GAFIM memang kurang impak, sedangkan matlamat asal mengadakan perasmian di lokasi umum adalah untuk menarik kehadiran orang ramai.

Panggung berwajah baru itu hampir lengang kerana deretan tempat duduk banyak kosong. Bahkan kehadiran penggiat seni, terutama pelakon sendiri tidak ramai. Jika ada pun, hanya individu yang biasa dilihat menyokong acara terbabit sejak awal seperti Datuk Yusof Haslam, Shaheizy Sam, Norman Abdul Halim serta beberapa nama lain.

Perancangan menganjurkan FFM24 di dalam taman sememangnya unik namun faktor lokasi, pengangkutan serta kekurangan hebahan apabila penganjur lebih menumpukan perhatian terhadap promosi jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara.

Begitupun, pujian wajar diberikan kepada jawatankuasa yang sedaya upaya menjadikan acara pembukaan itu lebih bermakna apabila menyelitkan persembahan lagu daripada filem, seperti yang disampaikan penyanyi Roy dan Nadia. Antaranya daripada filem Hujan Panas, Ali Setan dan SH3 The Movie.

Cuma, acara penyampaian sijil penyertaan kepada 16 penerbit filem cereka, 25 penerbit filem pendek serta lapan penerbit filem animasi membuatkan acara meleret dan membosankan.

Jika mahu memperkenalkan barisan filem serta produksi yang bertanding, cukup dengan paparan di skrin lebar di kiri kanan pentas kerana banyak lagi pengisian lain yang boleh diselitkan termasuk memberi peluang kepada 10 pemenang berucap sepatah dua kata.

KRU, Nadiya menang lagi

BAGAI dijangka, filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios yang mendapat pencalonan tertinggi dengan 12 kategori meraih tiga trofi pada malam Anugerah Gemilang Cipta menerusi Lagu Tema Asal, Kesan Visual dan Poster Terbaik.

Edry Abdul Halim yang ditemani abangnya, Norman, berkata ia kemenangan sungguh manis apatah lagi pemilihan juri sejajar dengan pendapat umum yang sebelum ini menghargai karya mereka.

"Syukur kami dapat mempertahankan kategori Lagu Tema Asal Terbaik yang dimenangi tahun lalu. Ini minggu bermakna buat KRU Studios kerana kami berjaya membawa pulang trofi dalam ketiga-tiga anugerah Anugerah Skrin ASK 2011), Anugerah Industri Muzik 18 dan FFM24.

"Ia menjadi perangsang kepada seluruh keluarga KRU Studios untuk bekerja lebih keras pada masa akan datang," katanya yang sibuk dengan pembikinan filem baru, 29 Februari.

Bintang filem Cun, Nadiya Nisaa pula meraih trofi Pelakon Harapan Wanita mengenepikan Shera Aiyob (Karak), Syamira Azmil (Karipap-Karipap Cinta), Shamimie Amalina (Klip 3GP) dan Sara Ali (Nur Kasih The Movie).

Katanya, penghargaan serta pengiktirafan terhadap kemampuan lakonannya membakar semangat untuk lebih mendalami ilmu lakonan dan mencuba mempelbagaikan watak.

"Sebelum ini saya sekadar menganggap bidang lakonan sebagai percubaan, tetapi lama-kelamaan rasa cinta terhadap bidang itu bercambah. Malah dua kemenangan yang diraih berturut-turut menjadikan saya lebih yakin untuk terus berani melangkah.

"Memang sedikit tertekan kerana sudah pasti penonton menaruh keyakinan tinggi untuk produk akan datang. Cuma saya melihatnya dari sudut positif iaitu bekerja lebih keras," katanya.

Pemenang lelaki bagi kategori sama diraih Taiyuddin Bakar daripada filem Hantu Bonceng, manakala bintang cilik, Mia Sara, 5 yang menonjolkan lakonan cemerlang sebagai anak kehilangan kasih bapa menerusi filem Sekali Lagi juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila dinobatkan sebagai Pelakon Kanak-kanak Terbaik.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Gemilang Cipta:

* Poster Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa
* Kesan Visual Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa - Yusry Abdul Halim
* Pengarah Harapan: Jurey Latif Rosli - Libas
* Pelakon Harapan Lelaki: Taiyuddin Bakar - Hantu Bonceng
* Pelakon Harapan Wanita: Nadiya Nissa - Cun
* Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Mia Saraa Nasuha - Sekali Lagi
* Lagu Tema Asal Terbaik: Sedetik Cinta (Hikayat Merong Mahawangsa)
* Filem Pendek Terbaik: The Other One (Ng Ken Kin)
* Filem Animasi Terbaik: Altitude Alto (Mushroomhead)
* Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik: Great Day (Woohoo Pictures Sdn Bhd)

Full content generated by Get Full RSS.

Kenapa saya dipertikaikan?

Posted: 17 Nov 2011 04:27 PM PST

Hip

SIAPA dia untuk menolak apabila syarikat produksi yang menerbitkan filem Libas, MDAG Marketing Sdn Bhd, mengajukan namanya untuk bersaing bagi kategori Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia (FFM) 24 berdasarkan hasil kerja julung kali di layar perak.

Kapasiti sebagai Presiden Gabungan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Induk Festival Filem Malaysia (FFM) 24 tidak sesekali membolehkan Jurey Latiff Rosli masuk campur urusan penghakiman membabitkan juri profesional dari semua bidang.

Justeru apabila namanya mara sebagai calon akhir, pengarah yang sebelum ini membawa pulang banyak trofi untuk drama dan telefilem di majlis anugerah yang lain hanya menyerahkan kepada yang berhak untuk membuat penilaian. Jika ada individu tidak puas hati bermakna mereka mempertikaikan kredibiliti barisan juri yang sudah mengangkat sumpah menjalankan tanggungjawab mereka secara telus.

"Filem Libas memang layak bertanding kerana memenuhi syarat termasuk menerima tarikh wajib tayang bertepatan dengan syarat. Saya juga bekerja dengan produksi itu, jadi apa hak saya menolak pencalonan ini malah walaupun sudah mengarahkan banyak drama, Libas adalah arahan pertama untuk layar lebar.

"Sedikit pun saya serta jawatankuasa lain masuk campur dalam penjurian kerana kita sudah ada juri yang arif. Segala maklumat juga sulit. Bagi saya, mempertikaikan keputusan juri umpama penghinaan terhadap mereka. Walau apa pun saya reda, kita tidak mampu menutup mulut orang.

