Adsense

Sabtu, 7 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Jangan ikut kepala sendiri!

Posted:

Jangan ikut kepala sendiri!

Jangan ikut kepala sendiri!


BIARPUN tidak bersentuhan, Ashraf Muslim masih menjaga tatasusila dan tidak melanggar hukum agama.


JOYAH bukan siapa-siapa nak bercakap hal agama. Bukan niat Joyah nak cakap itu salah, ini salah, itu boleh buat dan ini tidak. Tapi rasanya Joyah perlu menegur apa yang tak berapa betul untuk kebaikan kita.

Bila melihat gambar-gambar yang terpampang dalam surat khabar mengenai pertunangan artis, Joyah mula risau. Bukan apa, cuma risau bila melihatkan banyak sangat hukum-hakam yang artis kita langgar sesuka hati mereka sahaja.

Bukan Joyah nak membebel tak tentu pasal, tapi bila ramai ulama terkenal komplen pasal hal ini, Joyah kena adil pada semua. Kena juga bawa ke tengah hal ini sebab ia melibatkan kepentingan awam.

Joyah sebenarnya sedih bila melihatkan artis kita yang bermacam-macam perangai ketika bertunang. Tak kisah perangai apa yang dia nak pakai cuma satu Joyah nak pesan, janganlah pandai-pandai nak buat perkara yang melanggar tata susila.

Kebiasaanya hanya ibu lelaki yang akan menyarung cincin pada bakal pengantin perempuan. Tapi ada artis kita yang tanpa segan silu pegang tangan pasangan wanita dan tunjuk cincin pada semua orang.

Kalau sekali imbas dah macam dia yang menyarung cincin pada bakal isteri. Apa nak jadi la korang ni? Kalau nak bergambar tu tak ada masalah cuma janganlah sampai bersentuhan.

Bila gambar disiar di majalah dan surat khabar, semua orang tengok yang artis tu dengan selamba badak pegang tangan tunang dia tanpa rasa bersalah.

Awak kena ingat yang akan golongan yang berpengaruh. Semua orang nampak, lihat dan tak mustahil ada yang akan praktik nanti. Sebab itu dalam bab-bab macam ni kita kena jaga maruah diri dan maruah keluarga.

Dalam bab ini, Joyah puji dengan pelakon Ashraf Muslim yang cukup menjaga adab dan tatasusila. Dia masih bergambar bersama tetapi langsung tidak bersentuhan.

Joyah tidak mahu sebut nama siapa yang bergambar bagai nak rak sampai menimbulkan rasa kurang senang sesetnagh pihak itu. Bagi Joyah siapa yang terasa, dialah orangnya.

Joyah hanya ingat mengingati sahaja. Masih belum terlambat untuk kita ingat mengingati antara satu sama lain. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadi sempadan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Apabila Awie marah Bob!

Posted:

Apabila Awie marah Bob!

Apabila Awie marah Bob!

SAYA tidak terkejut dengan 'kemarahan' rockers Awie terhadap Bob Lokman seperti disiarkan akhbar baru-baru ini.

Apabila Bob memperlihatkan sisi

'poyo' yang teramat dan meletakkan dunia seni tanah air seolah-olah hanya di kepala lutut, memang patutlah orang seperti Awie marah dan kecewa.

Tentulah Awie marah sebab Bob seolah-olah menghina dan mencerca bidang yang selama ini menjadi periuk nasinya sendiri.

Sepanjang kehidupan sebagai anak seni, banyak yang telah dilalui oleh artis-artis kita. Ini termasuklah tempoh pencarian untuk mengenal jati diri, kehidupan, manusia dan kemanusiaan.

Sebenarnya bukan Bob saja yang sudah bertemu dengan fasa baru dalam kehidupan setelah sekian lama bergelumang dengan dunia seni.

Banyak, sudah banyak artis yang memilih untuk berhijrah ke arah kehidupan untuk berdakwah melalui saluran keagamaan.

Ini termasuklah Ali Setan, Azmil Mustaffa yang hari ini sudah berkeliling dunia untuk berdakwah.

Bagaimanapun mereka bukan seperti Bob yang seolah-olah langsung tidak mengenang walau satu pun kebaikan dalam dunia seni yang pernah diladeni.

Amy Search juga telah banyak berubah kearah yang lebih positif. Amy pada zaman muda dan Amy sekarang adalah langit dan bumi, kalau boleh dibuat perbandingan.

Pun begitu, tidak pernah sekalipun Amy mengeluarkan kata-kata nista kepada teman-teman artis waima dia sudah menjalani kehidupan yang lebih positif ke arah keagamaan.

Hari ini, Amy juga berdakwah dalam menyampaikan legasi seninya, tetapi berbeza cara dengan Bob yang terus berpaling tadah dan menganggap seni adalah sesuatu yang 'busuk' langsung tidak ada wanginya.

Amy hanya menggunakan landasan seni, bidang yang dia tahu untuk interaksi dengan peminat.

Justeru, Amy tidak dengan mudah menuding jari menyata itu haram, ini tak boleh, si dia masuk neraka atau syurga.

Itulah masalahnya apabila Bob menggunakan pentas politik sebagai medan untuk menyampaikan apa yang dikatakan 'perjuangan' ke arah syurga itu.

Turut mengecam Bob, bukan saja Awie seorang.

Berdasarkan perbualan saya secara peribadi, ramai lagi artis lain yang memang 'makan hati' apabila dikeji dan dihina oleh rakan seperjuangan sendiri.

Ini termasuklah penyanyi Jamal Abdillah.

Jamal dalam komen kepada Saodah Ismail di Agendadaily berkata : 'Jika kita sudah tidak mampu bersaing dengan orang lain, janganlah salahkan industri. Bagi saya, beliau (Bob) sudah tidak ada apa untuk ditawarkan kepada industri' demikian kata Jamal.

Pada pandangan Jamal juga, sebenarnya orang seperti Bob sudah tidak mempunyai ruang dan peluang dalam industri seni.

Sebab itu dia memilih bidang lain sebagai pentas terbarunya. Tetapi amatlah malang kerana kemudiannya Bob cuba menyalahkan industri apabila dia tidak memperolehi apa yang dicita-citakan dan menjadikan orang seni sebagai 'kambing hitam' untuk membuat hukuman.

Jamal turut menambah, soal hipokrit tidak timbul kerana terpulang pada manusia itu sendiri untuk hidup secara pura-pura atau tidak.

"Hipokrit itu sendiri sebenarnya apa? Ia adalah orang yang melakukan dosa tapi berlagak baik dan dalam dunia yang dimasuki oleh Bob sekarang ini, perkara begitu banyak berlaku dengan jelas.

"Hari ini, ada orang cakap soal agama, soal hadis, tetapi hakikatnya, dialah orang yang paling tidak boleh dipercayai.

"Ini memang ada dalam dunia politik sedangkan dalam dunia hiburan, kita menghasilkan lagu atau karya yang mengajak pada keamanan, kecintaan dan sayang menyayangi. Di dalamnya ada perpaduan, ada seruan untuk hidup harmoni," tegas Jamal.

Bob, ingatlah, persahabatan dalam dunia politik dan dunia seni sangat berbeza sifatnya. Dalam politik, hari ini bersahabat tetapi esok boleh jadi musuh yang paling ketat. Dalam politik, tidak ada sahabat atau musuh yang kekal.

Maknanya apa-apa juga boleh berlaku. Jika hari ini orang yang Bob 'damba-dambakan', agung-agungkan, barangkali esok boleh meletakkan anda di tempat paling bawah.

Pada ketika itu, saya percaya sahabat-sahabat beliau dalam dunia seni masih mampu menghulurkan tangan persahabatan.

Kerana sama ada semalam, hari ini, mahu pun esok, yang menjadi keinginan orang seni sejati hanya satu - perdamaian.

Pada ketika dunia politik penuh dengan kacau bilau seorang seniman sejati akan kekal dengan prinsip perjuangannya iaitu untuk menabur bakti, menanam kasih sayang dan memperjuangkan kemanusiaan yang diseru melalui muzik, filem dan lagu-lagu mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Popular kerana cemuhan

Posted: 06 May 2011 07:22 PM PDT

Hip

Video Black ditonton 128 juta peminat di Internet

KATAKAN apa saja kepada penyanyi berusia 13 tahun ini, yang nyata dia sudah pun mencipta popularitinya sendiri dalam dunia muzik. Biarpun dikecam hebat apabila muncul bersama single sulung berjudul Friday, Rebecca Black pantas menjadi sensasi Internet. Percaturannya meraih kemasyhuran segera di laman YouTube menerusi lagu itu amat menjadi.

Tidak hairan namanya berada dalam senarai Top 10 apabila kerap dicari peminat menerusi Google dalam tempoh seminggu, awal April lalu. Turut disenaraikan ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 dan Akademi Fantasia musim kesembilan. Lagu Friday yang dimuat naik di YouTube mengambil alih posisi lagu Baby dendangan Justin Bieber sebagai lagu yang sering ditonton, diperbincangkan, selain dicemuh ramai. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 128 juta kali! Ternyata strateginya untuk mencipta fenomena tersendiri berjaya, biarpun mendapat reaksi negatif pelbagai pihak.

Black mengikuti deretan artis lain, contohnya Justin Bieber, Yuna dan Ana Raffali yang menggunakan medium laman maya untuk berkongsi bakat yang ada. Tuah memang menyebelahinya, namun Black diminati dalam sisi yang berbeza.

Dianggap tidak berbakat, Black tetap yakin diri untuk meneruskan minatnya sebagai penyanyi. Ramai yang menyifatkan lagu Friday sebagai lagu paling terburuk pernah ada di muka bumi ini. Gara-gara lagu itu juga Black menerima ancaman bunuh melalui emel dan talian telefon sejak Februari lalu.

"Nyanyian menjadi keghairahan saya. Saya suka dan mencintai bidang ini. Pada 2008 dan 2009, saya membabitkan diri dalam pementasan teater untuk kem musim panas. Ia permulaan untuk saya terus memacu minat dalam bidang ini.
"Dunia yang saya lalui ini sesuatu yang baru untuk saya. Bagaimanapun sekarang saya berasakan dunia nyanyian semakin dekat di hati. Apa yang saya mahu lakukan adalah untuk menyanyi dan terus menyanyi. Dulu pun saya selalu menyanyi di bilik mandi. Sekarang, saya boleh menyanyi di mana-mana saja," kata yang pernah menyertai beberapa program pencarian bakat.

Penyanyi remaja ini merealisasikan cita-citanya sebagai penyanyi menerusi rekod label ARK Music Factory. Kerjayanya bermula sekitar hujung 2010 apabila rakan sekelasnya mula bercerita mengenai syarikat rakaman itu. Rentetan itu, ibu Black sanggup membayar sejumlah wang kepada ARK Music untuk menerbitkan lagu Friday.

Selain lagu, turut dirakamkan ialah klip video. Selain YouTube, lagu itu juga dijual di iTunes. Bulan pertama lagu itu dimuat naik di YouTube, ia ditonton 1,000 orang.

Billboard menganggarkan sekitar 40,000 unit lagu Friday terjual sewaktu minggu pertama ia dilancarkan bermula 22 Mac lalu. Lucunya lagu itu juga memanjat carta Billboard Hot 100 dan carta lagu single di New Zealand, masing-masing di tangga 58 dan 33.

Bermula 25 Mac lalu juga, Black mula mendapatkan khidmat pegawai seranta dan pengurus. Pengurusnya juga sudah mengesahkan ada penulis lagu dan rekod label yang berminat untuk bekerjasama menghasilkan album penuh untuk Black.

"Lagu saya selepas Friday diberi judul LOL, yang akan dijadikan single terbaru untuk album sulung," katanya kepada satu temubual yang diadakan sebuah akhbar.

Namun beberapa minggu selepas itu, menerusi laman Twitter miliknya, Black memberitahu bahawa tiada lagu berjudul LOL seperti kenyataannya di dalam akhbar itu. Hakikatnya, memang tiada single terbaru seperti yang dikhabarkan akan dihasilkannya. Apakah kenyataan Black dan pengurusnya sebelum ini hanya propaganda semata-mata?

Laporan di Internet pernah menyebut, Black sudah mula menyedari kerjaya nyanyian dan lagu Friday yang mula 'menghantui' hidup orang yang membencinya hanya akan kekal di laman maya. Bererti, impiannya untuk bergelar penyanyi komersial mempunyai kemungkinan untuk berkubur saja.

"Setiap masa orang memperkatakan mengenai lagu ini. Ia terus melekat dalam kepala saya. Ada masanya ia juga cukup meloyakan saya. Lagu itu sebenarnya menjadi bahan usikan yang akhirnya menghantui hidup saya untuk tahun mendatang," katanya yang pernah membuat penampilan istimewa dalam program bual bicara bersama Jay Leno, Mac lalu.

Info Rebecca Black

  • Berasal dari Anaheim, California, Black mempunyai darah Sepanyol, Itali, Poland dan Inggeris.
  • Dikatakan cukup meminati Justin Bieber dan berharap untuk berduet dengan penyanyi comel itu suatu hari nanti.
  • Laman sesawang: www.rebeccablackonline.com
  • Dilahirkan pada 21 Jun 1997.
  • Sewaktu kecil, pernah bercita-cita untuk menjadi penari ballet apabila meningkat dewasa.
  • Selain menyanyi, turut suka menari dan berlakon.
  • Hebat diperkatakan dan menjadi topik hangat di laman Twitter.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Muzikal The Sound of Music

    Posted: 06 May 2011 07:05 PM PDT

    Hip

    RENZO VIEGAS (kiri), Kellee Kam, Yvette Kang dan Arno Thony pada majlis sidang akhbar penganjuran muzikal The Sound of Music.

    RENZO VIEGAS (kiri), Kellee Kam, Yvette Kang dan Arno Thony pada majlis sidang akhbar penganjuran muzikal The Sound of Music.

    Pelakon berbakat dari London bakal jayakan pementasan di KLCC

    MUZIKAL yang sememangnya cukup dikenali di kalangan penggemar seni persembahan, The Sound of Music, bakal dipentaskan di ibu kota pada Jun ini. Persembahan yang pasti ditunggu-tunggu peminat muzikal itu dibawakan Kumpulan Perbankan RHB dengan kerjasama Yvents!

    Ia dijangka muncul sebagai pementasan muzikal paling besar pada tahun ini, apatah lagi kisah yang cukup popular itu bakal dipentaskan secara eksklusif di Dewan Pleno, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), mulai 21 hingga 26 Jun nanti. Dipentaskan di seluruh dunia dengan sambutan yang begitu memberangsangkan, muzikal berkenaan menyambut ulang tahun ke-75 pada tahun ini.

    Pementasan terbabit bakal dijayakan pelakon berbakat dari London, yang terdiri daripada 65 anggota. Antaranya ialah bintang yang sudah lama beraksi di pentas West End.

    Muzikal dari kota terbesar di Eropah itu akan menampilkan orkestra lengkap yang akan memainkan irama popular termasuk lagu temanya, The Sound Of Music, Climb Every Mountain, Edelweiss, My Favourite Things, Sixteen Going on Seventeen, Do-Re-Mi dan The Lonely Goatherd.

    The Sound of Music yang menyaksikan gandingan terakhir antara komposer Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II bercerita mengenai seorang wanita yang dihantar ke sebuah rumah agam untuk menjaga tujuh anak seorang pegawai tinggi tentera.
    Pelarian keluarga berkenaan menerusi kawasan pergunungan ke Switzerland dianggap antara babak akhir paling cemas pernah dipersembahkan dalam dunia teater.

    Pada majlis sidang akhbar mengumumkan penganjuran pementasan itu, Pengarah Kewangan RHB Capital Berhad, Kellee Kam berkata, sejak bertahun-tahun lalu, kumpulan bank terbabit sentiasa menyokong industri seni.

    "Selepas bekerjasama dengan beberapa penganjur yang membawakan persembahan menghiburkan kepada penonton di negara ini, kami kini berbangga apabila berpeluang bekerjasama dengan Yvents! sekali lagi, setelah berbuat demikian menerusi penganjuran My Fair Lady – The Musical pada 2007.

    "Kami berharap dapat membabitkan diri dalam lebih banyak persembahan hebat pada masa depan. Sudah tentu, kami juga akan terus menghulurkan pelbagai ganjaran dan kelebihan buat pelanggan kami. Ini juga sebahagian daripada cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada kumpulan bank ini," katanya.

    Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Yvents, Yvette Kang; Ketua Pegawai RHB Bank Berhad, Renzo Viegas; dan Pengurus Besar Hotel Melia Kuala Lumpur, Arno Thony.

    Kata Kam, dalam usaha kumpulan bank terbabit untuk memperkayakan lagi masyarakat, mereka sentiasa cuba menyalurkan sumbangan dalam pendidikan dan kesejahteraan generasi muda.

    Pendedahan kepada persembahan teater dan seni pula pastinya menjadi pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan.

    "Muzikal ini pula, yang mengetengahkan elemen kepentingan keluarga dan kasih-sayang, sudah semestinya menyediakan ruang terbaik buat semua famili untuk mengeratkan lagi hubungan antara mereka," katanya.

    Info:

  • The Sound Of Music mula dipentaskan di New York pada November 1959. Produksi asal itu berjaya mementaskan 1,443 pertunjukan dan memenangi lapan Anugerah Tony termasuk Muzikal Terbaik. Filemnya yang diterbitkan enam tahun kemudian memenangi lima Oscar termasuk Filem Terbaik.
  • Tiket menyaksikan persembahan ini dijual pada harga RM190, RM290, RM390, RM490 dan RM590. Pemegang kad RHB dapat menikmati potongan 25 peratus pada malam pembukaan (21 Jun) yang dikhususkan untuk pelanggan RHB, dan 15 peratus untuk pertunjukan hari lain.
  • Untuk tempahan perseorangan, sila hubungan TicketsPeople di 03-22872727 atau lawati www.ticketspeople.com. Tiket juga boleh didapati di pejabat TicketsPeople di The Gardens, Cocoon, Tingkat 4.
  • Bagi tempahan korporat dan berkumpulan melebihi 30 tiket, hubungi 03-22872811 atau e-mel info@yvents.com.my.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    GAMBAR KAHWIN FAZREN RAFI...

    Posted: 07 May 2011 03:42 AM PDT

    Gambar-gambar perkahwinan Fazren Rafi (Dafi Spa Q)...
    Moga berbahagia hingga ke anak cucu.


    Klik untuk imej besar...










    Photo kredit: Diraf Dias


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2011

    Blog Sensasi Ohbayu

    Blog Sensasi Ohbayu


    The Mechanic (2011) – English Subtitles

    Posted: 07 May 2011 03:17 AM PDT

    Synopsis
    Arthur Bishop (Jason Statham) is a 'mechanic' – an elite assassin with a strict code and unique talent for cleanly eliminating targets. It's a job that requires professional perfection and total detachment, and Bishop is the best in the business. But when his mentor and close friend Harry (Donald Sutherland) is murdered..full synopsis


    DownloadDownload Subtitles *password: ohbayu.com

    You might also like :-

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    The Mechanic (2011) – Malay Subtitles

    Posted: 07 May 2011 03:04 AM PDT

    Synopsis
    Arthur Bishop (Jason Statham) is a 'mechanic' – an elite assassin with a strict code and unique talent for cleanly eliminating targets. It's a job that requires professional perfection and total detachment, and Bishop is the best in the business. But when his mentor and close friend Harry (Donald Sutherland) is murdered..full synopsis


    DownloadDownload Subtitles *password: ohbayu.com

    You might also like :-

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Minta bunuh anak

    Posted: 06 May 2011 10:30 AM PDT

    CINTA tragik mereka masih belum berkesudahan. Apakah Bella akan memilih untuk terus menjadi pontianak atau beralih kepada seorang lagi kekasih daripada kelompok serigala jadian?

    Itulah yang menjadi tanda tanya bagi mereka yang menggemari dan mengikuti perkembangan filem bersiri terhebat, Twilight.

    Kali pertama peminat dibuai kisah cinta Bella Swan lakonan Kristen Stewart dan pontianak berusia 104 tahun, Edward Cullen (Robert Pattinson) adalah menerusi Twilight pada 2008. Ia ternyata mencetuskan fenomena luar biasa di pawagam antarabangsa ketika itu.

    Keserasian yang ditunjukkan mereka bukan saja melariskan filem adaptasi karya Stephenie Meyer itu malah sekuel seterusnya, New Moon muncul setahun kemudian dan terus mendapat sambutan.


    Dalam sekuel kedua dulu, ia menyaksikan Bella ditinggalkan Edward yang kemudiannya jatuh cinta pada lelaki dari keturunan serigala jadian yang seksi, Jacob Black (Taylor Lautner).


    Hubungan cinta segi tiga inilah yang memberi cabaran hebat kepada Bella untuk membuat pilihan menerusi sekuel ketiga, Eclipse tahun lalu.

    Kini tibalah masanya untuk menonton sekuel terbaru pada tahun ini, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1.

    Mengikut versi novel, plot kali ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, kehidupan Bella selepas berkahwin dan berbulan madu bersama Edward di sebuah pulau.

    Dua minggu selepas berbulan madu, Bella menyedari dia sudah mengandung tetapi bayi itu adalah separuh genetik pontianak yang membuatkan keadaan tubuhnya mula tidak stabil. Konflik timbul pula apabila Edward meminta isterinya menggugurkan bayi itu tetapi ditolak Bella dengan keras.

    Lebih mendebarkan, bahagian cerita kedua menyaksikan tindakan masyarakat Quileute mahukan Jacob membunuh bayi Bella itu selepas percaya anak yang bakal dilahirkan itu akan mengundang mara bahaya kepada generasi mereka. Jacob bagaimanapun menentang keputusan itu sehingga Bella melahirkan bayi yang diberi nama Renesmee.

    Manakala bahagian ketiga lebih memfokuskan bagaimana Bella melalui transformasi menyakitkan selepas fizikalnya berubah menjadi pontianak seperti mana Edward. Dia menempuh kehidupan serba baru dan cuba mengenali kelebihan yang wujud dalam dirinya itu.

    Dari aspek produksi, babak bulan madu Bella bersama Edward dibuat di St Thomas, Caribbean dan penggambaran itu selesai pada 22 April lalu.

    Penggambaran sekuel ini turut membabitkan sekuel seterusnya, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2. Dua sekuel ini memulakan penggambaran pada November lalu dan turut mengambil lokasi di Brazil, Baton Rouge, Louisiana, Vancouver, Squamish dan British Columbia, Kanada.

    Jelas keserasian Robert bersama Kristen menerusi tiga sekuel sebelum ini memberi kekuatan kepada filem ini bagi menarik perhatian penonton untuk terus khayal bersama kisah cinta pelik mereka itu.

    Harian Metro turut menerima beberapa foto eksklusif daripada pihak pengedar
    filem itu yang memperlihatkan pelbagai aksi hebat membabitkan ketiga-tiga pelakon itu dalam sekuel terbaru.

    Dalam perkembangan lain, Robert, 24, dari London, masih menafikan wujud hubungan cinta antara dia dengan Kristen. Sejak mula membabitkan diri dengan lakonan pada usia 15 tahun, dia tidak mudah mengaku bercinta dengan seseorang untuk meraih publisiti.

    "Orang selalu beranggapan segala apa yang kami buat diatur pihak tertentu tapi sebenarnya tidak. Tiada unsur 'silap mata' dalam hubungan kami sebaliknya kami hanya menjadi diri sendiri. Memang tiada perkara negatif berlaku pada kami," katanya.

    Dalam menjelaskan hubungan sebenar antara dia dengan Kristen, Robert terbuka bercerita mengenai hasrat mempunyai majlis perkahwinan sendiri.

    "Saya pernah menyatakan untuk berkahwin di satu kawasan iaitu Napa Valley, California. Suasana di sana sungguh indah dan mungkin saya melangsungkan majlis kahwin di sana," katanya.

    Bagi Kristen, dia semakin memahami karakter Bella sebagai wanita yang berani dan berusaha menyayangi anak sendiri selepas melalui pengalaman hidup bersama Edward.

    "Saya sukakan idea filem ini yang menampilkan watak Bella bertarung untuk menyelamatkan anaknya agar dia dapat dilahirkan.

    "Apa yang mencabar, Bella sanggup mati demi anaknya. Insiden seperti ini sebenarnya boleh berlaku pada gadis seusia saya dalam kehidupan realiti.

    "Bukan soal kehidupan pontianak yang ingin disampaikan tapi nilai kasih sayang seorang ibu kepada bayi mereka," katanya.
    Seperti mana Robert, Kristen juga bertuah kerana popularitinya melonjak
    selepas membintangi siri Twilight.

    Kristen, 21, tidak hanya bergantung pada satu filem dalam menimba pengalaman lakon tetapi turut mencuba nasib dengan filem lain. Tahun ini, dia juga akan muncul dengan filem terbaru, On The Road arahan Walter Salles menyaksikan dia bergandingan bersama aktor Garrett Hedlund dan Sam Riley.

    PROFIL

    NAMA: Robert Thomas Pattinson
    NAMA KOMERSIAL: Robert Pattinson
    TARIKH LAHIR: 13 Mei 1986
    USIA: 25 tahun
    ASAL: London
    KERJAYA: Pelakon
    STATUS: Bujang
    FILEM: Vanity Fair (2004), Harry Potter and the Goblet of Fire (2005), How to Be, Little Ashes dan Twilight (2008), New Moon (2009), Remember Me dan Eclipse (2010), Water for Elephants, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 dan Part 2
    DRAMA: Curse of the Ring (2004), The Haunted Airman (2006), The Bad Mother's Handbook (2007)

    PROFIL

    NAMA: Kristen Stewart
    TARIKH LAHIR: 9 April 1990
    USIA: 21 tahun
    ASAL: Los Angeles, Amerika Syarikat
    KERJAYA: Pelakon
    STATUS: Bujang
    FILEM: The Flintstones in Viva Rock Vegas (2000), The Safety of Objects (2001), Panic Room (2002), Cold Creek Manor (2003), Speak dan Catch That Kid (2004), Fierce People (2005), In the Land of Women, The Messengers dan Into the Wild (2007), What Just Happened, Jumper dan Twilight (2008), Adventureland dan New Moon (2009), Eclipse (2010),The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1, Part 2 dan On The Road.
    DRAMA: The Thirteenth Year (1999) dan The Sarah Silverman Program (2008)

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada pertemuan rahsia

    Posted: 06 May 2011 10:09 AM PDT

    GOSIP cinta antara juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawani atau Shahir, 23, dan dramatis popular, Rozita Che Wan, 39, kembali hangat diperkatakan walaupun mereka menafikannya.

    Timbul cerita mengatakan kedua-dua artis ini sempat 'memadu kasih' sebaik majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlangsung awal April lalu di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang berakhir.

    Shahir dan Rozita dikatakan sempat bertemu di lobi hotel tempat mereka menginap, bagaimanapun apabila kedua-dua mereka terserempak dengan wakil media yang turut berada di tempat itu, mereka cuba mengelak dengan bertindak seperti tiada apa-apa berlaku antara mereka.

    Shahir yang menang Artis Baru Lelaki Popular malam itu turut menjelaskan dia turun ke lobi bagi berkongsi kejayaan bersama kelab peminat. Gosip yang disiarkan membabitkan pertemuan mereka itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminatnya hingga Kelab penyokong Shahir dan Adira, Shahiratics menghantar kenyataan akhbar menegaskan apa yang dikatakan penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu adalah benar.


    Pengurus Shahiratics, Anizah Sahrin menegaskan gosip yang mengatakan bintang kesayangan mereka bertemu dengan Rozita di lobi hotel atas urusan peribadi adalah tidak benar sama sekali.


    "Tujuan Shahir berada di situ semata-mata untuk bertemu dengan kami bagi sama-sama berkongsi kegembiraan atas kejayaannya memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular.

    "Oleh itu, kami rasa wajar dan bertanggungjawab untuk membantu Shahir menjelaskan keadaan sebenar kepada media memandangkan isu ini mula disalahertikan," katanya.

    Jelas Anizah, sebelum bertemu dengan Shahiratics, Shahir turut berkongsi kemenangannya bersama keluarga serta Kelab Peminat Shahir sendiri sejurus majlis Post Party berakhir.

    "Waktu itu kelab peminat Shahiratics pulang ke hotel (Hotel First World). Namun, pada jam 2.40 pagi, wakil dari pihak pengurusan Astro menghubungi pengurusan Shahiratics dan mengajak kami bertemu dengan Shahir di lobi Hotel Theme Park pada pagi itu juga.

    "Pertemuan dibuat pada pagi itu juga memandangkan pihak pengurusan Astro sedia maklum ada antara kami yang harus pulang pada pagi itu juga termasuk peminat yang datang satu keluarga dari Singapura.

    "Kami tiba di lobi Hotel Theme Park lebih kurang jam 3.10 pagi. Dengan kata lain, pertemuan kami dengan Shahir diatur pengurusan Astro yang mengenali kami.

    "Bagaimanapun setibanya Shahratics di lobi Hotel Theme Park, kami melihat kelibat Rozita turut kelihatan duduk bersama dengan sekumpulan kakitangan Astro. Mereka juga sering bekerjasama menguruskan aktiviti seni Shahir.

    "Waktu itu, terdapat juga beberapa lagi peminat lain turut menunggu untuk bertemu dengan Shahir di situ. Pertemuan berlangsung selama 40 minit dan kami bersurai sekitar jam 3.50 pagi sebelum Shahir beredar bersama pihak pengurusan Astro," katanya.

    Penjelasan dilakukan Shahiratics diharapkan dapat menjelaskan kedudukan sebenar mengenai gosip pertemuan 'rahsia' antara pelakon filem Karak itu dengan Rozita supaya tidak berlaku seperti yang sedang hangat diperkatakan.

    Dalam penjelasan dibuat, Anizah mewakili anggota kelab peminat Shahir dan Adira turut menyertakan beberapa keping gambar yang menjadi bukti bahawa pada pagi itu memang benar penyanyi popular itu hadir di hotel lobi yang dikatakan itu untuk melayani peminat sebagai penghargaan atas sokongan mereka terhadapnya selama ini.

