Adsense

Isnin, 11 Jun 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Anzalna Tuduh Neelofa Busuk Hati?

Posted: 11 Jun 2012 09:01 AM PDT


Kecoh habis apabila Anzalna Dedah Kisah Neelofa Yang Busuk Hati dan kini menjadi isu panas di laman sosial dan surat khabar.

Minggu lepas, Tasha Shilla telah meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan sikap Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH hari itu. Hari ini menerusi BiPop, Anzalna pula menceritakan kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu.

Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita yang kurang baik daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Anzalna menyatakan pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.

Ini adalah kata-kata Anzalna


    Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.
   
Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun "Kami Benci Anzalna". Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.

  
Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.


Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.


Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.


Setelah pengakuan ini telah dibuat dilaman sosial, pastinya topik ekslusif ini akan mendapat perhatian dan perbualan hangat akan datang. Neelofa seharusnya menampilkan diri untuk memberikan penjelasan dan pengakuan sebenar untuk mengelakkan dari peminat peminat berpandangan negatif terhadapnya. Peminat Neelofa diminta agar bertenang dan menunggu respon dari Neelofa. Semoga kedua-dua pihak dapat memberikan penyelesaian dan penerangan yang terbaik.

Caroline Juara Mentor Musim ke 6

Posted: 11 Jun 2012 12:49 AM PDT



Persaingan Mentor 6 malam tadi telah menjanjikan saingan sengit diantara ketiga tiga protege dan Caroline telah dinobatkan sebagai Juara bagi musim ke 6 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM 100, 000 berserta sebuah trofi yang berlangsung di Stadium Malawati.


Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 telah berjaya memikat juri juri profesional dan undian SMS walaupun Undian Juri Awam telah memberikannya 15 markah sekali gus meletakkan dia markah terbawah.

Dengan berbekal kan 71 markah dari jumlah keseluruhan, akhirnya protege kepada Ella iaitu Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6)


Sementara itu, Zatul berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30 000 dan sebuah trofi setelah menduduki tempat kedua dengan 60 markah. Manakala Anas protege kepada Faizal Tahir yang menduduk tempat ketiga hanya membawa pulang wang tunai bernilai RM10 000 beserta trofi.

Prestasi Caroline boleh dikatakan all-out dengan mudah mengenepikan persembahan Anas yang kelihatan biasa sahaja dan membosankan. Apatah lagi Caroline berjaya memukau penonton dengan persembahan 'I Don't Want To Miss A Thing – Aerosmith', sebuah lagu yang mempunyai vocal range yang pelbagai dengan amat baik.

Pada Tugasan terakhir iaitu pusingan ke 3, setiap peserta akan menyanyi sebuah lagi baru khususnya untuk protege. Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.


Kemenangan protege Ella ini hanyalah titik tolak kepada kareer Caroline dalam industri hiburan. Tahniah sekali lagi dan sekiranya ingin berjaya, Usaha dengan lebih keras dari masa ke semasa untuk memancing peminat peminat di luar sana.

Zack New Boyz ke Hukuman Tali Gantung?

Posted: 11 Jun 2012 12:16 AM PDT


Pemain Bass New Boyz Zack kini berhadapan dengan masalah yang besar untuk diselesaikan setelah laporan akhbar mengesahkan yang Zack telah di dakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara dua tahun lalu dan bakal berdepan hukuman mati.

Zack atau nama sebenar beliau Radin Irwan Dzul Karnain Isagani berusia 32 tahun di dakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Januari 2010 yang lalu sekitar jam 9.20 malam dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Anzalna Tuduh Neelofa Busuk Hati?

Posted: 11 Jun 2012 09:01 AM PDT


Kecoh habis apabila Anzalna Dedah Kisah Neelofa Yang Busuk Hati dan kini menjadi isu panas di laman sosial dan surat khabar.

Minggu lepas, Tasha Shilla telah meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan sikap Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH hari itu. Hari ini menerusi BiPop, Anzalna pula menceritakan kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu.

Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita yang kurang baik daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Anzalna menyatakan pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.

Ini adalah kata-kata Anzalna


    Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.
   
Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun "Kami Benci Anzalna". Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.

  
Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.


Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.


Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.


Setelah pengakuan ini telah dibuat dilaman sosial, pastinya topik ekslusif ini akan mendapat perhatian dan perbualan hangat akan datang. Neelofa seharusnya menampilkan diri untuk memberikan penjelasan dan pengakuan sebenar untuk mengelakkan dari peminat peminat berpandangan negatif terhadapnya. Peminat Neelofa diminta agar bertenang dan menunggu respon dari Neelofa. Semoga kedua-dua pihak dapat memberikan penyelesaian dan penerangan yang terbaik.

Caroline Juara Mentor Musim ke 6

Posted: 11 Jun 2012 12:49 AM PDT



Persaingan Mentor 6 malam tadi telah menjanjikan saingan sengit diantara ketiga tiga protege dan Caroline telah dinobatkan sebagai Juara bagi musim ke 6 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM 100, 000 berserta sebuah trofi yang berlangsung di Stadium Malawati.


Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 telah berjaya memikat juri juri profesional dan undian SMS walaupun Undian Juri Awam telah memberikannya 15 markah sekali gus meletakkan dia markah terbawah.

Dengan berbekal kan 71 markah dari jumlah keseluruhan, akhirnya protege kepada Ella iaitu Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6)


Sementara itu, Zatul berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30 000 dan sebuah trofi setelah menduduki tempat kedua dengan 60 markah. Manakala Anas protege kepada Faizal Tahir yang menduduk tempat ketiga hanya membawa pulang wang tunai bernilai RM10 000 beserta trofi.

Prestasi Caroline boleh dikatakan all-out dengan mudah mengenepikan persembahan Anas yang kelihatan biasa sahaja dan membosankan. Apatah lagi Caroline berjaya memukau penonton dengan persembahan 'I Don't Want To Miss A Thing – Aerosmith', sebuah lagu yang mempunyai vocal range yang pelbagai dengan amat baik.

Pada Tugasan terakhir iaitu pusingan ke 3, setiap peserta akan menyanyi sebuah lagi baru khususnya untuk protege. Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.


Kemenangan protege Ella ini hanyalah titik tolak kepada kareer Caroline dalam industri hiburan. Tahniah sekali lagi dan sekiranya ingin berjaya, Usaha dengan lebih keras dari masa ke semasa untuk memancing peminat peminat di luar sana.

Zack New Boyz ke Hukuman Tali Gantung?