"Saya mengambil tanggungjawab mengepalai penganjuran FFM 24 ini dengan ikhlas.
Tanpa ganjaran, malah kutukan dan kritikan sedari awal menggalas amanah ini juga saya terima dengan hati terbuka. Cuma apabila timbul dakyah mengatakan kemenangan ini berkaitan kedudukan saya dalam FFM 24, ia sesuatu yang tidak masuk akal," katanya.

Menyentuh pemilihan Panggung Anniversari sebagai lokasi majlis perasmian, katanya matlamat asal adalah untuk menarik seberapa ramai penonton dikalangan orang awam namun faktor cuaca mengakibatkan kehadiran mengecewakan termasuk dikalangan orang seni sendiri.

Akuinya soal logistik antara punca tidak ramai muncul tetapi dia bukan menyalahkan orang awam sebaliknya agak terkilan apabila penggiat seni sendiri malas untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan untuk menghargai golongan terbabit.

"Saya puji Datuk Yusof Haslam serta beberapa wajah lain yang memberi sokongan padu. Datin Paduka Shuhaimi Baba juga hadir, begitu juga Shaheizy Sam dan Liyana Jasmay walaupun nama mereka tiada dalam senarai calon pada malam Anugerah Gemilang Cipta ini.

"Kami harap lebih ramai memeriahkan acara malam kemuncak nanti. Kita sudah menyerahkan kad undangan, tetapi tidak boleh memaksa artis untuk hadir. Jika bukan penggiat industri sendiri bersungguh-sungguh, siapa lagi," katanya.

CORAT-CORET

1. Tetamu terkejut dengan sikap Raja Azmi yang meninggalkan majlis selepas pengumuman pemenang Pengarah Harapan Terbaik sambil mengomel 'Kelakarlah penganjur FFM boleh menang'.

2. Persembahan Hip Hop dance yang diselitkan sedikit mengganggu tumpuan penonton yang disajikan konsep imbasan filem lama menerusi lagu yang boleh dianggap sudah cukup bagus.

3. Hanya Shaheizy Sam, Liyana Jasmay, Sheera Aiyob serta calon akhir yang kelihatan di kerusi artis selain wajah penerbit yang memberi sokongan padu sedari awal termasuk Datuk Yusof Haslam, Gayatri Su Lin Pillai, Norman dan Edry.

4. Selepas majlis berakhir, petugas penganjur juga terus menghilang hingga wakil media terpaksa menguruskan sendiri sesi soal jawab dan mencari pemenang.

5. Persembahan pentas agak berterabur dan tidak menggambarkan majlis berprestij gara-gara persembahan yang boleh dianggap tangkap muat.

6. Memalukan, apabila salah seorang wakil produksi naik ke pentas tidak memakai kasut ketika menerima sijil penghargaan.

7. Walau hujan pada petang sebelum acara berlangsung, cuaca malam lebih sempurna.

8. Kemunculan AR Badul sebagai penyampai trofi sedikit sebanyak menceriakan suasana dengan jenaka bersahajanya.

9. Khabarnya ada dikalangan artis, penerbit dan penggiat filem termasuk calon akhir yang tidak mendapat kad undangan.

Full content generated by Get Full RSS.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(VIDEO) Selamanya- Ultras Malaya ft Joe Flizzow, Carleed Khaza & Altimet

Posted: 18 Nov 2011 06:08 AM PST



Lagu penaik semangat skuad bolasepak malaysia... Harimau Malaya....Forza Harimau Malaya.........

( VIDEO | LIRIK ) Dalam 10 Cakap 1 Nombor

Posted: 18 Nov 2011 06:07 AM PST




Lirik:


dalam 10 cakap 1 nombor
dalam hati aku apa ada ku cakap

7 lu cakap ada 7 kereta ku
siang dan malam enjoy la kerjaku
aku nak mnari jangan la lari

5 lu cakap 5 kali tambah nasi
5 kali makan 5 minit lapar lagi
dia sapa lagi sedarlah diri

siang malam kira duit jadi hobi
bangun pagi sampai lupa gosok gigi
patut la bau macam ikan basi
gaya pun sudah macam gergasi

tandoori capati kentaki
itu semua aku mau makan
ayam itik panggang
itu semua abang belikan

ini makan minum sikit kasi kawtim
kalau tidak kita akan balik kutip tin
duit banyak lagi apa peduli

muka ku macam Vijay bergaya
cakap lu kawan orang tak percaya
aku pun apa la kurangnya
cantik juga macam Aiswarya

dari jauh ku tengok ingat beras punya guni
dating dekat baru tau ini minyak punya tangki
muka macam roti canai hangus
banding dengan ketam, ketam lagi bagus.

(WATCH ONLINE) Alamak Toyol Full Movie 2011

Posted: 18 Nov 2011 06:11 AM PST


Sinopsis Alamak Toyol:- Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.



Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.


Tajuk Filem:
Alamak Toyol
Pengarah: Ismail bob Hashim
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam: 03 November 2011
Pelakon Alamak Toyol:
Along Cham
Angah Raja Lawak
Afiq Izzudin
Hamid Gurkha
Yank Kassim
Adeline Tsen




macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Qalisha Tidak Mahu Dibayangi Kim Kardashian

Posted: 17 Nov 2011 08:19 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi baru, Noor Qalisha Ahmad atau nama komersialnya, Qalisha Ray tidak mahu kerjaya nyanyiannya dibayangi bintang Hollywood, Kim Kardashian, hanya disebabkan memiliki wajah seiras wanita itu.

Bagaimanapun Qalisha, 20, tetap menghargai pandangan peminat yang melihatnya mempunyai persamaan rupa paras bintang realiti TV tersebut.

Menurut penyanyi lagu Satu Januari itu, dia lebih senang jika dikenali dengan bakatnya dalam bidang nyanyian.


Kim Kardashian
"Secara jujurnya, saya tidak pula merasakan diri kelihatan seperti Kim namun tetap menghormati pendapat peminat yang melihat kami mempunyai sedikit persamaan.

"Mungkin hanya kebetulan dan ia terpulang kepada mereka untuk memberikan pendapat," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Nama Qalisha mula dikenali di dalam industri hiburan setelah melancarkan mini album bertajuk Qalisha beberapa bulan lalu dan sering dikatakan mempunyai wajah seiras Kim oleh majalah-majalah fesyen tempatan.

Qalisha yang dicungkil bakat nyanyiannya oleh komposer dan penyanyi terkenal, Ajai, juga gembira kerana menerima respons yang baik daripada peminat selepas pelancaran albumnya.

"Saya bersyukur kerana selepas melancarkan album, saya menerima tawaran untuk membuat persembahan di Persidangan Majlis Raja-Raja ke-225 bersama penyayi Jay Jay dan beberapa persembahan lain," katanya yang juga boleh menyanyikan lagu dalam bahasa Arab.

