Adsense

Jumaat, 31 Disember 2010

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Anak Rosyam Nor Yang Comel Di ASK 2010

Posted: 30 Dec 2010 09:28 PM PST

Boleh tahan juga anak-anak abang Rosyam Nor kita ni, mungkinkah suatu hari nanti akan menjadi seorang artis seperti abang Rosyam kita :). Gambar ini ZoOm dapat dari satu laman blog yang ZoOm suka lawati dan kongsi bersama pembaca di ZoOmartis. Maklumlah ZoOm ni bukan wartawan tetapi hanya ingin berkongsi dengan anda apa yang berlaku di Alam Maya.

 Rosyam dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu. Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut. -mStar

Tania Hudson menghidap Asma dan Pendarahan otak

Posted: 30 Dec 2010 08:43 PM PST

ZoOm pun baru tahu mengenai penyakit Tania Hudson adik kepada pelakon, Natasha yang kini berusia 25 tahun dan bercita-cita seperti kakak beliau. Namun semua itu mungkin sukar dicapai dengan keadaan beliau ketika ini. Ikuti luahan gadis ini mengenai penyakitnya.



"Memanglah susah apabila berpenyakit kerana saya perlu berlakon demi sesuap nasi. Sebenarnya selain pendarahan dalam otak, saya juga menghidap asma tetapi saya anggap apa yang berlaku sebagai satu ujian. 


"Bagaimanapun, saya tidak suka menggunakan penyakit untuk meraih simpati. Selagi saya termampu untuk bekerja, saya akan buat tetapi jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan, saya akan mendapatkan pelepasan dari pihak produksi. 
"Saya tahu keadaan itu akan menyusahkan pihak produksi apabila saya tidak dapat hadir ke sesi penggambaran pada saat akhir. Cuma setakat ini saya masih belum lagi menyusahkan mereka. Bagi memastikan penyakit tidak berulang, apa yang penting saya perlu mendapatkan tidur mencukupi," kata Tania yang diberi kepercayaan membintangi drama bersiri Tiramisu yang mengisi slot Akasia bergandingan dengan Pierre Andre, Sharifah Amani dan Zain Ruffedge. 

Nora Danish Minat Safee dan Khairul Fahmi !!!!?

Posted: 30 Dec 2010 08:07 PM PST

Hahahahaha ZoOm tengah survey blog awek Khairul Fahmi, last-last ternampak komen Noran Danish di Facebook. Mungkin sekadar bergurau tetapi ia turut menjadi perhatian kerana kini blog awek Khairul aka Apex ini menjadi carian yang tinggi di Google. Ops..nak suruh call ke :) 




Apa Kata Anda !!? 

Gambar kepulangan Harimau Malaya Yang Menjadi Wira Negara !!

Posted: 30 Dec 2010 07:54 PM PST

Inilah wajah-wajah pejuang Negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dipentas bola sepak ASEAN yang sudah pasti akan dikenang sampai bila-bila. Jika sebelum ini pasukan Harimau Muda berjaya mengondol emas dalam sukan sea 2010.Kini mereka tampil garang pada penghujung tahun 2010 dengan membawa pulang Piala Suzuki yang belum pernah dibawa balik ke Malaysia.

Lagi Gambar kepulangan dan wajah gembira pasukan Harimau Malaya untuk tatapan anda di ZooMartis Dot Net.














Apex tengah call saper tu....kekasih ke  Family, kini beliau menjadi carian yang tertinggi di twitter

Jurulatih K Rajagopal yang Cool dan penuh dengan taktik yang pasti mengerukan pihak lawan. ZoOm dah pernah bertemu beliau semasa berurusan di pejabat ZoOm, memang jurulatih yang baik dan tidak sombong malah murah dengan senyuman.Semoga perjuangan beliau akan dibalas dengan balasan yang setimpal.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


2011 pencetus semangat

Posted:

2011 pencetus semangat

2011 pencetus semangat

TIRAI tahun 2010 kini berlabuh sudah, menjengah pula kita ke Tahun Baru 2011. Pasti pelbagai agenda telah direncanakan bagi mewarnai takwim tahunan yang bakal mencorak aktiviti sepanjang tahun 2011.

Pelbagai kisah suka dan duka anak seni tempatan tidak pernah berkesudahan dan silih berganti mewarnai kanvas perjalanan industri seni negara.

Sekiranya ada perkhabaran buruk yang mencacatkan diari hidup kita sepanjang tahun lalu, biarlah ia dijadikan teladan untuk menjadi insan yang lebih berbakti.

Kini, kehadiran 2011 seharusnya diiringi dengan semangat iltizam yang penuh jitu supaya kisah yang bakal dicatatkan tahun ini menjadi kenangan manis sepanjang hayat.

Bukan hanya peminat seni, malah penggiat seni hiburan tanah air juga turut membuat perancangan agar kerjaya mereka di tahun baru ini memperoleh kejayaan yang lebih membanggakan.

Syamsul teringin arah filem islamik

Ditabalkan sebagai Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) adalah rekod paling cemerlang 2010 yang dicatatkan oleh anak muda bernama Syamsul Yusof ini,

Memasuki lembaran 2011, Syamsul menanam azam yang tinggi untuk mengarahkan sebuah filem yang berkonsepkan islamik tetapi bercirikan komersial.

Anak kepada pengarah jutawan, Datuk Yusof Haslam ini menjelaskan, filem tersebut merupakan antara empat buah filem yang dia harap dapat dilaksanakan pada tahun 2011.

"Tahun ini saya berjaya mengarahkan tiga buah filem iaitu Evolusi KL Drift 2, Khurafat dan Tomboy.

"Jadi, tahun depan saya tanamkan semangat untuk tampilkan empat buah filem yang berbeza genrenya termasuklah sebuah filem komedi," ujarnya sebagai perancangan tahun 2011.

Syamsul juga berharap, dia dipertemukan dengan insan istimewa yang boleh dijadikan suri di hatinya dan meletakkan sasaran 2012 untuk membina rumah tangganya.

Salina mahu kuruskan badan

Bagi ibu beranak satu ini, Salina Saibi, impak dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM22, membuatkan aktres ini sibuk dengan jadual penggambarannya.

Bagi memenuhi kehendak beberapa watak yang bakal dilakonkan, pelakon utama filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam ini berazam menguruskan badan.

Salina yang sudah memulakan dietnya itu berharap, pada 2011, dia mampu menurunkan berat badannya yang kini 58 kilogram kepada 53 kilogram.