Posted: 11 Jun 2012 12:16 AM PDT


Pemain Bass New Boyz Zack kini berhadapan dengan masalah yang besar untuk diselesaikan setelah laporan akhbar mengesahkan yang Zack telah di dakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara dua tahun lalu dan bakal berdepan hukuman mati.

Zack atau nama sebenar beliau Radin Irwan Dzul Karnain Isagani berusia 32 tahun di dakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Januari 2010 yang lalu sekitar jam 9.20 malam dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kecewa difitnah

Posted: 10 Jun 2012 02:52 PM PDT

Hip

TERSENTAK Nabila Huda apabila dirinya dikatakan cuba mengongkong Johan As'ari sehinggakan soal peribadi pelakon berusia 26 tahun itu turut ingin dicampurinya.

Bagai sudah dapat menghidu pertanyaan yang diajukan kepadanya, Nabila pantas menepis dakwaan itu sambil menyifatkan tuduhan itu keterlaluan dan satu gosip bodoh.

Dalam nada percakapan sedikit keras, Nabila mendakwa perhubungannya dengan Johan sekadar kawan rapat dan dia sudah menganggap bakat baru itu sebagai keluarga sendiri. Dia juga bersahabat dengan Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu bukan dengan niat mengambil kesempatan, sebaliknya sekadar membantu jejaka terbabit dalam bidang seni.

Namun, niat baik Nabila yang mesra disapa Abil itu sering kali disalah erti, sehingga fitnah sedemikian pun timbul. Cerita tidak enak seperti itu pula muncul kerana ada pihak yang dirasakan iri hati dengan hubungan erat yang terjalin.

Tidak melatah dengan gosip itu, Abil menafikan sekeraskerasnya dakwaan terbabit. Dia juga kecewa dan kesal dengan sikap orang luar, yang tidak mengenali dirinya, tetapi dengan mudah menghukumnya sebagai perosak pelakon Juvana itu.

Niatnya sekadar membantu Johan dalam bidang seni kerana tidak mahu melihat sikap 'lurus bendul' dan kejujuran Johan itu disalah guna pihak tertentu, yang berniat untuk menipu.
"Saya tidak bercinta dengan dia, jadi buat apa saya nak mengongkong dia? Saya bukan jenis queen control, lagipun banyak lagi kerja lain yang lebih penting perlu saya beri tumpuan. Ini bukan lagi gosip, tetapi fitnah yang keterlaluan.

"Ada orang tidak senang melihat hubungan baik kami sehingga sanggup melemparkan tuduhan bodoh sebegini. Apa, jahat sangat ke saya ini? Adakah kerana saya berstatus janda, jadi tidak boleh berkawan dengan dia? Saya tak nak kerana saya, orang benci dia," tegasnya.

Mengakui Johan sering meminta pandangan dan pendapatnya dalam lakonan, tidak bermakna dirinya mengongkong pemuda itu, sebaliknya sekadar berkongsi idea sebagai artis lebih senior.

Perkenalan mereka bermula ketika bergandingan dalam drama Pelangi Kasih dan Abil menyifatkan Johan sebagai kawan yang baik dan mudah menerima pendapat.


Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Hadiah untuk diri sendiri

Posted: 10 Jun 2012 07:57 AM PDT

SEBELUM menyertai Masterchef Selebriti Malaysia (MSM), Jehan Miskin, 32, hanya tahu merebus air dan sekali sekala akan masak mi segera, tetapi selepas menyertai pertandingan memasak itu, sebut saja jenis juadah yang ingin anda nikmati pasti jejaka kacak itu dapat menyediakannya.

Menurut Jehan menyertai MSM adalah suatu pengalaman indah dan menambahkan lagi bakat yang selama ini dia sendiri tidak pernah terokai.

"Sebelum ini saya tak tahu apa pun pasal memasak. Apatah lagi orang bujang seperti saya yang lebih senang makan di luar dan disebabkan itu ketika pihak produksi MSM melamar saya untuk menyertai pertandingan itu, pada mulanya saya menolak kerana saya tak tahu apa yang boleh saya lakukan di dapur MSM.

"Tanpa ada sedikit pun ilmu memasak, apa yang saya nak buat kerana apabila berada di dapur MSM, pelbagai menu perlu disediakan. Bukan saja masakan Melayu, tetapi masakan Barat dan ia bukanlah masakan biasa, tetapi yang tukang masak terkenal biasa melakukannya. Seni menghias hidangan pun kena ada.


"Lagipun bagi saya ramai artis lain yang pandai memasak. Bagaimanapun mereka tetap mahu saya bersama-sama artis serta selebriti lain untuk muncul dalam MSM, maka saya terpaksa menerimanya sebagai satu cabaran.


"Sebaik saya persetujuan diberi, saya terus mencari sahabat karib saya, chef Anis Nabila. Kami kenal lebih setahun lalu, kami pernah menjayakan program susu FN Ideal. Sejak itu kami terus berkawan. Melihatkan senarai nama hebat seperti Juliza Adzilan yang sememangnya pakar dalam dunia masakan membuatkan saya rasa gementar.

"Saya perlu melakukan sesuatu dan apa yang saya patut buat ialah belajar memasak. Justeru saya minta Anis ajar saya memasak di mana saya ada masa seminggu saja lagi sebelum bermulanya MSM. Anis mengajar saya masak hidangan paling asas yang mana saya boleh menggunakan cara memasak yang sama untuk sajian lain. Malah dia juga mengajar saya cara betul memotong bawang.

"Setiap hari saya belajar dengannya daripada hidangan Melayu sehinggalah kepada sajian Timur dan Barat. Saya sematkan azam mahu buat yang terbaik dalam MSM. Dari hari pertama saya belajar memasak sehinggalah ke hari ini, Anis sudah ajar saya lebih 100 menu. Saya bersama artis/selebriti yang lain dari Isnin hingga Jumaat akan sibuk di dapur MSM dari pagi sampailah ke malam, manakala pada Sabtu dan Ahad saya ke kelas masak bersama Anis," katanya.

Tambah Jehan, dia tidak menghafal resipi yang diajar Anis, tetapi chef itu mengajarnya cara memasak yang betul. Misalnya, menu sama untuk menyediakan hidangan berasaskan ikan, Jehan boleh mengubahsuaikan resipi itu untuk masak udang atau ayam.

