Adsense

Rabu, 27 Jun 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Akim AF Akan Nikah Pada Usia 25 Tahun

Posted: 27 Jun 2012 06:52 PM PDT

Akim memegang cekera padat album terbarunya. Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS 
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Akim Ahmad berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya empat tahun lagi iaitu ketika mencapai usia 25 tahun kerana beranggapan angka itu paling sesuai untuk dia bergelar seorang suami.
Akim, 21, berkata, buat masa ini dia langsung tidak memikirkan mengenai soal teman wanita kerana ingin menumpukan perhatian terhadap kerjaya selain bekerja bagi mengumpul aset.
"Saya masih muda dan sebagai lelaki pelbagai impian ingin saya realisasikan terlebih dahulu seperti memiliki kereta, rumah dan aset lain.
"Tambahan pula kerjaya nyanyian saya baru stabil dan saya ingin memberi fokus terhadap perkara itu terlebih dahulu," ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran album pertamanya berjudul Akim Ahmad di sini, Rabu.
Memperjelaskan hubungannya dengan Stacy, Akim menegaskan hubungan mereka tidak lebih sebagai seorang sahabat.
Akim menyanyikan sebahagian daripada lagu terbarunya di hadapan wartawan dan peminat. 
Akim memberitahu dia senang berkawan dengan penyanyi itu dan bekerjasama dengannya.
"Kami tiada sebarang hubungan istimewa dan sekadar sahabat baik. Malah untuk album pertama saya ini kami berduet dalam sebuah lagu bertajuk Kembali dan saya sentiasa senang bekerjasama dengan dia," katanya.
Dalam pada itu, bercakap mengenai album terbaru itu, Akim melahirkan rasa syukur kerana penantian selama tiga tahun akhirnya berbaloi.
Akim berkata, tidak timbul soal dia perlu menanti lama kerana apa yang lebih penting dia berpuas hati dengan kualiti album yang diterbitkan.
"Saya terlibat secara langsung dalam pembikinan album yang mempunyai 10 buah lagu ini dan cukup berpuas hati dengan hasilnya.
"Saya juga turut menghasilkan dua buah lagu dan menulis sendiri hampir kesemua lirik untuk album itu. Ia sangat dekat dengan saya," ujarnya.
Akim memberitahu dia berharap album ini dapat menyentuh hati para peminat kerana segala usaha telah dicurahkan dalam karya tersebut.
Sementara itu, Akim terkejut apabila syarikat rakaman Sony Music Indonesia turut berminat untuk memasarkan album tersebut di negara itu.
"Siapa yang tidak mahu melebarkan sayap ke negara seberang tetapi jika belum rezeki, tiada apa perlu disesalkan kerana saya boleh menumpukan aktiviti sepenuhnya di negara sendiri," katanya.
Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut adalah Menunggu, Daya Cinta, Mesti Ada Cinta, Tentang Dia dan Yang Nyata.

- ---

Suami Semakin Romantik Selepas Haiza Mengandung

Posted: 27 Jun 2012 06:48 PM PDT

Wajah terbaru Haiza ketika mengandung enam bulan.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Haiza menyifatkan pendapat mengatakan kehadiran anak mampu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri ternyata benar apabila dia dan suaminya lebih mesra dan akrab sejak mengandung bayi sulung.
Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin berkata, sejak enam bulan usia kandungan, suaminya, Norhanapfe Omar, semakin peka terhadap kesihatan Haiza selain kedua-duanya semakin romantik di antara satu sama lain.
"Saya setuju dengan kata-kata orang bahawa anak mampu mengeratkan lagi ikatan suami isteri menjadi lebih kukuh kerana saya juga merasainya.
"Malah dia lebih romantik daripada biasa dan terlalu prihatin dengan keadaan diri dan anak yang saya kandungkan ini," katanya.
Bagaimanapun, tambah Haiza, hal ini tidak bermakna perhubungan antaranya dan suami sering dilanda masalah sebelum mengandung.
Sepanjang lima tahun perkahwinan tanpa anak, Norhanapfe kerap memberi semangat dan nasihat apabila Haiza tertekan gara-gara kesukarannya untuk mengandung.
"Diakui, awal dua tahun perkahwinan kami, saya tertekan kerana tidak mempunyai anak, walaupun saya dan suami tidak mempunyai sebarang masalah ketika mendapatkan pemeriksaan doktor.
"Dan ketika itu suamilah yang tidak putus-putus memberi semangat kepada saya dan alhamdulillah kami tidak pernah bergaduh kerana ketiadaan anak.
Haiza (dua dari kiri) dan Jaafar Onn (empat dari kiri) bersama Chef Hotel Dorsett Regency semasa pengenalan menu berbuka puasa di hotel itu pada Selasa lalu.
"Mungkin juga kerana keluarga kami juga tidak mendesak, ia sedikit sebanyak tidak membuatkan kami tertekan," ujarnya.
Haiza bernikah dengan Norhanapfe di Masjid Temenggung Daeng Abdul Rahman, Pontian, Johor pada 24 Ogos 2007.
Sementara itu, penyanyi dangdut itu akan muncul bersama Jaafar Onn bagi menghiburkan pengunjung yang datang untuk berbuka puasa di Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur pada bulan Ramadan nanti.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Haiza dan Jaafar akan mempersembahkan lagu-lagu Hari Raya bagi menghiburkan pengunjung yang hadir.
"Menarik lagi pada tahun ini, saya juga akan menjual kuih tradisional yang diberi nama 'Citarasa Haiza Cakar Ayam'.
"Saya menjual kuih tersebut yang dibuat oleh golongan ibu-ibu tunggal di Johor Bahru dan ia kemudiannya dijual dengan harga yang sangat berpatutan, hanya RM28 bagi sebekas yang besar," katanya.
Dalam pada itu, pengunjung yang ingin berbuka puasa di hotel tersebut pastinya berpuas hati dengan makanan yang disediakan kerana ia memenuhi selera pengunjung dengan masakan-masakan popular ala kampung.
Pihak hotel juga menyediakan pelbagai juadah seperti gado-gado, hati ayam goreng berempah, sambal, ulam, pisang dan cempedak goreng, serawa durian, daging masak Arab, sambil tumis udang petai, pucuk paku lemak cili padi dan sotong tumis jintan.
Turut tersedia hidangan pencuci mulut, sagu sejuk bersama kelapa, kuih nyonya, bubur cha-cha dan bubur pulut hitam. Kadar bayaran berbuka RM69++ seorang.

