Adsense

Isnin, 16 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Natasha tidak serik berkahwin

Posted:

Natasha tidak serik berkahwin

Natasha tidak serik berkahwin

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar FARIZWAN HASBULLAH


ANAK menjadi keutamaan dalam hidup Natasha kini.


IKATAN perkahwinan yang putus di tengah jalan pasti meninggalkan detik hitam yang gerun untuk diingati apatah lagi dikenang.

Pastinya peristiwa yang merobek jiwa itu menjadi satu igauan ngeri yang ingin dilenyapkan agar kesakitan akibat dirodok kalimah 'cerai' tidak akan terus membelenggu jiwa.

Sebagai seorang hamba dimuka bumi ini tiada apa yang boleh kita lakukan selain dari reda dan menerima ketentuan yang telah tertulis itu sebagai satu cabaran bagi mematangkan diri dalam meniti kehidupan yang penuh dengan pancaroba.

Bagi sesetengah orang penceraian yang berlaku pasti membuatkan diri berasa serik dan tawar hati untuk terus menyulam cinta sekaligus menempuh alam perkahwinan buat kali berikutnya.

Bertemu dengan aktres jelita tanah air, Natasha Liana Mohd. Redzuan Hudson atau mesra dengan nama Natasha Hudson menyangkal dakwaan berkenaan dan sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri sekiranya bertemu dengan jodoh yang telah ditentukan.

Ujar teraju filem Cermin itu, tidak pernah sekali pun hati wanitanya menyatakan serik untuk berkahwin lagi biarpun dua mahligai yang pernah dibinanya sebelum ini runtuh dalam tempoh yang singkat.

"Tidak pernah sama sekali perkataan serik itu muncul dalam kamus hidup saya. Biarpun kesannya ada, apa yang penting adalah belajar dari kesilapan lalu.

"Kita hanya merancang dan selebihnya, Dia yang menentukan. Andai sampai jodoh saya, insya-Allah saya akan bergelar isteri lagi selepas ini," jelasnya ketika ditemui pada pelancaran drama Bait Cinta di Sri Pentas baru-baru ini.

Namun ibu kepada Nessa Helena itu mengakui dalam meniti kehidupannya kini, kerjaya membuatkannya lebih gembira selain kehadiran puteri tunggalnya yang akan menginjak usia tiga tahun pada 4 Jun ini.

Baginya, sebagai seorang ibu, keutamaannya kini lebih tertumpu kepada puteri tunggalnya itu biarpun sibuk dengan dunia seni.

"Kini saya senang dengan kerjaya, ia membuatkan saya rasa lebih gembira di samping kehadiran anak yang sentiasa menjadi peneman saya.

"Hari-hari saya kini banyak dihabiskan bersama keluarga terutama satu-satunya anak kesayangan saya ini," ujar aktres berusia 29 tahun itu disusuli dengan senyum yang terukir di bibir.

Diusik dengan gosip yang mengaitkan namanya dengan peserta Maharaja Lawak, Zizan, deraian tawa terus terkeluar dari bibir mulusnya.

Seakan dapat menghidu pertanyaan itu pasti menjadi agenda yang akan diutarakan pihak media, dengan tenang Natasha membalas, itu hanyalah usik manja yang dimulakan oleh sebuah stesen radio.

"Tiada apa yang istimewa antara saya dengan Zizan. Kehadiran saya pada rancangan realiti itu hanya sebagai penonton setelah dijemput oleh Astro sendiri.

"Mungkin ramai tidak mengetahui, Zizan dan saya berkongsi pengurus. Jadi, apabila pengurus menghubungi saya mengatakan Astro memempelawa saya untuk menonton program itu, rasanya tidak salah pelawaan itu dipenuhi.

"Lagi pun raja lawak merupakan salah satu rancangan kegemaran saya," jelasnya yang meminati kumpulan Jambu dalam program berkenaan.

Cari Teman Hidup

Berkisah pada rahsia hatinya, Nastasha mengakui tembok hatinya masih lagi belum berjaya diruntuhkan oleh mana-mana lelaki.

Jelasnya, buat masa ini, persoalan jodoh bukanlah agenda utama yang hendak difikirkan.

"Biarlah masa yang menentukan segalanya. Buat masa ini saya lebih fokus kepada anak dan kerjaya.

"Saya akui memang ada ramai kawan tetapi sekadar berkawan dan tiada yang lebih dari itu," ujar kakak kepada Tania Hudson.

Dikorek tentang ciri-ciri lelaki yang diidamkan, pantas Natasha menyatakan lelaki yang ingin bergelar suaminya mestilah mampu melindungi dirinya.

Selain itu lelaki berkenaan mestilah seorang yang boleh berdiri atas kaki sendiri dan menghormati kaum hawa sepertinya.

"Saya kalau boleh inginkan seorang lelaki yang mampu untuk menjaga dan melindungi saya, bertanggungjawab serta seorang yang kuat bekerja.

"Namun apa yang lebih penting adalah lelaki itu tahu bagaimana untuk menghormati wanita dan menyayangi ibunya kerana dari situlah kita dapat melihat sejauh mana seorang lelaki menghargai seorang wanita.

"Selain itu, lelaki itu mestilah seorang yang kelakar agar dia boleh menceriakan hari-hari saya dalam menjalani kehidupan bersamanya," ujarnya.

Tidak gentar adik berlakon

Natasha sedikit pun tidak rasa tercabar dengan kehadiran adiknya yang juga seorang pelakon.

Baginya, karakter mereka berdua jauh berbeza dan itu membuatkannya tidak merasa tercabar.

"Adik saya agak lembut dan saya lebih agresif serta matang. Jadi karakter kami sendiri telah membezakan antara kami berdua.

"Selain itu watak-watak yang diberikan juga jauh berbeza di mana adik saya lebih diberi watak yang ringan dan berkisah remaja sementara saya diberi watak yang agak berat," jelas pelakon filem Tipu Kanan Tipu Kiri itu.

Bagaimana pun, ujar Natasha, sebagai kakak, dia selalu menasihati adiknya dalam mengharungi dunia lakonan.

"Saya ada berikan panduan kepadanya selain petua dalam lakonan supaya dia boleh jadi pelakon yang hebat.

"Sebagai kakak sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuknya," ujar pemegang watak Shahnaz dalam drama Bait Cinta yang bersiaran malam ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesej Bob Marley terus hidup

Posted:

Mesej Bob Marley terus hidup

Mesej Bob Marley terus hidup

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


LUAHAN hati dan pandangan Bob Marley tentang soal kemanusiaan dan kebebasan menerusi muzik reggae menyebabkan dia disanjung di seluruh dunia.


TANGGAL 11 Mei 1981 merupakan saat paling sedih buat penggemar irama reggae di seluruh dunia. Ini kerana, pada tarikh tersebut, pelopor muzik yang berasal dari Kepulauan Caribbean, Bob Marley meninggal dunia menderita penyakit barah selama lebih lapan bulan.

Tahun ini genap 30 tahun Marley atau nama sebenarnya, Robert Nesta Marley meninggal dunia. Nama mendiang dengan irama reggae tidak mungkin luput sampai bila-bila. Suara lemak merdu dan serak-serak basahnya yang begitu bersahaja terus diminati sehingga kini.

Tiada siapa menduga semuanya bermula pada 1963. Marley bersama rakan-rakannya, Bunny Wailer, Peter Tosh, Junior Braithwaite, Beverly Kelso dan Cherry Smith menubuhkan kumpulan yang dinamakan The Teenagers. Ketika itu, muzik ska dan rocksteady menjadi kegilaan mereka.

Itulah permulaan langkah buat Bapa Reggea dunia yang dilahirkan pada 6 Februari 1945 di Saint Ann Parish, Jamaica dalam dunia muzik. Siapa sangka keghairahannya pada muzik yang dicambahkan daripada elemen muzik ska telah membawanya meneroka ke jalur genre reggae.

Marley bukan setakat mengalunkan lagu-lagu yang bersadurkan gaya penyampaian vokalnya yang penuh penghayatan. Malah, ia turut diperkuatkan dengan mesej di sebalik lirik-lirik hasil nukilannya. Ia kebanyakannya tentang nilai kemanusiaan, keadilan sejagat serta kebebasan.

Elemen-elemen itulah yang menjadikan lagu-lagu Marley mempunyai nadi serta kekuatannya sendiri dalam menerjah ke corong halwa telinga dan jiwa para pendengarnya. Reggae yang diperkenalkan oleh beliau berjaya melangkaui batas warna kulit, bangsa, agama dan sempadan negara.

Sejak kelahiran album pertama Marley bersama kumpulannya, The Wailers berjudul The Wailing Wailers pada tahun 1965 irama reggae ibarat barah yang cepat merebak. Iramanya yang menusuk kalbu turut menerawang di seluruh dunia termasuklah persada muzik tanah air.

Selepas 46 tahun kemunculan album itu, muzik reggae turut menjadi pilihan ramai pemuzik tempatan yang ingin meneruskan perjuangan Marley. Isu-isu kemanusiaan yang diperjuangkan oleh penyanyi berambut simpul mati itu seolah-olah tidak mempunyai tarikh luput.

Kumpulan reggae tempatan seperti Republic of Brickfields yang mengetengahkan genre itu sejak lebih 10 tahun lalu misalnya, masih utuh. Muzik itu terus kuat bergema setiap kali mereka mengadakan persembahan. Malah, para peminat mereka juga tidak pernah jemu mendengarnya.

Penyanyi dan gitaris Republic of Brickfields, Aru berkata, lagu-lagu Marley adalah tentang kebebasan dan kemanusiaan yang sesuai diperdengarkan sepanjang zaman. Selagi dunia belum kiamat katanya, maka selagi itulah lirik-lirik dalam lagu-lagunya sesuai untuk dihayati.

"Tidak keterlaluan kalau dikatakan Marley merupakan pelopor irama reggae. Beliau ditakdirkan muncul dalam genre muzik ini untuk menyampaikan mesej-mesejnya yang tersendiri. Ia datang daripada ketulusan hatinya yang ikhlas," katanya sewaktu dihubungi Hits baru-baru ini.

Republic of Brickfields yang pernah menghasilkan sebuah album berjudul Ganjaran kira-kira lima tahun lalu tidak terkecuali meneruskan jalur muzik reggae. Malah, intipati lirik lagu-lagu yang mereka ketengahkan juga meneruskan semangat dan aspirasi yang pernah diperjuangkan oleh Marley.

Aru dan kumpulannya bukanlah satu-satunya kumpulan reggae tanah air yang mengetengahkan genre muzik itu. Sebaliknya, pengaruh muzik Marley dan The Wailers pernah ditampilkan oleh kumpulan duo, Rampa yang dianggotai oleh Zainal dan Poe pada awal tahun-tahun 1980-an.

Kumpulan yang pernah popular menerusi lagu seperti Jelaskan Hutang dan Jemputan Kahwin itu contohnya, sarat menampilkan lirik-lirik lagu yang berunsur sindiran terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat. Ia disampaikan secara bersahaja melalui irama reggae mereka.

Sepanjang 16 tahun pembabitan Marley dalam bidang muzik, mendiang telah menghasilkan lebih 10 buah album bersama kumpulannya, The Wailers. Album-album dan lagu-lagunya kini bukan setakat bertaraf malar segar tetapi ia juga terus dirakamkan semula dalam banyak versi.

Selain album The Wailing Wailers, Marley turut menghasilkan album berjudul Soul Rebel (1970), Soul Revolution (1971), Catch A Fire (1973), Burnin (1973), Natty Dread (1974), Rastaman Vibration (1976), Exodus (1977), Kaya (1978), Survival (1979) dan Uprising (1980).

Sementara album Confrontation pula diedarkan pada 1983 selepas kematian mendiang. Semua material itu banyak mempengaruhi para pemuzik dan penggemar irama reggae di seluruh dunia. Genre muzik itu diiktiraf sebagai salah satu genre penting selain klasikal, jazz, blues dan rock.

Sebuah lagi kumpulan reggae tempatan, Pure Vibracion yang ditubuhkan pada 2003 turut sering menyanyikan semula lagu-lagu Marley. Kata vokalisnya, Joe ia bukan sahaja sebagai suatu apresiasi tetapi juga pengiktirafan terhadap lagu-lagu mendiang yang bersifat sejagat.

"Lagu One Love contohnya, adalah sebuah lagu berunsur penyatuan semua manusia tanpa mengira warna kulit. Kami sering menyampaikan lagu itu selain Waiting In Vein yang juga mempunyai nilai-nilai murni dalam liriknya pada persembahan-persembahan kami," ujarnya.

I Shot The Sheriff, No Woman No Cry, Could You Be Loved, Stir It Up, Three Little Birds dan Buffalo Soldiers antara lagu popular Marley. Banyak pemuzik popular masakini seperti kumpulan U2 sering menyanyikan lagu Redemption Song yang juga pernah dipopularkan oleh Marley.

Ternyata ledakan muzik reggae yang dipelopori Marley cukup membanggakan negaranya, Jamaica. Reggae, Marley dan Jamaica seakan-akan sebati dalam sebuah acuan. Bekas Perdana Menteri Jamaica, Edward Seaga cukup bangga dengan pencapaian Marley.

Pada 21 Mei 1981 iaitu tidak lama selepas kematian Marley, pemimpin negara itu meluahkan pengiktirafannya terhadap ikon terbabit.

"Suara Marley adalah mewakili tangisan dunia. Dia tidak mungkin terpadam dalam minda kita dan sejarah negara ini," katanya pada suatu ucapan.

Marley yang meninggal dunia di Miami, Florida, Amerika Syarikat bukan setakat mempunyai bakat besar sebagai penyanyi dan penggubah lagu serta lirik. Malah, mendiang juga boleh bermain alat-alat muzik termasuklah gitar, piano, saksofon, harmonika dan percussions.

Sambutan terhadap lagu-lagu beliau cukup ketara apabila album kompilasi bertajuk Legend yang diterbitkan pada 1984 iaitu tiga tahun selepas kematiannya mencecah jualan 25 juta unit di seluruh dunia. Tidak setakat itu, jualan album tersebut masih berjalan sehingga kini!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Segala-galanya dimiliki

Posted: 15 May 2011 04:23 PM PDT

Hip

pix_gal0
Tubuh langsing, wajah menarik, namun hanya bakat tentukan perjalanan seninya

PAKEJ yang lengkap dari segi bakat, rupa dan penampilan yang menarik adalah cukup sinonim dengan kelayakan seseorang pelakon wanita untuk berjaya di persada seni tanah air.

Hanya masa saja untuk menentukan sejauh mana boleh bertahan di persada hiburan ini.

Nama Izreen Azminda mungkin jarang atau tidak pernah didengar seperti beberapa pelakon popular sedia ada. Namun, percayalah kalau bakatnya digilap dengan baik dan dia sendiri sentiasa berusaha memperbaiki kekurangan, Izreen boleh menjadi muka baru yang sudah bersedia menggantikan pelakon sekarang pada bila-bila masa sahaja. Dicabar kuruskan badan

IZREEN Azminda, 26, sedar saingan yang wujud di dalam dunia lakonan bukanlah calang-calang, tetapi di atas minat yang menebal, pelakon yang sudah menceburi dunia lakonan sejak empat tahun lalu ini berusaha gigih untuk tampil lebih menarik.

Demi minat yang mendalam di dalam dunia lakonan, gadis ini tekad untuk menurunkan berat badannya yang agak gempal, kerana menurut Izreen, badannya sebegitu rupa membuatkan kurangnya tawaran berlakon yang diterima.

Mengimbas kembali, atas desakan dan kritikan dari pengarah terkenal, Rosyam Nor, yang dianggap sebagai pembakar semangatnya itu, Izreen menguatkan tekadnya untuk mengawal pemakanannya secara serius.
Seperti kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, macam mana nak dapat sagunya. Ternyata usaha gadis ini membuahkan hasil apabila mana kini dia tampil lebih langsing dan menyerlah berbanding dulu.

"Mungkin dulu saya agak berisi dan tampak kasar. Namun sejak 2009, saya sudah mulai kurus serta tampil feminin dan dari situ saya dapat merasai kelainannya dengan lebih banyak watak yang ditawarkan.

"Rosyam Nor adalah insan yang banyak menolong saya dan disebabkan kata-katanya, saya mengambil langkah untuk diet. Katanya, jika saya berjaya menguruskan badan, dia akan mengambil saya berlakon dalam dramanya.

