Adsense

Sabtu, 20 November 2010

borak kosong

borak kosong


[Gambar] wanita mangsa amuk

Posted: 20 Nov 2010 09:00 PM PST



kesian.....

Kahwin sekali empat orang

Posted: 20 Nov 2010 08:05 PM PST

Seorang lelaki Afrika Selatan telah menikahi empat wanita sekaligus pada masa yang sama. Namanya Milton Mhbele, dia berumur 44 seorang pengurus kota di Indaka. Hhukum di Afrika Selatan mengakui perkahwinan berpoligami. Walaupun sebenarnya biasa di sana, tetapi jarang terjadi pernikahan seperti kali ini.

Dia telah menikahi Thobile Vilakazi selama 12 tahun dan memiliki 11 anak. Pada 26 September, dia menikahi Thobile untuk kedua kalinya dan juga menikahi tiga isteri baru: Happiness Mdlolo (24), Zanele Langa (24) and Smangele Cele (23). Wanita-wanita ini semuanya mengenakan gaun putih dan masing-masing menerima cincin dan ciuman dari pengantin lelaki.

Isteri-isterinya ini akan hidup secara berasingan dans uami mereka akan digilir di antara mereka.

Lelaki ini berkata bahawa dia menabung untuk menggabungkan upacara ini. Dia juga menambahkan: "Saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti antara saya dengan mereka, tapi saya sangat gembira tentang hal ini, bukan hanya kerana saya belum pernah melakukannya sebelumnya, tetapi kerana saya percayaakan hal ini."

sumber : unic77.tk

Remaja mencuri laptop kerana nak check status facebook

Posted: 20 Nov 2010 07:25 PM PST

Seorang pemuda 19 tahun mencuri laptop di restoran Starbucks di Florida, Amerika Syarikat, kerana ia dilarang meminjam untuk melihat halaman Facebooknya.

Menurut polis, pemuda itu, Cory R. Kinney, melihat seorang pelanggan sedang asyik minum sambil membuka laptopnya. Kinney, seperti lebih 150 juta orang di dunia lain yang ketagihan Facebook, tiba-tiba ingin membuka halaman sosial itu.

Dia meminta izin meminjam laptop. Tapi si pemilik laptop menolak. Kinney  menerima penolakan itu dengan baik-baik. Dia kemudian meninggalkan Starbucks tetapiTiba-tiba saja, Kinney berlari masuk, mengambil laptop, dan berlari keluar. Nasibnya tidak baik kerana ada dua orang yang sedang berada di tempat letak kereta melihat dan manahannya.

Petugas keselamatan pun datang dan menangkapnya. Laptop itu kembali ke pemilik semula, sedang Kinney didakwa kerana mencuri.(link)

Robot bantal boleh jatuh cinta dengan pemiliknya

Posted: 20 Nov 2010 06:45 PM PST

Sejenis robot ciptaan terbaru di Jerman boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekali gus mengubati kesepian berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Menyerupai sebuah bantal besar, robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta.Lebih istimewa kata perekanya, Stefan Ulrich, robot yang dikenali sebagai funktionide itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya.

Menurut Ulrich, pada masa hadapan, robot boleh menggantikan teman lelaki atau wanita bagi mengisi kekosongan hidup.

"Semakin ramai orang mementingkan kebendaan dan mereka menggunakan teknologi untuk lari daripada realiti kehidupan," kata Ulrich.

"Justeru, jika robot dan objek dapat memenuhi keperluan emosi mereka, mengapa mereka masih perlukan manusia lain?," tambahnya.-kosmo online






Bunuh,basuh kemudian tidur sebelah mayat selama sebulan

Posted: 20 Nov 2010 05:37 PM PST

Seorang lelaki berasal dari New Zealand ini menjerut teman wanitanya, warga Thailand dan kemudian tinggal dengan mayatnya selama sebulan.

Gordon Hieatt, 48, didakwa membunuh Nuttidar Vaikaew, yang juga berusia 48 tahun selepas mereka bertengkar di apartmennya April tahun lalu.

Dia kemudian membasuh mayat wanita itu dan tidur bersamanya di atas katil. Hieatt bagaimanapun menolak dakwaan dia mengadakan seks dengan mayat itu. Hieatt juga meletakkan gaun pengantin di kepala mayat Nuttidar dan meneruskan kehidupan hariannya seperti biasa.

Pembunuhan itu hanya diketahui apabila tuan rumahnya yang datang untuk mengutip sewa menyedari bau teramat busuk dari dalam rumah itu apabila Hieatt membuka pintu.

Apabila polis datang untuk menyiasat pada awal Mei, mereka mendapati kipas dihala ke mayat itu dengan tujuan untuk mengurangkan bau busuk itu.

Hieatt mengaku membunuh wanita Thai itu ketika bersembang menerusi Internet dengan seorang pelacur di Thailand. Hieatt bagaimanapun mem- beritahu mahkamah, dia tidak berniat membunuh Nuttida.
(link)

[Gambar] Inilah alasan kenapa perlu berhati-hati makan buah apple

Posted: 20 Nov 2010 04:22 PM PST

 Rasa-rasanya hampir semua orang pasti pernah makan appel, tapi harap hati-hati ketika makan buah-buahan kerana boleh jadi terdapat zat yang tidak baik bagi kesihatan tubuh.

Salah satunya adalah lilin yang berfungsi sebagai pengawet yang masih melekat dalam buah-buahan yang kita makan.

Sebaiknya makanlah appel dengan membuang kulitnya kerana boleh saja masih ada lilin yang melekat di kulitnya yang digunakan dalam pengawetan dalam mesin pendingin, ini biasanya terdapat pada appel dari Amerika.

Silakan makan appel setelah menghilangkan lilin seperti yang ditunjukkan di bawah ini.



Kesian wanita ini terkencing depan mesin ATM

Posted: 20 Nov 2010 10:01 AM PST

Kesian wanita ini..kenapa tak pergi kencing dulu?
Kalau ye penting sangat pergilah cari tandas kencing dulu....
Nikan dah terkencing dalam seluar...