    Bagaimanapun, gambar membabitkan wajah peminat, terpaksa dikaburkan atas permintaan beberapa peminat itu sendiri.

    Jelas Anizah, pihaknya mengharapkan agar dengan penjelasan dibuat tidak memanjangkan lagi gosip hubungan cinta antara Shahir dan Rozita.

    Katanya, pengurusan Shahiratics tampil membuat kenyataan kerana berasa bertanggungjawab dan bersalah terhadap Shahir di atas gosip yang didakwa tidak benar.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Fasa baru Witherspoon

    Posted:

    Fasa baru Witherspoon

    Fasa baru Witherspoon



    REESE WITHERSPOON pertama kali dikenal dunia menerusi pembabitannya dalam filem The Man in the Moon pada tahun 1991.

    Sejak itu, namanya terus mendadak naik menerusi filem-filem lakonannya yang sukses di panggung seperti Cruel Intentions, Legally Blonde, Election dan Sweet Home Alabama.

    Walau dilihat agak kurang mendapat publisiti, ironi, Witherspoon bukan calang-calang aktres. Anak kelahiran New Orleans, Lousiana, Amerika Syarikat ini telah banyak menggondol anugerah, termasuk Oscar yang dimenanginya lewat peranan sebagai June Carter Cash dalam filem Walk the Line.

    Malah menerusi lakonannya dalam filem yang sama juga, dia menerima 16 anugerah dalam pelbagai majlis anugerah hiburan Hollywood.

    Jika mahu dihitung usia pembabitannya, sudah 20 tahun dia bergelumang dengan dunia glamor yang diceburinya seawal usia 15 tahun. Pada 22 Mac yang lalu, usia Witherspoon sudah menjangkau 35 tahun.


    AKTRES Reese Witherspoon telah menggondol pelbagai anugerah sepanjang pembabitan selama 20 tahun sebagai pelakon.


    Bercakap mengenai peningkatan usianya, aktres yang kini sedang hangat dengan filem terbarunya, Water for Elephants memberitahu, menjangkau usia 35 tahun adalah satu hal yang besar bagi seorang wanita. Ini kerana menurut Witherspoon, semakin bertambah usia, dia berasa semakin yakin. Bukan malu.

    "Saya rasa teruja dengan usia saya sekarang. Berusia 35 tahun adalah hal yang besar buat saya. Saya rasa lebih selamat dan yakin. Lebih yakin dan selesa daripada waktu saya berusia 20-an dahulu," kata pemilik nama sebenar, Laura Jeanne Reese Witherspoon ini.

    Sementara memberi respons kepada kehidupan dan kariernya pula, Witherspoon mengatakan kehidupannya kadangkala boleh ditafsirkan sebagai sebuah kehidupan yang gila.

    Katanya: "Saya menjalani kehidupan yang agak gila. Kadang-kadang saya rasa seperti sedang menaiki sebuah keretapi laju dan tak tahu arah tujuan sehingga hampir hilang identiti serta tak pasti apa yang sedang saya lakukan. Sehingga pada satu-satu masa saya rasa seperti tidak mampu menangani semua hal yang datang."

    Akuinya, pada saat dia hampir kehilangan identiti dan lumpuh, dia selalu mengingatkan diri bahawa dia tidak hidup untuk glamor. Tetapi dia hidup untuk sebuah kehidupan yang sederhana bersama keluarganya, sama seperti yang dijalani orang lain.


    TAK takut. Witherspoon menghabiskan masa selama enam bulan bersama gajah yang diberi nama Tia ini.


    "Jadi saya bangun setiap hari dan ingatkan diri bahawa saya sedang hidup untuk keluarga saya dan mahu bergembira dengan mereka," katanya penuh semangat.

    Apabila Witherspoon bercakap mengenai kehidupan keluarga, dia sebenarnya merujuk kepada perjalanan hidup berkeluarga yang dijalaninya pada usia muda. Dia berkahwin dengan lawan lakonnya, aktor Ryan Phillippe, pada usia 23 tahun. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Ava Elizabeth dan Deacon Reese.

    Namun tujuh tahun selepas berkahwin, pasangan ini bercerai. "Ia amat memalukan," katanya merujuk kepada penceraian tersebut. Witherspoon juga mendefinisikan bahawa penceraian tersebut sebagai satu malapetaka buat dirinya. Ia amat menyakitkan, malah sehingga kini dia masih berfikir tentang kewarasan di sebalik kata-kata semangat, semua kesakitan itu akan pulih nanti.

    Biar masih terasa pedih terhadap penceraian lampau, ia tidak membunuh rasa aktres itu untuk kembali mendirikan rumah tangga pada tahun lalu. Dia yang kini merupakan isteri kepada Jim Toth berkata, kehidupannya hari ini lebih bermakna.

    "Sebab itu saya katakan usia 35 tahun sekarang adalah satu kebanggaan buat saya. Saya menjadi semakin matang dan tahu erti kehidupan. Berkahwin dengan Toth adalah satu pilihan yang tepat. Dia seorang lelaki yang baik dan saya bernasib baik kerana menjadi isterinya," katanya yang turut memberitahu ibunya juga menggemari Toth.

    Begitu teruja dengan kehidupan barunya, Witherspoon juga memberitahu, dia mahu menambah bilangan anak kerana suka dengan kanak-kanak dan suka dengan konsep kekeluargaan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Maulana, ibu berduet

    Posted:

    Maulana, ibu berduet

    Maulana, ibu berduet

    Oleh SHAH NIZAM OMAR
    shahnizam.omar@kosmo.com.my


    MAULANA bakal mendendangkan lagu-lagu milik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Datuk Shiela Majid.


    RATU HATIKU. Itulah tema yang boleh digambarkan dalam persembahan Maulana Mohamed atau Maulana AF8 sempena sambutan hari ibu yang bakal menemui peminat di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor (SACC) pada 8 Mei (esok).

    Ratu Hatiku yang dipetik sebahagian daripada senikata lagu Ibu nyanyian seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu turut menampilkan seorang artis veteran tahun 60-an, S. Mariam bagi membuat persembahan pada malam itu.