Itu adalah azam 2010 yang akan diteruskannya setelah memasuki tahun 2011. Tahun lalu, dia telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lapan kilogram.

Dalam pada itu, dia juga berhasrat ingin menambah bilangan anak yang menjadi penyeri rumah tangganya yang dibina hampir tiga tahun lalu.

Liyana Jasmay ingin tambah berat badan

Bagi gadis kecil molek bernama Liyana Jasmay ini, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menambahkan berat badannya.

Kata Liyana, tubuhnya terlalu kecil dan kurus. Sebab itulah dia memasang azam sempena 2011 untuk menambahkan berat badannya agar nampak lebih berisi.

"Saya agak cemburu bila melihat pelakon-pelakon wanita yang sebaya saya lebih besar daripada saya. Maksud saya, badan mereka seimbang.

"Tidak terlalu kurus atau pun tidak terlalu gemuk. Saya mahukan badan saya dalam keadaan 'sedang elok'," ujar heroin filem Khurafat itu.

Selain itu, Liyana juga berhasrat, industri fesyen yang diceburinya memberikan impak yang baik.

Dia bakal mengeluarkan rangkaian fesyen jenamanya sendiri yang dinamakan LoveJunkie by LJ.

"Saya berazam agar perniagaan ini dapat membuktikan bahawa saya tidak tersalah memilih langkah," tekadnya yang bakal melancarkan produknya itu pada Februari hadapan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Disingkir kerana tidak berdisiplin?

Posted:

Disingkir kerana tidak berdisiplin?

Disingkir kerana tidak berdisiplin?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

SEBAGAI Penerbit rancangan realiti mencari pelakon, Pilih Kasih, Rosyam Nor seorang yang tegas ke atas para pesertanya semata-mata mahu melahirkan pemenang yang benar-benar berbakat pada masa depan.

Sebab itu tidak hairanlah pelakon popular itu tiada pilihan menyingkirkan dua peserta Pilih Kasih iaitu Afiq Meadin serta Leyla Krisya pada minggu ketiga iaitu 25 Disember lalu sewaktu berlangsungnya pertandingan tersebut.

"Afiq Meadin dan Leyla Krisya anda berdua bukan pelakon yang saya cari," kata Rosyam dengan tegasnya yang secara tidak langsung menyelamatkan Bil Azali, peserta dengan undian terendah pada malam itu.

Jika minggu lalu beliau telah menyingkirkan Fizi Ali, minggu ini memperlihatkan sepasang artis Pilih Kasih dilepaskan daripada pertandingan realiti televisyen itu buat selama-lamanya kerana tidak menunjukkan peningkatan persembahannya.

"Mereka bukan sahaja tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam lakonan tetapi juga mempunyai masalah disiplin," katanya yang berharap agar para peserta Pilih Kasih yang lain mengambil iktibar daripada keputusan itu.

Pada minggu ketiga pertandingan itu, para peserta Pilih Kasih memperlihatkan persembahan melalui teater bertajuk Tan Tin Tun yang jalan ceritanya digarap oleh Erma Fatima.

Persembahan itu mendapat sambutan hebat para penonton yang berada di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban hingga memikat hati dua juri tetapnya iaitu Prof. Madya Dr. Abu Hassan dan Fauziah Nawi.

"Akhirnya anda semua menghiburkan para penonton. Anda berjaya menonjolkan watak masing-masing dengan penuh perasaan dan menarik," kata Dr. Abu Hassan sambil Fauziah pula menganggapnya sebagai 'suatu kegilaan'.

"Saya mahu anda meneruskan kegilaan anda ini dan tunjukkan persembahan yang lebih baik pada minggu yang akan datang. Diharap ia terus lebih hebat dari mereka ini pada minggu-minggu akan datang," ujarnya.

Pentas Pilih Kasih meneruskan perjalanannya ke minggu ketiga dengan menampilkan lebih banyak peningkatan melalui lakonan gaya seperti bermonolog di mana ia cukup memberangsangkan.

Menerusi pementasan teater Tan Tin Tun itu, para peserta berjaya memukau semua penonton yang menyaksikan persembahan mereka dengan suatu jalan cerita yang menarik serta lakonan yang menyakinkan.

"Akhirnya anda semua menghiburkan seluruh peminat. Ini menunjukkan anda mula serasi antara satu sama lain dan boleh bekerjasama dengan mantap. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh," komen Dr. Abu Hassan.

Minggu ketiga dilihat sebagai minggu yang seimbang buat kesemua peserta Pilih Kasih apabila mereka menerima kritikan yang pedas sewaktu bermonolog khususnya di mana banyak lagi aspek ini yang perlu dipertingkatkan.

"Saya menggagumi kesungguhan Shasha Alkhred tetapi keseluruhannya monolog anda tidak sampai kepada saya dan ia tidak menarik. Tetapi berlainan pula buat Kris Cempaka, gadis yang berasal dari Shah Alam.

"Anda seperti bintang pada malam ini tetapi masih perlukan sedikit penghayatan. Jay Iswazir dan Nur Jannah juga mendapat komen yang baik melalui monolog walaupun mereka kurang sihat pada minggu lalu," katanya.

Namun, lain pula kisahnya dengan drama dan teater yang ditonjolkan dalam drama bertajuk Wasiat minggu ini yang nampak lebih matang dan berjaya apabila dua juri itu bersetuju ada peningkatan dalam segmen tersebut.

Melalui persembahan teater Tan Tin Tun pula, kedua-dua pengkritik terutamanya Fauziah Nawi sangat terhibur dan dia juga mengharapkan usaha yang lebih baik pada minggu yang akan datang.

"Teruskan 'kegilaan' anda ini," kata Fauziah kepada semua peserta sambil beliau berharap prestasi para peserta Pilih Kasih akan lebih mantap pada minggu hadapan dengan lakonan monolog, drama dan teater yang berbeza-beza.

Kisah Pilih Kasih disiarkan menerusi TV2 ada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 4.30 petang dan siaran ulangannya di saluran Muzik Aktif Astro (saluran 180) pukul 10.30 malam setiap Selasa hingga Sabtu.

Penyingkiran Afiq Meadin dan Leyla Krisya secara tidak langsung juga telah menonjolkan dua pesertanya iaitu Ku Hariz dan Rosana yang dikatakan menjadi pilihan para juri pertandingan tersebut.

Ku Hariz misalnya, masih mengekalkan komen-komen yang positif daripada pihak juri, tetapi mereka tidak terkecuali menerima kritikan bagi mencari kelainan dalam gaya lakonan mereka pada minggu-minggu seterusnya.

