Adsense

Sabtu, 7 Mei 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Popular kerana cemuhan

Posted: 06 May 2011 07:22 PM PDT

Hip

Video Black ditonton 128 juta peminat di Internet

KATAKAN apa saja kepada penyanyi berusia 13 tahun ini, yang nyata dia sudah pun mencipta popularitinya sendiri dalam dunia muzik. Biarpun dikecam hebat apabila muncul bersama single sulung berjudul Friday, Rebecca Black pantas menjadi sensasi Internet. Percaturannya meraih kemasyhuran segera di laman YouTube menerusi lagu itu amat menjadi.

Tidak hairan namanya berada dalam senarai Top 10 apabila kerap dicari peminat menerusi Google dalam tempoh seminggu, awal April lalu. Turut disenaraikan ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 dan Akademi Fantasia musim kesembilan. Lagu Friday yang dimuat naik di YouTube mengambil alih posisi lagu Baby dendangan Justin Bieber sebagai lagu yang sering ditonton, diperbincangkan, selain dicemuh ramai. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 128 juta kali! Ternyata strateginya untuk mencipta fenomena tersendiri berjaya, biarpun mendapat reaksi negatif pelbagai pihak.

Black mengikuti deretan artis lain, contohnya Justin Bieber, Yuna dan Ana Raffali yang menggunakan medium laman maya untuk berkongsi bakat yang ada. Tuah memang menyebelahinya, namun Black diminati dalam sisi yang berbeza.

Dianggap tidak berbakat, Black tetap yakin diri untuk meneruskan minatnya sebagai penyanyi. Ramai yang menyifatkan lagu Friday sebagai lagu paling terburuk pernah ada di muka bumi ini. Gara-gara lagu itu juga Black menerima ancaman bunuh melalui emel dan talian telefon sejak Februari lalu.

"Nyanyian menjadi keghairahan saya. Saya suka dan mencintai bidang ini. Pada 2008 dan 2009, saya membabitkan diri dalam pementasan teater untuk kem musim panas. Ia permulaan untuk saya terus memacu minat dalam bidang ini.
"Dunia yang saya lalui ini sesuatu yang baru untuk saya. Bagaimanapun sekarang saya berasakan dunia nyanyian semakin dekat di hati. Apa yang saya mahu lakukan adalah untuk menyanyi dan terus menyanyi. Dulu pun saya selalu menyanyi di bilik mandi. Sekarang, saya boleh menyanyi di mana-mana saja," kata yang pernah menyertai beberapa program pencarian bakat.

Penyanyi remaja ini merealisasikan cita-citanya sebagai penyanyi menerusi rekod label ARK Music Factory. Kerjayanya bermula sekitar hujung 2010 apabila rakan sekelasnya mula bercerita mengenai syarikat rakaman itu. Rentetan itu, ibu Black sanggup membayar sejumlah wang kepada ARK Music untuk menerbitkan lagu Friday.

Selain lagu, turut dirakamkan ialah klip video. Selain YouTube, lagu itu juga dijual di iTunes. Bulan pertama lagu itu dimuat naik di YouTube, ia ditonton 1,000 orang.

Billboard menganggarkan sekitar 40,000 unit lagu Friday terjual sewaktu minggu pertama ia dilancarkan bermula 22 Mac lalu. Lucunya lagu itu juga memanjat carta Billboard Hot 100 dan carta lagu single di New Zealand, masing-masing di tangga 58 dan 33.

Bermula 25 Mac lalu juga, Black mula mendapatkan khidmat pegawai seranta dan pengurus. Pengurusnya juga sudah mengesahkan ada penulis lagu dan rekod label yang berminat untuk bekerjasama menghasilkan album penuh untuk Black.

"Lagu saya selepas Friday diberi judul LOL, yang akan dijadikan single terbaru untuk album sulung," katanya kepada satu temubual yang diadakan sebuah akhbar.

Namun beberapa minggu selepas itu, menerusi laman Twitter miliknya, Black memberitahu bahawa tiada lagu berjudul LOL seperti kenyataannya di dalam akhbar itu. Hakikatnya, memang tiada single terbaru seperti yang dikhabarkan akan dihasilkannya. Apakah kenyataan Black dan pengurusnya sebelum ini hanya propaganda semata-mata?

Laporan di Internet pernah menyebut, Black sudah mula menyedari kerjaya nyanyian dan lagu Friday yang mula 'menghantui' hidup orang yang membencinya hanya akan kekal di laman maya. Bererti, impiannya untuk bergelar penyanyi komersial mempunyai kemungkinan untuk berkubur saja.

"Setiap masa orang memperkatakan mengenai lagu ini. Ia terus melekat dalam kepala saya. Ada masanya ia juga cukup meloyakan saya. Lagu itu sebenarnya menjadi bahan usikan yang akhirnya menghantui hidup saya untuk tahun mendatang," katanya yang pernah membuat penampilan istimewa dalam program bual bicara bersama Jay Leno, Mac lalu.