- ---

Limelight - Faizal Hussein Tiada Niat Menyindir

Posted: 27 Jun 2012 06:47 PM PDT

Faizal Hussein
KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein menjelaskan buku pertama tulisannya berjudul Limelight bukan bertujuan untuk menyindir atau mengaibkan mana-mana pihak di dalam industri perfileman tanah air.
Faizal berkata, buku itu sebaliknya memaparkan realiti sebenar dunia perfileman tempatan berdasarkan pengalamannya selama 40 tahun bergelar pelakon.
"Mungkin beberapa kandungan dalam buku ini akan menyinggung pihak tertentu tetapi semua itu adalah fakta dan cerita yang saya dengar dan lalui dalam industri perfileman sepanjang 40 tahun.
"Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada semua jika ada yang kurang senang atau terasa. Namun ia dihasilkan untuk tatapan dan panduan kepada warga seni khususnya yang baru mengenai selok-belok industri," ujarnya.
Limelight memaparkan corat-coret dunia perfileman daripada kaca mata aktor itu.Ia juga adalah perkongsian kisah peribadi Faizal yang dilahirkan daripada keluarga seni aktor dan pengarah veteran Allahyarham Hussein Abu Hassan dan aktres Allahyarham Mahyon Ismail.
Buku setebal 200 halaman itu diterbitkan Merpati Jingga dan bakal dipasarkan tidak lama lagi.
Bercerita lanjut, Faizal menyifatkan buku tersebut sebagai medan terbaik untuk dia memberikan panduan dan bimbingan kepada karyawan muda berhubung matlamat sebenar dalam dunia seni.
"Majoriti artis baru hanya melihat bidang ini untuk popular dan hidup mewah sedangkan anak seni mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat.
"Saya mahu berkongsi dengan anak seni dan pekerja-pekerja filem dan membetulkan matlamat sebenar dan tanggungjawab mereka berdasarkan pengalaman saya selama ini," luahnya.
Ditanya mengenai keberaniannya mendedahkan realiti sebenar industri filem dalam buku itu, Faizal berkata dia bersedia menerima pelbagai reaksi ekoran tindakan itu.
"Saya sedar apabila kita bercerita dengan ikhlas mengenai sesuatu kebenaran, pasti ada pihak yang tersinggung dengan pendedahan itu.
"Ada banyak kisah sebenar berkaitan pengalaman dan luahan arwah bapa saya mengenai industri, selain cerita peribadi saya dan keluarga. Tapi saya berasa ia perlu dikongsi kepada khalayak," akuinya.Dalam perkembangan lain, Faizal berkata dia bakal memulakan penggambaran filem terbaru arahan Bade Hj Azmi berjudul Hitam Putih tidak lama lagi.
Dua filemnya Pencinta dan Gila-Gila Remaja pula menantikan slot tayangan di pawagam.

- ---

Raja Azmi Sah Bercerai

Posted: 27 Jun 2012 06:45 PM PDT

Raja Azmi bersama Jalani (belakang) dan anak perempuan mereka, Puteri Suaida selepas prosiding perceriaan selesai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, pada Rabu. 
KUALA LUMPUR: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman menganggap perceraiannya dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Rabu adalah satu hukuman kerana cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Penerbit filem ...Dalam Botol itu turut reda dengan "hadiah" yang diberikan Allah sempena ulang tahun kelahirannya ke-53 yang jatuh pada hari sama talak dilafazkan.
"Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya.
"Semoga saya tidak dihukum di akhirat nanti," luahnya ketika ditemui di luar mahkamah di sini, Rabu
Jalani atau nama sebenarnya Mohamed Jalani Mohamad Sidek,49, melafazkan talak satu terhadap Raja Azmi di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan selama ini.
Raja Azmi melambaikan tangan kepada pihak media.
Raja Azmi berkata, dia atau bekas suami tidak menetapkan tarikh tertentu bagi permohonan perceraian berkenaan sebaliknya tarikh itu adalah secara kebetulan kerana ia ditentukan oleh pihak mahkamah.
Penulis novel itu turut berkata, perceraian yang berlaku dibuat atas persefahaman bersama bagi membolehkan hubungan dia dan bekas suami terus akrab dan baik seperti sebelum ini.
"Kami bercerai dengan persetujuan bersama dan anak-anak memahami serta menerimanya. Hubungan saya dan Jalani akan terus baik seperti biasa selepas ini.
"Malah, kami sekeluarga baru berkumpul pada malam semalam (Selasa) bagi meraikan hari jadi saya. Selepas pulang dari mahkamah, kami akan berbincang mengenai hal anak-anak dan beberapa urusan keluarga," katanya.
Hasil perkahwinan selama 28 tahun, kedua-dua pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.
Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun iaitu Muhammad Akid Mohd Shadan, anak kepada Puteri Suraya.
Raja Azmi sebelum pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini.
Bagaimanapun, mereka dibebaskan pada 19 Ogos tahun lalu oleh pihak mahkamah selepas setahun proses siasatan berlangsung.
Jailani juga pernah dihimpit kontroversi kononnya dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus janda.

- ---

Celebrity News

Celebrity News


Hollywood : Kylie Minogue Selar Imej Murah Madonna

Posted: 27 Jun 2012 09:43 AM PDT

Kyle
Aksi 18SX Madonna

Kerana sifat Madonna yang tidak memahami adat resam sesebuah negara, tanpa segan silu beliau melakukan aksi terlarang didepan ribuan malahan jutaan orang yang melihat gambar beliau di internet. Dan salah seorang artis Hollywood yang menemplak aksi 1sx Madonna adalah Kyle.Dan berikut adalah "Statement" beliau :
"Saya tertanya-tanya jika Madonna ada melihat gambar atau menonton rakaman video apabila dia membuat aksi tersebut.
"Rasanya sebagai wanita yang telah berusia tindakan itu tidak sewajarnya dilakukan olehnya," katanya.

Dalam pada itu, juga turut mempersoalkan pemilihan pakaian diva berusia 53 tahun itu yang dianggap berlebihan dan tidak sesuai dengan usianya.

Ujar Minogue, pakai pasukan sorak yang digayakan Madonna adalah tidak sesuai dan penyanyi itu kelihatan "murah" dan membosankan.
"Madonna adalah seorang ikon dan terkenal dan tiada apa lagi yang perlu dia buktikan dengan menggayakan pakaian pasukan sorak semasa konsert," katanya.

Minogue membuat ulasan itu semasa dijemput sebagai tetamu undangan program Fashion Police di saluran E! baru-baru ini yang mengkritik tentang pakaian selebriti popular.




Sumber: MStar
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Memey Kini Mengandung Enam Minggu | Gambar Memey Mengandung

Posted: 27 Jun 2012 09:29 AM PDT

Memey disahkan doktor sudah enam minggu mengandung dengan kandungan pertamanya. Berikut adalah pengakuan Memey ketika dihubungi MH online sebentar tadi. Memey disahkan doktor sudah enam minggu mengandung dengan kandungan pertamanya. Berikut adalah pengakuan Memey ketika dihubungi MH online sebentar tadi.
"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.
"Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak," katanya yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.

Menurut Memey lagi, Norman berasa sangat gembira dengan berita tersebut dan pada yang sama risau dengan jadual kerja Memey yang padat. Memey juga dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga kandungannya yang masih diperingkat awal.


ZoOM : Tahniah !!!
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Kunjungan Zed Zaidi Di Tolak Keluarga Datuk Aziz Sattar

Posted: 27 Jun 2012 09:20 AM PDT

ENTAH di mana silapnya, kunjungan Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis, di Hospital Ampang, tengah hari semalam, ditolak sekerasnya ahli keluarga seniman itu.

Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.

Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.

Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.

Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.

Memandang positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan spekulasi lain.

"Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.

"Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik," katanya.

Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya. -SinarHarian
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Jalani Ceraikan Raja Azmi Dengan Talak Satu

Posted: 27 Jun 2012 09:16 AM PDT

Setelah beberapa gossip panas yang mengaitkan pasangan ini akhirnya di kemuncak tidak persefahaman berakhir di Mahkamah syariah Gombak Timur. Diantara gossip panas yang melanda pasangan ini seperti kisah Raja Azmi dan Roslin yang merupakan bekas pemain badminton Negara dan gambar intim Jalani bersama seseorang wanita berstatus janda.

Namun itu semua akan tinggal kenangan buat pasangan ini yang telah berkahwin selama 28 tahun, dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 21, Puteri Suaida,23 dan Megat Deli,18.  

Penerbit filem ...Dalam Botol itu turut reda dengan "hadiah" yang diberikan Allah sempena ulang tahun kelahirannya ke-53 yang jatuh pada hari sama talak dilafazkan.
"Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya.



ZoOM: No Comment...28 Years...huh..


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Raja Azmi, Jalani cerai?

Posted: 26 Jun 2012 03:24 PM PDT

Hip

KONFLIK rumah tangga Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dengan bekas jaguh beregu badminton negara, Jalani Sidek, 49, dikatakan meruncing apabila penerbit filem itu dipercayai memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

HIP difahamkan, Raja Azmi dan Jalani dijangka hadir di mahkamah untuk sebutan pertama kes tuntutan perceraian itu, kira-kira jam 2.30 petang ini.

Bagaimanapun, hingga malam tadi, usaha HIP mendapatkan pengesahan dari pasangan terbabit mengenai perkara itu, menemui jalan buntu. Sebelum ini, tiada desas-desus menyatakan rumah tangga Raja Azmi dan Jalani yang dibina sejak 30 tahun lalu itu, berdepan krisis.

Namun, kedua-dua mereka pernah dikaitkan dengan isu peribadi termasuk hubungan dengan individu lain.

Hasil perkahwinan Raja Azmi dan Jalani, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Puteri Suraya, 27; Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18. Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun, Muhammad Akid Mohd Shadan.

Raja Azmi sebelum ini pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Serbuan dilakukan bekas isteri kedua Roslin, Norhayati Othman bersama dua adik, ibu serta Jalani pada jam 8.30 malam.
Bagaimanapun, dakwaan khalwat dikemukakan Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Ogos 2010, tetapi selepas setahun proses siasatan berlangsung, mereka dibebaskan pada Ogos 2011.

Ketika itu, Raja Azmimengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan situasi sebenar sekali gus membuktikan hubungannya dan Jalani masih kukuh. Jalani turut hadir memberikan sokongan kepada isterinya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sufi anja

penceraian satu pengalaman hidup yang memeritkan...bergegar tiang araj allah demi ank2 buat lah yang terbaik

maa

Hurm, hal rumahtangga "sekarang nie" susah nak ckp smpi bila nak kekal, apepon balik ke pangkal jalan, kerna kita ada teras didikan agama yg sempurna...apatah lagi bila bergelar "org berpengalaman", tunjukkanlah teladan yg baik pd anak n cucu...insyaAllah..."sy mengingatkan pd sy diri sendiri" agar hari tua sy kelak, tidak wujud walau sedikit sesalan di hati dlm mendidik dan memberi contoh hidup yg baik pd anak2...insyaAllah

alfaromeo

Betul comen puterihanensy,kaya mengunung pun tiada guna,sekiranya cerai dalam senja ini, apa yg nak dicari didunia ni lagi, sekiranya ada salah, maafkan lah

puterihanensy

komen cuma x perlu cerai coz mereka dh lama hidup bersama dan ada cucu lg, kaya macamana pun jgn sesekali lafazkn cerai.. harap suami isteri kembalikn cinta ketika bertemu suatu ketika dulu


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zed Zaidi Ucap Tahniah Kepada Aaron Aziz Kerana Dapat PR

Posted: 26 Jun 2012 11:11 PM PDT

Zed Zaidi Ucap Tahniah Kepada Aaron Aziz Kerana Dapat PR
Sejak Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz didalam ABPBH yang lalu banyak kontroversi yang dikaitkan dengan mereka berdua.. Jadi apabila Aaron Aziz disahkan telah mendapat status penduduk tetap di Malaysia, Ramai yang menyangka Zed Zaidi akan mempertikaikan isu tersebut.. Namun semua itu nyata meleset.. Zed Zaidi melalui Harian Metro semalam mengucapkan tahniah kepada Aaron Aziz..