Sementara bagi peserta, Rosana Ainudin pula, dia dilihat sangat menyerlah pada malam itu melalui watak Kak Gayah dalam drama Wasiat yang dilakonkannya dan juga watak Puteri Sengkuang melalui teater Tan Tin Tun.

Siapakah pula yang akan disingkirkan malam ini? Untuk mengetahuinya jangan lupa menyaksikansiaran langsung Pentas Pilih Kasih yang akan disiarkan menerusi TV2 mulai pukul 9 malam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Maher mungkir janji?

Posted: 30 Dec 2010 02:28 PM PST

Hip

Penyanyi kelahiran Lubnan anggap Malaysia sudah jadi rumah kedua

SEJAK namanya mendaki puncak populariti, penyanyi kelahiran Lubnan ini tak henti-henti dilanda dugaan. Dengan imej bersih yang dibawanya ditambah lagu bercorak keislaman yang disajikan kepada peminat membuatkan banyak mata yang memerhati.

Dan disebabkan itu maka si empunya diri terpaksa berhati-hati mengatur langkah.Namun dalam sentiasa berjaga-jaga itu, timbul juga cerita kurang enak mengenai penyanyi ini. Khabarnya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Insya-Allah, mungkir janji apabila gagal menghadirkan diri dalam sebuah program bual bicara terbitan TV9, Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran Ahad lalu.
Maher dikatakan tidak muncul sehinggalah program itu selesai walaupun dikatakan sudah berjanji untuk menyertai program itu. Bukan itu saja, dakwaan lain yang kedengaran adalah Maher juga dilabelkan sebagai seorang yang lebih memandang kepada wang atau keuntungan apabila memilih untuk membuat persembahan di Malaysia.

Bayangkan dalam masa tidak sampai dua bulan, penyanyi dan juga komposer sensasi kembali ke sini untuk mengadakan persembahan. Apakah Malaysia menjadi lubuk duit buat Maher sehinggakan dia kerap datang ke sini? Dan penganjuran sebuah lagi konsertnya yang bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam Februari depan seolah-olah mengukuhkan lagi dakwaan itu.

Apakah benar Maher kini sudah berubah sikap disebabkan populariti yang dikecapinya ketika ini? Apakah kata-katanya sebelum ini yang ingin menyebarkan mesej positif kepada penggemarnya sekadar sebuah retorik semata-mata?
Bertemu penyanyi ini ketika dia mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan konsert Maher Zain Live In Concert 2011 di Menara Kuala Lumpur, petang Rabu lalu, memberi peluang kepada pihak media mendengar sendiri jawapan yang dikeluarkan daripada bibirnya itu.

Sebagai seorang yang percaya kepada segala takdir dan ketentuan tuhan, Maher begitu tenang berdepan dengan soalan panas yang diajukan media terhadapnya. Tidak sedikit pun riak wajahnya berubah. Malah, segaris senyuman terus terukir di wajahnya.

"Berkenaan soal tidak hadir untuk program terbitan TV9 itu apa yang boleh saya katakan, ia adalah masalah komunikasi serta silap faham antara stesen televisyen dan pihak pengurusan.

"Bagaimanapun, pihak kami sudah pun bertemu dengan mereka dan saya anggap perkara ini sudah selesai. Tidak timbul soal tidak berdisiplin ataupun saya berubah sikap dalam hal ini," katanya menjelaskan keadaan sebenar.

Mengenai dakwaan bermata duitan kerana kerap membuat persembahan di Malaysia, Maher sekali lagi menafikan tuduhan nakal itu.

"Semua dakwaan itu tidak benar. Mungkin orang menganggap apa yang saya katakan ini hanya alasan saja. Saya boleh menipu anda dan peminat dengan mengatakan saya tidak seperti yang didakwa, tetapi saya tidak boleh menipu Tuhan. Saya tidak pernah menggunakan populariti saya untuk mengejar kebendaan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, apa yang saya lakukan ini adalah kerana begitu minat dengan dunia nyanyian dan kekerapan datang ke Malaysia kerana negara ini umpama rumah kedua saya. Saya seronok dengan situasi di sini serta layanan yang diberikan peminat. Jika tidak, masakan hampir 900 ribu peminat dalam senarai Facebook saya kebanyakannya dari Malaysia.

"Mereka ikhlas meminati saya dan apa saya dapati, mereka ini juga turut mempertahankan hasil karya saya. Malah dalam Facebook saya, mereka sentiasa mengemaskini data atau apa-apa saja berita mengenai album saya. Contohnya jika ada album saya dicetak rompak, mereka akan memaklumkannya kepada saya menerusi Facebook," katanya yang mempunyai 1.6 juta peminat dalam laman sosialnya itu.

Selain popular di laman sosial, Maher juga berada dalam carta teratas dalam enjin pencarian Google. Mengulas perkara itu, Maher berkata apa yang berlaku itu adalah satu rahmat daripada tuhan.

"Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan tuhan terhadap saya. Jika itu membuktikan saya popular, saya amat bersyukur atas segala rahmat Tuhan ke atas saya selama ini," ujarnya ringkas.

Konsert dua malam berturut-turut

MAHER akan kembali dengan Maher Zain Live In Concert 2011 yang dijadualkan berlangsung pada di Stadium Malawayi, Shah Alam apda 25 dan 26 Februari depan.
Mengulas konsertnya itu, Maher enggan bercerita dengan lebih lanjut dan lebih selesa menjadikan ia satu kejutan kepada peminat tegarnya.

"Saya akan menyanyi semua lagu popular termasuk lagu baru yang akan dimuatkan dalam album kedua. Nyanyian saya juga akan diiringi pemuzik dari Malaysia dan Mesir. Selain itu saya juga akan mengundang penyanyi popular dari negara lain seperti Mesus Kurtis dari Macedonia, Irfan Makki dari Kanada dan kumpulan Inteam.

"Jika dalam showcase sebelum ini tidak banyak berkomunikasi dengan peminat. Jadi dalam konsert akan datang nanti, saya lebih banyak berinteraksi dengan mereka. Saya tidak sabar beraksi di Stadium Malawati selama dua malam berturut-turut," katanya yang juga sedang sibuk mencari material untuk album keduanya.

Sementara itu, wakil penganjur, Muhammad Hazamin Harun dari Inteam Records menjelaskan tujuan mereka mengadakan persembahan dua malam berturut-turut itu adalah untuk memberi peluang kepada peminat Maher di Pantai Timur sama-sama menyaksikan konsert itu.

"Tarikh 25 Februari itu dipilih untuk memudahkan peminat Maher di Pantai Timur yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu untuk sama-sama memeriahkan konsert itu. Manakala 26hb adalah peminat yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad.
"Harga tiket adalah dalam anggaran RM50 hingga RM290. Untuk maklumat lanjut mengenai penjualan tiket, bolehlah melayari laman web www.inteam.com.my," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Di mana tudung Lydiawati?

Posted: 30 Dec 2010 02:12 PM PST

Hip

Lydiawati

Lydiawati

Pelakon ini mengenakan skaf jaring penuhi tawaran berlakon

KELIBAT Lydiawati yang tampil dengan skaf jaring rona putih dan bergaya ranggi dengan seluar jeans ketika menghadiri majlis sidang media pelancaran drama Ustaz Amirul, mengundang perhatian.

Penampilan pelakon berusia 47 tahun itu kelihatan berbeza benar dengan gayanya sebelum ini yang bertudung litup. Serta merta pelbagai soalan menerjah di benar fikiran, malah tidak sabar rasanya untuk dilontarkan kepada pelakon yang pernah digandingkan dengan Rosyam Nor dalam filem Suami, Isteri dan .... itu. Ke manakah pergi tudungnya? Adakah Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon mengubah penampilan akibat kegagalan rumah tangga dengan lelaki bergelar datuk kira-kira setahun lalu.

Dengan penuh hati-hati, ayat disusun agar pelakon ini tidak tersinggung. Kebimbangan segera pudar apabila ibu kepada dua cahaya mata itu menjawab pertanyaan yang dilontarkan dengan senyuman.

Dia berpakaian sedemikian kerana membawa karakter ibu kepada pelakon Shaheizy Sam untuk filem terbaru arahan Ahmad Idham berjudul 8 Jam yang kini sedang rancak menjalani penggambaran di Chow Kit.

Malah ketika di temu bual ini, dia bersama seorang lagi pelakon wanita yang juga sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan iaitu Kuna terus bergegas ke lokasi penggambaran.
Katanya, apa saja yang ingin diperkatakan orang terhadap dirinya, itu hak masing-masing. Yang penting, Tuhan mengetahui niatnya.

"Saya tidak peduli apa pun yang orang ingin perkataan mengenai penampilan saya. Bagi saya, hati budi manusia tidak seharusnya diukur dari penampilan seseorang kerana pokok pangkal adalah hati kita. Terpulanglah apa orang nak cakap, yang penting saya tahu apa yang saya buat dan tuhan juga tahu saya lakukan semua ini kerana mencari rezeki yang halal.

"Sebagai manusia kita tidak boleh cepat menilai kerana tentu ada sebab kenapa seseorang itu buat sesuatu. Ketika filem ini ditawarkan kepada saya, Ahmad Idham bertanya terlebih dulu sama ada saya sanggup ubah penampilan atau tidak. Bagi saya ia tidak mendatangkan masalah kerana saya buat disebabkan kerja.

"Saya bergaya begini bukan disebabkan kegagalan rumah tangga kerana gaya ini hanyalah untuk sementara waktu. Selepas ini saya akan kembali dengan imej dulu, mengikut trend semasa," kata Lydiawati yang turut memegang watak seorang ibu dalam drama bersiri Ustaz Amirul yang akan menemui penonton pada 7 Januari depan.

Seiring usianya, aktres yang hampir empat tahun menyepi dari sebarang aktiviti seni ini berkata, dia harus akur dengan watak-watak yang diberikan memandangkan usianya kini tidak lagi muda.

Katanya, dia menerima apa saja tawaran asalkan mendatang rezeki supaya dapat membesarkan dua cahaya mata yang sedang membesar iaitu Nor Munira, 25 , dan Puteri Batrisya, 8 tahun.

Sebelum ini dia terpaksa membataskan aktiviti seninya kerana anak-anak masih kecil. Oleh kerana anak sulungnya kini boleh diharapkan, Lydiawati berasa lebih lega untuk keluar mencari rezeki.

"Saya tidak pernah berhenti berlakon tetapi hanya berehat seketika kerana ketika itu anak-anak masih kecil. Selain membesarkan anak-anak, saya juga berehat kerana menuntut ilmu. Sebagai manusia, saya juga ada kekurangan. Sepanjang empat tahun berehat saya gunakan kesempatan itu mengikuti kelas pengajian al-Quran bersama dengan anak-anak sekali.

"Disebabkan anak-anak sudah boleh berdikari, saya kembali aktif sejak hujung tahun lalu. Setakat ini alhamdulillah, rezeki belum pernah putus. bagaimanapun, pada usia begini saya mengakui tidak boleh terlalu memilih. Lagipun pada usia sekarang, hanya watak ibu saja yang sesuai untuk saya," katanya yang mengakui gembira dengan kehidupan dilalui sekarang.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


EKIN MASIH BELUM MENGANDUNG...

Posted: 30 Dec 2010 02:41 PM PST

Kalau belum rezeki, apa nak dikata... demikianlah kesimpulan yang boleh diketengahkan mengenai pasangan suami isteri Mawi dan Ekin. Meskipun sudah puas berusaha, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

"Setakat ini saya memang sedang berusaha untuk mengandung tetapi melalui rawatan tradisional sahaja seperti urut tradisional dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba.

"Namun begitu untuk melakukan kaedah tabung uji itu kami belum bersedia. Saya banyak dengar cerita tentang rawatan tersebut sangat sakit," ujar Ekin dipetik sebagai berkata. Dia sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin.



"Kalau boleh memang saya ingin anak sekurang-kurangnya seorang pun jadilah. Insya-Allah jika enam tahun lagi masih tiada rezeki kami akan mengambil anak angkat.

"Dalam tempoh tersebut kemungkin kami lebih bersedia, yalah untuk ambil anak angkat juga memerlukan tanggung jawab yang berat sebab kita membela anak orang lain," ujarnya sempena genap dua tahun dia melayari bahtera perkahwinan dengan Mawi pada 20 Disember lalu.

"Saya bersyukur Mawi memahami keadaan ini dan dia juga sentiasa memberi semangat kepada saya. Kami menyerahkan kepada Allah mengenai anak," ujarnya lagi penuh tabah.

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

HAIKAL CERIAKAN ZAMARUL & DIANA...