    Lebih manis, persembahan Maulana pada malam itu yang bakal menampilkan ibunya S. Mariam sebagai artis jemputan adalah untuk memberi penghormatan ke atasnya yang telah berkecimpung dalam dunia seni pada ketika itu.

    "Ibu yang telah membesarkan kami enam beradik, sebagai ibu tunggal dia memang tabah. Jadi saya sendiri mengambil keputusan untuk berkongsi pentas untuk menyanyi bersama-samanya dalam persembahan sempena hari ibu untuk menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir," katanya.

    Maulana juga memberitahu, ini adalah persembahan pentas yang pertama pernah dibuat selepas dia keluar daripada Akademi Fantasia 8 secara solo dan mahu memastikan tetamu-tetamu yang hadir malam itu benar-benar terkesan dengan persembahannya.

    Menyentuh tentang pemilihan P. Ramlee yang menjadi tema sambutan hari ibu itu, adalah kebanyakan mereka merupakan orang-orang lama dan lagu-lagunya amat sesuai dengan lingkungan umur 50-an.

    Lagu-lagu istimewa yang bakal diperdengarkan kepada tetamu adalah rangkaian lagu popular nyanyian P. Ramlee dan Datuk Sheila Majid termasuk lagu Inggeris yang kesemuanya terdiri daripada 20 buah lagu kesemuanya.

    "Saya juga akan menyanyikan lagu single terbaru saya iaitu Melodi Muzika Cinta dan lagu hit saya, R.S.V.P.

    "Lagu-lagu P. Ramlee pula termasuk Jeritan Batinku, Madu Tiga dan Sheila Majid, Dia serta Sinaran," katanya.

    Di sebalik untaian lagu malar segar, Maulana juga turut akan menyanyikan lagu-lagu terkini yang popular.

    Persembahan tersebut dianjurkan oleh Lensa Creative dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada warga emas serta ibu-ibu tunggal seramai 60 orang untuk menghiburkan mereka.

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, dia melihat Maulana sebagai seorang anak muda yang kreatif dengan idea bagi menyambut sambutan hari ibu pada tahun ini.

    "Sebenarnya saya ada tunggu daripada pengurus acara yang lain untuk memberi kertas kerja tetapi Maulana dan penganjur majlis ini, Lensa Creative telah datang dulu dan memberikan idea menarik lantas bersetuju menerimanya," katanya.

    Harga tiket yang dijual untuk Meja VIP RM2,500 setiap meja, Meja Platinum RM188 setiap orang dan Meja Emas RM158 setiap orang.

    Orang ramai boleh menghubungi SACC di talian 03-5511 8858 atau Lensa Creative 03-6209 9858.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ahmad Idham, David Teo tak gaduh

    Posted:

    Ahmad Idham, David Teo tak gaduh

    Ahmad Idham, David Teo tak gaduh

    Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR
    alif.abubakar@kosmo.com.my

    KHABAR yang menyatakan berlakunya perselisihan faham antara pengarah, Ahmad Idham dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth Movies Production (MIG), David Teo sedang hebat diperkatakan.

    Jika dahulu timbul krisis persengketaan antara Pierre Andre dengan David Teo, kini Ahmad Idham pula menjadi individu yang dipersoalkan tentang cerita kurang enak itu.

    Seperti sudah menjangka akan dihujani persoalan sedemikian daripada media, Ahmad Idham hanya mampu tersenyum dan merungkai segala kekeliruan yang selama ini telah mengeruhkan hubungan baiknya bersama David Teo.

    "Saya tidak pernah bergaduh dengan David malah saya masih lagi meneruskan projek filem 8 Jam bersama MIG.

    "Itu hanya persepsi orang yang melihat mengapa projek-projek baru saya tidak lagi bernaung di bawah bumbung MIG.

    "Sebenarnya saya tidak pernah menjadi pekerja tetap di MIG dan harus diingat kesemua filem arahan saya bersama MIG merupakan kerjasama syarikat saya, Excellent Pictures dengan MIG.

    "Sepanjang kerjasama dengan MIG, saya telah mengarahkan 16 buah filem dan kontrak saya bersama mereka juga baru sahaja tamat Mac lalu," jelas Ahmad Idham tanpa selindung.

    Pengarah filem Senjakala itu hanya menganggap berita seumpama itu sekadar cerita biasa yang tidak perlu digembar-gemburkan.

    Dia turut memberitahu hubungannya bersama David Teo masih utuh malah David Teo sentiasa membuka pintu buat Ahmad Idham untuk bekerjasama dengan MIG pada masa akan datang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jumaat, 6 Mei 2011

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Cat Farish Kini Temui Kumpulan P.R.Inc

    Posted: 06 May 2011 11:17 AM PDT

    Fenomena kumpulan remaja dari Korea telah menakluk dunia. Korean Pop atau K-Pop , genra muzik yang diketengahkan oleh penghibur-penghibur berkumpulan ini. Tetap elemen R&B dan hip hop menjadi akar kepada muzik mereka dan dimasukkan elemen elektronik dan retro.

    Malaysia yang tidak ketinggalan turut bersama demam K-Pop. Peluang ini diambil oleh Cat Farish, seorang artist (bekas anggota Ruffedge/ Ketua Kumpulan The Fabulous Cats), Komposer, Pelakon, Host dan Penerbit untuk mencari sebuah kumpulan yang sehebat kumpulan–kumpulan K-Pop.

    Pencarian selama 2 tahun ini tidak disia-siakan kerana Cat Farish menemui sebuah kumpulan di laman web You Tube. Da'Prinz, sebuah kumpulan yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Penemuan ini telah disambut baik oleh kumpulan tersebut dan mereka telah merakamkan single/lagu tema untuk drama 'Seribu Kali Cinta' yang disiarkan di Slot Akasia, TV3 October 2010.

    P.R.Inc

    Cat Farish kemudiannya menukarkan nama kumpulan ini ke P.R.Inc. Mereka yang pada mulanya dianggotai oleh Vin,Aegy, Aye & Apies telah mengalami beberapa masalah hingga Apies meninggalkan kumpulan ini selepas pengambaran klip video single pertama mereka siap.