"Ternyata di atas usaha gigih saya, dalam masa setahun lebih, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12 kilogram, iaitu dari 65 kilogram kepada 53 kilogram. Juga, abang Rosyam mengotakan janjinya dengan mengambil saya berlakon di dalam drama berjudul Isabella.

"Saya mengamalkan pemakanan yang sihat di mana saya mengurangkan pengambilan nasi yang berlebihan dan makan malam dielakkan serta senaman juga tidak dilupakan," katanya yang ditemui di Studio Hip baru-baru ini.

Kesan positif Cikgu Zakiah

MENURUT Izreen lagi, kejayaannya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 menjadi titik mula buatnya menceburi bidang lakonan secara lebih serius.

Namun, melihat pencapaian rakan seangkatan dengannya, Scha Al Yahya yang lebih berjaya darinya, sedikit pun tidak terlintas perasaan cemburu kerana berpendapat rezeki terletak di tangan Tuhan.

Walaupun namanya dikatakan lambat dikenali oleh orang ramai, itu tidak melemahkan semangatnya, malah ia memangkin usahanya supaya lebih kuat bekerja bagi mencapai kejayaan.

Selain itu, sebelum ini gadis kelahiran Kangar, Perlis ini banyak menjayakan watak antagonis dan wataknya di dalam drama bersiri Juvana, sebagai Cikgu Zakiah adalah watak baik pertama baginya sepanjang empat tahun terbabit di dalam dunia lakonan.

Katana, watak Cikgu Zakiah agak sukar untuk dibawa kerana watak berkenaan amat berlainan dengan watak yang pernah dibawanya sebelum ini, namun di atas dorongan dan tunjuk ajar dari keluarga, kawan-kawan serta krew produksi, dia berjaya mengatasi kelemahannya.

"Dan saya juga amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terbabit, kerana di atas sokongan mereka watak Cikgu Zakiah mendapat banyak komen positif serta drama Juvana juga mendapat rating yang cukup tinggi pada awal tayangan.

"Selain itu, saya lihat ada peningkatan dalam diri saya dari segi lakonan di mana orang ramai sudah mulai mengenali saya secara tidak langsung tawaran lakonan yang diterima juga semakin bertambah. Diakui tahun ini memang murah rezeki saya," ujar Izreen yang lebih menggemari melakonkan watak antagonis ini.

Sepanjang empat tahun terbabit dalam bidang seni, Izreen sudah beraksi dalam beberapa drama antaranya Nenek Kebaya, Gelora Di Hati Sarah 2 serta Samson dan Delaila. Selain itu, dia juga pernah muncul dalam dua filem iaitu Otai dan Nana Tanjung 2.

Ketika ini, Izreen baru saja selesai dengan penggambaran telefilem bersama pengarah Micheal Ang berjudul Mendongak Ke Langit.

Melihat ke hadapan, graduan Jurusan Kewartawanan Malaysian Institute of Integratif Media (MIIM) ini juga tidak mahu hanya bergantung pada karier seninya, Izreen bercita-cita untuk menjalankan perniagaan dengan membuka salon apabila kedudukan ekonominya sudah kukuh.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perjalanan ajaib

Posted: 15 May 2011 04:18 PM PDT

Hip

pix_gal0
Perjuangan empat dekad Sweet Charity dirakam dalam buku

SEPANJANG 40 tahun memperjuangkan muzik, kumpulan rock legenda Sweet Charity tidak pernah terkecuali melalui episod pasang surut dalam perjuangan seni mereka. Sejak ditubuhkan pada 1967, kumpulan yang berasal dari Singapura itu pernah beberapa kali bersilih ganti anggota, tetapi perkara itu tidak pernah menjejaskan kewujudan kumpulan terbabit.

Aktif mengadakan persembahan di tapak pesta sekitar Singapura, Sweet Charity kini hanya tinggal berempat iaitu Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Rahman Sarbani dan Ahmad Jaafar Jawahir, setelah Syed Hassan Al Attas dan Masrom Hamid terlebih dulu kembali ke pangkuan Yang Maha Esa.

Biar cuma berempat, mereka terus berjuang demi kelangsungan Sweet Charity. Dedah Ramli Sarip yang mewakili temannya pada majlis pelancaran Buku Bergambar, DVD dan CD eksklusif Konsert Sweet Charity di Esplanade, Singapura pada 2009, lambang perjalanan seni mereka kekal sehingga 40 tahun apabila sentiasa menganggap kesusahan sebagai cabaran. "Kerja seni tidak boleh ada kekecewaan. Saya tidak pernah anggap kepayahan sebagai musibah, sebaliknya kesusahan itu mengajar siapa diri kita. Kesusahan itu juga yang mengajar kami mengenai pengorbanan, pasrah dan membantu kami menjadi lebih yakin.

"Dalam muzik, jika berasa penat, maka berehatlah sekejap. Jangan berhenti kerana kerja seni tidak boleh habis. Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk berhenti kerana ini saja kerja yang saya rasa sesuai dan tahu," kata Ramli yang ditemui selepas pelancaran buku terbabit.

Buku berjudul Sweet Charity 40 Tahun Bagaikan Bermimpi itu hanya dicetak kira-kira 3,000 naskhah. Justeru peminat Sweet Charity harus segera mendapatkannya kerana ia tidak akan diulang cetak.

Buku setebal 64 muka itu memuatkan rakaman, catatan serta foto belakang pentas yang unik dijual pada harga RM99.90. Buku terbitan Rasamusic itu ialah hadiah istimewa kumpulan berkenaan buat peminat mereka sempena sambutan empat dekad kumpulan rock & roll.
Ramli yang turut ditemani Rosli berkata, mereka tidak pernah bermimpi akan berada sehingga ke tahap ini, seperti mana yang diluahkan sebagai judul buku itu. Mereka juga tidak pernah merancang Sweet Charity akan hadir dengan buah tangan yang amat bermakna dan boleh dijadikan koleksi peribadi oleh peminat.

"Perjalanan selama 40 tahun cukup mematangkan dan ia satu perjalanan yang ajaib. Kami tidak pernah merancang untuk menghasilkan sebuah buku sehinggalah ia menjadi kenyataan. Mungkin kehadiran buku ini dapat memberi idea kepada artis tempatan lain untuk menghasilkan buku serupa.

"Idea untuk menerbitkan buku ini terbit selepas menjayakan konsert di Singapura, dua tahun lalu. Juriah Banding dari Rasamusic mencadangkan supaya kami menghasilkan buku yang memaparkan perjalanan seni muzik kami. Buku itu tidak perlu panjang tetapi padat. Semua yang terkandung dalam buku ini dipilih oleh Juriah sendiri," kata Ramli.

Bergabung dengan Blues Gang dalam Konsert Raksasa 2

BAGI Ramli, tidak ada yang menggembirakan hati apabila melihat golongan muda masih meminati dan membeli tiket untuk menyaksikan persembahan mereka. Lebih menggembirakan lagi apabila menyaksikan anak muda yang belum lahir ketika kumpulan itu ditubuhkan, mampu mengikut Sweet Charity menyanyi.

Sesungguhnya tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk berada sejauh ini. Hanya ungkapan terima kasih mampu diluahkan atas sokongan berterusan daripada peminat. Katanya, kumpulan lama mampu bertahan kerana mereka mempunyai banyak karya yang hendak dipersembahkan.

"Kenapa artis sekarang tidak mampu bertahan dan dikenali generasi muda kerana kebanyakannya berpecah selepas hanya memiliki sebuah album. Mereka tidak mempunyai banyak lagu, itulah sebabnya kenapa artis baru tidak mampu bertahan. Berbeza dengan artis dulu, kebanyakannya memiliki berbelas-belas album dengan puluhan lagu, jadi karya kita terus hidup.

"Ada juga kalangan artis masa kini yang tidak bersedia untuk menjadi artis. Mereka fikir dunia muzik boleh main-main, jadi apabila tidak mampu menerima sepak terajang dunia seni, mereka mengambil keputusan untuk mengalah," katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, penyanyi berusia 59 tahun itu akan mengadakan persembahan bertemakan Tenaga, Semangat dan Bunyi di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 19 Jun ini. Pada persembahan selama dua jam itu, dia berjanji akan menyanyikan seberapa banyak lagu tanpa batasan.

Selain itu, Sweet Charity akan kembali bekerjasama dengan kumpulan Blues Gang selepas kali terakhir bergabung kira-kira 28 tahun lalu. Konsert yang diberi nama Konsert Raksasa 2 itu dirancang diadakan pada 9 Julai nanti.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


PARTI PURPLE BERSAMA ZIANA ZAIN...

Posted: 15 May 2011 03:46 PM PDT

Dah lama Kak Ziana kita tak buat parti bagi meraikan rakan rapat dan rakan media. Rasa rindu pula dengan keletah Kak Ziana kita ni yang mudah mesra.

Malah baru-baru ini apabila Kak Ziana kita hadir dalam sebuah parti warna purple, habis riuh-rendah dibuatnya. Lebih menarik, kek yang disediakanpun cukup istimewa..!


Klik untuk imej besar...







(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambit Akui Tidak Beri Komitmen Terhadap KMJ

Posted: 15 May 2011 07:16 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Gambit Saifullah mengakui tidak dapat memberi komitmen terhadap latihan teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ)yang bakal di pentaskan pada 27 Mei hingga 5 Jun ini sehingga namanya terpaksa digugurkan oleh pihak produksi.

Gambit berkata, terlalu sibuk dengan projek milik produksinya membuatkan dia gagal untuk menyertai sesi latihan yang dilakukan sepanjang bulan Mei ini.

"Saya terima keputusan mereka untuk menggugurkan saya dalam teater tersebut jika itu adalah yang terbaik buat teater itu.

"Saya mengaku tidak dapat memberi komitmen dan fokus terhadap sesi latihan tersebut kerana mempunyai bebanan tugas lain iaitu ingin menyiapkan klip video, penyanyi Prima Yinn untuk pasaran luar negara," katanya kepada mStar online, di sini, Ahad.

Gambit diminta mengulas tentang penggugurannya dari produksi teater muzikal KMJ kerana kurang bersedia dan tidak beri komitmen pada keseluruhan produksi.

Perkara tersebut juga telah menyebabkan tempatnya digantikan dengan pelakon baru Arjee Lee.

Sementara itu, dia juga mengaku mempunyai komitmen terhadap sebuah telefilem dan ditambah dengan beberapa masalah peribadi menyebabkannya hilang fokus.

"Bulan ini banyak perkara yang mengganggu saya termasuk masalah peribadi yang menyebabkan saya tidak dapat untuk menumpukan perhatian pada sesi latihan.

"Saya juga terlibat dengan telefilem Perempuan Bergaun Pengantin yang dijangkakan habis penggambaran pada 18 Mei ini," katanya.

Ketika ditanya tentang kesediaan berlakon teater, Gambit menganggap dirinya mampu untuk melakukannya namun tidak mempunyai masa yang cukup untuk latihan yang panjang.

"Saya boleh berlakon teater dan sudah bersedia untuk itu cuma masa latihannya yang hampir setiap hari itu bertembung dengan jadual dan komitmen lain,

"Bagaimanapun, Insya-Allah jika diberi peluang di masa akan datang saya akan cuba memberikan yang terbaik," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, proses keguguran tersebut dibuat secara baik melalui hasil perbincangan kedua-dua belah pihak.

Jehan Miskin, Aril Zafriel dan Amylea Kunjungi Pembaca mStar

Posted: 15 May 2011 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Jehan Miskin, Aeril Zafrel dan penyanyi Amylea membuat kejutan apabila hadir ke rumah peminat bertuah Aminah Ibrahim, 66, untuk bersarapan pagi.

Ketiga-tiga selebriti tersebut amat teruja apabila kedatangan mereka disambut dengan pelbagai juadah makanan.

Menurut tuan rumah, Aminah Ibrahim, 66, kehadiran selebriti ini bagaikan sebuah mimpi menjadi kenyataan kepadanya yang sememangnya merupakan peminat kepada ketiga-tiga selebriti tersebut.

"Ini kali pertama saya rumah kami dikunjungi dengan artis dan saya rasa sangat terharu dan gembira sekali.

"Saya berharap kehadiran artis ini menjadi inspirasi kepada anak saya yang berhasrat untuk bertapak dalam bidang yang sama," katanya ketika ditemui selesai majlis tersebut.


Deejay Naim membaca nota yang ditulis oleh Mak Su kepada anaknya.
Aminah atau lebih mesra dipanggil Mak Su telah menghantar penyertaan untuk acara Bersarapan Pagi bersama mStar dan Suria FM yang bertujuan untuk memberi kejutan kepada anak lelakinya, Mohd Kamil Affendi.

Sementara itu, Jehan menganggap acara ini merupakan aktiviti yang sihat dan mampu merapatkan hubungan artis dengan peminat dengan lebih rapat.

"Rasa ngantuk saya hilang apabila bertemu dengan keluarga ini, mereka terlalu baik hati dan melayan kami dengan baik.

"Saya tumpang gembira melihat mereka gembira dapat berjumpa kami, secara keseluruhannya ia tidak seperti yang saya jangkakan," katanya.

Dalam pada itu, Amylea berkata sangat teruja dan ini merupakan pengalaman pertama berjumpa dengan keluarga peminat secara lebih dekat.

"Kebiasaannya kita berjumpa peminat secara ramai-ramai di restoran atau kedai makan tapi kali ini secara lebih dekat.

"Saya tidak sangka pula mereka beri layanan sebegini dan menyambut kedatangan kami dengan mesra," katanya.


Jehan, Pak Su dan Aeril.
Aeril pula berkata, pengalaman pertama ini sangat bermakna kerana pertama kali menyertai aktiviti seperti ini.

"Ini kali pertama saya ikut acara sebegini dan ia sangat seronok. Walaupun terpaksa bangun awal pada hari tidak bekerja tapi ia berbaloi," katanya.

Manakala bagi penyampai Suria FM, Naim, acara seumpama ini memberi peluang kepadanya memperkenalkan diri kepada pendengar.

"Acara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara selebriti dan peminat. Secara tidak langsung juga dapat mempromosi stesen Suria FM kepada pendengar baru," katanya.

Sarapan Pagi Bersama mStar dan Suria fm yang ditemani dengan selebriti popular bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara pembaca, pihak akhbar dan selebriti.

Malah pembaca akhbar Mingguan mStar berpeluang menerima kejutan apabila artis popular terpilih akan hadir untuk bersarapan pagi di rumah mereka bersama geng mStar dan juga deejay popular Suria FM.

Acara ini akan diadakan setiap dua minggu sekali bermula 10 April sehingga 22 Mei depan.

Untuk menyertai kejutan ini, para pembaca dikehendaki mengisi borang penyertaan dengan mendapatkan akhbar Mingguan mStar yang diedarkan sekitar Lembah Klang pada setiap Ahad (diterbitkan bersama Sunday Star).

Menerusi borang tersebut, pembaca dikehendaki menulis maklumat peribadi berserta sebaris ayat yang mudah dan hantarkan kepada pihak kami untuk pemilihan.

Pemenang bertuah akan dihubungi oleh pihak penganjur dan mereka berpeluang untuk menerima kunjungan artis pada suatu pagi di hari minggu yang indah.

Noh Garang Bertempat

Posted: 15 May 2011 07:14 AM PDT

ORANG sering kali menganggap vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh merupakan seorang yang berlagak, degil dan gemar cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang yang berada di sekelilingnya.

Benar, sikapnya lebih senang berterus terang. Namun, karakter Noh bukanlah seperti yang disangka.

Tanyalah sesiapa sahaja yang rapat dengannya atau pengikut Hujan, Raingers, pasti mereka akan berkata Noh seorang yang 'gila-gila' dan sering menceriakan suasana.

Faham dengan keadaan dan pendapat umum yang tidak semestinya berpihak pada diri, tunang kepada penyanyi Mizz Nina itu menerima segala kritikan dengan hati terbuka.

"Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tapi selalunya orang yang tidak kenal saya akan berfikiran negatif tentang diri saya.

"Lagipun saya tidak boleh nak puaskan hati semua orang. Bagaimanapun, saya tetap menerima pendapat orang untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik berbanding sebelumnya," tuturnya memulakan bicara.

Sepanjang sesi fotografi diadakan di kedai pakaian Morning Rocket, Kuala Lumpur tidak susah sebenarnya untuk berkomunikasi dengan penyanyi ini.

Bercerita lanjut mengenai karakter diri Noh, dia mengakui ada masanya dia akan menjadi seorang yang garang apabila melakukan sesuatu yang berkaitan dengan kerja.

"Ya, saya garang bertempat. Saya hanyalah insan biasa yang ingin berkarya dan akan melakukan sesuatu perkara jika ia dirasakan betul," tegasnya.


Nina, penyejuk hati

Sejak mengenali Nina atau nama sebenarnya, Syazrina Azman pada awal tahun lalu, Noh akui, tunangnya itu telah banyak mengubah dirinya daripada pelbagai segi.

Rasa bertuah memiliki penyanyi yang popular dengan lagu "What Are You Waiting For" itu, Noh amat berharap agar perancangan untuk menikahi Nina pada 1 Julai depan dapat dilaksanakan dengan baik.

"Jujurnya, Nina merupakan penyejuk hati saya. Dia telah mengurangkan panas baran, bahasa percakapan, tingkah laku serta menjaga kesihatan saya.

"Kalau nak diikutkan, macam-macam lagi perkara yang telah dia buat dan saya bersyukur kerana mengenali dan bakal memilikinya," tutur Noh.

Tidak sampai dua bulan lagi, majlis pernikahan Noh dan Nina bakal berlangsung, Noh sudah tidak sabar untuk menanti hari bahagia tersebut.

Malah katanya, dia juga tidak sabar merasai gelaran dan tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Sebagai seorang lelaki, saya sentiasa mencari jalan untuk memantapkan diri dari segi persediaan saya untuk menghadapi gelaran sebagai seorang suami.

"Kawan-kawan dan orang di sekeliling pun sudah banyak menasihati. Alhamdulillah, saya bersyukur juga kerana ramai yang menyokong dan sentiasa berada di sisi.

"Kerana mereka jugalah membuatkan saya berasa mudah untuk menghadapi hari perkahwinan serta penjagaan rumah tangga nanti," ujarnya.

Hujan semakin 'mengganas'

Tanyalah mana-mana penyanyi, mereka tidak mungkin pernah terfikir mampu memperoleh pelbagai kejayaan dengan sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi.

Begitu juga dengan Noh serta ahli kumpulannya yang lain, populariti dan kejayaan merupakan perkara terakhir yang akan difikirkan.

Bagi anak kelahiran Sarawak ini, Hujan hanya ingin menghasilkan muzik yang terbaik untuk diperdengarkan kepada sesiapa sahaja yang sudi ingin mendengarnya.

"Kalau nak tahu, untuk memiliki sebuah "band" bernama Hujan pun kami tidak pernah terfikir. Apatah lagi mahu menjadi popular dan berjaya dalam industri muzik tempatan. Semua ini berjalan dengan sendirinya.

Tambah Noh, perjalanan muzik Hujan sepanjang lima tahun ini mencerminkan cara pergerakan mereka di mana mereka terpaksa melalui turun naik pergerakan industri muzik dan pada masa yang sama mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.

Ditanya pula apakah kepuasan maksimum mereka saat membuat persembahan di khalayak umum, kata Noh dia seronok dan terhibur apabila melihat wajah-wajah penonton menyanyi bersama-sama dengannya.

Sementara itu, sengaja bertanya andai kata Noh bukan seorang pemuzik apakah pekerjaan yang mungkin akan dilakukan, seloroh Noh dia mungkin bekerja di restoran makanan segera, KFC.

"Senang untuk saya makan ayam.. Hahahahaha. Bukanlah macam tu... Mungkin saya menjadi seorang tukang masak kerana ingin mengikut jejak seperti emak saya yang memang cekap bila bab memasak." katanya.

Apa kata Noh?

- Garang

Garang adalah perkataan yang berbeza dari ladang.

- RempitKalau memandu di malam Sabtu, mesti nampak ramai kelibat mat rempit "berracing" dekat Duke Highway.

- GitarSaya terbeli gitar di Perancis.

- Bila sedihBila sedih bukan tajuk lagu 'Bila Aku Sudah Tiada'.

- PolitikSaya bosan bila nak selak surat khabar banyak berita tentang politik yang melampau-lampau dan tak logik.

- Kanak-kanakPerangai saya dan ahli kumpulan Hujan yang lain kadang- kadang macam perangai kanak-kanak.

- Irama Malaysia

Saya suka lagu Nirmala, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

- HobiSaya obses dengan animasi Jepun.

Amar Baharin amal makanan rebus

Posted: 15 May 2011 07:14 AM PDT

PADA mulanya, pelakon Amar Baharin mahu bergelar seorang model. Tetapi hajat tersebut tidak kesampaian apabila ketinggiannya tidak mencukupi.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang pemuda berusia 26 tahun itu untuk mengekalkan bentuk badan sasa persis seorang ahli bina badan.

Bekas peserta program realiti Anak Wayang ini semakin dikenali setelah muncul dalam drama bersiri Kau Dan Aku di Astro Ria.

Menyentuh tentang perkembangan kariernya, Amar sedang menjalani penggambaran drama bersiri Laila Manja untuk slot Legenda di TV3 yang dijangka akan disiarkan pada Jun ini.

Dia juga sedang menantikan kemunculan dua dramanya berjudul Mimi Mencari Cinta untuk Astro Warna (saluran 132) dan Tanah Kubur (Astro Oasis- saluran 106).

Dengan karakter ceria dan tidak menyombong diri, Amar mudah didekati dan bertegur sapa dengan sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Bercerita sedikit tentang latar belakang Amar, dia merupakan graduan jurusan kejuruteraan elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.Disangka ambil dadah

"Dulu, saya kurus dan cengkung sehingga disangka mengambil dadah. Sehingga apabila memasuki universiti, baru saya teringin membina badan.

"Saya selalu bercampur dengan pelajar jurusan sains sukan dan melakukan 'work out' bersama-sama.

"Selepas itu, saya melihat pertandingan pencarian model di sebuah akhbar. Bagaimanapun selepas melihat syarat-syarat kelayakan, tinggi saya tak lepas.

"Alang-alang saya fikir saya nak kekalkan bentuk badan sasa dengan selalu membuat latihan membina otot. Saya juga perlu menjaga disiplin yang betul dan mengawal pemakanan," kata Amar kepada OopStarz!.

Menyentuh tentang pemakanan, Amar mengurangkan makanan berminyak, bergula dan tidak mengamalkan makanan berkarbohidrat.

"Saya gemar makan pasta dan spageti kerana bagus untuk diet. Kadangkala jika makan nasi seminggu sekali, saya mengamalkan beras perang.

"Lauk pula, saya mengambil lauk yang direbus dan ayam bakar. Selain itu, saya suka makan ayam yang dimasak dengan sup tetapi saya hanya merasa sedikit kuah sup itu.

"Apabila sibuk dengan penggambaran, saya susah jaga disiplin soal makan sebab terpaksa menikmati makanan yang disediakan oleh pihak produksi. Bagaimanapun, saya mengurangkan kadar pengambilan makanan dan banyak minum air kosong," katanya lagi.

Amar juga mementingkan tidur yang mencukupi. Katanya, golongan dewasa perlu mempunyai waktu tidur berkualiti selama enam jam iaitu dari pukul 10 malam hingga 6 pagi.

Disebabkan hari-harinya kadangkala terdedah dengan penggunaan kosmetik, Amar menggunakan percikan air oksigen untuk menyegarkan muka dan kulit tampil bersih.

"Saya akan bersih muka dengan pencuci muka dan menyembur muka sebelum tidur. Apabila bangun pagi, saya meregangkan otot badan dan bergayut pada palang sebanyak 15 kali.

Buat rawatan muka

Jangan ada yang tidak tahu, Amar pernah mengikut kawan wanitanya membuat rawatan muka.

"Saya pernah buat rawatan stim muka untuk mengeluarkan bintik putih dan bintik hitam. Tetapi mata saya tak tahan sehingga air mata meleleh dan sukar bernafas.

"Sejak insiden itu, saya jarang melakukan rawatan muka. Tetapi saya mengamalkan multi-vitamin. Saya juga tidak perlu risaukan tentang penjagaan muka kerana muka saya tiada masalah kulit," beritahunya.

Di dalam beg sandang Amar, dia akan pastikan membawa satu bedak kompak untuk hilangkan lingkaran gelap dan memastikan penampilan wajahnya sentiasa rapi.

Baginya kecantikan wanita atau lelaki perlu seimbang sama ada dari segi pemakanan, senaman dan penampilan.

"Kadangkala ada orang yang kerap makan tetapi tidak mahu bersenam. Ada juga yang tidak mahu makan kerana takut gemuk. Tetapi sebenarnya orang itu rugi sebab tidak menikmati makanan dengan baik.