Posted: 30 Dec 2010 02:18 PM PST

Zamarul Hisham dan Diana Rafar kini makin ceria dan bahagia dengan kehadiran bayi mereka Kashfi Haiqal yang lahir secara normal pada 29 Oktober lalu di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor. Haikal kini sudah berusia 2 bulan dan makin cergas.

"Dah lapan tahun saya tak menempuh kehidupan sebagai bapa yang kena bangun malam-malam buat susu untuk bayi. Mendengar tangisan bayi, tak cukup tidur kerana menjaganya, semua ini terpaksa saya lalui semula. Bagi saya pengalaman ini sangat seronok kerana ia mengajar kita untuk bersabar dan menghargai keluarga," ujar Zamarul dipetik sebagai berkata.

"Pengalaman dengan dua orang anak sebelum ini lain dan kali ini juga lain. Pastinya ada perbezaan antara mereka semua. Tapi saya sangat gembira walaupun tak cukup tidur dan mengambil alih segala rutin yang Diana lakukan sebelum ini seperti membasuh baju, kemas rumah dan sebagainya, bagi saya ia satu perkara yang indah untuk dilakukan demi anak dan isteri kita," katanya mengimbas kenangan lalu.

Kashfi Haiqal merupakan anak ketiganya dan yang sulung Zamarul bersama aktres Diana Rafar.


Klik untuk imej besar...












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(Highlight VIDEO) Malaysia Bergelar Juara Piala AFF Suzuki 2010

Posted: 30 Dec 2010 06:07 PM PST

Nah Pakcik kasik video, kat korang yang tak sempat nak negok siarang langsung Malaysia juarai Piala Suzuki AFF Cup 2010 dan kehebatan pemain-pemain malaysia dalam pelawanan ini. Pelawan ini telah mencoret sejarah baru dalam arena bola sepak Malaysia. Tahniah kepada Safee kerana menjadi Top Scorer Tournament. Tapi agak tak berpuas hati sebab MVP(Most Valuable Player) dimenangi oleh pemain Indonesia. Sepatutnya Muslim atau Fahmi yang lebih layak menang. Apa kata korang semua..?

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Twitter) Khairul Fahmi ke-5 tertinggi

Posted: 30 Dec 2010 03:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul
Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook
beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh
dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum
ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima,
menumpaskan "Support Timnas", yang menyokong pasukan bola sepak
Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat,
ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak
lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi,
21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh
pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel
perlawanan dibunyikan. "Terima kasih kerana mengembalikan "keseksian"
dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak
pemain itu.

Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi
perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan
akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.
Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola
sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan
akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong
Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi
Facebook.
Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat
hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa
perlawanan.

Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua,
turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima
gol.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio
Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam
akaun twitternya, @rioferdy5.

"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala
Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18
bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.
Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar
Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta "tweeters",
ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat
Malaysia mempunyai "friends" Facebook paling ramai dengan purata 230
setiap pengguna. – BERNAMA ,

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kim ghairahkan Justin

Posted: 30 Dec 2010 12:00 PM PST

hi 03.1  Kim ghairahkan Justin

GELAGAT Justin bersama Kim ini dirakam ketika mereka hadir pada acara konsert Z1000 Jingle Bell di Madison Square Garden, New York, .


MESKIPUN menyedari dia sangat digilai oleh ramai gadis di seluruh dunia, namun ia tidak menghalang untuk penyanyi Justin Bieber mengeluarkan kenyataan yang pastinya akan mengecewakan peminat-peminatnya itu.

Kenyataan berkenaan adalah berkaitan dengan persepsi penyanyi itu terhadap gadis-gadis yang pernah rapat dengannya dan ia dinyatakan setelah dia didapati bercium dengan Jasmine Villegas baru-baru ini.

"Saya pernah memiliki beberapa teman wanita sebelum ini dan mula bercinta ketika berusia 13 tahun. Semenjak daripada itu, saya telah mencium ramai gadis dan bukan suatu yang pelik jika saya didapati bercium," ujarnya seperti yang dipetik melalui majalah Heat.

Pada masa yang sama, Justin juga sempat memberikan pandangannya mengenai selebriti, Kim Kardashian. "Kim Kardashian adalah seorang wanita yang mengghairahkan dan tidak terlalu tua untuk saya," ujarnya.

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Sensasi hiburan 2010

Posted:

Sensasi hiburan 2010

Sensasi hiburan 2010


TIADA lagi hubungan 'teman tapi mesra' antara Fahrin dan Linda.


TIDAK sah dunia glamor hiburan jika tiada elemen sensasi dan kontroversi. Tahun 2010 yang sudah sampai ke penghujungnya juga tiada pengecualian.

Sepanjang tempoh 365 hari tahun 2010 ini, sebilangan figura daripada kalangan karyawan hiburan tanah air muncul dengan tagline 'sensasi dan kontroversi'.

Bukan hanya tercetus isu berebut cinta, bercerai-berai tetapi melarat kepada saman menyaman, terbabit dengan foto tidak senonoh di Internet, ditahan di penjara, malah ada yang mendakwa menjadi mangsa konspirasi.

Tirai kontroversi 2010 dibuka dengan kisah pasangan selebriti yang pernah mengakui mereka sekadar 'teman tapi mesra', Linda Onn dan Fahrin Ahmad yang kemudian mencetuskan episod 'drama' saman menyaman selepas hubungan mereka berakhir.

Selepas itu, umum dikejutkan dengan kisah Juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi yang turut terkena tempias apabila dikatakan berkahwin kali kedua dengan seorang gadis dari Temerloh, Pahang.

Begitu juga dengan pelakon terkenal, Erra Fazira yang tidak terkecuali digosipkan dengan kes cerai.


SAIFUL APEK tidak terkecuali meringkuk di lokap gara-gara dakwaan terbabit dengan penggunaan najis dadah.


Beberapa karyawan hiburan tanah air turut dirundung malang apabila terpaksa meringkuk dalam penjara termasuklah anak aktres Azean Irdawaty iaitu Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, vokalis kumpulan XPDC, Mael, aktor Badrul Muhayat, pelakon komedi popular Saiful Apek dan paling mengejutkan ialah penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Kosmo! paparkan sorotan figura dunia hiburan tempatan paling sensasi dan kontroversi sepanjang 2010.

Fahrin saman Linda Onn

PADA tarikh 23 Januari 2010, dunia hiburan tempatan kecoh apabila pelakon kacak berusia 31 tahun, Fahrin Ahmad nekad mahu menyaman bekas teman wanitanya, penyampai radio Linda Onn atas dakwaan memburukkan namanya dengan menuduh dirinya seorang lelaki kaki pukul.

Fahrin mendakwa, dia sangat kecewa apabila Linda, 33, membuat kenyataan bahawa dirinya panas baran dan cepat naik tangan sehingga memberi kesan buruk terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon dan duta produk.

Menurut Fahrin, situasi lebih memburukkan keadaan apabila Linda juga bersekongkol dengan pelakon Scha Al-Yahya yang juga pernah rapat dengan Fahrin untuk menabur fitnah ke atas dirinya.

Fahrin kemudian menarik kembali ugutan saman tersebut dan mahu menyelesaikannya di luar mahkamah selepas mendapat nasihat daripada Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.



'Drama' Benjy ditahan polis

MENJADI sebuah kisah sensasi yang cukup mengejutkan apabila pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty ditahan polis kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah pada 12 Mac 2010.

Pelakon berkenaan bersama teman wanitanya ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penemuan sejumlah dadah di sebuah kondominium. Polis menemui 800 gram kokain bernilai RM650,000 dan 1.4 gram syabu bernilai hampir RM2,000 di kondominium tersebut.

'Drama' berlaku apabila Benjy yang dibebaskan secara jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 8 April 2010 ditahan semula lima minit sejurus pembayaran tersebut dilakukan.

Kali ini Benjy ditahan atas tuduhan memiliki syabu jenis metafetamin seberat 0.24 gram. Kesalahan itu didakwa dilakukan di APM, A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Persimpangan Jalan Segambut.

Kini Benjy ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Muar, Johor selama dua tahun setelah Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pelakon tersebut ditahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas - LLPK) 1985.


ADA segelintir pihak tidak berpuas hati dengan kemenangan Syamsul Yusof pada FFM23 dalam kategori Pengarah Terbaik.


Kecoh keputusan Festival Filem Malaysia ke-23

FESTIVAL Filem Malaysia ke-23 (FFM 23) yang berlangsung pada 25 Oktober 2010 lalu membawa tuah kepada dua buah filem iaitu Magika yang meraih anugerah Filem Terbaik serta Syamsul Yusof,26, yang merangkul anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Namun ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan mengkritik keputusan malam tersebut. Paling lantang bersuara adalah pengarah Mamat Khalid kerana filemnya, Estet yang dijangka menang akhirnya tumpas kepada filem Magika arahan Edry Abdul Halim.

Lebih hangat lagi apabila Mamat juga mengancam untuk tidak lagi menyertai festival yang sama pada masa akan datang. Ujarnya, dia hanya akan menghantar penyertaan sekiranya panel juri diumumkan terlebih dahulu.

Dapatkan Kosmo! hari ini untuk mengikuti paparan sorotan figura dunia hiburan tempatan paling sensasi dan kontroversi sepanjang 2010.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Perkahwinan, perpisahan 2010

Posted:

Perkahwinan, perpisahan 2010

Perkahwinan, perpisahan 2010


PERKAHWINAN Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani diraikan menerusi majlis yang gilang gemilang dan mewah.


JENDELA tahun 2010 disingkap dengan pelbagai momen indah yang menyaksikan penyatuan dua hati golongan selebriti bersama pilihan hati masing-masing .

Jika tahun lalu mencatat sekurang-kurangnya 27 ikatan perkahwinan termeterai di kalangan artis, tahun 2010 juga tidak kurang hebatnya dengan paparan kira-kira 22 majlis resepsi termasuk yang sederhana, glamor dan serba mewah.

Anak dara tunggal Chef Wan, Serina Redzuan, 27, menjadi artis pertama ke jenjang pelamin selepas sah menjadi isteri kepada Pengarah Eksekutif Football Focus Sdn. Bhd., Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Perkahwinan itu diserikan lagi dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka, Tristan Tarees pada 13 September lalu.

Meskipun perkahwinan merupakan satu khabar gembira yang lazimnya dikongsi bersama peminat di seluruh negara, masih ada lagi ada artis yang memutuskan untuk merahsiakan momen bersejarah mereka.

Penyanyi malar segar, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 45, menyembunyikan pernikahan ketiganya yang berlangsung di Narathiwat, Thailand bersama Faizal Sazali Zulkifli pada 30 April lalu sebelum berjaya dihidu media sekitar bulan Oktober lalu.


JUARA Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana adalah pasangan yang tidak disangka-sangka bercerai.


Beberapa hari selepas pembongkaran kisah pernikahan Aishah, persandingan anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda, Nor Razlinda Razli atau Bienda dengan pasangannya, Kamarul Zariman Abd. Rahman menimbulkan teka-teki mengenai tarikh pernikahan mereka.

Pelantun lagu Penantian berusia 25 tahun tersebut memberitahu, dia dan suaminya merahsiakan tarikh pernikahan mereka bagi menghormati pendirian keluarga kedua-dua belah pihak dan harus akur dengan permintaan mereka.

Turut merahsiakan perkahwinan ialah adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Siti Saerah. Siti Saerah, 27, bernikah secara rahsia dengan pasangannya, Saiful Anuar yang merupakan seorang ahli perniagaan kereta mewah dari Kuantan, Pahang pada 27 Oktober lalu.

Tahun 2010 melabuhkan tirai kisah ikatan perkahwinan artis pada majlis serba mewah dengan pernikahan dan persandingan tertutup antara hos program E! News Asia, Marion Rose Caunter Abdullah , 30, dengan usahawan muda, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasaruddin Tan Sri SM Nasimuddin, 27, pada 17 Disember lalu selepas lima tahun menyulam cinta.

Dapatkan Kosmo! hari ini untuk mengikuti paparan sorotan figura dunia hiburan tempatan paling sensasi dan kontroversi sepanjang 2010.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Karier jadi tumpuan 2011

Posted: 30 Dec 2010 06:10 AM PST

DUA artis jelita ini, Misha Omar dan Elly Mazlein sering ditanya mengenai gosip konon mereka sudah berkahwin.

Walaupun memberi penjelasan menafikannya kerana tiada 'perkahwinan tersembunyi' yang berlaku, ia tidak mampu melenyapkan cerita itu yang tersebar di Internet.

Masih konsisten dengan jawapan masing-masing, mereka mengakui semua itu tidak benar dan hanya gosip liar yang mengguris hati.

Kata mereka, takkanlah perkara baik seperti itu disembunyikan.


Turut dikaitkan menjalin cinta dengan 'suami orang', kedua-duanya hanya ketawa dan akui apa yang dicanang itu tidak benar.