"Tahniah Aaron kerana bergelar penduduk tetap (PR) negara ini. Saya doakan semoga kehidupannya bertambah baik dan dimurahkan rezeki selalu,"

"Tanpa sebarang niat, saya mengucapkan tahniah kepada Aaron kerana bergelar PR. Untuk pengetahuan, persahabatan kami tiada masalah biarpun kontroversi pernah menimpa kami, baru-baru ini,"

Tambah Zed Zaidi lagi, dia mengetahui mengenai Aaron bergelar PR empat hari yang lalu dan menganggap berita baik itu sebagai rezeki keluarga Aaron Aziz walaupun baru tujuh tahun mereka tinggal di negara ini.

Zed Zaidi Dihalang Melawat Datuk Aziz Satar Di Hospital

Posted: 26 Jun 2012 08:25 PM PDT

Zed Zaidi Dihalang Melawat Datuk Aziz Satar Di Hospital
Semalam Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman bersama beberapa wakil media dihalang daripada berjumpa dengan Datuk Aziz Satar yang bertujuan untuk melawat dan memberi sumbangan bagi membantu meringankan bebannya. Walaupun kedatangan wakil Seniman sudah diberitahu dan dipersetujui daripada ahli keluarga Aziz Satar namun mereka tetap dihalang dari melawatnya..

Walaupun dihalang, Zed Zaidi dan wakil Biro Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar sempat menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga Aziz Satar sebelum meninggalkan perkarangan hospital

"Saya tidak pasti mengapa keadaan jadi begini kerana kehadiran Seniman dengan niat yang baik iaitu untuk melawat dan bertanya mengenai keadaan Pak Aziz selain menyerahkan sumbangan bagi membantu meringankan bebannya.

"Tak mengapalah kerana apa yang lebih penting kami telah menjalankan tanggungjawab kami demi menjaga kebajikan pelakon-pelakon veteran di negara ini," (Mstar)

Zed Zaidi juga menolak dakwaan keengganan Datuk Aziz Satar bertemu dengan wakil Seniman kerana perbalahan di antaranya dengan ahli-ahli Seniman veteran yang tidak berpuas hati dengannya sebelum ini.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Dilema anak seni

Posted:

Dilema anak seni

BUAT pertama kalinya Kosmo! berpeluang mempertemukan tiga anak seni, biduanita negara tersohor, Datuk Sharifah Aini, aktres sensasi Rozita Che Wan dan aktor berwibawa, Pekin Ibrahim dalam sesi fotografi khas sempena Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Renaissance, Isnin lalu.

Lupakan dunia glamor seketika, apabila berbicara soal hak artis, ketiga-tiga mereka bertukar serius dan penuh panjang lebar dengan persoalan dan hujah masing-masing.

Datuk Sharifah Aini, 59, yang telah berkecimpung dalam bidang seni suara selama 44 tahun memberitahu, dia turut berhadapan dengan masalah terutamanya berkaitan dengan pengagihan royalti.

Menurut penyanyi yang lebih mesra disapa Kak Pah itu, bermula pada tahun 2000 sehingga ke hari ini, beliau mengakui langsung tidak pernah mendapat sebarang royalti daripada lagu-lagu nyanyiannya.

"Boleh dikatakan setiap tahun kebanyakan lagu-lagu saya telah diterbitkan semula dalam bentuk kompilasi, namun saya tidak pernah mendapat satu sen pun royalti untuk lagu-lagu saya itu daripada syarikat rakaman EMI Records.

"Begitu juga apabila EMI diambil alih oleh Warner Music pada tahun 2008, saya masih lagi belum mendapat sebarang bayaran. Jadi, itu yang membuat saya sangat terkilan," ujarnya.

Kata penyanyi yang turut berlakon dalam filem Hapuslah Air Matamu itu, penerbitan album kompilasi tidak menelan kos yang banyak dan syarikat rakaman mampu meraih keuntungan yang besar, sebaliknya hak penyanyi seperti dirinya terus diabaikan apabila tidak mendapat royalti yang sepatutnya.

Sementara itu, Kak Pah juga turut meluahkan rasa kecewanya terhadap Badan Pelindung Hakcipta Muzik Malaysia (MACP) mengenai pengagihan royalti yang diterimanya dan menganggap badan tersebut seperti tidak berlaku adil.

Ujarnya, setiap kali mendapat royalti yang diberikan oleh MACP setiap tahun, dia berasa hiba kerana jumlah bayaran yang diterima itu seakan-akan tidak berbaloi memandangkan banyak lagu-lagu nyanyiannya dimainkan stesen-stesen radio.

"Saya bukannya tidak bersyukur dengan apa yang diterima, tetapi sebagai seorang penyanyi, saya juga mempunyai hak untuk mempertahankan apa yang sepatutnya saya peroleh.

"Kekecewaan ini tidak pernah saya luahkan dengan sesiapa pun, tetapi sempena dengan Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 ini memberi peluang untuk saya meluahkan apa yang terpendam," ujarnya yang berharap agar para penyanyi di negara ini mendapat hak mereka yang sewajarnya.

Luahan Rozita

ROZITA mengakui perlu berada antara 15 hingga 19 jam sehari di lokasi penggambaran drama.


Aktres jelita, Rozita yang telah berlakon puluhan drama dan beberapa buah filem menjelaskan, meskipun kariernya dilimpahi glamor tetapi bekerja sebagai pelakon bukanlah mudah.

Isu yang dipertikaikan Rozita adalah waktu kerja yang terlalu panjang di lokasi penggambaran bukan sahaja untuk pelakon tetapi termasuk juga kru belakang tabir.

Kata aktres yang berusia 38 tahun itu, biasanya pelakon akan bekerja lebih daripada 12 jam sehari, malah mereka tidak menikmati cuti umum kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.

"Kebiasaannya, saya bekerja sehingga 15 hingga 19 jam sehari di lokasi penggambaran dan hanya diberi rehat lima jam sahaja. Apabila pelakon penat, mereka tidak boleh memberi mutu lakonan sebaik mungkin.

"Sebab itu kalau boleh tetapkan waktu kerja paling maksimum untuk pelakon dan kru belakang tabir. Contohnya sehari paling lama waktu kerja adalah 12 jam, maka selebihnya kerja lebih waktu atau apa sahaja opsyen yang boleh diberikan kepada kami," ujarnya.

Bagaimanapun kata ibu kepada dua orang anak itu lagi, dia juga memahami dilema yang dihadapi penerbit drama kerana kos penerbitan sesebuah drama meningkat setiap tahun tetapi bayaran yang diberikan oleh pihak stesen televisyen kekal sama, jika ada penambahan sekalipun jumlahnya sangat rendah.