"Apabila masuk MSM, ia bukanlah perkara main-main. Sehari kami semua kena masak empat atau lima hidangan. Juri akan beri arahan dan menu diberi pada masa itu juga. Kami kena sediakan masakan berdasarkan bahan yang ada di depan mata. Di sinilah kreativiti diperlukan. Alhamdulillah, cabaran pada minggu pertama dan kedua, saya 'lepas'.

"Saya pun tak sangka, tetapi dalam MSM saya tidak memburu kemenangan. Sejak menyertai MSM, saya terus suka memasak dan sekarang cakap saja mahu makan apa, saya dah boleh buat. Tak ada masalah lagi nak menjamu rakan di rumah.

"Dalam MSM saya belajar banyak perkara baru. Kalau dah tak tahu memasak manalah saya kenal bahan-bahan masakan yang digunakan, tetapi selepas menyertai MSM saya dah tahu apa itu safron, bunga cengkih dan bunga lawang. Perubahan ketara dalam hidup saya sekarang, saya sudah pandai memasak.

"Saya juga perlu buat bersungguh-sungguh kerana demi peminat yang menyokong saya. Mereka sangat seronok tengok saya dalam MSM dan mereka turut gembira apabila saya menang setiap cabaran dalam MSM.

"Oleh itu saya tidak boleh hampakan harapan dan sokongan yang mereka berikan kepada saya. Sasaran utama saya jangan kena buang pada episod pertama dan apabila menang pada pusingan pertama, saya seronok sangat," katanya.

Ibu Jehan sendiri terkejut apabila melihat anak bujangnya sudah pandai memasak.
"Ibu saya pakar memasak dan dia tak sangka saya boleh melakukannya. Sekarang tiada masalah lagi kalau ada yang mahu saya mengendalikan program masakan," katanya.

Terus berkongsi pengalamannya, jelas Jehan suasana dalam MSM meriah dan ceria kerana semuanya artis/selebriti. Memang tiada masalah langsung.

"Tomok pun dah pandai masak. Kami semua 'enjoy' dalam MSM dan berazam tak mahu disingkirkan," katanya.

Program Masterchef Selebriti Malaysia mula bersiaran 26 Mei lalu di Astro Ria, Sabtu sehingga Selasa setiap minggu. Program itu menampilkan 16 selebriti tanah air yang popular dalam bidang masing-masing, Datuk Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.

Selain semakin rajin ke dapur, Jehan juga sudah ada hobi baru iaitu menunggang motosikal berkuasa besar. Harley Davidson itu baru dibeli sebulan lalu.

"Sebenarnya sudah lama minat menunggang motosikal berkuasa besar tetapi ibu dan kakak saya bimbang, kalau terjadi apa-apa pada saya lalu terpaksalah saya pendamkan saja hasrat ingin memilikinya.

"Ramai rakan saya memiliki Harley Davidson dan ketika duduk bersama mereka saya ternampak Harley Davidson yang saya suka dan apabila kawan saya beri saya peluang menunggangnya saya jadi tak 'senang' duduk.

"Pun begitu saya masih belum memutuskan untuk membelinya. Sehinggalah saya menjalani penggambaran filem arahan terbaru Mamat Khalid, Amukan Frankenstein, dengan Awie. Dia ada dua motosikal Harley Davidson dan apabila dia tahu yang sangat meminatinya, dia pun mula menjalankan 'jarumnya' supaya saya membelinya.

"Kata Awie pembelian itu sebagai hadiah untuk diri sendiri yang penat bekerja. Kini motosikal yang paling saya minati itu sudah pun menjadi milik saya. Ada saja kelapangan saya akan menunggangnya. Saya namakan Harley Davidson saya itu El-Diablo," katanya.




Jom ketawa cerita hantu

Posted: 10 Jun 2012 07:39 AM PDT

BAGI mengukuhkan lagi kedudukannya selaku stesen TV yang menawarkan filem terkini dari pawagam terus ke kediaman anda, Astro First membawakan pula sebuah filem alih suara istimewa terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan Double Vision Pictures Sdn Bhd yang berjudul Kawan-Kawanku Hantu.

Filem ini disiarkan secara eksklusif bermula 7 Jun lalu bagi hiburan semua peminat filem komedi tanah air.

Selain hanya perlu membayar caj RM15 untuk setiap tempahan menerusi Astro First, pelanggan mempunyai pilihan masa menonton untuk filem ini mengikut keselesaan masing-masing dalam tempoh 48 jam selepas tempahan dibuat.

Istimewa lagi, filem ini bercorak alih bahasa dan meminjam suara gabungan tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Sharifah Shahira.


Difahamkan, Kawan-Kawanku Hantu asalnya disadur daripada filem Cina berjudul Ghost Buddies. Filem ini sudah pun ditayangkan di pawagam pada 10 Mei lalu dan dibintangi pelakon terkenal Singapura, Mark Lee serta pemegang Anugerah Pelakon Hong Kong Terbaik, Maggie Shiu sebagai teraju utama.


Filem ini turut diserikan dengan lakonan mantap pelakon serba boleh dari Singapura, Yao Wen Long, penyanyi dan produser Lenny Ooi, Wee Kheng Ming, pelawak dan penyampai Radio One FM, Lim Ching Miao serta penyampai radio MY FM, Vivian Tok selain artis radio veteran, Chow Kee Moo.

Melihat dari sudut alih bahasa, ia adalah satu cabaran besar kepada Zizan, Harun dan Shahira untuk menggunakan kreativiti mereka demi memastikan setiap dialog yang mereka tuturkan bersesuaian dengan setiap babak serta mencuit hati.

Astro First turut menawarkan dua pilihan istimewa kepada pelanggan kerana mereka boleh memilih untuk menempah filem ini sama ada dalam versi bahasa Hokkien atau bahasa Melayu.

Pengurus Saluran Astro First, Shoba Devi berkata, Astro First sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan membariskan filem terkini di pawagam demi memenuhi kehendak pelanggan.

"Objektif utama penghasilan filem versi alih suara ini adalah bagi mendedahkan filem menarik yang mendapat sambutan di pawagam. Ia sesuai untuk tontonan ramai disebabkan ada dua pilihan versi iaitu bahasa Hokkien dan bahasa Melayu.

"Kami cuba tampil dengan kelainan menggunakan inisiatif alih bahasa berbanding sari kata kerana selain dapat menyuntik cita rasa tempatan ke dalam filem ini, kami juga percaya ia akan menarik peminat baru yang menggemari pelakon seperti Zizan, Harun dan Shahira untuk menyaksikan kisah lucu ini," katanya.

Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, melihatkan sambutan yang baik terhadap filem Ghost Buddies, kedua-dua produksi Astro Shaw dan Double Vision Pictures terus mengorak langkah menghasilkan filem alih suara ini khas buat peminat filem Malaysia.

"Kisah komedi sentiasa mendapat tempat di hati peminat filem di negara ini. Inilah percubaan pertama kali menggunakan suara pelakon terkenal untuk filem bagi tayangan Astro First," kata Gayatri.

Kawan-kawanku Hantu antara lain mengisahkan dua manusia cuba membantu tugas hantu untuk memenuhi impian mereka. Sepanjang tugas ini, bermacam-macam kejadian lucu berlaku.




Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Zizan sayang Jue

Posted:

Zizan sayang Jue

Zizan sayang Jue

HUBUNGAN akrab antara aktres muda Juliana Evans atau Jue dengan aktor, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak sudah lama diketahui khalayak semenjak mereka membintangi filem Hantu Bonceng. Namun, baik Jue mahupun Zizan tidak pernah memberi pengesahan secara rasmi tentang status hubungan mereka. Jawapan klise yang diberikan hanyalah sebagai teman rapat sahaja.

Bagaimanapun kemesraan luar biasa antara Jue dan Zizan disaksikan Kosmo! ketika mereka bertemu sempena ulang tahun kedua Mesra Mall di Kerteh, Terengganu yang turut menayangkan filem terbaharu lakonan mereka iaitu Mael Lambong.

Pertemuan tersebut merupakan yang pertama kali selepas lima bulan Jue meninggalkan tanah air demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang pengajian filem, video dan media di Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Jue pulang ke tanah air pada minggu lalu kerana cuti musim panas dan akan berada di Malaysia sehingga Aidilfitri ini.

Pengakuan tidak pernah terungkap di bibir masing-masing, namun tingkah laku dan lirik mata ketika ditemu bual tidak dapat menyembunyikan perasaan sebenar mereka berdua. Apabila ditanya rindu atau tidak kala berjauhan, jawapan yang diberi juga cukup jujur.

Sambil memandang Zizan, 28, yang berada di sebelahnya, Jue berkata: "Memang rindu sebab lama tidak jumpa. Ini kali pertama kami berjumpa selepas saya pulang ke Malaysia. Sebelum ini, Zizan sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental di Thailand. Kami belum sempat berborak panjang lagi."

Jue dan Zizan hanya tertawa dan saling berpandangan apabila disoal apakah hadiah yang dibawa pulang Jue untuk Zizan dan apakah kejutan yang dilakukan oleh Zizan kepadanya.

"Memang saya ada beli hadiah untuk dia, saya tidak boleh beritahu, saya ada simpan di rumah. Kejutan dia untuk saya, mana boleh beritahu, rahsia," ucap Jue malu-malu.

Jue dan Zizan yang sudah berkenalan selama lima tahun masih memilih untuk mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai teman rapat, meskipun kedua-dua mereka sudah bertemu dengan keluarga antara satu sama lain. Zizan juga tanpa berselindung memberitahu, dia menyayangi Jue.

"Saya sayangkan Jue tetapi masih ada pagar. Betul, saya pernah jumpa keluarganya, ibunya banyak beri saya nasihat. Begitu juga dengan Jue, dia pernah jumpa ibu bapa saya. Ibu saya suka dan senang dengan Jue," kata Zizan tanpa berselindung.

Jue juga memberitahu, keluarga tidak membantah persahabatannya dengan Zizan, malah ibunya juga cukup senang terhadap perhubungan mereka.

"Mungkin sebab Zizan selalu tolong saya dan kami rapat, jadi keluarga saya juga baik dengannya. Zizan baik, selalu mengambil berat tentang diri saya, dia kelakar. Siapa yang tidak suka dengan dia (ketawa)," seloroh Jue yang membawakan watak seorang ejen perisik bernama Maria dalam filem Mael Lambong.

Fokus pada pengajian

Jue yang berusia 23 tahun bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk mempunyai komitmen dalam sebarang hubungan cinta kerana ingin memberi fokus terhadap pengajiannya yang akan tamat pada tahun 2014.

"Sebenarnya, saya tidak percaya pada cinta jarak jauh. Kalau saya bercinta dengan Zizan sekali pun, kami masing-masing sibuk dan berjauhan, saya lebih pentingkan pelajaran. Zizan kata mahu kahwin sebelum umur 30 tahun, jadi saya tidak masuk dalam senarai.

"Saya belum tentu akan pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian kerana saya ingin bekerja dan menimba pengalaman di sana terlebih dahulu. Memang kami selalu berhubung, tetapi kalau sibuk kami buat hal masing-masing. Jika bercinta, saya akan terikat dengan komitmen dan saya belum bersedia," ujar Jue yang bakal menjalani penggambaran filem Dampak pada hujung bulan ini.

Jawab Zizan pula, dia juga memikirkan hal yang sama. Kesibukan jadual kerjanya membataskan dia untuk menyulam cinta dengan mana-mana gadis. Buat masa ini, fokusnya hanya pada kerjaya yang sedang berkembang.

"Alhamdulillah, saya tengah seronok bekerja. Siang dan malam, saya hanya bekerja sampai sakit. Saya tidak mahu kalau saya ada kekasih, dia akan rasa terabai kerana jika bekerja, telefon pun saya tidak pegang, jadi saya tidak mahu perkara itu berlaku. Lebih baik tidak terikat dengan sesiapa," beritahunya yang saling berhubung dengan Jue menerusi Twitter dan juga telefon.

JULIANA EVANS dan Zizan sekali lagi berganding dalam filem berjudul Mael Lambong. Mereka mengaku enggan memberi komitmen terhadap cinta kerana sibuk dengan kehidupan masing-masing.


Sungguhpun begitu, mereka tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh. Luah Zizan: "Saya tidak kisah bertemu jodoh dengan sesiapa pun, saya akan terima kerana itu kerja Allah. Cuma saya rancang sebelum umur 30 tahun, saya mahu berkahwin, tetapi tidak tahulah terlaksana atau tidak. Buat masa ini saya belum bersedia untuk kahwin."

Bercerita tentang pengalaman hidup Jue sebagai seorang pelajar universiti di Amerika, keceriaan terpancar pada riak wajahnya tanda dia bahagia, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dan teman-teman. Tiga bulan pertama perasaan rindunya terhadap keluarga sukar dikawal.

Tak nak balik Malaysia

"Seronok belajar di negara orang, mula-mula perasaan rindu sukar dikawal kerana lokasi tempat tinggal saya terletak di kawasan pedalaman. Nasib baik saya dapat teman serumah rakyat Malaysia yang pandai masak masakan Melayu, jadi terubat sedikit perasaan rindu pada keluarga," ujarnya.

Jelas Jue selepas tamat pengajian, dia tidak mahu segera pulang ke tanah air sebaliknya mahu menyambung kursus lakonan jangka pendek di Los Angeles dan mencuba nasib sebagai pelakon serta model di sana terlebih dahulu.

"Setakat ini keputusan pelajaran saya pun okey, jadi memang saya rancang untuk bekerja dan timba pengalaman di Amerika kerana di sana lebih banyak peluang. Tidak tahu bila saya akan pulang ke Malaysia, sebab saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan," jawabnya jujur.

Bukan hanya mahu meluaskan kerjaya seni, tegas Jue, terlalu banyak sebab mengapa dia membuat keputusan untuk tidak pulang ke tanah air selepas tamat pengajian.

"Saya mahu mencuba nasib, berjumpa dengan orang baharu, mengembara, banyak benda yang saya ingin buat. Walaupun saya mempunyai kerjaya di Malaysia, tetapi saya tidak mahu tersekat di Malaysia selamanya tanpa melihat peluang di luar," jelas pelakon itu.

Jika di Malaysia, ke mana sahaja kakinya melangkah ada sahaja mata yang memandang kerana status artis. Namun, berbeza apabila dia berada di Universiti Michigan, status artis terlucut dengan sendirinya, hanya pelajar Malaysia sahaja yang mengenalinya sebagai artis.

"Hanya pelajar Malaysia sahaja yang tahu, saya tidak pernah beritahu yang saya seorang artis di Malaysia. Kalau ada yang tahu sebab pelajar Malaysia di sana yang beritahu pelajar lain. Buat masa ini, saya menjalani kehidupan sebagai pelajar yang normal," kata bekas kekasih Sam, Bunkface itu lagi.

Watak Mael Lambong yang dibawa dengan cemerlang oleh Zizan ketika menyertai program Maharaja Lawak bersama Johan diangkat sebagai watak utama filem Mael Lambong arahan Ahmad Idham yang akan mula ditayangkan pada 21 Jun ini.

JULIANA atau Jue kini seronok menjalani kehidupan sebagai pelajar di Universiti Michigan, Amerika Syarikat.


Biarpun watak itu hanya diciptakan untuk program Maharajawa Lawak, namun populariti watak Mael Lambong melebihi jangkaannya membuatkan Zizan bimbang. Ujarnya, dia bimbang andai apa yang dipersembahkan dalam filem tersebut tidak sama seperti yang dibayangkan oleh penonton.

Elemen komedi

"Jujurnya saya bimbang sebab Mael Lambong lebih popular daripada Zizan. Harapan itu terlalu tinggi, saya bimbang Mael Lambong versi filem tidak dapat kalahkan Mael Lambong versi Maharaja Lawak. Apa yang saya boleh cakap, saya sukakan Mael Lambong versi filem kerana wataknya lebih berkembang," katanya.

Tidak hanya sarat dengan elemen komedi, Mael Lambong juga penuh dengan karakter yang segar. Bagi memberikan yang terbaik, Zizan mengalami kecederaan pada lengan kirinya ketika babak berlawan dengan watak Tiger lakonan Taiyudin Bakar.

Selain itu filem yang memperoleh klasifikasi umum itu mempunyai babak berlawan antara Zizan dan Jue yang dirasakan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Enggan memberi sebarang komen mengenai babak yang dimaksudkan, Zizan berharap agar filem tersebut bebas kontroversi.

"Saya berharap babak itu tidak akan menimbulkan sebarang isu dan mendapat sokongan penonton. Memang filem Mael Lambong antara lakonan terbaik saya, saya cuba buat yang terbaik. Saya tidak buat lawak sepanjang filem, cuma situasi Mael Lambong yang membuatkannya jadi komedi," terangnya lagi.

Demi Moore makin ceria

Posted:

Demi Moore makin ceria

Demi Moore makin ceria


DEMI MOORE


Setelah bercerai dengan Ashton Kutcher, ternyata aktres Demi Moore mengambil masa yang agak lama untuk melupakan bekas suaminya itu. Namun, kini dia seakan-akan sudah dapat menerima hakikat terhadap penceraiannya itu.

Baru-baru ini aktres yang popular menerusi filem Ghost itu dilihat semakin ceria dan kelihatan asyik bergurau dengan beberapa orang rakannya ketika sedang menikmati hidangan di sebuah restoran.

"Semua orang di meja makan itu asyik ketawa semasa mereka berbual. Malah, Moore juga dilihat lebih santai dan seperti sudah melupakan apa yang telah berlaku terhadap dirinya sebelum ini," ujar satu sumber yang berada di restoran berkenaan.

Selain bermesra dan bergurau dengan rakan-rakannya, aktres itu juga turut melayan dengan baik para pekerja restoran serta beberapa pengunjung lain.

Beego mengaku pegang tangan Rozita

Posted:

Beego mengaku pegang tangan Rozita

Beego mengaku pegang tangan Rozita

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

BEEGO mengaku berpegang tangan dengan Rozita Che Wan, namun ia terjadi atas dasar kerja sewaktu sama-sama terbabit dalam drama Chef Cinta.


SETELAH dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa artis lelaki seperti Shahir AF dan Zain Saidin, kini tiba-tiba pelakon janda popular Rozita Che Wan dikatakan bercinta pula dengan Beego.

Biarpun Rozita pernah menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Beego pada akhir bulan lalu, kali ini timbul pula gosip berkenaan kedua-dua pelakon tersebut apabila dilihat berpimpin tangan semasa di pusat beli-belah Pavilion dan The Curve.

Sementara itu, Beego pula pada bulan Februari lalu pernah memberitahu Kosmo! bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan bernama Azlina pada April 2011.

Ingin mendapatkan kepastian terhadap status sebenar mengenai hubungan Rozita dan Beego, Kosmo! telah menghubungi kedua-dua pelakon berkenaan bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar terhadap gosip yang timbul.

Kosmo!: Benarkah Beego dan Rozita Che Wan pernah keluar berdua-duaan sambil berpimpin tangan?