Gadis berdarah kacukan Arab itu menganggap peluang membuat persembahan di Istana Negara sebagai satu penghormatan untuk dirinya yang masih baru dalam industri seni suara.


google: qalisha ray, qalisha ray blog, qalisha ray twitter, qalisha ray facebook, qalisha ray myspace, qalisha ray seksi, qalisha ray hot, qalisha ray putih, buah dada qalisha ray, gambar terkini terbaru qalisha ray, profile qalisha ray, bio qalisha ray, qalisha ray bio, terkini terbaru qalisha ray, album terbaru qalisha ray, single qalisha ray, skandal qalisha ray, download album qalisha ray, mp3 album download qalisha ray

NeelofaTumpu Filem & Pengacaraan

Posted: 17 Nov 2011 08:18 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa mengakui tidak dapat mengambil tawaran drama bagi menumpukan perhatian kepada lakonan filem dan pengacaraan.

Kata Neelofa, ia berikutan kesibukan dan komitmennya kepada beberapa buah filem dan menjadi penyampai bagi dua buah program televisyen.

"Bukan saya menolak untuk berlakon drama tetapi memberi komitmen kepada filem dan tanggungjawab baru sebagai penyampai program.

"Tapi jika ada tawaran drama yang baik dan mempunyai skrip yang kuat saya akan mempertimbangkannya," ujarnya pengacara program Nona musim akan datang.

Dalam pada itu, dia berkata pembabitan awal dalam drama sebelum ini bagi memberitahu khalayak tentang kehadiran dalam industri ini.

"Saya ambil beberapa tawaran drama sebelum ini kerana ingin memberitahu penonton bahawa saya boleh berlakon dan bakal berada di industri ini.

"Saya tidak mahu mereka mempertikaikan bakat saya kerana gosip-gosip yang keluar terlebih dahulu sebelum filem saya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Azura, di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Neelofa kini dalam proses perbincangan untuk menjayakan sebuah drama bersama pengarah terkenal Erma Fatimah.

"Saya ada berbincang dengan Erma Fatimah untuk bekerjasama berlakon dalam sebuah drama dan kini masih lagi dalam peringkat awal," katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa telah membintangi beberapa buah filem yang bakal ditayangkan tahun depan antaranya Azura 2012, Hantu kapcai, Lemak Kampung Santan, Saya Amat Mencintaimu (SAM) dan Taiko

Isteri Belum Mengandung, Zed Zaidi Serah Pada Tuhan

Posted: 17 Nov 2011 08:17 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menjelaskan dia dan isterinya, Natalia Mustafa Kamal masih belum hamil dan menganggap rezeki masih belum memihak kepada mereka.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 31, memberitahu dia dan isterinya tidak mahu berasa tertekan dengan soal itu dan menyerahkan kepada Allah.

"Belum rezeki lagi tetapi kami tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat kerana kami tidak merancang," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini, Selasa.

Zed dan Natalia, 28, berkahwin pada 29 April lalu selepas berkenalan melalui laman sosial Facebook pada tahun 2008.

Dalam pada itu, Zed memberitahu kephidupannya kini lebih tersusun selepas berkahwin dan lebih fokus terhadap kerja-kerja yang dilakukan.

Ujarnya, dia lebih tenang dalam melakukan kerja-kerja seharian kerana telah dijaga dengan baik oleh isterinya.

"Saya lebih fokus dalam melakukan kerja kerana mempunyai seorang isteri yang pandai menguruskan rumah tangga dan mengambil berat," katanya.

Miera Liyana tak cemburu dengan neelofa

Posted: 17 Nov 2011 08:16 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Liyana yang kini hangat bercinta dengan aktor kacak Shahz Jazle menafikan kehadirannya di pelancaran filem Azura adalah kerana cemburu kepada pelakon wanita filem tersebut Neelofa.

Kata Miera, dia hadir adalah bagi memberi sokongan terhadap filem pertama kekasihnya itu dan bukan kerana faktor cemburu.

"Shahz yang ajak saya datang ke majlis ini dan minta saya beri sokongan kepada filem pertamanya ini dan bukan kerana saya cemburu.

"Saya tahu sejauh mana hubungan dia dan Neelofa dan saya bukan seorang yang cemburu buta," katanya ketika ditemui mStar Online, di sini, Rabu.

Sebelum ini, ketika penggambaran filem Azura 2012, pasangan kekasih dalam filem ini iatu Shahz dan Neelofa pernah tersebar.

Malah, Shahz mengakui hubungan antara dia dan Neelofa pernah rapat suatu ketika dahulu.

Sementara itu, bercerita tentang hubungan cinta mereka, Miera berkata dia belum membuat sebarang perancangan kearah itu.

"Saya sendiri terperanjat bila keluar cerita kami mahu bertunang, tapi kalau betul pun bukan dalam masa terdekat ini,

"Tapi mungkin juga tahun depan jika kedua-dua belah pihak bersedia, bagi saya tiada masalah untuk kahwin muda," katanya.

Pelakon Aishwarya Rai dapat bayi perempuan

Posted: 17 Nov 2011 08:15 PM PST


BINTANG Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, 38, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Rabu.

Jurucakap produk L'Oreal itu dan suaminya pelakon Abhishek Bachchan, 35, menyambut kelahiran bayi mereka di Hospital Seven Hills, Mumbai.

Abhishek memberitahu mengenai berita kelahiran anak pertama mereka melalui laman Twitter dengan menulis: 'Bayi perempuan'.

Bapa mentua aktres itu, pelakon Amitabh Bachchan, 69, juga melahirkan rasa gembira dengan kelahiran cucunya itu melalui laman Twitter.

Aishwarya berkahwin dengan Abhishek pada tahun 2007 dinamakan sebagai salah seorang wanita paling cantik di dunia dengan memulakan karier lakonan pada pertengahan 90-an.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Miera Liyana Tak Cemburukan Neelofa

Posted: 17 Nov 2011 01:06 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Liyana yang kini hangat bercinta dengan aktor kacak Shahz Jazle menafikan kehadirannya di pelancaran filem Azura adalah kerana cemburu kepada pelakon wanita filem tersebut Neelofa.

Kata Miera, dia hadir adalah bagi memberi sokongan terhadap filem pertama kekasihnya itu dan bukan kerana faktor cemburu.

"Shahz yang ajak saya datang ke majlis ini dan minta saya beri sokongan kepada filem pertamanya ini dan bukan kerana saya cemburu.

"Saya tahu sejauh mana hubungan dia dan Neelofa dan saya bukan seorang yang cemburu buta," katanya ketika ditemui mStar Online, di sini, Rabu.