"Penerbit pun menghadapi masalah, jika ditetapkan waktu kerja sehari lapan jam sahaja sebagai contoh, mereka terpaksa menambah hari penggambaran secara tidak langsung meningkat kos, penerbit akan rugi. Jadi, saya tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi," balasnya.

Selain soal waktu kerja, pelakon drama Kiah Pekasam itu juga mempersoalkan kebajikan dan keselamatan pelakon di set penggambaran.

"Setiap penerbit sepatutnya mengambil insurans setiap kali penggambaran, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kurang sikit beban pelakon dan kru.

"Ini tidak, kalau sakit walaupun saya beri surat cuti sakit, tidak laku, dikoyakkan sahaja depan mata saya. Kaki bengkak tidak boleh berjalan dikerah juga bekerja kerana sudah tandatangan kontrak.

"Surat yang laku hanyalah surat kematian pelakon itu sendiri agaknya, barulah kami dibenar tidak bekerja," sindirnya.

Tegasnya lagi, jika pihak penerbit memberikan kontrak sebelum penggambaran bermula, pihak pelakon juga harus mempunyai kontrak yang diberi kepada penerbit supaya melindungi hak mereka.

KAK PAH sudah lama memendam untuk meluahkan kekecewaan yang terkandung di lubuk hatinya.


"Buat masa ini, hanya penerbit yang memberikan kontrak jadi pelakon terpaksa mengikut apa sahaja kata mereka, pelakon tidak boleh bersuara. Lebih baik selepas ini, terdapat kontrak juga di pihak pelakon yang harus dipersetujui oleh penerbit," tuturnya lagi.

Didik penonton - Pekin

Aktor, penyanyi, komposer dan penulis buku, Pekin, 31, cukup terbuka melontarkan idea dan luahan hatinya memberitahu industri seni tempatan telah ketinggalan 10 tahun kebelakang berbanding negara lain.

Jika sesuatu tidak dilakukan tidak mustahil, industri seni akan terus tenggelam meskipun hakikatnya, pelakon sepertinya masih mampu hidup dengan senang.

"Apa sahaja dasar serta agenda yang dilakukan hari ini, kesannya tidak dapat diperoleh dalam sekelip mata. Masalah yang sama dibincang berulang-ulang, tiada tindakan tidak guna.

"Mungkin apa yang dibincangkan pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 kesannya boleh dilihat 10 tahun akan datang, itupun jika tindakan yang dilakukan berterusan bukan tergendala separuh jalan," ujapnya yang bakal muncul dengan filem Rock 2, Kita dan Apokalips.

Isu yang menarik perhatian Pekin bukan hanya isu royalti dan kebajikan pelakon serta penyanyi, tetapi juga bagaimana untuk mendidik penonton filem negara menjadi penonton yang bijak.

"Jika di luar negara, seperti Hollywood misalnya kebanyakan penonton, filem mereka tahu bagaimana proses pembikinan sesebuah filem.

"Apabila mereka tahu sukar membikin sesebuah filem, mereka akan lebih menghargai filem tersebut. Membikin sesebuah filem walaupun filem itu teruk dikutuk, ia masih bukan satu kerja yang mudah.

PEKIN, Kak Pah dan Rozita berkongsi lara anak seni.


"Filem yang dikatakan teruk sekalipun, ia masih melalui proses pembikinan yang sama dengan filem yang hebat. Cuma kualiti pembikinan serta hala tuju pengarah yang membezakannya dengan sebuah filem yang baik," hujahnya yang memiliki perniagaan studio jamming di Bangi, Selangor.

Ulas pelakon filem Bunohan dan Hantu Kak Limah Balik Rumah itu lagi, penonton tegar filem tempatan hanyalah kira-kira 300,000 orang sahaja. Jumlah itu tidak bertambah meskipun kutipan sesebuah filem berjumlah sehingga RM12 juta.

"Dapat kutip banyak mana sekalipun, jumlah penonton filem tempatan masih sama, kerana penonton yang sama akan tonton secara ulangan jika mereka suka sesebuah filem itu.

"Persoalannya, bagaimana untuk kita menarik dua juta orang pergi menonton filem di panggung wayang, memang misi sukar tetapi tidak mustahil boleh terjadi," katanya yang mengidam untuk bergelar seorang pengarah suatu hari nanti.

Banyak mengembara ke luar negara kerana mengikut promosi dan tayangan filem Bunohan telah menyuntik semangat luar biasa dalam diri Pekin untuk melihat karya tempatan lebih dihargai dan penggiat seni mempunyai masa depan yang cerah.

Bubu masih bersama Syahrini

Posted:

Bubu masih bersama Syahrini

Oleh HARYATI KARIM


BUBU bersama bapanya, Raja Mohamad Rashid turut hadir pada majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 kelmarin.


SEBELUM ini kecoh dunia seni Indonesia apabila penyanyi popular negara seberang, Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani dikatakan bercinta dengan cucu sultan Selangor dari Malaysia.

Bertambah hangat apabila kekasih Syahrini selama dua tahun itu, Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid mengaku yang dia bukanlah cucu Sultan Selangor tetapi hanya kerabat sahaja dan menyalahkan pihak media Indonesia yang salah menulis fakta serta suka memperbesarkan isu yang tidak benar.

Terbaharu, gambar Bubu bermesra dengan wanita lain serta gambar Syahrini mencium pipi seorang lelaki lain telah tersebar di internet.

Bubu yang hadir ke Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! pada Isnin lalu di Hotel Renaissance menemani bapanya, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin atau lebih dikenali sebagai Wan daripada kumpulan terkenal 70-an, kumpulan Carefree menjawab isu terbaharu itu.

Bapa Bubu pula memberitahu dia dan keluarganya merestui hubungan anaknya dengan Syahrini tetapi kurang senang dengan tumpuan melampau yang diberikan media Indonesia kepada hubungan cinta anaknya dan Syahrini.

Kosmo!: Pihak media Indonesia mendakwa kamu menipu sebagai cucu Sultan Selangor, komen?

BUBU: Saya ingin tegaskan di sini, saya tidak pernah mengaku yang saya cucu Sultan Selangor, saya hanyalah kerabat sahaja. Cerita yang mengatakan Sultan murka juga tidak benar kerana sehingga hari ini saya tidak pernah dipanggil ke istana. Pihak media Indonesia yang mungkin salah faham dan suka membesarkan isu.

Gambar mesra kamu bermesra dengan wanita lain serta gambar Syahrini mencium lelaki lain jejaskan hubungan kalian atau tidak?

Soal gambar, kami hanya orang biasa dan boleh bergambar dengan apa cara sekalipun. Kami masih bercinta dan hubungan kami masih baik seperti biasa. Sebenarnya, saya baru pulang dari Jakarta, Indonesia kerana urusan perniagaan dan bertemu Syahrini.

Tertekan apabila bercinta dengan penyanyi terkenal?

Ketika mula kenal saya tidak tahu dia penyanyi tetapi selepas tahu, saya tidak kisah kerana sudah suka. Tiada tekanan disebabkan dia seorang penyanyi tetapi saya tertekan dengan tumpuan yang diberikan media Indonesia terhadap saya yang bukannya seorang selebriti.

Syahrini sudah bertemu keluarga di Malaysia?

Sudah, malah banyak kali dia ke Malaysia jumpa keluarga saya. Alhamdulillah, hubungan kami direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

Perancangan perkahwinan dengan Syahrini?

Setiap pasangan sudah pasti ingin mengakhiri hubungan dengan sebuah perkahwinan sama juga seperti saya tetapi bukan dalam masa terdekat. Jika memang dia jodoh saya, kami akan berkahwin.

Jenayah Asia ke layar kaca

Posted:

Jenayah Asia ke layar kaca

Isu lanun yang tidak pernah berpenghujung turut menjadi kupasan program lapan episod ini.


PEMBUNUH UPAHAN, pemerdagangan kanak-kanak, pelacuran, pengedaran dadah, lanun, perjudian dan ceti haram antara jenayah yang sering membelenggu penduduk sekitar negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Membongkar kisah-kisah benar di sebalik sisi hitam negara membangun seperti Malaysia, Thailand, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Singapura, Crime Investigation Asia mempersembahkan Asia's Underworld yang telah mula bersiaran sejak 4 Jun lalu pukul 10.30 malam di saluran 732 Astro.

Berpeluang untuk berbicara secara eksklusif dengan salah seorang pengarah rancangan itu merangkap penerbit eksekutif Asia's Underworld, Oman Dhas, pihaknya berdepan pelbagai cabaran untuk memperoleh bahan berita sebelum dipaparkan.

"Kami berhadapan dengan kesukaran untuk memperoleh sumber yang boleh membuka mulut untuk berbicara mengenai topik-topik tertentu antaranya pelacuran, pemerdagangan manusia dan dadah.

"Kadangkala profil suspek terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan mereka dan keluarga, malah sumber yang diperoleh juga terdiri daripada rakan wartawan dan polis yang pernah membuat liputan berhubung isu-isu tersebut," katanya yang berada di hujung talian di Singapura.

Jelas Oman, rancangan itu menghidangkan sebuah santapan luar biasa yang belum pernah diketahui sebelum ini. Malah, rahsia dunia jenayah di Asia dipertontonkan secara menyeluruh kepada umum.

"Sudah pasti usaha ke arah menghasilkan rancangan yang bersifat sangat sensitif ini perlu pasrah jika ada individu yang mengubah fikiran pada saat-saat akhir," tambahnya.

Antara momen yang sukar, kata Oman sewaktu produksi berada di Filipina untuk membuat liputan mengenai pengedaran dadah dan dalam masa yang sama mereka perlu memasuki penjara demi mendapatkan maklumat.

"Selain itu, isu kegiatan bapa ayam di Mongolia turut berdepan kesukaran akibat jumlah kroni mereka yang ramai," ceritanya lagi.

Janji Oman, rancangan itu berbaloi untuk disaksikan sekali gus merasai sendiri bahaya serta ancaman jenayah yang berlaku sekitar negara Asia.

Asia's Underworld akan bersiaran sebanyak lapan episod dan memaparkan pelbagai jenayah. Maklumat lanjut di www.citvasia.com/asiasunderworld. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Masih seperti remaja lain

Posted: 26 Jun 2012 06:06 AM PDT

RASANYA baru semalam kemunculan si gadis manis ini dalam gelanggang seni lakon, namun tatkala berbual dengannya, tidak sangka usia pembabitannya sudah pun menjengah tahun keenam.

Begitu pantas masa berlalu dan secepat itu juga populariti menghimpitnya hingga melonjakkan nama bintang muda, Nurul Elfira Loy sebagai pelakon muda berbakat besar.

Mula dengan pentas teater Ali Baba Dan 40 Penyamun di Istana Budaya ketika usianya 12 tahun dan kemudian menyertai pentas komersial dengan menghidupkan watak Qalesya dalam drama siri sempena Ramadan tayangan Astro Prima, kini Elfira yang sinonim dengan senyuman manisnya sudah pun berdiri dengan jenamanya sendiri hingga terbaru diiktiraf Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2011 (ASK) menerusi drama Kum Kum.

Jelasnya, apa yang penting adalah ikhlas dan sentiasa berusaha keras.


"Saya sendiri terkejut apabila melihat semula perjalanan kerjaya saya. Mana tidaknya, rasa macam baru semalam saya berada di lokasi drama Qalesya dan mengenali tanggungjawab sebagai seorang pelakon. Namun rupa-rupanya sudah enam tahun berada di industri ini dan terus diberi kepercayaan oleh pihak produksi serta peminat khususnya.


"Syukur dan rasa bertuah saja yang sesuai untuk menggambarkan segala-galanya kerana saya diberi peluang pada usia muda. Bayangkan, saya menghabiskan keseluruhan waktu persekolahan menengah dengan komitmen sebagai pelakon. Saya berada di tingkatan satu ketika berlakon Qalesya dan kini saya sudah pun tamat persekolahan.