[Gambar] Pasangan karnibal bunuh kemudian masak daging mangsa bunuh

Posted: 20 Nov 2010 09:30 AM PST

Alexander Novikov menjadi korban kannibalisme dari pasangan Oxana Domanskaya (34) dan Edward Shutov (36). Peristiwa sadis ini terjadi di Kota Makeevka Ukraine. Kejadian ini tebongkar ketika beberapa anak melintas di sebuah lorong-lorong dan melihat sepasang kaki manusia terkeluar dari celah lubang.




Mereka kemudian melaporkannya ke polis. Dari hasil penyelidakan polis terungkap bahawa pasangan Oxana dan Edward mengundang Alexander Novikov untuk pesta makan di rumahnya. Kemudian mereka mabuk dan terjadi pertengkaran antara Alexander Novikov dengan Edward Shutov dan berakhir dengan terbunuhnya Novikov.
 Oxana Domanskaya

Pasangan tersebut kemudian berusaha menyingkirkan mayat Novikokv dengan memasak dan memakannya sebagian lagi dibuang ke dalam sebuah lubang.

Tragisnya lagi pasangan ini menyimpan daging dan organ dalam Alexander Novikov di peti sejuk. Polis menemukannya ketika memeriksa rumah mereka. Daging tersebut dikatakan akan dibuat untuk makan malam berikutnya.

Air liur gadis ini dijual di internet

Posted: 20 Nov 2010 08:50 AM PST

Aneh!!! Air liur seorang gadis di China dijual melalui internet. Air liur tersebut dikatakan sebagai ubat kuat untuk lelaki Media China Hunan Online melaporkan bahawa, air liur gadis yang berusia 18 tahun tersebut dijual denagn harga £ 2  dalam kemasan botol kecil.

Dalam botol tersebut juga tersedia gambar gadis remaja yang berumur 18 tahunan itu, Namun pihak taobao.com telah menghapuskan gambar tersebut setelah menerima puluhan protes tentang produk tersebut.

.Air liur tersebut dikumpulkan dari remaja gadis yang berumur 18 tahun ketika  tidur, dan pembeli dapat membayar nanti setelah teruji kebenaran dan keaslian produk tersebut.

bk-makin gila manusia di dunia ini.....

Pernikahan bubar kerana calon isteri berjanggut

Posted: 20 Nov 2010 07:15 AM PST

Dubai-Bagai membeli kucing dalam karung. Itulah perasaan yang melanda seorang diplomat Arab. Dia memutuskan membatalkan pernikahan setelah melihat calon istrinya, yang selama ini wajahnya tertutup cadar, ternyata berjanggut dan bermata juling.

 Peristiwa itu menjadi kes mahkamah di kota Dubai, United Emrirat Arab.Diplomat senior yang mengaku sebagai duta besar dari suatu negara Arab itu menilai bahawa ibu pengantin perempuan telah menipu dirinya. Ibu itu ternyata menunjukkan dia foto-foto seorang perempuan cantik, yang ternyata adalah saudara kandung 'pengantin' yang akan dia nikahi.Diplomat yang bergelar Duta Besar Berkuasa Penuh itu sempat beberapa kali bertemu dengan calon isterinya. Namun, wajah perempuan itu selalu tertutup  sehingga sukar dilihat kecantikannya.

Wajah mempelai itu baru terungkap saat dirinya akan dicium oleh  Duta Besar di hari pernikahan, yang tidak disebutkan tarikhnya. "Setelah duta besar dan calon istrinya, yang berprofesi sebagai dokter, menandatangani kontrak pernikahan, keduanya duduk berdampingan. Duta besar itu mengaku saat akan mencium istrinya itu, ternyata yang bersangkutan dianggap punya janggut dan bermata juling," kata sumber yang tidak disebutkan namanya itu.

Marah  kerana merasa ditipu, Duta Besar itu akhirnya membatalkan pernikahan. Dia bahkan mengadukan masalahnya ke Pengadilan Syariah di Dubai kerana sudah merasa terhina dan mengalami malu.

Dalam tuntutannya, laki-laki itu meminta pengantin perempuan dan keluarga membayar ganti rugi sebesar 500.000 dirham. Menurut dia, jumlah itu sepadan dengan harga sejumlah perhiasan, baju, hadiah lain yang telah diberikan kepada calon isterinya.
Dia juga minta hakim untuk memeriksa pengantin perempuan kepada doktor specialis kerana siapa tahu yang dia menderita gangguan hormon sehingga tumbuh janggut.

Pada hari Pengadilan Syariah, pihak pengantin perempuan, meminta hakim untuk membatalkan tuntutan hukum itu. Bahkan, dia menuntut agar di duta besar membayar nafkah hidup kepada dirinya setelah membatalkan pernikahan.

Maka, hakim memutuskan meluluskan permintaan di duta besar agar calon istri yang tak jadi dinikahinya itu diperiksa ke doktor specialis dan menurut laporan doktor bahawa tergugat tidak mengalami masalah hormon.

Hakim pun menolak tuntutan duta besar agar pengantin perempuan membayar ganti rugi. Keputusan lainnya adalah hakim secara rasmi menceraikan pasangan bermasalah itu.

Kes ini juga mendapat perhatian dari sejumlah media internasional, diantaranya dari Prancis, AFP,Russia, Ria Novosti, dan laman harian Times of India.

Penjara untuk orang kaya di Australia

Posted: 20 Nov 2010 06:30 AM PST

Berikut adalah gambar foto VIP di Australia. Penjara ini bernama Justizzentrum Leoben yang terletak di Sytria, Australia. Khabarnya penjara ini hanya untuk para tahanan kaya.









walaupun nampak mewah,penjara tetap penjara....


Mesin ATM ni salah letak atau sengaja?

Posted: 20 Nov 2010 05:00 AM PST

ATM ini adalah ATM dari sebuah Bank di Iran.
Agaknya orang letak mesin ATM hilang akal?



Belayar guna perahu kertas

Posted: 20 Nov 2010 04:22 AM PST

Artis Jerman Frank Bolter berlayar menyusuri Sg.Thames dengan perahu kertas raksasa.Aksi ini ialah sebahagian dari pameran seni Drift 10 di London. Kapal origami, berjudul 'Untuk Akhir Dunia', adalah terlipat di tepi Canary Wharf di London timur sebelum diturunkan ke dalam air dengan bantuan  anggota masyarakat. Untuk memastikan perahu tidak tenggelam di bawahnya, itu diperkuat dengan tiang logam.




Main bola atas air

Posted: 20 Nov 2010 03:00 AM PST

Tidak berapa pasti bila tarikh sebenar main bola atas air ini bermula dan satu  yang pasti acara ini telah di mainkan 100 tahun dahulu di atas Sungai Windrush di Burton Gloucester.






Cara paling ganas nak goreng kentang

Posted: 20 Nov 2010 02:45 AM PST

Macam -macam ragam..semuanya nak di uji kaji..
goreng kentang cara macam ni pun boleh....








[Gambar] Pekerja Indonesia sebelum dan sesudah didera

Posted: 20 Nov 2010 01:00 AM PST

 Ini gambar Sumiati sebelum didera...gambar ini ditunjukkan oelh keluarga
Sumiati kepada wartawan....

Ini pula gambar dia selepas didera oleh majikannya di Arab Saudi...
adakah mereka kaya ,mereka boleh berbuat sesuka hati...dan yang terbaru
Keluarga Sumiati, tenaga kerja wanita yang mulutnya digunting majikannya, sudah tiba di Arab Saudi. Keluarga diwakili Pak Cik Sumiati, Zulkarnain. Zulkarnain sempat menunjukkan foto Sumiati sebelum digunting oleh  majikan.

satu lagi laporan yang dipaparkan di myMetro ada pekerja di bunuh oleh majikan.Tempatnya
masih di Arab Saudi.....

JAKARTA: Indonesia mendesak kerajaan Arab Saudi menyiasat laporan penemuan mayat seorang pembantu rumah di tempat pembuangan sampah, kes kedua penderaan pekerja negara itu di Arab Saudi minggu ini.

Menteri Buruh, Muhaimin Iskandar berkata, petugas kedutaan negara itu di Riyadh dihantar ke bandar Abha untuk mengumpulkan maklumat mengenai kematian Kikim Komalasari, 36, yang didakwa dibunuh majikannya. 

Menurut laporan, leher mangsa dikelar dan terdapat kecederaan di seluruh tubuhnya. 

Penemuan mayat itu diumumkan ketika pegawai Indonesia berlepas ke Arab Saudi untuk mendapatkan keadilan bagi seorang lagi warganya, Sumiati binti Salan Mustapa. - Agensi

Remaja 12 tahun temukan kelemahan firefox, dapat hadiah USD 3.000.

Posted: 20 Nov 2010 12:30 AM PST

Remaja pintar yang baru berusia 12 tahun, telah berhasil menemukan bug (celah) di browser Firefox sehingga diberi ganjaran USD 3.000 dari Mozilla selaku pembuat Firefox.



Remaja bernama Alex Miller asal California ini berhasil menemukan sebuah bug yang berhubung dengan isu buffer overflow dan memory corruption di Firefox.

Alex  menghabiskan waktu 90 minit  sehari selama 10 hari untuk menemukan bug dimaksud. Dia memang memiliki skill di bidan pemograman.

Bug berkaitan lalu dilaporkan kepada pihak Mozilla. Sejak bulan Juli, Mozilla memang menawarkan wang bagi mereka yang berhasil menemukan cacat di produk Mozilla.

Ramai yang meragukan kebolehan Alex mencapai prestasi, terutama teman sebayanya. Namun setelah ia menunjukkan cek dari Mozilla, baru mereka percaya. Sebahagian wang hadiah itu disumbangkan ke lembaga sosial dan untuk membeli hadiah dan selebihnya di simpan.

"Hanya sedikit orang yang mampu berbuat demikian," kata Brandon Stone, Security Program Manager Mozilla.

Dengan demikian, apa yang dilakukan Alex memang tidak sembarangan dan wajar dia diberi penghargaan wang  dari Mozilla.

Anjing ini diiringi dengan 30 buah kereta Mercedes

Posted: 19 Nov 2010 11:04 PM PST

Membeli barang dengan harga mahal tidak menjadi masalah bagi seorang jutawan. Apalagi jika jutawan menggilai sesuatu barang.

Beginilah yang dilakukan oleh seorang jutawan perempuan yang tinggal di wilayah timur China. Dia rela mengeluarkan wang yang banyak dalam hanya untuk membeli seekor anjing dengan harga 4 juta yuan.

Tak cukup sampai di situ, jutawan yang hanya mahu dikenali sebagai Wang, menyiapkan acara sambutan yang mewah untuk ketibaan anjing itu. Anjing jenis Tibetan Mastiff ini pun disambut dengan di iringi dengan 30 buah kereta Mercedes Benz berwarna hitam. Senada dengan warna anjing yang dibelinya.

Bandar di Xian, Daerah Shanxi di wilayah utara China, dihebohkan dengan kedatangan anjing itu, Perarakkan kereta itu didahului dengan dua kendaraan jenis SUV memimpin di depan. Mereka menjemput Wang dan anjingnya yang baru datang dari daerah Qinghai, barat laut China.Ada pula para pecinta anjing yang berdiri ditepi jalan membawa baner bertuliskan selamat datang.

Menurut Wang, dia dan temannya telah lama mencari anjing jenis Tibetan Mastiff yang asli. Seperti pepatah 'cinta itu buta', begitulah perasaan Wang terhadap anjing yang baru dibelinya itu. "Emas ada harganya. Namun anjing Tibetan Mastiff ini tidak ternilai lagi harganya," ujar Wang singkat.

Anjing jenis Tibetan Mastiff merupakan keturunan anjing primitif dan dikenal sebagai anjing rumahan. Tibetan Mastiff juga dikenal dengan nama Tsang Khyi dan Do-khyi, yang bererti anjing yang terikat. Maksudnya, anjing ini banyak difungsikan sebagai anjing penjaga rumah.

Sesuai namanya, anjing ini masih banyak dijumpai di wilayah Tibet. Tinggi badannya boleh mencapai lebih dari 80 cm. Namun rata-rata tingginya berkisar antara 61 hingga 72 cm dengan berat badan antara 45 hingga 72 kg.

bk-duit ada semua boleh dibeli dengan  mudah.....tetapi duit juga boleh menghancurkan



Bintik aneh di mata 9 bulan,rupanya cacing

Posted: 19 Nov 2010 10:42 PM PST


Berawal dari 2 bintik aneh di mata kiri, seorang  lelaki berjumpa seorang doktor. Tak disangka, bintik tersebut adalah cacing giling yang sudah 9 bulan bersembunyi di balik bola matanya.

John Matthews, dari Iowa  mengalami gangguan penglihatan sejak kemunculan bintik-bintik di matanya. Kerana khuatir, dia pergi ke hospital milik University of Iowa.

Setelah menjalani berbagai ujian, para dokor mengungkap gangguan penglihatan yang dialami Matthews disebabkan oleh adanya parasit. Dan ternyata, parasit yang nampak sebagai bintik aneh di mata kiri itu adalah seekor cacing.

Doktor menggunakan laser untuk mengeluarkan binatang tersebut. Dua tembakan laser di gunakan sebelum cacing itu mati dan boleh dikeluarkan.

Dia mengatakan  merasakan cacing itu bergerak-gerak di belakang bola mata untuk menghindari dari tembakan sinar laser.

Beruntung Matthews tidak mengalami buta walaupun mengalami kerosakan permanen di bahagian retina mata. Tidak diketahui pasti bagaimana parasit tersebut boleh masuk ke mata, namun  Matthews mendapatkannya ketika bercuti ke Mexico 9 bulan yang lalu ataupunm cacing giling itu didapatinya dari seekor rakun yang ia tangkap ketika berburu.

Rakun (Procyon lotor) dikenal sebagai salah satu rumah utama bagi cacing giling. Jutaan telur cacing di dalam perut rakun mudah sekali menular kepada para pemburu yang menangkapnya.(link)



Umur 14 tahun.buat bisnes pelacuran secara online

Posted: 19 Nov 2010 09:35 PM PST

Dalam usianya yang masih 14 tahun, seorang gadis nekad membuat perniagaan pelacuran. Dia  menjadi germo dan merekrut gadis remaja menjadii pelacur secara online. Sebelum ini dia hanya menjual dirinya sendiri, namun berinisatif 'melebarkan sayap'.

Si gadis yang tidak dapat disebut namanya kerana usia yang masih sangat muda, tinggal di British Columbia, Kanada. Dia mengiklankan para gadis tersebut di Craigslist, website  dikecam kerana mempromosikan pelacuran.

 Perbuatan memperdagangkan seks perempuan di bawah umur jelas tidak dapat dibenarkan . Iklan pelacuran kini dihapuskan Craigslist, yang juga membantu penyiasatan polis.-sumber : Vancouver Sun

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Gadis Nak Main Gitar, Di "Main" Bergilir-gilir

Posted: 19 Nov 2010 11:54 PM PST

Pertengkaran dengan kakak angkat membawa musibah kepada seorang gadis apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang kononnya cuba untuk memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian di Taman Cahaya,Ampang, Rabu lalu.Read More...!!!

Gambar Sekadar Hiasan Dalaman

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 14 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakak angkatnya sebelum dia keluar rumah dan pergi ke taman permainan berhampiran kawasan perumahan itu.

Menurut sumber polis, ketika berada di kawasan taman itu, mangsa yang menangis didatangi dua lelaki bertanyakan keadaannya sebelum mereka memberitahu mahu membantu jika mangsa bermasalah.

"Mangsa menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama mangsa bertanya dua lelaki terbabit sama ada mereka mempunyai gitar dengan alasan mahu bermain alat muzik itu untuk menghilangkan tekanan," katanya.

Gambar Ni Pon Sekadar Hiasan Dalaman Jagak

Menurutnya, dua lelaki itu memberitahu mereka mempunyai gitar, tetapi mangsa perlu mengikut mereka pulang rumah di kawasan berhampiran.
"Mangsa mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah mereka sebelum diberikan gitar.
"Selepas mendapat gitar, mangsa mengajak keluar semula, namun kedua-duanya meminta mangsa berehat kerana mendakwa mangsa tidak bermaya," katanya.

Beliau berkata, ketika itu terdapat lebih sembilan lelaki lain dalam rumah terbabit sebelum mangsa disuruh masuk ke dalam satu bilik untuk menghilangkan penat.
"Mangsa mengikut arahan mereka dan dia diberikan seluar pendek untuk disalin kerana mendakwa tidak selesa memakai jeans.
"Tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit masuk dan cuba menggoda mangsa dengan mengurut belakang badannya kerana mendakwa bersimpati melihat keadaannya yang ketika itu dalam keletihan," katanya.

Menurutnya, seorang lagi rakan kemudian masuk ke bilik sama sebelum dia menyuruh mangsa menukar seluar pendek dengan memakai kain pelekat, namun remaja terbabit enggan menuruti kata-katanya.
"Tidak puas hati dengan itu, dua lelaki terbabit memegang tangan dan membuka baju mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.
"Mangsa yang kepenatan tertidur sebelum meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya," katanya.
Sumber berkata, mangsa ditemui kakak angkatnya di taman permainan itu sebelum membuat laporan polis.

"Susulan itu, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan.
"Mereka direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Di Copy/Paste 100% Dari Blog http://biaqpila.blogspot.com/ .. Aku Tak Sempat Nak Edit Pasai Nak Kuar Dah... Cau Cin Cau...

P.s:Nak Salahkan Siapa Apabila Kes Macam Gini Berlaku ??? Tepuk Dada Tanya Selera...

Video Remaja Zaman Sekarang Yang Kurang Hajaq


LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Noh, Mizz Nina bertunang

Posted:

Noh, Mizz Nina bertunang

Noh, Mizz Nina bertunang



WAH, bukan main berseri-seri lagi wajah vokalis kumpulan Hujan saat bercerita tentang perihal dirinya yang sudahpun bertunang dengan Mizz Nina. Kalau selama ini mereka sedikit tertutup mengenai soal hati dan perasaan, akhirnya semua itu bukan lagi rahsia.Siap buat sidang akhbar lagi nak mengumumkan yang mereka dah bertunang. Bukan semua orang mampu buat macam tu. Itu yang Joyah tabik spring pada Noh mahupun Nina.

Aduh, memang untunglah Noh Salleh yang bakal menjadi menantu pengerusi sebuah bank terkemuka negara ni. Bukan calang-calang orang mampu jadi macam Noh okey.

Bukan apa, bakal jadi menantu orang ternama ni bukan mudah. Banyak pantang larang yang Noh kena ikut. Maknanya kena belajar banyak benda baru terutama melibatkan protokol.

Joyah tak kata Noh tak baik. Tapi kalau duduk dalam bidang muzik ni, ramai yang baik dah jadi tak baik. Ikut kepala sendiri dan mahu hidup cara sendiri. Itu yang Joyah nampak sebelum ini.

Apa yang penting jagalah maruah keluarga baik-baik. Nanti orang kata pemuzik tak ada masa depan dan bla..bla...bla... Setidak-tidaknya Noh dah membuktikan yang orang muzik juga boleh diterima sesiapa sahaja.

Kepada artis yang lain, bolehlah buat Noh sebagai contoh. Rasa-rasa ada yang marah tak bila Joyah cakap macam tu?

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Apa perlunya LPFM?

Posted:

Apa perlunya LPFM?

Apa perlunya LPFM?


PAPARAN seperti ini sudah biasa dalam filem tempatan. Apakah kewajarannya?


DALAM beberapa perkara Siti mempunyai sudut pandangan yang bertentangan dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) terutama definisi ganas dan kurang ganas. Itu soal lainlah.

Tapi entah kenapa, tiba-tiba Siti terfikir apakah perlunya filem-filem tempatan dihantar ke LPFM? Kita memerlukan LPFM tapi untuk menapis filem-filem luar yang budaya mereka sama sekali bertentangan dengan kita.

Siti fikir filem tempatan tidak perlu ditapis oleh LPFM bab paparan seks, kecualilah definisi ganas. Ini bukan memperkecilkan LPFM tapi semua pengarah-pengarah filem kita tentu ada akal, ada otak, hidup berbudaya tempatan, apa lagi yang Melayu / Islam yang terdidik dalam budaya Melayu dan agama Islam.

Apa peliknya apabila pengarah-pengarah Melayu / Islam misalnya membuat self-censorship berpandukan budaya dan agamanya? Macam di Iran, pengarah mereka membuat self-censorship sebelum ke badan penapis.. "Seniman" mestilah mempunyai moral. Moral dalam konteks orang Melayu digariskan oleh batas budaya dan agama.

Jadi pengarah-pengarah Melayu semestinya menjadikan batas-batas ini sebagai garis panduan menapis karya di tangan sendiri. Siti fikir kalau semua pengarah-pengarah Melayu / Islam membuat self-censorship, LPFM hanya menapis bab ganas atau tak ganas saja.

Malah berpandukan laras budaya dan agama juga, tapisan yang dibuat sendiri oleh pengarah-pengarah Melayu lebih ketat berbanding LPFM. Tapi kenapa pengarah-pengarah Melayu yang mengaku ada otak, ada moral masih memerlukan orang lain menapis hal tak bermoral dalam karya mereka?

Mustahil pengarah yang mengharapkan LPFM menapis karya mereka tak ada otak, rendah moral. Tapi ironiknya pengarah-pengarah Melayu yang paling banyak memaparkan adegan seks dan bercium dalam filem. Siti pasti dia orang ini tidak mabuk semasa mengarah filem. Tapi kenapa moral mereka begitu rendah?

Ada pengarah Melayu kata, tak ada adegan seks melampau orang tak nak tengok filem mereka. Bagi Siti, ini adalah pengarah tunggul kayu, tak ada otak, tak bermoral dan sepatutnya dihanyutkan ke laut saja. Mereka tidak berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Dalam etika moral, tidak ada matlamat yang menghalalkan cara. Kononnya paparkan adegan seks untuk memberi pengajaran. Ini pengajaran tahi minyak. Kalau kita hendak pokok yang subur, kenalah dibubuh baja, bukannya racun. Racun sampai bila pun tak akan menjadi baja.

Pengarah-pengarah Melayu / Islam patut malu apabila LPFM menegur paparan melampau tentang filem mereka. Sepatutnya mereka menghentak-hentakkan kepala mereka yang tak berotak itu ke batu tanda malu dan insaf.

Siti macam nak muntah apabila ada produser atau pengarah Melayu / Islam yang dengan bangga memberitahu LPFM tak potong sikit pun filem mereka yang ada adegan seks. Tanpa rasa malu sikit pun si produser dan pengarah bebal ini begini ditatang dalam industri filem kita. Angkat mereka, tak cukup lagi, longgokan banyak anugerah kepada mereka. Apa moralnya pihak yang memberikan segala macam pengiktirafan kepada si pembuat racun kepada anak cucu kita? Semua ini membuktikan ada sesetengah pengarah Melayu / Islam tak ada otak dan tak bermoral. Tapi tak ada siapa menegur mereka. Mereka pun besar kepala macam belon dan melayang tinggi di awan.

SITI JARUM: Kenal rapat dengan orang yang buat censorship.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


News : Bergu Badminton hanya Meraih Perak disukan Sea

Posted: 20 Nov 2010 09:03 AM PST

Pasangan beregu badminton negara Koo Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong menunjukkan pingat perak yang dimenangi mereka selepas menentang pasangan Indonesia Markis Kido dan Hendra Setiawan dalam perlawanan akhir badminton pada Kejohanan Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou, China, Sabtu. Malaysia tewas kepada Indonesia dengan 21-16, 24-26, 19-21

Uncel Seekers Bercinta Dengan Fauziah Latif ??

Posted: 19 Nov 2010 08:02 PM PST

HUh...mengeluh panjang ZoOm baca gossip terbaru mengenai Pakcik yang semakin dikenali di Malaysia,malah blog beliau turut dilawati oleh jutaan pengunjung dari dalam dan luar negara untuk mengetahui kisah panas pakcik ni.



Terbaru didalam blog ada menunjukkan beliau sebelum ini bercinta dengan seseorang, namun ZoOm macam perasaan orang tersebut adalah akak Fauziah Latf berdasarkan gambar di atas dan di bawah. Jika anda perasaan ada perkataan SAYANGdekat gambar di atas...


Gee & my grandkids (pramlee & sarah)


Apakah sebenarnya agenda pakcik ni, Glamour ? propaganda ? lepas geram ? sakit Hati ? luahan perasaan ? Entahlah....

Cara buat logo dan banner blog percuma secara online

Posted: 19 Nov 2010 07:45 PM PST

Ada diantara kita yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk mencipta logo sendiri untuk diletakkan di dalam blog sebagai header ataupun untuk dijadikan sebagai banner exchange.

Dengan Online Logo Maker, kini kita boleh membinanya secara online tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi seperti seorang Designer. Hanya gunakan kretiviti sendiri untuk menngunakan icon dan style font yang sesuai.

Online Logo Maker adalah sebuah site yang menyediakan perkhidmatan untuk membina dan merekabentuk logo secara percuma. Kelebihan yang terdapat pada site ini ialah, tools yang di sediakan sangat mudah untuk di gunakan dan anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran.

Untuk mencubanya, sila lawat:



Kutipan RM 2 Juta Filem 2 Alam tidak Masuk Akal !!?

Posted: 19 Nov 2010 07:32 PM PST

Satu persatu laman blog yang ZoOm lawati semuanya memperkatakan kebenaran dan fakta yang mereka dapat entah dari mana sumbernya. Tapi yang pasti skrin shoot dikaunter pawagam yang mereka dapat menunjukan bukti sebenar. ZoOm bukan nak mengaibkan tapi untuk berkongsi bersama dengan anda apakah yang sebenarnya ingin dilakukan oleh DDR untuk filem pertama beliau.


Salah seorang rakyat Malaysia yang gigih mebuat kajian mengenai pawagam-pawagam mendedahkan maklumat sebenar.



Berikut data dan skrin shoot untuk tatapan dan menunjukkan persoalan pencapaian RM 2 Juta !!! Perhatikan tempat duduk tayangan 2 Alam dan Harry potter :) 



Dan skrin shoot berikut pula daripada Pawagam di Alamanda Putrajaya yang majoritinya pekerja kerajaan dan berbangsa Melayu. Saksikanlah....

Dan akhir sekali maklumat yang ZoOm dapat dari Andyhott , memang menghairankan sebab setahu ZoOm pawagam di OU memang menjadi tarikan dan sentiasa penuh dengan penonton..tapi lihatlah sendiri.


ZoOm : Apa kata anda yang belum dah sudah menonton FILEM ini !!?


Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Mempelai jalanan

Posted: 19 Nov 2010 04:41 PM PST

Hip

Konsep tarian jalanan, hip hop jadi konsep persandingan unik pasangan Saiful Nizam-Nadia

DALAM masyarakat Melayu, majlis persandingan bertemakan tradisional sudah menjadi sebahagian daripada identiti bangsa yang diwarisi turun-temurun. Bermula dengan persalinan busana raja sehari, konsep hantaran, pelamin, menu hinggalah bunga telur, semuanya bercirikan budaya Melayu yang kaya dengan kelembutan dan kesopanan.

Sesuai dengan peredaran semasa, ada pasangan mempelai memilih kelainan dengan menyuntik elemen moden dalam majlis persandingan. Ini boleh dilihat melalui rekaan pelamin, gubahan hantaran atau persandingan berkonsep taman. Namun, bagaimana pula andai majlis persandingan yang dianjurkan berkonsep gaya hidup muda-mudi masa kini iaitu tarian jalanan? Bukan lagi mustahil kerana pasangan mempelai, Saiful Nizam Aziz, 32, dan Nadia Mohd Khalil, 25, baru-baru ini mencipta sejarah dengan menerapkan elemen muzik hip hop dan tarian jalanan pada majlis persandingan mereka yang penuh warna-warni.

Detik persandingan Saiful Nizam-Nadia yang berlangsung di Indoor Skate Park Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur, mendapat sambutan di luar jangkaan. Malah, perkahwinan mereka mendapat tajaan luar biasa daripada pelbagai pihak dek kelainan konsep persandingan yang ditampilkan.

Ketika sisipan Sabtu menjejaki pusat aktiviti ekstrem itu, suasana berubah umpama karnival dengan sebahagian besar tetamu tampil sporting dengan busana jalanan dan ceria sepanjang majlis berlangsung.

Mengulas idea konsep street wedding yang ditampilkan, Saiful Nizam yang juga Presiden Persatuan Sukan Bboy Malaysia, berkata idea spontan itu tercetus awal tahun ini. Tambahan pula, beliau sendiri cukup meminati aktiviti sukan ekstrem dan tarian jalanan.
Saiful Nizam berkata, beliau bagaimanapun berdepan cabaran kerana perlu meyakinkan Nadia yang cukup meminati konsep persandingan dalam taman agar memilih tarian jalanan sebagai tema majlis persandingan mereka.

"Nadia seorang jurumekap. Jadi, Nadia lebih cenderung menganjurkan majlis perkahwinan bertemakan bunga-bungaan dan konsep persandingan dalam taman. Sedangkan, saya pula jenis yang suka dengan sesuatu yang berbeza untuk dikenang sepanjang hayat.

"Bukan tidak boleh bersanding dalam taman, tapi bagi saya ia sudah biasa dilakukan. Disebabkan itulah, Nadia dan saya sepakat menampilkan konsep persandingan street wedding yang pertama di Malaysia," kata Saiful Nizam yang mendapat tajaan dari Redbull, Adidas dan Orion Motor untuk majlis persandingan mereka.

Selain tiga tajaan besar, pasangan mempelai itu juga diberi lampu hijau menganjurkan majlis bersejarah itu di pusat Indoor Skate Park Rakan Muda Bukit Kiara dengan mendapat tajaan penuh pengurusan kompleks.

Ditanya pandangan keluarga dan rakan-rakan tatkala Saiful Nizam mengusulkan idea persandingan street wedding, dalam nada ketawa, anak muda kreatif ini berkata, pada mulanya keluarga terkejut dengan konsep persandingan itu kerana tidak pernah dilakukan.

Namun, akhirnya keluarga menerima malah memberi sokongan kerana menyedari minat Saiful Nizam dalam sukan ekstrem termasuk tarian breakdance dan hip hop. Saiful Nizam tambah teruja kerana keluarga Nadia dari Australia juga sporting dengan idea persandingan itu.

"Rakan-rakan dan peminat sukan ekstrem dari seluruh negara turut teruja dan mula mencanang lebih awal tarikh persandingan saya. Melihat kepada kesungguhan itu, semua urusan berjalan lancar hingga ke akhir majlis persandingan," katanya.

Sementara itu, Nadia berkata, beliau dan Saiful Nizam memperuntukkan tempoh seminggu bagi merealisasikan keseluruhan konsep persandingan meliputi konsep pelamin, barang hantaran dan mengubah indoor skatepark itu.

Sambil mengakui dirinya cukup berdebar menanti detik persandingan dengan idea luar biasa Saiful Nizam, Nadia bagaimanapun gembira dengan hasil serta reaksi tetamu pada malam bersejarah itu.

"Adatlah dalam setiap majlis, tentu ada lebih dan kurangnya. Namun, saya memang tidak sangka Saiful Nizam benar-benar mahukan konsep persandingan street wedding kerana saya fikir, beliau main-main. Tidak sangka rupanya beliau serius membuatkan saya akur dan memberi sokongan.

"Jika hendak diikutkan secara keseluruhan, memang Saiful Nizam mahu keseluruhan konsep perkahwinan ini beridentiti gaya hip hop. Ini termasuklah dari aspek pakaian sukan, pelamin dibina daripada batu-bata dengan basikal sebagai props.

"Namun, bagi mengimbangi minat saya, akhirnya kami sepakat memasukkan unsur moden kontemporari pada pelamin, hantaran dan persalinan kami," katanya.

Nadia yang anggun mengenakan gaun hitam merah manakala Saiful lengkap dengan sut hitam dan merah mencuri perhatian tetamu pada malam itu. Pasangan pengantin sporting apabila Saiful Nizam mempersembahkan tarian breakdance sambil Nadia setia di sisi melihat gelagat suami tersayang.

Selepas sering disajikan dengan pelbagai konsep persandingan tradisional serta moden kontemporari, rasanya tidak salah andai sesekali berfantasi pada hari bersejarah untuk dikenang sampai bila-bila.

Terlepas peluang lakukan sky dive

JIKA mengikut idea asal Saiful Nizam dan Nadia, mereka sebenarnya mahu melakukan terjunan udara pada majlis persandingan mereka sebelum diarak melalui konvoi motosikal scrambler ke dewan.

Namun, hasrat itu dilupakan selepas insiden kemalangan terjunan udara di Alor Star, Kedah, beberapa bulan lalu menyebabkan Saiful Nizam dan Nadia terfikir ia mungkin tidak sesuai diadakan.

"Saya akui agak kecewa kerana mengikut idea asal, memang cukup hebat bagi saya jika dapat melakukan terjunan udara. Bukan saja helikopter sudah ditempah, malah laluan ke Indoor Skate Park juga ditutup untuk dijadikan tapak kami mendarat.

"Namun, saya percaya pasti ada hikmah di sebalik kejadian di Alor Star hingga kami membatalkan hasrat itu," kata Saiful Nizam.

Mengiringi ketibaan konvoi bermotor, kumpulan genderang memecah kesunyian melalui persembahan muzik menggantikan upacara kompang yang sering ditampilkan pada majlis persandingan.

Menambah warna acara persandingan, tetamu juga diberi kebebasan bergaya tanpa segan silu menggayakan persalinan santai serta berimejkan hip hop.

Biarpun menu hidangan masih mengekalkan nasi beriani sebagai juadah utama, tetamu juga diberi minuman bertenaga Red Bull yang menjadi penaja utama majlis. Adidas juga bermurah hati memberi cenderahati kepada setiap tetamu.

Menggantikan kugiran pada segmen hiburan, Saiful Nizam dan Nadia menampilkan persembahan tarian breakdance dan hip hop. Kumpulan muzik hip hop, One Nation Emcees pula menghangatkan suasana dengan persembahan memikat.

Antara keunikan persandingan Street Wedding

  • Mempelai tiba konvoi motosikal scrambler seramai 20 orang. Motosikal Orion 250cc yang ditunggang Saiful Nizam yang ditaja Orion Motor bernilai lebih RM15,000.
  • Paluan kompang digantikan dengan alat muzik percussion ketika menyambut ketibaan pengantin.
  • Pencak silat digantikan dengan persembahan tarian breakdance.
  • Persembahan hebat kumpulan hip hop terkenal, One Nation Emcees menghangatkan malam.
  • Persembahan tarian kumpulan penari seperti Wakaka, Floor Fever dan HMC Phlow menghidupkan tema konsep tarian jalanan pada majlis persandingan.
  • Bunga telur digantikan dengan pemberian cenderahati dari Adidas serta minuman bertenaga Redbull.
  • Kek perkahwinan menampilkan reka bentuk tin minuman Redbull.
  • Pakaian sukan dan kasut sukan menjadi antara hantaran pasangan mempelai.
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Si jelita yang terbuang

    Posted: 19 Nov 2010 04:19 PM PST

    Hip

    pix_gal0
    Animasi berdasarkan cerita dongeng rakyat diangkat dalam bentuk tiga dimensi

    KISAH dongeng gadis jelita yang berambut panjang dan tinggal bersama nenek kebayan di sebuah menara antara cerita pilihan kanak-kanak sejak dulu.

    Watak Rapunzel jarang menjadi bualan berbeza dengan watak sezamannya seperti Snow White dan Cinderella. Walaupun cerita Rapunzel tidak gah seperti cerita dongeng lain, namun kehidupan watak ini jauh lebih gigih. Kehidupannya sejak bayi hingga meningkat dewasa tidak seperti remaja lain.
    Rapunzel tidak pernah mengenali siapa diri dan keturunannya, namun lebih malang tidak mampu untuk berbuat apa-apa disebabkan terputus dengan dunia luar. Angan-angannya tinggi untuk mengecapi dunia sebenar di luar tetapi dihalang oleh Gothel iaitu nenek kebayan yang mengaku ibu kandungnya.

    Sejak bayi hingga berusia 18 tahun, kehidupan Rapunzel hanya di atas menara, namun kehidupannya tidak menunjukkan tekanan hidup yang dihadapi. Di usia remaja, Rapunzel masih seceria remaja lain dan ada kalanya kecewa dengan Gothel.

    Bayangkanlah apakah perasaan yang wujud sekiranya dia mengetahui yang dirinya adalah seorang puteri dan terpisah kasih sayang daripada ibu serta bapa kandungnya.
    Perwatakan yang dilahirkan itu mampu mengalirkan air mata lebih lagi adegan pertemuan bersama ibu dan bapanya. Karektor Rapunzel juga kuat dengan pelbagai permainan emosi termasuklah ceria, kecewa, marah, sedih dan romantik.

    Filem animasi yang ditayangkan sempena musim cuti sekolah ini dilihat sempurna dari segala aspek termasuklah jalan cerita, lagu, emosi dan karektor yang tidak terlalu sarat.

    Jalan ceritanya tidak banyak menyimpang dan teratur melengkapkan dari satu plot ke plot yang lain. Bagi mereka yang pertama kali menonton kisah Rapunzel tidak sukar memahaminya kerana dimulai dengan pengenalan watak daripada pencerita.

    Karektor Rapunzel yang pernah diilhamkan sebelum ini dari cerita klasik Jerman adalah seorang gadis jelita yang baik, bersopan dan tinggi penderia hidupnya, namun Rapunzel dilahirkan kembali ketika ini masih mengekalkan sifat yang sama tetapi dilihat lebih agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menempuh cabaran di luar.

    Walaupun Rapunzel (menggunakan suara Mandy Moore) tidak pernah mengenali persekitaran kehidupannya sejak kecil sehingga dia berusia 18 tahun, namun kali ini dia dipadankan dengan karektor baru yang juga menjadi temannya sejak kecil iaitu seekor sesumpah yang taat dengannya.

    Karektor ini juga menarik dari segi kemunculannya biarpun tanpa dialog. Begitu juga dengan karektor kuda yang lincah dan sering menimbulkan masalah. Walaupun dia seekor kuda namun dia menganggap dirinya sebagai seekor anjing yang boleh menghidu di mana musuhnya berada.

    Tidak lengkap setiap cerita tanpa elemen cinta, lebih lagi Rapunzel yang juga sebenarnya adalah puteri jelita. Pertemuan pertama kali Rapunzel bersama seorang perompak yang cuba melarikan diri dan menceroboh ke kediaman Rapunzel melahirkan putik-putik cinta.

    Jejaka bernama Flynn Rider (Zachary Levi) sebenarnya bukanlah lelaki yang jahat tetapi terperangkap dengan tipu helah dua penjahat kembar.

    Pertemuan pertama Rapunzel dan Flynn Rider sudah menonjolkan sifat keberanian Rapunzel. Biarpun selama ini tidak pernah mengenali lelaki tetapi sifat keberanian dan keterbukaannya adalah karektor yang baik.

    Sifat keberanian dan keterbukaan yang cuba dipaparkan itu jugalah antara sifat dan kehidupan sebenar remaja hari ini.

    Menariknya filem yang dihasilkan dengan teknik tiga dimensi ini penuh dengan babak melucukan biarpun tanpa dialog yang cuba dicipta.

    Filem muzikal ini menyelitkan 11 lagu yang digubah kembali daripada lagu asalnya ciptaan Alan Menken dan lirik oleh Glenn Slater sekitar tahun 1960 dan digubah mengikut era kini.

    Sinopsis

    Rapunzel adalah puteri tunggal kepada pasangan diraja yang diculik oleh nenek kebayan bernama Gothel. Sejak kecil Rapunzel tinggi di kediaman Gothel yang terletak di atas sebuah menara yang tinggi. Dia tidak sebebas remaja lain kerana Gothel tidak pernah mengizinkan dia berhubungan dengan dunia luar.

    Rapunzel tidak pernah mengenali siapakah dirinya yang sebenarnya dan hanya mengetahui bahawa Gothel adalah ibu kandungnya.

    Sehinggalah dia berusia 18 tahun dan pertemuan dengan seorang jejaka yang tersalah memasuki menara yang didiaminya bernama Flynn Rider, Rapunzel mula mencurigai Gothel.

    Dengan memiliki keistimewaan iaitu rambut yang panjang melebihi 50 meter dan mampu membantunya di masa kesulitan, Rapunzel akhirnya berjaya menumpaskan Gothel yang cuba berniat jahat sejak menculik dirinya ketika bayi.

    Akhirnya dengan bantuan Flynn Rider dan seekor kuda, Rapunzel akhirnya dipertemukan dengan kedua ibu bapanya yang juga Raja di daerah yang didiaminya.

    Filem: Rapunzel: A Tangled Tale
    Terbitan: Walt Disney Pictures
    Pengarah: Byron Howard dan Nathan Greno
    Suara Karektor: Mandy Moore, Zachary Levi, Donna Murphy
    Genre: Animasi
    Durasi: 1 jam 20 minit
    Tarikh Tayangan: 25 November 2010


    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.