Adsense

Rabu, 20 Julai 2011

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Yasmin Hani Berkahwin Hujung Tahun Ini

Posted: 19 Jul 2011 11:28 PM PDT

LENGKAP membadai industri seni dengan cara tersendiri, Yasmin Hani yang cukup sinonim dengan bidang pengacaraan selain lakonan ternyata tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan kontroversi dan gosip nakal mengenai dirinya.
Selepas hubungan cinta dirinya dengan pemuda bernama Don Nazar putus sekitar tahun 2009, Hani, 32, lantas ditohmah pula sebagai punca keruntuhan rumah tangga pelakon terkenal Ida Nerina dan bekas pemain drum kumpulan Blackrose, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohd. Razali.
Manakan tidak, pernah suatu ketika Hani didakwa berkahwin secara senyap-senyap dengan Shahrin setelah lelaki kacak itu sah bercerai talak satu dengan Ida pada penghujung tahun 2010.
Peluang keemasan bersua dengan jelitawan berbintang Gemini pemilik nama sebenar Yasmin Hani Ismail Richardson tidak dilepaskan daripada membicarakan soal hati dan perasaannya itu.
Semuanya terungkai apabila figura genit itu diusik dengan soalan bila agaknya dia bakal mendirikan mahligai abadi yang diimpikan setiap wanita dalam hidup.
Tanpa terduga dan cukup mengejutkan, pantas sahaja Hani menjawab: "Hujung tahun ini!"


Hani lantas menjelaskan dia dan pasangannya itu kini sedang sibuk menyelesaikan segala prosedur dan persiapan sebelum mendirikan rumah tangga dan keluarga yang diimpikan selama ini.
"Rasanya tidak perlu saya khabarkan siapa bakal suami saya kerana umum sudah mengetahui kisah antara saya dan Mr. S itu dan memang dia calon yang sesuai memandangkan keluarga masing-masing juga merestui hubungan kami berdua," katanya seakan-akan bermadah pula.
Justeru, biarpun tidak menjelaskan Mr. S itu adalah Shahrin, namun jelas sekali lelaki yang dimaksudkan itu sememangnya Shahrin!
Menurut Hani, pertengahan bulan Oktober dipilih sebagai tarikh paling afdal buat dia dan pasangannya itu untuk mendirikan istana cinta yang menurutnya, majlis perkahwinan mereka juga hanya akan diadakan secara kecil-kecilan bertempat di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
"Syukur semuanya berjalan lancar setakat ini, baju, tempat, semua sudah ada dan majlis nikah dan sanding akan diadakan serentak di tempat yang sama pada hari yang sama.

SHAHRIN


"Maklumlah, sudah setahun hubungan antara kami dan biarlah majlis itu seringkas yang mungkin asalkan ia benar-benar bermakna, menggembirakan kami dan yang penting cukup semua syarat," katanya yang juga mengimpikan perkahwinan dalam taman yang serba ringkas.
Bergelar seorang isteri dan ibu bukan tugas mudah bagi Hani, namun cabaran yang mendepaninya perlu ditempuh dan dipikul seikhlas hati.
"Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik, tidak semua orang mampu memikul tanggungjawab itu dengan baik. Tapi apabila kita sudah sampai ke peringkat itu dan perlu melaluinya barulah kita boleh tahu sejauh mana keupayaan kita," bicaranya santun.
Menurut Hani lagi, keserasian antara dirinya dan sang arjuna di hatinya itu dan elemen saling melengkapi antara satu sama lain menjadi pengerat ukhuwah untuk belayar bersama dalam bahtera perkahwinan yang bakal dilancarkan pelayarannya tidak lama lagi itu.
Ujar Hani: "Dia (Mr. S) seorang yang sangat menyenangkan, sukakan muzik dan melancong seperti saya. Malah, dia juga pandai dan memiliki banyak ciri yang tidak ada pada saya dan senangnya kami melengkapi satu sama lain."
Belayar solo
Sembilan tahun mendirikan tapak kukuh dalam arena pengacaraan, Hani akhirnya belayar solo selaku pengacara bebas selepas menamatkan kontraknya dengan Astro pada tahun 2008.
Tambah menggusarkan hatinya, selepas tamat kontrak bersama syarikat pengurusan Aquila Emas pada 19 Januari tahun lalu, dia terpaksa merencanakan karier seninya menggunakan resipinya sendiri.
Begitu pun tegas Hani, tiada halangan untuk terus mara menyemarakkan bidang seni terutama kecintaannya terhadap dunia lakonan.
"Saya pun tak tahu apa yang sudah jadi pada bidang pengacaraan, sekarang (tawaran) sudah semakin berkurangan tapi syukur Alhamdulillah sekarang semakin banyak tawaran untuk berlakon drama datang," jelasnya ketika ditemui selepas pratonton drama bersiri Wasiat dan Hantu Motel terbitan Astro Prima di Cineleisure Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lebih selesa menjadi pengacara berbanding pelakon, itu jawapan paling ideal Hani tatkala ditebak sebab musabab mula serius berlakon drama dan terlalu memilih sebelum ini.
"Masa dulu saya lebih selesa dengan pengacaraan dan saya juga takut pada keupayaan diri sendiri untuk membawakan watak dalam sesebuah filem atau drama.
"Kadangkala bimbang jika adanya saya akan menjatuhkan artis lain yang turut sama berlakon disebabkan ada beberapa buah karya lakonan saya sebelum ini kurang menonjol," jelasnya lagi.