"Namun banyak kelebihan yang saya nampak apabila bermula dari awal. Walaupun luarannya ramai yang beranggapan saya akan ketinggalan dalam pelajaran dan terlepas keseronokan zaman sekolah bersama teman, namun saya melihat dari perspektif yang berbeza. Saya berpeluang menimba ilmu produksi dan pengalaman berlakon pada usia lebih awal dan kini semuanya saya pegang kuat untuk pengajaran masa akan datang.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana sentiasa diberi kerjasama dari pihak produksi dan banyak pihak yang membantu sejak awal terbabit dalam lapangan ini. Mulanya memang gementar namun hingga kini saya seronok kerana begitu ramai pelakon senior yang jauh lebih berpengalaman datang memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Alhamdulillah akhirnya bertahan juga saya hingga ke hari ini," katanya membuka bicara.

Elfira yang kini menyambung pengajian di peringkat diploma dalam jurusan Seni Hiburan di Kolej Damansara Utama (KDU) turut menyatakan hasratnya yang ingin terus meneroka dunia penerbitan filem dan drama.

Enggan hanya berstatus selebriti di depan kamera, pelakon muda yang sebelum ini pernah muncul bersama Amy Mastura menerusi filem Damping Malam mengharapkan satu hari nanti dirinya akan berpeluang meninjau lebih jauh dalam dunia di belakang tabir.

Terlintas pula persoalan, adakah bintang drama Senja Permai, Tentang Bulan The Series, Ekspres Dania dan Syurgamu Ramadhan ini terlepas dari menikmati kegemilangan remaja seperti teman-teman yang lain kerana terlalu meletak fokus pada kerjayanya.

"Saya masih seperti remaja lain yang keluar bertemu kawan-kawan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti membeli-belah, menonton wayang dan berkaraoke, cuma waktu saja yang membataskan pergerakan saya. Selalunya pun jika saya keluar membeli-belah, saya akan pergi bersama ibu kerana dia yang selalunya membantu saya memilih pakaian.

"Jika melihat pemakaian dan fesyen juga, saya bukanlah terlalu bergaya namun apa yang saya pakai adalah sesuatu yang digemari golongan remaja seperti saya.
Setidak-tidaknya saya masih memperlihatkan sisi remaja dalam diri walaupun setiap hari kelompok kawan dan rakan sekerja di lokasi penggambaran semuanya jauh lebih dewasa.

"Namun tidak pula saya terkilan atau kecewa dengan keadaan seperti ini kerana walaupun saya tidak sebebas remaja lain namun saya fikir positif yang semua yang saya lakukan hari ini adalah percaturan masa depan saya juga," katanya.

Anak kedua daripada empat beradik ini kini sibuk berada di lokasi drama Dalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang. Meskipun sibuk di lokasi menghidupkan watak Bella di samping pelakon lain termasuk Amy Mastura, Didie Alias dan Sharifah Shahora, gadis berusia 18 tahun ini masih sempat meluangkan masa untuk bercerita perkembangan terbarunya.

"Saya sudah pun selesai membuat alih suara untuk watak Odelle dalam filem Smurf yang akan ditayangkan di HBO dan kini sibuk menjadi juri pula bagi program My School Rock Event tayangan Disney Channel. Alhamdulillah pihak Astro memberi kepercayaan kepada saya pula untuk mengendalikan program Reka Aktiviti yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

"Selain itu saya juga baru selesai penggambaran drama epik lapan episod dan beberapa drama siri lagi yang masih dalam pertimbangan. Filem juga saya sedang meneliti dua skrip yang akan mula penggambaran tidak lama lagi. Satunya KL Meroyan dan satu lagi belum diberikan judul lagi. Semuanya masih dalam perbincangan.

"Insya-Allah tahun depan akan menjadi tahun yang lebih sibuk untuk saya kerana ada filem dan drama serta projek lain yang menanti," katanya yang sudah hampir dua tahun menjadi artis eksklusif Astro.

Anugerah Stail EH! satu penghargaan

BERCERITA soal pengiktirafan dan anugerah yang diterimanya, anak jati Kuala Lumpur ini hanya mampu tersenyum dan bersyukur terutamanya diberikan trofi di ASK yang lalu.

Terbaru, Elfira sekali lagi tercalon dalam kategori Selebriti Harapan Pilihan di Anugerah Stail EH! 2012 bersama empat lagi calon lain termasuk Johan As'ari, Najwa Mahiaddin dan Neelofa.

Menurutnya yang gembira kerana ada pihak nampak akan kehadirannya, menyifatkan Anugerah Stail EH! ini adalah satu lagi pentas terbaik untuknya memperkenalkan nama dan bakat.

"Saya tidak fikir soal menang atau kalah kerana jujurnya tersenarai dalam kategori ini sudah cukup bermakna buat diri saya sebagai pelakon yang masih dianggap baru dalam dunia lakonan. Ini satu penghargaan dan sesuatu yang amat saya idamkan kerana setidak-tidaknya ada pihak yang perasan akan kemunculan saya.

"Melihat pada kesemua calon lain, saya merasakan ia sesuatu yang cukup menyeronokkan kerana semuanya adalah bintang muda yang sebaris usia pembabitan bersama saya. Kiranya kami semua adalah pelapis namun bonusnya di sini apabila pihak penganjur tidak terlepas pandang untuk menamakan saya dalam kategori ini.

"Saya tidak sabar untuk menanti tarikh Anugerah Stail EH! itu dan pastinya saya akan berpeluang untuk bertemu peminat yang selama ini sentiasa percaya dengan saya dan tidak henti memberikan semangat," katanya lagi.

Anugerah Stail EH! akan diadakan pada 4 Julai depan bertempat di Grand Dorsett, Subang Jaya dengan mempertaruhkan 16 kategori utamanya.

Majlis anugerah yang ditaja oleh barangan kecantikan SaSa ini akan turut memperlihatkan kehadiran bintang-bintang ternama negara bagi merebut trofi utamanya.


Rahsia kekal momentum

Posted: 26 Jun 2012 04:44 AM PDT

SUDAH boleh dianggap diva, Ramlah Ram sememangnya meninggalkan impak yang besar dalam industri hiburan. Bertitik-tolak daripada menjuarai Bintang RTM, penyanyi kelahiran Muar, Johor, berusia 47 tahun ini mengorak langkahnya dalam bidang seni sehingga mengukir pelbagai kejayaan.

Bukan mudah untuk kekal dalam industri lebih-lebih lagi pada usia sebegini, namun berkat usaha keras, lihatlah betapa kukuhnya nama penyanyi ini di persada seni tanah air. Cukup diingati dengan kelantangan vokal yang hebat, lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu masih lagi menjadi siulan dan dinyanyikan dalam pertandingan nyanyian pada masa kini.