Sebelum ini, ketika penggambaran filem Azura 2012, pasangan kekasih dalam filem ini iatu Shahz dan Neelofa pernah tersebar.

Malah, Shahz mengakui hubungan antara dia dan Neelofa pernah rapat suatu ketika dahulu.

Sementara itu, bercerita tentang hubungan cinta mereka, Miera berkata dia belum membuat sebarang perancangan kearah itu.

"Saya sendiri terperanjat bila keluar cerita kami mahu bertunang, tapi kalau betul pun bukan dalam masa terdekat ini,

"Tapi mungkin juga tahun depan jika kedua-dua belah pihak bersedia, bagi saya tiada masalah untuk kahwin muda," katanya.

/// mstar ///

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tak marah digosip lelaki bujang

Posted: 17 Nov 2011 08:17 AM PST

HUJUNG minggu lalu (Ahad, 13 November 2011) heboh jadinya apabila akhbar di Indonesia melaporkan penyanyi Sri Rossa Roslaina Handiyani, 33, atau Rossa, melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap.

Gosip itu tercetus apabila gambar penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-ayat Cinta itu berdandan rapi siap berkebaya hijau berlengan pendek dengan balutan kain batik coklat dimuat naik dalam laman Twitter oleh Pengurusnya, Gema Sakti.

Justeru, kehadiran Rossa di Kuala Lumpur sempena menjayakan Festival Busana Muslim KL-Jakarta (IFF) pada 15 November lalu, satu pertemuan makan tengah hari diaturkan pihak Suria Records (SRC) bersama Rossa di Restoran Pegaga, di Ukay Boulevard, Ampang.

Dalam pertemuan itu, Rossa mengambil peluang untuk menjelaskan perkara itu.

Katanya, bukan dia yang menikah tetapi adik bongsunya, Hendra. Majlis dilangsungkan di Gedung Islamic Centre, Sumedang.

"Hari itu saya memakai baju kebaya, jadi Gema sengaja mengambil gambar saya dan upload di status Twitter dengan menulis ucapan 'Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berjalan dengan baik' sehingga mengundang salah faham.

"Sedangkan apa yang ditulis Gema itu sebagai ucapan merujuk perkahwinan adik saya, Hendra. Gara-gara gambar itu ramai yang menelefon. Justeru, ingin saya berterus-terang bahawa berita Rossa berkahwin itu adalah tidak benar," katanya.

Kehadiran Rossa bersama jejaka kacak dengan pakaian sedondon berkemeja putih dipadan seluar kelabu, membuatkan wakil media yang hadir membuat andaian bahawa hati Rossa sebenarnya sudah diisi seseorang.

Ia sekali gus menafikan khabar angin sebelum ini mengatakan Rossa menjalin hubungan dengan individu bergelar VVIP sebagaimana disiarkan Metro Ahad tidak lama dulu. Rossa memperkenalkan lelaki yang menemaninya itu sebagai Fariz dan menggunakan peluang itu untuk menjelaskan gosip itu.

"Saya marah betul dengan gosip mengatakan saya ada hubungan dengan VVIP kerana selain tidak benar, timbul kebimbangan di hati saya. Sebabnya, VVIP itu sudah berkahwin dan saya faham perasaan wanita dan saya tidak mahu gara-gara gosip itu, menggoyahkan hubungan VVIP itu dengan isterinya.

"Kalau digosip dengan lelaki bujang, itu saya tidak marah. Saya tidak nafikan ada dua orang VVIP yang sangat dekat dengan saya tetapi hubungan baik yang terjalin merangkumi isteri dan seluruh keluarga mereka. Justeru, apabila tercetus isu seperti ini saya bimbang hubungan baik kami yang sudah seperti satu keluarga, menjadi dingin.

"Fariz juga sama. Dia kenalan dekat saya malah saya juga rapat dengan seluruh ahli keluarganya sejak setahun lalu. Pakaian sedondon ini kebetulan kerana sewaktu Fariz mengambil saya di lapangan terbang tadi, saya terkejut kerana kita memakai warna baju dan seluar yang sama," katanya.

Rossa yang hidup solo sejak bercerai dengan Surendro Prasetyo (Yoyo Padi) pada 14 Julai 2009 berkata, dia sebenarnya kasihan dan bersimpati dengan teman-teman baiknya terutama lelaki kerana apabila mereka keluar dengannya, pasti akan digosipkan.

"Secara peribadi, saya seorang yang mudah mesra dan manja. Kalau ada yang melihat cara saya, mereka selalunya cepat faham. Pokoknya, kalau Rossa itu jatuh pun barangkali boleh jadi bahan berita," katanya ketawa.

Menyenangkan dan sentiasa ramah, Rossa turut berkongsi kegembiraan atas kemenangannya di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang berlangsung Sabtu lalu untuk kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Oleh Artis Luar Negara menerusi Ku Menunggu.

Ini adalah kemenangan ketiga Rossa sekali gus mencatat rekod sebagai penyanyi luar yang paling lama mengungguli kategori itu.

"Saya tidak menyangka sama sekali akan menang kerana dalam kategori itu turut membariskan nama seperti Maher Zain. Barangkali kemenangan berpihak kepada Ku Merindu kerana lagu itu diminati. Kekuatannya kerana ia sebuah karya mesra pendengar, kanak-kanak juga mudah untuk menghafalnya.

"Dari segi nyanyian, ia biasa saja dan tidak begitu mencabar seperti lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini. Cuma melodinya dan susunan muziknya indah.

"Apapun, kemenangan ini satu penghargaan besar buat saya sekali gus membuktikan hasil kerja keras selama ini bersama syarikat rakaman SRC, karier saya diterima masyarakat Malaysia. Semestinya juga ia dibantu pihak media termasuk pencinta (peminat) Rossa di sini," katanya.

Rossa kini menunggu hari melancarkan album The Best of Rossa yang akan dipasarkan di seluruh cawangan KFC, Indonesia, pada 30 November ini. Memuatkan 14 lagu antaranya Tak Sanggup Lagi, Jangan Ada Dusta yang pernah dipopularkan Broery Marantika dan Dewi Yull serta single terbaru, One Night Lover duet bersama Joe Flizzow.

"Kenapa saya memilih KFC untuk menjadi pengedar album The Best Of Rossa kerana restoran makanan segera itu ada di mana-mana saja, sekalipun di pelusuk kampung. Saya lihat pasarannya lebih meluas berbanding diletakkan di kedai CD dan kaset.

"Mengenai kerjasama dengan Joe pula, Fariz adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kami. Sewaktu kami bertemu, dia memperdengarkan beberapa lagu ciptaannya dan dua daripadanya cukup menarik perhatian saya.

