Nuffnang

Gosip Artis Malaysia

sumber :-

Gosip Artis Malaysia


Alyah Nafi Elak Media

Posted: 20 Feb 2013 07:47 PM PST


Agak lama juga kelibat penyanyi Kisah Hati ini tidak kelihatan di media massa atau majlis besar. Justeru, kemunculannya pada Konsert Ekspresi Harian Metro 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini tentu saja mendapat perhatian wartawan, yang ingin mendapatkan pelbagai cerita terbaru mengenainya.
Ketiadaan Alyah buat seketika bukanlah kerana dia melarikan diri daripada sesiapa. Sebaliknya, penyanyi berusia 32 tahun ini inginkan sedikit masa untuk diri sendiri, selain meluangkan waktu bersama keluarga tercinta.

Apatah lagi sejak lima tahun lalu, dia seakan bekerja keras tanpa bercuti. Maklum saja, kejayaan demi kejayaan dicapai selepas kira-kira sedekad mencuba tidak mahu dilepas berlalu begitu saja tanpa ada susulan yang turut meninggalkan impak buat kerjaya seni serta peminat.

Lalu, baru-baru ini Alyah nekad untuk memperuntukkan sedikit masa buat diri sendiri. Lebih-lebih lagi, pelbagai kontroversi bagai mengikut jejaknya, yang turut membuatkan dia mengambil keputusan 'mendiamkan diri' buat seketika. Paling tidak, segala cerita kurang enak itu mempunyai hikmahnya juga, apabila ia dijadikan alasan untuk berehat buat sementara.

Lupakan dugaan

Kontroversi adiknya yang ditangkap bagi membela diri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap pertuduhan melakukan samun pada pertengahan tahun lalu, pertikaian mengenai pakaian yang sepatutnya digayakan pada Anugerah Planet Muzik bersama pereka fesyen terkenal pada Disember 2012, serta kehilangan sejumlah wang daripada akaunnya yang dikaitkan dengan bekas pembantu peribadi pada Januari lalu antara rentetan cerita panas yang sudah pasti membuatkan artis ini tidak senang duduk.
Kini, selepas dua bulan berehat, mungkin tekanan dialaminya kian reda dan dia sendiri sedia untuk aktif semula. Persembahan di Dataran Merdeka Sabtu lalu menjadi kemunculan sulungnya di khalayak pada 2013.

"Saya tidak lari ke mana pun, hanya berjalan-jalan di sekitar dalam negara. Jika sebelum ini saya tak dapat menghadiri majlis perkahwinan kenalan, jadi masa cuti saya manfaatkan dengan meluangkan masa dengan banyak benda.

"Mungkin jika tiada kontroversi ini, saya tak berehat. Jadi mungkin inilah hikmahnya apabila saya perlu berehat seketika. Saya pernah menghadapi dugaan seperti ini tak lama dulu dan saya tak suka cakap berulang kali, biarlah ia berlalu seperti itu saja," katanya kepada HIP.

Rakam album kedua

Dalam diam, rupa-rupanya Alyah juga sibuk menyiapkan album kedua.

"Ia sudah 90 peratus siap dan akan dipasarkan April atau Mei depan," katanya mengenai album yang memuatkan tujuh lagu lama termasuk Kisah Hati, Kau Yang Terindah dan Realiti Dewi, selain dua lagu baru.

Gembira dengan hasilnya Alyah memberitahu, sudah lima tahun dia tidak menghasilkan album. Sebelum ini dia hanya muncul dengan single demi single.

"Selain mengumpul lagu, saya juga mengeluarkan album dengan usaha dan belanja sendiri. Jadi perjalanan agak terbatas, tapi ia bukan alasan dan saya masih mahu mengeluarkan album kerana itulah impian saya," katanya yang memilih judul Kisah Alyah.- ---

Datuk Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri

Posted: 20 Feb 2013 07:33 PM PST

Hattan
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan.
Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem.
"Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.
"Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya.
Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu.
Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun.
Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.
Arianie
Mengenai perancangan menikahi semula bekas isteri, Hattan berkata, perasaan sayang yang mendalam mempengaruhi keputusan berkenaan selepas bermuhasabah diri atas kesilapan lalu.
"Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya.
"Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan," katanya.
Hattan berkata, anak tunggal mereka Adam Eiman bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja mengenai perkara itu.
"Adam okey sahaja bila saya kata nak berkahwin semula dengan ibunya. Dia tidak tunjuk reaksi teruja langsung," katanya dalam nada bergurau.
- ---

Nelydia Senrose Perjelaskan Hubungan Dengan Qi Razali

Posted: 20 Feb 2013 07:19 PM PST

Nelydia Senrose
PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose menolak desas-desus terbaharu yang mengaitkannya dan pelakon Qi Razali sedang hangat bercinta.
Sebaliknya, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, berkata dia dan bekas kekasih kepada penyanyi Yuna itu hanya berkawan baik. Mereka mulai rapat kira-kira sebulan yang lalu.
"Saya dan dia (Qi) hanya kawan baik sahaja pada waktu ini. Tiada hubungan istimewa seperti yang dikatakan.
"Sebenarnya kami sudah kenal sejak tahun lalu sebab sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Friday I'm In Love tetapi tidak rapat.
"Lagi pun dia berpunya (kekasih Yuna) ketika itu dan kami hanya rapat kebelakangan ini," katanya pada Rabu.
Aktres berdarah kacukan ini berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai persahabatan mereka kerana tidak pasti hala tuju hubungan itu pada masa akan datang.
Qi Razali
"Saya tak boleh cakap ya atau tidak mengenai tahap hubungan kami sebab tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.
"Buat masa ini belum ada apa-apa yang serius tapi pada masa akan datang kita tidak tahu," katanya.
Ditanya mengenai populariti mendadak yang dikecapnya susulan populariti drama Setia Hujung Nyawa di TV3 pada Januari lalu, Nelydia berkata, ia adalah bonus atas kerja kerasnya selama ini.
"Sudah tentu saya bersyukur atas perhatian yang mendadak ekoran kejayaan drama itu.
"Ia adalah bonus atas usaha dan kerja keras saya sepanjang penggambaran selama lebih dua bulan," katanya yang berehat seketika daripada tawaran berlakon.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan