Adsense

Jumaat, 26 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Pekin Doakan Kebahagiaan Ayu Raudhah

Posted: 25 Nov 2010 07:01 PM PST


WANGSA MAJU: Pelakon Pekin Ibrahim, menyatakan rasa gembiranya terhadap bekas kekasih, Ayu Raudhah yang bakal melangsungkan pernikahan dengan pemain bola sepak negara, Aquan Adha pada Januari ini.

Beritahu Pekin, dia mendoakan kebahagian Ayu dan berharap agar perkahwinan mereka nanti kekal sehiggan akhir hayat.

"Mungkin sudah sampai jodohnya untuk berkahwin, saya doakan yang terbaik buatnya.

"Walaupun kami putus, masing-masing masih lagi bertanya khabar seperti biasa," kata Pekin yang ditemui pada tayangan filem Hantu kak Limah Balik Rumah (HKLBR), di sini, Isnin.

Tegas Pekin, kehilangannya seketika daripada industri seni bukan kerana dia melarikan diri selepas putus cinta dengan Ayu pada tahun lalu, sebaliknya Pekin sibuk dengan pelajarannya di Institut Seni Indonesia (ISI), Jogjakarta.

"Tidaklah, mana ada. Saya yang minta putus, buat apa saya nak lari. Sebenarnya saya sibuk dengan pengajian saya di Jogjakarta dan baru saja tamat pengajian pada bulan Ogos lalu.

"Banyak perkara yang saya belajar disana baik dari segi pembelajaran serta masyarakat.

"Saya ada mengambil sedikit pengalaman dengan menghasilkan beberapa filem pendek di sana," kata graduan Diploma Dalam Seni Persembahan itu.

"Tapi, tidak bermakna dengan penghasilan filem pendek di sana, saya akan mula mencuba nasib di Indonesia, tidak. Ia sekadar pengalaman. Saya lebih seronok hidup dan bekerja di negara sendiri," ujar lelaki berusia 29 tahun itu yang masih belum bertemu pengganti Ayu lagi.

Sementara itu, Pekin gembira kerana berjaya melakonkan watak Musalman dalam HKLBR walaupun babak yang memerlukannya sedikit sahaja.

"Sebenarnya saya tidak puas hati dengan lakonan saya itu. tapi bila pengarahnya, Mamat Khalid kata, lakonan itu berjaya, saya percayakannya.

"Ini kerana, Mamat memiliki sudut pandangan yang yang tersendiri dalam menghasilkan sesebuah filem tersebut," katanya lagi.

google: pekin, pekin facebook, pekin blog, pekin twitter, pekin myspace, pekin 2010, terbaru pekin, terkini pekin, gambar pekin, foto pekin, photo pekin, pekin bio, pekin biodata, pekin biography, pekin profile, pekin putus cinta

Penyanyi Indie Beri Saingan-Ezlynn

Posted: 25 Nov 2010 07:00 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Ezlynn mengakui aliran muzik kini lebih kepada lagu-lagu yang ringan berbanding trend muzik dahulu.

Kata Ezlynn, pendengar muzik kini mahukan muzik berentak santai dan boleh dinyanyikan oleh mereka.

"Pendengar suka lagu yang mudah, ringan dan santai. Mereka lebih suka mendengar lagu yang mana mereka boleh menyanyikan bersama-sama.

"Kalau dulu kita lihat pendengar suka kepada lagu yang mempunyai makna yang tersirat dan bernada tinggi namun kini mereka sudah beralih kepada aliran lagu baru," katanya.

Tambah penyanyi ini, perkembangan muzik tempatan kini memberi lebih saingan dalam ruang industri muzik tanah air.

"Hari ini ramai penyanyi baru muncul, malah mereka juga datang dengan pekej tersendiri iaitu sebagai komposer.

"Bagi saya itu adalah satu persaingan yang sihat. Ramai penyanyi-penyanyi indie keluar memperjuangkan muzik mereka," ujarnya.

Menurut Ezlynn, Anugerah Juara Lagu (AJL) yang bakal berlangsung ini dijangka lebih sengit.

"Ketika saya dahulu lagu dipertandingkan berdasarkan kategori, tapi kini tidak lagi. Ia pasti lebih sengit kerana kesemua lagu akan bersaing sesama sendiri.

"Kebelakangan ini juga senario AJL sudah berubah kepada nama-nama baru yang masih muda. Tiada lagi nama-nama besar seperti dahulu," katanya.

Disebabkan perubahan tersebut juga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hye Hye Bye Bye ini juga mengakui mengikuti rentak muzik mereka.

Ezlynn juga telah menggunakan khidmat penyanyi dan komposer Noh (Hujan) untuk mencipta sebuah lagu berjudul Tic Tac Toe.

"Saya masih dengan genre muzik saya iaitu pop dance, namun saya juga ada menyanyikan lagu ciptaan Noh Hujan berjudul Tic Tac Toe," katanya.

google: ezlynn, ezlynn facebook, ezlynn blog, ezlynn twitter, ezlynn myspace, ezlynn 2010, ezlynn wiki, ezlynn bio, ezlynn biodata, ezlynn biography, ezlynn profile, terkini ezlynn, terbaru ezlynn, ezlynn seksi, ezlynn hot, ezlynn panas, ezlynn bogel, buah dada ezlynn

‘Like Toy Dolls’ Juarai Filem Pendek BMW 2010

Posted: 25 Nov 2010 06:55 PM PST


KUALA LUMPUR: Filem pendek 'Like Toy Dolls' yang dihasilkan oleh seorang editor video muda berusia 25 tahun, Chen Yih Wen memenangi hadiah utama berupa geran penerbitan sebanyak RM75,000 dalam Anugerah Filem Pendek BMW 2010.

Filem pendek yang menewaskan 48 pesaing lain itu berdurasi empat setengah minit menyorot isu buang bayi.

Bakat muda itu turut memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dan Reka Bentuk Produksi Terbaik selain dicalonkan bagi kategori Anugerah Lakon Layar Terbaik.

Yih Wen berkata, dia tidak menyangka kemenangan hadiah utama berpihak kepadanya tetapi yakin dengan filem pendek yang dihasilkan bersama rakan-rakan.

"Isu buang bayi sering dilaporkan di media dan menerusi filem pendek terus menyuarakan pandangan mengenainya.



Selain Anugerah Utama, Yih Wen bersama rakan-rakannya turut memenangi anugerah bagi kategori Sinematografi Terbaik dan Reka bentuk Produksi Terbaik. Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI.
"Terima kasih kerana menilai hasil kerja dan kreativiti kami. Ini sekali gus membuka peluang kepada bakat muda seperti kami untuk terus berjuang dalam menghasilkan filem pendek lebih berkualiti dan kreatif," katanya kepada media di sini, Khamis.

Filem Pendek BMW 2010 yang dianjurkan kali keempat sejak tahun 2007 menjadi platform kepada bakat tempatan mengetengahkan kreativiti, ketulenan dan kesungguhan dalam pembikinan filem.

Dalam pada itu, Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan BMW Malaysia, Sashi Ambi berkata, Filem Pendek BMW merupakan platform untuk mengenal pasti dan menyokong pembuat filem Malaysia berbakat.

"Pertambahan kategori anugerah dalam pertandingan tahun ini telah memberi pengiktirafan kepada ramai individu berbakat dalam komuniti perfileman Malaysia.

"Melangkah ke hadapan, Kumpulan BMW Malaysia komited untuk meneruskan Filem Pendek BMW sebagai pertandingan yang penting dan relevan," katanya.

Filem-filem yang terpilih ke peringkat akhir adalah 'Bajet' oleh Ahmad Azmhuri Mat Nayan, 'Kickstart' (Mahendra Chidambaram Pillai), 'Who Cares?' (Denis Ting) dan 'Perspectives' (Gary Liew).

Filem 'Kickstar dipilih sebagai pemenang Anugerah Pilihan Ramai apabila mencatatkan 4,000 pengundi dari seluruh dunia menerusi sistem undian dalam talian.

Senarai penuh pemenang Anugerah Filem Pendek BMW 2010:

Pemenang Hadiah Utama Filem Pendek 2010:"Like Toy Dolls" oleh Chen Yih Wen

Anugerah Pilihan Ramai:"Kickstart" oleh Mahendra Chidambaram Pillai

Pelakon Lelaki Terbaik:Karnan Kanapaphy dalam "Kickstart"

Pelakon Wanita Terbaik:Junvina Lim dalam "Who Cares?"

Sinematografi Terbaik:"Like Toy Dolls" oleh Chen Yih Wen

Lakon Layar Terbaik:"Bajet" oleh Ahmad Azmhuri Mat Nayan

Reka bentuk Produksi Terbaik:"Like Toy Dolls" oleh Chen Yih Wen

Suntingan Terbaik:"Perspectives" oleh Gary Liew

google: Anugerah Filem Pendek BMW 2010, keputusan Anugerah Filem Pendek BMW 2010, keputusan penuh Anugerah Filem Pendek BMW 2010, senarai pemenang Anugerah Filem Pendek BMW 2010, berita Anugerah Filem Pendek BMW 2010, terkini Anugerah Filem Pendek BMW 2010, terbaru Anugerah Filem Pendek BMW 2010

Suami Pelakon Cinta Antara Benua Fail Nusyuz

Posted: 25 Nov 2010 06:54 PM PST


KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon Cinta Antara Benua, Asdayanti Daud memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Khamis.

Che Zambil Ahmad (gambar) yang merupakan bekas penyerang pasukan bola sepak kebangsaan dan Kedah memfailkan permohonan itu menerusi peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan.

Muhammad Nur Hafiz memberitahu, kes tersebut akan disebut di mahkamah pada 14 Disember ini.

"Permohonan nusyuz tekad difailkan selepas Asdayanti enggan mematuhi notis kembali taat yang telah difailkan pada 1 November lalu.

"Perbincangan secara sulh juga gagal untuk mencari penyelesaian," kata Muhammad Nur Hafiz.

Difahamkan, permohonan itu difailkan atas dakwaan pelakon yang pernah berlakon dalam drama Opah itu sering berulang-alik keluar negara dengan seorang lelaki.

Che Zambil pada masa ini menjadi jurulatih bebas manakala Asdayanti bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Che Zambil dan Asdayanti, kedua-duanya berusia 36 tahun berkahwin pada 21 April 1998 dan dikurniakan dua orang anak berusia 11 dan setahun setengah bulan.

Bantahan Awal Bekas Suami Norish Karman Diputuskan 26 Januari

Posted: 25 Nov 2010 06:53 PM PST


SHAH ALAM: Permohonan bantahan awal yang difailkan oleh bekas suami kepada dramatis Singapura, Norish Karman akan diputuskan pada 26 Januari depan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Tarikh itu ditetapkan pada prosiding sebutan kes itu di hadapan Hakim Syarie Mohamad Adib Husain.

Terdahulu peguam syarie Muhammad Buruk yang mewakili ahli perniagaan, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima hujahan balas daripada Norish Karman.

Norish Karman atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman diwakili peguam syarie Amli Embong dalam permohonan tersebut.

Prosiding Khamis, hanya dihadiri oleh peguam syarie kedua-dua pihak.

Bantahan awal Hashimuddin, 61, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan itu melibatkan permohonan interlokutari Norish.

Permohonan itu berkaitan isu persekolahan anak dan permohonan supaya diberikan sebuah kereta lengkap dengan cukai jalan dan insurans bagi kegunaan anak serta tuntutan harta sepencarian.

Norish Karman, 35, yang terkenal dengan filem Sayang Salmah berkahwin dengan Hashimuddin pada 11 Januari 1998 dan disahkan bercerai pada 15 Julai 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 11, Muhammad Hady Amieran, 7, dan Nur Hanyz Amanda, 6 tahun.

Persetujuan Tuntutan Harta Sepencarian Siti Fairuz 13 Disember

Posted: 25 Nov 2010 06:52 PM PST

SHAH ALAM: Bekas suami kepada penyanyi tahun 80an, Siti Fairuz perlu hadir di mahkamah untuk mengesahkan terma perjanjian persetujuan yang dibuat dalam kes tuntutan harta sepencarian yang bernilai hampir RM2 juta.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohamad Adib Husain menetapkan 13 Disember ini untuk Mohamad Zainuddin Kordi hadir ke mahkamah bagi tujuan tersebut.

Beliau juga memberitahu, kes tersebut akan ditetapkan sebagai perbicaraan jika Mohamad Zainuddin yang merupakan pembantu teknik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) gagal hadir pada tarikh itu.

Peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Mohamad Zainuddin berkata, beliau telah cuba untuk menghubungi anak guamnya, tetapi tidak berjaya.

Sebelum ini, mahkamah sama telah menetapkan 25 Mei lalu sebagai tarikh untuk merekodkan persetujuan selepas dimaklumkan perbincangan kedua-dua pihak telah berada di peringkat akhir.

Siti Fairuz diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Siti Fairuz, 46, atau nama sebenarnya Siti Fairus Sheikh Mohamed yang terkenal dengan lagu Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu disahkan bercerai secara taklik dengan Mohamad Zainudin, 46, pada 14 Julai 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini.

Perceraian itu berlaku selepas mereka dikurniakan lima anak, iaitu Farhanah Afifah, 21, Farahiah Amirah, 19, Fadhli Asyraf, 17, Fariz Afiq, 15 dan Fakhri Aiman, 11, hasil perkahwinan yang dibina pada tahun 1988.

Ekoran perceraian itu, Siti Fairuz memfailkan tuntutan itu yang meliputi enam bidang tanah di Subang Indah, Petaling Jaya; Tiara Beach Resort, Port Dickson; Bukit Merah Lake Town, Perak; Damansara dan Sungai Buloh serta empat rumah di Mutiara Damansara, Bandar Sri Damansara dan Shah Alam.

google: siti fairuz, siti fairuz bercerai, kes cerai siti fairuz, siti fairuz mahkamah, masalah siti fairuz, kontroversi siti fairuz, tuntutan siti fairuz, terkini siti fairuz, terbaru siti fairuz, gosip siti fairuz, masalah siti fairuz

ABP13: Datuk Siti Nurhaliza Tarik Diri

Posted: 25 Nov 2010 06:51 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza (gambar) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13)tahun depan.

Menurut Siti, keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu.

Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.

"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu.

"Apa yang penting, saya bersyukur kerana sepanjang 12 tahun ABP diadakan mereka (peminat) sentiasa memberi sokongan. Keputusan ini juga tiada kaitan dengan masalah tidak puas hati terhadap pihak pengurusan.

"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular, di sini, semalam.

Tambah Siti, adalah menjadi impiannya untuk menjadi penonton ABP, menyokong para penggiat seni lain yang bertanding.

"Saya tahu dan sedar saya tidak akan berada di atas selamanya. Satu hari nanti, ada orang yang akan menggantikan saya," ujarnya.

Johan Tetap Teruskan Saman Terhadap Javed

Posted: 25 Nov 2010 06:50 PM PST


WANGSA MAJU: Pelakon dan pelawak, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 26, menegaskan bahawa dia tidak akan menarik balik kes saman terhadap pengarah Mohd Javed Mohd Nizar.

Beritahu Johan, dia meneruskan saman tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran buat orang lain walaupun dia telah memaafkan pengarah tersebut.

"Sebenarnya saya telah pun maafkan dia. Tetapi saman tetap saman. Buat masa ini saya tak terfikir pun untuk selesaikan kes di luar mahkamah.

"Ini sebagai pengajaran buat pengarah lain agar tidak membuat perkara yang tidak sepatutnya terhadap pelakon lain.

"Walaupun sekadar pelakon tambahan, dia tidak boleh perlakukan sebegitu terhadap saya," katanya selepas tayangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), di sini, Selasa.

Pada Jun lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran.

Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.

Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya.

"Sekarang saya serahkan kes ini kepada peguam saya untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Apapun saya gembira kerana penerbit-penerbit drama dan filem masih mempercayai saya dalam bidang lakonan dan Alhamdulillah, periuk nasi saya tidak terjejas.

"Ini juga peluang untuk membersihkan nama saya. Lebih menggembirakan saya, Mamat Khalid turut mempercayai saya untuk mengambil berlakon dalam HKLBR walaupun macam-macam khabar angin yang buruk tentang saya yang dia dengar," katanya.

google: johan raja lawak, johan raja lawak facebook, johan raja lawak twitter, johan raja lawak blog, johan raja lawak myspace, johan raja lawak 2010, johan raja lawak wiki, johan raja lawak biodata, johan raja lawak profile, johan raja lawak bio, johan raja lawak dan isteri, foto johan raja lawak, anak johan raja lawak,  johan raja lawak dan isteri, gambar johan raja lawak dan isteri, gambar johan raja lawak dan anak, johan raja lawak skandal, johan raja lawak kontroversi

'Rokok Memantapkan Vokal Saya' - Fiq

Posted: 25 Nov 2010 06:49 PM PST


PETALING JAYA: Pengakuan penyanyi Fiq tentang tabiat merokoknya mungkin kedengaran pelik tetapi anak jati Sabah itu percaya tabiat tersebut banyak membantu dalam memantapkan lagi vokalnya.

Ujar juara program realiti Mentor musim pertama itu dalam satu pertemuan bersama mStar Online baru-baru ini, sejak mula merokok setahun yang lalu dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya.

"Saya baru saja merokok. Sebelum bergelar penyanyi saya tidak merokok dan tabiat ini bermula apabila saya selalu berasa bosan ketika menunggu waktu untuk rakaman lagu dan pertunjukkan.

"Bagaimanapun tabiat ini berlaku bukan kerana saya mengalami kejutan budaya atau terikut-ikut orang lain. Ia kehendak diri sendiri.

"Sejak mula merokok setahun yang lalu, saya mula mendapati tabiat ini sebenarnya banyak memberikan kesan positif pada suara saya," katanya.

Sambil tidak menyangkal tabiat itu tidak baik untuk kesihatan, Fiq bagaimanapun menganggap tabiat tersebut banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai penyanyi rock.

"Saya tahu tabiat merokok membahayakan kesihatan tetapi sejak mula merokok saya dapati ia banyak membantu dalam memantapkan vokal. Vokal saya bertambah kasar, besar dan serak berbanding sebelum merokok dulu.

"Bagi saya, perubahan ini adalah sesuatu yang baik dan bersesuaian dengan genre muzik yang diperjuangkan iaitu rock. Jika sebelum ini, saya mudah hilang suara dan sakit tekak selepas menyanyi tetapi yang peliknya sejak mula merokok keadaan itu jarang berlaku pula," katanya yang popular menerusi lagu Tiga Malam Tanpa Bintang.

google: fiq, fiq facebook, fiq twitter, fiq blog, fiq myspace, fiq 2010, fiq wiki, fiq bio, fiq biodata, fiq profile, fiq 2010, fiq album baru, lagu baru fiq, single terbaru fiq, lagu download fiq, lirik fiq, lyrics fiq, fiq terkini, fiq terbaru, kontroversi fiq, skandal fiq

Eira Syazira-Azad Jasmin Enggan Heboh Hubungan Cinta

Posted: 25 Nov 2010 06:45 PM PST


PETALING JAYA: Pasangan artis Eira Syazira dan Azad Jasmin pernah mengaku tentang hubungan cinta mereka baru-baru ini.

Namun, cukuplah sekali pengakuan tersebut dilakukan. Bagi mereka, selebihnya tidak perlulah terlalu dihebahkan kepada umum.

"Setakat ini, kami tidak menafikan tentang hubungan kami tapi rasanya tidak perlulah diceritakan lebih lanjut tentang sejauh mana.

"Ini kerana kami mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada hubungan cinta kawan-kawan artis lain. Biarlah kami simpan cerita peribadi ini sendiri. Apabila tiba masanya, kami akan terangkan kepada semua," kata Eira Syazira atau mesra disapa Eira kepada mStar Online.

Apa yang lebih bagi pasangan ini, menghebahkan tentang kerjaya lebih penting berbanding cinta yang belum menemui noktahnya.

Lebih-lebih lagi, masing-masing merasakan masih baru menempa nama dalam industri hiburan.

Biarpun mereka cuba mengunci mulut tentang cinta, tetapi pasangan ini terpaksa merungkai tentang kisah cinta mereka dalam drama terbaru berjudul Anak Mami Mek Ani.

Drama 13 episod itu disiarkan di Astro Warna (saluran 132) pada setiap Selasa, 9 malam mulai 30 November 2010.

Anak Mami Mek Ani mengisahkan tentang tragedi cinta seorang pemuda iaitu Rauf, keturunan Anak Mami dengan Ani iaitu seorang anak jati Kelantan.

Rauf perlu memenuhi permintaan ibunya, Mami Zee untuk berkahwin dengan Anak Mami sejati jika dia berhasrat untuk mewarisi harta peninggalan arwah ayahnya.

Malangnya dia mempunyai alahan terhadap wanita cantik dan kemunculan Ani telah meleraikan masalah alahannya namun masalah lain timbul kerana Ani bukan Anak Mami sejati.

"Drama Anak Mami Mek Ani ini bukan merupakan drama pertama kami menjadi pasangan kekasih kerana sebelum itu kami pernah berlakon dalam drama Tanya Sama Hati.

"Keserasian untuk melakonkan watak ini sudah ada cuma saya kurang melakonkan genre komedi. Jadi, Azad banyak bantu saya memandangkan dia memang pak lawak. Kami banyak berbincang dan berkongsi idea antara satu sama lain untuk menghidupkan komedi dalam cerita ini," cerita Eira.

Tambahnya: "Menariknya, dalam cerita ini saya perlu bercakap dalam loghat Kelantan manakala Azad dalam loghat Utara. Jadi pertuturan kami itu sedikit sebanyak menimbulkan suasana komedi."

Selain berlakon sama-sama, pasangan ini turut bekerja di bawah satu produksi muzik, Family Group Music (FMG). Syarikat tersebut pernah menerbitkan lagu Adam Hamid, Zaiton Sameon dan Dayangku Intan.

Eira bakal muncul dengan album solo pada Januari depan dengan memuatkan lagu-lagu seperti Dihati Ini, Sememangnya, Sisi Duka dan Nour El Ain.

google: eira syazira dan azad jasmin, eira syazira dan azad jasmin bercinta, eira syazira dan azad jasmin terkini, eira syazira dan azad jasmin terbaru, gambar eira syazira dan azad jasmin, foto eira syazira dan azad jasmin, photo eira syazira dan azad jasmin, eira syazira dan azad jasmin seksi, eira syazira dan azad jasmin hot, eira syazira dan azad jasmin panas, eira syazira dan azad jasmin bertunang, eira syazira dan azad jasmin kahwin, gosip cinta eira syazira dan azad jasmin, skandal eira syazira dan azad jasmin, kontroversi

Suria FM Rai Ulang Tahun Ke-3

Posted: 25 Nov 2010 06:44 PM PST


PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM meraikan ulang tahun ketiga di Studio V, One Utama, di sini bermula pukul 5 petang hingga 10 malam, Rabu.

Kemeriahan sambutan majlis tersebut turut dirasai dengan kehadiran ramai pendengar, artis dan rakan media. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi The Star, Ho Kay Tat dan Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrul Mohd Nor.

Kesemua para tetamu dihidangkan dengan persembahan dan permainan yang dihoskan oleh penyampai-penyampai Suria FM dan artis yang terlibat.

Lebih 40 artis yang hadir termasuk Izwan Pilus, Ifa Raziah, Ikhwal, Sabhi Saddi, Reshmonu, Elly Mazlin, Azharina Azhar, Farah Ashikin, Daus, Farina, AXL's, Faradhiya dan Tilu.


Antara rakan artis yang hadir memeriahkan sambutan ulang tahun ketiga Suria FM bersama-sama penyampai.
Sementara Suria FM terdiri daripada penyampai hebat seperti Halim Othman, Zizi, Bob, Myra, Naim, Linda Onn, Tuah Zoqarnain, Lin, Othoe dan Lotter turut memeriahkan majlis.

Menariknya, Linda Onn dan Tuah Zoqarnain turut bersiaran luar secara langsung dari Studio V bermula pukul 4 petang hingga 11 malam.

Selain itu, majlis diteruskan dengan acara memotong kek sebagai simbolik meraikan ulang tahun ke-3 Suria FM.

Mereka yang hadir berpeluang mendapat barangan percuma serta hadiah dari penaja seperti De' N Fresh Nata De' Coco, snek Shoyomi, roti Sedap, Tropicana Twister dan majalah EH!.

Suria FM ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah label syarikat Rimakmur Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Star Publications.

Stesen radio yang membawakan tagline 'Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru' ini mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan Kota Kinabalu. Bermula 24 November 2007, Suria FM secara rasminya bersiaran di seluruh Semenanjung Malaysia.

google: suria fm, suria fm ulang tahun, parti ulang tahun suria fm, gambar ulang tahun suria fm, penyampai radio suria fm, dj suria fm, suria fm terkini, suria fm terbaru, berita suria fm, gosip suria fm, terbaru suria fm

Permohonan Bekas Isteri Hattan Ditangguh Januari

Posted: 25 Nov 2010 06:42 PM PST


PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Hattan, Arianie Mohd Abidin diberi peluang untuk menyelesaikan perjanjian dan syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Insolvensi sebelum permohonannya untuk menuntut mutaah dan nafkah edah didengar di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad membenarkan kes tersebut ditangguhkan kepada 25 Januari depan bagi membolehkan Arianie yang merupakan seorang pramugari menyelesaikan semua syarat tersebut bagi membolehkan dia melantik peguam syarie.

Arianie, 39, perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Insolvensi sebelum meneruskan kes ekoran namanya telah disenarai hitamkan.

Bagaimanapun, penangguhan itu terdahulu dibantah oleh peguam syarie Mohd Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Hattan, atas alasan Arianie selaku plaintif telah menggunakan alasan yang sama untuk mendapatkan penangguhan sebelum ini.

"Masa yang diberikan kepada plaintif untuk menyelesaikan perkara tersebut adalah selama tujuh bulan. Namun, sehingga kini ia tidak pernah diselesaikan.

"Ini jelas tidak menunjukkan kesungguhan plaintif untuk menjalankan kes ini. Saya mohon kes dibuang kerana plaintif tidak bersungguh-sungguh untuk meneruskan kes," katanya.

Mohd Roshdan menambah, Hattan juga perlu berhadapan dengan kes mahkamah setiap kali kes ditangguhkan.

Peguam Syarie Hazirah Othman membantah dan mengatakan Arianie tidak akan melantik dirinya jika tidak serius untuk meneruskan kes tersebut.

"Saya sendiri tidak akan bersetuju untuk mewakili seseorang jika pelanggan tidak serius," katanya dan menambah, Arianie sedang dalam proses mencari penjamin yang layak dan komited.

Prosiding mahkamah pada Rabu, hanya diwakili oleh peguam-peguam syarie.

Permohonan mutaah dan nafkah edah difailkan selepas Hattan yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah dan Arianie sah berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005.

Semasa itu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabuddin, 46, mengesahkan lafaz cerai yang dilafazkan di rumah kediamannya di nombor 29, Tropicana Golf dan Country Resort pada malam 31 Disember 2004.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak, Adam Eiman, 13, yang diletakkan di bawah jagaan Hattan.

TV3 Rungkai Kisah Putera Katak & Pengidap Amnesia

Posted: 25 Nov 2010 06:42 PM PST


Seribu Kali Cinta telah bersiaran bermula 15 November lalu di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

Drama cinta romantis ini menggandingkan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Intan Ladyana mengisahkan kesungguhan Nizam (Kamal Adli) dalam membuktikan cintanya terhadap kekasihnya, Miasara (Intan Ladyana) yang mengalami sindrom Amnesia.

Nizam pada asalnya mahu bercuti di Pulau Aman telah terpikat dengan Miasara di situ. Walaupun mereka serasi bersama namun apa yang dilakukan oleh Miasara pada hari ini akan dilupakan pada hari keesokannya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam agar pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat beliau. Baginya, Nizam masih belum matang dan serius dalam hidupnya. Ibu bapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu mereka pun menasihatinya agar melupakan hasrat untuk mengahwini Miasara.

Nizam tekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam telah merakamkan hubungan mereka. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun masih tiada perubahan dalam memulihkan keadaannya.



Nora Danish sebagai Trisha dalam drama 'Putera Katak'.
Seribu Kali Cinta diterbitkan oleh Rozie Othman daripada SRS Production Sdn Bhd. Drama siri yang mempunyai 24 episod tersebut diarahkan oleh Haris Kadir turut membariskan barisan pelakon handalan tanahair seperti Norkhiriah, Cat Farish, Marsha Milan Londoh, Rozie Othman, Abu Bakar Omar, Aida Haleda, Shaharuddin Thambi, Idris Mat Diah, Sheila Mambo dan Priya Ana.

Sementara itu, slot Lagenda bakal menyiarkan Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince mulai 29 November ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.

Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.


Putera Amar tidak bertukar menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora dalam drama 'Putera Katak'.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.

Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

google: seribu kali cinta, seribu kali cinta sinopsis, seribu kali cinta video streaming, seribu kali cinta tv3, kisah seribu kali cinta, cerita seribu kali cinta, pelakon seribu kali cinta, pengarah seribu kali cinta, OST seribu kali cinta, soundtrack seribu kali cinta, download seribu kali cinta, tayangan seribu kali cinta, poster seribu kali cinta, rumusan seribu kali cinta, seribu kali cinta komen, seribu kali cinta review

Konsert Francissca Peter Sempena 33 Tahun Oleh SITI AZIRA AB

Posted: 25 Nov 2010 06:39 PM PST


PETALING JAYA: Selepas sekian lama menanti, penyanyi tersohor Francissca Peter akan muncul dengan konsert besar-besarannya pada awal Februari 2011.

Konsert sempena usia 33 tahun Francissca atau nama sebenarnya Luciana Francissca Peter itu dijadualkan akan berlangsung selama tiga hari.

"Konsert pada hari pertama akan diadakan secara tertutup untuk rakan media sahaja manakala dua malam lagi terbuka untuk para peminat saya," kata Francissca ketika ditemui di rakaman Revolusi Anugerah Juara Lagu (AJL) 25 di Sri Pentas, di sini, Khamis.

Menurut juara sulung AJL ini, konsert tersebut dianjurkan oleh peminatnya dan perancangan telah dilakukan sejak tiga tahun lalu melalui pengurusnya, Bibiana Peter.

Namun peminat yang tidak mahu dikenali itu telah mengesahkan untuk menganjurkan konsert tersebut beberapa minggu lalu.

"Saya berharap ramai peminat yang akan datang dalam konsert selama tiga jam itu yang diadakan secara besar-besaran.

"Sebelum ini saya selalu membuat persembahan di samping artis lain tetapi kali ini hanya saya seorang. Saya berasa sangat teruja yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata," ujarnya.

Tambahnya: "Saya telah membuat persediaan selama dua bulan selain berlatih melalui persembahan korporat yang dilakukan.

"Saya akan menyanyikan lagu-lagu popular saya sebanyak yang mungkin dengan susunan lagu yang baru dan segar.

"Tetapi apabila saya mengumumkan tentang konsert ini, ramai peminat memberikan senarai lagu untuk dinyanyikan seperti Sekadar Di Pinggiran, Kau Lilin Cinta Ku, Pasti Kembali, Kerna Terpaksa dan Aku Kehilanganmu."

Bagaimanapun dia enggan menceritakan lebih lanjut tentang konsert tersebut sehingga sebuah sidang media akan dilakukan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, dia menerbit dan menggubah lagu untuk beberapa penyanyi.

Francissca juga adalah Duta untuk Organasasi Kebajikan Antarabangsa World Vision di Malaysia (International Aid Organisation World Vision) selama 5 tahun

Dia membuat kolaborasi dengan menyanyikan lagu tema untuk organisasi itu.

google: francissca peter, francissca peter facebook, francissca peter twitter, francissca peter blog, francissca peter myspace, francissca peter and family, francissca peter dan anak, francissca peter dan suami, keluarga francissca peter, photo francissca peter and family, foto francissca peter, gambar francissca peter dan anak, francissca peter 2010, album baru francissca peter, lagu baru francissca peter, single terbaru francissca peter, francissca peter mp3 download, francissca peter wiki, francissca peter bio, francissca peter biodata, francissca peter profile, francissca peter seksi, francissca peter hot, francissca peter panas

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Keagungan Rasulullah SAW

Posted: 26 Nov 2010 02:38 AM PST

Ceramah tadi menceritakan tentang kebiasaan Nabi Muhammad SAW yg baru diketahui oleh Abu bakar sehari setelah Nabi Muhammad SAW wafat.

Pada suatu pagi sehari setelah Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu bakar mendatangi rumah Nabi dan bertemu dengan Aisyah, kemudian Abu bakar bertanya kepada Aisyah.

Abu bakar : Wahai anakku, adakah sunah-sunah yg diajarkan Muhammad yg belum aku lakukan ?

Aisyah : Tidak ada ayahku, bahkan engkau lebih tahu sunah-sunah itu dibandingkan aku, tetapi ada satu kebiasaan Muhammad SAW yg belum engkau ketahui .

Abu bakar : kebiasaan apa itu wahai anakku ?

Aisyah : setiap pagi Muhammad SAW selalu memintaku membungkus nasi untuk di bawa ke pasar dan diberikan kepada pengemis buta yahudi .

Abu Bakar : kalau begitu segera buatkan aku sebungkus nasi agar boleh kuberikan kepada pengemis itu.
setelah itu Abu bakar membawa sebungkus nasi itu dan mencari pengemis tersebut,setelah bertemu dengan pengemis tersebut lalu Abu bakar memberikan nasi itu,lalu pengemis itu berkata.

Pengemis : Siapa kau ? kau bukan orang yg biasa memberikan aku makanan.

Abu bakar : Aku orang yg selalu memberimu makanan setiap pagi.

Pengemis : BUKAN !!! orang yg memberiku makan setiap pagi selalu mendukungku ketempat sejuk lalu menyuap makanan dgn tangannya sampai makanan itu habis dan kalau ada makanan yg keras yg tidak boleh aku kunyah, dia mengunyahkan makanan itu untukku.

Mendengar pengemis itu berkata, Abu Bakar menangis. lalu pengemis itu bertanya.

Pengemis : Mengapa engkau menangis ?

Abu Bakar diam, lalu pengemis itu berkata lagi.

Pengemis : Janganlah engkau mengikuti ajaran Muhammad, agama yg diajarkannya itu sihir (pengemis itu berkata lantang).

Abu bakar hanya mampu menangis, lalu Abu Bakar berkata.

Abu bakar : Tahukah engkau siapa yg selalu memberimu makanan setiap pagi hari ? Muhammad SAW lah yg selalu memberikan mu makanan setiap pagi.

Pengemis itu terdiam dan lalu menangis,seketika itu pengemis tersebut menyebut dua kalimat syahadat lalu masuk Islam.

Subhanallah .

Sumber : isuhangat

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rakyat Malaysia hack website Amerika

Posted: 26 Nov 2010 02:36 AM PST

New York – Penjenayah cyber Malaysia berjaya menghack komputer U.S Federal Reserve Bank of Cleveland and FedComp,Amerika Syarikat.Hacker ini telah mencuri setengah juta nombor kad kredit dan debit.

Menurut Jabatan Polis AS di Brooklyn, warga Malaysia, Lin Mun Poo itu ditahan pada 21 Oktober. Dia dituduh menghack komputer Fed cawangan Ohio, dan mencuri lebih dari 400 ribu nombor kad kredit.

Selain itu, ia juga membocori pertahanan sistem. "Poo memiliki karier cemerlang di dunia server komputer milik institusi kewangan, kontraktor pertahanan, dan syarikat korporat lain. Selain itu, dia juga menjual atau berniaga maklumat."

Secret Service AS menahan pemuda 32 tahun itu di bandar internasional John F. Kennedy di New York. "Agen Secret Service merampas laptop yang berisi data akaun financial dengan jumlah yang banyak dan maklumat identiti peribadi yang diperolehinya semasa melakukan hack."

Ketua Secret Service New York mengatakan, cybercrime 'tak hanya mempengaruhi infrastruktur kewangan negara, tapi juga mengancam keamanan nasional."

Selain itu, Secret Service mengatakan, Poo juga masuk ke dalam sistem 'informasi logistik tentera sensitif yang berpotensi tinggi' dari kontraktor Pentagon. Menteri Pertahanan AS Robert Gates memperingatkan cyberattack boleh menjadi ancaman 'besar'. – isuhangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Perkahwinan direstui bekas kekasih

Posted:

Perkahwinan direstui bekas kekasih

Perkahwinan direstui bekas kekasih



"APA yang ingin saya tegaskan, segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya itu semuanya tidak benar sama sekali.

"Saya bukannya punca terhadap masalah keretakan rumah tangga mereka seperti yang didakwa!"

Jika sekali dengar ucapan bernada tegas itu seperti dilontarkan daripada individu yang dituduh mengganggu rumah tangga orang lain, yang pada kebiasaannya dikatakan ada hubungan dengan salah seorang daripada pasangan suami isteri yang mengalami keretakan rumah tangga tersebut.

Namun, dalam kes pelakon jelita, Ayu Raudah yang melontarkan kenyataan itu kepada media ketika ditemui pada majlis pelancaran program-program Astro Warna di Cathay Cineplex, The Curve, Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini, ia ternyata agak unik.

Dia sebelum ini didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak - suami kepada aktres Rita Rudaini.

Sedangkan pada masa yang sama, Ayu ketika itu serius menjalinkan percintaan dengan adik kembar Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak.

Sebenarnya, Ayu bukan dituduh sebagai perampas suami Rita, tetapi gosip sebelum ini bertiup kencang mendakwa Ayu menjadi penyebar fitnah tentang rumah tangga Aidil dan Rita.

Malah, sebuah akhbar sebelum ini pernah melaporkan kenyataan yang agak 'menggegarkan' daripada Rita yang berbunyi: "Saya tidak pernah mengenalinya secara rapat. Saya hanya bertemunya hanya sekali, ketika Ayu (Raudah) menjadi pelakon tambahan dalam drama Rafflesia.


AYU tidak pernah berniat untuk merahsiakan pertunangannya.


"Itupun bekas kekasihnya, Pekin yang memperkenalkannya. Saya tidak tahu apa yang menyebabkannya cemburu, sakit hati dan sanggup menyebarkan fitnah. Kalau pasal saya ada hubungan dengan bakal suaminya, Mohd Zaquan Adha, itu cerita lama."

Tidak mahu memanjangkan sengketa mulut antaranya dengan bakal kakak iparnya itu, Ayu enggan memberi sebarang komen mengenai Rita kerana bimbang akan disalah erti oleh pihak yang lain.

"Kalau boleh saya memang tidak mahu dan akan elak untuk memberi sebarang komen mengenainya. Saya tidak mahu apa yang dinyatakan nanti akan disalahertikan oleh pihak lain," ujarnya.

Pada majlis yang sama Ayu juga memberitahu, dia sah menjadi tunangan Zaquan pada 17 Oktober yang lalu.

Bagaimanapun, kisah yang kurang menarik didengar adalah tindakan Ayu yang dikatakan telah cuba merahsiakan majlis pertunangannya daripada pengetahuan ramai. Namun, pelakon berkenaan mempunyai jawapannya sendiri mengenai perkara tersebut.

"Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada semua peminat tentang majlis pertunangan saya yang dilangsungkan pada bulan lalu. Terus terang ingin saya nyatakan memang tiada niat langsung untuk merahsiakannya.

"Semuanya terjadi hanyalah secara kebetulan. Ketika itu keluarga Zaquan hanya datang untuk merisik dan setelah perbincangan dibuat, kedua-dua belah pihak bersetuju agar kami berdua terus bertunang pada hari tersebut," ujar pelakon yang sudah membintangi puluhan drama tempatan itu.

Dengan kenyataan yang dibuat, dia sangat berharap agar segala persoalan yang pernah ditimbulkan sebelum ini telah terjawab dengan jawapan yang diberikannya itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan majlis perkahwinannya setakat ini, Ayu memberitahu bahawa kesemuanya berjalan dengan lancar. Ujarnya, dia berasa lega kerana segala persiapan banyak diuruskan oleh kakaknya sendiri.

Mengenai tarikh pernikahannya pula, ujar Ayu, pada asalnya dia dan Zaquan telah merancang untuk melangsungkannya pada tanggal 1 Januari 2011. Namun atas sebab-sebab tertentu, akhirnya mereka telah mencapai kata sepakat untuk memilih tarikh pernikahan pada 21 Januari tahun depan dan dipersetujui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.


AYU enggan campur tangan dengan urusan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil.


"Majlis pernikahan akan diadakan di kampung halaman saya di Alor Setar dan majlis persandingan pula akan berlangsung pada malam hari pernikahan. Majlis di pihak Zaquan pula akan berlangsung seminggu selepas itu di Seremban.

"Malah, baru-baru ini juga saya mendapat berita yang cukup menggembirakan apabila ada beberapa pihak yang sudi untuk menaja persiapan perkahwinan saya nanti," ujarnya.

Menyentuh mengenai persediaan untuk menjadi seorang isteri pula, ketika ini Ayu sedang cuba untuk belajar memasak terutamanya lauk-pauk yang menjadi kegemaran Zaquan.

Menurutnya lagi, Zaquan adalah jenis yang lebih suka makan di rumah berbanding di luar. Malah, dia turut mendedahkan bahawa tempoyak ikan patin dan ayam adalah lauk kegemaran bakal suaminya itu.

Berhenti berlakon

Jika sebelum ini dramatis popular, Rozita Che Wan iaitu kakak kepada Ayu telah membuat keputusan untuk menamatkan karier seninya pada tahun hadapan, tentu ramai yang ingin tahu adakah Ayu akan mengambil keputusan yang sama.

Meskipun sudah bergelar isteri, Ayu menjelaskan bahawa tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bersara daripada dunia lakonan dan mengikut jejak langkah kakaknya itu.


JELITAWAN ini bakal bergelar isteri Zaquan Adha dan adik ipar Aidil Zafuan menjelang 21 Januari, 2011.


"Itu semua terpulang kepada keizinan suami saya nanti. Kalau boleh, saya memang nak terus menceburkan diri dalam bidang lakonan kerana itu merupakan minat dan punca pendapatan saya.

"Namun kalau suami sudah tidak benarkan saya berlakon lagi, saya akan akur dengan permintaannya. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menderhaka kepada suami saya nanti," ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Ayu lagi, setakat ini bakal suaminya itu tidak pernah menghalang pembabitannya sebagai anak seni.

Ujarnya, dia berasa gembira kerana Zaquan memang sentiasa menghormati kerjayanya sebagai seorang pelakon. Maka, sebab itu tidak pernah terniat di hatinya untuk berhenti berlakon dan percaya kariernya dalam lakonan masih lagi panjang.

"Cuma selepas berkahwin nanti, saya cuba untuk kurangkan akiviti lakonan bagi memberi lebih perhatian kepada menguruskan rumah tangga. Mungkin saya akan selektif dalam memilih tawaran lakonan yang diberikan terutama yang tidak memerlukan saya berada begitu terlalu lama di lokasi.

"Tindakan ini dilakukan kerana saya menyedari tanggungjawab sebagai seorang isteri. Biarpun suami tidak kisah, namun kami perlu luangkan masa lebih banyak bersama," ungkapnya.

Baginya, status sebagai isteri tidak seharusnya menjadi penghalang untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Menurutnya lagi, hanya jika keadaan benar-benar memaksa untuk dia berhenti, barulah dia akan berbuat demikian.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Yuna, Ana masuk gelanggang

Posted:

Yuna, Ana masuk gelanggang

Yuna, Ana masuk gelanggang

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


DOMINASI wajah-wajah segar dan muda yang bakal berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 25 pada 9 Januari tahun depan nanti.


ANUGERAH Juara Lagu (AJL) yang memasuki edisi ke-25 (AJL25) menyaksikan 14 buah lagu telah terpilih untuk bersaing pada pusingan akhir yang akan diadakan pada 9 Januari 2011 akan datang.

Pada saingan separuh akhir Muzik Muzik yang diadakan selama tiga minggu berturut-turut sejak 8 November lalu, sebanyak 30 buah lagu telah bersaing bagi merebut 14 tempat untuk ke saingan akhir.

Penerbit Muzik Muzik ke-25, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata, persaingan pada kali ini dilihat cukup sengit dan setiap lagu yang bertanding juga adalah lagu yang memang popular di kalangan pendengar.

"Boleh dikatakan semua lagu-lagu yang bertanding pada kali ini memang hebat dan boleh dianggap terbaik. Namun untuk saingan di pentas akhir AJL25, hanya 14 buah lagu sahaja terpilih.

"Boleh dikatakan 14 buah lagu itu juga mempunyai kekuatan yang tersendiri dan pastinya satu cabaran yang hebat untuk memilih lagu yang layak bergelar juara," katanya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Sementara itu, peluang juga dilihat lebih terbuka kepada dua penyanyi iaitu Faizal Tahir dan Noh Hujan apabila kedua-duanya akan mempersembahkan dua buah lagi.

Faizal Tahir akan menyampaikan lagu Hanyut dan Selamat Malam hasil ciptaan Audi Mok serta Faizal sendiri, manakala Noh Hujan pula akan mempersembahkan lagu Mencari Konklusi hasil ciptaannya serta lagu Pelita bersama kumpulan A.P.I yang dihasilkan oleh Loque.

Lebih menarik lagi, saingan akhir AJL 25 juga turut menyaksikan beberapa penyanyi baru yang akan beraksi buat kali pertama seperti Anna Raffali, Adira dan Shahir.

Juri-juri yang mengadili lagu-lagu di pentas separuh akhir Muzik Muzik adalah Azmeer, Edrie Hashim, Che Kem, Zainuri Misfar dan Azhar Borhan yang bertindak selaku ketua juri.

Dalam pada itu, salah seorang penyanyi yang layak ke saingan akhir AJL25, Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta menjelaskan, lagu berkenaan menjadi pilihan juri kerana mempunyai kekuatan terutama daripada segi melodi.

Ujarnya, semasa membuat persembahan di pentas akhir nanti, dia bertekad untuk membuat persembahan yang terbaik biarpun menyedari bakal bersaing dengan lagu-lagu yang hebat.

"Pada saingan kali ini, saya berasa cukup yakin memandangkan pernah beraksi di pentas yang sama tahun lalu. Jadi, saya akan menggunakan segala pengalaman yang lalu untuk tampil dengan lebih baik lagi," ujarnya.

Bagi Yuna pula, dia meluahkan rasa syukurnya apabila sekali lagi dapat beraksi di pentas akhir AJL 25 setelah menduduki tempat yang kedua pada tahun lalu menerusi lagu Dan Sebenarnya.

Menurut Yuna, menyedari saingan kali ini dilihat lebih kompetitif, maka peluang untuk setiap lagu yang bertanding untuk muncul sebagai juara adalah sama rata.

"Apa yang lebih menggembirakan saya adalah apabila nama Ana Raffali turut diumumkan layak ke peringkat akhir. Sekurang-kurangnya ada empat penyanyi wanita yang akan memberi saingan sengit kepada 10 penyanyi lelaki nanti," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Enggan ulas isu ibu tunggal

Posted: 25 Nov 2010 05:25 AM PST

MUNGKIN ramai tidak kenal dengan pelakon Adrea Abdullah walaupun sudah 10 tahun dia berkecimpung dalam bidang lakonan.

Namun, namanya mula meraih perhatian ramai apabila tersenarai dalam kategori Aktres Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFFM23) menerusi filem 2 Alam.

Adrea bersaing dengan Daphne Iking (Belukar), Nur Ashiqin Kamal (Lagenda Budak Setan), Putri Mardiana (Santau) dan Shasha Arsheela (Pulau Asmara).

Sekalipun tewas kepada Daphne, Adrea mengakui pencalonan dalam FFM23 semakin membakar semangatnya dalam bidang lakonan.

"Saya tidak sangka nama dicalonkan dalam FFM23. Saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya dapat peluang berada dalam Top 5 FFM.

"Saya ingin buat yang lebih baik lagi pada tahun depan. Saya harap dapat watak yang lebih mencabar dalam filem supaya dapat membuktikan sejauh mana kebolehan dan kesungguhan saya dalam memperjuangkan bidang seni tanah air," katanya.

Pada masa sama, Adrea mengakui lebih suka bersikap 'low profile' di persada seni tanah air.


Akuinya, ada juga publisiti mengenai dirinya di akhbar, tetapi tidak sebanyak mana.


"Mungkin kerana saya tiada gosip panas dan kontroversi seperti artis lain. Saya juga tidak suka menjaja cerita peribadi saya untuk meraih publisiti dari pihak media. Biarlah orang kenal saya menerusi bakat dan bukan glamor kerana gosip dan kontroversi," katanya.

Ditanya, kenapa dia ingin bekerja dengan penerbit kontroversi seperti Datuk Dr Rozmey Che Din, Adrea berkata, dia menerima tawaran berlakan watak pembantu dalam filem genre seram dan drama 2 Alam arahan Ed Zarith dan Hairie Othman itu kerana menyukai wataknya.

"Saya mahu jadi peneroka dan merasai watak berbeza. Barulah tidak 'stereotaip.' Sebenarnya, kalau Dr Rozmey tidak ada publisiti pun, ramai orang mengenalinya juga.

"Memang nama dia sudah gah sebab dia ahli perniagaan yang sangat disegani ramai. Barisan pelakon filem ini, Aaron Aziz, Yank Kasim, Rosnah Johari dan sebagainya juga ada ramai peminat juga.

"Begitu juga nama salah seorang pelakon filem ini, Suhaila yang cukup dikenali di Singapura," katanya.

Selepas filem 2 Alam, Adrea beraksi lagi dalam filem seterusnya iaitu Abuya yang menampilkan sentuhan Imran Ismail.

Katanya, filem itu cukup mendebarkan kerana pegang watak utama sebagai perempuan Siam dari Pattani.

Ceritanya juga kontroversi.

Set dan wardrobenya menarik.

"Barisan pelakon lain yang turut beraksi ialah Geena Ali, Suhaila Salam, Jue Aziz dan heronya ialah Faizal Hussien. Pengarah filem ini cukup berani memuatkan pelbagai explorasi dengan pendekatannya dalam filem ini. Semua pelakon dan pasukan kami serasi.

"Semua karakter juga sangat berwarna-warni dan tersendiri. Setakat ini, shot yang saya lihat cukup mengagumkan. Tidak sabar hendak tengok keseluruhan filem ini," katanya.

Adrea ditemui di sidang media drama bersiri 13 episod, Pak Kaduk, baru-baru ini.

Adrea bawa watak utama dalam cerita arahan Saian Salimon untuk TV2 itu.

Sekalipun nama Adrea kurang dikenali, tawaran berlakon tidak pernah putus diterimanya.

"Alhamdulillah, setakat ini, banyak tawaran berlakon yang diterima. Saya juga terbabit dalam penggambaran telefilem thriller dengan abang Bade Azmi, Merpati Terbang Malam.

"Saya bawa watak utama sebagai kembar yang agak mencabar wataknya. Abang Bade juga banyak mengajar saya ilmu lakonan dan saya suka sangat skrip Bade itu kerana ia seperti filem," katanya.

Menyusul selepas itu, Adrea terbabit dengan penggambaran dengan Abang Din CJ, telemovie Wira Padang Pasir dan Hotel Mania.

"Ia sebagai artis undangan saja, tetapi saya gembira kerana semua watak berbeza. Saya juga terbabit dengan 'voice over' untuk dokumentari 13 episod, Menyusur Adat.

"Selain itu, saya terbabit dengan penggambaran dengan Din CJ iaitu telemovie Rafael dan ia juga pengalaman yang tidak kurang menariknya.

"Selepas itu, saya terbabit dengan penggambaran filem Siti Suka Ramli Sarip sebagai watak utamaMinah Rockers, tetapi tidak ditayangkan.

Tidak ketinggalan, saya juga buat penggambaran raya untuk Courts Mega Store," katanya.

Terbaru, Adrea sibuk membuat persiapan untuk penggambaran program muzikal Islam sebanyak 13 episod di saluran Al Hijrah berjudul Teman di Al -Hijrah.

"Saya ada menerima tawaran dari pelakon dan pengarah Afdlin Shauki untuk penggambaran filem 3 Hari, tapi tidak dapat beri komitmen kerana sudah ada komitmen lain. Nampaknya, tidak ada rezeki untuk saya bekerja dengannya. Insya-Allah pada masa akan datang.

"Lepas penggambaran nanti, saya ada kertas cadangan untuk menyiapkan skrip filem yang saya sudah siap tulis. Insya-Allah, saya sudah cuba buat yang terbaik mengikut kemampuan. Saya juga dapat tawaran filem baru tahun depan," katanya.

Mengenai perancangan masa depannya pula, Adrea menyimpan impian untuk bekerjasama dengan dengan pengarah hebat tanah air.

"Saya juga bercita-cita mencetuskan satu revolusi baru dalam industri filem tanah air. Saya sudah siapkan draf skrip akhir filem dan saya cuma perlu siapkan cadangan untuk dihantar pada produksi dan juga penaja.

"Jika Afdlin Shauki, Edry Abd Halim dan Shamsul Yusof boleh buat, kenapa tidak saya? Kejayaan mereka dan cinta saya pada bidang seni menjadi inspirasi buat saya lebih berani dan bersemangat tinggi seperti mereka," katanya.

Berkongsi cerita statusnya yang dikatakan ibu tunggal kepada seorang anak, Adrea nampaknya enggan mengulas lanjut.

"Maaflah, saya tidak dapat komen lebih lanjut lagi. Saya berharap, peminat menghormati permintaan saya ini," katanya.

>PROFIL:
NAMA SEBENAR: Nik Adrea Nik Abdullah
NAMA KOMERSIAL: Adrea Abdullah
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 21 Jun 1977
AKADEMIK: Ijazah Seni Lukis (Pengiklanan), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
KERJAYA: Pelakon, Pengacara dan penulis skrip
DRAMA BERSIRI/TELEFILEM : Front Page, Dihujung Kemarau, The Promise, Mujahada, Zuriat Terakhir (Dilema Wanita), Duyung (Suara-suara pita), Papan, Phobia, Meniti Senja, CUT, Mama Paparazi, Rendang Perantau, Asmara Kanun, Bougainvilla Di Tepi Jalan
FILEM: 2 Alam (Pelakon Pembantu), Sifu & Tongga, SH3 The Movie, )
PENCAPAIAN: Top 5, Festival Filem Malaysia Ke 23 (Aktres Harapan Wanita)

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Keputusan saya muktamad: Siti

Posted: 25 Nov 2010 05:13 AM PST

KEPUTUSAN penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 31, menarik diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) boleh dianggap drastik. Malah, sudah tentu ia satu kejutan yang tidak diduga.

Sejak dikenali menerusi lagu Jerat Percintaan pada 1995, sejarah kejayaan Siti di ABPBH cukup membanggakan apabila menang Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali manakala Penyanyi Wanita Popular tidak pernah kalah sejak 1996. Pastinya langkah ini memberi laluan buat penyanyi wanita lain untuk menang.


Penyanyi Aizat Amdan mengakui terkejut dengan keputusan Siti menarik diri daripada pencalonannya tahun ini. Apapun, katanya, dia melihat perkara itu secara positif. Bahkan, keputusan dibuat Siti itu dianggap ada baik dan buruknya, tetapi ia harus dihormati.

"Apa yang baiknya, saya melihat ia mungkin memberi peluang kepada Siti melakukan segala diinginkan selama ini. Manakala yang sebaliknya pula, mestilah peminat Siti sedih tidak dapat mengundi artis kegemaran mereka di dalam persaingan ABPBH2010.


"Saya percaya keputusan yang diambil ini sudah difikirkan olehnya sebaik mungkin," katanya yang sukar mengulas peluang diri untuk meraih gelaran Bintang Paling Popular. Menurut Aizat, ia masih terlalu awal dan biarlah peminat yang tentukan.


Pelakon Lisa Surihani pula berkata, dia pun tidak menyangka Siti akan membuat keputusan menarik diri. Menurut Lisa, namun dia percaya Siti sudah berfikir panjang terhadap sebarang keputusan diambilnya. Justeru, peminat Siti harus akur mengenainya.

"Sebagai artis baru, saya melihat Siti sememangnya sudah ada kelompok peminat yang ramai dan peluang beliau untuk menang gelaran Bintang Paling Popular pun cerah. Saya yakin, jika Siti terus bertanding pasti undi diraihnya masih banyak.


"Ini kerana pemilihan beliau untuk gelaran Bintang Paling Popular juga relevan berdasarkan jumlah peminat yang menyokongnya selama ini. "Bagaimanapun, saya menghormati keputusan Siti dan mungkin ini adalah tindakan terbaik untuk dirinya," kata Lisa.

Menurutnya, dalam industri hiburan memang ada pasang dan surut. Puncak kegemilangan seseorang artis mengikut zaman dan ia perkara yang tak perlu dinafikan. Apapun, Lisa yakin peminat sentiasa menyokong dan menyayangi Siti sampai bila-bila.


Keputusan Siti ini diluahkannya ketika hadir di sidang media ABPBH2010, kelmarin. Ada menganggap berita ini cukup mengejutkan kerana ketika ini namanya berada di puncak kegemilangan dan peminatnya juga masih sedia untuk mengundi. Apapun kata Siti, tahun ini dia lebih rela tidak bertanding dan menyifatkan ini masa paling sesuai berbuat demikian.


Melihatkan tindakan Siti, pasti masyarakat di negara ini teringat kepada keputusan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang nekad melepas segala jawatan penting beliau pada 2003 walaupun ketika itu negara masih perlukan khidmatnya.


Bersandar pendirian 'berhenti sebelum kenyang', Dr Mahathir berpegang teguh pada keputusan dibuatnya untuk mengundur diri sebagai pemimpin negara selepas 22 tahun menabur bakti kepada Malaysia. Apakah ia antara alasan yang mendorong Siti? Menurut Siti, sedikit sebanyak diakui memang beliau tertarik dengan cara Tun Mahathir itu. Katanya, ia memberi idea kepadanya untuk mengambil tindakan sama. Beliau berkata, sepanjang 15 tahun menjadi anak seni pelbagai suka dan duka sudah dilaluinya.


"Selain sudah memikirkannya masak-masak, ada juga orang kenamaan (VIP) yang memberi nasihat sama kepada saya. Jadi, ini adalah keputusannya dan biarlah saya berhenti secara cantik. Lagipun, saya tak nak sentiasa dilabel artis nombor satu.


"Saya seorang yang bersikap realistik. Malah, saya percaya suatu hari nanti akan ada pengganti Siti Nurhaliza. Apapun, saya gembira sepanjang tempoh ini, sudah mempunyai kelompok peminat yang kuat dan kalah atau menang pertandingan pun pernah dirasai.


"Bagaimanapun, saya tahu pasti akan merindui saat berdebar untuk ketahui siapa pemenang anugerah itu. "Namun, saya juga percaya semua artis yang bertanding dalam ABPBH mempunyai peluang untuk dipilih sebagai Bintang Paling Popular," katanya.


Akui Siti, dia sudah memikirkan perkara ini (menarik diri bertanding ABPBH2010) semasak-masaknya selepas menang gelaran Bintang Paling Popular, tahun lalu. "Penarikan diri ini keputusan muktamad saya dan ia sudah pun dibincangkan bersama penganjur. "Saya difahamkan penarikan diri dibenarkan kepada calon yang pernah menang gelaran Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali atau lebih. Jadi, saya mencapai syarat itu dan syukur hasrat ini termakbul akhirnya. "Apapun, saya sentiasa sedia memberi sokongan kepada ABPBH sama ada sebagai penyampai anugerah atau membuat persembahan," katanya.


Siti berkata, sekalipun keputusannya turut menyebabkan beliau tidak boleh dicalonkan lagi dalam penganjuran ABPBH edisi seterusnya, itu tak mengapa. Baginya, apa yang diraih sehingga kini sangat bermakna untuk dirinya dan karier diceburi. Tahun ini, kira-kira 600 calon artis dan selebriti tanah air disenaraikan berentap dalam 16 kategori pencalonan awal ABPBH2010. Majlis kemuncak bertemakan klasik dan moden ABPBH2010 akan berlangsung pada 3 April 2011.


Masih bertempat di Arena of Stars Genting Highlands, pemenang gelaran Bintang Paling Popular akan meraih hadiah lumayan berupa kereta Nissan Teana tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) manakala penonton bertuah pula menerima kereta Nissan Grand Livina. Hadir sama pada sidang media pertama itu ialah Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mahfar Ali; Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2010, Hanizam Abdullah dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar dan wakil penaja. Turut dilancarkan, laman web ABPBH2010 iaitu www.abpbh.com.my atau facebook.com/abpbh dan twiter.com/abpbh. Artis yang hadir memeriahkan majlis seperti Adi Putra, Diana Danielle, Rafidah Ibrahim, Shahir (AF8), Adira (AF8), Mizz Nina, Erni Zakri, Rabbani, Jinbara, Rini, Daus (AF8), Black (Mentor), Azlan & The Typewriter, Aizat, Kieran dan Faizal Ismail.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Khamis, 25 November 2010

Zon Artis

Zon Artis


Datuk Siti Nurhaliza Undur Diri Dari ABPBH

Posted: 25 Nov 2010 08:20 AM PST

DATUK SITI NURHALIZA UNDUR DIRI DARI ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

Kalau tak silap kami, pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Datuk Siti Nurhaliza ada mengeluarkan kenyataan yang dia ingin mengundurkan diri dari ABPBH dengan alasan ingin memberi laluan kepada artis baru. Namun hasratnya itu ditolak oleh pihak penganjur kerana setiap artis yang tersenarai dan tercalon dalam ABPBH adalah hasil undian para peminat.

Walau bagaimanapun, dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang pada Rabu lalu (24 Nov), Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa dia sememangnya akan tetap berpegang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan yang berasaskan populariti hasil undian daripada pembaca setia akhbar Berita Harian tersebut.

Berikut kenyataan daripada Datuk Siti Nurhaliza berhubung pengundurannya:

"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.

"Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.

"Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong," – via murai.com.my

Nampak gayanya, kuranglah seri ABPBH sebab Tok Ti sudah takde dan ini juga bermakna, laluan artis-artis baru untuk mendapatkan anugerah 'Bintang Paling Popular' semakin mudah. Sebagai peminat Tok Ti, kami juga sedih dengan pengunduran beliau ini tapi kami tetap hormati keputusan beliau.

PSSTT: Jom singgah kat BLOG SENGAL GILER NI

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.