"Selain itu, saya nasihatkan agar setiap orang berehat dengan secukupnya dan cari masa untuk tidur," katanya yang menganggap jenama barangan yang dipakai perlu sesuai dengan taraf hidup artis itu.

AF9: Kay Tersingkir

Posted: 15 May 2011 07:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Adik kepada penyanyi Diddy Hirdy, Kay atau nama sebenarnya Nur Khaidir Bin Muhd, 22, terpaksa akur dengan keputusan meninggalkan pentas Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) selepas diumumkan tersingkir oleh pengacaranya, Aznil Nawawi, malam tadi.

Persembahan Kay yang membawakan lagu Stand By Me oleh Ben E. King ternyata gagal menarik perhatian penonton apabila mendapat undian terendah sebanyak 11 peratus (%).

Menurut Kay, dia akur dengan keputusan tersebut memandangkan dirinya juga tidak puas hati dengan persembahan yang ditonjolkan.

"Apapun, saya bersyukur kerana berjaya bertahan selama enam minggu dan semua ini hasil sokongan yang kuat daripada pengundi, keluarga dan abang saya, Diddy.

"Untuk minggu ini, saya tahu banyak kelemahan yang berlaku pada persembahan saya dari segi vokal dan pergerakan persembahan, rasa macam tak berjalan dengan lancar," katanya selepas siaran langsung progran realiti berkenaan di Studio Astro, di sini.


Saat tersingkir...
Bagaimanapun, tambah Kay, perjalanan nyanyiannya tidak akan terhenti di situ sahaja dan ingin berjuang melakar nama di dalam industri muzik tenpatan.

Pada malam itu, Hazama meraih undian tertinggi sebanyak 21%, diikuti pula dengan Fina (15%), Lena (14%), Nera (13%), Erul (13%) dan Azri mendapat undian 12%.

Selain itu, Aznil turut mengumumkan kejutan baru dimana pada minggu hadapan, pelajar yang membuat persembahan terbaik akan diberikan imuniti dimana ia dapat menyelamatkan pelajar tersebut daripada tersingkir walaupun mendapat undian terendah.

Kata pengetuanya pula, Amy search, dengan imuniti tersebut, dia berharap agar keenam-enam pelajar itu dapat akan menunjukkan prestasi yang bagus dan membuat persembahan yang terbaik.

"Sejak kemasukan Hazama dan Fina, kita dapat lihat pelajar-pelajar lain mula bekerja keras agar tidak tenggelam diantara satu sama lain.

"Saya percaya, dengan format imuniti ini, mereka akan bekerja lebih keras lagi untuk merebut peluang tersebut. Mala, bermula minggu depan, para pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran menerusi lagu yang diberikan," ujarnya.


Persembahan artis jemputan Faizal Tahir
Sementara itu, para pelajar telah membuat persembahan mereka bersama iringan pemain-pemian muzik profesional di bawah pimpinan Aubrey Suwito.

Penyanyi Faizal tahir telah dijemput membuat persembahan di awal konsert dengan membawakan lagu Karma dan turut bertindak sebagai pengkritik undangan pada malam tersebut bersama dua pengkritik tetap, Hattan dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

Konsert AF9 bersiaran secara langsung di Astro Ria menerusi saluran 104 setiap Sabtu pada pukul 9 malam.

Zizan Nin Jadi Jurujual Buat Peminat

Posted: 15 May 2011 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Demi peminat, pelakon Zizan Nin telah meluangkan masa selama dua jam bersama seramai 40 orang peminat bersempena dengan majlis Up Close And Personal With Zizan Nin di butik Lewre di Mid Valley, di sini, Sabtu.

Pada majlis tersebut, Zizan turut menjadi 'jurujual sementara' melayan peminat-peminatnya yang ingin mencuba dan membeli kasut di butik tersebut.

Menurut Zizan yang pertama kali meraikan peminat-peminatnya secara peribadi, majlis tersebut bersempena dengan hari lahirnya yang jatuh pada 17 Mei depan.

"Ini merupakan pertama kali saya meluangkan masa bersama peminat. Sebanrnya saya tak nak terlalu fokus tentang hari jadi saya.

"Nanti, tak fasal-fasal peminat pening hadiah apa yang perlu mereka belikan kepada saya.


Zizan Nin
"Justeru itu, saya membuat konsep, peminat-peminat diberikan layanan istimewa dan menerima beberapa hadiah khas daripada saya," katanya.

Tambah Zizan, tujuannya menghadkan jumlah kehadiran peminat ialah kerana inginkan suasana yang lebih personal agar dapat mengenali setiap mereka dengan lebih dekat.

"Sepanjang lapan tahun saya berada dalam industri hiburan, saya akui, antara saya dan peminat-peminat, memiliki satu jurang yang agak jauh.


Zizan bergambar bersama peminat sebelum majlis bersurai.
"Bila buat majlis seperti ini, saya terkejut ada di kalangan mereka tahu serba serbi tentang diri saya dan ini membuatkan saya terharu dan ingin meneruskan acara sebegini di masa akan datang nanti," katanya yang bakal muncul di kaca televisyen menerusi drama Panggilan Arwah menerusi saluran Astro Citra pada 29 Mei depan.

Pada majlis tersebut, peminat-peminat Zizan diberikan kad ahli Lewre Concept secara percuma.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan termasuklah acara cabutan bertuah, kuiz soal jawab dan Model Search Catwalk dimana peminat yang membeli barangan Lewre memperagakan barangan tersebut dan dinilai sekali gus dapat membawa pulang hadiah daripada Pensonic, Estee Lauder, Aramis Designer & Fragrances, Dermalookz, Secret Garden, A Cut Above dan celeb Nexus premium Community.

Maharaja Lawak: Amir Tak Sangka Disingkir

Posted: 15 May 2011 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peserta Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23 tidak menyangka bahawa dirinya disingkir, selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu ketujuh program tersebut, Jumaat.

Amir yang sering dianggap gagal mempersembahkan lawak yang berkualiti bagaimanapun, menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

"Walaupun persembahan saya dianggap tidak lawak, saya percaya orang masih terhibur dengan persembahan saya.

"Lagipun saya rasa, penonton suka dengan persembahan saya. Apa-apa pun, saya akur dengan keputusan ini," katanya yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.

Selepas penyingkiran tersebut, pengacaranya, AC Mizal, membuat pengumuman bahawa semua peserta Maharaja Lawak yang tersingkir sebelum ini berpeluang untuk kembali ke program itu semula menerusi Undian Masuk di laman Facebook rasmi Maharaja Lawak iaitu www.facebook.com/MaharajaLawak .


Barisan peserta yang berjaya meneruskan pertandingan Maharaja Lawak pada minggu hadapan.
Kata Amir, undian masuk tersebut sudah pun dijangka akan berlaku dan berharap mendapat peluang kedua untuk membuat persembahannya jika dirinya diundi.

Format Undian Masuk itu sekaligus memberi peluang kepada kumpulan Wai, R2, XN3, Alex, Jihan termasuklah Amir beraksi pada minggu hadapan.

Pada malam pertandingan tersebut, kumpulan Jambu telah mendapat markah tertinggi sebanyak 60 peratus (%), kumpulan Jozan (58%), kumpulan Sepah (54%), Nabil (52%), kumpulan Balas (42%) dan Man mendapat markah 40%.

Persembahan pada malam itu bertemakan silent comedy dan antara peserta yang mendapat pujian daripada pihak juri ialah kumpulan Balas, Jambu, Jozan dan Sepah.

Bagaimanapun, persembahan Nabil yang dinanti-nantikan itu gagal memikat hati penonton.

Program Maharaja lawak disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna pada setiap Jumaat.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


gambar nera AF9 yang seksi dan berbikini

Posted: 15 May 2011 08:51 PM PDT

nera af9 seksiWah, belum lagi habis Akademi Fantasia 9, Nera AF9 atau nama sebenarnya Queennera Francine Francis Kitingon sudahpun hangat diperkatakan apabila gambar seksi Nera dan gambar dia berbikini tersebar di internet.. Ramai juga yang tidak tahu yang Nera sebelum ini pernah memasuki pertandingan Miss Earth Sabah 2010 dan sekaligus melayakan dia menyertai Miss Earth Malaysia 2010..

Dalam pertandingan Miss Earth Sabah 2010, Nera AF9 telah berjaya mendapat tempat kedua bersama gelaran Miss Earth-Water, Miss Natural Beauty Groom 2Life and Miss Facebook Favourite.. Jadi tidak hairan la gambar Nera dengan gaya seksi menawan serta gambar Nera berbikini tersebar didunia internet ni.. Buat peminat-peminat Nera AF9 ni.. jom kita layan gambar nera AF9 yang seksi dan berbikini kat bawah ni…

nera af9 seksi

gambar nera af9 berbikini

gambar seksi nera af9

nera af9 seksi

nera af9 seksi

gambar nera af9 yang seksi

gambar nera af9 yang seksi
Gambar: Pirut dan siginoot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fasha Sandha dan Jejai bercinta kembali

Posted: 15 May 2011 07:21 PM PDT

fasha sandha dan jejai bercinta kembaliSelepas kecoh Fasha Sandha dan Jejai putus cinta sebelum ini, Fasha Sandha terus mendiamkan diri tanpa ada sebarang berita.. jangka kami mungkin dia sibuk dengan salun Chinta yang baru dibukanya.. Tapi dalam diam rupa-rupanya percintaan Fasha Sandha dan Jejai sudahpun bertaut kembali.. Gosip yang kami baca di Kosmo ni turut menyatakan yang Jejai telah menghadiahkan seutas jam tangan mewah bagi memujuk Fasha Sandha..

Fasha Sandha juga dikatakan mengalah setelah menerima jam tangan mewah yang mungkin juga jam tangan berjenama kegemaran Fasha Sandha.. kalau betul gosip ni, MyGosip ucapkan tahniah buat mereka berdua, kalau dan bercinta kembali tu.. jangan la tunggu lama-lama.. cepat-cepat la mendirikan apa yang patut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Kutip ilmu di New York

Posted: 15 May 2011 07:43 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LAMA tidak mendengar khabar berita atau perkembangan seni membabitkan artis jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 19.

Belasungkawa Orchid Abdullah (1947 - 2011): Hilangnya bintang lagu ghazal

Posted: 15 May 2011 07:33 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PEMERGIAN Datin Orchid Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah hari, Jumaat lalu akibat penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil (paraganglioma) dianggap satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air khususnya buat rakan seangkatan pada era 1960-an.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Cuba beri yang terbaik

Posted:

Cuba beri yang terbaik

Cuba beri yang terbaik



MEREKA masih terlalu hijau dalam industri seni tempatan. Baik Miera Leyana atau mesra disapa Miera, mahupun Hairul Azreem yang dipanggil Hairul, mereka berdua baru memulakan rentas desa dunia hiburan. Jauh lagi liku yang perlu diterokai untuk rasmi duduk dengan selesa sebagai anak seni.

Tetapi kedua-duanya mempunyai azam yang kuat. Kedua-duanya mahu mencuba sebaik mungkin untuk meloloskan diri dan duduk selesa di dalam 'perkampungan seni' bersama-sama karyawan yang sudah lama berumah tangga di sini. Masing-masing mahu mencuba yang terbaik dengan jalan cerita kerjaya yang berbeza.

Hairul perlu popular

Siapa Hairul Azeem? Itu adalah pertanyaan klise tentang empunya diri. Baru setahun bertatih sebagai pelakon, namun Hairul bukan calang-calang pelakon. Dia tidak masuk dengan tangan kosong, walau dia tidak mempunyai sebarang sijil dunia lakonan.

Sudah banyak penerbit yang menggunakan khidmatnya sebagai pelakon. Walaupun masih baru, dia telah terbabit dengan dua buah filem iaitu Keramat dan Senario Ops Pocot yang masih menanti tayangan. Dalam masa yang sama, dia terlibat dengan drama Ahmad Albab, Jangan Pandang Belakang Congkak The Series dan Asmara 2.

Tetapi sebelum muncul di depan layar, terlebih dahulu dia mengutip pengetahuan di belakang tabir. Kerja utamanya sebelum menjadi pelakon adalah melakonkan lagak ngeri. Sudah banyak karya yang menggunakan khidmatnya termasuk Bio-Nik dan Niang Rapik. Namun selepas dua tahun menjadi pelakon lagak ngeri, peluang terbuka dan bermula fasa baru kariernya sebagai seorang pelakon.

Mengajak si bujang berusia 23 tahun, Hairul, berbicara tentang kariernya, ada api yang berkobar-kobar di dadanya untuk dipandang orang. Dalam erti kata lain, pelakon yang mula mencuri tumpuan menerusi lakonannya dalam drama bersiri Marhabah Delaila itu tidak malu mengaku bahawa dia dahagakan populariti. Bagi anak keempat daripada tiga beradik itu populariti amat penting bagi orang baru seperti dirinya.

Ini kerana dia sedar, dirinya agak ketinggalan di belakang pelakon-pelakon lelaki muda yang ada seperti Shahz Jazle, Fizo Omar atau Kamal Adli. Bukan mahu meletak dirinya setanding dengan nama-nama tersebut, namun kata Hairul, dia juga mahu khalayak sedar akan bakat yang ada pada dirinya dan ada peluang untuk dia mengorak langkah lebih cantik sebagai pelakon pelapis baru.

"Secara jujur saya mengaku populariti amat penting buat saya sebagai pendatang baru. Apabila orang mula mengenal kita, maka orang akan mula menilai kerja yang kita buat dan dalam industri ini. Populariti amat penting untuk seseorang anak seni," katanya tanpa berselindung.


TIDAK pernah berganding sama dalam mana-mana karya, Miera dan Hairul berharap mereka boleh bekerjasama satu hari nanti.


Justeru, langkah pertama yang diusahakan Hairul agar dirinya meraih sedikit perhatian khalayak adalah keluar daripada kepompong selesa. Dia kini lari daripada watak baik yang menjadi salam pengenalannya ke dalam dunia lakonan lebih setahun lalu.

"Saya tahu lakonan saya dengan watak baik kurang diberi perhatian. Malah saya akui, dalam drama Marhabah Delaila saya memang kelihatan amat kayu (tak tahu berlakon).

"Namun semakin lama memahami seni lakonan, saya mahu keluar daripada kepompong selesa. Saya mahu membawa watak yang lebih meninggalkan kesan seperti watak-watak antagonis. Kini, saya kira, saya sedang bergerak keluar daripada kepompong itu apabila banyak penerbit mula memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa watak antagonis seperti dalam drama Asmara 2," katanya yang membawa watak Fikri, adik kepada Asmara dalam drama popular tersebut.

Malah tanpa segan, dia memberitahu mempunyai misi yang lebih besar pada masa akan datang. Hairul menyifatkan misinya itu sebagai sambil menyelam minum air. Dia mahu menjadi pelakon lagak aksi sejati seperti Tony Jaa dan menghasilkan karya seperti filem aksi dari Thailand, Ong-Bak.

Hal itu terdorong kerana dia mempunyai latar belakang seorang ahli taekwondo dan terlibat dalam banyak pertandingan sukan yang diadakan di Malaysia. Namun kerana mengalami kecederaan, dia akhirnya meninggalkan lapangan tersebut dan menjadi pelakon lagak ngeri.

Ahli taekwondo

"Dulu saya merupakan seorang ahli taekwondo dan berhenti bersukan pada tahun 2006 kerana tercedera. Kemudian apabila saya jadi pelakon lagak ngeri, saya tanam impian untuk melihat Malaysia. Saya faham banyak yang mengatakan kos membuat filem aksi tinggi, tetapi saya tetap mahu mencuba, sekurang-kurangnya menghasilkan karya seperti filem Ong-Bak satu hari nanti," katanya penuh semangat.

Miera Leyana pula tahu namanya mendadak jadi sebutan selepas insiden memakai pakaian seksi dalam satu majlis tidak lama dulu. Dia tahu macam-macam label diberikan kepada dirinya dan dituduh seperti mahu mencari publisiti murahan untuk jadi popular.

Ironi, kata gadis yang baru berusia 18 tahun itu, sedikit pun tidak terlintas di hatinya untuk mencari publisiti murahan dengan cara mengaibkan diri sendiri.


PELAPIS baru. Miera Leyana dan Hairul Azeem bersedia menempuh kesukaran untuk menjadi pelakon sejati.


