Adsense

Ahad, 2 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Konterversi Video pengakuan Gay Melayu Bernama Azwan Ismail Di Youtube

Posted: 02 Jan 2011 08:07 AM PST

Azwan Ismail Gay Melayu 

Kisah pengakuan Gay Melayu bernama Azwan Ismail semakin menjadi topic panas sehinggakan ada bukti mengatakan kegiatan Gay didalangi oleh golongan VIP. Dan yang paling sedihnya polis amat sukar untuk mendakwa si pelaku kerana mereka saling merelakan dan tidak ada akta yang boleh mendakwa mereka.



Semoga ada akta yang boleh mendakwa pelaku songsang ini walaupun masing-masing merelakan, dan ZoOm berharap tidak akan ada golongan ini yang akan berkahwin di Malaysia terutamanya yang beragama Islam yang melarang kita melakukan hubungan terlarang. Selamatkanlah mereka-mereka ini dan berilah petunjuk agar mereka kembali kepada jalan yang benar.


Apa kata anda ?

Gambar Terbaru Accapan Pelawak Malaysia !!

Posted: 02 Jan 2011 07:48 AM PST

Jika anda peminat Abang Accapan kita ni sudah pasti anda akan tersenyum dengan telatah beliau ketika berada dikaca TV dan didepan mata anda. 

Tak lama lagi Program Raja Lawak 5 akan keudara untuk tatapan anda semua. 

Apa kata anda mengenai program Raja Lawak 5.

Gambar Terbaru Abang Jamal Abdillah Bersama Peminat

Posted: 02 Jan 2011 07:39 AM PST

Gambar ini ZoOm jumpa dari seseorang kawan dalam Facebook, hari demi hari Abang Jamal kita ni tidak menang tangan dengan undangan yang datang. Dan yang terbaru  Abang Jamal akan mengadakan persembahan di Istana Budaya.


Kalau nak tahu lebih lanjut masuk je Facebook Abang Jamal


Lagi gambar terbaru dibawah :



Thanks : Daim Zainudin 

Azlan (The Typewritter) Kini Bergelar Suami !!!

Posted: 01 Jan 2011 09:33 PM PST

ALhamdulillah..semoga pasangan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Azlan atau nama sebenar beliau Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.

Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan.

Majlis resepsi yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman diadakan secara sederhana di Taman Pudu Ulu, Cheras.

Zoom : tengah cari gambar untuk dikongsi bersama :)

Cerita Lawak 18sx : Kisah Si Dunga Dan Gadis Gersang !!!?

Posted: 01 Jan 2011 09:25 PM PST

Ada sorg mamat ni nama dia Dungga.
Dia ni kuat betul nafsu nya n sgt kronik.
1 day Dungga ni p la jumpa satu Tok Guru mintak nasihat kot2 boleh kurangkan nafsu dia yang over tuh.

"Cara yang terbaik nak hilangkan nafsu hang ni adalah hang kena bertapa dalam hutan selama 3 hari. Hang kena betoi2 tahan n lawan nafsu hang tuh selama 3 hari. Kalau dalam masa 3 hari tuh hang ok, normal la nafsu hang tuh"

Maka si Dungga  pun masuk la hutan ngan bawa bekalan makanan serba sedikit untuk alas perut.
Hari pertama, memang seksa sungguh.
Terkemut-kemut dia tahan nafsu dia.
Habis lagu dia nyanyi, habis pantun, syair sume dia balun.


kemudian hari pertama berlalu dengan sukses nya.

Hari kedua, wahhhh lagi la seksa batin die.
Mata merah menyala, tengok daun,ranting kayu,semut pun dia naik nafsu.
Tapi dia tahan juga.
Berbuih-buih mulut dok berdikir barat.
Hari kedua pun berlalu.

Masuk hari ketiga dia dah tak tahan.
Kebetulan nak jadik cite ada la sekor kambing betina melintas depan die.
Tak tunggu dah, dia tak leh tahan.
Dia punya kejar la kambing tuh n lastly dapat lah tangkap.
Dia ikat kaki depan kambing tuh, ikat n gantung kat pokok.
Tp masalahnya waktu die nak buat 'projek' kat kambing tuh tak boleh-boleh.
Pasai kambing tuh dok meronta tendang kaki belakang jadi susah la dia.
Cilakak kambing ni...

Tgh dok cr idea camana nak buat tiba2 die terdengar ada suara org mintak tolong.
Suara perempuan siottttt.
Die pun cuak tapi pi ngendap n tengok sorg perempuan cantik dok telanjang atas batu2 tepi sungai sambil dok kuis2 kain batik die yang nak hanyut.
Dungga pun pi la tolong.
malu2 meoww kucing tuh.
Bila da dapat kain batik n da pakai perempuan tu pun offer.
'abang, oleh kerana abg dah berjasa kat saya, abg mintak lah apa saja saya akan beri, apa saja' kata perempuan tu yang juga tengah gersang.
Dunga senyummmmmmmmmmmmmmmm ..hehhehehehhehehhe

Rasa2 korg apa die mintak??
ni haaaa jawapan Dungga.......

"Cantik lah tuh.....boleh tak awak tolong saya pegang kaki kambing kat sana..saya ada misi hehehhehehehhe"

Siottttttttttttt je jawapan..means die pilih kambing bebanding perempuan tuh

Cerita Lawak : Kisah Pelajar Yang Meniru

Posted: 01 Jan 2011 09:20 PM PST

DALAM SATU KELAS YANG SUNYI,


SEORANG CIKGU BIO TELAH MEMBERI SATU TUGASAN IAITU MENYURUH PARA PELAJAR DALAM KELASNYA MELUKIS ORGAN PEMBIAKAN PEREMPUAN.
SORANG PELAJAR PEREMPUAN TERUS MELIHAT DALAM KAINNYA UNTUK MELUKIS BENTUK ORGAN PEMBIAKANNYA........

TIBA2 SEORANG LELAKI TERNAMPAK PERBUATAN ITU DAN MENJERIT2:


"CIKGU ADA ORG MENIRU!!" ... DENGAN NADA MARAH... 

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Soal menang bukan agenda utama

Posted:

Soal menang bukan agenda utama

Soal menang bukan agenda utama

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR dan MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


FOKUS Faizal Tahir hanyalah untuk memberikan persembahan terbaik pada malam AJL25 nanti.


JIKA mengikut trek rekod Faizal Tahir dalam sejarah Anugerah Juara Lagu (AJL), tahun ini merupakan penyertaannya kali keempat dalam pertandingan anjuran TV3 itu.

Sekadar menyedarkan kembali ingatan pembaca, kali pertama Faizal menyertai AJL adalah pada tahun 2008 dengan dua buah lagu iaitu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta.

Malangnya, kerana kesilapan dirinya sendiri, Faizal dilarang membuat persembahan gara-gara kes buka bajunya sehingga terpaksa digantikan dengan juara Mentor musim kedua, Fiq serta finalis Akademi Fantasia musim kedua, Bob.

Setahun selepas itu, Faizal menebus kekecewaannya apabila sekali lagi dia bertanding dengan dua buah lagu iaitu Cuba dan Sampai Syurga.

AJL23 menyaksikan rezeki benar-benar berpihak kepada Faizal apabila dia merangkul tiga trofi iaitu Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan juara kategori Balada bagi lagu Sampai Syurga.

Tahun lalu pula boleh dikatakan tahun yang cukup menyiksakan buat Faizal apabila terpaksa bertanding dalam kesakitan kerana penyakit trombosis pembuluh darah (DVT).

Biarpun tewas kepada lagu Pergi ciptaan dan lirik oleh Pete Teo serta Amran Omar, Faizal tetap berpuas hati dengan kemenangan Bencinta di tempat ketiga.

Bagaimana pula tahun ini? Adakah gelaran Juara Lagu 25 akan menjadi milik Faizal sementelah dua buah lagunya, Selamat Malam dan Hanyut berjaya ke AJL25.

Pemerhati dan peminat dunia hiburan tempatan yang kini mula berteka-teki meramalkan AJL25 dengan mudah akan menjadi milik Faizal.

Bertemu dengan empunya badan dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, Faizal dengan pantas menggelengkan kepalanya saat diajukan persoalan itu.

Bukan tidak yakin pada dirinya, tetapi dengan penuh rendah diri, Faizal langsung tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi sebarang kategori tahun ini.

Baginya, persaingan kali ini cukup sengit dan dia sendiri terkejut apabila Selamat Malam serta Hanyut menjadi pilihan juri di peringkat separuh akhir sehingga melayakkan dua lagu mara ke pentas akhir.

"Saya menganggap semua ini sebagai rezeki dan saya sendiri tidak menyangka Selamat Malam dan Hanyut berjaya ke AJL25. Saya menyangkakan lagu Adrenalin yang akan terpilih kerana saya percaya dengan kekuatan lagu itu.

"Lagipun, ia sungguh menyeronokkan apabila dapat membuat persembahan dengan lagu yang cukup rancak di pentas akhir.

"Namun, apakan daya dan nampaknya rezeki berpihak kepada Selamat Malam dan Hanyut. Bagi saya kalau satu lagu saya ke peringkat akhir, itu sudah memadai buat saya," kata Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Mohammad Tahir ini penuh makna.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penantian enam tahun Ning

Posted:

Penantian enam tahun Ning

Penantian enam tahun Ning

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar KOLEKSI PERIBADI NING


Ning Baizura bakal muncul dengan album terbaru berjudul Dewa tidak lama lagi.


PENYANYI bersuara soprano, Ning Baizura merupakan artis yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Berkebolehan menyampaikan lagu bernada tinggi menjadikan Ning antara artis yang cukup istimewa di mata peminat.

Perkembangan seni penyanyi itu sejak 17 tahun lalu memperlihatkan Ning bukan hanya fokus terhadap lapangan nyanyian, malah kini dia sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Filem lakonan Ning yang pertama ialah 13 tahun lalu menerusi Gemilang arahan Yusuf Haslam bergandingan dengan Erra Fazira dan Hans Issac.

Filem lain yang turut dijayakan Ning termasuklah Maria-Mariana 2 (1998), Bara (1999), Mimpi Moon (2000), Malaikat Di Jendela (2001), Lady Boss (2005), Diva (2007) dan Magika (2010).

Penyanyi yang kini cukup popular dengan lagu Mama Papa itu, tidak lama lagi bakal muncul dalam filem terbaru, Cun yang dijangka menemui penonton tahun ini.

Bercerita tentang single Mama Papa, ia merupakan salah sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album kesebelasnya, Dewa yang dijangka siap pada Januari ini.

"Sudah lama sangat saya tidak muncul dengan album terbaru.

"Seingat saya kali terakhir album Melayu saya dirakamkan ialah pada tahun 2004 menerusi album Erti Pertemuan. Bagaimanapun album Inggeris, East To West dirakamkan pada tahun 2007," katanya.

Berbeza dengan pengalaman lalu dalam penghasilan album, jelas Ning, kali ini kolaborasinya dengan Audi Mok memberi kebebasan buatnya dari pelbagai segi.

Ini termasuklah pemilihan lagu, konsep album serta susunan muzik yang menjadi pilihannya.

"Diberi kebebasan sebegini bagi saya lebih memudahkan. Saya dapat berdikari dan mencipta pencapaian tersendiri dalam diri.

"Walaupun sudah enam tahun tidak menghasilkan album Melayu, saya tidak pernah merasa tersisih. Apatah lagi dua tahun lalu, saya begitu sibuk dengan urusan pembukaan syarikat sendiri iaitu Happenings.

"Jadi, proses penghasilan album Dewa ini tertangguh selama dua tahun disebabkan ketika itu syarikat baru hendak bertapak dan baru mula mengumpul modal sedikit demi sedikit," kata Ning.

Album yang diterbitkan oleh Ning dan Audi Mok yang turut bekerjasama dengan Satu Entertainment itu menampilkan sebanyak lapan buah lagu yang berkonsepkan balada, pop, elektro dan dance.

Mengembangkan bakat seni yang ada pada dirinya, Ning kali ini turut menulis sebuah lagu berjudul Propaganda.

Kerjasama dalam menghasilkan lagu Bebaskan tidak lama dahulu membuatkan Ning sekali lagi menaruh kepercayaan kepada Audi Mok dalam album terbarunya itu.

Berkebolehan, rakan yang baik serta berani menyahut cabaran membuatkan penyanyi kelahiran Kajang, Selangor itu menaruh kepercayaan besar kepada komposer tersebut.

"Dia (Audi Mok) dan saya seboleh mungkin tidak mahu ada perulangan dalam penghasilan sesebuah lagu mahupun album.

"Dewa adalah tajuk yang diambil daripada lagu Aku Bukan Dewa yang bermaksud cahaya. Bukan untuk mengagung-agungkan tetapi ini menggambarkan cahaya dalam kerjaya dan kehidupan saya," kata Ning lagi.

Hampir kesemua lagu dalam album tersebut di cipta dan ditulis lirik oleh Audi Mok kecuali Propaganda yang liriknya ditulis sendiri oleh Ning manakala lagu Aku Bukan Dewa dicipta oleh Pam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(VIDEO) Kecantikan Air Pancut Di Dubai

Posted: 01 Jan 2011 03:58 PM PST

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Saya tak ada sugar daddy

Posted: 01 Jan 2011 02:39 PM PST


Heroin filem Jalang, Yasmin Khanif menafikan dia mempunyai sugar daddy yang membiayai kehidupannya pada usia semuda 22 tahun tetapi mengakui sudah mempunyai sebuah syarikat produksi filem, Yasmin Khanif Production.

Yasmin juga sudah bergelar penerbit untuk filem sulungnya berjudul Cempakayang menelan belanja RM3.5 juta. Malangnya, filem yang dilancarkan pada awal tahun lalu pula terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan.

Namun, orang tetap akan bertanya, banyakkah pendapatan buat pendatang baru seperti Yasmin yang hanya berlakon satu filem? Tak sampai setahun jadi artis, sudah ada rumah, kereta dan syarikat perniagaan sendiri.

"Saya tidak ditaja oleh sesiapa, atau punya sugar daddy yang memberi wang untuk menanggung saya setiap bulan. Segala kemewahan yang orang lihat pada saya didapati hasil titik peluh sendiri.

"Semuanya bukan pemberian atau belas ihsan orang lain. Saya yang bertungkus lumus untuk mendapatkan apa yang diingini selama ini. Jual bakat dan mencari ke merata projek untuk bisnes sendiri.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini memberitahu bahawa kehidupannya cukup sederhana dan tidak pernah bermegah-megah seperti mana yang dicanangkan.

Menyentuh tentang 'penaja' berpangkat Datuk yang bertanggungjawab melaburkan sejumlah wang untuk syarikat produksi miliknya itu, Yasmin diam seketika.

"Baiklah, saya mengaku bahawa syarikat produksi itu memang ditaja oleh seorang Datuk tetapi segala urusan dilakukan saya sepenuhnya. Saya buat dari A hingga Z. Untuk pengetahuan, dia adalah pembiaya kewangan sepenuhnya untuk filem Cempaka.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian, hati kecil saya mengatakan Datuk ini sebenarnya penipu. Pelaburan bernilai kira-kira RM100,000 sebagai wang pendahuluan filem Cempaka saya itu macam ada agenda tertentu," jelasnya.

Yasmin turut mendakwa bahawa hubungannya dengan lelaki berusia 43 tahun itu hanya sekadar teman bisnes. Tidak lebih daripada itu. Malah mereka tidak pernah keluar berdua-duaan kerana dia sering ditemani ahli keluarga lain.

"Dengar sini, saya tidak pernah ada skandal atau berkasih dengan Datuk itu. Dan dia bukan seorang sahaja Datuk yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini.

"Saya pernah buat laporan polis pada 22 Disember tentang kelakuan Datuk itu. Dia menyerbu masuk rumah saya di Kota Damansara ala gengster membuatkan kami sekeluarga menggigil ketakutan.

"Jadi saya rasa sedih apabila dia mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan tentang saya. Mahu saya buat kenyataan maaf secara terbuka, untuk apa semua itu? Saya kan tiada hubungan istimewa dengan dia," tegas Yasmin berkali-kali.

Kata Yasmin, prinsip hidupnya tidak sesekali merampas suami orang yang sudah punya keluarga sendiri. Tidak juga menjaja cerita istimewanya dengan mana-mana lelaki yang bertujuan untuk meraih publisiti murahan.

google: yasmin khanif, yasmin khanif facebook, yasmin khanif blog, yasmin khanif twitter, yasmin khanif myspace, yasmin khanif seksi, yasmin khanif hot, buah dada yasmin khanif, yasmin khanif bogel, terkini yasmin khanif, terbaru yasmin khanif, yasmin khanif wiki, yasmin khanif profile, yasmin khanif bio, yasmin khanif biodata, gosip terkini yasmin khanif, kontroversi terkini terbaru yasmin khanif

Azlan (The Typewritter) Kini Bergelar Suami

Posted: 01 Jan 2011 02:34 PM PST


PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Azlan And the Typewritter, Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.

Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan.


Lan dan Normala pada majlis pertunangannya pada Julai 2009.
Menurut Lan, dia lega dengan kelancaran majlis yang dibuat setelah menunda perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada November tahun lalu.

"Apabila tarikh pertama yang dirancang tidak menjadi, kami telah menetapkan tarikh baru iaitu hari ini. Itupun saya agak tergesa-gesa kerana sibuk dengan kerjaya nyanyian.

"Jadi, bila dah kahwin, senang sikit dan hati pun dah lega. Selepas ini saya akan kembali sibuk dengan persembahan nyanyian. Mungkin kami akan mula fikirkan tentang mendapatkan anak pada tahun depan.

"Setakat ini, kami merancang untuk mendapat seramai tiga orang anak," katanya yang masih tidak tahu lokasi percutian bulan madu mereka.

Majlis resepsi yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman diadakan secara sederhana di Taman Pudu Ulu, Cheras.

Lan dan Normala telah bertunang pada Julai 2009 dan sepatutnya mereka dijadualkan bernikah pada November 2010. Disebabkan penundaan itu, Lan dikhabarkan dia kononnya sudah putus tunang.

google: azlan (the typewriter), azlan (the typewriter) dah kahwin, azlan (the typewriter) bernikah, gambar nikah azlan (the typewriter), gambar resepsi azlan (the typewriter),   gambar sanding azlan (the typewriter), gambar azlan (the typewriter) dan isteri, foto isteri azlan (the typewriter), majlis perkahwinan azlan (the typewriter), majlis resepsi azlan (the typewriter), gambar pernikahan azlan (the typewriter), gambar terkini terbaru azlan (the typewriter) dan isteri, berita terkini terbaru azlan (the typewriter) dan isteri, azlan (the typewriter) selamat diijabkabulkan,

Neelofa Sedia Tepis Kontroversi

Posted: 01 Jan 2011 02:31 PM PST


KUALA LUMPUR: Juara pertandingan Dewi Remaja 2010, Noor Neelofa Mohd Noor, 22, yang baru saja dua bulan menyertai indutsri hiburan tempatan sudah bersedia untuk bersaing secara sihat dengan selebriti-selebriti tempatan untuk menjadi seorang pelakon dan pengacara profesional.

Menurut anak kelahiran Kelantan itu, walaupun takut untuk melalui cabaran dan dugaan, lebih-lebih lagi berkaitan gosip, dia cuba 'meredah' diri demi mencapai impiannya bergelar seorang pelakon dan pengacara profesional.

"Walaupun baru tiga bulan saya melangkah masuk ke bidang seni, saya sudah dapat merasai bahang dari segi privasi terumatanya. Habis segala gambar-gambar saya disebarkan di internet.

"Apa-apa pun, itu juga sebagai permulaan untuk saya menerima dimana hal-hal peribadi pasti akan diketahui umum dan saya bersedia semua itu.

"Selain itu, saya juga nampak perbezaan diri sendiri sebelum dan selepas bergelar selebriti keyakinan diri saya lebih tinggi dan cara berinteraksi saya dengan orang juga berbeza. Ia sedikit sebanyak mematangkan saya juga," katanya yang ditemui di parti Media Hiburan di sini, Khamis.

Tambah Neelofa, dia juga gembira kerana sudah memulakan tugas sebagai seorang pelakon dan pengacara dimana dia akan digandingkan bersama Gambit melakonkan watak utama menerusi filem arahan Aziz M Osman yang berjudul Azura.

Dalam pada itu, neelofa juga bersedia untuk menepis segala kontroversi yang bakal diterimanya.

"Insya-Allah, saya akan cuba menjadi yang terbaik buat masyarakat umum agar tidak terjebak dengan kontroversi. Selain itu, azam baru saya untuk tahun ini, saya akan mengurangkan cara pemakaian yang seksi.

"Ini kerana, saya perlu membawa gelaran Dewi kepada umum, dan secara tidak langsungnya, orang akan perhatikan tata tertib kita baik dari segi pertuturan, pemakaian dan personaliti diri," katanya yang turut mengacara bagi program Paparazi dibawah terbitan KRU TV.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(GAMBAR) Faizal Yusof, Bekas Suami Siti Nordiana Meninggal Dunia

Posted: 01 Jan 2011 04:37 AM PST

http://i81.servimg.com/u/f81/13/01/30/44/faizal14.jpg

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Mohd Faizal Yusup meninggal dunia akibat sakit jantung

Posted: 01 Jan 2011 12:18 PM PST

Pelakon dan juga bekas suami Siti Nurdiana, Mohd Faizal Yusup telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 petang semalam di Pusat Rawatan Islam Pusrawi akibat serangan jantung.. Allahyarham Mohd Faizal meninggalkan seorang anak lelaki hasil perkahwinanya dengan Siti Nurdiana sebelum ini dan juga seorang isteri barunya yang kini sedang hamil 5 bulan..

Serangan jantung berlaku ketika Mohd Faizal dikatakan tiba-tiba rebah semasa berada di bilik air rumahnya di Sentul. Mohd Faizal kemudianya dikejarkan ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.. Sebaik sampai di Pusrawi, Faizal terus dimasukkan ke ICU dan dia sempat bertemu dengan anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2 tahun yang dibawa oleh Nana.. Selepas beberapa jam, Doktor mengesahkan yang Mohd Faizal sudah pun meninggal dunia akibat masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat..

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini (Ahad) di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi ini..

MyGosip ingin mengucapkan salam Takziah buat keluarga dan sahabat Allahyarham Mohd Faizal.. MyGosip berharap isteri Allahyarham yang dikatakan sedang hamil 5 bulan, bersabar dengan pemergian secara mengejut Allahyarham ni…

Buat semua pembaca MyGosip, sama-sama la kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Faizal, semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman oleh Allah S.W.T.
Al-Fatihah…..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Misha berdepan misteri hidup

Posted:

Misha berdepan misteri hidup

Misha berdepan misteri hidup



TAHUN baru 2011 mulai berputaran. Dari satu sudut, bunga-bunga tiba-tiba berkembang dari jantung alam, seperti buih di jantung lautan.

Ketika embun musim baru masih basah di dedaun semalu, wangian udara pagi memunculkan satu simbolik, tanda permulaan rencana awal sedang berkisar. Selumat mana kisaran itu, ia terpulang kepada si pemilik jiwa raga, mahu ia dijadikan resipi makanan jiwa atau hiasan di botol kaca.

Genap usianya 29 tahun menjelang 6 Januari ini, wanita Capricorn bersuara gemersik ini merupakan sebahagian daripada pengisar resipi tadi, lebih tepat lagi dia juga sebahagian daripada penyusun silang kata 2011.

Papan silang katanya telah lama cuba diselesaikan, namun setahun berlalu, kotak-kotak kosong itu hanyalah terisi oleh ayat pelbagai definisi. Banyaknya ia sekadar andaian-andaian yang tidak menampakkan hujung pangkal. Lebih dahsyat lagi, ungkapan yang tersurat mahupun tersirat mengheretnya ke lembah fitnah yang menebarkan bau sedikit memualkan.

"Jujurnya saya tidak jelak dengan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan. Tetapi ia jadi memualkan apabila bermacam versi fitnah ditaburkan sesuka hati. Kalau ia melibatkan saya seorang tidak mengapa, tetapi kepada pihak yang tidak tahu menahu, impaknya lebih daripada yang dijangka," ungkap pelantun lagu Cinta Adam & Hawa itu tentang gosip perkahwinannya yang mendahului pengumuman tuan empunya badan.

Sejak awal tahun sehinggalah lupus kalendar 2010, khabar angin perkahwinan Misha Omar tak pernah padam. Ada sahaja versi baru yang masuk mencelah, kononnya sudah kahwin di Kelantan, jadi isteri ketiga seorang jutawan bertaraf 'datuk' dan terkini, tarikh 1.1.11 diuar-uarkan sebagai tarikh muktamad ijab kabul Misha disatukan bersama pasangannya.

"Saya menafikan, berita itu tidak benar namun secara peribadinya, kesediaan saya ke arah itu telah ada. Tahun 2011, mungkin menyaksikan saya berubah status, daripada bujang kepada isteri orang.

"Pokok-pangkalnya, saya masih merasakan masih terlalu awal untuk bercerita. Setakat ini, belum ada yang merisik, tidak menafikan ada yang bertanya, cuma masa sahaja yang akan menentukan.

"Sebagai selebriti, saya sedar tanggungjawab saya. Tidak sesekali perkara itu akan dirahsiakan kerana itulah detik penting yang akan melengkapkan kewanitaan saya selama ini," katanya melabuhkan senyum di bibir mongelnya.

Dari sinar di sebalik kelopak matanya, sah ada kumbang sedang menebarkan debunga di laman jiwa. Menanyakan kepadanya, sudah hampir benarkah masa yang dimaksudkan itu, Misha menyedut dan melepaskan nafasnya panjang.

"Cukuplah saya katakan, bahawa saya sangat gembira ketika ini. Jika ada yang bercerita, anggapan saya itu satu petanda yang baik. Telahan-telahan orang itu saya anggap sebagai doa.

"Saya tidak mahu berkahwin atas tekanan, saya mahu ia berjalan setenang-tenangnya. Sebelum ini pun saya pernah kecewa bercinta jadi dalam hati tetap ada bibit curiga," katanya.


MUSIM cinta datang lagi. Sebagai wanita biasa, Misha akui, dia tidak mampu menolak kata hati. Jika jodoh tertulis buatnya, lelaki yang sedang dikenali mungkin jawapan kepada 'misteri' hidupnya di hari muka.


Tidak mampu berlindung lagi di balik telunjuk, sepetang yang bening Khamis lalu, Misha mencurahkan rahsia hati. Benarlah, dia sedang meladeni semusim yang indah; musim cinta!

"Di hati yang dalam, saya sedang bahagia disayangi, dihormati dan dimanjakan. Layanan-layanan yang sebegitu menjadikan saya mudah terharu dan tersentuh. Dia mungkin orang yang tepat, mungkin juga jawapan kepada misteri hidup yang saya cari-cari selama ini.

"Orang boleh lihat kegembiraan saya dan bagi saya, itu tenaga yang saya peroleh daripadanya," buka si anak Kota Bharu, Kelantan ini ke sehelai lagi lembaran buku hatinya.

Siapakah 'dia' yang dimaksudkan Misha? Sehelai lagi halaman dirinya diselak. Kali ini, Misha sedikit berhati-hati, tidak mahu terburu-buru tidak juga terlalu ingin membongkar segala. Terlihat optimis dari raut wajanya.

"Dia lelaki biasa, seorang istimewa buat saya, saya sifatkan dia sebagai orang yang budiman," ringkas jawabnya, tidak mahu terus-terusan melayan perasaan.

2011 penghujung era 20-an

Puas membega-bega, mengacu-ngacu kisah personalnya, sang selebriti yang belum pudar sahamnya itu dialihkan sudut bicaranya. Kedatangan tahun baru yang sedang dilangkahi terkandung banyak rencana karier yang tidak pernah terhenti. Tempoh sembilan tahun bertahan gelaran anak seni, satu anugerah yang tidak bertepi. Tidak sekadar penyanyi, dia meluaskan bakat di pentas lakonan, teater dan pengacaraan.

"Tahun ini juga, saya memasuki usia 29 tahun, tahun akhir zaman 20-an saya. Rasanya ia masih satu permulaan yang baik. Di ambang 30-an ini, saya semakin yakin melangkah dan selesa menjadi diri sendiri.

"Setidak-tidaknya, saya tahu lantai ini sentiasa ada untuk saya berpijak, cuma kadang-kadang sahaja didatangi mimpi ngeri," katanya yang merancang tampil dengan sebuah album kompilasi berjudul Dia...Misha sekitar Januari ini.

Lebih daripada itu, album yang mengumpul senarai hits dendangannya itu turut dilengkapi tiga buah lagu baru, Detik Antara Waktu, ciptaan Rudy Mohamad, Berlalu (Wain Grdeon/Ad Samad) serta sebuah lagu lama nyanyian Alleycat, Kerana yang dinyanyikan semula.

Dalam perancangan yang telah disusun, album studio terbaru daripadanya juga bakal muncul. Memilih komposer unggul, M. Nasir sebagai Penerbit Eksekutif, album yang masih dalam perbincangan material itu juga menjadi sandaran kebangkitan Misha di arena seni suara.

Dalam watak Tun Dr. Hasmah

Selain album, kecintaan Misha terhadap pentas teater bersambung lagi. Selepas Uda & Dara, watak kecil dalam Muzikal Tun Mahathir 1, 2011 bakal mencabar kewibawaan Misha sebagai pelakon teater. Dia bakal menterjemah watak bekas wanita pertama Malaysia, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali menerusi Muzikal Tun Mahathir 2 yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 21 Januari nanti.


TAHUN 2011 meneruskan langkah Misha berpijak di lantai seni. Teater dan album baru jadi taruhan.


"Setakat ini, itu satu tugasan yang sukar tapi saya ada kelebihan kerana sudah berada dalam produksi itu tahun lepas. Saya masih mencari sisi-sisi lain Tun Dr. Hasmah yang boleh dikembangkan. Kalau boleh saya mahu menampakkan kelainan berbanding penghayatan yang pernah disaksikan melalui Erra Fazira sebagai pembawa watak itu ketika dipentaskan kali pertama dulu," katanya akan membawakan watak isteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau remaja.

Menoktahkan edisi sulung Sensasi Bintang 2011, figura muzik yang cukup dikenali dengan deretan hits, Bunga-Bunga Cinta, Dedebu Cinta, Pulangkan, Ku Seru dan Nafas Cahaya sengaja diusik tentang popularitinya.

Ibu angkat kepada Muhammad Adam Emir, 5, itu mengakui, sudah acap kali didatangi pertanyaan yang sama. Masih berduitkah dia, masih popularkah bahkan jentera Nissan Murano yang dipandunya turut menjadi persoalan. Mungkin pertanyaan-pertanyaan itu hadir ekoran kelibat Misha yang agak sepi daripada publisiti.

Tertawa kecil sebelum memikirkan bahasa paling mudah difahami, begini jawabnya:

"Saya masih bekerja dan ke mana pun saya berada, rasanya umum tahu 'pakej' saya. Saya selesa begitu, tidak terlalu mahu berada di depan jika tiada produk yang mahu dipersembahkan."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

2011 transisi diri Fahrin

Posted:

2011 transisi diri Fahrin

2011 transisi diri Fahrin



SAAT Fahrin Ahmad meluah keinginan untuk memperlahankan kariernya sempena pembukaan laman 2011, sebilangan pihak mula membuat interpretasi bahawa pelakon kacak itu mahu mengucap selamat tinggal kepada daerah seni.

Hakikatnya, tidak pernah terlintas di kotak fikiran Fahrin untuk berlalu pergi daripada bidang yang membuka rezekinya. Malah, jauh sekali untuk lelaki semuda 32 tahun itu mengambil kata putus bagi menghentikan khidmatnya sebagai anak wayang.

Cerita ingin memperlahankan kerjaya lakonan sebelum ini tidak lebih sekadar resolusi tahun baru Fahrin. Soal bersara, belum lagi tertulis dalam kamus hidupnya.

Benar, Fahrin beberapa tahun lalu mula memperlihatkan reaksi bosan terhadap permainan industri hiburan. Dipalit beberapa kontroversi, dia menjadi saksi keharmonian hidupnya sedikit terancam. Namun, itu bukan situasi membuatkan dia berputus harap.

Enam tahun melewati pahit manis berstatus pemain seni, Fahrin puas mengisi komitmen sebagai pelakon. Malah, biar kehidupan personalnya mula dirampas satu persatu, dia masih menggagah diri membawa sekeping tubuh yang penuh ambisi.

Sensasi Bintang: Sejak bila terfikir untuk memperlahankan karier lakonan?

FAHRIN AHMAD: Sejak kali pertama bergelar pelakon, dalam hati saya kuat mengatakan untuk mempersiap diri bagi menceburi bidang lain demi menjamin masa depan lebih baik. Tawaran lakonan bergantung kepada permintaan, bayangkan kalau suatu hari nanti saya jatuh sakit, saya harus menanggungnya sendiri. Kalau bersikap lupa diri, itu lebih memudaratkan. Jadi, saya ingin melakukan sesuatu selain berlakon.

Tidakkah keputusan itu terlalu drastik?

Sebelum saya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi, keluarga tidak merestui karier seni. Mereka risau tentang banyak perkara. Tetapi, saya tekad meneruskan nasib dalam bidang ini. Pada waktu sama, saya sentiasa bersikap rasional dan berpijak di bumi nyata. Saya selalu terfikir untuk memiliki perancangan lebih mantap pada masa depan, tambahan pula apa yang ada depan mata bersifat sementara. Bukan saya sendiri, artis lain juga kena ada perancangan sama.

Tidakkah ia seperti memberi kenyataan hangat-hangat tahi ayam?

Sebenarnya berlaku salah persepsi. Ingin saya jelaskan di sini, bersara bukan perkataan yang tepat. Saya mahu menceburi bidang keusahawanan. Tiada manusia boleh buat pelbagai benda pada satu masa. Jadi, saya kena bijak membahagi waktu dengan memperlahankan aktiviti seni. Jangan salah anggap kerana jadual penggambaran saya penuh sehingga Jun ini. Sebab itu, saya panggil tahun 2011 sebagai transisi diri. Selama ini masyarakat mudah memperlekeh dan memandang rendah golongan artis. Saya harap perubahan ini mendapat restu peminat. Apa jua keputusan, saya anggap ia ada hikmah.


FAHRIN ingin terlibat dalam bidang keusahawanan selepas ini.


Adakah ia seperti bermain tarik tali supaya pengarah berebut untuk mengambil anda berlakon?

Saya sangkal dakwaan ini. Kalau buat macam itu, ia umpama publisiti dan gimik murahan sedangkan saya seorang yang berfikiran panjang. Saya percaya, ramai bersetuju apabila umur memasuki 32 tahun, setiap manusia ada cita-cita untuk memiliki lebih jaminan dan berkeluarga. Tanpa prejudis, saya beranggapan, jika saya berada dalam bidang seni untuk tempoh panjang ditambah tuntutan masa dan peribadi, ia dilihat kurang ideal untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Ini cuma pendapat peribadi saya.

Apakah kenyataan itu dipengaruhi emosi selepas berdepan pelbagai kontroversi?

Saya mahu menyimpulkan ayat yang paling sesuai untuk jawab soalan ini. Saya harus mengaku, adakala hati ini diselubungi kesedihan dan rajuk kerana kehidupan sebagai anak seni tidak seindah seperti disangkakan. Selain daripada faktor perancangan kerana enggan bergantung harap pada lakonan semata-mata, saya rasakan, berada dalam bidang ini menuntut harga yang terlalu tinggi harus dibayar. Semakin hari semakin mencabar malah, dunia seni banyak merampas, menghukum dan prejudis terhadap hidup saya. Tetapi, saya tidak menyalahkan orang lain dan tidak menyesal bergelar anak seni. Ia sebenarnya terpulang kepada kebijaksanaan saya menguruskan hidup sendiri. Saya percaya, rakan artis lain juga ada perancangan masing-masing.

Selain mengurangkan aktiviti seni, apa lagi yang ingin anda lakukan?

Walau apa terjadi, bidang pengacaraan tetap diteruskan sehingga bila-bila. Pengacaraan dan lakonan punya perbezaan. Tuntutan masa sebagai pelakon sangat tinggi. Pengacaraan menjadi jiwa sebenar saya. Kalau boleh, saya mahu memperbanyakkan peluang mengacara termasuk mengendalikan program bual bicara sendiri. Ia tidak bermakna saya berhenti terus daripada lakonan dan tidak menolak kemungkinan berlakon hingga tua. Saya tidak akan hilang terus daripada lakonan. Kalau usia semakin meningkat, jika ditakdirkan saya terus berlakon, ia sekadar minat dan untuk melepaskan kerinduan semata-mata bukan sebagai punca utama pendapatan seperti sebelum ini.

Benarkah keputusan memperlahankan karier dibuat kerana merancang untuk berkahwin pada tahun ini?

Tidak juga. Pada saya, apa yang dilakukan sekarang merupakan perancangan menjadikan saya seorang insan lebih baik. Macam saya cakap tadi, ia hanya mempersiapkan diri sebagai jaminan masa depan. Iyalah, kalau suatu hari nanti saya berkahwin, pasti keluarga hendak bergantung dan memerlukan saya. Jadi, tidak bagus jika sebagai lelaki dan suami, saya tiada perancangan mantap untuk menggembirakan mereka. Kebahagian mereka kebahagiaan saya

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sabtu, 1 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Didicazli Teruja Duet Bersama Gisel Indonesian Idol

Posted: 01 Jan 2011 08:16 PM PST

Semasa 3 hari di Singapura, Budiey berpeluang menemubual seorang penyanyi lelaki, Didicazli namanya. Seingat Budiey, beliau pernah datang ke Malaysia untuk mempromosikan album beliau pada tahun 2009. Tapi Budiey tak berpeluang untuk bertemu dengan beliau.

Pertemuan dengan Didicazli dirancang oleh pihak Life Records Singapura di Cash Box Family Karaoke, Cuppage Plaza, Orchard Road pada 27 Disember lalu. Didicazli sebenarnya dilantik sebagai duta pusat karaoke tersebut selama 2 tahun kontrak. Jadi, sambil makan-makan, kami boleh berkaraoke di sini bersama Didicazli.

Kalau nak tahu, Didicazli ni dicungkil bakatnya semasa beliau menjadi vokalis kumpulan Dikir Barat. Haa, jangan tak tahu, kat Singapura pun ada pasukan Dikir Barat yang tak kurang femes kat sana.

Menurut Didicazli, beliau bukan tak mahu terlalu expose dan buat promosi di Malaysia. Jauh di sudut hatinya, dia mahu betul-betul dikenali di Singapura dulu, barulah boleh mengembangkan nama di luar negara. Budiey rasa dengan bakat vokal dan boleh mencipta lagu, beliau boleh mengembang nama di Malaysia seperti Imran Ajmain. In fact, sebahagian besar lagu yang terkandung dalam albumnya adalah hasil dari ciptaan beliau sendiri. Cuma mungkin masa dan peluang serta nasib kena diambil kira jugak.

Album Terbaru Didicazli

Terbaru, Didicazli baru sahaja melancarkan sebuah album kompilasi plus dua buah single terbaru dalam bentuk VCD dan DVD. Untuk melariskan lagi album ini, Didicazli mencipta sendiri lagu-lagunya dan diterbitkan pula oleh penerbit dari Indonesia. Sekaligus, ini dapat memperkenalkan Didicazli di Indonesia. Menurut Didicazli, sokongan Singapura dan Indonesia sangat menggalakkan.

Proses mencipta lagu untuk album terbaru ini bermula pada bulan Januari tahun lepas dan dirakam di Indonesia. Album ini diterbitkan Ryan S. Pitna yang turut terkenal dengan sebagai penerbit untuk penyanyi terkenal di Indonesia.

Ciptaan lagu Didicazli yang kedua ciptaan Berteman Rindu diterbitkan oleh Irwan Simanjuntak yang pernah menerbitkan album Anuar Zain.

Sebagai rangka promosi di Indonesia, Didicazli turut terbang ke Indonesia untuk menyanyi di beberapa showcase. Di sana, Didicazli ada buat persembahan di 5 tempat.

Lagu Berteman Rindu duet bersama penyanyi Indonesia, Gisel adalah langkah percubaan untuk memperkenalkan diri di Indonesia. Menurut Didicazli, idea dan inspirasi semasa mencipta lagu diambil dari pengalaman yang dilalui oleh kawan-kawannya. Lagu Dambaan pula turut dimuatkan dalam filem Si Rempit yang dipilih sebagai lagu runut filem tersebut.

Menurut Didicazli, perjalanannya untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya perlu melalui jalan yang berliku. Ada satu ketika beliau merasa sangat hampa dengan lagunya yang tak mampu menarik minat pendengar. Namun, mungkin dengan berkat Didicazli bersedekah hasil dari duit simpanannya kepada Rumah Anak Yatim Al-Jamiah. Alhamdulilah selepas 6 bulan, lagunya meletop di radio dan memasuki carta radio. Alhamdulilah, Didicazli percaya dengan rezeki Tuhan.

Beliau masih lagi pelajar di Singapore Institute Management. Cuma sekarang, Didicazli tengah bercuti untuk buat promosi album.

Menyentuh tentang perkahwinan, DIdicazli menyatakan beliau berhasrat mahu bernikah di Masjidil Haram. Menurutnya, beliau pernah mengerjakan umrah pada tahun lalu. Di sana beliau kagum dengan keindahan dan kedamaian di sana. Selepas pergi ke sana, Didi berhajar untuk ke sana lagi bersama dengan kekasihnya. Beliau memilih untuk bercinta dengan orang yang bukan dalam industri hiburan. Buat masa ini, Didi masih lagi berkawan dan dalam peringkat mengenal seseorang.

Didicazli

Didicazli

Didicazli

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Dayang & Marcell SAYANG Concert Esplanade Singapore
  • AMERICAN IDOL SEASON 8
  • Photo Simon Cowell is Shirtless, Half Nude Naked Pix Celebrities
  • David Cook Winner American Idol
  • Hotlink Sends Lucky Customer to Watch American Idol
  • Video Ashraf Sinclair Duet Nyanyi Lagu Bersama Bunga Citra Lestari
  • Melinda Doolittle Gagal Jadi Finalis American Idol
  • Agnes Monica Cinta Dirly Dave?
  • Jordin Sparks Juara American Idol 6
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Ifa Raziah di Party Masquerade Media Hiburan

    Posted: 01 Jan 2011 07:36 PM PST

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    Faizal Yusof Meninggal Dunia

    Posted: 01 Jan 2011 12:15 AM PST

    FAIZAL YUSOF MENINGGAL DUNIA

    Ini berita terbaru yang kami terima dimana Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur kira-kira pada jam 1.45 petang tadi.

    Menurut Siti Nordiana yang juga bekas isterinya, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

    "Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," – Siti Nordiana

    Semasa post ini diterbitkan, Allahyarham Faizal masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang ini.

    Nampaknya, post pembukaan untuk tahun 2011 ini dimulakan dengan berita yang menyedihkan. Apa-apa pun, takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    aReaL&Celebrity

    aReaL&Celebrity


    Kenapa Wei.....

    Posted: 31 Dec 2010 11:08 PM PST

    Salam 2011...

    Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.