Dengan kemunculan artis baru, dia sebaliknya memanfaatkan senario itu dan tidak ragu-ragu berduet dengan kumpulan rap kelahiran Singapura, SleeQ menerusi lagu Sesaat Kau Datang.

Bagaimanapun, semua itu bukan berlaku dengan sekelip mata kerana berada di gelanggang seni hampir tiga dekad, tentunya bukan mudah untuk penyanyi ini mengekalkan momentum serta mempertahankan namanya.


Dilahirkan menerusi program nyanyian juga, pastinya pemenang anugerah Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988 ini ada sesuatu untuk dikongsikan mengenai susah perit serta tips bagaimana hendak berjaya sepertinya.


Bersama wartawan RAP, GEORGIE JOSEPH (georgie@hmetro.com.my), Ramlah meluahkan pendapatnya.

R (Rap): Masih popular sehingga sekarang, apa perasaan Ramlah?

RR (Ramlah Ram): Apa lagi yang boleh saya katakan, saya sangat-sangat bersyukur. Bukan kerana hanya dikenali dengan nama semata-mata namun kehadiran saya masih diterima peminat, begitu juga lagu yang saya nyanyikan, masih disukai pelbagai lapisan.

Jika diamati, ramai rakan seperjuangan saya yang memilih untuk tidak meneruskan kerjaya nyanyian mereka dan saya sebenarnya sedih. Bukan apa, dengan kemunculan artis baru pada masa ini, bukan senang untuk bertahan dalam industri ini.

Bagaimanapun, atas sokongan peminat yang tidak pernah berhenti, sukar untuk saya berundur daripada lapangan ini kerana saya pun masih belum puas dalam industri. Ditambah pula dengan sokongan mereka yang tidak pernah putus, ia menguatkan lagi semangat saya.

R: Sudi berkongsi rahsia bagaimana boleh bertahan sehingga sekarang?

RR: Bagi saya, resipi paling terbaik untuk kekal sehingga ke tahap sekarang adalah semangat ingin belajar itu sendiri. Saya tidak pernah sesekali menganggap berada lama dalam bidang ini bermaksud saya sudah cukup bagus.

Dalam industri ini, kita jangan pernah duduk selesa dan bersenang-lenang kerana setiap hari ada saja perkara baru yang tidak terduga akan berlaku kepada kita. Jadi, untuk bersedia menempuh semua itu, saya sentiasa peka dan mengikuti perkembangan semasa.

Biarpun sudah puluhan tahun berkecimpung dalam bidang seni, saya tidak pernah menolak untuk mendengar idea baru kerana itulah sebenarnya perkara yang penting buat saya mencuba sesuatu kelainan. Dalam masa sama juga, jangan pernah lupa diri, bersikap sombong dan kenalah bersabar dengan apa jua cabaran kerana itulah lumrah dunia seni.

R: Bintang RTM menjadi titik-tolak karier Ramlah, sejauh mana ia menyumbang kepada kerjaya seni?

RR: Tidak dinafikan, Bintang RTM membuka pintu yang luas kepada saya untuk menembusi industri hiburan. Sebelum menyertainya, saya cuma seorang penyanyi kampung dan sekadar menyanyi di keramaian untuk mengasah bakat.

Bagaimanapun, sebaik memenangi pertandingan itu, nama saya mula dikenali ramai dan pelbagai dalam bidang seni mula terbuka luas. Sehinggalah dapat menerbitkan album dan memenangi pelbagai anugerah, saya tidak akan sesekali melupakan di mana asal-usul dan bangga dilahirkan daripada pertandingan itu.

R: Dengan pelbagai program realiti yang muncul pada masa kini, adakah Bintang RTM masih relevan sekarang?

RR: Mengapa tidak? Bintang RTM antara pertandingan yang paling lama dan banyak melahirkan artis berkualiti. Malahan, artis terbabit masih kekal sehingga sekarang dan terus disanjung.

Jenama Bintang RTM itu saja sudah dikenali sebagai pertandingan mencari penyanyi-penyanyi berkualiti dan secara formatnya, ia lain berbanding rancangan lain. Cuma, saya ingin menyentuh mengenai publisiti yang agak kurang berbanding rancangan lain kerana apa-apapun, untuk menarik pengikut, promosi amatlah penting dan benar-benar membantu.

R: Apakah kelebihan Bintang RTM berbanding program lain?

RR: Semestinya daripada segi penjurian itu sendiri serta pemilihan sejak uji bakat lagi, saya rasa Bintang RTM ada kelebihan di situ. Barisan juri yang memilih juga bukan alang-alang, datang daripada pelbagai latar belakang yang cukup kuat dan profesional.

Piawaian yang ditetapkan untuk pemilihan juga berada pada kelas tersendiri dan buktinya, setiap kali pemenang dipilih, mereka sangat berkualiti. Tidak berpaksikan penjurian secara sistem pesanan ringkas (SMS) semata-mata, sekurang-kurangnya peserta yang benar-benar layak ada kelebihan di situ.

Masalahnya dengan penjurian SMS, kebarangkalian untuk memilih seseorang yang benar-benar layak adalah sukar. Bukan apa, tengok saja pengundi di luar, kita kena faham tidak ramai yang benar-benar arif mengenai bidang muzik ini. Jadi, selalunya mereka hanya akan mengundi atas dasar suka atau tidak. Jadi, untuk melihat peserta yang benar-benar berkualiti sejak daripada awal pemilihan, Bintang RTM adalah platform terbaik.

R: Sedikit pesanan kepada enam peserta akhir Bintang RTM 2012 yang bakal bertanding nanti?

RR: Renungkan kembali apa tujuan untuk menyertai pertandingan terbabit. Kalau hanya kerana ingin menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mengejar glamor, fikirkan kembali. Sayang sangat jika bakat itu hanya digunakan hanya untuk sementara saja kerana bukan populariti yang akan menentukan kejayaan dalam industri ini kelak.

Saya sangat berharap akan ada yang mampu untuk mencipta sesuatu kerana bila lagi hendak mencari pelapis kepada artis-artis lama seperti Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza dan Allahyarham Sudirman?

Nasihat saya, mereka perlu buat keputusan betul-betul mengenai apa yang mereka kejar kerana untuk menghadapi bidang ini, terlalu banyak perkara di luar jangkaan.