Jika diberikan pilihan untuk mengendalikan sesebuah rancangan, tutur Hani program bersifat pengembaraan dan bual bicara menjadi keutamaannya.
"Selepas tamat program Wacha, peminat selalu bertanya bila agaknya saya akan kembali mengacarakan program sebegitu.
"Jika ada tawaran apa salahnya tapi jika diberi pilihan saya ingin mengacarakan rancangan aktiviti pelancongan ekstrem dan bual bicara bercorak kebajikan seperti Oprah Winfrey Show," getusnya.
Perempuan jahat
Menyentuh tentang karier lakonannya, terbaharu, bekas penyampai radio Era FM itu bakal mendukung watak seorang wanita jahat yang sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan harta menerusi drama bersiri 26 episod, Wasiat.
Drama yang bakal ditayangkan di Astro Prima (saluran 105) itu diadaptasikan daripada telenovela Agrentina berjudul Herencia De Amor itu diarahkan oleh Faisal Ishak.
Hani mengakui berdepan dengan kesukaran mencari sifat sebenar dan perwatakan dalam drama itu, namun ujarnya, perilaku nakalnya sewaktu zaman kanak-kanak menyuntik inspirasinya.
"Pertama sekali apabila mendapat skrip drama ini, saya terkejut dan tercampak skrip disebabkan watak yang terlalu jahat. Rasa sangat jelik dan tidak berperikemanusiaan!
"Namun sebenarnya setiap manusia ada stail jahat masing-masing dalam diri dan dengan cara itu saya salurkan kepada watak saya dalam drama ini selain mengimbau kembali kenakalan saya ketika usia kanak-kanak dan remaja dulu," akuinya yang terpaksa mengenang perasaan iri hati, dendam dan cemburu dalam hidupnya sebelum ini.
Dalam drama itu, Hani akan memegang watak Marina iaitu isteri muda seorang lelaki kaya bernama Agus Rizal yang ingin membolot semua harta kekayaan suaminya itu.
Wasiat akan ditayangkan setiap hari Rabu pada pukul 10 malam bermula 27 Julai ini turut menampilkan lakonan Farid Kamil, Beto Kusyairi dan Sara Ali.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Ujian berat Ujian berat

Posted:

Ujian berat Ujian berat

Ujian berat Ujian berat

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar IRWAN MAJID dan ihsan PESONA PICTURES


KAMARULZAMAN Taib atau lebih dikenali sebagai Che Kem masih lagi menjadi pilihan Shuhaimi Baba untuk membawakan watak Tunku Abdul Rahman dalam filem TANDA Putera.


MESKIPUN memiliki pengalaman luas dalam bidang pengarahan filem, namun bagi pengarah wanita tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba, mengarahkan filem terbarunya, TANDA Putera (Tanda) cukup mencabar kredibilitinya sebagai seorang pengarah.

Kata Shuhaimi atau lebih mesra disapa Shumi itu, Tanda bukan sebuah filem sembarangan jika hendak dibandingkan dengan lapan filem arahannya sebelum ini termasuk 1957 Hati Malaya.

Apatah lagi, dengan kos penerbitannya yang dianggarkan mencecah RM4 juta, kata Shumi, memang tidak syak lagi, Tanda merupakan filem terbesar yang pernah diarahkan.

"Saya harus akui Tanda menuntut cabaran yang bukan kecil kerana apabila kita berhadapan dengan kos yang begitu besar, maka, kualitinya juga haruslah setaraf dengan bajet yang telah diperuntukkan itu.

"Sudah pasti, saya mahukan yang terbaik untuk Tanda. Atas alasan itu jugalah, filem ini menghimpunkan barisan pelakon yang paling ramai iaitu hampir 30 orang pelakon baik daripada mereka yang sudah mempunyai nama mahupun pelakon baru," jelas Shumi ketika ditemui di lokasi penggambaran Tanda di Masjid Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Barangkali ada yang masih belum tahu Tanda merupakan sebuah naskhah nukilan Shumi yang mengisahkan tentang perjuangan dan persahabatan di antara dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Bagi menghidupkan watak bekas Perdana Menteri Kedua itu, tanggungjawab itu digalas oleh aktor terkenal, Rusdi Ramli manakala watak timbalannya pula menjadi milik Zizan Nin.

Selain mereka, Tanda juga dibintangi oleh Kamarulzaman Taib atau Che' Kem sebagai Tunku Abdul Rahman, Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar).

Tidak ketinggalan, Fizz Fairuz yang membawakan watak Tan Sri Arshad Ayub, Nazril Idrus (Tun Dr. Mahathir Mohamad), Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Mohd. Khir Mohd. Noor (Abdul Rahman Hashim), Ngasrizal Ngasri (Datuk Harun Idris) dan Razali Hussain (Ahmad Razali Mohd. Ali).

Tanda turut menyaksikan bekas suami pelakon jelita, Maya Karin iaitu Steven David Shorthose sebagai doktor peribadi Tun Abdul Razak bernama Dr. Macpherson selain dua pelakon baru, Razif Hashim dan Sahee Shamsuddin sebagai Johari dan Najib Tun Razak.