Apa yang pasti, mereka berjanji apabila tiba masanya ia akan diumumkan.

Menurut Elly, dia tidak akan sesekali menyembunyikan berita baik mengenai perkahwinannya untuk dikongsi bersama peminat.

Katanya, sebaik 'seru' itu sudah tiba, dia akan membuat pengumuman itu.

"Buat masa ini, saya lebih selesa bercerita mengenai perkembangan karier berbanding peribadi.

"Jujurnya, diakui sekarang saya sangat jatuh cinta dengan kerjaya. Sudah lama saya impikannya.

"Selama ini, saya sangat berharap orang ramai dapat menilai bakat diri. Saya ambil masa bertahun untuk sampai ke tahap ini yang mana bakat dihargai peminat. Oleh itu, kini saya utamakan karier.

"Saya tidak boleh mensia-siakan kepercayaan yang diterima itu. Justeru, nampaknya jodoh untuk saya mendirikan rumah tangga belum ada lagi. Apapun, saya takkan sembunyikan perkara yang baik ini.

"Apabila sampai jodoh itu, saya akan maklumkan kepada media dan peminat, Namun, sekarang saya sangat menghargai karier ini. Saya gembira dan bersyukur tawaran berlakon tak putus-putus," katanya.

Terbaru, penyanyi yang turut mencuba lakonan ini dilamar CTRA Productions Sdn Bhd untuk membintangi teater muzikal Tun Mahathir 2 membawakan watak Tun Dr Siti Hasmah menggantikan Erra Fazira.

Elly mendapat peluang membawa peranan Dr Siti Hasmah ketika dewasa, Misha pula untuk watak remaja. Pementasan akan bermula pada 21 Januari ini di Istana Budaya. Sebelum ini, Misha dikenali melalui pementasan Uda & Dara berpasangan dengan Razali Hussein manakala Elly dalam teater Sri Mersing bersama Ady Putra.

Kali ini, mereka akan bergandingan dengan Ezany Nizariff untuk watak Tun Mahathir ketika remaja menggantikan Zizan Nin manakala peranan ketika dewasa masih menjadi milik Esma Daniel.

Selain berlakon, Elly juga akan muncul dengan album baru tidak lama lagi. Selepas lima tahun sepi daripada album dan tak aktif menyanyi, ini adalah masa sesuai untuk Elly bangkit semula.

Pembuka tahun 2011 dianggap Elly sangat mencabar kerana terbabit dalam pementasan teater muzikal Tun Mahahthir 2 serta debaran menunggu reaksi peminat terhadap albumnya yang berada di pasaran.

Album kelima Elly yang mendapat kerjasama komposer berpengalaman seperti Julfekar itu akan menampilkan single seperti Please Forgive Me dan Kata Saja 'I Love U' yang diharap diterima peminat.

Elly juga sempat berseloroh, barangkali ada peminatnya yang sudah tak sabar mahu melihat dia naik pelamin. Apapun, sekali lagi Elly menegaskan bahawa dia yakin kalau ada jodoh, tak ke mana.

Misha harap tiada lagi gosip kahwin

KEMUNCULAN tahun baru 2011 esok, Misha mengharapkan ia membawa sinar baru dalam karier dan kehidupan peribadinya.

Tanpa berselindung, penyanyi Bunga-bunga Cinta ini mengakui, dia berharap langkahnya dalam seni makin kukuh.

Bahkan, dia turut menyimpan impian semoga semuanya lebih baik untuknya dalam proses 'perubahan status diri'.

Katanya, diharapkan tiada lagi gosip liar yang menghiris hati dan perasaannya.

"Saya tetap berpegang pada janji saya takkan menyorokkan perkara baik seperti perkahwinan kepada peminat. Saya sedia berkongsi detik indah itu bersama mereka apabila 'seru' itu sudah tiba.

"Jadi, kita sama-sama menunggunya dan tak perlulah cerita tidak benar dan gosip mengenai perkahwinan saya diperkatakan lagi. Saya janji akan memberitahu kepada anda semua apabila tiba masanya.

"Sekarang, tumpuan hanya pada karier kerana diam tak diam sudah sembilan tahun saya bergelar artis. Jujurnya, saya tak pernah menyangka hingga sampai ke tahap ini seperti sekarang.

"Saya ingatkan karier seni hanya bertahan selama tiga tahun saja. Namun, sebaliknya dan saya sangat bersyukur dengan pencapaian ini. Saya harap peminat masih setia memberikan sokongan," katanya.

Mengulas mengenai perancangan selanjutnya, Misha berkata selain berlakon teater, dia sebenarnya mengintai peluang untuk lebih serius dalam bidang pengacaraan. Pengacara program Sehati Sejiwa itu berkata, dia mahu jadi artis serba boleh.

"Saya menyimpan impian untuk menjadi orang seni serba boleh suatu hari nanti. Bagi memastikan ia menjadi kenyataan, saya harus sedia mencari peluang dan cuba sedaya upaya selagi mampu.

"Bukan mudah untuk berjaya dan saya harus rajin berusaha. Maka, untuk itu saya harus menonjolkan kepada masyarakat kemampuan diri. Saya harus membuktikannya lebih dulu sebelum raih kejayaan," katanya.

Dijangka muncul dengan album keempat sekitar pertengahan 2011, Misha berkata dia sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan komposer dan penyanyi terkenal M Nasir sebagai penerbit eksekutif.

"Album ini begitu istimewa bagi diri saya kerana turut merakamkan dua single baru untuk peminat iaitu Detik Antara Waktu dan Berlalu. Malah, saya juga merakamkan semula sebuah lagu popular Alleycats," katanya.

PROFIL

NAMA: Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
PANGGILAN KOMERSIAL: Elly Mazlein
USIA: 29 tahun
TEMPAT LAHIR: Slim River, Perak
KELUARGA: Anak bongsu dari tiga beradik
STATUS: Bujang
FILEM: Janji Diana, Tangkai Jering, Gerak Khas 3 The Movie dan Awan Dania The Movie
DRAMA: Lebih puluhan drama, antaranya Bulan Yang Pertama, Gerak Khas, Sembilu Kasih, Spa Q, Bella, Amanah Karmila, Cinta Batu Belah, Cinta Seorang Penoreh Getah, Kasih Berbunga Lalang, Keliwon, Semanis Janji, Ulek Mayang
TEATER: Teater Muzikal Sri Mersing, Tun Dr Mahathir 2
ALBUM: Sutera Kasih (1997), Satu Persatu (1999), Elly (2001), MTV Karaoke Elly Mazlein (2001), Best Of Elly Mazlein (2002) dan Atas Nama Cinta (2005)

PROFIL

NAMA: Samihah @ Aisah Omar
PANGGILAN KOMERSIAL: Misha Omar
TARIKH LAHIR: 6 Januari 1982
USIA: 28 tahun
ASAL: Kota Bharu, Kelantan
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pengacara
STATUS: Bujang
ALBUM: Misha (2002), Aksara (2004) dan Misha Omar (2008)
FILEM: Gerak Khas The Movie 3 dan Main-Main Cinta
DRAMA: Jo-Om Balik Raya I dan II
PROGRAM TV: Skrin Video dan Sehati Sejiwa
TEATER: Gamat (2009), Uda & Dara (2010), Tun Mahathir (2010), Tun Mahathir 2 (2011)
PENCAPAIAN: Antaranya Finalis Bintang RTM (2001), Anugerah Artis Baru Pilihan (Anugerah Era, 2003), Anugerah Emas Festival Muzik Shanghai (2003), Anugerah Vokal Terbaik dan Juara (Anugerah Juara Lagu, 2003), Anugerah Artis Wanita Baru Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian, 2003), Anugerah Artis Wanita Baru Pilihan dan Anugerah Lagu Terbaik (Anugerah Media Hiburan 2003), Anugerah Vokal Wanita Terbaik (Anugerah Era, 2004), Juara Balada dan Vokal Terbaik (Anugerah Juara Lagu, 2004), Juara Hitz 1 (2004 & 2006), Persembahan Terbaik Hitz 1 (2006 & 2007)

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Malam Seri Temasik

Posted: 30 Dec 2010 06:05 AM PST

SEJARAH perkembangan filem Melayu bermula di Singapura dan berkembang pesat pada tahun 50-an dan 60-an hingga mencetuskan perkembangan industri filem Malaysia di Kuala Lumpur awal 60-an.

Seniman dan seniwati yang selama ini mencurahkan jasa dan sumbangan kepada filem Melayu turut berhijrah ke Kuala Lumpur dan ramai juga kekal di Singapura. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan mereka tidak pernah dilupakan setiap kali majlis anugerah dan festival filem.

Bagaimanapun buat julung kalinya, satu majlis mengumpulkan semua karyawan filem dari kedua-dua negara ini sama ada veteran dan baru, bakal berlangsung di Singapura. Majlis Malam Gala Seri Temasek 2011 bakal berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Fairmont, Singapura pada 5 Februari ini.

Majlis usahasama Majlis Pusat Singapura, Hanns's Entertainment serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini diumumkan dalam sidang media di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang Jaya, baru-baru ini.


Ia dihadiri wakil penganjur, penasihat majlis, Datuk Mustapha Maarof, Presiden Majlis Pusat Singapura, Zulkifli Mohammed, Pengarah Hann's Entertainment, Hans Rawe, Timbalan Ketua Pengarah Finas, Mohd Zulkifli Ab Wahab serta jawatankuasa majlis, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Aziz Sattar dan Aimi Jarr.


Turut hadir, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah; produser Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam dan anaknya, Syamsul Yusof; produser MIG Productions Sdn Bhd, David Teo serta seniwati Mariani Ismail dan anaknya, Rozita Rohaizad.

Mustapha yang juga mantan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, sejarah filem Melayu bermula di Singapura dan wajar diadakan satu majlis khas

di Singapura untuk mengumpulkan semua karyawan seni dari dua negara.

Katanya, sebanyak 32 anugerah disediakan untuk Anugerah Seri Temasek membabitkan empat trofi untuk Anugerah Lagenda Seri Temasek, Anugerah Seri Temasek (14), Anugerah Gemilang Seri Temasek (3), Anugerah Harapan Seri Temasek (3), Anugerah Pencapaian Seri Temasek (7) dan Anugerah Khas Seri Temasek (1).

"Penerima setiap anugerah dipilih jawatankuasa berdasarkan latar belakang dan pencapaian mereka dalam kerjaya bukan saja artis veteran malah artis muda berdasarkan kategori ditetapkan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas jasa dan sumbangan penggiat seni dulu dan kini.

"Kita juga mengundang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai tetamu dan berharap beliau dapat hadir memeriahkan majlis itu," katanya.

Zulkifli berharap, usaha ini sebagai membuka pintu kepada filem Malaysia diterima penonton filem di Singapura, sekali gus meluaskan pasaran filem Malaysia.

Katanya, usaha ini dilakukan produser Malaysia dengan membawa masuk filem Malaysia untuk ditayangkan di sana dan ada filem yang mendapat sambutan seperti Congkak, Cicakman dan Jangan Pandang Belakang.

"Karyawan seni kedua-dua negara juga bekerjasama menghasilkan filem sebagaimana filem I'm Not Stupid dengan versi Malaysia, Aku Tak Bodoh," katanya.

Hans Rawee pula mengakui majlis seumpama itu sudah banyak dianjurkan sebelum ini sama ada di Malaysia atau Singapura, tetapi menggabungkan artis kedua-dua negara untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjasa kepada dunia perfileman Melayu adalah julung kali diadakan.

Katanya, idea mengadakan Malam Gala Seri Temasek 2011 ini timbul selepas melihat kejayaan Seniman menganjurkan majlis seumpamanya di Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak selain bersama karyawan Indonesia di Jakarta.

"Mengapa tidak majlis sama menggabungkan karyawan Malaysia dan Singapura? Saya gembira apabila idea ini mendapat kerjasama cukup baik daripada Finas.

"Perbincangan juga diadakan dengan stesen televisyen berbayar Singapura, Sensasi untuk merakamkan majlis bagi siaran di stesen mereka," katanya.

Aktiviti itu juga diharap dapat memberi pendedahan kepada warga Singapura mengenai perkembangan terkini industri filem Malaysia menerusi pameran yang dibawa Finas serta persembahan artis dari kedua-dua negara.

Selain menyampaikan anugerah, malam itu turut memberi penghargaan kepada Seniman Agung Tan Sri P Ramlee melalui persembahan artis di segmen Mengenang Kembali Tan Sri P Ramlee (1929-1973) bersama artis seperti Anita Sarawak, Fredo, Ning Baizura, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Rozita Rohaizad, Sarah Aqilah, Didi Cazli dan Syamsul Yusof. Tiket berharga S$100.

Penganjur menyediakan bas untuk membawa rombongan karyawan Malaysia menghadiri majlis itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.