    Pertaruhan single 'BUKU BARU' masih menjadi tanda tanya kerana kumpulan ini tidak lengkap. Kehadiran Benny atau Ben telah menyempurnakan kumpulan ini dan sekali lagi Cat Farish menukar nama P.R.Inc kepada yang lebih simple dan senang untuk disebut ke P.O.P.

    Setelah merakam single kedua 'MAIN JAUH JAUH', P.O.P berjaya menyiapkan sebuah lagu tema untuk drama di TV9,'Diari Suami 9 Bulan' dan lagu itu bertajuk 'SIAPA AKU TANPA KAMU'.

    Kemahiran Aye menyusun susunan muzik dan penyampaian lirik dan melodi dari teman teman lain juga menambahkan keserasian mereka bekerjasama dibawah arahan Cat Farish yang dibantu oleh Zizie dari The Fabulous Cats.

    Aegy adalah salah satu peserta realiti My Star LG musim kedua adalah seorang jurutari yang menyusun semua langkah tarian untuk kumpulan ini. Adakalanya bantuan professional diperlukan dan pihak CPP akan membawa jurutari dari Floor Fever Crew.

    Persiapan untuk alum kumpulan ini masih dijalankan dan rangka promosi dimulakan pada awal April 2011. Pihak CPP mengharapkan satu fenomena yang bakal dicetuskan oleh P.O.P,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Cat Farish Dapat Anak Lagi
  • Gambar Bayi Perempuan Eva Latheefa Anak Cat Farish
  • Temui Farina & iR Radzi di One Utama Hari Ini
  • Isu Dadah Dalam Telemovie Di Garisan Takdir
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H Cat Farish
  • Ahli The Fabulous Cats, Cat Farish & Hartini Ramly Berkahwin
  • Farhana keluar dari The Fabulous Cats
  • Shahz Jaszle Kekasih Faezah Elai dalam Pondok Ingatan Cinta
  • Peraduan Video Klip Muncul Kamu The Fabulous Cats
  • Roadshow Dashing For Men
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Avon Perkenal Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik

    Posted: 06 May 2011 09:11 AM PDT

    AVON MEMPERKENALKAN ULTRA MOISTURE RICH MOISTURE SEDUCTION LIPSTIK

    Pelembap & Warna Memukau Dalam Satu Gincu

    Memperkenalkan inovasi penemuan dalam gincu, Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik 3g. Gincu yang menggabungkan warna berkrim mewah dengan perapi berhidrat untuk warna-warna ceria dan melembap hingga ke dalam.

    Nurul Syuhada

    Apabila bercakap mengenai gincu, AVON percaya bahawa wanita tidak perlu berkorban untuk memilih antara pelembap dan warna. Maka, kerana itulah Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik dari AVON ini telah menggabungkan kompleks akua sutera untuk membantu menyimpan pelembab bersama pigmen bercas warna untuk memberikan warna yang ceria dan mewah.

    MoistureSeductionLipstickPO3_f2  RED KISS

    Menepati gaya hidup wanita masa kini yang sentiasa sibuk, gincu berpelembap dengan SPF 15 unik ini adalah sebab untuk anda tidak perlu memakai pelembap bibir lagi.

    "Cara paling baik agar bibir nampak mongel adalah dengan menggunakan gincu yang berpelembap," jelas Zulfazli Suhadi, Jurusolek selebriti Avon. "Malah, dengan penghidrat tambahan, pigmen hebat dan SPF15 dalam rumusannya, membantu menjadikan bibir kelihatan dan berasa hebat sepanjang hari."

    Rumusan penemuan istimewa dari AVON ini hebat mengadun warna dan pelembap, menjadikan bibir kelihatan lebih memukau dan menawan. Ianya boleh didapati dalam 10 warna-warna menggoda.

    Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik dari AVON ini akan dipasarkan bermula 1 Jun 2011. Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.my.avon.com

    red kiss 1

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • The Search For Avon Style Make Up Queen
  • Stacy Avon Voices Contender Profile
  • Oprah Winfrey Is One Rich TV Star
  • Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Nur Fazura Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON
  • Avon Lancar Perfume Herve Leger Max Azria
  • Avon Lantik Dynas Mokhtar Jadi Duta Avon Fashions
  • Avon Perkenalkan Pencarian Bakat AVON VOICES
  • Avon Voices Voting Begins
  • Sharmaine & Stephanie Avon Voices Contender Profile
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    Penjelasan Que Haidar & Linda Jasmine Berhubung Gambar Semasa Bersosial

    Posted: 06 May 2011 07:26 PM PDT

    GAMBAR QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE SEMASA BERSOSIAL

    Baru-baru ini, tersebar beberapa gambar Que Haidar dan Linda Jasmine semasa bersosial bersama rakan-rakan. Apa yang tak bestnya, dalam gambar tu jelas kelihatan beberapa air haram terhidang di atas meja seperti pada gambar kat atas tu sehingga ramai yang menyangka Que Haidar dan Linda Jasmine meminumnya.

    Ekoran daripada itu, Que Haidar dan Linda Jasmine tidak menunggu masa yang lama untuk menjelaskan situasi sebenar. Berikut penjelasan daripada mereka.

    Que Haidar :~

    Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar untuk meraikannya (merujuk kepada sambutan hari jadi kawan mereka berdua). Namun terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu adalah milik orang lain. Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral.

    Ini pula penjelasan daripada Linda Jasmine :~

    Saya tak minum arak dan merokok langsung. Rokok itu orang lain punya, mungkin Que dan saya hanya memegangnya.

    Sekarang semuanya sudah jelas yang Que Haidar dan Linda Jasmine tidak meminum air haram tersebut seperti yang disangka oleh ramai orang. Hopefully it's true.

    GAMBAR QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE SEMASA BERSOSIAL

    GAMBAR QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE SEMASA BERSOSIAL

    GAMBAR QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE SEMASA BERSOSIAL

    GAMBAR QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE SEMASA BERSOSIAL

    Gambar-gambar diambil dari ~ blog ini.

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Video Maharaja Lawak Minggu Ke-6

    Posted: 06 May 2011 06:00 PM PDT

    Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.