"Salah satunya One Night Lover. Lagu ini bagus sekali dan ia menonjolkan 'different side of me' (sisi lain saya). Konsep muzik yang ditampilkan adalah 'house'. Manakala Jangan Ada Dusta diberi nafas baru oleh Adirianto selaku penggubah muzik," katanya.

Sebuah lagi album turut direncanakan Rossa dan dijangka melewati pasaran tahun depan, adalah projek duet bersama penyanyi lelaki rantau Asia membabitkan Anuar Zain (Malaysia), Taufik Batisah (Singapura), Reco Blancho (Filipina), Afgan (Indonesia) dan penyanyi dari China yang belum ditemui calon sesuai.

Rossa mengakui bukan mudah untuk mendapatkan Anuar yang diketahui ramai seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan.

"Ya Allah, dia (Anuar Zain) itu baik sekali sama saya. Saya berjumpa dengannya sebaik saja selesai konsert di Stadium Putra, Bukit Jalil tahun lalu. Anuar sepatutnya datang menyaksikan konsert tetapi dia ada hal. Hanya kak Ziana yang hadir.

"Sebaik selesai konsert itu, saya bertemunya di luar dan sempat tanya kalau-kalau dia mahu berduet dengan saya dan dia mengatakan ia sebagai tanda setuju. Lebih mengharukan, hampir semua lagu saya dia hafal," katanya.

Untuk 2012, Rossa yang menguruskan perniagaan Diva Family Karaoke di Jakarta bersama teman-temannya, bukan saja mahu memperluaskan cawangan karaoke itu tetapi juga menyasarkan konsert di Istana Budaya (IB) tahun depan.

Katanya, banyak perancangan untuk 2012 tetapi tidak semuanya boleh dikongsi.
Bagaimanapun katanya, salah satu impiannya ialah untuk mengadakan konsert di IB.

"Usaha memasuki IB pernah dilakukan namun tidak berhasil. Namun, waktu itu Tuhan menjanjikan rezeki yang lebih buat saya apabila dapat beraksi di Stadium Putra, Bukit Jalil.

"Saya sukakan konsep persembahan di IB yang lebih 'intimate', seperti di Esplanade Singapura baru-baru ini. Peminat berpeluang melihat persembahan saya secara dekat," katanya.

Tahun depan juga, Rossa sekali lagi tampil sebagai juri Indonesian Idol selepas kehadirannya tahun ini memberi impak besar kepada program itu. Rossa bakal digandingkan sekali lagi dengan penyanyi Anang sebagai juri tetap.

PROFIL:

NAMA PENUH: Sri Rossa Roslaina Handiyani
NAMA PENTAS: Rossa
TARIKH LAHIR: 9 Oktober 1978
TEMPAT LAHIR: Sumedang
ZODIAK: Virgo
PENDIDIKAN: Sarjana Komunikasi, Universitas Indonesia

DISKOGRAFI:

  • 2009 Album Rossa
  • 2007 Album Ost. Ayat Ayat Cinta
  • Album The Best Of Rossa, Yang Terpilih
  • Album Kembali
  • Album Kini Repackage
  • Album Kini
  • Album Hati Yang Terpilih
  • Album Tegar
  • Album Nada Nada Cinta
  • Album Untukmu Sahabat

    ANTARA ANUGERAH:
    2011Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 16), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Ku Menunggu

    2009 Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 16), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Ayat Ayat Cinta dari album OST Ayat Ayat Cinta.

    2008 Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 15), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Terlalu Cinta dari album Yang Terpilih.

    2008 AMI Awards, Bidang Pop Artis Solo Wanita Terbaik - Lagu Ayat Ayat Cinta.

    Platinum Awards untuk album OST. Ayat Ayat Cinta (di Indonesia)

    2006 Double Platinum Awards untuk album Kembali (di Malaysia)

    AMI Awards, Artis Solo Wanita Terbaik

    2005 Double Platinum Awards untuk album Kembali (di Indonesia)

    2004 Platinum Awards untuk album Kembali (di Indonesia)

    2004 Double Platinum Awards untuk album Kini Repackage (di Indonesia)

  • Full content generated by Get Full RSS.

    Raja Azmi tak hormati majlis

    Posted: 17 Nov 2011 08:04 AM PST

    "KELAKAR, kelakarlah penganjur sendiri boleh menang anugerah. Tak fahamlah festival filem ini," tempik penerbit, Raja Azmi Raja Sulaiman di depan hadirin dan tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), malam kelmarin.

    Majlis di Panggung Anniversary, Tasik Perdana, Kuala Lumpur itu menyaksikan penerbit filem ...Dalam Botol itu memekik seolah tidak puas hati dengan keputusan Pengarah Harapan dimenangi Jurey Latiff Rosli menerusi filem Libas, hingga beredar dari majlis.

    Difahamkan, rasa tidak puas hati Raja Azmi ini kerana Jurey adalah Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Induk FFFM24 menang pada malam itu.

    Raja Azmi turut dilihat membebel tidak berpuas hati ketika berselisih dengan Jurey ketika turun mengambil anugerah.


    Apakah rasa tidak puas hati Raja Azmi itu kerana Khir Rahman yang berentap kategori itu melalui filem terbitannya, ...Dalam Botol tidak menang.


    Tindakan Raja Azmi itu juga tidak menghairankan kalangan karyawan filem kerana sering menimbulkan rasa tidak puas sebelum ini.

    Mereka sifatkan tindakan Raja Azmi itu tidak wajar dan tidak menghormati majlis kerana meluahkan rasa tidak puas hati di depan tetamu terutamanya Timbalan Perdana Menteri yang melihat kejadian itu.

    Dalam hal ini, Jurey menegaskan, kemenangannya malam itu tiada kena-mengena dengan jawatan dan fungsinya dalam organisasi penganjuran FFM24.

    Selain berkali-kali menegakkan filem arahannya, Libas terbitan MDAG Marketing Sdn Bhd memang layak bertanding mengikut kriteria yang ditetapkan, Jurey tidak sedikit pun marah sebaliknya hanya pasrah dengan pihak yang tidak berpuas hati.

    "Jika ada individu atau mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan, ia bermakna mereka mempertikaikan kredibiliti barisan juri yang sudah mengangkat sumpah menjalankan tanggungjawab mereka secara telus. Bagi saya, mempertikaikan keputusan juri umpama penghinaan terhadap mereka.

    "Libas memang layak bertanding kerana memenuhi syarat termasuk menerima tarikh wajib tayang bertepatan dengan syarat.

    "Saya juga bekerja dengan produksi itu, jadi apa hak saya menolak pencalonan ini malah walaupun sudah mengarahkan banyak drama, Libas adalah arahan pertama untuk layar lebar.