Menyambung bicara, Shumi menjelaskan memandangkan proses penggambaran filem Tanda begitu rumit dan memerlukan masa yang lama, dia memilih barisan pelakon yang mampu memberikan lakonan terbaik tanpa proses latihan yang panjang.

"Ramai juga pelakon teater yang saya ambil untuk berlakon dalam filem ini. Walaupun tiada pengalaman, namun, mereka mempunyai asas lakonan.

"Malah, kami juga telah menghantar Rusdi dan Zizan untuk menghadiri kelas latihan golf selama tiga minggu bagi mempelajari teknik permainan itu dengan betul," ujar Shumi.

Bukan hanya membariskan pelakon yang besar, tetapi kata Shumi, rekaan set untuk filem Tanda juga antara yang cukup mencabar dirinya serta krew produksi.

Untuk filem kesembilan Shumi ini, ia memerlukan 60 set yang berbeza bagi menghidupkan era dari tahun 60-an hingga 80-an yang menjadi tunjang utama kepada penceritaan Tanda.

Ini termasuklah pembinaan lokasi di Setapak, London, Jalan Petaling dan beberapa lokasi penting yang pernah menjadi tumpuan sewaktu era pemerintahan Tun Abdul Razak terutama sewaktu tragedi 13 Mei 1969 yang dibina di Studio Finas, Hulu Kelang serta KRU Studios, Cyberjaya.

"Bukan mudah untuk menghasilkan semua rekaan set ini kerana ia memerlukan penelitian agar benar-benar hidup di layar lebar nanti.

"Bukan itu sahaja, cabaran lain yang dihadapi termasuklah pakaian seragam polis pada era itu. Namun kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia banyak membantu kami," kata Shumi.

Tambahnya, hanya 30 peratus sahaja penggambaran dilakukan di dalam studio, manakala selebihnya adalah di luar. Antara lokasi yang dipilih termasuklah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Kampung Baru, Masjid Negara, Memorial Tun Abdul Razak, Kuang serta Bahau, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Tanda yang merupakan projek filem usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan diterbitkan dengan menggunakan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan Dan Warisan itu juga akan menjalani penggambaran di London selepas Aidilfitri nanti.

Ia adalah untuk babak sewaktu Tun Abdul Razak mendapatkan rawatan terakhir sebelum meninggal dunia pada 14 Januari 1976 selain mahu mendapatkan suasana pada musim sejuk.

Untuk itu juga, kata Shumi, Tanda akan menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) bagi memberikan kesan khas yang dapat melancarkan lagi proses penggambaran filem ini kelak.

Mengenali Shumi juga, dia cukup menitik beratkan soal lagu tema bagi filem-filemnya dan Tanda juga tidak terkecuali.

Mengakui sudah pun berbincang dengan Sharon Paul selaku komposer lagu tema bagi filem ini, jelas Shumi, Tanda akan mempunyai dua buah lagu tema.

"Pihak kami sudah pun berbincang dengan Yuna untuk sebuah lagu yang akan digunakan bagi menggambarkan era itu.

"Selain itu juga, kami akan menggunakan lagu tema bagi keseluruhan jalan cerita Tanda. Untuk itu, kami sudah pun mencadangkan tiga penyanyi iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Najwa Mahiaddin. Semuanya terpulang kepada Sharon untuk menentukannya," kata Shumi yang kali terakhir muncul dengan filem 1957 Hati Malaya pada tahun 2007.

TANDA Putera dijangka tayangannya sekitar pertengahan tahun 2012.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bubarkan semua persatuan artis

Posted:

Bubarkan semua persatuan artis

Bubarkan semua persatuan artis

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar IRWAN MAJID


SEBAHAGIAN artis yang hadir di Forum Himpunan Bersama Bintang 2011 anjuran akhbar Kosmo! baru-baru ini.


HITS: Apakah alasan Datuk menggesa semua persatuan artis dibubarkan dan hanya bergabung dalam sebuah persatuan sahaja?

Freddie Fernandez: Jawapan saya mudah sahaja iaitu untuk tujuan penyatuan. Selama ini kita ada banyak persatuan seperti Karyawan, Seniman (Persatuan Seniman Malaysia), Papita (Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik), Persatuan Artis Cina dan IRIM (Persatuan Industri Rakaman India). Kalau cadangan saya ini diterima, saya juga akan memastikan agar Karyawan juga dibubarkan. Apabila semua persatuan itu dibubarkan, maka kita buka peluang itu untuk semua ahli persatuan tersebut menubuhkan sebuah persatuan baru. Ketika itu mereka boleh pilih siapa pemimpin mereka. Sekarang ini artis-artis berpecah-belah dalam persatuan yang berbeza-beza. Sayangnya, ada persatuan artis yang tidak aktif atau hidup segan mati tidak mahu. Jadi, bagaimana persatuan seperti itu mahu membela kebajikan dan nasib ahli-ahlinya? Sebab itulah, apabila ada hanya sebuah persatuan artis maka barulah kita semua boleh bersatu padu dan kuat. Ia secara tidak langsung akan menjadi kekuatan kita untuk menyuarakan apa-apa juga kepentingan atau masalah yang timbul. Ketika itu, barulah mudah untuk kita menyampaikan semua perkara itu sehingga ke peringkat yang tertinggi termasuklah pihak kerajaan.