Info Rebecca Black

  • Berasal dari Anaheim, California, Black mempunyai darah Sepanyol, Itali, Poland dan Inggeris.
  • Dikatakan cukup meminati Justin Bieber dan berharap untuk berduet dengan penyanyi comel itu suatu hari nanti.
  • Laman sesawang: www.rebeccablackonline.com
  • Dilahirkan pada 21 Jun 1997.
  • Sewaktu kecil, pernah bercita-cita untuk menjadi penari ballet apabila meningkat dewasa.
  • Selain menyanyi, turut suka menari dan berlakon.
  • Hebat diperkatakan dan menjadi topik hangat di laman Twitter.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Muzikal The Sound of Music

    Posted: 06 May 2011 07:05 PM PDT

    Hip

    RENZO VIEGAS (kiri), Kellee Kam, Yvette Kang dan Arno Thony pada majlis sidang akhbar penganjuran muzikal The Sound of Music.

    RENZO VIEGAS (kiri), Kellee Kam, Yvette Kang dan Arno Thony pada majlis sidang akhbar penganjuran muzikal The Sound of Music.

    Pelakon berbakat dari London bakal jayakan pementasan di KLCC

    MUZIKAL yang sememangnya cukup dikenali di kalangan penggemar seni persembahan, The Sound of Music, bakal dipentaskan di ibu kota pada Jun ini. Persembahan yang pasti ditunggu-tunggu peminat muzikal itu dibawakan Kumpulan Perbankan RHB dengan kerjasama Yvents!

    Ia dijangka muncul sebagai pementasan muzikal paling besar pada tahun ini, apatah lagi kisah yang cukup popular itu bakal dipentaskan secara eksklusif di Dewan Pleno, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), mulai 21 hingga 26 Jun nanti. Dipentaskan di seluruh dunia dengan sambutan yang begitu memberangsangkan, muzikal berkenaan menyambut ulang tahun ke-75 pada tahun ini.

    Pementasan terbabit bakal dijayakan pelakon berbakat dari London, yang terdiri daripada 65 anggota. Antaranya ialah bintang yang sudah lama beraksi di pentas West End.

    Muzikal dari kota terbesar di Eropah itu akan menampilkan orkestra lengkap yang akan memainkan irama popular termasuk lagu temanya, The Sound Of Music, Climb Every Mountain, Edelweiss, My Favourite Things, Sixteen Going on Seventeen, Do-Re-Mi dan The Lonely Goatherd.

    The Sound of Music yang menyaksikan gandingan terakhir antara komposer Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II bercerita mengenai seorang wanita yang dihantar ke sebuah rumah agam untuk menjaga tujuh anak seorang pegawai tinggi tentera.
    Pelarian keluarga berkenaan menerusi kawasan pergunungan ke Switzerland dianggap antara babak akhir paling cemas pernah dipersembahkan dalam dunia teater.

    Pada majlis sidang akhbar mengumumkan penganjuran pementasan itu, Pengarah Kewangan RHB Capital Berhad, Kellee Kam berkata, sejak bertahun-tahun lalu, kumpulan bank terbabit sentiasa menyokong industri seni.

    "Selepas bekerjasama dengan beberapa penganjur yang membawakan persembahan menghiburkan kepada penonton di negara ini, kami kini berbangga apabila berpeluang bekerjasama dengan Yvents! sekali lagi, setelah berbuat demikian menerusi penganjuran My Fair Lady – The Musical pada 2007.

    "Kami berharap dapat membabitkan diri dalam lebih banyak persembahan hebat pada masa depan. Sudah tentu, kami juga akan terus menghulurkan pelbagai ganjaran dan kelebihan buat pelanggan kami. Ini juga sebahagian daripada cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada kumpulan bank ini," katanya.

    Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Yvents, Yvette Kang; Ketua Pegawai RHB Bank Berhad, Renzo Viegas; dan Pengurus Besar Hotel Melia Kuala Lumpur, Arno Thony.

    Kata Kam, dalam usaha kumpulan bank terbabit untuk memperkayakan lagi masyarakat, mereka sentiasa cuba menyalurkan sumbangan dalam pendidikan dan kesejahteraan generasi muda.

    Pendedahan kepada persembahan teater dan seni pula pastinya menjadi pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan.

    "Muzikal ini pula, yang mengetengahkan elemen kepentingan keluarga dan kasih-sayang, sudah semestinya menyediakan ruang terbaik buat semua famili untuk mengeratkan lagi hubungan antara mereka," katanya.

    Info:

  • The Sound Of Music mula dipentaskan di New York pada November 1959. Produksi asal itu berjaya mementaskan 1,443 pertunjukan dan memenangi lapan Anugerah Tony termasuk Muzikal Terbaik. Filemnya yang diterbitkan enam tahun kemudian memenangi lima Oscar termasuk Filem Terbaik.
  • Tiket menyaksikan persembahan ini dijual pada harga RM190, RM290, RM390, RM490 dan RM590. Pemegang kad RHB dapat menikmati potongan 25 peratus pada malam pembukaan (21 Jun) yang dikhususkan untuk pelanggan RHB, dan 15 peratus untuk pertunjukan hari lain.
  • Untuk tempahan perseorangan, sila hubungan TicketsPeople di 03-22872727 atau lawati www.ticketspeople.com. Tiket juga boleh didapati di pejabat TicketsPeople di The Gardens, Cocoon, Tingkat 4.
  • Bagi tempahan korporat dan berkumpulan melebihi 30 tiket, hubungi 03-22872811 atau e-mel info@yvents.com.my.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.