"Saya tak cari publisiti murahan. Kalau saya nak cari, saya rasa saya perlu cari tiga tahun lalu, sewaktu saya mula-mula masuk ke dalam industri dulu. Ia juga bukan satu strategi untuk jadi popular dengan jalan mengaibkan diri sendiri," katanya dengan petah.

Walau tahu ada impak negatif, namun dia tetap bersyukur kerana di sebalik itu, banyak peluang mula terbuka buatnya. Orang industri, kata Miera lagi, tidak menggunakan isu tersebut untuk mengambilnya berlakon, tetap menilai berdasarkan tahap kemampuan dia membawa watak dengan berkesan.

Dia sendiri begitu teruja menjadi seorang pelakon kerana menganggap dunia lakonan membuat dia boleh menjiwai pelbagai karakter yang bukan dirinya. "Dalam dunia realiti, misalnya, saya bukan orang gila, tetapi di dalam lakonan, saya boleh menjadi orang gila. Atau saya bukan pembunuh, tapi saya boleh jadi pembunuh," katanya yang bercita-cita membuka sebuah rumah produksi satu hari nanti.

Malah dalam tempoh tiga tahun lalu, sudah banyak penerbit yang menggunakan khidmatnya. Di kaca televisyen, dia cukup popular dengan drama Kamelia Katrina, Apa Itu Cinta dan Ceria-Ceria Cikgu Rubina. Dalam waktu yang sama, Miera telah terbabit dalam filem seperti Apokalips dan terbaru bakal muncul dengan filem Kasih Yang Suci dan Jangan Pandang-Pandang.

"Saya fikir, semua peluang yang diberi bukan kerana kontroversi itu sebab filem-filem tersebut menggunakan khidmat saya sebelum ia terjadi. Jadi ia adalah bersandarkan bakat, bukan kontroversi," katanya yang mengaku amat suka mencuba pelbagai jenis fesyen.

Namun saat ditanya adakah populariti penting baginya sekarang, gadis manis yang juga aktif sebagai seorang model itu mengangguk dan memberitahu menjadi popular amat penting bagi dirinya.

Dia menyatakan dengan ringkas: "Kalau saya tak popular, orang susah nak beri saya peluang bekerja kerana tak kenal saya. Jadi popular memang penting buat saya."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Orkid Abdullah dalam kenangan

Posted:

Orkid Abdullah dalam kenangan

Orkid Abdullah dalam kenangan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


TINGGAL kenangan. Orkid di samping rakan artis, Datuk Yusni Hamid.


APABILA berkemundang lagu Penawar Rindu di corong-corong radio, nama Datin Orkid Abdullah lantas segera bermain dalam fikiran para pendengar sebagai pelantun lagu tersebut.

Tidak dinafikan lagu berkenaan sebenarnya telah membawa namanya berada pada kelas tersendiri sehingga menjadi pujuaan ramai pada era 60-an dan 70-an.

Kini namanya hanya tinggal kenangan setelah Orkid menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu akibat menderita penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil sejak tiga tahun lalu.

Semasa hayatnya, ramai yang cukup mengenalinya sebagai seorang penyanyi. Namun, sebelum bergelar anak seni, beliau sebenarnya seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Sri Mersing, Mersing, Johor.

Malah, minat dan bakatnya dalam bidang nyanyian sudah mula timbul sejak Allahyarham mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Harian di Johor sekitar tahun 60-an.

Pada masa itu, Orkid sekadar memenuhi undangan membuat persembahan pada hari cuti memandangkan beliau mahu memberi sepenuh tumpuan kepada pengajiannya di maktab tersebut.

Apabila bergelar seorang guru, minatnya terhadap bidang nyanyian masih tetap diteruskan. Bagaimanapun, tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa tidak pernah diabaikan sepanjang menjadi guru selama 20 tahun.

Sepanjang bergelar anak seni, beliau sempat melahirkan tujuh buah album serta sering membuat persembahan dengan Les Coasters, sebuah kumpulan kugiran yang cukup popular pada era tersebut.

Selain lagu Penawar Rindu yang masih lagi popular sehingga hari ini, Orkid turut dikenali menerusi beberapa buah lagu lain seperti Carilah Ganti dan Idaman Dara.

Setelah tidak aktif lagi dalam bidang nyanyian, Allahyarham kemudiannya menghabiskan waktu terluangnya dengan menganggotai kumpulan Kawan.

Diketuai oleh Datin Azizah Mohamad (isteri Datuk A. Rahman Hassan), ia adalah sebuah kumpulan marhaban yang turut dianggotai oleh ramai artis veteran tempatan.

Salah seorang anggota kumpulan tersebut, Zalifah Ibrahim berkata, Allahyarham sememangnya antara artis veteran yang cukup aktif dan bertindak sebagai salah seorang ahli jawatankuasa.

"Memang Allahyarham sering mengikuti program marhaban dan berzanji. Biasanya, beliau juga yang akan mengetuai bacaan doa dalam kumpulan ini.

"Sepanjang mengenalinya apa yang saya lihat beliau adalah seorang wanita yang tidak banyak kerenah dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan," ujar Zalifah yang pernah bergelar penyanyi dan sering bersama-sama membuat persembahan dengan Allahyarham.

Berduet dengan Mawi

Kepergian Orkid dalam pada itu turut dirasai seorang lagi artis veteran iaitu penyanyi Aspalela Abdullah yang sememangnya agak rapat dengan beliau.

"Allahyarham sememangnya seorang insan yang terlalu baik. Dia bukan jenis yang suka sindir-menyindir dan sering menjaga tutur katanya apabila berbicara.

"Malah, sekiranya dia mempunyai sebarang masalah, saya adalah tempat untuk dia mengadu dan sebab itu saya terlalu sedih setelah pemergiannya," ujarnya dalam nada sayu.

Menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun, Allahyarham meninggalkan seorang suami iaitu Datuk Mokhtar Omar, 70, serta empat orang anak iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, Noor Shafri Mokhtar, 35, dan Nur Shafinaz, 31.

Pemergian Allahyarham Orkid sebenarnya turut membawa pergi satu kisah yang mungkin tidak diketahui ramai pihak iaitu mengenai hajat beliau yang tidak kesampaian.

Promoter persembahan pentas terkenal, Mas Omar berkata, antara hajat besar Allahyarham yang tidak sempat untuk direalisasikan ialah beliau mahu berduet dengan Mawi menerusi lagu Penawar Rindu.

"Kira-kira dua tahun yang lalu, Allahyarham ada menemui saya dan memberitahu beliau ingin berduet dengan Mawi dan meminta saya menguruskan perkara berkenaan.

"Kemudian saya telah berbincang dengan Mawi dan dia bersetuju. Namun ia terpaksa ditangguhkan kerana kesihatan Datin Orkid yang tidak mengizinkan sehinggalah beliau meninggal dunia," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Katie Holmes hamil lagi?

Posted:

Katie Holmes hamil lagi?

Katie Holmes hamil lagi?



ISTERI aktor Tom Cruise, Katie Holmes sedang berhadapan dengan khabar angin yang mengatakan dirinya kini hamil. Berita tersebut tersebar selepas muncul beberapa keping gambar yang menunjukkan perubahan fizikalnya, daripada kurus kepada gemuk.

Gambar tersebut sempat dirakamkan jurugambar sewaktu dia sedang membeli-belah di sebuah pusat beli-belah.

Waktu itu, mantan bintang drama bersiri Dawson's Creek itu menyarung pakaian berwarna merah jambu dengan perutnya kelihatan sedikit buncit.

Gambarnya disiarkan akhbar DailyMail, malah sebuah majalah terbitan Amerika Syarikat pula, OK!, dengan yakin mengesahkan berita tersebut dan mendakwa Holmes mengaku dirinya kini sedang hamil anak kedua.

OK! juga mendakwa, ibu berusia 33 tahun itu begitu teruja dan berkongsi berita gembira tentang kehamilannya dengan rakan-rakan rapatnya.

Bagaimanapun, berita itu dibantah oleh wakil Holmes, Ina Treciokas.

"Dia tidak hamil," kata Treciokas dengan tegas dan mendakwa gambar-gambar tersebut dibuat dengan menggunakan teknik tindan tindih.

Tetapi pihak yang merakamkan tersebut, XPosure mendakwa ia sebagai gambar asli.

"Kami tidak mengubah gambar agar orang terlihat gemuk, kurus, hamil dan sebagainya," kata David Taylor jurucakap XPosure.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.