Tidakkah idea Datuk itu akan mengundang rasa tidak puas hati kepada persatuan-persatuan lain yang sudah lama ditubuhkan?

Saya rasa isu itu tidak timbul kerana saya yakin semua ahli Karyawan juga bersetuju dengan cadangan saya itu. Begitu juga dengan ahli-ahli persatuan lain, apatah lagi bagi persatuan- persatuan artis yang tidak aktif. Ini kerana, gesaan saya itu bukan sahaja terhadap persatuan-persatuan artis lain tetapi termasuk juga Karyawan. Niat saya satu sahaja iaitu untuk penyatuan. Kalau selama ini Karyawan aktif dengan pelbagai aktiviti kebajikan untuk ahli-ahlinya. Maka, saya yakin apabila semua artis bergabung dalam sebuah persatuan ia akan menjadi lebih aktif dan teratur. Sebab itu, tidak timbul isu rasa tidak puas hati dan sebagainya. Malah, saya juga sanggup meletakkan jawatan saya sebagai Presiden Karyawan serta merta jika saranan saya agar semua persatuan artis dibubarkan. Saya juga tidak mahu bertanding apa-apa jawatan dalam usaha menubuhkan persatuan yang baru itu nanti.

Apa komen Datuk apabila ada artis yang ragu-ragu dalam usaha ini, malah ada yang mencadangkan ditubuhkan sebuah persatuan atau koperasi seperti Koperasi Penggiat Tanah Air atau Kopstar baru-baru ini?

Dalam hal ini, ramai artis yang masih ragu-ragu kerana mereka seperti keliru dengan fungsi persatuan yang mereka sertai. Mereka seperti memandang remeh akan fungsi persatuan yang mereka sertai selama ini apatah lagi selepas mendapati tidak banyak perkara yang dilakukan bagi menjaga hak dan kebajikan mereka. Sebab itulah saya menyarankan agar ditubuhkan sebuah persatuan baru yang dipilih sebulat suara oleh golongan tersebut. Kita mahu buka buku baru. Biarlah kali ini pemimpin yang akan memimpin persatuan itu mereka yang benar-benar layak dan ikhlas memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya. Kita tidak mahu pemimpin yang menggunakan persatuan untuk kepentingan peribadi. Ini kerana, fungsi persatuan ialah bagi membela nasib dan kebajikan ahli-ahlinya. Dalam isu Kopstar yang disuarakan oleh penyanyi Ziana Zain dalam Forum Himpunan Bersama Bintang 2011 anjuran akhbar Kosmo di Kuala Lumpur baru-baru ini ia jelas tidak relevan. Kita harus faham koperasi dan persatuan dua perkara yang berbeza. Kita tidak mahu adanya Kopstar yang dilihat seolah-olah cenderung kepada kepentingan individu semata-mata.

Apakah usaha Datuk bagi merealisasikan penubuhan hanya sebuah persatuan artis di negara ini?

Sebagai permulaan, saya dan ahli-ahli Karyawan akan menjalankan kempen kesedaran buat semua artis akan peri pentingnya bergabung di bawah satu persatuan. Kami bercadang mengadakan beberapa forum dan perjumpaan bagi menjelaskan perkara tersebut. Dalam usaha ini, kami akan meminta kerjasama pihak media massa terutamanya syarikat-syarikat akhbar dan majalah bagi menyokong usaha ini. Apabila sudah ada kefahaman dan kesedaran itu, maka saya yakin ramai artis yang akan menyokong penubuhan satu persatuan ini. Apabila semuanya berjalan lancar, kita akan beri masa dan tetapkan satu tempat dan waktu bagi mengumpulkan semua artis. Ketika itu kita akan buat pemilihan dalam banyak aspek termasuklah siapakah yang akan memimpin persatuan itu. Kita jalankan pemilihan itu secara terbuka dan mengikut sistem demokrasi.

Apa kata jika usaha Datuk ini tidak mendapat sokongan daripada artis-artis?

Dalam hal ini, kita tidak akan memaksa mana-mana artis yang tidak setuju untuk bergabung dalam sebuah persatuan. Ataupun mereka lebih selesa untuk tidak diwakili mana-mana persatuan. Namun, dalam hal ini apabila penubuhan satu persatuan itu direalisasikan saya mahu pihak media massa membantu kita. Kalau boleh keutamaan publisiti yang hendak diberikan itu mestilah kepada artis-artis yang menjadi ahli dalam persatuan baru itu nanti. Mereka (ahli) juga akan diberikan kad keahlian sendiri di mana apabila mahu berurusan dengan media massa termasuklah wartawan mereka haruslah menunjukkan kad tersebut. Cara itu akan menggalakkan mereka menjadi ahli persatuan itu. Cara itu akan menjadi lebih teratur dan kita akan lebih memberi keutamaan kepada golongan terbabit.

Di sini, ia membuktikan berlakunya pertindanan fungsi sesebuah persatuan itu. Sebab itulah perlunya kita ada hanya sebuah persatuan. Di bawahnya nanti kita boleh wujudkan biro-biro sendiri misalnya yang mewakili penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya.