Beego: Tidak. Saya sendiri sangat hairan apabila cerita ini timbul. Memang kami berdua ada berpimpin tangan, tetapi ia hanya satu lakonan sewaktu kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta. Mungkin individu atau pihak yang melihat dan menyebarkan gosip tersebut tidak tahu yang kami sedang menjalani penggambaran, sehingga menyebarkan cerita yang tidak benar.

Bagaimana boleh timbul gosip tersebut?

Itu saya tidak tahu. Saya ingin menegaskan bahawa lelaki yang dimaksudkan keluar berjalan-jalan dengan Rozita sambil berpimpin tangan di Pavilion dan The Curve itu bukan saya.

Jadi, anda memang tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Rozita?

Memang kami tidak pernah keluar berdua-duaan sehingga sekarang. Kalau ada yang nampak saya dan Rozita berdua, itu semasa kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta yang dilakukan di Port Dickson dan sekitar Kuala Lumpur. Saya minta maaf, kalau boleh saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.

Ahad, 10 Jun 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Harga Samsung Galaxy SIII & iPhone 4S Maxis

Posted: 10 Jun 2012 07:16 PM PDT

MAXIS MEMBERI GANJARAN KEPADA AHLI MAXIS ONE CLUB DENGAN TAWARAN PALING ISTIMEWA

• Maxis menawarkan Samsung Galaxy SIII dan iPhone 4S pada harga RM599 untuk ahli Maxis One Club
• Kepimpinan dalam semua segmen dicerminkan melalui ekosistem perkhidmatan yang kukuh untuk pelanggan, menyediakan rangkaian dan kelajuan yang terbaik, pelan data dan peranti terkini bersama-sama dengan ganjaran dan faedah istimewa

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, akan menawarkan ahli Maxis One Club (MOC) telefon pintar Samsung Galaxy SIII dan Apple iPhone 4S untuk harga yang luar biasa sebanyak RM599 sahaja. Tawaran ini adalah sah dari 9 hingga 24 Jun dan boleh didapati di semua Pusat Maxis dan kedai-kedai Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara.

Untuk layak mendapatkan Samsung Galaxy SIII, ahli-ahli hanya perlu komited kepada pelan ValuePlus 150 ke atas dengan pelan data 1GB selama 24 bulan. Pelan ini juga akan menyediakan ahli dengan kadar suara dan internet yang terbaik. Ahli Maxis One Club yang berminat dengan iPhone 4S (16GB) perlu mendaftar untuk pelan iValue 2 selama 24 bulan.

"Maxis telah melabur dalam pelbagai keistimewaan dan ganjaran untuk ahli Maxis One Club sejak kami melancarkan program tersebut pada tahun 2002. Kelab eksklusif ini sudah memasuki tahun yang ke-10, yang telah berkembang dengan berterusan sejak beberapa tahun yang lalu. Justeru itu, kami amat berbangga kerana dapat memberi ganjaran kepada ahli-ahli kami untuk kesetiaan mereka dengan dua tawaran yang eksklusif. Ini adalah salah satu cara kami menterjemahkan faedah dan keistimewaan penawaran peranti kami secara langsung kepada para pelanggan kami, yang merupakan aset kami yang paling penting untuk memiliki peranti terkini," kata Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis.

"Maxis merupakan yang pertama untuk membuat penerimaan telefon pintar lebih mudah dicapai bagi rakyat Malaysia. Kami adalah yang pertama memperkenalkan iPhone, Blackberry, Android dan tablet, dan ini telah memainkan peranan penting dalam mempopularkan pasaran telefon pintar di Malaysia. Hari ini, telefon pintar telah berkembang menjadi telefon pintar yang 'super', dengan kemajuan pesat dalam keupayaan teknologi. Daripada jutaan pengguna telefon pintar kami, lebih satu pertiga menggunakan telefon pintar 'super' yang termasuk model iPhone dan Samsung Galaxy. Kami percaya bahawa dengan tawaran eksklusif ini untuk ahli Maxis One Club, yang disediakan dengan pakej data terkemuka Maxis, kami mampu melanjutkan penggunaan peranti-peranti ini di Malaysia dan membawa kemudahan tanpa tandingan sama ada di rumah, kerja atau dalam perjalanan.

"Kami adalah pemimpin dalam semua segmen perniagaan, termasuk segmen pascabayar. Ini dicerminkan melalui ekosistem perkhidmatan kukuh yang telah kami bina untuk pelanggan-pelanggan kami, menyediakan rangkaian dan kelajuan yang terbaik, pelan data dan peranti bersama-sama dengan ganjaran dan faedah istimewa. Maxis One Club menyediakan kami dengan satu lagi platform lain untuk menyampaikan penyelesaian canggih yang relevan kepada mereka dan keperluan komunikasi mereka," kata Suren.

Maxis One Club adalah satu program keahlian eksklusif yang menawarkan perkhidmatan pelanggan keutamaan, ganjaran khas dan program afiniti. Pelanggan yang telah bersama dengan Maxis (pascabayar) selama lebih daripada setahun dengan komitmen bulanan minimum sebanyak RM150 ke atas secara automatik akan dinaiktaraf kepada status ahli Maxis One Club.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menyemak kelayakan keahlian, sila hubungi 1 800 82 1123 atau layari www.maxis.com.my/moc

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Samsung GALAXY S II Price Malaysia
  • Maxis to Bring iPhone 3GS to Malaysia on 31 July
  • Get Creative at the Samsung GALAXY Note Studio
  • Maxis iPhone 4 Malaysia Pakej Plan
  • PRICE MAXIS IPHONE 3G LAUNCH KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
  • Maxis Goes Android Phones
  • Yuna Samsung GALAXY Note The Sparkle Project
  • Samsung Bags The Most Gold Awards at GoMobile 2010
  • Samsung GALAXY S II Reaching 10 Million in Global Sales
  • 30 Million Global Sales of GALAXY S and GALAXY SII
  • Sekitar Acara Promosi Filem Gerimis Mengundang

    Posted: 10 Jun 2012 07:12 PM PDT

    CERITERA CINTA GERIMIS MENGUNDANG SAMBUTAN HANGAT DI KOTA KINABALU, SABAH DAN INDONESIA

    Sebuah kisah cinta gabungan pelakon dari negara serumpun, iaitu KAMAL ADLI (MALAYSIA) juga OLIVIA LUBIS JENSEN (INDONESIA), telah seminggu di tayangkan di 4 buah Negara serentak dan di sambut baik terutamanya di Kota Kinabalu, Sabah dan Indonesia.

    Promosi Gerimis Mengundang telah berjalan dengan lancar di sekitar Kota Kinabalu, Sabah sepanjang seminggu sebelum filem Gerimis Mengundang ditayangkan di Sabah. Promosi sesi bertemu artis ini telah diadakan di Megalong Mall Penampang, Centrepoint Mall, Servay Hypermarket di Likas, dan satu sesi makan petang ekslusif bersama artis juga telah diadakan di restoran Rafflesia Chicken Hut di Karamunsing Kompleks.

    servay2

    Selain itu, penyanyi dan pelakon Gerimis Mengundang di Sabah tidak ketinggalan untuk ke konti radio rasmi Gerimis Mengundang di Kota Kinabalu iaitu Era FM KK 102.4 dan dua penyanyi versi baru Gerimis Mengundang, Brenda Anura dan Budi Doremi turut dijemput ke Suria FM 105.9 FM dan KK FM. Serta diakhiri dengan sebuah mini teater muzikal Malam Gerimis Mengundang yang telah diadakan pada 18 Mei yang lalu di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah sebagai hari kemuncak promosi di Sabah.

    Promosi ini telah berjaya mendapat sambutan hangat sepanjang sesi bertemu artis dan telah berjaya mendapat jualan tertinggi di panggung-panggung Kota Kinabalu pada 5 hari pertama yang sedang di tayangkan di GSC One Borneo, Megalong Penampang dan Growball Centrepoint. Memandangkan sambutan di Kota Kinabalu adalah baik, dua lagi panggung telah dibuka untuk ditayangkan di Sabah sehingga 13 Jun ini iaitu Star Cineplex Tawau dan Sandakan.

    Selain itu, filem GERIMIS MENGUNDANG juga telah berjaya menembusi ketiga-tiga buah Negara jiran, terutamanya di Indonesia yang masih ditayangkan di pawagam dan di sambut baik oleh rakyat Indonesia. Promosi yang diadakan telah berjalan lancar dan jayanya sepanjang dua minggu dengan pelbagai jemputan acara temu bual yang popular di Indonesia iaitu Bukan Empat Mata (Trans7), 100% AMPUH (GLOBAL TV), Dahsyat (Rajawali Citra Televisi Indonesia RCTI) , Mantap di Bogor (ANTV), Intermezzo Show (MNCTV) dan beberapa radio nasional dan daerah di Indonesia iaitu Radio Republik Indonesia, Radio POP FM, MSTRI FM Jakarta, OZ Radio Jakarta, Bens Radio 106.2FM Betawi, SONORA 92.0 FM Jakarta, 8EH 104FM Bekasi, M2 88.0 FM Bekasi.

    MenteriGM1

    TAYANGAN PERDANA GERIMIS MENGUNDANG yang telah diadakan di Epicentrum, Cinemas XX1 Jakarta pada 31 Mei telah dihadiri 1,500 penonton dan disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Informasi Republik Indonesia, Bapak Tifatul Sembiring dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim serta delegasi Malaysia dari Pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pelakon-pelakon ternama Malaysia seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Diana Dianelle, Intan Ladyna, Zizan Nin dan Hasnul Rahmat.

    Penerbit Eksekutif GERIMIS MENGUNDANG DATUK MD. AFENDI HJ HAMDAN, Pengarah Urusan ERAMA CREATIVE menjelaskan, "Filem Gerimis Mengundang telah memberikan peluang kepada filem Malaysia untuk menembusi pasaran Indonesia dan berharap menjadi fenomena buat filem-filem Malaysia yang lain pada masa terdekat ini agar hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia sebagai dua Negara rumpun terus terjalin erat dengan adanya seni sama ada filem, lagu mahupun drama cerekarama pada masa akan datang melalui Kolaborasi Perfileman Malaysia Indonesia (KOPI MALINDO) yang telah di sempurnakan pelancarannya oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim tempoh hari".

    DAHSYAT

    Majlis pelancaran KOPI MALINDO ini telah dihadiri oleh produser-produser Malaysia dan Indonesia, iaitu Datuk Yusof Haslam (SKOP Productions), Encik Garuna Moorthi (Lotus Film), Encik Ahmad Idham (Excellent Pictures), Tn Hj Burhanuddin (Les Copaque Productions), Puan Gayatri Pillai (Astro Shaw), Encik Yusry Abdul Halim (KRU Studios), Encik Richard Ung (Sheunik Sdn Bhd) dan ketua-ketua persatuan produser Indonesia dari H Naldy N Haroen, HM Firman Bintang, Ketua Umum Persatuan Artis Sinetron Indonesia H Anwar Fuady, Produser Indonesia PT Surya Kirpa Resources K.P Nanik dan President Director Metro TV.

    Promosi Gerimis Mengundang akan diteruskan lagi untuk menghargai orang ramai yang telah menonton Filem Gerimis Mengundang ini dengan memberi peluang kepada empat pemenang bertuah daripada Indonesia untuk bercuti ke Kota Kinabalu. Pemenang bertuah ini akan di umumkan di acara temu bual Ceriwis (Trans TV) oleh pengacara selebriti Indonesia terkenal Indra Bekti bersama Kamal Adli dan dua pemenang bertuah daripada Kuala Lumpur pada bulan Julai ini akan diumumkan di official website, facebook dan twitter Erama Creative. Kempen Promosi 'A Sabah Adventure with Kamal Adli & Indra Bekti' untuk ke Kota Kinabalu ini di sponsor oleh Lembaga Pelancongan Sabah sepenuhnya.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mikha Tambayong Dalam Teater Gerimis Mengundang
  • Shila Amzah & Hafiz di Malaysia's Largest Simultaneous Mother & Daugther Make up
  • Promosi Filem Jidin Sengal Sekitar KL Sentral
  • IZ OIAM Sibuk Promosi Filem The Successor: The Successor: Private & Confidential
  • Naz Habibur Rahman Hos Program Jom Ke Panggung
  • Promosi Awal Tiket Konsert SunBurst Kuala Lumpur 2008
  • PRISM Sedia Bantu Artis dan Pemuzik Malaysia
  • Movie Carnical 2007 Kembali Lagi
  • Foto Sneak Preview Filem Dukun
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Zon Artis

    Zon Artis


    Caroline Juara Mentor 6

    Posted: 10 Jun 2012 09:46 AM PDT

    CAROLINE JUARA MENTOR 6

    Dengan membawakan lagu My Love dan I Don't Want Miss A Thing pada pusingan pertama, lagu Kau Kekasihku duet dengan Azlan and the typewritter pada pusingan kedua dan lagu baru berjudul Melawan Arus Cintamu ciptaan Ajai pada pusingan ketiga, Caroline yang merupakan protege kepada Ella dinobatkan sebagai juara Mentor musim ke-6.

