Adsense

Sabtu, 2 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Misi Laura

Posted: 01 Feb 2013 04:28 PM PST

Bintang Sinetron buru impian di Hollywood selepas tamat pengajian

Lebih setahun setengah menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), Cinta Laura Kiehl, 19, semakin jelas dengan misi yang ingin dicapainya.

Meskipun ruang untuk mencipta nama di Hollywood terbentang selesa, namun dia enggan terburu-buru hanya kerana ingin memenuhi tuntutan jiwa mudanya.

Cinta Laura yang sedang menuntut dalam jurusan Psikologi dan Sastera Jerman di Columbia University memilih untuk mengutamakan pelajaran, tanpa sesekali melupakan minatnya terhadap bidang seni.

Berusaha keras

Demi mengejar impian besarnya itu, bintang sinetron Cinderella (Apakah Cinta Hanyalah Mimpi) dan Upik Abu & Laura itu berusaha keras untuk mempercepatkan pengajiannya supaya segera selesai.

"Sudah lebih setahun setengah saya kuliah. Ketika pengajian saya hanya memberi fokus kepada pelajaran dan menolak semua tawaran berlakon.

"Bukan langsung tidak berlakon kerana saya tetap menerima tawaran terutama ketika cuti musim panas.
Dalam kesibukan dengan pengajian, saya tidak lupa cita-cita untuk bergelar aktres antarabangsa.

"Lagipun jaraknya tidak lama, cuma berbaki setahun setengah sebelum saya lulus ijazah pertama. Tamat pengajian, saya akan ke Hollywood untuk mengejar karier sebagai aktres," kata gadis kelahiran Quakenbruck, Jerman yang melancarkan karier lakonan pada 2007 itu.

Mengakui pernah menerima beberapa tawaran ketika di AS, Cinta Laura tidak kesal apabila mengetepikan dulu keinginan yang berkobar kerana enggan fokus terhadap kuliah terganggu.

"Menerima tawaran berlakon bererti saya harus meninggalkan pelajaran.

Ia tidak mungkin berlaku kerana ibu sudah berpesan supaya menamatkan dulu pengajian.

"Kita tidak pernah tahu apa akan berlaku pada masa depan. Saya boleh mengikut kata hati, tetapi bagaimana andai nanti ditakdirkan saya gagal membina karier lakonan di Hollywood?

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/