Adsense

Sabtu, 2 Februari 2013

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pernikahan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan

Posted: 01 Feb 2013 11:03 PM PST

Posted: 2 February 2013 at 3:03 pm  

majlis pernikahan Liyana Jasmay (2)

Tahniah MyGosip ucapkan buat pasangan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan kerana telah bergelar suami isteri yang sah kira-kira jam 10.30 pagi tadi.. Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan telah diijabkabulkan dengan 2 kali lafaz di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel.. Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa Liyana sendiri, Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.

Majlis pernikahan Liyana Jasmay ini telah disaksikan kira-kira 250 orang tetamu yang hadir, Liyana Jasmay tampil anggun dengan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin pula segak berbaju Melayu putih..

Liyana Jasmay telah menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran pula sebanyak RM28,388.

Selain itu, Liyana Jasmay juga menerima 5 dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, tas tangan dan set barangan kemas..

Manakala pihak pengantin lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.

Tahniah sekali lagi kepada kedua-dua pengantin baru ini.. Semoga perkahwinan mereka berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat.. Buat peminat Liyana Jasmay, jom kita layan beberapa keping gambar disekitar majlis pernikahan Liyana Jasmay kat bawah ni…