Akhir sekali apakah harapan Datuk dalam usaha merealisasikan penubuhan persatuan baru itu nanti?

Saya harap usaha ini akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini. Sudah sampailah masanya semua artis tanpa mengira apa juga profesyen agar bersatu dalam sebuah persatuan. Kalau kita bersatu dan mempunyai wakil ia akan memudahkan kita menyalurkan segala masalah kepada pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Tetapi masalahnya sekarang pihak kerajaan pun sukar untuk membantu kerana artis-artis kita tidak bersatu padu dan ada banyak persatuan. Akhir sekali, saya anggap penubuhan persatuan baru itu sebagai langkah awal kita bersatu dan menyelesaikan apa juga isu lama serta baru yang timbul dalam industri hiburan di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Kisah Tijah Dengan Pakwe Mat Salleh

Posted: 20 Jul 2011 10:00 AM PDT


Tijah ingin memutuskan perhubungan dgn bf mat salleh nya..
dia xsggup bertemu muka lalu dia pun mgutus surat...surat tu mcm ni bunyi nya:

Hi my motive to write this letter is to give know you something.
I WANT TO CUT CONECTION US.i have think about this very cook cook
I know i clap one hand only, correctly i have seen you and she together at town with eyes myself.you always ask for apology back back. I dont trust you again!!you are really crocodile land!

My friend speak you play wood three..now i know you correct correct play wood three. So i break connection to pull my body from this love triangle. I know this result is pick is really correct,becoz you love she very high from me. So i break off to go far from here. I don't want you to play play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana fruit two times...safe walk......

Tijah~


ZoOM : Broken pun Broken la Tijah asal Mamat Salleh tu faham... Hahahahahaha



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Perkahwinan Zul Handy Black Dengan Isteri Baru

Posted: 20 Jul 2011 06:58 AM PDT


Mungkin belum terlambat jika ZoOM share gambar ini dengan pembaca di ZoOMartis dan Facebook, gambar perkahwinan Zul Handy Black baru-baru ini ZoOM jumpa di laman blog Murasaki. Daripada pancaran wajah pasangan pengantin jelas menunjukkan bertapa bahagianya mereka disaat melangsungkan perkahwinan yang sudah pasti menjadi idaman setiap pasangan diluar sana.

Jika sebelum ini perkahwinan Zul hanya sampai ditengah jalan, beliau kembali menemui seorang lagi buah hati dan peneman hidup beliau dalam menempuh hari-hari yang akan bakal ditempuh bersama.

Dengan bertemakan warna putih, menyerikan lagi majlis tersebut..


Jika sebelum ini gossip panas beliau berbogel dalam Filem yang dilakonkan, beliau tidak menoleh kebelakang tetapi meneruskan sisa-sisa perjuangan dengan kesibukannya dengan Filem terbaru yang turut dibintangi oleh TOMOK yang juga baru mendirikan rumahtangga.

Apa-apa pun semoga pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat.


ZoOM : Apa KAta Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Panas Gambar Seksi Marsha Di Majalan FHM Tersebar

Posted: 20 Jul 2011 06:35 AM PDT


Artis keluaran Akademi Fantasia bernama Marsha ini memang tidak asing lagi dengan ikon seksinya, dan terbaru gambar beliau telah tersebar dilaman blog dan beberapa sumber pembaca diluar sana. Aksi sebegini yang kebanyakannya dipelopori oleh gadis-gadis dari seberang kini menjadi TREND di gadis nakal di depan lensa kamera.
Jelingan Tajam seorang Penghibur..

Dengan gaya dan lentok badan sudah pasti akan membuatkan ramai mata diluar sana tidak senang duduk memerhati gerak geri artis yang semakin dikenali kerana keseksiannya.



ZoOM malas nak komen panjang lebar sebab empunya diri yang merelakan gambar diambil sedemikian rupa, nasib baiklah nama Marsha, kalau nama Aminah sudah lama kena baling dengan telur busuk.

Apa-apalah Marsha asal ko bahagia dengan apa yang ko ceburi...

Apa KOmen anda mengenai gambar ini ??
Huh....Baju Nampak Pusat....
Hurm...Sabor je laaa....!!!


1. Seksi sangat ?
2. Menyampah ?
3. Cantik ?
4. Menyeksakan ?
5. Patut ke ?

dll...

Lets Komen.... :P
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Update : Gambar Sebenar Mohd Ashraf Hafiz Dan Komen Keluarga Beliau

Posted: 19 Jul 2011 11:26 PM PDT

Beberapa hari pasti anda terbaca dan terlihat cerita mengenai seorang jejaka bernama Mohd Ashraf hafiz yang mengemparkan Negara kerana ingin menukar jantina didalam kad pengenalan. Kalau yang dah tukar tu ZoOM akui ada ramai di dalam Negara kita ni. Namun kes Mohd Ashraf ini timbul kerana beliau ingin menukar nama didalam kad pengenalan beliau.

Dalam kes beliau sebelum ini, permohonan untuk menukar jantina didalam kad pengenalan ditolak oleh mahkamah kerana beberapa konteks yang lebih kepada penolakan permohonan.

Hari ini didalam akhbar suara hati ayah dan ibu beliau pula menjadi cerita di akhbar Metro Online, memang sedih terutamanya jika mengalaminya sendiri, dan berikut beberapa ayat-ayat yang keluar daripada orang yang membela Mohd Ashraf.

"Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini," kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.
Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

"Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu," katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya.
Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.
"Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami," katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

"Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.


"Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak," katanya.

"Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah," katanya.
 

"Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.

"Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama," katanya.


Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.


"Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar," katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.


"Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf," katanya.
ZoOM :  Kesian dan sedih apabila membaca luahan ayah dan ibu beliau, bukan dipinta tapi takdir yang menentukan segala-galanya. Fikir-fikirkan lah wahai insan yang bernama ibu dan ayah diluar sana. Apa Komen anda mengenai kisah Mohd Ashraf ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Password Wifi Error Or Wrong Password !

Posted: 19 Jul 2011 10:00 PM PDT



Rie Cipan: Dey mapley... Sini kejap...

Mamak: Yes boss?
Rie Cipan: Sini wifi ape die pnye password.
Mamak: Oooo.. Kalau 'fast-wood' manyak shinang.. Boss masuk sana wifi.. Sudah ka?
Rie Cipan: Ok mapley.. Skrg u bagi die pnye password..
Mamak: Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana.. dia punya fast-wood 'tajupakaley'
Rie Cipan: (Dalam hati)Giler pnye susah password mamak nie..

Password Error!

Rie Cipan: Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!
Mamak: Butol lah boss... Sini tempat 'fast-wood' musti 'tajupakaley'... Tak boleh tukar2..
Rie Cipan: You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakaley', sekarang saya tekan 'OK'.. Haaa u tengok salah lagi...

Mamak: Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fast-wood 'tajupakaley' you dengar ka?? 'tajupakaley' dia punya 
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?

Rie Cipan: (Sambil shut down Laptop).. Xpe la mapley, tahun depan jer la wa datang pakai lu punya wifi... Lain kali sebut betul-betul TUJUH EMPAT KALI boleh x??

ZoOM : Lar.....Baca punyer baca Tujuh 4X dem2.... Hahahahahahaha 



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Laris di seberang

Posted: 19 Jul 2011 06:08 PM PDT

Hip

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Demi anak, Natasha sanggup lepas peluang cipta nama di Indonesia

MELIHAT wajah dan bakat, khidmat Natasha Hudson untuk terus mewarnai dunia seni Indonesia masih didamba apatah lagi tahun lalu sebanyak tiga drama bersiri sempat dibintangi aktres berdarah kacukan Melayu-Australia itu.

Tidak hairan sekembali ke Kuala Lumpur untuk menyudahkan pembikinan rakaman lagu selain lakonan, panggilan demi panggilan diterima yang mempelawa dirinya terbabit dalam produksi di negara itu. Walaupun peluang terbuka luas, ibu kepada seorang puteri, Nessa Helena, 3, itu terpaksa berfikir panjang sebelum membuat keputusan yang dirasakan memerlukan pengorbanan tinggi.

"Dunia hiburan Indonesia cukup luas. Sepanjang 10 bulan di sana, saya sempat berlakon untuk tiga produksi bersiri. Banyak pengalaman saya lalui, malah ramai rakan produksi meminta saya datang semula.

"Cuma apabila memikirkan anak selain tawaran di negara sendiri, saya terpaksa menolak biarpun pernah terniat untuk terus mencuba nasib di tempat orang," katanya sambil tersenyum.

Adakah kecewa dengan senario industri seni tempatan? Katanya, bukan soal berkenaan sebaliknya kesejahteraan serta kebajikan anak tunggal menjadi keutamaan yang tiada kompromi.
Kongsi model dan aktres yang baru mencecah 28 tahun itu, awalnya memang dia membawa Nessa ke Jakarta, namun berikutan sesuatu sebab, pada bulan kedua dia sudah dihantar pulang untuk dijaga keluarga.

Hanya panggilan telefon serta gambar menjadi pengubat rindu malah Natasha juga kerap pulang semata-mata mahu bertemu si buah hati walaupun agak lelah berulang alik begitu.

"Cadangan awal memang ingin anak di sisi sepanjang memenuhi tawaran di sana tetapi barangkali faktor cuaca mengakibatkan kesihatannya tidak menentu. Jalan paling baik membawanya pulang semula ke Kuala Lumpur.

"Boleh dikatakan, saya berulang alik antara Jakarta dan Kuala Lumpur. Selepas menyelesaikan tiga drama bersiri, saya berkira-kira mahu kembali semula kerana ramai rakan lama yang mengajukan tawaran. Apa pun bukan dalam tempoh terdekat ini," katanya yang lebih dulu bergerak sebagai model di Jakarta.

Lakonannya menerusi produksi Indonesia ini dapat diikuti dalam Antara Benua, Cinta & Air Mata serta Melodi Hati yang turut disiarkan menerusi stesen televisyen di negara ini.

Akuinya lagi peluang untuk artis tempatan mencuba nasib di negara itu terbuka luas namun cukai yang tinggi dikenakan kepada orang luar membuatkan dirinya juga terpaksa berfikir dua kali.

Tambah aktres yang merangkul gelaran Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu, langkah berkenaan juga dilaksanakan untuk melindungi kebajikan penggiat industri mereka.