    "Saya serta jawatankuasa lain tidak masuk campur dalam penjurian kerana kita sudah ada juri profesional dan segala maklumat juga sulit.

    "Ikhlas saya menggalas tanggungjawab penganjuran FFM24 meskipun tidak langsung dilapik dengan sebarang ganjaran sebaliknya tidak henti saya dihentam dengan kritikan dan kutukan sejak awal mengemudi. Namun semuanya saya telan dan menerima dengan hati yang terbuka.

    "Justeru dakwaan mengatakan kemenangan ini berkaitan kedudukan saya dalam FFM 24 tidak masuk akal," katanya.

    Majlis pembukaan FFM24 berjaya mengubah segala-galanya buat graduan jurusan Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nadiyatul Nisaa' Kamaruddin apabila namanya diumumkan pemenang Pelakon Harapan Wanita menerusi lakonan hebatnya dalam filem Cun sentuhan sutradara Osman Ali.

    Nadiya, 26, menyifatkan kemenangan itu sebagai pembuka mata kepada pihak lain melihat bakatnya dan memberikan ruang terbaik memperkenalkan namanya semula di gelanggang komersial.

    Ini juga kejayaan berganda buat Nadiya kerana baru saja menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2011(ASK2011) yang berlangsung 4 November lalu.

    "Alhamdulillah saya tidak menyangka apabila diumumkan pemenang kerana pencalonan yang diterima sudah cukup memberi kepuasan kepada saya.

    "Maklumlah lebih lima tahun berlakon, pengiktirafan sebegini sudah memadai membayar kesungguhan dan komitmen saya sebagai seorang pelakon baru.

    "Filem Cun adalah satu percubaan terbaik saya di depan kamera komersial yang sekali gus meletak nama saya di fasa yang lebih tinggi. Mana tidaknya, lekas bakat dan nama saya disebut-sebut walaupun sebelum ini saya sudah membintangi beberapa filem termasuk Dukun yang gagal ditayangkan dan Karaoke yang hanya dihasilkan untuk festival filem antarabangsa.

    "Apapun dengan adanya trofi dan penghargaan seperti ini, saya akan kembali mencatur langkah perjalanan seni saya.

    "Saya berharap akan lebih banyak pihak yang nampak bakat saya serta percaya dengan apa yang mampu saya berikan," katanya.

    Nadiya yang baru saja menjadi ibu kepada anak lelaki, Omar, dua bulan lalu, melihat pengiktirafan FFM24 mampu memimpin bintang baru sepertinya untuk mencipta nama lebih kemas dan sempurna.

    Baru selesai penggambaran filem terbaru lakonannya, Bara Jiwa, Nadiya yakin dan percaya penganjuran FFM24 adalah satu usaha terbaik yang dilakukan bagi memartabatkan industri perfileman tanah air.

    Turut dicalonkan untuk kategori ini ialah Mimie (One Nation Emcees) menerusi filem Klip 3GP, Sheera Ayob (Karak) dan Sara Ali (Penunggu Istana).

    Bertemakan 'Gemilang Filem Malaysia', majlis perasmian FFM 24 malam kelmarin, dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    FFM 24 membuka tirai pengiktirafannya dengan Malam Anugerah Gemilang Cipta mengumumkan 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Harapan Lelaki, Lagu Tema Asal Terbaik, Pengarah Harapan, Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik dan Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik.

    KRU Studios mendominasi keputusan malam itu apabila membolot tiga trofi menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik (Yusry Abdul Halim) dan Lagu Tema Asal Terbaik (Sedetik Lebih) nyanyian Anuar Zain ciptaan Edry Abdul Halim.

    Turut mencatat kenangan manis, bintang muda yang membuktikan lakonan hebat dalam filem Hantu Bonceng, Taiyuddin Bakar untuk Pelakon Harapan Lelaki manakala bintang cilik, Mia Sara Nasuha dinobatkan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Sekali Lagi.

    Acara kemuncak FFM24, Malam Anugerah Gemilang Perdana bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini, jam 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

    Full content generated by Get Full RSS.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Shahz terpikat dengan Neelofa

    Posted:

    Shahz terpikat dengan Neelofa

    Shahz terpikat dengan Neelofa

    FILEM Azura yang menggandingkan penyanyi Jamal Abdillah dan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy telah mencetuskan satu fenomena baharu dalam industri perfileman tempatan sekitar era 80-an.

    Memaparkan sebuah kisah tentang cinta antara dua darjat yang digarap cukup menarik, maka tidak hairanlah filem arahan Deddy M. Borhan itu terus diminati dan menjadi tontonan ramai setiap kali ditayangkan di televisyen.

    Namun begitu, selepas 27 tahun filem terbitan Sabah Film Production itu dihasilkan, ternyata ia telah menarik minat seorang pengarah yang cukup terkenal iaitu Aziz M. Osman mengadaptasi filem Azura untuk versi 2011.

    Biarpun jalan ceritanya agak berbeza berbanding versi terdahulu, namun ia masih lagi mengekalkan tema yang sama iaitu mengenai kisah cinta yang terjalin di antara seorang gadis miskin dan lelaki yang dilimpahi dengan kemewahan.

    Untuk versi baharu, ia mengisahkan tentang Azura, seorang gadis yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua-dua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990.

    Sementara Zek pula membesar sebagai anak orang kaya sehinggakan kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tidak mampu menahan diri daripada godaan. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

    Selain menampilkan jalan cerita berbeza, ia turut menampilkan dua orang pelakon baharu yang semakin meningkat naik dan dikenali ramai iaitu Shahz Jaszle dan Neelofa yang memikul tanggungjawab sebagai watak utama.

    Bagaimanapun, apa yang menarik sepanjang penggambaran filem Azura berlangsung, terdapat khabar angin yang mengatakan tentang wujudnya kisah cinta lokasi yang membabitkan Shahz dan Neelofa.

    Mangsa keadaan


    SHAHZ dan Neelofa tidak kekok untuk digandingkan bersama dalam sesi fotografi.


    Sememangnya Shahz dan Neelofa dilihat cukup mesra bersama dan digosip bercinta sebelum ini, tetapi ia mencalar kontroversi apabila tiba-tiba Shahz yang sebelum itu dikatakan bercinta dengan aktres veteran jelita, Maria Farida dengan mudah beralih cinta pula kepada seorang lagi pelakon baharu, Miera Liyana.

    Percintaan antara Shahz dan Miera digosip bercinta selepas mereka sama-sama membintangi filem Rentaz dan kedua-dua Shahz dan Miera tampil mengesahkan sememangnya mereka kini sedang bercinta!

    Malah, pada majlis pelancaran filem Azura di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur kelmarin, Shahz sebaliknya mengakui sememangnya dia terpikat kepada Neelofa ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran filem tersebut.

    Namun kata Shahz, hatinya terpikat kepada Neelofa atas dasar karakter Azura yang dilakonkan Neelofa dalam filem itu.

    Shahz tidak mahu peminat salah sangka kerana apa yang dimaksudkannya itu adalah dia terpikat dengan karektor Azura itu sendiri yang berhasil dibawakan dengan baik sekali oleh aktres jelita itu.

    "Memang saya sangat tertarik dengan watak Azura itu dan saya puji Neelofa kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dengan berkesan. Sehinggakan saya rasa tidak sukar untuk mencari keserasian walaupun kali pertama bergandingan bersama," jelasnya.

    Shahz lantas menegaskan dia dan Neelofa tidak pernah menjalinkan hubungan cinta sekali gus menafikan gosip percintaan mereka yang tersebar selama ini.

    "Sebenarnya saya ingin menyatakan yang memang kami tidak pernah menjalinkan hubungan percintaan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Hubungan kami pada masa itu agak rapat, tetapi tidaklah sampai bercinta.

    "Lagipun kami hanya rapat di lokasi dan tidak pernah keluar berdua bersama. Sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran filem Azura, kami terus membawa haluan masing-masing dan agak jarang berhubung," katanya.

    Neelofa tidak ketinggalan meluahkan rasa tentang isu gosip cintanya dengan Shahz itu.

    Dia menganggap gosip tentang percintaan mereka sebelum ini adalah disebabkan kerana ketika itu dia tidak mempunyai kekasih, manakala Shaz pula sedang berhadapan dengan masalah bersama bekas kekasihnya iaitu Maria Farida.

    Jelasnya, dia yakin gosip cintanya dengan Shaz yang pernah ditimbulkan sebelum ini tidak akan berlaku seandainya dia sudah mempunyai kekasih sewaktu mereka berdua menjalani penggambaran filem Azura.

    "Saya sendiri tidak tahu hendak cakap macam mana, mungkin juga saya adalah mangsa keadaan kerana status saya yang solo. Namun, saya memang menganggap Shaz tidak lebih daripada rakan sesama artis.


    SHAHZ JASZLE turut ditemani kekasihnya, Miera Liyana ketika majlis pelancaran filem Azura kelmarin.


    "Malah, sekarang ini pula saya digosipkan bercinta pula dengan Hans Isaac. Sebagai seorang artis baharu saya akui perkara sebegini memang sukar untuk dielak, tetapi kalau terus berlaku boleh membuatkan saya rimas," tegasnya.

    Ujarnya, buat masa sekarang ini sebagai langkah yang terbaik buat dirinya adalah terus memberi fokus kepada kerjayanya yang semakin meningkat naik tanpa mempedulikan sebarang kisah hangat yang melanda dirinya.

    Miera Liyana cemburu?

    Ketika ini pastinya ramai yang sudah mengetahui tentang hubungan percintaan yang telah terjalin di antara Shahz dengan seorang pelakon muda yang pernah dikaitkan dengan isu kontroversi iaitu Miera Liyana atau nama penuhnya Miera Liyana Kasmi.

    Biarpun baru menjalinkan ikatan kasih bersama, tetapi sudah ada ura-ura yang mengatakan bahawa kedua-dua pelakon itu bakal mengikat tali pertunangan dalam tempoh yang terdekat ini.

    Pada majlis pelancaran filem Azura tersebut, Shahz turut ditemani Miera biarpun Meira tiada langsung kaitan dengan filem itu.

    Diminta mengulas mengenai perkara berkenaan, Shahz menafikan dia dan kekasihnya itu akan bertunang tidak lama lagi.

    "Memang kami berdua ada berbincang bersama-sama tentang hal pertunangan, tetapi tidak pernah meletakkan sebarang tarikh tertentu. Lagipun buat masa ini kami masih lagi sibuk dengan kerjaya masing-masing.

    "Bagaimanapun, saya sebenarnya memang ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda memandangkan ayah saya sendiri semakin tua dan dalam usia sebegini rasanya sudah sesuai untuk bergelar suami," jelas pelakon yang baru berusia 23 tahun itu.

    Ditanya adakah dia tidak menyesal sekiranya mereka berkahwin pada usia yang muda, dia menganggap soal umur bukanlah satu masalah yang besar memandangkan ibunya sendiri mendirikan rumah tangga ketika berusia 18 tahun.

    "Pada saya usia bukanlah penentu kepada kebahagiaan dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Lagipun apa yang paling penting adalah persefahaman yang terjalin di antara satu sama lain agar perhubungan dapat terus berkekalan," tegasnya.

    Sementara itu, Miera menjelaskan dia menemani kekasihnya itu bukanlah semata-mata disebabkan perasaan cemburu.

    "Sebenarnya Shaz sendiri yang ajak saya datang ke majlis ini. Lagipun sebagai kekasih, ini adalah sebahagian daripada tanda sokongan saya memandangkan Azura merupakan filem sulung lakonan Shahz," ucapnya.

    Pengacara


    BARISAN tenaga produksi yang menjayakan filem Azura. Dari kiri, Aziz M. Osman, Efida Es, Neelofa, Shahz Jaszle, Afdlin Shauki, Puteri Lily Lokman, Izwan Malik dan Datuk M. Nasir.


    Di sebalik namanya yang kini semakin meningkat naik sebagai seorang pelakon, kali ini Neelofa telah mengejutkan ramai pihak apabila menjadi pilihan pihak TV3 untuk menjadi pengacara rancangan Nona bersama Fara Fauzana.

    Menurut Neelofa, dia sendiri sangat teruja untuk menjadi pengacara bersama dalam rancangan tersebut dan menganggap ia adalah satu pencapaian yang cukup besar dalam kariernya sebagai anak seni.

    "Sebenarnya memang sejak dari dahulu lagi saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pengacara, tetapi ternyata rezeki yang saya peroleh terlebih dahulu menerusi bidang lakonan.

    "Yang menariknya, selepas kenyataan saya keluar dalam sebuah majalah baru-baru ini tentang impian dan hasrat mahu menjadi pengacara Nona, tidak sangka pula ia tiba-tiba telah menjadi kenyataan," ujarnya.

    Menurut Neelofa, selain gembira dengan tawaran yang diterima dia sendiri tidak sabar untuk menjalani rakaman untuk rancangan tersebut yang dijadualkan bermula pada pada akhir bulan ini.

    Pada masa yang sama, pelakon tersebut memberitahu meskipun selepas ini dia agak sibuk tugas baharunya itu, tetapi ia langsung tidak mengganggu perjalanan kariernya dalam dunia lakonan.

    "Buat masa ini saya memang tidak menerima sebarang tawaran berlakon drama kerana mahu memberi tumpuan kepada filem dan mengacara. Saya hanya akan berlakon dalam drama yang menampilkan jalan cerita dan watak yang betul menarik dan bagus," jelasnya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    MLM singkir enam kumpulan

    Posted:

    MLM singkir enam kumpulan

    MLM singkir enam kumpulan

    Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


    KUMPULAN Anje yang dianggotai Achong Sweet Child (kanan) dan Joey Daud.


    SETELAH dua minggu berturut-turut tiada sebarang penyingkiran dilakukan, program realilti Maharaja Lawak Mega (MLM) telah mengumumkan seramai lima kumpulan sekali gus yang terkeluar pada awal rancangan pada minggu ketiga.

    Namun, seperti kebiasaan, pihak Astro Warna telah membuat kejutan dengan menyingkirkan satu lagi kumpulan yang gagal mengumpul mata di akhir program. Keenam-enam kumpulan yang tersingkir adalah Gebu, Comel, Lanun, Rap, Caer dan Anje.

    Pada minggu ketiga ini, kumpulan 3G yang dianggotai oleh Yassin, Didie Alias dan Enot antara yang menjadi kegemaran ketiga-tiga pengkritik tetap iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan bekas pemain bola sepak Zainal Abidin Hassan serta seorang pengkritik jemputan dari Singapura, pemuzik Art Fazil.

    Menurut chef selebriti terkenal, Chef Wan, ada peserta yang mempersembahkan lawak yang berulang namun ada juga peningkatan dari beberapa kumpulan contohnya 3G dan PiMai.

    "Ada juga sesetengah kumpulan yang gagal membuat lawak, mereka tidak punya pengisian di dalam lawak mereka. Apabila momentum dan mood itu hilang jadi, bahaya bagi pelawak apabila tidak dapat memberikan saat lawak itu sendiri kepada penonton.

    "Ia seperti tidak dapat menepati standard dalam pertandingan ini kerana saya harapkan yang lebih lagi kerana mereka ini semua merupakan pelawak profesional dan yang terbaik di antara yang terbaik," jelasnya sewaktu sidang akhbar yang diadakan selepas program itu berakhir di Royal Theater Selangor, Shah Alam, Selangor.

    Sementara itu, komen penyanyi tersohor negara, Siti pula, kehadiran dirinya sebagai pengkritik tetap adalah di atas nama penonton, maka ia untuk berhibur dan ketawa.

    "Maka, apa yang saya komen adalah mengikut apa yang saya rasa dan mengikut cara saya sendiri. Setiap minggu saya sentiasa ingin menonton persembahan lawak dari semua peserta. Kadangkala, minggu pertama dan kedua mereka antara yang terbaik, namun mungkin minggu seterusnya mereka kekal baik," ucap Siti.

    Namun, penyingkiran sebanyak enam kumpulan sekali gus dilihat terlalu banyak dan pihak Astro ada jawapan tersendiri bagi persoalan tersebut yang mana Pengurus Saluran Astro Warna, Azrai Kamaruddin ketika diminta mengulas tentang hal tersebut berkata, ia sebenarnya telah pun dirancang dari awal.

    "Jika kita mahu bandingkan perbezaan dengan rancangan realiti yang lain, kita boleh lihat bahawa rancangan lain tidak pernah ada sebanyak 17 kumpulan yang terpilih untuk masuk bertanding.

    "Jadi untuk format MLM ini, kita mahu beritahu rakyat yang mana ini semua adalah cita rasa komedi yang ada di rantau ini iaitu di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Maknanya kesemua peserta harus berikan yang terbaik, dan seperti yang dikatakan Chef Wan, ini merupakan pertandingan mega, jadi mereka perlu tonjolkan diri setiap minggu untuk kekal di dalam program ini," tegas Azrai.

    MLM disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) pada setiap Jumaat, pukul 10 malam.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Pitbull saman balas Lohan

    Posted:

    Pitbull saman balas Lohan

    Pitbull saman balas Lohan


    PITBULL


    PITBULL yang sebelum ini disaman oleh Lindsay Lohan bertindak memfailkan saman balas terhadap bintang kontroversi itu.

    Lohan sebelum ini menyaman Pitbull ekoran seni kata lagu popular rapper terkenal itu, Give Me Everything mengandungi lirik berbunyi, 'aku dipenjarakan seperti Lindsay Lohan' yang didakwa telah mempersenda, menghina, memperlekeh dan mendatangkan fitnah sehingga boleh menjejaskan reputasi Lohan.

    Dalam kenyataan saman balasnya, Pitbull mendakwa lirik tersebut dijustifikasikan berdasarkan permasalahan undang-undang berterusan yang dihadapi Lohan, dan dia juga menimbulkan persoalan sama ada Lohan layak untuk memfailkan saman terhadap dirinya di New York, sedangkan dia menjalani kebanyakan tempoh penahanan dirinya di penjara negeri California.

    "Berdasarkan kepada kes mahkamah berterusan yang dihadapinya, ternyata Lindsay Lohan bukan warga asal New York tetapi warga California.

    Lohan pada Ogos lepas memfailkan saman terhadap Pitbull di New York sebelum ini mendakwa dia adalah warga asal New York iaitu di daerah Nassau County.

    Konsert di Petaling Jaya

    Namun, di sebalik kontroversi yang dihadapinya peminat Pitbull di Malaysia pasti gembira apabila Pitbull dijadualkan membuat konsert di Malaysia pada 1 Disember ini.

    Rapper berusia 30 tahun itu bakal muncul untuk Live In Concert di Sunway Surf Beach di Sunway Lagoon, Petaling Jaya menjelang pukul 7 malam dengan artis pembukaan konsert tersebut termasuklah penyanyi Malaysia, Mizz Nina yang baharu muncul dengan lagu hit dendangannya bersama rapper tersohor, Flo-rida, Take Over.

    Merupakan kunjungan buat julung-julung kalinya ke Malaysia, dia yang dikenali dengan gelaran Mr. Worldwide pernah berkolaborasi dengan banyak penyanyi tersohor termasuklah dengan Jennifer Lopez untuk lagu On the Floor, Enrique Iglesias (I Like It) dan Usher (DJ Got Us Fallin' in Love).

    Tiket untuk konsert tersebut yang berharga RM398, RM298, RM198 dan RM138 boleh dibeli di cawangan Victoria Music, Rock Corner outlets, Guitar Stores dan DiGi Retail Centre, Sunway Pyramid atau layari www.ticketpro.com.my.

    Full content generated by Get Full RSS.