    Dengan kemenangan tersebut, Caroline dan Ella masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100 ribu.

    Tempat kedua pula menjadi milik Zatul (protege Ogy Ahmad Daud) dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30 ribu. Manakala Anas (protege Faizal Tahir) yang kami jangka akan dinobatkan sebagai juara pula menduduki tempat ketiga dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10 ribu.

    Psstt: Sket lagi gerenti terkeluar bijik mata tu~

    Related Posts with Thumbnails

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Foto Bogel Pelakon Jersey Shore, Snooki Tersebar

    Posted: 10 Jun 2012 10:25 PM PDT

    Telefon bimbit milik pelakon Jersey Shore, Snooki dilaporkan telah diceroboh dengan siri foto bogel mula tersebar di internet, hari ini.

    Menurut E! News, imej-imeh bogel tersebut sebahagiannya telah disensorkan pada bahagian sulit pelakon penuh kontroversi ini.

    Sebelum ini, Snooki pernah dihimpit dengan kontroversi foto bogel palsu. Bagaimana pun, kali ini jurucakapnya mengesahkan bahawa foto-foto siri terkini adalah benar.

    "Amat memalukan apabila individu yang tak bertanggungjawab cuba menyebarkan foto berkenaan untuk kepentingan diri," kata jurucakap berkenaan.

    Penyebaran foto bogel ini sekaligus meletakkan Snooki sama taraf dengan aktres Scarleet Johansson dan Blake Lively, dimana foto berkenaan tersebar kerana diceroboh oleh hackers.

    Sehingga kini, punca bagaimana foto bogel Snooki disebarkan masih belum diketahui.

    Sumber berita : Mashable

    Kepelbagaian Topi Untuk Pelengkap Aksesori Harian

    Posted: 10 Jun 2012 10:24 PM PDT

    Bagi sesetengah individu, mungkin menggunakan topi sebagai penutup kepala untuk menghalang rasa panas dari pancaran matahari, terutama sekali ketika berada di tepi pantai, ketika bersukan dibawah panas terik matahari, dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga sesetengah individu yang menggunakan topi sebagai aksesori tambahan dalam penggayaan fesyen harian mereka.

    Semakin hari, semakin bertambah rekaan terbaru topi dari butik-butik pakaian terkenal. Ini membuktikan bahawa, penggayaan topi sebagai aksesori tambahan dalam penggayaan fesyen harian, semakin medapat sambutan dimata setiap penggemar fesyen. Dengan ini, pihak OHBULAN! ingin berkongsi beberapa jenis topi yang terdapat dipasaran dan yang lazimnya digayakan oleh mereka yang gemar akan fesyen topi ini.

     Antara jenis-jenis topi masa kini :

    Topi Fedora

    Lazimnya, topi jenis ini diperbuat daripada anyaman jerami, kain kepar (twill), dan pelbagai jenis tekstil. Disamping itu, topi bergaya klasik dan timeless ini kembali mendapat sambutan di dunia fesyen dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Lazimnya, topi jenis fedora ini muncul dalam warna-warna coklat ataupun hitam, namun begitu dalam dunia fesyen masa kini, topi fedora telah disuntik dengan warna-warna lain yang lebih menarik dan lebih fashionable. Dengan ini, topi jenis ini amat sesuai bagi individu yang ingin memberikan sedikit sentuhan maskulin dalam gaya harian mereka.

    Topi Panama

    Lazimnya, topi jenis panama ini diperbuat daripada anyaman yang lembut dan topi ini mempunyai sisi yang lebar. Maka, topi ini sangat berguna bagi mereka yang selalu melakukan aktiviti luar, kerana topi ini mampu melindungi kulit dari pancaran panas terik sinaran matahari secara maksimum. Disamping itu, topi bergaya Amerika Selatan ini sangat popular di seluruh dunia dan sangat sempurna bagi melengkapkan gaun musim panas ataupun musim sederhana.

    Topi Baseball

    Lazimnya, penyanyi terkenal seperti Justin Beiber sering tampil dengan penggayaan topi jenis ini. Secara asalnya, topi jenis ini dipakai oleh pemain softball dan ia merupakan seragam lengkap untuk sukan tersebut. Antara ciri-ciri topi baseball ini adalah, ia mempunyai paruh yang besar di hadapan dan perlu dipakai mengikut saiz kepala individu yang memakainya, serta diperbuat daripada benang bulu atau kapas. Disamping itu, topi ini amat sesuai digayakan dengan baju T-Shirt mengikut warna yang berpadanan, serta digayakan dengan seluar jeans ataupun seluar pendek. Selain itu, topi ini juga amat sesuai dipakai ketika bercuti ataupun melakukan aktiviti sukan, namun begitu elakkan memakainya ketika mengadakan temu janji ataupun untuk tujuan perniagaan.

    Topi Trucker

    Secara fizikalnya topi ini seakan topi baseball, namun begitu lazimnya sebahagian topi ini diperbuat daripada fabrik dengan span nipis dihadapannya, sementara bahagian belakang topi ini diperbuat daripada plastik dan berlubang-lubang. Selalunya, bahagian belakang topi ini boleh dilaraskan mengikut saiz kepala. Disamping itu, si pemakai topi ini akan kelihatan bergaya sekiranya ia digayakan dengan singlet putih, seluar kargo, ataupun gaya yang lebih ranggi. Topi ini juga amat sesuai digayakan pada acara santai ataupun parti.

    Topi Beret

    Secara teknikalnya, topi beret ini merupakan topi yang agak lembut, dan ia merupakan topi yang melepek rata serta luas. Pada asalnya topi ini merupakan topi untuk golongan tentera ataupun polis, tetapi pada masa kini ia telah diubah suai menjadi topi yang lebih fashionable dan dijadikan aksesori dalam berfesyen. Disamping itu, topi jenis ini amat sesuai untuk digayakan dengan pakaian kasual atau kemeja berbutang dan dipadankan dengan seluar slack.

    Diharapkan dengan paparan ini, ia boleh memberikan ilham bagi penggemar fesyen untuk mencuba aksesori topi sebagai penggayan harian. Di sini, ingin dinasihatkan agar bijak memilih topi yang bersesuian mengikut waktu dan tempat yang dikunjungi. Selamat berfesyen!