"Suka atau tidak kita kena ikut peraturan yang diperketatkan demi kepentingan rakyat mereka, khususnya pekerja industri hiburan. Sebenarnya banyak faktor lain yang membuatkan saya terus 'melekat' di tanah tumpah darah sendiri," katanya penuh bermakna.

Akhirnya dapat watak komedi

NYATA rezeki ibu tunggal itu terus meriah apabila tetap menjadi buruan penerbit, termasuk baru menyelesaikan penggambaran dua drama komedi yang disifatkan peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan.

Menyifatkan Antara Keju & Belacan serta Perang Celup sebagai eksperimen untuk memenuhi peranan yang selama ini dirasakan cukup sukar untuk diperoleh, iaitu watak komedi.

"Boleh dikatakan sepanjang tempoh berlakon penerbit seakan takut untuk memberikan saya watak komedi. Apabila diajukan tawaran ini, saya tidak berfikir dua kali kerana skripnya juga bagus iaitu berkisar wanita Melayu yang lebih kebaratan daripada Mat Saleh sendiri.

"Saya mengambil watak Jennifer Aniston dalam sitkom Friends sebagai rujukan. Tidak perlu berlebih-lebih kerana hanya menerusi lontaran dialog serta aksi bersahaja mampu mencuit hati penonton," katanya.

Bakal tampil di layar perak semula dalam filem genre aksi, Halilintar arahan sutradara baru, pelakon yang bakal bergelar penyanyi rakaman itu juga akan turun ke lokasi filem pendek arahan Brendan Lee.

Mengulas mengenai hasrat merealisasikan album selepas perancangan dulu terbengkalai dek timbulnya isu bersama syarikat rakaman, ulasnya, impian berkenaan bakal direalisasikan sedikit masa lagi.

"Saya bertuah dikelilingi ramai insan berbakat malah setakat ini tiga lagu sudah dirakamkan yang juga gubahan rakan karib termasuk DJ Fuzz dengan tajuk Jika Boleh Ku Gubah Dunia, Selamanya dan Destinasi.

"Memang banyak cabaran perlu ditempuhi selain kos yang perlu ditanggung sendiri. Namun saya puas dan jika tiada aral melintang single dikeluarkan dulu sebelum disusuli album mini," katanya.

Lagu duet bersama Juliana Evans juga sudah disempurnakan, malah istimewanya ia dirakamkan khusus untuk musim Aidilfitri, cuma judulnya saja masih dalam perbincangan.

Berharap perjalanan dalam kedua-dua bidang ini dipermudahkanNya, dedah wanita cekal itu, tanpa minat mendalam tidak mungkin dirinya mampu menepis segala rintangan yang membolehkannya terus berdiri gagah.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Natasha Liana Hudson
TARIKH LAHIR: 9 September 1982
TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak
PENDIDIKAN: Sarjana rekaan grafik di The One Academy, Sunway dan Performing Arts School, Chicago
PROFESION: Model, pengacara, pelakon dan penulis buku
PROGRAM TV: Fesyen TV, Girls Club, Kediaman Idaman
ANTARA DRAMA: Pei Pan, Rahsia Cemara, Duyong Aridinata, Emily, Cinta, Pengantin Untuk Dijual, Sultan Alauddin
TEATER: Teater Muzikal Ibu Zain, Gamat
FILEM: Dayang, Chermin, Sumolah dan Tipu Kanan Tipu Kiri
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilih bakat, bukan sahabat

Posted: 19 Jul 2011 05:47 PM PDT

Hip

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimi Saifuddin

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimi Saifuddin

Filem arahan pertama Bront dijangka temui penonton awal 2012

SELEPAS hampir sedekad bergelar pelakon, bahkan kredibilitinya sebagai anak wayang terbukti dengan pencapaian sebagai Pelakon Lelaki Terbaik yang diraih pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 lalu, kini Bront Palarae menapak selangkah lagi ke hadapan apabila mula berjinak-jinak di dalam dunia pengarahan.

Nasihat serta sokongan yang diberikan penerbit dan pengarah berpengalaman seperti David Teo, Ahmad Idham serta ramai lagi, menyuntik keyakinan yang lebih kepada Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimi Saifuddin untuk merealisasikan impiannya yang satu itu. Walaupun baru berjinak-jinak sebagai seorang sutradara, Bront ternyata berani apabila terus terjun ke gelanggang lebih besar iaitu bidang pengarahan filem. Sesetengah pengarah muda pula lebih gemar mengasah bakat di arena drama televisyen terlebih dulu sebelum mengarah filem, dengan matlamat mengumpul pengalaman serta meningkatkan keyakinan diri.

Bagi Bront pula, dikelilingi barisan tenaga kerja dan pelakon yang berbakat membuatkan dia bersemangat untuk menyudahkan filem pertamanya yang berkonsepkan komedi, berjudul 3 Rasa.

Buah tangan pertama terbitan syarikatnya, Otto Films, baru saja selesai menjalani penggambaran selama 20 hari. Antara artis yang membarisi filem berkenaan ialah Sharifah Amani, Along Eyzendy, Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Radhi Khalid, Dira Abu Zahar, Sabri Yunus, Nadia Aqilla dan ramai lagi.

Memilih Amani sebagai bintang utama, Bront ketika dihubungi berkata, Amani menjadi pilihannya kerana bakat besar dimiliki pelakon genit itu. Bront menolak andaian dia memilih anak gadis Fatimah Abu Bakar itu atas dasar persahabatan yang sudah lama terjalin. Kedua-duanya pernah mencuri hati peminat menerusi drama bersiri popular, SinDarEla dan Rona Roni Makaroni.
"Pemilihan pelakon untuk filem ini dibuat melihatkan kepada bakat mereka, bukan atas dasar persahabatan. Sebelum menghasilkan skrip lagi saya sudah membayangkan Amani kerana dia seorang pelakon yang bagus. Lagipun sebelum ini dia pernah membawakan watak komedi romantik," ujarnya.

Menurut pemuda berusia 32 tahun ini, filem sulung arahannya itu ialah sebuah persembahan yang menggabungkan elemen komedi, percintaan dan pengembaraan.

"Saya memilih genre komedi kerana saya mahu penonton pergi menonton dengan gembira. Saya bimbang jika orang tidak sukakan filem ini, kerana itu saya memilih komedi kerana genre itu senang diterima dan diminati ramai.

"Filem 3 Rasa mengisahkan tiga watak utama iaitu Amani dengan kisah percintaan romantiknya, Mak Mah dengan kisah perjalanannya dari kampung ke Kuala Lumpur yang penuh dengan pelbagai cerita serta Azad yang memegang watak pekerja dari India yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dalam meniti hidupnya di Kuala Lumpur," kata anak seni berasal dari Alor Star ini.

Berbeza daripada filem Cinta

DENGAN gabungan beberapa cerita berlainan dalam sebuah filem, berkemungkinan ada peminat yang menganggap judul terbabit mengambil formula filem arahan Kabir Bhatia, Cinta, yang diterbitkan pada 2006.

"Mungkin orang akan mengaitkan filem ini dengan filem Cinta, tetapi apa yang saya boleh katakan, persembahannya mungkin sama tetapi jalan ceritanya adalah berbeza," kata Bront yang menulis skrip filem ini bersama dua lagi rakannya, Sheikh Munasar dan Rozi Izma.

Tambah Bront lagi, skrip 3 Rasa yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, yang akan mengangkat kisah kehidupan di ibu kota metropolitan itu, disiapkan dalam tempoh hampir setahun.

Oleh kerana ditangani pengkarya muda dan baru, Bront berkata apa yang boleh dijanjikan ialah sebuah filem komedi yang segar. Bagaimanapun katanya, 3 Rasa berkemungkinan mempunyai persamaan dengan filem komedi lain kerana konsepnya sama.

"Walaupun idea dalam 3 Rasa segar kerana skripnya dihasilkan tiga penulis berbeza, tetapi filem ini tidaklah sampai ke tahap lain dari yang lain. Saya banyak bekerja dengan abang Mamat Khalid, Osman Ali, jadi mungkin sedikit sebanyak pengalaman bekerja dengan mereka mempengaruhi arah tuju saya dalam dunia pengarahan. Bagaimanapun saya anggap semua ini sebagai satu proses pembelajaran," katanya mengenai filem yang dijangka menemui penonton pada awal tahun depan itu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


ZUL HANDY BLACK NIKAH AWEK CUN...

Posted: 19 Jul 2011 07:09 PM PDT

Bukan main gembira abang Zul kita ni bila selesai melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan hatinya. Bertambah gembira lagi... apabila isterinya itu bukan main cun menyamai bekas kekasihnya dulu yang juga seorang pelakon popular. Tahniah Zul..!


Klik untuk imej besar...











.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) 3 Adik Beradik Mesra Siti Saleha , Sam Bunkface Dan Rohana

Posted: 20 Jul 2011 06:56 AM PDT

(TERBAIK) Aaron Aziz Segak Berpakaian Askar

Posted: 20 Jul 2011 06:48 AM PDT

(TAHNIAH) Intan Sarafina Hamil Lagi

Posted: 20 Jul 2011 06:32 AM PDT




Tahniah kepada penyanyi dan pelakon, Intan Sarafina yang kini berusia 29 tahun telah pun hamil anak ke-2 yang berusia 5 bulan hasil perkahwinannya dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli hampir tiga tahun lalu. Anak sulung mereka yang bernama Megat Evan Raez kini dah berusia 2 tahun masuk hujung tahun ni.

Intan selepas ni perlulah banyakkan berehat daripada melakukan kerja-kerja berat. Tapi Intan dah lama menyepi daripada dunia seni kan? mungkin dia nak tumpukan sepenuhnya masa dengan keluarga dan menjadi surirumah yang baik.

(GAMBAR) Dian Sastrowardoyo selamat lahirkan anak

Posted: 20 Jul 2011 06:26 AM PDT



Dian Sastrowardoyo selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 17 Julai lalu pada Ahad lalu pukul 3 petang di Rumah Sakit YPK Menteng, Jakarta Pusat. Seperti dipetik Inilah.com, pengurus pelakon tersebut, Wisnu telah mengirimkan kenyataan kepada media berkenaan maklumat bayi tersebut. Bayi lelaki yang diberi nama Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo telah dilahirkan dalam keadaan normal dan seberat
 8.03 kilogram.
Dalam surat tersebut juga, Dian melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan kehidupannya sekarang. Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing.